Anda di halaman 1dari 13

ANALISIS ITEM 40 SOALAN ANEKA PILIHAN

TUGASAN 2 (INDIVIDU)

NAMA PELAJAR NO MATRIK NAMA KURSUS KOD KURSUS

: MUHAMMAD ZULFADLI HADRI B ABDUL RAHIM : M20112001147 : ASSESSMENT IN MATHEMATICAL LEARNING : KMP6043

NAMA PENSYARAH : DR MOHD UZI BIN DOLLAH

TUGASAN 2
(INDIVIDU)
Pelajar perlu menyediakan dan melaksanakan ujian melibatkan 40 soalan aneka pilihan. Seterusnya dapatkan 30 atau lebih kertas jawapan pelajar untuk di analisis. Berdasarkan kertas jawapan pelajar tersebut, anda dikehendaki membuat analisis item, berdasarkan langkah-langkah yang ditetapkan. Buat perbincangan berdasarkan analisis berkenaan.

1.0 PENDAHULUAN
40 item soalan aneka pilihan ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri oleh murid-murid darjah 6 tahun 2013. Item-itemnya telah digubal oleh Jawatankuasa Bertindak Tahun 6 Zon Rinting, Daerah Psir Gudang, Johor di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Ini bermaksud, set soalan ini diguna pakai oleh semua sekolah di Zon Rinting, Daerah Pasir Gudang, Johor di dalam Ujian Penilaian Prestasi 1 (UPPM 1) pada bulan Mac secara serentak. Tujuan penggunaan set soalan ini secara serentak oleh sekolah-sekolah di dalam Zon Rinting adalah untuk mengenalpasti sekolah yang masih belum mencapai sasaran peratus bilangan calon yang menguasai atau melepasi gred C di dalam UPSR 2013. Setelah mengadakan mesyuarat, beberapa orang guru yang telah dilantik dan kemudiannya diminta menyediakan item-item soalan yang merangkumi keseluruhan tajuk yang dipelajari oleh murid-murid darjah 6 tahun 2013. Ia meliputi:

Tajuk Bil soalan Nombor Bulat 4 Pecahan 4 Perpuluhan 4 Duit 4 Peratus 3 Masa 3 Panjang 3 Berat 3 Isipadu Cecair 3 Bentuk 2 Dimensi 2 Bentuk 3 Dimensi 2 Purata 3 Perwakilan Data 2 Jumlah Keseluruhan 40 Jadual 1: Pengagihan bilangan soalan mengikut tajuk (Rujuk Lampiran 1).

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

Selepas menjalankan ujian tersebut, 42 set jawapan murid yang dipilih secara rawak daripada 2 buah kelas untuk disemak dan kemudiannya dianalisis. Daripada pilihan rawak tersebut, 25 set jawapan mewakili kelas pertama (6Arif1) dan 17 set jawapan mewakili kelas kedua (6Arif2).

2.0 HASIL DAPATAN


Setelah selesai membuat penyemakan dan pengiraan bilangan soalan yang betul daripada sampel yang dipilih secara rawak, jumlah tertinggi adalah 33 manakala jumlah terendah adalah 8. Bilangan soalan yang betul 33 28 25 24 23 22 21 20 19 18 17 16 15 14 13 12 11 10 9 8 Bilangan murid 1 1 2 2 1 3 3 3 1 2 6 3 1 2 1 2 1 3 3 1

Jadual 2: Bilangan murid mengikut jumlah soalan yang betul (Rujuk Lampiran 4).
Daripada kertas aneka pilihan yang telah disemak dan dikumpul, data pilihan jawapan A, B, C atau D murid dimasukkan ke dalam Microsoft Excel (Rujuk Lampiran 4) mengikut susunan nama murid yang mendapat jumlah soalan yang bertul paling banyak kepada murid yang mendapat jumlah soalan betul paling rendah. Kemudian, data tersebut digantikan kepada data numeric (Rujuk Lampiran 5) supaya mudah dieksport dan dianalisis dengan menggunakan software SPSS (rujuk Lampiran 6). Pilihan Jawapan A B C D Data Numeric 1 2 3 4

Jadual 3: Data numeric yang digunakan untuk menggantikan pilihan jawapan A, B, C dan D.

3.0 ANALISIS ITEM


Di dalam proses penganalisisan data, dua indeks perlu dititikberatkan iaitu indeks kesukaran (p) dan indeks diskriminasi (D). Indeks kesukaran (p) merujuk pengukuran kesukaran item untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian dengan perkadaran dan julatnya antara 0.00 hingga 1.00 (Ebel; 1965). Indeks kesukaran (p) 0.00 < x 0.33 0.33 < x 0.66 0.66 < x 1.00 Maksud Item yang sukar Item sederhana Item yang mudah

Jadual 4: Aras indeks kesukaran (p) item mengikut Ebel (1965).


Indeks diskriminasi (D) pula membezakan kumpulan skor pelajar tinggi dengan kumpulan skor pelajar rendah. Indeks ini mempunyai julat antara -1.00 ke +1.00 (Ebel; 1965). Indeks Diskriminasi (D) Lebih daripada 0.4 0.30 ke 0.39 0.20 ke 0.29 0.10 ke 0.19 Kurang dari 0.10 Maksud Item amat diskriminasi Item yang berdiskriminasi Diskriminasi yang sederhana Kurang diskriminasi dan perlu semakan semula Item kurang diskriminasi dan perlu dibuang

Jadual 5: Aras indeks diskriminasi (D) item mengikut Ebel (1965).


Jadi, daripada data yang telah dieksport ke dalam software SPSS, setiap jawapan yang betul diberi 1 markah manakala jawapan yang salah diberi 0 markah kerana ujian objektif adalah sentiasa bersifat dikotomi (Rujuk Lampiran 7). Kemudian, murid diagihkan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan tinggi (nombor 1) seramai 11 orang, kumpulan sederhana (nombor 2) seramai 20 orang manakala kumpulan rendah (nombor 3) seramai 11 orang. Kenapa kumpulan tinggi dan rendah tidak mempunyai bilangan sampel yang sama dengan kumpulan sederhana? Pada kebiasaannya, kumpulan ini hanya mewakili 27% daripada keseluruhan sampel yang diambil. Jadi 27% daripada 42 sampel sama dengan 11.34 dan dibundarkan kepada 11orang.

Selepas data di dalam Lampiran 7 di analisis, output data dieksport ke Microsoft Excel (Rujuk Lampiran 8) bagi memudahkan pengiraan indeks kesukaran (p) dan indeks diskriminasi (D). Item 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 p
0.571429 0.333333 0.928571 0.404762 0.285714 0.404762 0.809524 0.761905 0.095238 0.761905 0.714286 0.380952 0.761905 0.52381 0.738095 0.571429 0.238095 0.261905 0.642857 0.428571

D
0.545455 0.181818 0.090909 0.363636 0.636364 0.909091 0.454545 0.636364 -0.09091 0.545455 0.818182 0.090909 0.454545 0.272727 0.545455 0.727273 0.363636 0.454545 0.727273 0.454545

Item 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

p
0.261905 0.404762 0.285714 0.095238 0.952381 0.928571 0.47619 0.47619 0.166667 0.285714 0.261905 0.214286 0.238095 0.285714 0.309524 0.357143 0.119048 0.142857 0.285714 0.261905

D
0.454545 0.090909 0.636364 0 0.090909 0.181818 0.454545 0.545455 0.272727 0.363636 0.363636 0 0.181818 0.090909 0.090909 0.272727 0.272727 0.181818 0.363636 -0.09091

Jadual 6: Analisis indeks kesukaran (p) dan indeks diskriminasi (D).

Berdasarkan Jadual 6, terdapat 13 item yang mempunyai indeks kesukaran sederhana iaitu item 1, 2, 4, 6, 12, 14, 19, 20, 22, 27, 28 dan 36 manakala 18 item mempunyai indeks kesukaran yang sukar dan 9 item mempunyai indeks kesukaran mudah. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa item yang mempunyai indeks kesukaran yang sukar tetapi indeks diskriminasinya adalah tinggi seperti item 5, 18, 21 dan 23. Tambahan pula, berdasarkan aras indeks diskriminasi mengikut Ebel (1965) terdapat 4 item yang perlu disemak semula iaitu item 2, 26, 33 dan 38 manakala 10 item perlu dibuang kerana mempunyai julat indeks diskriminasi kurang dari 0.10 iaitu item 3, 9, 12, 22, 24, 25, 32, 34, 35 dan 40. Namun begitu, item-item yang telah dianalisis dengan menggunakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi juga perlu melalui kajian distraktur bagi mendapatkan item-item yang benar-benar berfungsi berdasarkan pilihan-pilihan jawapan yang munasabah atau

kesalahfahaman murid terhadap sesuatu konsep. Terdapat tiga cara untuk mengkaji distraktur iaitu jadual kekerapan, garis turihan dan indeks statistik. Oleh yang demikian, saya

menggunakan jadual

kekerapan bagi mengkaji

distraktur bagi

setiap item

dengan

membahagikan sampel saya kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan tinggi; 21 sampel yang teratas dan kumpulan rendah; 21 sampel yang berikutnya (Rujuk Lampiran 9). Kemudian, saya mendapatkan setiap peratus distraktur dengan menggunakan rumus:

% Distraktur Item 1 bagi pilihan jawapan A = Jumlah sampel yang menanda jawa pan A x100% Jumlah semua sampel

Setelah membuat penilaian, saya memilih 10 item yang akan dianalisis dan diperbincangkan secara terperinci iaitu item 1, 3, 5, 7, 9, 21, 22, 24, 36 dan 40.

4.0 PERBINCANGAN
ITEM NO 1:
Pilihan Jawapan
1 A B C D Total Kumpulan Tinggi 0 4 17 0 21 Rendah 3 7 7 4 21 Total 3 11 24 4 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

7.142857 26.19048 0.571429 0.47619 57.14286 9.52381

Item ini sangat baik kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.571429 di mana ia berada pada tahap sederhana mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah melebihi 0.4 iaitu 0.47619 menunjukkan item ini amat mendiskriminasi murid yang menjawabnya. Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang baik apabila 57% memilih jawapan yang betul; C manakala pilihan jawapan A, B dan D menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan.

ITEM NO 3:
Pilihan Jawapan
3 A B C D Total Kumpulan Tinggi 0 0 1 20 21 Rendah 0 0 2 19 21 Total 0 0 3 39 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

0 0 7.142857 0.928571 0.047619 92.85714

Item ini sangat mudah kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.928571. Ebel (1972) telah mencadangkan min indeks kesukaran yang baik adalah di antara 0.5. Ini menunjukkan bahawa hampir 100% murid dari kumpulan tinggi dan kumpulan rendah dapat menjawab item ini dengan betul. Bukan itu sahaja, item ini juga kurang diskriminasi kerana nilai indeks diskriminasi yang diperolehi kurang dari 0.10 iaitu 0.047619. Selain itu, item ini tidak menunjukkan respon yang baik terhadap pilihan jawapan A dan B kerana tiada seorang muridpun yang memilih jawapan tersebut baik dari kumpulan tinggi mahupun kumpulan rendah. Ini jelas menunjukkan jawapan lain tidak membantu untuk mengenalpasti kesalahfahaman murid terhadap sesuatu konsep. Kesimpulannya, item ini adalah tidak sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan dan hendaklah dibuang.

ITEM NO 5:
Pilihan Jawapan
5 A B C D Total Kumpulan Tinggi 10 10 1 0 21 Rendah 15 2 2 2 21 Total 25 12 3 2 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

59.52381 0.285714 0.380952 28.57143 7.142857 4.761905

Item ini sangat sukar kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.285714 di mana ia berada pada tahap sukar mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang kurang baik apabila 59.5% memilih jawapan yang

salah; A. Walaubagaimanapun, indeks diskriminasi item ini ialah 0.380952 yang menunjukkan item ini adalah item yang berdiskriminasi terhadap murid-murid yang menjawabnya. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan kerana item ini dapat mengenalpasti tahap kefahaman murid untuk mempermudahkan nilai pecahan bagi kawasan berlorek yang mereka perolehi.

ITEM NO 7:
Pilihan Jawapan
7 A B C D Total Kumpulan Tinggi 19 1 0 1 21 Rendah 15 5 0 1 21 Total 34 6 0 2 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

0.809524

0.190476

80.95238 14.28571 0 4.761905

Item ini sangat mudah kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.809524 di mana ia berada pada tahap item yang mudah mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Namun begitu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah melebihi 0.190476 menunjukkan item ini kurang diskriminasi dan perlu disemak semula kerana kumpulan rendah juga berkecenderungan menjawab dengan betul. Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang baik apabila hampir 81% murid-murid memilih jawapan yang betul; A manakala pilihan jawapan B menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah kerana ia menguji murid mengenai nilai tempat perpuluhan manakala pilihan jawapan D menguji tahap kefahaman murid untuk menambah nilai pengangka. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan tetapi pilihan jawapan C perlu diganti kepada 93.0. Ini adalah kerana nilai pilihan jawapan tersebut tiada kena mengena dengan nilai tambah pengangka bagi pecahan tersebut.

ITEM NO 9:
Pilihan Jawapan
9 A B C D Total Kumpulan Tinggi 17 2 0 2 21 Rendah 14 4 1 2 21 Total 31 6 1 4 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

73.80952 14.28571 2.380952 0.095238 0 9.52381

Item ini sangat sukar kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.095238 di mana ia berada pada tahap item yang sukar mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah 0 menunjukkan item ini kurang diskriminasi. Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang kurang baik apabila majoriti murid memilih jawapan yang salah; A. Walaubagaimanapun, item ini boleh disimpan di dalam bank soalan kerana kesemua pilihan jawapan tetap menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah untuk memilihnya. Kesimpulannya, item ini perlu diperbaiki dengan memaparkan keseluruhan sisi yang terdapat pada kuboid.

ITEM NO 21:
Pilihan Jawapan
21 A B C D Total Kumpulan Tinggi 6 8 2 5 21 Rendah 6 3 8 4 21 Total 12 11 10 9 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

28.57143 0.261905 0.238095 26.19048 23.80952 21.42857

Item ini sangat sukar kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.261905 di mana ia berada pada tahap item yang sukar mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah 0.238095 menunjukkan item ini mempunyai diskriminasi yang sederhana. Walaubagaimanapun, kesemua pilihan jawapan menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai

untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan kerana ia menguji tahap kefahaman murid untuk menukar pecahan kepada nombor perpuluhan dengan cara pembahagian sehingga penambahan titik perpuluhan. Tambahan pula, kita dapat

mengenalpasti murid yang lemah di dalam sifir 8.

ITEM NO 22:
Pilihan Jawapan
22 A B C D Total Kumpulan Tinggi 8 2 3 8 21 Rendah 9 5 3 4 21 Total 17 7 6 12 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

0.404762

0.047619

40.47619 16.66667 14.28571 28.57143

Item ini sangat baik kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.404762 di mana ia berada pada tahap sederhana mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang baik apabila 40% murid memilih jawapan yang betul; A manakala pilihan jawapan B, C dan D menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah. Namun begitu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah kurang dari 0.1 iaitu 0.047619 menunjukkan item ini kurang diskriminasi. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan kerana item ini dapat menguji tahap kefahaman murid mengenai peratus.

ITEM NO 24:
Pilihan Jawapan
24 A B C D Total Kumpulan Tinggi 2 16 1 2 21 Rendah 2 11 6 2 21 Total 4 27 7 4 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

9.52381 64.28571 16.66667 0.095238 0 9.52381

Item ini sangat sukar kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.095238 di mana ia berada pada tahap item yang sukar mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah 0 menunjukkan item ini kurang diskriminasi dan perlu dibuang. Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang kurang baik apabila 64% murid memilih jawapan yang salah; B di mana 16 daripada 27 murid yang memilih jawapan ini adalah daripada kumpulan tinggi. Kesimpulannya, item ini perlu dibuang kerana proses pengiraan untuk murid mendapatkan jawapan melibatkan 3 operasi asas iaitu tolak, tambah dan bahagi.

ITEM NO 36:
Pilihan Jawapan
36 A B C D Total Kumpulan Tinggi 2 12 4 3 21 Rendah 1 3 6 11 21 Total 3 15 10 14 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

7.142857 0.357143 0.428571 35.71429 23.80952 33.33333

Item ini boleh dikatakan baik kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.357143 di mana ia masih berada pada tahap sederhana mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah melebihi 0.4 iaitu 0.428571 menunjukkan item ini amat mendiskriminasi murid yang menjawabnya. Tambahan pula, item ini menunjukkan respon yang baik apabila lebih kurang 37% murid memilih jawapan yang betul; B manakala pilihan jawapan A, C dan D menjadi distraktur yang baik kepada kumpulan rendah. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan.

ITEM NO 40:
Pilihan Jawapan
40 A B C D Total Kumpulan Tinggi 8 7 4 2 21 Rendah 6 2 7 6 21 Total 14 9 11 8 42

Indeks Kesukaran

Indeks Diskriminasi

% Distraktur

33.33333 21.42857 0.261905 0.142857 26.19048 19.04762

Item ini boleh dikatakan agak mengelirukan kerana nilai indeks kesukaran yang diperolehi ialah 0.261905 di mana ia berada pada tahap item yang sukar mengikut aras indek kesukaran oleh Ebel (1965). Selain itu, nilai indek diskriminasi yang diperolehi ialah 0.142857 menunjukkan item ini kurang diskriminasi dan perlu disemak semula. Ini adalah kerana bilangan murid dari kumpulan rendah yang paling ramai menjawab dengan betul item ini. Ini mungkin disebabkan pernyataan pada soalan item tersebut telah mengelirukan kumpulan tinggi walaupun jika diteliti dengan baik item ini telah memberi nilai pada setiap sisi untuk murid-murid mengira isipadu kuboid S. Kesimpulannya, item ini adalah sesuai untuk disimpan di dalam bank soalan untuk kegunaan masa hadapan tetapi dengan membuang pernyataan Jumlah isipadu kedua-dua kuboid itu ialah 180cm kerana ia tidak memberi apa-apa makna terhadap soalan yang berikutnya.

5.0 PENUTUP
Setiap item yang dibina atau direka oleh penggubal soalan perlulah diuji bagi mengenalpasti item-item ujian yang baik dan menepati kualiti yang telah digariskan supaya ia dapat disimpan dan digunakan pada masa hadapan. Selain itu, penganalisisan item amat penting bagi mengetahui tahap kesukaran sesuatu item yang digubal, mengetahui daya tarikan pilihan jawapan yang munasabah dan mendiskriminasikan atau menggolongkan murid kepada kumpulan pandai, sederhana dan lemah. Dalam kata lain, analisis item boleh menjadi kayu pengukur kepada kejayaan sesuatu pengajaran guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mereka.

Anda mungkin juga menyukai