Anda di halaman 1dari 9

Asal Usul Baba Dan Nyonya

Segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.

Sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai Baba atau Peranakan kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai Baba.

Kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di kalangan remaja.

Pakaian

terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya kebaya encim, serta mengemmbangkan corak batik tersebdiri yang bermotifkan Cina.

Bahasa

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Saya = goa (bahasa Hokkien)

Anda = lu (bahasa Hokkien)

Dia = dia (bahasa Melayu)

Kita = kita (bahasa Melayu)

Budaya

Kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain.

Budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini. Kaum Baba yang wujud pada hari ini bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Cara masakan mereka kebanyakannya diresapi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu.

Tocang yang dianggap sebagai lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding dengan Melayu. Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

Agama

Masakan

Kesan dari pengaruh Melayu, lahirnya masakan Nyonya yang menggunakan rempah masakan Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di singapura.

Perkahwinan

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar menmperisterikan atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang bersinergi.

Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.

Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai keluarga isteri.

Lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian.

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan.

Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun, dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia 20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia 20 tahun.

Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil antah sireh. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka menghantar wang yang mengandungi kacang , limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti. Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu.

Muzium

Bahan-bahan bersejarah dari kebudayaan Baba dan Nyonya dipamerkan di pusat-pusat kebudayaan seperti Jonker Street (Melaka), Pulau Pinang dan Muzium Peranakan (Singapura). Di tempat-tempat sedemikian, anda boleh mencari muzium yang mempamerkan perabot, makanan, dan pakaian tradisi Baba and Nyonya. Juga terdapat kedai-kedai makan Nyonya di Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Jakarta, Semarang, Surabaya, dan juga di Barat. Pertunjukan seni Peranakan mingguan juga diadakan di pasar malam Jonker Street.

Pantang Larang

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu.

Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Kata ganti nama



saya = goa ( ga) anda = lu () dia = i ( i) kita = wa lang ( ga lng)

Perkataan berkaitan dengan hubungan sanak saudara


Perkataan-perkataan yang berkaitan dengan hubungan sanak saudara semuanya adalah daripada bahasa Hokkien kecuali mak, adik, dan abang:

ayah = 'ntia ( tia) datuk = 'ngkong ( kong) kakak = tachi ( ta-ch) bapa saudara = impek ( peh) adik bapa = nchek ( chek) suami kakak = chau ( chi-hu)

Perkataan berkaitan dengan rumah



ibu rumah = tia ( thia ) kawasan tengah tanpa bumbung = chimchi ( chhim-chi ) tingkat atas = loteng ( lu-tng) serambi dalam = pangkeng (pang-keng) serambi luar tanpa bumbung = la-pe (lau-pi ) lampu = teng atau tanglung ( teng-liong) meja = toh ( toh) permaidani = tanak ( thn-) cat = chat ( chhat)
n n n n n

Bagaimanapun, peralatan dapur diberi nama Melayu, kecuali barangan jenis Cina seperti:

teko = tekuan ( t-kan) sudu sup = tngsi ( thng-s) cerek = teko ( t )

Terdapat satu pengecualian, iaitu sumpit yang berasal daripada bahasa Melayu, "sepit" (iaitu penyepit). Orangorang Baba menggunakan perkataan Melayu bagi perkara memasak, kecuali 'mengukus' yang dipanggil tm (). Bagaimanapun, kebanyakan masakan mereka diberi nama Cina seperti bami, tauyu, kianchai, kuchai, dan sebagainya. Beberapa jenis pakaian juga diberi nama Cina.

Perkataan berkaitan dengan agama


Perkataan-perkataan berkaitan dengan agama menunjukkan lagi satu aspek pengaruh budaya Cina dalam kehidupan orang Baba:

tokong = bio ( bi) tokong besar atau dewa Cina = tokong (mungkin daripada nama dewa, Tua Pek Kong ( Ta-Peh Kong)) membakar colok = sio-hio ( sio-hiu ) melutut = kui ( i)
n

Dondang sayang ialah sejenis balada cinta Melayu tradisional yang mana penyanyi-penyanyi saling bertukar pantun tanpa persediaan dalam gaya yang riang dan kekadang lucu. Nyanyian-nyanyian biasa diiringi oleh empat orang ahli muzik yang terdiri daripada:

seorang pemain biola; dua orang pemain rebana (gendang yang di sebelah sahaja dipasang kulit) Melayu; dan seorang pemain tawak (gong kecil).

Pemain biola biasa merupakan ketua kumpulan ahli muzik yang memainkan peranan utama dalam dondang sayang, dan membekalkan melodi kaunter untuk melodi vokal. Pemain-pemain muzik boleh saling bertukar alatalat muzik mereka antara persembahan tetapi pemain biola jarang berbuat demikian, walaupun dibenarkan. Sehingga lima buah rebana boleh digunakan, jika terdapat pemain muzik yang berlebihan. Kekadang, rebana boleh digantikan dengan gendang atau kompang. Alat-alat muzik boleh juga ditambahkan denganakordion. Muzik dondang sayang adalah perlahan, dan sebuah lagu biasanya terdiri daripada 32 bar, bermula dengan pengenalan biola, diikuti oleh rebana dan kemudiannya gong, dan akhirnya oleh nyanyian pada bar 5. Gayanya tidak formal dan liriknya biasa terdiri daripada puisi cinta. Dondang Sayang dipercayai berasal dari Melaka, Malaysia pada zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Pantun Dondang Sayang


Terdapat banyak lirik pantun Dondang Sayang yang dimainkan, namun rata-rata tema pantun yang dibawa adalah tentang cinta dan kemesraan yang digarapkan dalam suasana spontan yang riang dan kadang-kala lucu. Pantun Baba merupakan contoh nyanyian irama Dondang Sayang. (Pantun Baba) Naday bugis tolak blayar, Tengah laot patah kemudi-nya; Hutang budi dapat di bayer, Hutang hati apa ganti-nya.

Tengah laot patah kemudi, Layar koyak di pukol angin; Hutang hati membawak mati, Sebagi bola di pukol angin.

Pisang mas bawak blayer, Jerok mari dalam kendi; Hutang budi balas di dunia, Hutang hati mengikat diri.

Pisang mas bawak blayer, Masak sa-bijik di-atas peti; Hutang mas boleh di bayer, Hutang budi menanggong hati.

Asal Usul Peranakan Cina Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.

Mewarisi Tradisi Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu.

Bahasa yang digunakan Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien.

Pakaian Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Makanan Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian.

Pantang Larang Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Muzik Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Bagi generasi kini,

Muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan.

Kesimpulan Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.

Anda mungkin juga menyukai