Anda di halaman 1dari 27

Kuliah 3 Fungsi teori dan aliran-aliran pemikiran

Manusia bergantung kepada tatasusila dan adat serta kebiasaan masyarakat dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang. Dalam pendekatan sukatan moral, terdapat beberapa nilai moral sekular ataupun aliran pemikiran sekular di mana ia bukan merupakan nilai akhlak atau moral agama. Penganut-penganut moral sekular sengaja memperkecilkan agama dan kepercayaan kepada Tuhan. Mereka menganggap agama sebagai milik peribadi yang harus disimpan dan tidak boleh dihubungkan dengan kehidupan umum manusia.

Golongan sekular berpendapat baik atau buruk adalah persoalan yang termasuk dalam konsep falsafah moral yang melahirkan berbagai-bagai aliran. Terdapat empat aliran pemikiran sekular dalam moral yang membentuk tingkah laku manusia. Aliran pemikiran bergantung pada persepsi individu pada isu ataupun situasi yang dihadapi dan alternatif penyelesaian yang diambil. Ia bergantung pada individu menyelesaikannya berdasarkan pengalaman, tahap intelektual dan rujukan persekitaran.

Wujudnya aliran-aliran pemikiran sekular dalam moral, ianya dapat mewujudkan ataupun membentuk tingkah laku individu serta banyak mempengaruhi dan memudahkan individu dalam menyelesaikan sesuatu isu atau masalah dalam konflik moral. Semua aliran-aliran ini mendorong individu ke arah pembentukan tingkah laku dan menjadi faktor yang memandu mereka dalam bertindak melakukan sesuatu perkara sama ada ianya baik mahupun buruk.

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaan yang sebenar. tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden. Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

1.

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah. Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

2.

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis, individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaan yang sama dalam kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataanpernyataan moral.

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu. Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral.

Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya. Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga. Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Adakalanya, kita tahu kita boleh mempercayai seseorang walaupun kita baru pertama kali menemui orang itu. Setengah-setengah orang merasakan mereka tahu perkara-perkara seperti ini. Pengetahuan ini diperoleh melalui intuisi. Perkataan intuisi berasal daripada perkataan Latin intueor yang bermakna saya memandang tepat kepada sesuatu. Ia merupakan satu proses melihat atau memahami secara intelek. Menurut pandangan intuisionis, pengetahuan ini boleh diperoleh melalui fahaman atau pengertian langsung.

Aliran pemikiran ini merujuk satu proses melihat dan memahami secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya. Orang tua yang bijak telah mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.

Pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.

Gerak hati orang tua ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia. Gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki don juan atau kasanova lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau kerana mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang. Sekiranya Vinod, seorang pelatih, berfikiran intuisionis, mungkin akan berkata sedemikian mengenai markah yang rendah diperoleh bagi kerja kursusnya, Cis! Pensyarah itu memang tidak suka pada saya, sebab itulah markah saya rendah. Lain kali, saya tak akan bekerjasama dengannya.

Rasionalis berasal daripada perkataan ratio yang bermakna reason atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik. Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional.

Ahli-ahli falsafah yang menekankan penaakulan atau pemikiran sebagai faktor utama dalam pengetahuan sebagai rasionalis. Golongan rasionalis mempunyai pendangan bahawa kita mengetahui sesuatu hasil daripada pemikiran kita; bahawa fikiran kita berupaya menemui kebenaran dengan dirinya sendiri. Golongan rasionalis berpendapat bahawa pancaidera-pancaidera dengan sendirinya tidak dapat menghasilkan pentafsiran-pentafsiran yang sah.

Pengalaman-pengalaman yang diperoleh melalui pancaindera kita seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa hanya merupakan bahan-bahan mentah pengetahuan. Pengalaman-pengalaman yang diperoleh itu perlu disusun oleh pemikiran kita supaya membentuk satu sistem yang bermakna sebelum ia menjadi pengetahuan. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada konsep-konsep, prinsipprinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.

Kalau Abu lebih berat daripada Lupin dan Lupin lebih berat daripada Seng Hui, maka Abu adalah lebih berat daripada Seng Hui. Dua tambah dua bersamaan dengan empat.
Jumlah tiga sudut dalam bagi sebuah segitiga ialah 180 atau dua sudut tepat.

Siti, seorang guru pelatih, telah menyempurnakan kerja kursus alat pandang dengar dengan baik tetapi markah yang diperolehnya adalah rendah. Siti, yang menunjukkan aliran pemikiran rasionalis mungkin berkata, Apakah sebab-sebabnya tugasan saya kurang elok? Mungkinkah gambar-gambar yang saya gunakan itu kurang jelas? Elok saya tanya pensyarah saya supaya saya tidak mengulangi kesalahan-kesalahan itu pada masa yang datang.

1.Mengorganisasikan dan menyimpulkan pengetahuan tentang suatu hal. Ini bererti bahwa dalam mengamati realiti kita tidak boleh melakukan secara berpecah-pecahan. Kita perlu mengorganisasikan dan mensintesiskan hal-hal yang terjadi dalam kehidupan nyata. Pola-pola dan hubungan-hubungan harus dapat dicari dan ditemukan. Pengetahuan yang diperoleh dari pola atau hubungan itu kemudian disimpulkan. Hasilnya(berupa teori) akan dapat dipakai sebagai rujukan . 2. Memfokuskan. Teori pada dasarnya menjelaskan tentang sesuatu hal, bukan banyak hal.

3. Menjelaskan. Teori harus mampu membuat suatu penjelasan tentang hal yang diamatinya. Misalnya mampu menjelaskan pola-pola hubungan dan menginterpretasikan peristiwa-peristiwa tertentu. 4. Pengamatan. Teori tidak sekadar memberi penjelasan, tapi juga memberikan petunjuk bagaimana cara mengamatinya, berupa konsep-konsep operasional yang akan dijadikan patuhan ketika mengamati hal-hal yang berkaitan dengan penerangan teori.

5. Membuat andaian. Meskipun kejadian yang diamati berlaku pada masa lalu, namun berdasarkan data dan hasil pengamatan ini harus dibuat suatu perkiraan tentang keadaan yang bakal terjadi apabila hal-hal yang digambarkan oleh teori juga tercermin dalam kehidupan di masa sekarang. Fungsi andaian ini terutama sekali penting bagi bidang-bidang kajian komunikasi terapan seperti perubahan sikap, komunikasi dalam organisasi, dinamika kelompok kecil, periklanan, hubungan awam dan media massa.

6. Fungsi heuristik atau heurisme. Ertinya bahwa teori yang baik harus mampu merangsang penelitian selanjutnya. Hal ini dapat terjadi apabila konsep dan penjelasan teori cukup jelas dan operasional sehingga dapat dijadikan pegangan bagi penelitianpenelitian selanjutnya. 7. Komunikasi. Teori tidak harus menjadi monopoli penciptanya. Teori harus disebarkan, dibincangkan dan terbuka terhadap kritikan-kritikan, yang memungkinkan untuk menyempurnakan teori. Dengan cara ini modifikasi dan upaya penyempurnaan teori akan dapat dilakukan.

8. Fungsi kawalan yang bersifat normatif. Andaian teori dapat berkembang menjadi nilai-nilai atau norma-norma yang dipegang dalam kehidupan seharian. Dengan katalain, teori dapat berfungsi sebagai sumber tingkah laku kehidupan manusia. 9. Generatif. Fungsi ini terutama menonjol dalam kalangan pendukung aliran interpretatif dan kritis. Menurut aliran ini, teori juga berfungsi sebagai sumber perubahan sosial dan budaya serta menciptakan pola dan cara kehidupan yang baru.