Anda di halaman 1dari 9

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

AZAMI BIN TOHET ANAS BIN ABD RAZAK ALIZAN BIN MD. SAID

TINJAUAN LITURER
1. STUDENTS PERCEPTION TOWARD TEACHING TILAWAH Al-QURAN Mohd Aderi Che Noh & Rohani Ahmad Tarmizi. 2009. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(1): 93 109 2. AL-QURAN AWARENESS: REALITYAND CHALLENGES IN ISLAMIC EDUCATION IN SCHOOLS Mohd Faisal, Zawawi Ismail, Rahimi Mohd Saad. 2010. Journal for Islamic Educational Studies, (1) 1: 133 144. 3. KEUPAYAAN BACAAN AL-QURAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT:
KAJIAN DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH MENENGAH TERPILIH DI NEGERI TERENGGANU

Mohd Yakub @ Zulkifli bin Haji Mohd Yusoff & Saidi bin Mohd. 2008. AlBayan. Journal of Al-Quran & al-Hadith 1 (6): 1394-3723 4. CELIK AL-QURAN Nik Salida Maizah.2004 5. KEBERKESANAN METOD IQRA SEBAGAI KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA Al-QURAN Mohd Alwi Yusoff, Adel Mohd Abdulaziz & Ahmad kamel Mohamed. 2010. Journal Studi Al-Quran and Islamic Educations 3 (2): 51-66

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan : 1. Dapat mengumpulkan data lengkap berkaitan maklumat murid antaranya latarbelakang murid dan keluarga serta pencapaian semasa murid. Ini memudahkan Guru Pendidikan Islam untuk lebih memahami masalah murid dan cuba mencari pendekatan sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. 2. Dapat mengenalpasti dan membuat pemantauan yang berterusan terhadap murid yang sederhana dan lemah serta memudahkan guru membuat pengayaan dan pemulihan yang sesuai dengan aras pencapaian murid tersebut. 3. Dapat mengenalpasti bagaimana kecenderungan murid terhadap ilmu tajwid. Ini amat penting supaya pembacaan al-quran dapat disemarakkan dalam diri murid tersebut. 4. Dapat merungkai hubungan antara prestasi pelajar dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi, perkaitan antara prestasi cemerlang dengan guru yang baik dan merungkai hubungan dan perkaitan antara minat dan kecenderungan pelajar dengan prestasi semasa pelajar.

PERNYATAAN MASALAH
Untuk mengenalpasti penguasaan kemahiran mengenal dan mengecam hukum tajwid Nun Mati dan Tanwin dikalangan 18 orang murid Tahun 4 Pintar dalam kumpulan baik,sederhana dan lemah di sekolah ini. Kajian ini juga mengambil kira aspek-aspek kelemahan pengajaran dan pembelajaran, kesediaan pelajar, motivasi rendah untuk setiap pelajar dan sukatan pelajaran sedia ada. Kajian ini juga sebagai perintis kepada kajian-kajian yang lebih terperinci dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Tilawah Al-Quran bagi memastikan hukum tajwid terus dipelajari dan dipertingkatkan dalam pembacaan al-quran dari masa ke semasa.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti teknik atau kaedah yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajran ilmu tajwid 2. Mengenalpasti kecenderungan pelajar terhadap ilmu tajwid dalam pembacaan AlQuran. 3. Mengenalpasti tahap bantuan yang boleh diberi oleh ibu bapa dan penjaga terhadap kemahiran mengenal dan mengecam asas hukum tajwid .

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah teknik atau kaedah yang sesuai digunakan bagi pengajaran dan pembelajaran hukum tajwid nun mati dan tanwin ? 2. Sejauh mana kecenderungan pelajar dalam mendalami ilmu tajwid dalam pembacaan alquran? 3. Apakah tahap bantuan yang boleh diberi oleh ibu bapa atau penjaga terhadap kemahiran mengenal dan mengecam asas hukum tajwid ?

METODOLOGI KAJIAN
Kaedah pertama akan menggunakan instrumen penilaian yang melibatkan peperiksaan yang telah lepas iaitu peperiksaan akhir tahun bagi tahun lepas (2012), Ujian Bulanan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( Februari 2013 ) dan peperiksaan pertengahan tahun bagi tahun semasa (2013). Kaedah ini digunakan bagi menganalisis prestasi lalu dan semasa bagi setiap murid dan mengenal pasti dimanakah kelemahan ketara bagi murid yang gagal untuk lulus. Kaedah kedua adalah berasaskan kaedah soal selidik. Ia melibatkan pembinaan item untuk soal selidik yang perlu diedarkan kepada ibu bapa bagi mengetahui latarbelakang responden bagi memudahkan aktiviti penyesuaian dilakukan oleh Guru Pendidikan Islam di dalam kelas atau diluar kelas. Kaedah ketiga adalah berasaskan temubual atau perbincangan profesional bersama rakan Guru Pendidikan Islam bagi mengenalpasti aspek yang menyebabkan murid lemah dan kurang berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Al-Quran Kaedah keempat, pembinaan kaedah mudah bagi murid yang lemah dalam penguasaan hukum tajwid Nun Mati dan Tanwin , dan kaedah tersebut akan dinilai keberkesanannya oleh Guru Pendidikan Islam berdasarkan borang-borang penilaian yang telah disediakan. Hasil daripada penilaian tersebut akan dirumus bagi menghasilkan dapatan kajian yang boleh digunakan sebagai rujukan dan penambahbaikan pada masa-masa akan datang.

Cuba mengutarakan penyelesaian daripada sudut berbeza. Dengan instrumen yang telah dibina, kajian ini akan cuba mencari adakah wujud hubungkait antara kemahiran dan penguasaan pelajar di sekolah dengan latarbelakang sosiobudaya dan sosioekonomi setempat. Kajian ini akan cuba membina satu modul atau kaedah mudah yang sudah tentunya menggunakan pendekatan berbeza daripada apa yang murid pelajari dan dapat di dalam kelas. Ini adalah berdasarkan pengalaman penulis sebagai guru pendidikan islam yang melihat bahawa adanya peningkatan dalam pencapaian jika sesuatu matapelajaran itu diajar oleh guru yang disenangi oleh murid. Kajian ini cuba mencari formula yang sesuai terutamanya bagi Guru Pendidikan Islam untuk menarik minat pelajar terhadap ilmu tajwid dalam pembacaan Al-Quran.

HIPOTESIS KAJIAN

PENUTUP KAJIAN
Kajian ini memerlukan sokongan daripada semua pihak bagi memastikan semua objektif yang digariskan dapat dicapai dengan jayanya. Kajian ini juga bermanfaat kepada guru- guru yang mengajar Alquran khususnya guru- guru pendidikan islam sekolah rendah yang ingin meningkatkan penguasaan murid dalam hukum tajwid Nun Mati dan Tanwin. Pelbagai usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan penguasaan hukum tajwid di kalangan murid. Berdasarkan dapatan kajian ini jelas menunjukkan murid yang lemah masih boleh dibantu dengan menggunakan kaedah yang sesuai. Semoga kajian ini menjadi kajian perintis ke arah Celik al-Quran di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai