Anda di halaman 1dari 23

X PENGENALAN

Topik ini membincangkan hukum nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam
sakinah. Semua pecahan daripada hukum-hukum ini akan dihuraikan dengan
lebih terperinci berserta dengan contoh bagi memudahkan kefahaman. Antara
yang dihuraikan ialah takrifan nun sakinah, tanwin, mim sakinah dan lam
sakinah. Hukum-hukum tajwid yang lain yang berada di bawah setiap hukum
seperti ikhfa, izhar, iqlab dan idgham akan diperincikan. Topik ini adalah
mengenai suatu perkara yang paling kerap ditemui di dalam al-Quran.
Kebanyakan ayat di dalam al-Quran mempunyai hukum-hukum ini.

HUKUM NUN SAKINAH DAN TANWIN
Hukum nun sakinah selalu dijumpai dalam setiap ayat al-Quran. Bacaan hukum
nun sakinah berlaku antara izhar, idgham, iqlab dan ikhfa. Kesemua bentuk
bacaan ini adalah berbeza. Apakah anda telah menguasai hukum-hukum
tersebut? Fikirkan.

3.1
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
3
3

X
Hukum Nun
Sakinah, Tanwin
dan Mim Sakinah
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat;
1. Mengenal pasti takrifan nun sakinah, tanwin dan mim sakinah;
2. Menerangkan hukum tajwid berkaitan nun sakinah, tanwin dan mim
sakinah; dan
3. Mengaplikasikan bacaan yang betul bagi setiap hukum tajwid
berkaitan nun sakinah dan tanwin, mim sakinah dan nun dan mim
tasydid.

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
33
3.1.1 Definisi Nun Sakinah dan Tanwin
Nun sakinah ialah nun yang tidak ada baris dan ia kekal sebagai sebutan dan
juga tulisan. Hal ini kekal sama ada ketika menyambung bacaan atau ketika
waqaf. Nun sakinah wujud pada kata nama, kata kerja atau kata sendi.
Kedudukan nun sakinah adalah di pertengahan atau di hujung kalimah.

Tanwin ialah nun sakinah yang bersifat zaidah dan tidak berperanan sebagai
taukid. Ia berada di hujung kata nama dan digunakan ketika wasal
(menyambung bacaan) tetapi tidak wujud ketika waqaf dan pada tulisan.

Alamat tanda tanwin terbahagi kepada tiga iaitu seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Alamat tanwin

Hukumnya ketika waqaf pula ialah ditukarkan dua baris di atas kepada alif
secara mutlak kecuali sekiranya ia berada pada ha tanith seperti firman Allah
SWT di dalam Surah al-Isra: 87

ketika waqaf
pada kalimah

ia waqaf dengan huruf ha tanpa tanwin. Jika baris dua


hadapan atau baris dua di bawah ketika ia dibaca dengan menghazaf tanwin dan
waqaf dengan sukun sahaja.
Perbezaan Nun Sakinah dengan Tanwin
Dengan takrifan yang dikemukakan bagi nun sakinah dan tanwin dapat
disimpulkan bahawa terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Perbezaan
tersebut adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.


X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
34
Jadual 3.1: Perbezaan antara Nun Sakinah dan Tanwin
Nun Sakinah Tanwin
x Nun sakinah adalah huruf asli di
kalangan huruf-huruf hijaiyyah dan
kadang-kadang ia adalah zaidah.
x Tanwin adalah zaidah.
x Nun sakinah tetap kekal sama ada
pada lafaz atau pada tulisan.
x Tanwin hanya kekal atau wujud ketika
membacanya tidak pada tulisan.
x Nun sakinah berada pada ketika wasal
dan waqaf.
x Tanwin hanya wujud ketika wasal
sahaja dan tidak ada ketika waqaf.
x Nun sakinah berada pada kata nama,
kata kerja dan kata sendi.
x Tanwin hanya wujud pada kata nama
sahaja.
x Nun sakinah berada pada pertengahan
dan akhir kalimah.
x Tanwin hanya wujud pada akhir
kalimah sahaja.

Perbezaan yang tersebut di atas adalah terkecuali dari nun taukid khafifah yang
terdapat pada dua tempat di dalam Quran:
x Pertama di dalam Uwtcj Yusuf: 32

x Kedua di dalam Uwtcj al-Alaq:15

Dua contoh nun sakinah tersebut dianggap seakan-akan tanwin tetapi bukan
tanwin.

Setelah mengetahui makna nun sakinah dan tanwin serta perbezaannya
seterusnya akan dijelaskan hukum yang berlaku jika sekiranya nun sakinah atau
tanwin berjumpa dengan huruf hijaiyyah. Ulama bersepakat mengatakan
bahawa hukum nun sakinah ini terbahagi kepada izhar halqi, idgham bi
ghunnah, idgham bila ghunnah, ikhfa haqiqi dan iqlab.
3.1.2 Hukum Nun Sakinah dan Tanwin
Hukum-hakam tajwid berkaitan nun sakinah dan tanwin terbahagi kepada
empat bahagian (rujuk Rajah 3.2).

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
35

Rajah 3.2: Hukum nun sakinah

Penjelasan setiap hukum nun sakinah tersebut adalah seperti berikut:
(a) Izhar Halqi
Izhar dari sudut bahasa bermaksud terang dan jelas. Para ulama tajwid
mendefinisikan izhar sebagai mengeluarkan huruf yang diizharkan iaitu
huruf nun sakinah atau tanwin dari makhrajnya secara terang dan jelas
tanpa dengung yang sempurna. Sebutan yang jelas itu mestilah tidak
terputus dengan huruf selepasnya atau berlaku saktah pada huruf yang
diizharkan.

Justeru penamaan izhar adalah kerana nun sakinah dan tanwin yang
berjumpa dengan huruf halqi disebut dan dibaca dengan begitu jelas tanpa
idgham atau ikhfa. Penamaan halqi pula ialah kerana enam huruf yang
berjumpa dengan nun sakinah atau tanwin itu makhrajnya adalah di
halkum.











X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
36
Huruf-huruf izhar halqi ialah hamzah, ha, ain, ha, ghain dan kha (rujuk
Rajah 3.3).


Rajah 3.3: Izhar halqi

Al-Allamah al-Jamzuri menyatakan dalam rangkap syairnya ketika
menyatakan tentang hukum nun sakinah dan tanwin seperti berikut:



Maksudnya: Bagi nun sakinah dan tanwin mempunyai empat hukum dan
ambillah keteranganku ini. Yang pertamanya ialah izhar iaitu apabila
berjumpa dengan enam huruf halqi dan susunannya hendaklah kamu tahu
iaitu hamzah dan ha, kemudian ain dan ha dan seterusnya ghain dan kha.
Jelasnya di sini ialah apabila salah satu daripada enam huruf halqi berada
selepas huruf nun sakinah sama ada dalam satu kalimah atau dua kalimah
dan tanwin mestilah dalam dua kalimah, maka ketika itu wajiblah dibaca
nun atau tanwin tersebut dengan izhar.

Nun sakinah dan tanwin dibaca dengan izhar kerana kedua-dua makhraj
nun sakinah dan tanwin iaitu di hujung lidah adalah jauh dengan makhraj
enam huruf-hurufnya yang keluar dari halkum. Idgham hanya berlaku jika
dua makhraj berhampiran. Justeru di sini, kejauhan makhraj menyebabkan
berlakunya izhar.
TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
37
Selain itu nun sakinah dan tanwin mempunyai makhraj yang mudah untuk
dibaca dan dikeluarkan tetapi enam huruf halqi pula adalah antara huruf-
huruf yang susah untuk dibaca. Perkara ini menyebabkan terdapat
perbezaan antara dua situasi dan ini menjadikan ia tidak layak untuk
diikhfakan sebagaimana ia juga tidak boleh diidghamkan.

Contoh-contoh hukum nun sakinah atau tanwin berjumpa enam huruf
halqi adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2: Contoh Hukum Nun Sakinah atau Tanwin dengan Huruf Halqi
Huruf Contoh
Hamzah

Ha

Ain

Ha

Ghain

Kha


Penandaan Hukum Izhar di Dalam Mushaf
Hukum izhar di dalam mushaf, diberi tanda dengan mengekalkan tanda
mati di atas huruf nun sakinah. Manakala bagi tanwin pula ia diberi tanda
tanwin tarkibi di mana kedua-dua baris tanwin adalah selari bagi tanwin
baris atas dan bawah. Bagi tanwin baris hadapan, ia diberi tanda dengan
baris keduanya diterbalikkan.
(b) Idgham
Idgham dari sudut bahasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu.
Ulama Qurra mendefinisikan idgham sebagai memasukkan huruf sakin ke
dalam huruf berbaris dengan kedua-duanya menjadi seperti satu huruf
yang bertasydid dan lidah terangkat ketika menyebutnya dengan sekali
angkat. Terdapat juga ulama yang mentakrifkannya sebagai menyebut dua
huruf seperti satu huruf dan yang keduanya bertasydid.

Huruf-huruf idgham ialah sebanyak enam huruf dan terkumpul dalam
rangkai kata dan idgham terbahagi kepada dua iaitu idgham bi
X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
38
ghunnah dan idgham bila ghunnah. Huraian kedua-duanya adalah seperti
berikut.
(i) Idgham Bi Ghunnah
Idgham Bi Ghunnah (rujuk Rajah 3.4) mempunyai empat huruf iaitu
ya, nun, mim dan wau. Apabila nun sakinah atau tanwin berada di
akhir kalimah dan di awal kalimah berikutnya ia adalah salah satu
daripada empat huruf idgham bi ghunnah, maka wajib membaca
idgham (memasukkan) nun sakinah atau tanwin ke dalam empat
huruf tersebut secara dengung.


Rajah 3.4: Idham bi ghunnah

Hukum yang berlaku untuk idgham bi ghunnah terkecuali pada dua
tempat iaitu:

, X,m1lX ,>SV' Yassin wa quran
Nun wal qalam



Hukum kedua-dua tempat tersebut adalah izhar berlawanan dengan
kaedah bagi memelihara riwayat Hafs dari Imam Asim mengikut
Tariq al-Shatibiyyah . Nun di kedua tempat tersebut adalah termasuk
dalam izhar mutlaq dan sebab izhar di kedua tempat adalah kerana
menjaga infisal hukmi. Ini kerana meskipun nun bersambung dengan
huruf wau selepasnya secara lafaz ketika wasal, namun ia adalah
bercerai dari sudut hukum. Keadaan ini berlaku kerana yasin dan nun
adalah nama bagi Uwtcj yang dimulai dengannya. Manakala nun
padanya adalah huruf hijaiyyah bukan huruf mabni. Oleh kerana itu
maka selayaknyalah ia diceraikan dengan selepasnya dan diizharkan
nun tersebut ketika wasal sebagaimana ia diizhar ketika waqaf.


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
39
Hukum pada tasin mim pada permulaan Uwtcj al-Syura dan al-
Qasas, mengikut riwayat Hafs melalui Tariq al-Shatibiyyah ialah
mengidghamkan nun ke dalam mim. Pada asalnya ia diizharkan
mengikut kaedah biasa. Alasan bacaan idgham di sini ialah menjaga
ittisal lafzi yang berperanan meringankan bacaan dengan sebab
idgham.

Rumusan terhadap kaedah idgham dan hukum yang dibaca dengan
berlainan kaedah menunjukkan bahawa idgham apabila ia berada
dalam satu kalimah, maka ketika itu wajib dibaca secara izhar atau
dinamakan izhar mutlak. Penamaan izhar mutlak adalah kerana ia
tidak ada hubungan dengan halqi. Ia juga tidak ada hubungan dengan
syafawi atau qamari. Izhar mutlak berlaku pada dua huruf sahaja
iaitu wau dan ya. Selain itu ia hanya berlaku pada empat kalimah
sahaja iaitu:

Kewajaran berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin pada
huruf-hurufnya yang empat adalah seperti berikut:
x Huruf Nun: Sebab berlaku idgham antara nun sakinah dan tanwin
dengan huruf nun adalah tamathul atau persamaan.
x Huruf Mim: Sebab berlaku idgham adalah kerana persamaan dari
sudut ghunnah. Kesemuanya mempunyai sifat ghunnah. Selain
itu ia juga mempunyai sifat yang sama dari sudut jahr, infitah,
istifal dan juga mempunyai sifat antara rakhawah dan syiddah.

Hukum idgham pada huruf nun dan mim ini diklasifikasikan sebagai
idgham kamil (sempurna) kerana idgham ini menghilangkan zat dan
sifat huruf nun sakinah dan tanwin.

x Huruf wau dan ya: Terdapat tajanus dari sudut infitah, istifal dan
jahr.

Hukum idgham pada wau dan ya adalah tergolong di dalam idgham
naqis (tidak sempurna) kerana ghunnah (dengung) pada hukum ini
adalah sifat yang bagi nun sakinah dan tanwin yang diidghamkan.

X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
40
Contoh-contoh huruf idgham bi ghunnah bersama nun dan tanwin
adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.3.

Jadual 3.3: Contoh Huruf Idgham Bi Ghunnah Bersama Nun dan Tanwin
Huruf Contoh
Ya
Nun
Mim
Wau

(ii) Idgham Bi La Ghunnah
Idgham bi la ghunnah atau disebut juga idgham bi ghairi ghunnah
mempunyai dua huruf iaitu huruf lam dan huruf ra (rujuk Rajah 3.5).
Apabila dua huruf ini berada selepas huruf nun pada permulaan
kalimah berikutnya iaitu dalam dua kalimah maka wajib dibaca
dengan idgham bi la ghunnah atau tidak disertakan dengung. Kaedah
ini diamalkan kecuali pada kalimah

Uwtcj al-Qiyamah: 27.


Idgham bi la ghunnah tidak diamalkan di sini kerana mengikut
riwayat Hafs melalui Tariq Shatibiyyah ia dibaca dengan saktah. Oleh
kerana saktah menegah daripada berlaku idgham, maka di sini ia
tidak bolah diidghamkan.


Rajah 3.5: Idham bi la ghunnah

Idgham nun sakinah dan tanwin ke dalam dua huruf iaitu lam dan ra
ialah dengan cara idgham kamil. Idgham kamil bermaksud
memasukkan huruf nun sakinah dan tanwin dari sudut makhraj dan
juga sifat ke dalam huruf lam dan ra yang berada selepasnya.

TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
41
Terdapat juga pertanyaan kenapakah diidgham pada dua huruf ini dan
tidak dimasukkan dengung ketika melakukan idgham. Jawapannya
ialah kerana makhraj nun sakinah dan tanwin dengan makhraj lam dan
nun adalah berhampiran kerana kesemua huruf-huruf tersebut keluar
dari hujung lidah. Jelasnya, kewajipan idgham di sini adalah kerana
berhampiran makhraj. Ghunnah atau idgham tidak dibaca pada idgham
ini ialah kerana meninggalkan idgham adalah memudahkan bacaan dan
ringan sebutannya berbanding dengan mengekalkan idgham yang
menyebabkan bacaan menjadi lebih berat dan susah.

Contoh-contoh idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin adalah
seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Contoh Idgham bi la ghunnah dengan nun dan tanwin
Huruf Contoh
Lam
Ra
Tanda Idgham di Dalam Mushaf

Di dalam mushaf, idgham kamil diberi tanda dengan menghilangkan
tanda mati pada nun sakinah dan ditayhdidkan (diberi tanda sabdu)
pada huruf selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin
tatabui' (tidak selari) bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris
depan ia diberi tanda dua baris hadapan berbentuk huruf wau kecil
berturut-turut.

Bagi idgham naqis pula, tanda pada nun sakinah dan tanwin adalah
sebagaimana idgham kamil, namun huruf selepasnya tidak diberikan
tanda shiddah (sabdu).
(c) Iqlab
Iqlab dari sudut bahasa ialah menukarkan sesuatu dari asalnya kepada
sesuatu yang lain. Qurra mendefinisikan idgham sebagai menjadikan huruf
di tempat yang lain. Dengan kata lain, menukarkan nun sakinah atau
tanwin kepada mim yang diikhfakan atau disembunyikan secara dengung
ketika berjumpa dengan huruf ba. Hukum ini adalah sepakat di kalangan
para Qurra.

Iqlab mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Berlakunya iqlab ialah
apabila nun sakinah sama ada dalam satu atau dua kalimah atau tanwin yang
X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
42
selepasnya terdapat huruf ba, maka ketika itu wajib ditukarkan nun sakinah
dan tanwin tersebut kepada mim. Penukaran tersebut adalah pada lafaz
(bacaan) bukan pada tulisan. Seterusnya mim yang ditukarkan itu diikhfakan
pada huruf ba selepasnya dan dimasukkan pula ghunnah atau dengung.

Perlu diingat bahawa ghunnah pada iqlab adalah sifat kepada huruf mim
yang diiqlabkan bukannya sifat kepada huruf nun atau tanwin. Jelasnya di
sini tidak ada perbezaan antara iqlab dan ikhfa syafawi. Umpamanya
firman Allah SWT:

dalam Uwtcj al-Naml: 8.



Juga firman Allah SWT:

dalam Uwtcj
Ali-Imran: 101.

Contoh iqlab nun sakinah dan tanwin pada huruf ba sama ada dalam satu
kalimah atau dua kalimah adalah seperti Jadual 3.5.
Jadual 3.5: Contoh Iqlab Nun Sakinah dan Tanwin dan Huruf Ba
Huruf Contoh
Ba
Kenapakah berlaku iqlab bagi nun sakinah dan tanwin selepas huruf ba?
Jawapannya ialah perjumpaan nun sakinah dan tanwin dengan huruf ba
telah menyebabkan susah melakukan idgham kerana berjauhan makhraj
dan huruf-huruf tersebut (nun sakinah, tanwin dan ba) berlainan sifat. Nun
sakinah dan tanwin adalah antara huruf-huruf yang dibaca dengan
ghunnah tetapi huruf ba bukan di kalangan huruf ghunnah.

Izhar juga tidak dapat dilakukan pada nun sakinah dan tanwin pada huruf
ba kerana lidah amat berat menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar
kerana berlainan makhraj. Justeru ditukarkan nun sakinah dan tanwin
kepada mim sebagai pembukaan untuk menghasilkan ikhfa. Hal itu
dilakukan kerana berhampiran makhraj antara ba dan mim dan di samping
itu, ia juga berkongsi sifat-sifat jahr, tawassut, istifal, infitah dan izlaq.

Begitu juga ikhfa nun sakinah dan tanwin kepada huruf ba tidak dapat
dilakukan secara langsung kerana jika izhar dan idgham tidak dapat
TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
43
dilakukan dengan baik untuk huruf ba, maka begitulah juga ikhfa tidak
dapat dilakukan dengan sempurna kerana kedudukannya adalah di antara
idgham dan izhar.

Apabila idgham, izhar dan ikhfa tidak dapat dilakukan kepada huruf nun
sakinah dan tanwin dengan huruf ba maka ditukarkan nun sakinah dan
tanwin kepada huruf yang sejenis dengannya iaitu huruf mim yang
mempunyai sifat ghunnah dan jahr. Huruf mim juga mempunyai kesamaan
dengan huruf ba pada makhraj dan sifat jahr. Ketika itu hilanglah
kesusahan iaitu izhar nun ketika berjumpa huruf ba.

Al-Syeikh al-Jamzuri berkata dalam rangkap syairnya tentang hukum iqlab
seperti berikut:

Maksudnya: Hukum ketiga ialah iqlab (menukarkan) kepada mim ketika
berjumpa huruf ba berserta ghunnah dan ikhfa.

Tanda Iqlab di Dalam Mushaf

Di dalam mushaf, hukum iqlab diberi tanda dengan menghilangkan tanda
mati pada nun sakinah dan diletakkan di atasnya tanda huruf mim kecil.
Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda dengan menghilangkan salah satu
baris tanwin dan ia digantikan dengan tanda huruf mim kecil.

(d) Ikhfa Haqiqi
Ikhfa dari sudut bahasa ialah sembunyi. Qurra pula mengistilahkan ikhfa
dengan sebutan huruf dengan cara antara izhar dan idgham tanpa tasydid
tetapi mengekalkan ghunnah pada huruf yang pertama iaitu nun sakinah
atau tanwin. Al-Hafiz Ibn al-Jazari menyatakan ikhfa adalah di antara izhar
dan idgham0
Huruf-huruf ikhfa haqiqi berjumlah 15 huruf kesemuanya dan terkumpul
di permulaan kalimah dalam rangkai kata yang diungkapkan oleh Syeikh
al-Jamzuri:



Secara mudahnya huruf-huruf ikhfa adalah selain daripada huruf izhar
halqi yang enam, idgham yang enam dan satu huruf iqlab.
X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
44
Apabila nun sakinah atau tanwin berada selepasnya salah satu daripada
huruf ikhfa maka wajiblah dibaca dengan mengikhfakan nun sakinah atau
tanwin. Ia dinamakan ikhfa haqiqi di sini kerana ikhfa lebih jelas dan
terang berbanding dengan hukum lain. Qurra mengistilahkannya begitu
kerana membezakannya dengan ikhfa syafawi.

Cara sebutan ikhfa ialah menyebut nun sakinah dan tanwin dalam
keadaan pertengahan di antara izhar dan idgham. Ini bermakna tidak boleh
menyebut kedua-dua huruf tersebut secara izhar yang sempurna dan juga
tidak boleh menyebut nun sakinah atau tanwin dengan huruf ikhfa secara
idgham yang sempurna. Namun begitu, hendaklah sebutannya tidak ada
unsur tasydid dengan mengekalkan ghunnah.

Di samping itu juga perlu diingat ketika menyebut ikhfa supaya menjauhi
daripada melekatkan lidah ke lelangit atas ketika proses mengikhfakan
nun. Yang betulnya ialah menjauhkan sedikit lidah dari lelangit atas ketika
menyebut ikhfa kerana makhraj nun dan tanwin bersama huruf ikhfa yang
15 adalah pada khaisyum sahaja. Tidak ada peranan lidah. Perkara ini
berlainan dengan peranan lidah ketika mengeluarkan nun sakinah dan
tanwin apabila melakukan hukum izhar dan hukum idgham bi ghunnah.
Perkara yang perlu diambil perhatian juga ialah menjaga sebutan dari
mewujudkan mad ketika ikhfa nun sakinah. Seperti kalimah

dengan
menyebut 0

Ulama telah memberi alasan kenapakah berlakunya ikhfa nun sakinah dan
tanwin ketika berjumpa 15 hurufnya. Antara mereka ialah apa yang
dikatakan oleh al-Imam Abu Amru al-Dani yang dinaqalkan oleh al-Hafiz
Ibn al-Jazari: Ikhfa berlaku ialah kerana nun dan tanwin, makhrajnya tidak
begitu hampir dengan 15 huruf sebagaimana hampirnya nun dan tanwin
dengan huruf idgham, maka diwajibkan idgham kerana hampir dengan
makhraj. Makhraj nun dan tanwin juga tidak begitu jauh sebagaimana
jauhnya makhraj huruf-huruf izhar yang diwajibkan izhar kerana
berjauhan tersebut. Apabila tidak dekat yang boleh menyebabkan idgham
dan tidak jauh yang boleh menyebabkan izhar, maka diikhfakan.








TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
45
Terdapat perbezaan antara ikhfa dan idgham. Perbezaan tersebut adalah
seperti berikut (rujuk Jadual 3.6).

Jadual 3.6: Perbezaan antara Ikhfa dan Idgham
Ikhfa Idgham
Ikhfa tidak mempunyai tasydid. Idgham mempunyai tasydid.
Ikhfa mempunyai huruf-hurufnya
tersendiri.
Idgham mempunyai huruf-hurufnya
yang tersendiri.
Ikhfa boleh berlaku dalam satu
kalimah atau dua kalimah.
Idgham hanya berlaku dalam dua
kalimah sahaja.

Huruf-huruf ikhfa dibahagi kepada tiga maratib iaitu berdasarkan kepada
dekat dan jauhnya makhraj huruf-huruf ikhfa dengan nun sakinah atau
tanwin. Kuat dan lemahnya ikhfa adalah bergantung pada jarak makhraj di
antara nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfa. Jika makhraj nun dan
tanwin hampir dengan mana-mana huruf ikhfa, maka ikhfanya adalah
kuat dan jika jarak makhraj nun dan tanwin dengan huruf-huruf ikhfa jauh
maka sebutan ikhfanya akan menjadi lemah. Pembahagian ikhfa adalah
seperti dalam Rajah 3.6.


Rajah 3.6: Pembahagian ikhfa

Berikut dinyatakan penjelasan bagi setiap bahagian ikhfa.
(i) Aqwa
Aqwa atau yang paling kuat ialah pada huruf yang makhrajnya
paling dekat dengan makhraj huruf nun atau tanwin iaitu huruf to,
dal dan ta.
X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
46
(ii) Adaf
Adaf atau yang paling lemah ialah pada huruf ikhfa yang
makhrajnya paling jauh dari makhraj nun sakinah dan tanwin. Huruf-
huruf tersebut ialah qaf dan kaf.
(iii) Awsat
Awsat atau pertengahan sama ada dari sudut kuat atau makhraj iaitu
selain huruf yang Aqwa dan Adaf iaitu 10 huruf.

Contoh-contoh ikhfa haqiqi bersama nun sakinah sama ada dalam satu
kalimah atau dua kalimah dan tanwin adalah seperti dalam Jadual 3.7.

Jadual 3.7: Ikhfa Haqiqi Bersama Nun Sakinah
Huruf Contoh
Sod

Zal
Tha
Kaf
Jim

Syin

Qaf

Sin

Dal

To

Zai

Fa

Ta

Dhad

Zo


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
47
Berhubung dengan hukum ikhfa, Syeikh al-Jamzuri telah menggarap di
dalam syairnya dengan katanya:

Maksudnya: Hukum yang keempat ialah al-Ikhfa iaitu pada baki huruf
hijaiyyah. Ia berjumlah 15 huruf yang telah dirumuskan di permulaan
kalimah-kalimah berikut iaitu:


Ibn al-Jazari telah merumuskan keseluruhan hukum nun sakinah dan
tanwin berjumpa huruf hijaiyyah dalam rangkap syairnya:


Maksudnya: Hukum tanwin dan nun berjumpa dengan huruf hijaiyyah
ialah izhar, idgham, iqlab dan ikhfa. Apabila berjumpa huruf halqi, ia
diizharkan dan diidghamkan apabila berjumpa dengan lam dan ra tanpa
ghunnah. Manakala idgham dengan ghunnah apabila berjumpa kecuali
dalam satu kalimah seperti . Iqlab ialah apabila berjumpa huruf ba
dengan disertakan ghunnah dan hukum ikhfa adalah untuk baki huruf.

Tanda Ikhfa' Hakiki di Dalam Mushaf

Di dalam Mushaf, ikhfa' hakiki diberi tanda dengan menghilangkan tanda
mati pada nun sakinah dan tidak ditasydidkan (diberi tanda sabdu) pada
huruf selepasnya. Manakala bagi tanwin, ia diberi tanda tanwin tatabui'
(tidak selari) bagi tanwin atas dan bawah. Bagi tanwin baris depan ia diberi
tanda dua baris hadapan berbentuk huruf wau kecil berturut-turut.

X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
48
Ia adalah seperti tanda bagi idgham ma'al ghunnah naqis.



HUKUM MIM SAKINAH
Mim sakinah adalah antara tajuk utama dalam ilmu tajwid.

Pembahagiannya adalah kepada tiga hukum iaitu izhar, idgham dan ikhfa.
Walaupun istilah tersebut telah terdapat dalam hukum nun sakinah, namun
huruf-hurufnya adalah berlainan. Adakah anda membaca al-Quran mengikut
hukum mim sakinah?
Mim sakinah ialah mim yang tidak menerima baris dan ada sama ada ketika
wasal atau ketika waqaf. Mim sakinah yang dibincangkan ini berada sama ada di
pertengahan atau penghujung kalimah. Ia juga berada pada kata nama seperti
dalam firman Allah SWT

Uwtcj al-Qasas: 70, dan juga


berada pada kata kerja seperti

Uwtcj al-Najm: 36.


Hukum mim sakinah berjumpa huruf hijaiyyah terbahagi kepada tiga hukum
iaitu seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.7.
3.2
1. Nyatakan maksud nun sakinah serta perbezaannya dengan
tanwin.
2. Bezakan tanda-tanda bagi hukum-hukum nun mati dan tanwin
di dalam mushaf.
3. Nyatakan huruf-huruf bagi hukum-hukum berikut:
(a) Izhar halqi;
(b) Iqlab; dan
(c) Ikhfa haqiqi.
SEMAK KENDIRI 3.1
TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
49

Rajah 3.7: Hukum mim sakinah

Huraian tiga hukum mim sakinah tersebut adalah seperti berikut.
(a) Ikhfa Syafawi
Ikhfa Syafawi mempunyai satu huruf sahaja iaitu huruf ba. Apabila mim
sakinah berada dalam kalimah dan selepasnya iaitu di permulaan kalimah
berikutnya ialah huruf ba, sudah tentu mim tersebut diikhfakan kepada
mim dengan disertakan ghunnah. Hukumnya ketika ini dinamakan ikhfa
syafawi. Penamaan ini disebabkan mim sakinah diikhfa pada ba dan
kedua-dua huruf ini keluar dari makhraj yang satu. Dua huruf ba dan mim
juga mempunyai sedikit persamaan pada makhraj seperti infitah dan istifal.

Syeikh al-Jamzuri dalam syairnya telah menyatakan:


Maksudnya: Yang pertama ialah ikhfa ketika berjumpa huruf ba dan
Qurra menamakannya dengan syafawi. Contoh ikhfa syafawi adalah
seperti di dalam Jadual 3.8.






X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
50
Jadual 3.8: Contoh Ikhfa Syafawi
Surah Ayat
Surah al-Rad: 33
Surah al-Maidah: 48
Surah Ghafir: 16
Surah al-Hadid: 13

Tanda Ikhfa' Syafawi di Dalam Mushaf

Di dalam mushaf, ikhfa' syafawi diberi tanda dengan menghilangkan tanda
baris mati pada mim, dan huruf selepasnya tidak diberikan tanda sabdu.
(b) Idgham Soghir/Mithlain
Idgham soghir dinamakan juga idgham mithlain atau idgham syafawi.
Huruf idgham soghir ialah satu huruf sahaja iaitu huruf mim. Apabila
terdapat mim sakinah dan selepasnya pula terdapat mim berbaris sama ada
dalam satu kalimah atau dua kalimah maka diwajibkan idgham mim yang
sakinah ke dalam mim berbaris.

Penamaan hukum yang berlaku ini dengan idgham adalah kerana
memasukkan mim sakinah ke dalam mim berbaris. Penamaan dengan
mithlain pula ialah kerana huruf yang mengidgham dan huruf
diidghamkan adalah huruf yang sama iaitu huruf nun. Kedua-duanya
keluar dari makhraj yang satu dan mempunyai sifat yang sama.

Contoh idgham mithlain dalam satu kalimah atau dua kalimah adalah
seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.9 dan Jadual 3.10

Jadual 3.9: Contoh dalam Satu Kalimah
Surah Ayat
Surah al-Baqarah: 1
Surah al-Araf: 1
Surah Fatir: 11
TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
51
Jadual 3.10: Contoh dalam Dua Kalimah
Surah Ayat
Surah al-Baqarah: 249
Surah al- Baqarah: 134
Surah al-Taubah: 109
Syeikh al-Jamzuri telah menyatakan hukum ini dalam syairnya:


Maksudnya: Yang kedua (hukum mim sakinah) ialah idgham dengan
seumpamanya dan ia juga dinamakan idgham soghir, wahai pemuda.

Tanda Idgham Mithlain di Dalam Mushaf
Hukum ini diberi tanda di dalam mushaf dengan menghilangkan baris mati
pada mim sakinah dan huruf selepasnya diberi tanda sabdu.
(c) Izhar Syafawi
Izhar Syafawi mempunyai 26 huruf iaitu selain huruf ba yang menjadi
huruf bagi ikhfa syafawi dan mim yang menjadi huruf bagi idgham
syafawi. Apabila mim sakinah berada dalam kalimah dan selepasnya ialah
salah satu huruf izhar syafawi, maka sama ada dalam satu kalimah atau
dua kalimah ia wajib dibaca dengan izhar dan dinamakan sebagai izhar
syafawi.

Dinamakan izhar kerana sebutan mim sakinah hendaklah dijelaskan ketika
berjumpa dengan huruf-hurufnya iaitu 26 huruf dan dinamakan syafawi
kerana mim sakinah yang diizharkan tersebut keluar dari dua bibir.

Sebab izhar di sini ialah kerana berjauhan makhraj di antara makhraj mim
sakinah dan makhraj kebanyakan huruf-huruf izhar.

Contoh-contoh izhar syafawi terbahagi kepada dua iaitu:
(i) Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam dua kalimah sahaja.
Keadaan ini berlaku pada lapan huruf iaitu seperti yang ditunjukkan
dalam Jadual 3.11.

X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
52
Jadual 3.11: Contoh Izhar Syafawi dalam Dua Kalimah Sahaja
Huruf Contoh
Jim

Surah Nuh: 12
Zal

Surah al-Tur: 21
Kha

Surah Ali Imran: 110


Sod

Surah al-Baqarah: 23
Zo

Surah al-Baqarah: 51
Ghain

Surah al-Mulk: 24
Fa

Surah al-Naba: 3
Qaf

Surah al-Naml: 60
(ii) Huruf-huruf izhar syafawi yang berlaku dalam satu kalimah dan dua
kalimah. Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam
Jadual 3.12.

Jadual 3.12: Contoh Izhar Syafawi dalam Satu Kalimah dan Dua Kalimah
Huruf
Contoh
Dalam Satu Kalimah Dalam Dua Kalimah
Hamzah


Ta


Tha


Ha


Dal


Ra


Zai


Sin


Syin


Dhad


TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH W
53
To


Ain


Kaf


Lam


Nun


Ha


Wau


Ya



Tanda Izhar Syafawi di Dalam Mushaf
Izhar Syafawi di dalam mushaf diberikan tanda dengan mengekalkan tanda
baris mati di atas mim sakinah.

HUKUM NUN DAN MIM TASYDID
Nun dan mim tasydid adalah huruf nun dan mim yang bertanda sabdu sama ada
di awal, pertengahan mahupun di akhir kalimah.

Hukum bagi nun dan mim tasydid (sabdu) adalah wajib dijelaskan dengung
dengan kadar dua harakat. Dinamakan hukum ini (huruf ghunnah yang
bertasydid) kerana ghunnah adalah sifat yang lazim bagi nun dan mim.


3.3
1. Nyatakan takrifan mim sakinah dan sebutkan pecahan-
pecahannya.
2. Berikan nama lain bagi idgham syafawi.
3. Jelaskan empat contoh ikhfa syafawi dan empat contoh izhar
syafawi di dalam Al-Quran.
SEMAK KENDIRI 3.2
X TOPIK 3 HUKUM NUN SAKINAH, TANWIN DAN MIM SAKINAH
54
Tiada beza antara nun atau mim yang bertasydid itu berada di awal kalimah
ketika idgham, di tengah atau di hujung kalimah. Wajib ghunnah dengan kadar
yang ditetapkan. Seperti contoh:




x Hukum nun sakinah adalah antara hukum yang sangat penting dalam ilmu
tajwid.
x Pembaca al-Quran mestilah memenuhi segala tuntutan di dalam topik nun
sakinah.
x Di samping itu pembaca juga dituntut untuk mempraktikkan hukum mim
sakinah yang hanya terbahagi kepada tiga bahagian.


Hukum mim sakinah
Hukum nun sakinah
Hukum tanwin
Idgham
Idgham soghir/mithlain
Ikhfa haqiqi
Ikhfa syafawi
Iqlab
Izhar halqi
Izhar syafawi
Nun dan mim tasydid


1. Huraikan kaedah bacaan nun dan mim tasydid.
2. Jelaskan bacaan nun dan mim tasydid ketika bacaan waqaf ke
atasnya.
SEMAK KENDIRI 3.3