Anda di halaman 1dari 80

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEPTEMBER 2013

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

SEPTEMBER 2013

ii

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan Muzik.

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : : DR. TOH LAI CHEE SEPTEMBER 2013

PENGAKUAN PENULIS

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Tarikh

: : : MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI SEPTEMBER 2013

ii

DEDIKASI

Untuk Abah dan Emak, SHUHAIMI BIN SETAPA & NORIAH BT ABDUL GHANI

Untuk Kakak dan Adik, NUR SYAHIRAH & AHMAD SYAHMAN

Untuk Peneman Setia, SITI JAMILAH BINTI ZULKEFLI

Untuk Teman Sebilik, MUHAMMAD YUSOFF BIN SULAIMAN

Untuk Rakan Sekelas, HASNOR RIZMAN, MOHAMMAD FAIZZULHELMI, MOHD RIDZAL, MUHD AFIQ, NOORFAWWAZ, WAN RAFIUDDIN ZAHIDAH, THEFANNY, NURUL HIDAYAH, NUR SYAHIRA, NUR MELISSA, NUR AMALINA, KHOR LING HUI, CHAN JIE XING

Terima kasih atas segala-galanya.

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah dengan limpah kurnia-Nya, kajian tindakan ini berjaya disempurnakan dalam tempoh yang ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan ikhlas kepada Dr. Toh Lai Chee selaku pensyarah penyelia di atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian tindakan ini. Selain itu, ucapan setinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah dari Jabatan Muzik, IPG Kampus Pulau Pinang yang banyak memberi bantuan dalam bentuk tunjuk ajar mahupun dorongan dalam menyiapkan kajian tindakan ini. Tidak dilupakan juga ucapan setinggi penghargaan kepada rakan seperjuangan dari kumpulan PISMP ambilan Januari 2010 yang turut sama menyumbang idea dalam menyiapkan kajian tindakan ini.

MOHD SYAHIR BIN SHUHAIMI 2013

iv

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN RENTAK ZAPIN MELALUI TEORI KECERDASAN PELBAGAI BAGI MURID TAHUN LIMA

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran murid dalam memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Responden terdiri daripada 16 orang murid tahun lima, di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. Teknik kutipan data yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen serta instrumen Ujian Kecerdasan Pelbagai untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai murid. Hasil dapatan kajian menunjukkan peningkatan kemahiran murid dalam memainkan rentak zapin dengan betul. Secara keseluruhan, strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan membolehkan murid memainkan rentak zapin dengan betul dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu. Cadangan kajian seterusnya ialah menjalankan stesen pelbagai kecerdasan di dalam bilik darjah untuk membantu pelajar menguasai konsep muzik dalam pengajaran dan pembelajaran.

THE TEACHING AND LEARNING OF THE RHYTHM OF ZAPIN THROUGH THE THEORY OF MULTIPLE INTELLIGENCES AMONG YEAR FIVE STUDENTS

ABSTRACT

This action research is carried out to enhance the students skills in playing the rhythm of zapin through the multiple intelligence teaching and learning strategy. The respondents are 16 Year 5 students, from a school in Nibong Tebal, Southern Province Wellesley. The methods used in collecting the data for this research are interview, observation, and document analysis as well as the Multiple Intelligence Test to determine the students various intelligences. The result shows increment in the students skills in playing the rhythm of the zapin. Overall, the multiple intelligence teaching and learning strategy enables the students to play the rhythm of the zapin correctly by using percussions to accompany a song. It is suggested that further research is needed in carrying out intelligence station in the classroom and in teaching and learning.

vi

KANDUNGAN Muka Surat PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PENULIS HALAMAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN i ii iii iv v vi vii x xi xii

1.0

PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 Pengenalan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Refleksi Nilai Pendidikan

1 1 2 3

2.0

FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian 2.1.1 Tinjauan Awal 2.1.2 Analisis Tinjauan Awal 2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian 2.2.1 Teori 2.2.2 Kajian Lepas yang berkaitan 2.3 Istilah Kajian

5 5 6 7 9 10 10 13 16

3.0

OBJEKTIF KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Objektif Umum Objektif Khusus Soalan Kajian vii

17 17 17 17

4.0

KUMPULAN SASARAN

18

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN 5.1 Gelungan Tindakan 1 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.2 Perancangan Tindakan Pemerhatian Refleksi

20 20 22 22 25 26 26 27 27 29 30 31 31 32 33 33

Gelungan Tindakan 2 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 Perancangan Tindakan Pemerhatian Refleksi

5.3

Gelungan Tindakan 3 5.3.1 5.3.2 5.3.3 5.3.4 Perancangan Tindakan Pemerhatian Refleksi

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA 6.1 Instrumen Pengumpulan Data 6.1.1 6.1.2 6.1.3 6.2 Pemerhatian Temu Bual Analisis Dokumen

35 35 35 36 36 36 36 37 37

Cara Menganalisis Data 6.2.1 6.2.2 6.2.3 Pemerhatian (Senarai Semak) Temu Bual Analisis Dokumen

7.0

KEPUTUSAN KAJIAN / INTERPRETASI DATA 7.1 7.2 Pemerhatian Sebelum Intervensi Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada Gelungan Pertama viii

38 39 39

7.3

Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada Gelungan Kedua

42

7.4

Keputusan Penilaian Selepas Intervensi pada Gelungan Ketiga

44

7.5 7.6

Analisis Temu Bual Analisis Dokumen

46 48

8.0

RUMUSAN 8.1 8.2 Rumusan Dapatan Refleksi Selepas Kajian

52 52 54

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

56

SENARAI RUJUKAN

57

LAMPIRAN

59

ix

SENARAI JADUAL

Jadual Jadual 7.1 Jadual 7.2 Jadual 7.3 Jadual 7.4 Jadual 7.5 Jadual 7.6 Jadual 7.7 Senarai Semak Gelung 1yang dijalankan ke atas murid Peratusan Gelung 1 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid Senarai Semak Gelung 2 yang dijalankan ke atas murid Peratusan Gelung 2 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid Senarai Semak Gelung 3 yang dijalankan ke atas murid Peratusan Gelung 3 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid Hasil Analisis Dokumen

Muka Surat 39 41 42 43 44 45 46

SENARAI RAJAH

Rajah Rajah 4.1 Rajah 4.2 Peta lokasi sekolah Keputusan ujian kecerdasan pelbagai

Muka Surat 18 19

Rajah 5.1

Kitaran kajian tindakan Kemmis & McTaggart

20

Rajah 5.2

Carta corak irama rentak zapin

23

Rajah 5.3

Kad huruf bagi tak dan dung

23

Rajah 5.4

Corak irama rentak zapin yang dibunyikan

24

Rajah 5.5 Rajah 5.6 Rajah 5.7 Rajah 5.8 Rajah 5.9 Rajah 7.1 Rajah 7.2 Rajah 7.3 Rajah 7.4

Contoh lukisan untuk corak irama zapin Carta untuk tepukan rentak zapin Kad d dan Kad t Carta nilai not Latihan nilai not di carta corak irama zapin Peratus murid melakukan aktiviti kecerdasan visual-spatial Hasil lukisan M2 rentak zapin yang betul Hasil lukisan M4 rentak zapin yang salah Hasil lukisan M14 rentak zapin yang salah

24 24 25 28 28 50 50 51 51

xi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Lampiran A Lampiran B Lampiran C Lampiran D Lampiran E Lampiran F Lampiran G Soal Selidik Ujian Kecerdasan Pelbagai Rubrik pemerhatian senarai semak 1 Rubrik pemerhatian senarai semak 2 Rubrik pemerhatian senarai semak 3 Rubrik senarai semak analisis dokumen Soalan temu bual

Muka Surat 59 60 62 63 64 65 66

xii

1.0

PENDAHULUAN Kajian ini adalah mengenai penggunaan teori kecerdasan pelbagai untuk

meningkatkan kefahaman pembelajaran rentak zapin bagi murid tahun lima. 1.1 Pengenalan

Tujuan mata pelajaran Pendidikan Muzik di Malaysia adalah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kreatif dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kreativiti seseorang. Tujuan ini akan menimbulkan kesedaran kepada murid agar lebih peka terhadap perkembangan kreatif dengan harapan dapat melahirkan masyarakat yang mempunyai kecenderungan terhadap perkembangan seni muzik. Sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik yang lebih ke arah amali, membolehkan murid mengunakan alatan muzik untuk membuat improvisasi dalam penghasilan corak irama dan rentak, dan dapat mengendalikan alat muzik dengan betul. Satu inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan untuk menarik minat murid serta merangsang minda murid untuk mencintai mata pelajaran muzik. Guru yang bijak akan menggunakan peluang dengan cara memahami minat serta kecenderungan muridnya. Guru harus kreatif dalam memberi murid peluang pembelajaran dengan memilih dan menyediakan bahan dan aktiviti yang sesuai dengan tahap kebolehan dan minat mereka. Kajian ini adalah mengenai penggunaan teori kecerdasan pelbagai secara kreatif untuk pengajaran dan pembelajaran rentak tradisional bagi murid tahun lima. Kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana pembelajaran dan lain-lain. Pendapat yang dikemukakan oleh Gardner (1983) menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan dengan pendidikan dan juga latihan. Penyelidikan tindakan ini ialah untuk mengatasi masalah pembelajaran murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin. Murid telah melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan mengikut teori kecerdasan pelbagai di dalam kelas dan untuk lebih memahami pembelajaran rentak zapin yang merupakan subtopik di 12

dalam huraian sukatan pelajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima. Melalui pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai, murid bukan sahaja boleh menghasilkan rentak zapin, malah juga merangsang suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan serta menghiburkan.

1.2

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Ketika pelaksanaan praktikum fasa tiga pada semester tujuh, pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran rentak zapin bagi kelas murid tahun lima yang merupakan kelas yang terakhir daripada tiga kelas. Kelas ini merupakan kelas yang lemah dari segi pembelajaran. Masa yang diperuntukkan ialah selama sejam. Pada permulaan sesi pengajaran, pengkaji memperkenal rentak zapin kepada murid. Seterusnya, pengkaji mengarahkan murid untuk menyebut corak irama zapin seperti dan mengaplikasikan

kepada tepukan tangan dan juga peha. Murid mengimitasi guru dalam aktiviti yang dijalankan. Penggunaan loceng sebagai alat perkusi juga diperkenalkan oleh guru untuk memainkan rentak zapin kerana di dalam pengajaran lagu Anak Ayam. Pengkaji telah menghadapi beberapa masalah yang agak ketara untuk pengajaran rentak zapin kepada murid. Masalah yang pengkaji hadapi ialah pada permulaan pengajaran, murid menghadapi masalah untuk mengenali rentak yang dimainkan. Masalah seterusnya berlanjutan kepada murid tidak dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan mulut, tepukan dan alat muzik seperti loceng. Hal ini menyebabkan rentak zapin tidak dapat dimainkan dengan betul. Masalah ini wujud hasil daripada perancangan yang kurang rapi dan perinci dari segi penerangan mengenai rentak zapin; sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung tanpa bahan bantu mengajar; dan aktiviti yang dijalankan kurang menarik minat murid untuk mempelajari rentak zapin. Menerusi pengalaman yang telah dilalui sepanjang mengajar di kelas ini, pengkaji dapati murid tahun lima ini memerlukan beberapa keperluan strategi pengajaran yang bertumpu kepada rentak zapin untuk membantu mereka meningkatkan lagi keupayaan dalam memainkan rentak zapin. Hal ini adalah kerana rentak zapin merupakan rentak yang baru dan harus dipelajari oleh murid tahun lima. Dengan memilih teori kecerdasan pelbagai untuk diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran rentak 2 zapin, pengkaji berharap dapat

menyumbangkan satu hasil yang bermakna. Pengkaji mempercayai bahawa seluruh murid tahun lima ini mempunyai kecerdasan yang berbeza. Aktiviti yang dirancang dalam pengajaran dan pembelajaran mestilah dapat memenuhi keperluan kecerdasan murid.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Gardner (1983) mengatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurangkurangnya lapan kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan logikmatematik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, dan kecerdasan naturalis. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (2001), guru boleh mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai. Melalui teori kecerdasan pelbagai, murid dapat mengenal pasti minat mereka dan cara mereka belajar dengan lebih berkesan. Kajian Norazura Tukiran et al. (2010) menunjukkan bahawa dengan pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan minat, keyakinan serta mencungkil kecenderungan dan kebolehan pelajar dalam sesi pembelajaran. Gabungan pergerakan, permainan dan kemahiran menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Guru haruslah mengenalpasti kecerdasan yang dimiliki oleh murid supaya dapat membantu mereka memajukan diri dalam pelbagai aspek. Pengkaji menggunakan pelbagai kecerdasan iaitu verbal-linguistik, visual-ruang, muzikal, logik-matematik, intrapersonal dan interpersonal mengikut kesesuai aktiviti dan tahap kebolehan pelajar. Menurut kajian Ikhsan Othman et al. (2010), guru tidak perlu meragui akan kesan yang berlaku daripada pengintegrasian unsur kecerdasan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebaliknya guru wajar untuk mencuba pelbagai variasi kaedah atau teknik pengajaran bagi membantu mengelakkan pelajar daripada mengalami kebosanan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru sebagai tenaga pengajar harus peka dengan kebolehan dan potensi yang ada pada diri pelajar agar dapat disesuaikan dengan pengajaran. Kajian Toh Lai Chee (2012) menunjukkan bahawa strategi dan pendekatan yang sesuai 3

dengan kecerdasan pelajar memainkan peranan penting dalam melibatkan pelajar dalam pembelajaran konsep muzik dan dapat menunjukkan kefahaman melalui komposisi muzik mereka sendiri secara tidak langsung dapat meningkatkan kecerdasan muzik pelajar. Dalam kajian ini, pengkaji mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai ke dalam strategi pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membolehkan murid memainkan rentak zapin dengan betul melalui kecerdasan yang dimiliki oleh murid. Penggunaan teori kecerdasan pelbagai digunakan untuk memberi peluang kepada murid untuk mempelajari rentak zapin melalui kecenderungan terhadap kecerdasan yang dimiliki murid. Strategi pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan supaya lebih ramai murid boleh belajar dan menunjukkan kefahaman mereka.

2..0

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ialah mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai untuk meningkatkan kemahiran bermain rentak zapin bagi murid tahun lima.

2.1

Isu Kajian Semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji mendapati

murid tahun lima ini masih tidak dapat menguasai rentak zapin yang diajar. Murid ini mempunyai kecerdasan yang berbeza dan masalah yang dihadapi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung ialah murid tidak dapat menghasilkan rentak tradisional dengan melakukan aktiviti yang hanya berasaskan kecerdasan verbal-linguistik sahaja seperti aktiviti mengimitasi rentak zapin melalui sebutan corak irama oleh guru. Aktiviti yang dirancang harus mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia dalam Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (2001), murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa dengannya dan guru perlu mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran supaya lebih ramai murid dapat belajar dan bukannya semua murid boleh belajar dengan cara yang sama.

2.1.1

Tinjauan Awal

Kajian tindakan pengkaji berfokus kepada masalah ketika memainkan rentak zapin berdasarkan kepada refleksi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran semasa praktikum fasa 3. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 16 orang murid dari murid tahun lima. Melalui pengalaman pengkaji semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan masalah yang dihadapi ialah murid tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Perlaksanaan aktiviti bagi setiap langkah pengajaran merupakan masalah utama yang menyebabkan murid tidak dapat memainkan rentak zapin. Melalui tinjauan awal ini, banyak masalah yang dihadapi ketika pengajaran rentak zapin. Pengkaji membunyikan rentak zapin

dan murid membunyikan rentak zapin dengan melakukan kesalahan irama seperti

dan

. Pengkaji juga menggunakan kaedah menepuk rentak zapin dengan mengimitasikan rentak zapin melalui bunyi mulut. Masalah berlaku apabila murid membunyikan rentak zapin dengan tempo yang laju dan tidak dapat menghasilkan irama zapin melalui kaedah tepukan. Tinjauan awal ini telah mendorong pengkaji untuk mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan yang bersesuaian dengan murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah kepada semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Dari segi pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen untuk mengesan masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh murid.

Pemerhatian Menurut Chow Fook Meng et.al (2011), pemerhatian merupakan suatu aktiviti pengumpulan data dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang dan sistematik, pelbagai data dapat diperoleh untuk membantu pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan. Melalui pemerhatian ini, senarai semak telah digunakan untuk

mendokumentasikan data melalui pemerhatian. Data yang dicatat ialah penghasilan rentak zapin dengan mulut dan menepuk rentak zapin menggunakan tangan dan peha. Penilaian senarai semak berdasarkan rubrik pemarkahan yang disediakan bagi mencatat keupayaan murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan melakukan aktiviti yang dijalankan. Temu bual Pengkaji juga mengunakan kaedah temu bual sebagai satu intrumen untuk mengumpul data. Menurut Ting Len Siong et.al (2013), temu bual merupakan kaedah pengumpulan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara pengkaji dengan responden atau orang yang ditemubual. Menurut Chow Fook Meng et.al (2011), temu bual adalah suatu teknik yang berkesan untuk meninjau persepsi sesorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temu bual, pengkaji dapat memahami seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu. Pengkaji menggunakan temu bual berstrukur untuk menemu bual guru pembimbing muzik untuk mengetahui latar belakang dan perkembangan muzik murid. Temu bual juga dilaksanakan di antara pengkaji dan murid untuk mengetahui perasaan mereka mengenai pengajaran rentak zapin. Dapatan kajian awal inilah yang telah memberi idea kepada pengkaji untuk melakukan kajian mengenai pengajaran dan pembelajaran rentak zapin melalui teori kecerdasan pelbagai oleh Gardner (1983).

2.1.2

Analisis Tinjauan Awal

Berdasarkan isu yang telah dikenal pasti semasa pelaksanaan pengajaran rentak zapin iaitu murid tidak dapat menghasilkan rentak zapin ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji memperkenal corak irama zapin kepada murid dengan menggunakan mulut. Pengkaji menyebut tanpa 7 rentak pengenalan zapin ikon seperti dan

mengarahkan murid untuk mengimitasi rentak zapin yang dilakukan oleh pengkaji. Kesemua murid tidak dapat membunyikan rentak zapin dengan corak irama yang betul. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa aktiviti yang dilakukan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar bagi setiap langkah pengajaran kurang mendapat tumpuan dari murid. Pengkaji hanya membunyikan rentak zapin tanpa menggunakan sebarang paparan visual yang menunjukkan rentak zapin. Terdapat murid yang tidak dapat mengimitasikan bunyi rentak zapin dengan menggunakan mulut dan hanya meniru pergerakan mulut murid yang lain. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan hanya dua orang murid yang dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Kebanyakkan murid tahun lima ini tidak dapat melakukan aktiviti yang dijalankan tanpa pengenalan ikon, bahan bantu mengajar yang betul dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin. Masalah ini disokong dengan temu bual yang menunjukkan 14 orang murid mempunyai masalah untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Dua orang murid dapat membunyikan rentak zapin dengan betul tetapi mereka tidak dapat mengaplikasikan kepada tepukan. Menurut Lazear (2000), berkemungkinan murid ini lebih kepada kecerdasan verbal-linguistik iaitu mereka dapat mengingati bunyi atau rentak zapin yang dipelajari dan tidak dapat mengaplikasikan bunyi yang disimpan di dalam otak kepada penggunaan psikomotor melalui haluan kinestetik. Pengkaji juga sedar bahawa murid tidak mengenali notasi bagi corak irama zapin tetapi hanya mengimitasi bunyi yang dihasilkan oleh pengkaji. Dapatan temu bual juga menunjukkan keseluruhan murid tidak mengenali nilai not dan hanya membunyikan rentak zapin secara imitasi. Setelah menganalisis keseluruhan kaedah pengajaran yang diajar kepada murid pada sesi yang pertama, pengkaji mendapati bahawa pemilihan langkah dan aktiviti yang dijalankan tidak menjurus kepada kekuatan kecerdasan murid terhadap pembelajaran rentak zapin. Menurut Lazear (2000), kecerdasan boleh diaktifkan di dalam sistem badan,otak dan fikiran manusia dan diperkembangkan dan dipertingkatkan. Oleh itu, pemilihan aktiviti yang dijalankan harus sejajar dengan kecerdasan kanak-kanak. Temu bual dengan guru pembimbing menunjukkan murid kelas ini tidak mempunyai sebarang latar belakang muzik. Guru yang mengajar murid ini juga tidak mengajar rentak zapin kepada mereka. Menurut guru pembimbing, kelas ini 8

mempunyai masalah dalam pembelajaran. Pengkaji juga mendapati murid mempunyai minat dalam muzik seperti menyanyi dan bermain alat muzik.

2.1.3 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian Fokus kajian ini ialah adalah sesuai untuk dijalankan kerana kumpulan sasaran merupakan murid di dalam kelas pengkaji dan ia dapat dijalankan dengan lancar. Pengkaji juga berpengetahuan dalam bidang yang dikaji iaitu pembelajaran rentak zapin serta menggunakan kaedah pengumpulan data yang sesuai dengan untuk tujuan kesahan dan kebolehpercayaan. Masalah pembelajaran rentak zapin dapat diatasi oleh pengkaji dengan menjalankan intervensi berdasarkan teori kecerdasan pelbagai kerana keseluruhan murid mempunyai kecerdasan yang berbeza. Kajian ini adalah penting untuk membolehkan murid menghasilkan rentak zapin dengan betul. Kajian ini juga dapat meningkatkan kebolehan murid menghasilkan rentak zapin dengan mengaplikasikan teori kecerdasan oleh Gardner di dalam aktiviti yang dijalankan. Sekiranya aktiviti yang dirancang mengikut teori kecerdasan pelbagai berjaya membolehkan murid menghasilkan rentak zapin dengan betul, maka hasil pembelajaran akan tercapai. Justeru, fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan. Hasil kajian ini dapat membantu guru mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pelbagai mata pelajaran yang diajar. Skop kajian adalah kecil iaitu hanya melibatkan murid pengkaji sendiri. Pengkaji menjalankan intervensi dengan menggunakan masa interaksi pengkaji bersama kelas tahun lima ketika waktu mata pelajaran Pendidikan Muzik. Intervensi ini dijalankan di bilik muzik sekolah tersebut. Ia juga tidak melibatkan kos yang tinggi kerana bahan bantuan yang digunakan ialah kad imbasan dan kad carta. Pengkaji telah bekerjasama dengan rakan praktikum dari segi pengumpulan data iaitu pemerhatian penghasilan rentak zapin dengan betul oleh murid. Pengkaji juga berkolaboratif dengan guru pembimbing untuk mengetahui latar belakang dan pengetahuan sedia ada murid. Pengkaji juga dapat berkolaboratif dengan guru penolong kanan pentadbiran untuk membenarkan pengkaji mengambil alih semula kelas tahun lima untuk meneruskan kajian serta pelaksanaan intervensi. Pengkaji merasakan bahawa pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai di dalam intervensi yang dijalankan amat releven kepada sekolah. Teori kecerdasan pelbagai dapat diaplikasikan oleh guru di dalam setiap intervensi yang dijalankan. 9

Intervensi berdasarkan teori kecerdasan pelbagai dapat membantu meningkatkan kefahaman dan pencapaian akademik murid dan sekali gus dapat meningkatkan tahap kecemerlangan sekolah.

2.2 Tinjauan Literatur berkaitan dengan Isu Kajian 2.2.1 Teori Gardner (1983) telah mengasaskan teori kecerdasan pelbagai pada tahun 1983. Menurut Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi dan kecerdasan boleh dipengaruhi oleh persekitaran, budaya, makanan, peluang pendidikan, suasanaa pembelajaran dan lain-lain. Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Menurut Gardner (1983) dalam Frames of Mind, kecerdasan adalah keupayaan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu produk yang dinilai dalam satu masa atau lebih mengikut ketetapan budaya. Menurut Gardner (1983), setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui aktiviti yang bersesuaian. Kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan. Berikut adalah jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Kecerdasan kinestetik ialah kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Kecerdasan kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakan anggota atau tubuh. Kanak-kanak yang

mempunyai kecerdasan kinestetik berminat dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kecerdasan interpersonal berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain dan kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara berkesan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat.

10

Kecerdasan intrapersonal adalah kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi,

kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Murid yang memiliki kecerdasan ini adalah cenderung untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup. Kecerdasan logik-matematik melibatkan individu yang pintar dalam

penguasaan ilmu matematik. Indivdu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Individu ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti catur, teka-teki, penyelesaian masalah dan pencarian formula baru. Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik. Kecerdasan visual-ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, dan lukisan. Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini sangat prihatin terhadap alam dan mempunyai sikap penyayang yang tinggi. Mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup serta mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi ata kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. 11

Kecerdasan muzikal adalah kebolehan untuk mengesan irama dan lagu, mengenal lagu mudah serta membeza atau mengubah rentak dan tempo dalam melodi mudah. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap not muzik yang didengari. Kecerdasan ini melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi, dan apresiasi terhadap muzik. Dalam konteks pendidikan, guru perlu memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada lapan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Model teori kecerdasan pelbagai membantu murid memperoleh keperluan untuk hidup di abad akan datang melalui kemahiran berfikir, perancangan reflektif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran komunikasi dan kolaboratif dan juga dari segi mencintai dan menjaga alam sekitar (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Kaedah pengajaran guru kebanyakkan masih lagi menggunakan kaedah lama iaitu dengan penggunaan kapur dan percakapan. Melalui kaedah ini, kaedah yang digunakan hanya melibatkan dua kecerdasan iaitu kecerdasan verbal linguistik dan kecerdasan logikal matematik. Menurut Lazear (2000), pengajaran yang hanya melibatkan kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik tidak akan mendapat gambaran yang sebenar tentang pembelajaran dan kefahaman murid di dalam kelas. Kaedah pengajaran yang diperlukan mestilah melibatkan kesemua kecerdasan untuk memenuhi peluang pembelajaran murid. Pelbagai cara untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lazear (2000), ramai orang sering melakukan kesilapan apabila mula menggunakan kecerdasan pelbagai kerana isi kandungan yang selaras dengan kecerdasan sedia ada. Sebagai contoh apa yang diperkatakan oleh Lazear, guru menggunakan kecerdasan visual-ruang di dalam kelas seni, kecerdasan kinestetik ketika waktu pendidikan jasmani dan kecerdasan muzik di dalam waktu pendidikan muzik. Ini menunjukkan kecerdasan ini hanya di ajar mengikut mata pelajaran yang selaras dengan kecerdasan. Sebagai titik permulaan, pengkaji perlu mengenal kekuatan sendiri dalam kecerdasan pelbagai dan juga kekuatan murid. Maka pengkaji dapat memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankan dengan kecerdasan murid. Dengan ini pengkaji boleh memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah. Pengkaji boleh melakukan beberapa 12

aktiviti khas yang selaras dengan kecerdasan murid. Teori kecerdasan pelbagai penting untuk pengajaran dan pembelajaran kerana teori ini dapat dijadikan petunjuk kepada potensi murid, menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajaran mereka, membangunkan bidang akademik dan kokurikulum serta mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah.

2.2.2 Kajian Lepas yang berkaitan Pendidik memainkan peranan yang penting untuk mencungkil dan membantu murid belajar dengan menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Maklumat tentang potensi individu juga amat penting supaya bersesuai dengan minat, bakat dan keupayaan murid semasa merancang pengajaranran sebelum sesi pengajaran. Pendidik akan menjadi lebih perihatin dan memahami pengaruh kecerdasan pelbagai terhadap murid semasa mengajar serta merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Salhah, 2009). Kajian terhadap penggunaan teori kecerdasan pelbagai dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak dijalankan oleh para pengkaji. Kajian Toh Lai Chee (2012a) menunjukkan strategi dan pendekatan yang berpadanan dengan kecerdasan murid memainkan satu peranan yang penting dalam memupuk murid mempelajari konsep muzik dan mempersembahkan kefahaman mereka melalui komposisi muzik mereka sendiri ini dan dapat

memperkembangkan kecerdasan muzikal

mereka.

Kajian

menunjukkan

peningkatan dalam penglibatan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan dalam motivasi diri murid. Tahap keyakinan murid meningkat melalui kesedaran kendiri serta apresiasi terhadap kebolehan diri masing-masing di dalam persekitaran pembelajaran yang positif. Pengajaran dan pembelajaran rentak tradisional dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai dapat membantu murid untuk menguasai rentak tradisional dengan betul. Lebih ramai pelajar mempunyai pelbagai kekuatan kecerdasan menunjukkan persembahan pemahaman konsep muzik (irama,pic dan warna ton) melalui strategi dan pendekatan melalui kecerdasan (Toh Lai Chee, 2012b). Dalam kajian lain bertajuk Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pelaksanaan Kurikulum yang dijalankan oleh Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub (2010) pula membuktikan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang 13

mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai mampu mewujudkan suasana pengajaran yang kondusif untuk berlakunya pembelajaran. Hasil dapatan kajian ini juga menyatakan bahawa pengajaran yang mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai tidak menyekat perkembangan sikap dan nilai murni daripada berlaku. Kajian ini bercadang supaya guru mengintegrasikan unsur kecerdasan pelbagai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai variasi kaedah pengajaran bagi mengelakkan murid daripada mengalami kebosanan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung selain dari memperkembangkan potensi kecerdasan pelbagai murid. Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Johari Bin Hasaan & Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2008) menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai dalam kalangan kanak- kanak pra sekolah dapat dikenal pasti dengan majoriti kanak-kanak mempunyai kecerdasan muzikal yang tinggi. Dua set soal selidik dengan dengan nilai kebolehpercayaan = 0.925 bagi pelajar dan 0.971 bagi guru telah digunakan untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Kecerdasan pelbagai dalam kalangan kanak-kanak pra sekolah dikenal pasti dengan memperolehi maklumat daripada guru yang mengajar dengan mengambil kira pemerhatian dan rekod sepanjang persekolahan kanak-kanak pra sekolah tersebut. Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi (2010) juga pernah menjalankan kajian yang bertajuk Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Hasil kajian mereka mendapati bahawa strategi pengajaran yang digunakan iaitu gabungan kaedah, pendekatan, teknik dan aktiviti yang dijalankan dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam mata pelajaran tertentu hasil daripada penglibatan aktif mereka serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dapat dijadikan satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak. Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran (2010) dalam kajian mereka ke atas pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah menunjukkan terdapat peningkatan dalam penguasaan pembelajaran Teknologi Maklumat dalam ujian pos selepas pengajaran menggunakan perisian interaktif berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Kecerdasan pelbagai dilaksanakan dengan melalui pembelajaran berkumpulan yang

merangkumi kecerdasan intrapersonal dan interpersonal serta penggabungan antara kecerdasan verbal-linguistik dan visual-ruang. Pelajar didapati seronok

14

belajar menggunakan perisian yang dibangunkan serta mampu merangsang kemahiran dan ilmu pelajar berbanding pengajaran tradisional. Campbell, B. (1990) dalam kajiannya bertajuk Multiple Intelligences In The Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Dalam kajian ini, Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta. Hasilnya, keputusan ujian menunjukkan murid yang sebelum ini merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah telah menjadi seorang murid yang berjaya dalam pelajaran. Maklum balas positif juga diterima daripada responden ialah mereka merasa terhibur belajar dengan kaedah ini. Keyakinan serta motivasi diri murid juga meningkat. Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa integrasi muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efektif dan pendekatan muzik sesuai digunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau, penggunaan kaedah muzik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakan penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembeljaran. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran. Kajian bertajuk Research on Multiple Intelligences Teaching and Assesment oleh Jingchen Xie dan Ruilin Lin (2009) di Taiwan menegaskan bahawa guru dan murid perlu memahami akan kecerdasan diri sendiri terlebih dahulu dan menggunakan kecerdasan dominan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dapat memahami kepentingan pelbagai kecerdasan dan

memperkayakan kandungan kursus. Ternyata pelbagai kajian mengenai teori kecerdasan pelbagai dalam proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan selama ini dan menunjukkan respon yang positif. Aplikasi teori kecerdasan pelbagai yang sesuai dapat memupuk dan mencungkil kecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Teori ini juga dapat membantu pendidik mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan

kecenderungan murid yang pelbagai dan suasana pembelajaran. Justeru, pengkaji akan mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian mengenai pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai untuk mengajar rentak zapin, sejajar dengan usaha menjadi guru yang kreatif. 15

2.3

Istilah Kajian

Definisi bagi istilah yang digunapakai dalam kajian ini ialah : Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), teori kecerdasan pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan yang sebenar, kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang baru, dan kebolehan untuk membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya melalui kecerdasan. Corak Irama Corak irama terbentuk apabila bunyi dan senyap (rehat) disusun menggunakan berlainan nilai masa untuk menjadikan satu corak yang nyata (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). Zapin Zapin merupakan lagu dan tarian yang berasal dari Tanah Arab (Kamus Dewan, 2007).

16

3.0

OBJEKTIF DAN PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut : 3.1 Objektif umum kajian tindakan ini ialah untuk : 1. Meningkatkan kebolehan murid memainkan rentak zapin melalui teori kecerdasan pelbagai.

3.2

Objektif khusus kajian tindakan ini ialah untuk : 1. Membolehkan murid tahun lima mengenal rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. 2. Meningkatkan kemahiran murid tahun lima memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. 3. Membolehkan murid tahun lima menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi (kayu tik-tok dan kompang) untuk mengiringi lagu.

3.3

Persoalan Kajian ialah : 1. Bolehkah murid tahun lima mengenal rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan? 2. Bolehkan murid tahun lima meningkatkan keupayaan memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan? 3. Adakah murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi (kayu tik-tok dan kompang) untuk mengiringi lagu?

17

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid di sebuah sekolah di kawasan Nibong Tebal, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang. (rujuk Rajah A untuk lokasi sekolah).

Rajah 4.1 : Peta Lokasi Sekolah Kumpulan murid yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada murid yang berada dalam di sebuah kelas tahun lima. Murid yang terlibat terdiri daripada enam belas orang murid (dua belas orang murid lelaki dan empat orang murid perempuan). Murid secara keseluruhannya dari kaum Melayu. Mereka berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah iaitu kebanyakkan ibu bapa murid bekerja sebagai buruh, nelayan, petani dan juga peniaga kecil-kecilan seperti penjual air. Murid ini juga berada di kelas yang akhir sekali daripada tiga kelas. Satu soal selidik telah dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat pengetahuan awal murid ini dalam bidang muzik. Data soal selidik menunjukkan bahawa kesemua murid ini tidak mengambil sebarang kelas tambahan muzik di luar waktu persekolahan dan tidak 18

mempunyai kepakaran dalam memainkan alat muzik secara khusus (rujuk Lampiran A). Murid ini juga mempunyai kecerdasan yang berlainan. Setiap murid dikehendaki untuk menjawab ujian kecerdasan The Connell Multiple Intelligence Questionnaire for Children yang dimuat turun dari laman sesawang

http://printables.scholastic.com/printables/home/. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan pelbagai setiap murid (rujuk Lampiran B dan Rajah 4.2 untuk kecerdasan pelbagai murid).
Murid
MUZIK VISUALSPATIAL VERBALLINGUISTIK

Kecerdasan Pelbagai
NATURALIS LOGIKMATEMATIK KINESTETIK INTERPERSONAL INTRAPERSONAL

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16

3 5 5 2 5 6 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

4 5 4 3 5 5 6 5 5 5 5 5 6 3 5 5

3 2 3 3 3 4 4 3 2 5 2 3 5 4 3 3

5 5 6 5 5 6 5 6 3 4 5 3 3 3 3 3

3 2 3 2 3 4 2 3 4 2 3 3 5 2 4 5

5 6 5 5 5 6 5 5 6 5 6 5 6 5 6 5

5 6 6 4 4 6 6 5 5 5 4 3 4 5 4 5

1 1 1 1 2 3 1 3 2 3 2 1 3 4 3 3

Rajah 4.2 : Keputusan ujian kecerdasan pelbagai Rajah 4.2 menunjukkan keputusan ujian kecerdasan pelbagai murid tahun lima ini. Skor 5 dan ke atas menunjukkan kekuatan kecerdasan murid, skor 3 dan 4 menunjukkan kecerdasan murid yang sederhana dan skor kurang daripada 3 menunjukkan kecerdasan murid yang tidak begitu aktif. Merujuk kepada Rajah 4.2, kecerdasan yang mendapat skor yang tertinggi ialah kecerdasan kinestetik dan kecerdasan yang mendapat skor yang terendah ialah kecerdasan verbal-linguistik.

19

5.0 5.1

TINDAKAN YANG DIJALANKAN Gelungan Tindakan 1

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model Kemmis & McTaggart (1988). Model ini melibatkan aspek merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi (rujuk rajah 5.1).

Rajah 5.1: Kitaran Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988) Model ini adalah sesuai untuk melaksanakan amalan kajian tindakan seperti yang dijalankan dalam bilik darjah terhadap pengajaran dan pembelajaran. Model kajian tindakan yang awal dicadangkan oleh Kurt Lewin merupakan empat langkah lingkaran (spiral) iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Berdasarkan

20

idea Lewin, Kemmis & McTaggart (1988) telah memperkenalkan suatu model gelungan kajian tindakan seperti di Rajah 2. Berdasarkan Model Kemmis & McTaggart, pengkaji melaksanakan kajian ini berdasarkan langkah berikut iaitu :

MENGENAL PASTI MASALAH Pengkaji membuat tinjauan terhadap masalah yang dihadapi oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran rentak zapin.

REFLEKSI Membuat refleksi terhadap keberkesanan tindakan yang diambil.

MEMBUAT PERANCANGAN Merancang untuk membantu pelajar menggunakan strategi dan kaedah berdasarkan pelbagai sudut kecerdasan untuk memainkan rentak zapin.

PENGUMPULAN DATA Mengumpul data dan menganalisis data

PELAKSANAAN TINDAKAN Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dan memperkenalkan kaedah memainkan rentak zapin mengikut pelbagai sudut kecerdasan.

21

Berikut merupakan perancangan keseluruhan proses perlaksanaan yang dikenali sebagai Gelung Pertama mengikut model Kemmis & McTaggart.

5.1.1 Merancang Dalam kajian ini pengkaji merancang untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan teori kecerdasan pelbagai. Menggunakan teori kecerdasan pelbagai ini, pengkaji merangsang pengalaman murid melalui pertuturan mewakili kecerdasan verbal-linguistik, lukisan mewakili kecerdasan visual-ruang dan juga tepukan yang merangkumi pergerakan psikomotor bagi memulakan pengajaran

mewakili kecerdasan muzik dan kinestetik. Pengkaji

dengan menunjukkan carta corak irama zapin kepada murid dan seterusnya menyebut irama rentak zapin seperti atau

. Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk melukiskan bunyi yang dihasilkan oleh mereka secara visual. Selepas itu pengkaji mengajar murid menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha. Tepuk tangan bagi bunyi tak dan tepuk peha bagi bunyi dung. Pengkaji meneruskan pengajaran dengan penggunaan kad t dan d untuk murid menepuk. Kad t menunjukkan bunyi tak dan kad d menunjukkan bunyi dung. Pengkaji meletakkan kad t dan d di atas lantai. Strategi ini ialah untuk menggalakkan murid menggunakan kedua belah tangan memainkan rentak zapin supaya mudah untuk diaplikasikan ke alat tradisional seperti kompang. Selepas murid dapat memainkan rentak, Pengkaji memberikan mereka alat perkusi seperti kayu tik-tok untuk mereka memainkan sambil mengiringi lagu.

5.1.2 Bertindak Setelah perancangan dibuat, pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti dan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai.

22

Langkah 1 Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin dan menggalakkan murid untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan rentak zapin seperti tarian zapin (rujuk Rajah 5.2).

Rajah 5.2 : Carta Corak Irama Rentak Zapin

Selepas itu, pengkaji menunjukkan kad untuk murid supaya lebih mudah memahami corak irama rentak zapin (rujuk Rajah 5.3).

Rajah 5.3 : Kad huruf bagi tak dan dung

Pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan dengan menyebut corak irama rentak zapin. Selepas itu, pengkaji mengarahkan murid untuk mengikut untuk menyebut dan membunyikan corak irama zapin dengan menggunakan mulut (rujuk Rajah 5.4).

Rajah 5.4 : Corak irama rentak Zapin yang dibunyikan

23

Seterusnya, pengkaji mengarahkan murid untuk melukiskan apa yang telah dibunyikan oleh mereka (rujuk Rajah 5.5). Contohnya :

Rajah 5.5 : Contoh lukisan untuk corak irama zapin Langkah 2 Apabila murid sudah melukiskan corak irama bagi rentak zapin, pengkaji menunjukkan cara untuk menepuk corak irama rentak zapin dan menerangkan kepada murid untuk menepuk bagi bunyi tak, murid diminta untuk menepuk tangan dan bagi bunyi dung, murid diminta untuk menepuk peha (rujuk Rajah 5.6).

Rajah 5.6 : Carta untuk tepukan rentak zapin Langkah 3 Seterusnya apabila murid telah mampu menghasilkan rentak zapin melalui tepukan tangan dan peha, pengkaji memberikan murid sepasang kad yang diletakkan di atas lantai juga untuk tujuan tepukan. Kad ini ialah kad t dan kad d. Sebelum memulakan tepukan, pengkaji mengarahkan setiap murid untuk menunjukkan rentak zapin melalui sebutan corak irama dan tepukan tangan dan 24

peha. Pengkaji memberikan setiap murid sepasang kad iaitu dung (d) dan tak (t). Pengkaji juga menerangkan kepada murid tentang susunan kad d dan kad t dan mengarahkan mereka untuk menggunakan dua belah tangan untuk memainkan rentak zapin dan bukan menggunakan hanya sebelah tangan (rujuk Rajah 5.7)

Rajah 5.7 : Kad d dan Kad t

5.1.3 Pemerhatian Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji melihat perubahan yang dialami oleh murid melalui permainan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan t. Murid memainkan rentak zapin sambil membunyikan corak irama zapin dengan menggunakan mulut. Strategi ini menunjukkan mereka dapat membunyikan rentak zapin dan dapat memainkan rentak zapin di atas Kad d dan Kad t. Pengkaji memberikan peluang kepada setiap murid untuk tampil ke hadapan dan menunjukkan rentak zapin sama ada dengan menggunakan kad d dan kad t. Terdapat tiga orang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan kad t tetapi mereka dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan aktiviti tepuk tangan dan tepuk peha. Seorang murid pula langsung tidak dapat menepuk irama zapin melalui kedua-dua aktiviti. Mereka juga boleh membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut sambil menepuk tangan dan menepuk peha untuk memainkan rentak zapin. Pengkaji mengarahkan murid memainkan rentak zapin secara berhadapan dengan murid yang lain. Murid yang memainkan kad d dan t memainkan rentak zapin sambil menghadap murid yang menggunakan kaedah tepuk tangan dan tepuk peha.

25

5.1.4 Refleksi Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa strategi pengajaran berdasarkan teori kecerdasan pelbagai amat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran rentak zapin. Murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan Kad t. Namun mereka masih tidak dapat memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu. Murid merasakan susah untuk memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu berbanding dengan hanya memainkan rentak zapin. Pengkaji tidak menggunakan kaedah yang lain dan hanya menggunakan kaedah yang sama iaitu aktiviti menepuk kad d dan kad t untuk mereka mengiringi lagu. Murid juga kelihatan tidak berminat untuk memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu dan permainan rentak zapin tidak mengikut lagu yang dimainkan guru. Selain itu, murid sudah bersemangat untuk mempelajari rentak yang baru yang akan diperkenalkan kepada murid menerusi kaedah yang dirancangkan. Kaedah ini memudahkan murid untuk menghasilkan rentak zapin serta memberi keyakinan kepada murid. Pengkaji mendapati bahawa masih terdapat kelemahan yang perlu diatasi. Masih terdapat tiga orang murid yang masih tidak dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan Kad t dan seorang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin mengikut kedua-dua aktiviti. Refleksi pengkaji bahawa murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan betul dan secara keseluruhannya, pelaksanaan intervensi ini berjalan dengan lancar.

5.2

Gelungan Tindakan 2

Pelaksanaan intervensi kitaran pertama telah menjadi satu titik tolak untuk pengkaji melakukan kitaran kedua. Gelungan tindakan kedua ini pengkaji masih lagi menggunakan teori kecerdasan pelbagai tetapi menukarkan kaedah dari segi kecerdasan. Pengkaji menggunakan kaedah berdasarkan kecerdasan logikalmatematik, intrapersonal dan interpersonal.

5.2.1

Perancangan

Bagi gelungan tindakan kedua ini pengkaji merancang untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tiga jenis kecerdasan iaitu kecerdasan 26

logikal-matematik, intrapersonal dan interpersonal untuk melakukan intervensi. Melalui tiga jenis kecerdasan ini, pengkaji merangsang pengalaman murid melalui kebolehan menggunakan nombor, kebolehan memahami diri dan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Pengkaji memulakan pengajaran dengan menunjukkan carta corak irama zapin kepada murid. Pengkaji mengeluarkan carta nilai not untuk diajar kepada murid. Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk mempersembah rentak zapin di hadapan kelas. Semasa mereka mempersembah rentak zapin, pengkaji memerhati beberapa orang murid yang mempunyai keyakinan yang tinggi untuk mempersembah rentak zapin dengan betul di hadapan kelas. Seterusnya, beberapa orang murid yang tersebut dipilih oleh pengkaji untuk menjadi ketua kumpulan. Pengkaji akan mengarahkan setiap ketua kumpulan untuk mengajar ahli kumpulan rentak zapin yang betul untuk dipersembahkan secara berkumpulan. Strategi ini bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli kumpulan yang masih lagi tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul untuk belajar dengan rakan mereka. Ini juga akan menjadikan satu persaingan yang sihat dalam pembelajaran.

5.2.2

Bertindak

Setelah perancangan dibuat, pengkaji menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan apa yang telah dirancangkan dengan harapan agar empat orang murid yang masih tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul ini berjaya memainkan rentak zapin. Langkah 1 Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin yang sama dan menggalakkan murid untuk menepuk corak irama zapin dengan betul (rujuk Rajah 5.2). Selepas itu, pengkaji menunjukkan carta nilai not kepada murid. Pengkaji mengajar empat jenis not kepada murid iaitu not semibrif, minim, krocet dan kuaver. Pengkaji memberikan sedikit latihan bahan bantu mengajar yang sama supaya murid dapat melihat dengan jelas nilai not untuk dijawab (rujuk Rajah 5.8)

27

Rajah 5.8 : Carta nilai not Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan latihan bagi mengenal not yang terdapat di dalam corak irama zapin. Pengkaji mengosongkan beberapa not di dalam carta corak irama zapin untuk murid menampal not yang betul di carta corak irama zapin ini (rujuk Rajah 5.9)

Rajah 5.9 : Latihan nilai not di carta corak irama zapin

Langkah 2 Apabila murid sudah tahu nilai not bagi corak irama bagi rentak zapin, pengkaji memanggil setiap murid untuk mempersembah rentak zapin secara individu di hadapan kelas. Pengkaji meletakkan kad t dan kad d di hadapan kelas dan murid memainkan rentak zapin.

28

Murid yang dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan yakin diletakkan di sebelah kanan pengkaji dan murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan kurang berkeyakinan diletakkan di sebelah kiri pengkaji. Langkah 3 Pengkaji memilih ketua kumpulan dan membentuk kumpulan berdasarkan murid yang dipilih oleh pengkaji. Tugas ketua kumpulan ialah mengajar ahli kumpulan yang lain akan rentak zapin yang betul. Pengkaji mengarahkan ketua kumpulan untuk mengajar setiap ahli kumpulan untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Setiap kumpulan mesti membuat persembahan di hadapan kelas untuk ditonton oleh rakan yang lain.

5.2.3 Pemerhatian Tiga aktiviti telah dilaksanakan pada gelungan tindakan kedua. Pada aktiviti pertama, pengkaji mendapati kebanyakkan murid masih lagi tidak mengenal nilai not. Kebanyakkan murid sukar untuk menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji. Terdapat murid yang tahu akan nilai not tetapi keliru dengan lambang setiap not. Pada aktiviti kedua, kebanyakkan murid dapat memainkan rentak zapin dengan baik. Namun, mereka kurang berkeyakinan untuk mempersembahkan di hadapan kelas. Terdapat dua orang murid yang mampu membunyikan rentak zapin dengan betul dan masih tidak dapat mengaplikasikan kepada tepukan rentak zapin. Selain itu, masih terdapat dua orang murid yang memainkan rentak zapin dengan kurang tepat. Selepas membuat refleksi kendiri, pengkaji berpendapat bahawa latihan perlu ditambah supaya murid dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan lancar. Pada aktiviti ketiga, pengkaji membentuk kumpulan bagi murid. Pengkaji mendapati kumpulan yang diberikan tidak menepati ciri yang mereka mahukan. Terdapat di antara mereka yang tidak sukakan ahli masing-masing. Pengkaji terpaksa mengubah setiap ahli mereka mengikut kesesuaian tahap untuk memainkan rentak zapin. Kerjasama yang diberikan dalam kumpulan amat bagus dan pengkaji mendapati hanya dua orang yang masih tidak dapat memainkan rentak zapin. Pengkaji mengambil keputusan untuk setiap ketua kumpulan mestilah mengajar dua 29

orang murid ini akan rentak zapin. Terdapat beberapa orang murid yang bertungkus lumus mengajar rakan mereka rentak zapin.

5.2.4 Refleksi Tiga intervensi telah dilaksanakan pada gelungan tindakan kedua. Pada intervensi pertama bagi gelungan tindakan kedua ini, pengkaji mendapati murid langsung tidak mengetahui nilai not yang di ajar. Murid begitu lambat untuk memahami nilai not. Walaupun sudah diajar berulang-ulang, murid masih lagi tidak dapat memberikan jawapan yang tepat terhadap soalan yang diberikan. Pengkaji berpendapat bahawa intervensi ini tidak berkesan untuk murid tahun 5 ini. Ini berkemungkinan cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh pengkaji tidak bersesuaian kepada murid. Pengkaji mengambil keputusan untuk meneruskan intervensi yang kedua supaya dapat memberi pengukuhan kepada murid untuk menguasai rentak zapin. Masalah yang berlaku kerana bahan bantu mengajar yang disediakan oelh pengkaji kurang sesuai. Pengkaji tidak mengajar not yang terdapat di dalam rentak zapin iaitu not semikuaver dan pengkaji mengajar not yang tidak terdapat di dalam rentak zapin iaitu not semibrif dan not minim. Pada intervensi yang kedua, pengkaji mendapati murid menunjukkan sifat berkeyakinan tinggi untuk membuat persembahan di hadapan kelas. Secara keseluruhan, murid dapat memainkan rentak zapin dengan baik dan betul. Guru mengambil kira keyakinan, kebolehan dan sikap dedikasi untuk menjadi ketua kumpulan bagi intervensi yang ketiga. Masih terdapat dua orang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul walhal mereka dapat menyebut rentak zapin dengan betul. Pada intervensi yang ketiga, pengkaji mengarahkan ketua kumpulan untuk mengajar ahli masing-masing. Oleh kerana terdapat ahli yang sudah boleh memainkan rentak zapin dengan betul, maka mereka cenderung untuk membuat bising di dalam kelas. Pengkaji mengambil keputusan untuk setiap ketua kumpulan mesti mengajar dua orang rakan mereka yang masih belum dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Pengkaji mendapati bahawa terdapat dua hingga tiga orang pelajar yang bertungkus lumus mengajar rakan mereka akan rentak zapin. Dua orang murid itu menunjukkan kemajuan jika dibandingkan dengan intervensi yang kedua. Ini 30

menunjukkan dua orang murid itu dapat memainkan rentak zapin hasil bantuan rakan mereka.

5.3

Gelungan Tindakan 3

Pelaksanaan intervensi kitaran pertama dan kitaran kedua telah menjadi satu kesinambungan untuk pengkaji melakukan gelungan tindakan ketiga. Dalam gelungan tindakan ketiga ini pengkaji menggunakan kaedah yang sama dengan gelungan tindakan yang sama iaitu aktiviti berdasarkan muzikal sebagai permulaan sebelum memperkenal dengan alat perkusi.

5.3.1

Merancang

Bagi gelungan tindakan ketiga ini pengkaji merancang untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan strategi yang telah dilakukan di gelungan tindakan 1 dengan menggunakan aktiviti kecerdasan muzikal iaitu menepuk kad d dan kad t dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Tujuan ini untuk memantapkan lagi permainan rentak zapin sebelum diaplikasikan ke alat perkusi seperti kayu tik-tok. Seterusnya pengkaji mengarahkan murid untuk menyanyikan lagu Anak Ayam mengikut kumpulan yang telah diberikan sebelum ini. Kemudian, pengkaji mengarahkan murid untuk menepuk irama zapin pada kad d dan kad t yang telah disediakan. Seterusnya, pengkaji akan membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan akan menyanyikan lagu Anak Ayam manakala satu kumpulan lagi akan menepuk irama zapin pada kad d dan kad t. Strategi ini bertujuan untuk melatih murid mengiringi lagu dengan memainkan rentak zapin pada alat perkusi.

5.3.2

Bertindak

Pengkaji melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan aktiviti dan penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai.

31

Langkah 1 Pengkaji menunjukkan carta corak irama rentak zapin dan menggalakkan murid untuk menepuk corak irama zapin (rujuk Rajah 5.2). Selepas itu, pengkaji menunjukkan carta lagu Anak Ayam kepada murid. Pengkaji mengarahkan murid untuk menyanyikan lagu Anak Ayam dengan iringan gitar. Langkah 2 Pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan menepuk corak irama zapin pada kad d dan kad t seperti gelungan tindakan 1. Murid diberi kad d dan kad t dan menepuk secara kumpulan yang diberikan oleh pengkaji (rujuk Rajah 5.3) Apabila murid sudah berjaya untuk memainkan irama zapin pada Kad d dan Kad t, pengkaji membahagikan murid kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan menepuk corak irama zapin dan satu kumpulan lagi akan menyanyikan lagu Anak Ayam. Langkah 3 Seterusnya pengkaji memperkenal alat perkusi kepada murid. Pengkaji telah menukarkan alat perkusi iaitu kompang untuk dimainkan oleh murid kerana kayu tiktok telah digunakan oleh murid lain. Pengkaji mengarahkan murid menyanyikan lagu Anak Ayam dan menunjukkan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin pada kompang. Pengkaji terpaksa memilih murid untuk memainkan kompang oleh disebabkan hanya terdapat tiga kompang yang dibekalkan. Penggunaan kompang kerana kompang merupakan alat muzik tradisional yang boleh diperkenalkan kepada murid. Pengkaji memanggil murid-murid lain menyanyi lagu Anak Ayam. Murid yang dipilih memainkan iringan rentak zapin pada kompang.

5.3.3 Pemerhatian Semasa menjalankan kajian ini, pengkaji dapat melihat perubahan yang dialami oleh murid. Murid dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan Kad d dan kad t dengan baik. Dua orang murid yang sebelum ini tidak dapat memainkan rentak zapin sudah dapat memainkan rentak zapin dengan baik walaupun dengan menggunakan kad d dan kad t dan juga tepukan tangan dan peha. Murid juga dapat menyanyikan lagu Anak Ayam dengan baik walaupun terdapat iringan daripada tepukan kad yang dapat menganggu tumpuan murid. 32

Pengkaji memberikan peluang kepada murid yang ingin cuba memainkan rentak zapin dengan menggunakan kompang sebelum pengkaji memilih tiga orang murid untuk mempersembah rentak zapin dengan memainkan kompang. Murid dapat memainkan rentak zapin dengan baik menggunakan kompang. Pada langkah ketiga, pengkaji memilih murid yang berkeyakinan terlebih dahulu untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas. Seterusnya, murid yang lain diberi peluang untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan kompang. Murid yang tidak memainkan kompang menyanyikan lagu Anak Ayam. Pengkaji mendapati murid kelihatan bosan kerana pada langkah ketiga ini, murid menyanyi lagu Anak Ayam secara berulang. Murid yang dipilih untuk memainkan kompang bersemangat untuk memainkan rentak zapin manakala murid yang lain pula tidak sabar untuk memainkan kompang.

5.3.4 Refleksi Setelah menjalankan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa strategi pengajaran berdasarkan teori kecerdasan pelbagai amat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran rentak zapin dan murid dapat menunjukkan hasil permainan rentak zapin dengan betul. Murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan kompang sebagai alat iringan. Pada gelungan tindakan 1, murid pernah mengatakan bahawa mereka berasa sukar untuk memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu dan pada gelungan tindakan ketiga ini, murid menunjukkan kemajuan yang positif kerana dapat memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu. Pengkaji tidak menggunakan kaedah yang lain dan hanya menggunakan kaedah yang sama iaitu aktiviti yang dijalankan di gelungan tindakan 1 untuk mereka mengiringi lagu. Murid juga kelihatan sungguh berminat untuk memainkan rentak zapin sambil mengiringi lagu. Pengkaji berasa sungguh terkejut kerana peningkatan yang ditunjukkan oleh murid tahun lima ini. Murid ini pada asalnya akan diperkenalkan dengan kayu tik-tok dan pengkaji berasa tidak yakin yang murid ini dapat memainkan rentak zapin pada alat perkusi yang lain seperti kompang. Pengkaji menggunakan kompang sebagai ganti kepada kayu tik-tok adalah kerana kesemua kayu tik-tok telah digunakan oleh guru muzik sekolah itu. Guru tersebut telah membawa kesemua alat perkusi yang lain dan hanya meninggalkan

33

beberapa kompang di dalam bilik muzik. Pengkaji tidak mahu membuang masa dan terus menggunakan kompang sebagai alat perkusi untuk memainkan rentak zapin. Murid kelihatan sungguh semangat untuk memainkan rentak zapin pada kompang dan tidak menunjukkan rasa semangat untuk menyanyikan lagu Anak Ayam. Masalah ini adalah kerana pengkaji memanggil murid untuk mengulangi nyanyian. Dua orang murid yang tidak dapat memainkan rentak zapin di gelungan tindakan kedua juga menunjukkan peningkatan yang baik. Seorang murid dapat menghasilkan corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha manakala seorang lagi dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t. Strategi ini menunjukkan aktiviti kecerdasan interpersonal di gelungan kedua dapat meningkatkan kebolehan dua orang murid ini untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Kaedah ini secara tidak langsung dapat memudahkan murid untuk menghasilkan rentak zapin dan memberi keyakinan kepada murid untuk memainkan rentak zapin untuk mengiringi lagu.

34

6.0

Cara Pengumpulan Data

Bahagian ini menerangkan teknik pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji. Pengumpulan data bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berdasarkan fokus kajian pengkaji. 6.1 6.1.1 Instrumen Pengumpulan Data Pemerhatian

Pengkaji telah melaksanakan pemerhatian ke atas murid semasa murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada kitaran pertama, kedua dan ketiga. Pemerhatian ini bertujuan untuk memerhati tahap permainan irama zapin dalam bilik darjah dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Instrumen yang diguna pakai bagi melaksanakan pemerhatian pengkaji ialah borang senarai semak. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang, pelbagai data yang berguna dapat diperoleh untuk pengkaji memahami tindakan yang dilaksanakan. Jenis pemerhatian yang telah dilaksanakan ialah pemerhatian peserta pemerhati. Pemerhatian jenis ini melibatkan pengkaji sebagai pemerhati dan pada masa yang sama pengkaji menjalankan pengajaran. Pengkaji memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati melalui kaedah pemerhatian ini. Pemerhatian berstruktur yang dipilih oleh pengkaji kerana pemerhatian jenis ini lebih berfokus, bersistematik dan dikawal oleh jadual pemerhatian. Dalam pemerhatian berstruktur, pengkaji terlebih dahulu menetapkan perkara atau tingkah laku yang ingin diperhatikan berbanding dengan kaedah pemerhatian tanpa struktur, pengkaji tidak menetapkannya (Chow Fook Meng, 2011). Pengkaji telah menyediakan satu senarai semak yang berfokus kepada aktiviti yang dilaksanakan melalui pelbagai sudut kecerdasan. Senarai semak ini mengandungi tujuh aktiviti yang melibatkan kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematik, muzikal,

ruang/spatial, interpersonal dan intrapersonal. Melalui senarai semak, pengkaji dapat meninjau kewujudan perlakuan tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria fokus penyelidikan.

35

6.1.2

Temu bual

Pengkaji juga melaksanakan temu bual ke atas murid selepas murid mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran pada kitaran ketiga. Temu bual ini bertujuan untuk meneroka dan memperoleh maklumat mengenai keberkesanan pendekatan yang pengkaji guna secara mendalam. Pengkaji menggunakan temu bual berstruktur kerana soalan ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. Temu bual ini juga telah dilaksanakan secara bersemuka dan pengkaji telah membuat catatan ke atas setiap temu bual yang dijalankan (rujuk Lampiran G).

6.1.3

Analisis dokumen

Semasa melaksanakan intervensi, pengkaji telah mengumpulkan contoh kerja murid. Contoh kerja murid adalah berbentuk lukisan visual untuk corak irama zapin. Strategi ini bertujuan untuk meninjau kefahaman murid mengenai corak irama zapin dari segi kefahaman murid dan juga untuk mengesan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh murid.

6.2

Cara Menganalisis Data

Pengkaji telah memilih tiga cara dan instrumen pengumpulan data. Hasil daripada data yang diperolehi ini, pengkaji perlu memilih kaedah yang paling sesuai untuk menganalisisnya. Analisis data ini dilaksana berdasarkan tiga aspek kaedah pengumpulan data yang digunakan oleh pengkaji iaitu pemerhatian, temu bual dan alat perakam.

6.2.1

Pemerhatian (senarai semak)

Bagi menganalisis senarai semak, pengkaji menggunakan jadual untuk mengenal pasti keberkesanan intervensi dalam penguasaan murid memainkan irama zapin. Pengkaji menandakan (/) bagi setiap aktiviti yang berjaya dilakukan dan (x) bagi setiap aktiviti yang tidak berjaya dilakukan. Setelah pengkaji meneliti dan menganalisis instrumen ini, pengkaji dapat mengetahui kemampuan murid dalam memainkan rentak zapin. Pengkaji telah membuat penilaian dan perbandingan 36

senarai semak bagi setiap intervensi yang dijalankan untuk mengetahui sama ada murid dapat belajar dengan lebih berkesan dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Murid yang dapat memainkan rentak zapin dan ditandakan (/), murid kekal dengan aktiviti yang dijalankan manakala murid yang ditandakan (x), pengkaji menggunakan aktiviti yang berasaskan kecerdasan yang lain untuk membantu murid memainkan rentak zapin (rujuk Lampiran C).

6.2.2

Temu bual

Bagi menganalisis data temu bual, pengkaji membuat temu janji dengan murid selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Temu bual yang dilaksanakan ialah temu bual berstruktur iaitu susunan perkataan dan cara soalan yang dikemukakan ditentukan terlebih dahulu supaya dapat mengelakkan fenomena pilih kasih dan supaya pengkaji boleh menilai dengan lebih adil dan saksama. Pengkaji juga merakam seluruh proses temu bual dengan alat perakam suara dan menghasilkan transkripsi maklumat yang diperolehi daripada temu bual. Pengkaji membahagikan soalan temu bual kepada tiga aspek iaitu tahap kesukaran untuk mempelajari rentak zapin, aktiviti di dalam intervensi dan perasaan murid selepas memainkan rentak zapin dengan betul.

6.2.3

Analisis dokumen

Bagi menganalisis data bagi analisis dokumen, pengkaji menyediakan senarai semak untuk menilai hasil lukisan murid terhadap rentak zapin. Data diambil melalui contoh lukisan murid tentang irama zapin yang diperincikan di dalam senarai semak bagi menyokong hasil dapatan pengkaji. Analisis data dari hasil kerja murid dibuat daripada pengiraan peratus murid yang dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul. Data yang dianalisis adalah berdasarkan kepada hasil lukisan corak irama zapin bagi menilai kefahaman murid terhadap intervensi yang dijalankan.

37

7.0

KEPUTUSAN KAJIAN / INTERPRETASI DATA

Berikut adalah dapatan kajian yang dilaksanakan dengan menggunakan teori kecerdasan pelbagai. Bahagian ini melaporkan keputusan kajian daripada analisis data yang telah dilakukan. 7.1 Pemerhatian sebelum intervensi

Sebelum kajian tindakan dijalankan, pengkaji telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran rentak zapin kepada murid. Melalui pemerhatian pengkaji, banyak masalah yang dihadapi ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Perlaksanaan aktiviti bagi setiap langkah pengajaran merupakan masalah utama yang menyebabkan murid tidak dapat memainkan rentak zapin. Melalui pemerhatian, pengkaji mendapati bahawa setiap aktiviti yang dijalankan tanpa menggunakan bahan bantu mengajar kurang mendapat tumpuan dari murid. Pengkaji hanya membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut dan mengarahkan murid untuk mengimitasi bunyi rentak zapin. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan telah menunjukkan bahawa hanya dua orang murid daripada 16 orang murid yang dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Ini adalah kerana kebanyakkan daripada murid tahun lima ini tidak dapat melakukan aktiviti yang dijalankan tanpa pengenalan ikon, bahan bantu mengajar yang betul dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin. Pengkaji hanya menekankan tepukan zapin dengan dinamik kuat dan lembut. Aktiviti ini telah mengambil masa yang lama dan murid tidak dapat memahami dengan jelas tentang rentak zapin kerana pengkaji menambahkan pengajaran dinamik ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

38

7.2

Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan pertama

Selepas melaksanakan intervensi pertama, data direkodkan dengan menggunakan senarai semak (rujuk Jadual 7.1). Jadual 7.1 Senarai semak Gelung 1 yang dijalankan ke atas murid

Murid

Verbal-Linguistik Murid dapat membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16

/ / / / / / / / / / / / / / / /

Aspek yang dinilai Ruang-Spatial Muzikal Murid dapat melukis Menepuk corak irama zapin Menepuk corak irama zapin corak irama zapin dengan menggunakan dengan menggunakan kad d dan kad t dengan mengikut tangan dan peha corak irama yang betul X / X / / / / / / X X X / / / / / / / / / X / / / / / X / / X / X / X / X / / X / / X / X X / /

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang mengikuti setiap kriteria yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk jadual 7.2 seperti di bawah. Hal ini adalah bagi melihat keberkesanan langkah pengajaran dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Dengan ini, pengkaji dapat membuat rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi. Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian untuk memastikan keputusan yang diperoleh adalah lebih tepat untuk menjawab persoalan kajian. Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi pelbagai sudut kecerdasan. Bagi gelungan pertama, tiga kecerdasan telah diaplikasikan di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Senarai semak seperti di jadual 7.1 telah digunakan dan satu rubrik pemerhatian senarai semak di lampiran C telah digunakan oleh pengkaji. Aspek pemerhatian pertama adalah untuk melihat kebolehan murid membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Daripada rujukan jadual 7.2, bagi aspek yang pertama, semua murid (100%) dapat membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Hal ini disebabkan pengkaji menggunakan bahan visual iaitu carta corak irama zapin seperti di Rajah 5.2 dan kad huruf bagi tak dan dung seperti di Rajah 5.3 untuk rentak zapin dan pengkaji mengarahkan 39

murid untuk mengimitasi bunyi rentak zapin yang dibunyikan oleh pengkaji. Melalui aktiviti untuk kecerdasan verbal-linguistik, ternyata murid sudah mengenali rentak zapin dan dapat membunyikan rentak zapin dengan betul. Berdasarkan ujian kecerdasan yang telah dilakukan, skor bagi kecerdasan verbal-liguistik iaitu seramai 15 orang murid berada di tahap sederhana. Hal ini menunjukkan aktiviti untuk kecerdasan verbal-linguistik ini dapat menunjukkan murid menggunakan

kecerdasan verbal-linguistik mereka. Aspek pemerhatian yang kedua pula merangkumi aspek kecerdasan ruangspatial untuk meninjau kebolehan murid untuk melukiskan corak irama zapin dijelaskan di bab 7.6 iaitu analisis dokumen. Seterusnya, aspek pemerhatian yang ketiga untuk gelungan pertama ini ialah aktiviti bagi kecerdasan muzikal iaitu menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha dan menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t. Hasil pemerhatian menunjukkan 87.5 peratus murid dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha dan 75 peratus murid dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t. Melalui senarai semak pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji, M1, M11 dan M15 dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha akan tetapi mereka tidak berjaya untuk mengaplikasikan tepukan tangan dan peha itu kepada tepukan kad d dan Kad t. Hal ini berdasarkan ujian kecerdasan yang telah dilakukan, M1, M11 dan M15 mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi dan boleh melakukan aktiviti dengan menggunakan tangan dan peha.

40

Jadual 7.2 Peratusan bagi Gelung 1 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid
Kecerdasan pelbagai Aspek yang dinilai Bilangan murid yang boleh melakukan aktiviti N=16 16 Peratus (%)

VerbalLinguistik

Ruangspatial

Muzikal

Murid dapat membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang betul Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad D dan kad T

100

43.75

14

87.5

12

75

Sebagai rumusan bagi analisis gelungan pertama, hasil pemerhatian memberi kesan yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat memberi pengenalan rentak zapin kepada murid dan dapat meningkatkan kebolehan murid untuk memainkan rentak zapin. Melalui pemerhatian pengkaji, seramai dua orang murid yang masih belum boleh memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di gelungan pertama.

41

7.3

Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan kedua Selepas melaksanakan intervensi kedua, data yang direkodkan dengan

menggunakan senarai semak ditunjukkan di jadual 7.3. Jadual 7.3 Senarai semak Gelung 2 yang dijalankan ke atas murid

Murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16

Logikal-matematik Menampal nilai not yang betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin X X / X X / X X X X X X / X X X

Aspek yang dinilai Intrapersonal Yakin untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas / / / X / / / / / / / / / / X /

Interpersonal Mengajar rentak zapin kepada rakan di dalam kumpulan / / / X / / / / / / / / / / X /

Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian bagi gelungan kedua. Bagi gelungan kedua ini, tiga kecerdasan yang lain telah diaplikasikan di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran iaitu logikal-matematik, interpersonal dan

intrapersonal. Senarai semak seperti di jadual 7.3 telah digunakan dan satu rubrik pemerhatian senarai semak di lampiran D telah digunakan oleh pengkaji. Aspek pemerhatian yang pertama bagi gelungan kedua ini ialah untuk meninjau murid melakukan aktiviti menampal nilai not betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin. Aktiviti ini dianggarkan tidak berjaya kerana hanya tiga daripada 16 orang murid iaitu 18.75 peratus yang boleh menampal nilai not yang betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin. Hal ini menunjukkan strategi yang digunakan oleh pengkaji tidak dapat menggalakkan murid untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap rentak zapin dan juga nilai not yang diajarkan. Keputusan ujian kecerdasan murid juga menunjukkan hanya tiga orang murid yang berada di skor yang tinggi untuk kecerdasan logikal-matematik. Seterusnya, aspek pemerhatian kedua ialah untuk melihat keyakinan murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul secara individu di hadapan kelas. Aktiviti ini merangkumi kecerdasan intrapersonal murid. Hasil pemerhatian yang dijalankan, 87.5 peratus murid dapat menunjukkan keyakinan yang baik sewaktu mempersembah irama zapin dengan betul di hadapan kelas. Seramai dua orang 42

murid yang masih lagi tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul dan langsung tidak mempunyai keyakinan untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas. Berdasarkan keputusan ujian kecerdasan yang telah dilakukan, keputusan murid bagi kecerdasan intrapersonal kebanyakkannya mendapat skor yang rendah. Ini menunjukkan aktiviti seperti ini telah dapat meningkatkan kecerdasan intrapersonal murid. Aspek pemerhatian yang ketiga ialah untuk melihat kebolehan murid untuk mengajar rakan mereka rentak zapin dengan betul. Aktiviti ini merangkumi kecerdasan interpersonal murid. Hasil pemerhatian yang dijalankan, 87.5 % murid dapat mengajar rakan mereka dengan baik untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Murid mengajar ahli kumpulan mereka dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan kebolehan mengajar mereka. Sementara itu, 12.5 % murid yang tidak dapat mengajar rentak zapin ini merupakan murid yang masih lagi tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul. Murid ini diajar oleh rakan mereka untuk memainkan rentak zapin dengan betul (rujuk Jadual 7.4).

Jadual 7.4 Peratusan Gelung 2 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid
Kecerdasan pelbagai Aspek yang dinilai Bilangan murid yang boleh melakukan aktiviti N=16 3 Peratus (%)

Logikalmatematik

Intrapersonal

Interpersonal

Menampal nilai not yang betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin Yakin untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas Mengajar rentak zapin kepada rakan di dalam kumpulan

18.75

14

87.5

14

87.5

Rumusan bagi analisis gelungan kedua, hasil pemerhatian memberi kesan yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat memberi peluang murid untuk 43

mempersembah rentak zapin dan dapat meningkatkan kebolehan mengajar murid kepada murid yang masih belum dapat memainkan rentak zapin. Melalui pemerhatian pengkaji, seramai dua orang murid yang masih belum boleh memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di gelungan kedua. Selepas aktiviti bagi kecerdasan interpersonal, dua orang murid ini menunjukkan peningkatan untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Dua orang murid ini diperhatikan lagi di gelungan yang ketiga.

7.4

Keputusan penilaian selepas intervensi pada gelungan ketiga melaksanakan intervensi kedua, data yang direkodkan dengan

Selepas

menggunakan senarai semak ditunjukkan di jadual 7.5. Jadual 7.5 Senarai Semak Gelung 3 yang dijalankan ke atas murid

Murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16 Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha / / / x / / / / / / / / / / / /

Aspek yang dinilai Muzikal Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t / / / / / / / / / / / / / / x /

Memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu / / / x / / / / / / / / / / x /

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang mengikuti setiap aspek yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk jadual 7.6 (rujuk Jadual 7.6). Hal ini adalah bagi melihat keberkesanan langkah pengajaran dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai. Dengan ini, pengkaji dapat membuat rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi. Pengkaji telah menjalankan analisis pemerhatian bagi gelungan ketiga. Bagi gelungan ketiga ini, hanya satu kecerdasan muzikal diaplikasikan di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran. Senarai semak seperti di jadual 7.5 telah digunakan 44

dan satu rubrik pemerhatian senarai semak di lampiran E telah digunakan oleh pengkaji. Aspek pemerhatian yang pertama bagi gelungan ketiga ini merupakan aktiviti yang sama bagi gelungan tindakan 1. Hasil pemerhatian menunjukkan peningkatan daripada 87.5 peratus di gelungan tindakan 1 ke 93.75 peratus. Hanya seorang murid yang tidak dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan peha dan tangan iaitu M4. Berdasarkan ujian kecerdasan, M4 mempunyai kecerdasan muzikal yang lemah dan boleh diperkembangkan. Hal ini adalah kerana M4 telah berjaya memainkan rentak zapin dengan menggunakan kad d dan kad t. Seterusnya, aspek pemerhatian kedua ini juga merupakan aktiviti yang sama bagi gelungan tindakan 1. Hasil juga menunjukkan peningkatan dari 75 peratus di gelungan tindakan 1 ke 93.75 peratus. Hanya seorang murid yang tidak dapat melakukan aktiviti ini iaitu M15. Berdasarkan ujian kecerdasan, M15 mempunyai kecerdasan muzikal dan kecerdasan kinestetik yang tinggi, tetapi tidak pada kecerdasan intrapersonal. Hal ini berkemungkinan M15 tidak yakin untuk memainkan rentak zapin pada kad d dan kad t. Aspek pemerhatian yang ketiga ialah untuk melihat kemampuan murid untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu. Peratusan menunjukkan kadar yang amat baik iaitu sebanyak 87.5 peratus murid dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang serta dapat mengiringi lagu Anak Ayam. Jadual 7.6 Peratusan Gelung 3 hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid
Kecerdasan pelbagai Aspek yang dinilai Bilangan murid yang boleh melakukan aktiviti N=16 15 Peratus (%)

Muzikal

Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad D dan kad T Memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu

93.75

15

93.75

14

87.5

45

Sebagai rumusan bagi analisis yang dijalankan, hasil pemerhatian memberi impak yang positif terhadap pengkaji dan membuktikan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat meningkatkan kebolehan murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini telah membina keyakinan mereka untuk memainkan rentak zapin dengan betul.

7.5

Analisis Temu Bual

Temu bual telah dijalankan ke atas murid untuk mendapatkan pandangan mereka terhadap aspek 1) tahap kesukaran untuk mempelajari rentak zapin, 2) aktiviti di dalam intervensi dan 3) perasan murid selepas memainkan rentak zapin dengan betul. Contoh soalan temu bual di lampiran G. Hasil dapatan menunjukkan kebanyakkan murid mengatakan rentak zapin senang untuk dipelajari (rujuk contoh dapatan temu bual di bawah). Kacang ja cikgu.. mudah ja zapin ni cikgu. (M11) Berdasarkan ujian kecerdasan bagi M11, murid ini mendapat skor yang tinggi untuk kecerdasan muzik dan kecerdasan kinestetik. M11 dapat memainkan rentak zapin dengan betul pada intervensi gelungan kedua dan gelungan ketiga. Sebaliknya, terdapat murid yang turut memberikan pendapat yang negatif tentang tahap kesukaran untuk mempelajari rentak zapin ini (rujuk contoh dapatan temu bual di bawah). Susah cikgu.... Tangan main tak sama dengan mulut. (M4) Ujian kecerdasan menunjukkan M4 merupakan murid mendapat skor yang rendah iaitu dua bagi kecerdasan muzikal, skor yang sederhana iaitu tiga bagi kecerdasan verbal-linguistik dan skor yang tinggi iaitu lima bagi kecerdasan kinestetik. M4 tidak dapat memainkan rentak zapin dengan betul ketika intervensi gelungan pertama dan kedua. Jawapan M4 menunjukkan murid ini tidak dapat menggunakan kecerdasan kinestetik dan kecerdasan verbal-linguistik secara serentak. M4 dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan kad d dan Kad t selepas intervensi yang kedua. Hasil dapatan temu bual seterusnya menunjukkan beberapa orang murid berasa seronok untuk melakukan aktiviti menepuk kad d dan kad t. Rujuk contoh di bawah. Saya suka tepuk kad cikgu...Tapi.. Sakit tangan. (M6) 46

Tepuk kad cikgu.. Sebab cikgu asyik suruh saya tepuk kad ja.. (M9) M6 dan M9 mendapat skor yang tinggi untuk kecerdasan muzikal dan kecerdasan kinestetik. M6 dan M9 dapat memainkan rentak zapin dengan betul dari intervensi gelungan pertama hingga intervensi gelungan ketiga. Mereka juga dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang untuk mengiringi lagu Anak Ayam di intervensi gelungan ketiga. Terdapat juga murid yang berasa seronok dengan aktiviti membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Berdasarkan ujian kecerdasan, murid ini mendapat skor yang tinggi bagi kecerdasan verbal-linguistik. Murid ini berasa seronok dengan aktiviti yang melibatkan kebolehan diri murid. Rujuk contoh di bawah. Kalau ikut suka, saya suka sebut tak tak tu cikgu. Sebutan tu paling senang. (M10) Hasil dapat seterusnya menunjukkan murid memberikan pendapat yang berlainan terhadap aktiviti yang mereka rasa sukar untuk melakukan. Saya rasa semua susah cikgu sebab saya jarang mai sekolah. (M4) Berdasarkan senarai semak pemerhatian, M4 langsung tidak dapat memainkan rentak zapin ketika di intervensi gelungan pertama. Oleh itu M4 merasakan aktiviti yang dilakukan oleh pengkaji susah untuk dilakukan. Selain itu, terdapat murid merasakan aktiviti menepuk kad ialah aktiviti yang susah untuk dilakukan. Mula-mula susah yang tepuk kad sebab saya suka pakai satu tangan ja.. (M5) Saya susah nak tepuk kad cikgu. Time tepuk tangan dengan peha boleh ja tapi bila tepuk kad jadi tak sama. (M15) Berdasarkan ujian kecerdasan murid, M5 dan M15 mendapat skor yang tinggi bagi kecerdasan muzikal dan kecerdasan kinestetik. M5 dapat memainkan rentak zapin dengan betul walaupun murid ini menggunakan sebelah tangan untuk menepuk kad d dan kad t. M15 pula tidak dapat memainkan rentak zapin pada kad d dan kad t sehingga intervensi gelungan ketiga. Terdapat murid yang berasa susah untuk aktiviti bagi kecerdasan logikmatematik. Rujuk contoh di bawah. Susah yang cikgu suruh tampal not muzik tu, saya tak faham apa. (M12), 47

Saya tak suka tepuk kad sebab sakit tangan dengan tampal-tampal benda muzik tu cikgu. (M14) Berdasarkan jawapan M12, murid berasa susah untuk melakukan aktiviti ini adalah kerana bahan bantu mengajar pengkaji yang tidak menjurus kepada rentak zapin. Pengkaji mengajar not yang tidak berkaitan dengan rentak zapin kepada murid. Ini menyebabkan murid tidak faham dengan aktiviti ini. Berdasarkan ujian kecerdasan pula, M12 mendapat skor sederhana iaitu tiga dan M14 mendapat skor rendah iaitu dua untuk kecerdasan logik-matematik. Hasil dapatan seterusnya menunjukkan semua murid yang ditemu bual mengatakan perasaan seronok selepas berjaya memainkan rentak zapin dengan betul. Rujuk contoh di bawah. Saya betul-betul gembira cikgu. Cikgu ajaq mudah, (M2) Suka cikgu, cara cikgu ajaq senang ingat. (M10) Melalui jawapan M2 dan M10, ini menunjukkan intervensi yang dijalankan oleh pengkaji dapat meningkatkan kefahaman dan mudah untuk murid mengingati rentak zapin. Suka tapi cikgu selalu suruh saya main kat depan. (M16) Berdasarkan ujian kecerdasan, M16 mendapat skor yang sederhana iaitu 3 bagi kecerdasan intrapersonal. M16 berasa tidak begitu yakin untuk memainkan rentak zapin di hadapan kelas secara indivdu dan secara berkumpulan.

7.6

Analisis dokumen

Setiap murid telah diberikan tugasan untuk melukiskan corak irama zapin untuk mengukur tahap perkembangan murid sewaktu dalam proses intervensi yang dijalankan terhadap mereka. Tugasan ini memerlukan murid untuk melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut kreativiti masing-masing. Pengkaji telah menjalankan analisis dokumen untuk memastikan keputusan yang diperoleh adalah lebih tepat untuk menjawab persoalan kajian. Pemerhatian dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui strategi pelbagai sudut kecerdasan. Senarai semak seperti di jadual 7.7 telah digunakan dan satu rubrik senarai semak di lampiran F telah digunakan oleh pengkaji.

48

Berdasarkan kepada jadual 7.7 di bawah, didapati seramai tujuh orang murid telah menunjukkan kefahaman terhadap intervensi yang dijalankan melalui hasil analis lukisan corak irama zapin di dalam tugasan yang diberikan. Tujuh orang murid ini telah melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut rubrik yang telah disediakan oleh pengkaji. Hal yang demikian memberikan petunjuk bahawa murid tahu dan boleh mengaplikasikan lukisan kepada permainan rentak zapin. Jadual 7.7 Hasil yang dijalankan ke atas murid
Kecerdasan pelbagai Visualspatial Aspek yang dinilai Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang betul Murid
M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M10 M11 M12 M13 M14 M15 M16

Seterusnya, pengkaji mendapatkan jumlah murid yang boleh melukiskan corak irama yang betul yang telah ditentukan dan jumlah ini dipindah dalam bentuk carta pai seperti rajah di bawah. Hal ini adalah bagi mengukur kefahaman murid terhadap intervensi yang dijalankan oleh pengkaji. Dengan ini, pengkaji dapat membuat rumusan berdasarkan data yang telah diperolehi. Jumlah yang ditunjukkan di dalam Rajah 7.1 di bawah menunjukkan

sebanyak 43.75 peratus murid yang dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul oleh pengkaji di dalam aktiviti yang dilaksanakan. Sebanyak 56.25 peratus yang melakukan kesalahan untuk melukiskan corak irama zapin. Hasil ini

menunjukkan tentang kefahaman murid terhadap rentak zapin yang dipelajari dan diadaptasikan ke dalam bentuk lukisan (rujuk Rajah 7.1)

49

Hasil analisis tugasan murid berdasarkan kecerdasan visualspatial


Betul Salah

43.75% 56.25%

Rajah 7.1 : Peratus murid melakukan aktiviti kecerdasan visual-spatial

Melalui pemerhatian pengkaji, murid dapat menghasilkan lukisan yang kreatif tetapi tidak berjaya untuk melukiskan irama zapin dengan betul. Murid tidak dapat melukiskan rentak zapin dengan betul walaupun pengkaji telah menunjukkan contoh lukisan bagi irama zapin kepada murid. Hal ini menunjukkan murid masih tidak dapat mengintepretasikan bunyi rentak zapin kepada lukisan. Rajah 7.2 menunjukkan hasil lukisan murid yang betul dan rajah 7.3 dan 7.4 menunjukkan hasil lukisan murid yang salah. Lukisan ini dilakukan oleh murid ketika di intervensi gelungan pertama. Lukisan pada rajah 7.2 dihasilkan oleh M2 ini merupakan contoh hasil lukisan rentak zapin yang betul. Berdasarkan ujian kecerdasan yang dilakukan oleh pengkaji, M2 mendapat skor yang tinggi iaitu lima untuk kecerdasan visual-spatial. Ini menunjukkan M2 dapat melukiskan dan menunjukkan kefahaman terhadap aktiviti bagi kecerdasan visual-spatial (rujuk Rajah 7.2)

Rajah 7.2 : Hasil lukisan M2 rentak zapin yang betul 50

Lukisan pada Rajah 7.3 menunjukkan hasil lukisan M4 dan rajah 7.4 menunjukkan hasil lukisan M14. Murid ini dapat menghasilkan lukisan yang kreatif tetapi tidak menepati corak irama zapin dengan betul. Berdasarkan keputusan ujian kecerdasan, M4 dan M14 mendapat skor yang sederhana iaitu tiga bagi kecerdasan visual-spatial.

Rajah 7.3 : Hasil lukisan M4 rentak zapin yang salah

Rajah 7.4 : Hasil lukisan M14 rentak zapin yang salah

51

8.0 8.1

RUMUSAN Rumusan Dapatan Persoalan kajian 1 : Bolehkah murid tahun lima mengecam rentak zapin

melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan? Bagi menjawab persoalan kajian ini, data senarai semak pemerhatian telah digunakan. Sebelum tindakan intervensi dijalankan, murid tahun lima langsung tidak mengenali dan mengetahui serta mengecam rentak zapin. Masalah ini dapat dikesan melalui refleksi pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Melalui refleksi pengkaji, keseluruhan murid tidak mengetahui rentak zapin. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan telah dirancang dan dilaksanakan untuk membantu murid untuk mengecam dan mengetahui rentak zapin dengan betul. Dalam kitaran pertama, murid telah diperkenalkan dengan aktiviti melalui kecerdasan verbal-linguistik iaitu dengan mengarahkan murid untuk membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut. Keputusan kajian yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan iaitu seramai 16 orang murid (100%) telah dapat membunyikan serta mengecam rentak zapin dengan betul. Lantaran itu, dapatan kajian dalam kitaran pertama jelas menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan memang dapat membantu murid dalam mengecam dan mengetahui rentak zapin dengan betul. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Norazura Tukira et.al (2010). Menurut beliau, melalui strategi pengajaran pelbagai sudut kecerdasan yang digunakan, ianya dapat membantu meningkatkan penguasaan murid dalam aktiviti tertentu hasil daripada penglibatan aktif serta peningkatan kecenderungan dan minat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Persoalan kajian 2 : Bolehkah murid tahun lima meningkatkan keupayaan memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan

pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan? Bagi menjawab persoalan kajian ini telah dijawab melalui keputusan data temu bual dan senarai semak pemerhatian apabila peningkatan keupayaan murid untuk memainkan rentak zapin jelas disebut melalui kedua-dua keputusan analisis

52

ini. Daripada data yang dikumpul melalui senarai semak pemerhatian pada ketigatiga gelungan, murid dapat memainkan rentak zapin dengan betul melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Data yang dikumpul melalui aspek kecerdasan muzikal iaitu dapat menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t menunjukkan peningkatan daripada 87.5 peratus di gelungan tindakan satu kepada 93.75 peratus di gelungan tindakan ketiga. Ini menunjukkan murid tahun lima ni dapat meningkatkan keupayaan memainkan rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian dalam gelungan tindakan pertama dan ketiga jelas menunjukkan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat membantu murid meningkatkan keupayaan memainkan rentak zapin dengan betul. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Ikhsan dan Rohizani (2010). Kajian Ikhsan dan Rohizani mendapati peningkatan sikap saitifik murid seiring dengan pemerolehan ilmu yang dipelajari. Demikian juga peningkatan keupayaan murid dalam kajian ini semakin bertambah baik daripada gelungan tindakan pertama hingga gelungan tindakan ketiga kajian. Persoalan kajian 3 : Adakah dengan mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, murid dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu? Hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah menunjukkan persoalan kajian ketiga pengkaji terjawab. Murid yang dapat memainkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi iaitu kompang untuk mengiringi lagu Anak Ayam. Keputusan kajian yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan iaitu seramai 14 orang murid (87.5%) telah dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu dan hanya dua orang sahaja yang tidak dapat memainkan alat perkusi untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Dapatan kajian dalam ketiga-tiga kitaran jelas menunjukkan bahawa pengajaran rentak zapin melalui strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat membantu murid dalam memainkan rentak zapin dengan betul serta dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiring lagu. Dapatan kajian ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Toh Lai Chee (2012). Menurut beliau, strategi dan pendekatan yang bersesuaian dengan kecerdasan murid memainkan satu peranan penting untuk memupuk murid mempelajari konsep muzik. Hal ini adalah kerana dalam kajian beliau, beliau 53

mendapati bahawa murid menglibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti yang dianggap kebolehan pembelajaran yang terbaik bagi murid. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga persoalan kajian dapat dijawab dengan menggunakan data yang diperoleh daripada instrumen pengumpulan data. Kajian ini telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

8.2

Refleksi Selepas Kajian Selepas perlaksanaan kajian dan memperoleh dapatan yang sedemikian,

saya sebagai pengkaji mendapati bahawa kajian ini sekiranya pelaksanaan kajian dapat diberi tempoh masa yang lebih panjang lagi bagi mendapat keputusan yang lebih ketara lagi. Pelaksanaan tindakan yang mengalami kesuntukan masa memberi tekanan kepada pengkaji terutama bagi murid yang tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman muzikal dan memberi impak terhadap ketepatan hasil dapatan kajian tindakan secara langsung. Melalui dapatan kajian tindakan ini, pengkaji boleh merumuskan bahawa pengaplikasian teori kecerdasan pelbagai di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran dapat memanfaatkan murid untuk belajar melalui kecerdasan yang dimiliki oleh murid dan dapat membantu murid untuk mengaktifkan kecerdasan yang lain. Masih terdapat ruangan penambahbaikan seperti mengubah cara

mengemukakan soalan temu bual yang lebih membina dan teliti dengan meminta pendapat daripada pengkaji lain yang lebih berpengalaman sebelum memberi kepada murid. Pengkaji juga boleh mengubahsuai senarai semak untuk lebih menekankan kepada aspek yang dinilai seperti aktiviti yang lain daripada yang sedia ada untuk mendapat keputusan yang lebih teliti. Sebelum intervensi dilaksanakan, pengkaji telah mengajar murid memainkan rentak zapin dengan kaedah pengajaran tanpa menggunakan bahan bantu mengajar, pengenalan ikon dan contoh yang betul untuk memainkan rentak zapin. Didapati bahawa murid tidak dapat mengikuti pengajaran dan menganggap memainkan rentak zapin adalah sesuatu kemahiran yang susah untuk dikuasai. Tambahan pula, komunikasi hanya satu hala berlaku antara pengkaji dan murid iaitu murid langsung tidak bertanya soalan apabila tidak memahami dan hanya bertindak mengikut arahan pengkaji.

54

Selepas strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan digunakan untuk mengajar rentak zapin, murid kelihatan lebih menumpukan perhatian pada kemahiran yang disampaikan. Murid adalah sangat aktif semasa berada dalam ketiga-tiga gelungan tindakan. Contohnya, apabila pengkaji mengarahkan murid untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan kompang, murid berebut untuk dipilih oleh pengkaji untuk memainkan rentak zapin dengan menggunakan kompang. Kekuatan kajian ini dapat diukur apabila objektif kajian yang telah ditetapkan iaitu dapat memainkan rentak zapin dengan betul serta dapat menghasilkan rentak zapin dengan menggunakan alat perkusi untuk mengiringi lagu oleh pengkaji dapat dicapai. Pengkaji berpendapat pencapaian objektif ini adalah satu kejayaan yang besar pengkaji kerana pengkaji perlu berdepan dengan murid yang berlainan kecerdasan. Tetapi dengan intervensi yang telah dijalankan dan hasil keputusan kajian ternayata strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan berjaya membantu murid untuk memainkan rentak zapin dengan betul. Berdasarkan keputusan ujian kecerdasan murid, adalah kurang sesuai untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik. Murid kini mempunyai kecerdasan kinestetik dan kecerdasan muzik yang tinggi. Pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh guru harus berdasarkan kecerdasan yang dimiliki murid. Murid dapat menunjukkan minat dan kefahaman mereka jika guru dapat mengajar mengikut kesuaian mereka. Pengkaji berpendapat jika guru dapat membahagikan murid kepada mengikut kecerdasan yang dimiliki untuk setiap langkah pengajaran, murid lebih cepat faham dan dapat menunjukkan minat yang lebih mendalam untuk mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan. Strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat meningkatkan kecerdasan pelbagai murid. Kecerdasan murid dapat dipupuk dan dipengaruhi oleh faktor pengalaman, budaya serta motivasi. Strategi pembelajaran dan pengajaran pelbagai sudut kecerdasan boleh membuatkan murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan cara yang selesa dengan mereka. Natijahnya, pendidik perlu mengambil inisiatif untuk mendalami teori kecerdasan pelbagai dan menerapkan serta mengaplikasikan dalam pembelajaran muzik demi kejayaan anak bangsa kita pada masa hadapan.

55

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Selepas pelaksanaan kajian tindakan ini bagi murid tahun lima, pengkaji

berharap dapat melaksanakannya dengan lebih luas lagi untuk murid seluruh sekolah atau beberapa buah sekolah untuk meninjau keberkesanan strategi pengajaran dan pembelajaran pelbagai sudut kecerdasan dapat dikelolakan dengan berkesan bagi guru yang bukan beropsyen muzik. Selain itu, pengkaji juga merancang untuk menghadiri bengkel atau seminar mengenai teori kecerdasan pelbagai supaya dapat memperkembangkan lagi pengajaran berasaskan teori kecerdasan pelbagai dengan mendalami dan menggabungjalinkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Gardner dalam teori kecerdasan pelbagai. Pada kajian seterusnya cadangan untuk menjalankan stesen kecerdasan di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, stesen mempunyai unsur kecerdasan tersebut seperti mengadakan flora dan fauna untuk stesen naturalis. Sudut boleh diwujudkan mengikut tema atau kecerdasan secara bergilir untuk mengatasi kekangan ruang. Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran pula, pengkaji bercadang untuk menjalankan stesen kecerdasan mengikut kemahiran yang diajar. Sebagai contoh, pengkaji mengajar corak irama, dan pengkaji mengarahkan murid ke stesen kecerdasan yang mereka cenderung untuk belajar corak irama. Di stesen unsur kecerdasan visual-spatial, murid akan melukiskan corak irama yang diajar mengikut kreativiti murid.

56

SENARAI RUJUKAN Buku Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar penyelidikan tindakan dalam penyelidikan pendidikan. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (2007). Kamus dewan (edisi keempat). Selangor: Percentakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011). Kajian tindakan : konsep & amalan dalam pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Chee Kim Mang (2010). Kajian tindakan dari proses ke produk. Pulau Pinang: Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (UPPA), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia Gardner, H. (1983). Frames of mind. New York: Harper & Row Lazear, D. (2006). The intelligent curriculum using multiple intelligences to develop your students full potential. Selangor: Masterpiece Publication Sdn Bhd. Patricia Matusky & Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia : tradisi klasik, rakyat dan sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Pusat Perkembangan Kurikulum (2000). Sukatan pelajaran kurikulum bersepadu sekolah rendah pendidikan muzik. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Buku sumber guru pendidikan muzik kbsr. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Salhah Abdullah (2009). Kecerdasan pelbagai aplikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. Ting Len Siong, Ahamd Sabry Othman & Ting Hun Yong (2013). Penyeldikan tindakan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd. Jurnal Brewer, C.B. (2007). The effectiveness of integrating music in the classroom. Diakses pada 15 Julai 2013 dari http://education.jhu.edu/PD/newhorizons/ Campbell, B. (1990). Research on multiple intelligences in the classroom. Diakses pada 13 Julai 2013 dari http://www.context.org/iclib/ic27/campbell/ Ikhsan Othman & Rohizani Yaakub (2010). Aplikasi teori kecerdasan pelbagai dalam pelaksanaan kurikulum. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 21-32. Jing Chen Xie & Rui Lin Lin (2009). Research on multiple intelligences teaching and assessment. Asian Journal of Management and Humanity Science, Vol. 4, 106-124 Johari Bin Hassan & Nur Aimi Binti Mohd Idrus (2008). Kecerdasan pelbagai di aklangan kanak-kanak prasekolah serta strategi pengajaran yang digunakan 57

untuk mengajar dalam kanak-kanak prasekolah. Suatu kajian kes. Diakses pada 13 Mac 2013 dari http://eprints.utm.my/11983/ Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd @ Ariffin & Siti Hazwani Mohamed Rozi (2010). Teori kecerdasan pelbagai untuk meningkatkan penglibatan aktif pelajar di dalam kelas. Diakses pada 21 Febuari 2013 dari http://www.scribd.com/doc/31126414/Teori-Kecerdasan-Pelbagaian-untukpenglibatan-Aktif-Pelajar Rohizani Yaakub & Norlida Ahmad (2003). Teknik alternatif menilai dalam bilik darjah. Diakses pada 10 Mac 2013 http://web.usm.my/education/publication/ Siti Nurul Mahfuzah & Mohd Azran (2010). Penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ibadah. Diakses pada 22 Jun 2013 dari http://www.ipislam.edu.my/index.php/research/read/88/PENGGUNAANKECERDASAN-PELBAGAI-DALAM-PENGAJARAN-DANPEMBELAJARAN-IBADAH Toh Lai Chee (2012a). Engaging students in learning and creating music through multi modal strategies and approaches : using the theory of multiple intelligences. Clute Institute International Conference, March 2012. Toh Lai Chee (2012b). Pengajaran dan pembelajaran komposisi muzik kolektif melalui teori kecerdasan pelbagai untuk memperkembangkan kecerdasan muzikal dan mengaktifkan kecerdasan lain. Diakses pada 21 Febuari 2013 dari http://fmsp.upsi.edu.my/index.php/cover-jurnal Media Elektronik Connell. J. D. (n.d.). The connell multiple intelligence questionnaire for children. Diakses pada 8 Ogos 2013 dari http://printables.scolastic.com/printables

58

LAMPIRAN LAMPIRAN A SOAL SELIDIK (LATAR BELAKANG MURID) Jantina : Pekerjaan bapa : Pekerjaan ibu : Bulatkan jawapan ya atau tidak dan seterusnya perlu menulis pada ruangan yang disediakan berdasarkan soalan- soalan yang berikut. 1. Adakah kamu berminat untuk belajar muzik ? ( ya ) atau ( tidak ) 2. Adakah anda suka menyanyi? Jika tidak nyatakan sebab. .......................................................................................................... 3. Adakah anda berminat untuk bermain alat muzik? ( ya ) atau ( tidak ) 4. Adakah ibu bapa anda seorang guru muzik? ( ya ) atau ( tidak ) 5. Adakah anda mempunyai sebarang asas dalam bidang muzik? Kalau ada sila nyatakan. ................................................................................................................... 6. Adakah anda mengikuti kelas muzik di luar ? ( ya ) atau ( tidak ) 7. Pernahkah anda mengikuti aktiviti nyanyian di luar sekolah? Jika ada sila nyatakan. .......................................................................................................................... 8. Adakah anda mempunyai sebarang alat muzik di rumah? Jika ada sila nyatakan alat muzik tersebut. .......................................................................................................................... 9. Apakah bidang yang anda minati? (Tandakan (/) jika anda berminat) Sukan ( ) Lukisan ( ) )

Matematik ( Muzik ( )

Bahasa Melayu (

Lain lain ( sila nyatakan) -----------------------------------------------------------------------------------------------

59

LAMPIRAN B The Connell Multiple Intelligence Questionnaire for Children Put a check next to each sentence that describes you. Area 1 _____ I like to listen to songs on the radio or a CD. _____ I like to watch music videos on TV. _____ I like to go to music concerts and hear live music. _____ I can easily remember tunes, raps, or melodies. _____ I take music lessons, singing lessons, or play a musical intrument. _____ I can learn new songs easily. _____ I like to sing. _____ I like art classes. _____ I like to draw, paint, and make things with clay. _____ I enjoy putting puzzles together. _____ I like to build things using blocks, Legos, and models. _____ It is fun to play video games. _____ I can create a picture in my mind to help me think things through. _____ I notice the different styles of things, such as clothes, cars, and _____ I like to read books, magazines, and comic books. _____ I have a good vocabulary and like to learn new words. _____ I enjoy writing e-mails to my friends. _____ I like to write. _____ It is fun to play word games such as Scrabble and Mad Libs, do crossword puzzles, and acrostics. _____ I think it would be fun to keep a journal of my thoughts and ideas. _____ I like to talk to my friends on the telephone. _____ I like to play with animals and take care of them. _____ I like going to zoos, parks, or aquariums. _____ I like being outside. _____ I like to hike, walk, or run outdoors. _____ I like to observe natures changes, such as thunderstorms, rain, snow, and sunshine _____ I help to recycle and take care of our environment. _____ I pay close attention to things in my environment such as trees, rocks, flowers, birds, bugs, and squirrels. _____ I like to do science experiments and go to science museums. _____ I find arithmetic and math problems interesting. _____ It is fun to solve mysteries. _____ Numbers are really interesting to me. _____ I like games like chess or computer games where you have to think _____ I like TV shows like ZOOM, National Geographic, and Nova that talk about science and math. _____ I can do math problems in my head and make good estimates.

Area 2

hairstyles. Area 3

Area 4

Area 5

a lot.

60

Area 6

_____ I like to dance. _____ I like to play sports such as baseball, soccer, hockey, or football. _____ I like to build models or do beading, sewing, macram, or carpentry. _____ I enjoy acting in plays or skits or playing charades. _____ I like to move when I am thinking about things. _____ I like activities such as the martial arts, tennis, running, jogging, skateboarding, or gymnastics. _____ I can sometimes feel the right answer.

biking,

Area 7 _____ I like to be with my friends often. _____ I like to help those who need help. _____ I like to read books or see movies about people and their lives. _____ I can usually tell how other people are feeling. _____ It is fun for me to organize activities at home and at school. _____ I would rather spend time with others than spend time alone. _____ I like to talk in class discussions. Area 8 _____ I like doing things by myself. _____ I would rather work by myself than with other students. _____ I like to spend time thinking or writing about things that matter to me. _____ I like to play computer games. _____ I usually know what my feelings are. _____ I like to write my thoughts and feelings in a diary or journal. _____ I know what things I am good at, and what things I am not so good at. ScoringCount up the number of responses you had for each area.The areas that you check show how you are smart in the different areas. _____ = Area 1 (Music Smart) _____ = Area 5 (Math Smart) _____ = Area 2 (Picture Smart) _____ = Area 6 (Body Smart) _____ = Area 3 (Word Smart) _____ = Area 7 (People Smart) _____ = Area 4 (Nature Smart) _____ = Area 8 (Self Smart) A score of 5 or more indicates a very strong area; a score of 34 indicates a moderate area; and a score of less than 3 indicates a developing area.

61

LAMPIRAN C Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 1 Kecerdasan pelbagai VerbalLinguistik Aspek yang dinilai Murid dapat membunyikan rentak zapin dengan menggunakan mulut Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang betul Cara penilaian dilaksanakan Dapat membunyikan rentak zapin

dengan betul dan tempo yang konsisten. Dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut kreativiti murid.

Ruangspatial

Contoh :
Muzikal Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan tangan dan peha Menepuk corak irama zapin dengan menggunakan kad d dan kad t Dapat menepuk corak irama zapin dengan tempo yang konsisten menggunakan tangan dan peha.

Dapat menepuk corak irama zapin pada kad d dan kad t dengan menggunakan kedua belah tangan.

62

LAMPIRAN D Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 2 Aspek yang Cara penilaian dilaksanakan dinilai Menampal Dapat menampal not yang betul pada carta nilai not nilai not yang dan pada carta corak irama zapin. betul di carta nilai not dan di carta corak irama zapin Interpersonal Mengajar Dapat mengajar setiap ahli di dalam kumpulan rentak zapin masing-masing untuk menguasai rentak zapin. kepada rakan di dalam kumpulan Intrapersonal Yakin untuk Dapat memainkan rentak zapin dengan betul di memainkan hadapan kelas dengan penuh keyakinan. rentak zapin di hadapan kelas Kecerdasan pelbagai Logikalmatematik

63

LAMPIRAN E Rubrik senarai semak pemerhatian gelungan tindakan 3 Kecerdasan pelbagai Muzikal Aspek yang Cara penilaian dilaksanakan dinilai Menepuk Dapat menepuk corak irama zapin dengan tempo corak irama yang konsisten menggunakan tangan dan peha. zapin dengan menggunakan tangan dan peha Menepuk Dapat menepuk corak irama zapin pada kad d dan corak irama kad t dengan menggunakan kedua belah tangan. zapin dengan menggunakan kad d dan kad t Memainkan Dapat memainkan rentak zapin dengan betul serta rentak zapin tempo yang konsisten dengan menggunakan dengan kompang sambil mengiringi lagu Anak Ayam menggunakan alat perkusi sambil mengiringi lagu

64

LAMPIRAN F Rubrik senarai semak analisis dokumen Kecerdasan pelbagai Ruangspatial Aspek yang dinilai Murid dapat melukis corak irama zapin dengan mengikut corak irama yang betul Cara penilaian dilaksanakan Dapat melukiskan corak irama zapin dengan betul mengikut kreativiti murid.

Contoh :

65

LAMPIRAN G Soalan Temu Bual kepada Murid

1. Adakah kamu rasa rentak zapin sukar atau tidak untuk dipelajari? 2. Apakah aktiviti yang kamu rasa seronok semasa cikgu mengajar? 3. Apakah aktiviti yang kamu rasa susah untuk kamu lakukan? 4. Apakah perasaan kamu selepas berjaya memainkan rentak zapin dengan betul?

66

Anda mungkin juga menyukai