Anda di halaman 1dari 44

ASSIGNMENT 2

Strategies in Teaching & Learning :

Strategies to Address Misconception

Prepared By:
1. 2. 3. 4. 5. Nor Azilawaty Bt Azmi Nur Sofia Bt Jafar Nurshuhada Nuramirah Nur M20122001519

1 kg kapas

1 kg logam besi

Yang mana lebih berat ?

MISKONSEPSI

KAEDAH MENGATASI MISKONSEPSI

IMPLIKASI MISKONSEPSI

DEFINISI
JENIS-JENIS
MISKONSEPSI

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MISKONSEPSI

* misconceptions (Wandersee, Mintzes, & Novak, 1994),

ISTILAH ALTERNATIF
Konsep Naif (Champagne & Klopfer, 1984)

Kepercayaan Bukan Saintifik (Lawson & Weser, 1990)

Phenomenological primitives (diSessa, 1993)

Pre-instructional beliefs (Chinn & Brewer, 1993)

Pengetahuan Naluri(Vosniadou, Ioannides, Dimitrakopoulou, & Papademetriou, 2001),

Kerangka Alternatif (Carey, Evans, Honda, Jay, & Unger, 1989).

DEFINISI MISKONSEPSI
Miskonsepsi boleh dianggap sebagai pengetahuan lampau pelajar, yang sudah tersemat di dalam sistem logis dan justifikasi walaupun ia tidak selari dengan kefahaman saintifik. (Tomita, 2008, ). Miskonsepsi ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang melibatkan

pengetahuan dan konsep pelajar tidak setara atau tidak sama dengan fakta dan konsep saintifik yang biasa diterima dan tidak berupaya untuk menerangkan fenomena saintifik .

(Cho, Kahle dan Nordland, 1985; Bodner, 1986).

Miskonsepsi ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa dimensi seperti ; (1) mempunyai hubungan yang salah antara konsep, (2) kekurangan hubungan penting antara konsep, (3) mempunyai pemahaman yang salah terhadap sesuatu konsep, (4) kekurangan konsep yang penting dan sebagainya.

(Fisher dan Lipson ,1986)


Miskonsepsi merangkumi konsep alternatif yang timbul daripada gangguan-gangguan seharian , seperti pengajaran dalam kelas , juga hasil

interaksi pelajar sendiri dan juga pemerhatian dan pengaruh


persekitarannya. (Pines & West, 1986).

Miskonsepsi :
- Pandangan pelajar yang tidak benar serta berbeza dari konsep sebenar.
- Konsep yang dikembangkan sendiri oleh pelajar dan tidak bersepadanan dengan konsep saintifik.

MISKONSEPSI YANG BIASA


1. Lopak air kering kerana disedut oleh sinaran matahari. 2. Pokok tumbuh dari tanah. 3. "Sebatian mengandungi H adalah asid; sebatian mengandungi OH adalah bes. 4. Lilin yang terbakar melakukan proses endotermik, kerana haba diserap untuk memulakan pembakaran. 5. Udara dan oksigen adalah gas yang sama..

JENIS-JENIS MISKONSEPSI
Jenis Miskonsepsi
Fahaman yang terbentuk

Penerangan
Idea awal yang diperoleh daripada

Contoh
Ramai orang percaya yang air laut berwarna biru

sebelumnya
(Preconceived notions )
.

pengalaman harian

kerana ketika pergi ke


pantai dan memandang ke arah lautan akan nampak air laut berwarna biru.

Jenis Miskonsepsi
Kepercayaan Bukan Saintifik (Non-scientific beliefs )

Penerangan
Kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada sumber-sumber ilmu agama dan kepercayaan.

Contoh
Sesetengah pelajar sudah belajar melalui pendidikan agama tentang kewujudan bumi dan kejadian manusia. mengandungi unsur mistik dan jauh menyimpang dari konsep saintifik,.

lain seperti pendidikan Penjelasan selalunya

Jenis Miskonsepsi
Salah Faham Konsep
(Conceptual misunderstandings)

Penerangan
Hasil pengajaranpembelajaran konsepkonsep sains yang

Contoh
Menganggap fenomena
siang dan malam terjadi disebabkan bumi beredar

kurang kukuh.

mengelilingi matahari
dan tiada bulan dan bintang pada waktu siang .

Jenis Miskonsepsi
Salah Faham Fakta (Factual misconceptions )

Penerangan
Disebabkan oleh pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekalkan terus sehingga peringkat dewasa.

Contoh
Seperti kata pepatah inggeris "lightning never strikes twice in the same place" adalah jelas tidak masuk akal. Sudah terbukti kebenaran saintifiknya.

Jenis Miskonsepsi
Salah Faham Bahasa (Vernacular misconceptions)

Penerangan
disebabkan oleh yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik.

Contoh
Perkataan zarah dalam kepada satu atom, molekul atau ion, tetapi dalam sebutan biasa, ia merujuk kepada bahan seni yang tidak kelihatan.

penggunaan perkataan sains selalunya dirujuk

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB MISKONSEPSI


Apabila pelajar memasuki kelas subjek sains, mereka sudah pun mempunyai ideal yang diperolehi dari pengalaman seharian. Konsep-konsep awal boleh mempengaruhi cara mereka untuk memahami sains secara formal. Situasi dan perasaan di sekolah juga akan membantu mereka untuk lebih memahami. Sesetengan maklumat awal yang disimpan pelajar boleh digunakan tetapi ada maklumat yang menyimpang dari konsep saintifik.

(TOMITO , 2008)

Apabila informasi sampai ke cerebral cortex untuk dianalisis, the

otak akan terus berusaha untuk mencuba menyesuaikan


kompenan baru berbanding komponen silam yang tersimpan di kawasan yang sama. (Wesson , 2001)

1. Idea-idea pelajar tidak sentiasa berkembang secepat kadar pembentangan konsep dalam kebanyakan buku-buku teks dan dalam unit pengajaran yang direka bentuk oleh guru. 2. Bahasa yang digunakan oleh guru dan buku teks boleh mengelirukan sesetengah pelajar.

3. Sering ada konflik yang belum diterokai antara pengalaman setiap hari
pelajar dan pembentangan kelas atau buku teks.

4. Demonstrasi atau eksperimen yang ditunjukkan oleh guru selalunya pasif.

5. Gambar, gambarajah yang terdapat dalam buku teks atau sumber yang lain mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan murid salahkonsep. 6. Kerangka kefahaman alternatif sedia ada pelajar-pelajar yang jarang diberi perhatian oleh guru menyebabkan idea yang tidak tepat berkekalan.

7. Bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa saintifik


8. Terminologi dan istilah saintifik , terutama yang melibatkan sebatian,

partikel dan simbol kimia tidak dibanding dengan dengan jelas.


9. Ketidaksesuaian kaedah pengajaran serta bahan-bahan rujukan.

IMPLIKASI MISKONSEPSI

1. Pelajar mungkin tidak akan mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai perkara yang

berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada.


2. Kemungkinan juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerapkali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar. Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya.

3. Hasil yang paling ideal yang diharapkan adalah pengajaran guru yang berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat akhir yang ideal bagi pengajaran sains. 4. Kepelbagaian dalam personaliti pelajar membuatkan sesetengah pelajar lebih terbuka kepada idea-idea baru berbanding pelajar lain. Sebahagian daripada pelajar mungkin tidak akan bersungguh-sungguh dalam

menyelesaikan konflik kognitif ataupun ketidakseimbangan kognitif yang


dihadapinya. Tambahan pula, jika idea ataupun pengetahuan sedia ada terbukti mencukupi berdasarkan pengalaman lampau. Maka pelajar tidak

berasa perlu menggantikan pengetahuan sedia dengan pengetahuan baru.

(Gilbert, Osborne dan Fensham ,1982)

KAEDAH MENGENALPASTI MISKONSEPSI


1. POE (Predict,Observe and Explain) Meramal,Memerhati, Menerang Dipelopori oleh White dan Gunstone (1992) untuk melihat bagaimana seseorang pelajar membuat pemerhatian dan justifikasi

tentang sesuatu peristiwa.


Bersesuaian untuk dilakukan bersama demostrasi yang

memberikan pemerhatian segera.

Boleh digunakan untuk mengesan ideal awal pelajar, memberi informasi kepada guru tentang pemikiran pelajar, memulakan perbincangan, memotivasi pelajar untuk mengkaji serta menyiasat sesuatu konsep. Bagaimana . Mulakan dengan demostrasi tentang sesuatu peristiwa, situasi yang berkaitan dengan topik yang ingin dipelajari.( kehidupan seharian) Guru perlu menjelaskan kepada pelajar tentang situasi tersebut sebelum

bermula.

LANGKAH 1 : Meramal
Pelajar diminta menulis ramalan mereka secara individu. Guru bertanya

tentang apa yang mereka akan lihat dan kenapa mesti begitu.

LANGKAH 2 : Memerhati ( Demostrasi dilakukan oleh guru)


Pelajar diberi masa untuk membuat pemerhatian serta merekodkannya

LANGKAH 3 : Menerang
Pelajar akan menerangkan sebab pemerhatian/ ramalan yang telah ditulis
berdasarkan demostrasi oleh guru. Seterusnya, mereka diminta untuk berbincang sesama sendiri tentangnya.

CONTOH :

Description of focus of demonstration (e.g., What will happen when you put an upside down jar over a lighted candle?)

Predict Write or draw all the things you think you will see.

Explain Write the reasons why you think it will happen this way.

Observe Draw or describe what you did see.

Explain Add to or change your ideas about why it happened.

2. KONSEP KARTUN
Dikembangkan oleh Naylor and Keogh (1999) sebagai satu instrumen dan penilaian dalam pengajaran sains.

Kartun mesti bercirikan :


- mengandungi idea alternatif teantang suatu konsep saintifik.. - menggunakan imej visual.

- kartun menggunakan dialog yang minima bercakap tentang idea


yang bercanggah dengan idea saintifik dan idea yang selari konsep saintifik. - berdasarkan pengalaman yang lazim dialami oleh pelajar. Satu cara selamat bagi pelajar untuk menyuarakan idea meskipun salah.

CONTOH ; Paparkan kartun konsep kepada pelajar sama ada secara individu, berkumpulan atau keseluruhan kelas. Minta pelajar untuk memberi komen setiap dialog dalam kartun untuk menunjukkan yang mereka bersetuju atau tidak. Pelajar diminta untuk memberi pandangan dan alasan pilihan mereka. Pelajar digalakkan untuk berdiskusi sesama sendiri sambil dibimbing

oleh guru.

3. CARTA ALIR
Carta alir adalah graphic organiser yang dapat memberi bayangan pemikiran pelajar. Membina carta alir melalui perbincangan, pemerhatian dan pembacaan kan membantu pelajar berfikir dan membuat refleksi. Proses membina carta alir memberi membantu pelajar membuat susunan hirerki peristiwa, peringkat, fasa yang akan memberi satu kesimpulan. Verena Watson (2007)

Apabila pelajar membina sebuah carta alir, peningkatan pemahaman


tentang permulaan satu proses, kesinambungan antara setiap peringkat serta hasil akhir akan diserap mengikut urutan.

Organising Phase
Brainstorming Phase

Layout Phase
Susun konsep mengikut kelas dan hirarki; dari topik besar ke topik kecil

Pilih satu konsep utama

Kembangkan konsep. Kenalpasti subkonsep terlibat

Finalizing
Memastikan ia mudah difahami.

Linking Phase Hubungkan setiap konsep dengan garisan dan anak panah.

4. MODELING FOR LEARNING


Mengutarakan soalan. Mewujudkan suasana selamat

Banding dan bezakan antara model & realiti

Gunakan pelbagai model untuk mencungkil miskonsepsi

Contoh :
Membandingkan lukisan orbital hybrid dengan menggunakan belon dan tanah liat.

Model tanah liat

Lukisan

Model belon

5. UJIAN SARINGAN
Menggunakan satu set ujian sama berbentuk atau struktur, objektif pelbagai pilihan dan soalan berbentuk betul atau salah. Boleh juga dijalankan dalam bentuk temubual ringkas. Soalan berbentuk esei sesuai jika guru ingin memahami cara pemikiran pelajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu konsep yang berbentuk proses.

Ujian secara temubual boleh memberikan gambaran lebih jelas kerana


pelajar akan memberi respon segera dengan mengaitkan soalan dan pengetahuan sedia ada.

CARA MENGATASI MISKONSEPSI

Jika salah konsep diabaikan, murid mungkin akan keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru (Mestre 2002). Murid mungkin akan menghafal fakta untuk lulus peperiksaan. Oleh sebab fakta ini tidak digabungkan dengan pengetahuan sedia ada murid,fakta ini hanya akan dapat diingat dalam jangkamasa yang

singkat (Dunlop 1999).

ptions n-

1. Guru perlu memastikan segala miskonsepsi yang dialami dapat diatasi.


Guru yang mempunyai miskonsepsi boleh mengakibatkan salah faham yang lebih kritikal berlaku ke atas pelajarnya. Jika berlaku kekeliruan, guru perlu merujuk dan berbincang dengan guru yang lebih pakar atau sumber rujukan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.

the

ments,

2. Guru mempelbagaikan kaedah serta situasi pembelajaran dan pengajaran .


Guru yang hanya berpusat kepada kaedah konvensional tidak mampu mengubah salah faham pelajarnya malahan situasi kelas juga membosankan. Guru perlu sentiasa mengaplikasi kaedah serta teknologi terkini dalam pengajaran dan maklumat terkini berkait dengan subjek yang diajar. Boleh menggunakan kaedah eksperimen , demostrasi dan model model yang berkaitan.

3. Penggunaan analogi, diagram , simulasi interaktif untuk menerangkan konsep-konsep yang abstrak. Guru mesti memilih analogi yang bersesuaian dengan tahap pelajar supaya dapat memudahkannya dalam menerangkan konsep sains. (Dilber & Duzgun, 2008)

Konsep reaktan penghad:

Konsep Oktet:

KESIMPULAN :
Miskonsepsi dalam kalangan pelajar mesti ditanggani bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih bermakna. Selain itu, ia dalam pada mengatasi masalah ini, secara tidak langsung guru akan mengaplikasikan pelbagai situasi pengajaran yang lebih menarik. Adalah menjadi matlamat semua guru supaya setiap pengajarannya adalah yang terbaik untuk pelajarnya. Cadangan yang telah dibincang boleh digunapakai oleh guru semasa kelas dan diharap dapat meningkat minat membantu dan inkuiri pelajar dalam subjek sains. Ini adalah

selaras dengan misi kementerian pendidikan untuk melahirkan ramai


profesional dalam bidang sains dalam menuju abad ke 21.

Anda mungkin juga menyukai