Anda di halaman 1dari 30

X PENGENALAN

Topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek
undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola
baling.
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k

5
5

X
Permainan
Bola Baling
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti sejarah awal perkembangan permainan bola baling di
Malaysia;
2. Mengenal pasti struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia;
3. Mengaplikasikan kemahiran strategi permainan semasa dan latihan
permainan tersebut;
4. Menggunakan peraturan dan undang-undang dengan betul dalam
permainan bola baling; dan
5. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan,
pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
92
SEJARAH PERMAINAN
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum
kurun ke-6 lagi. Ia mula dikenali sebagai urania pada Zaman Kerajaan Greek,
harpaston pada Zaman Kerajaan Rom dan fangballspiel pada Zaman
Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang
mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil haandbold berasal dari
Denmark, hazena berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan torball berasal
dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada
permainan bola baling masa kini.

(a) Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua
pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama
dengan permainan bola sepak. Beliau memikirkan permainan yang baru ini
sebagai alternatif kepada permainan bola sepak yang telah banyak
menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya! Sebagai
langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk
kawalan bola yang lebih baik beliau telah memperkenalkan permainan bola
dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya. Akhirnya permainan
ini berjaya dikembangkan sebagai sukan baharu sehinggalah ke seluruh
negara Denmark.

5.1
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 93
(b) Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof
dan buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech
dengan saiz gelanggangnya (48m 32m; bentuk kawasan gol, 6m
lengkung; saiz gol, 2m 2.4m dan masa permainan 2 25 minit, yang
hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan
kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan
penjaga gol, pertahanan dan penyerang. Pemain hanya boleh bermain
terhad di kawasan mereka.

(c) Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah
memperkenalkan permainan ini di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah
40m 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m lebar.
Hanya dalam tempoh singkat, permainan ini telah menjadi popular di
seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai
peraturan permainan yang berbeza, penganjuran di peringkat antarabangsa
menjadi agak sukar. Justeru, penyelarasan peraturan pertandingan telah
dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.

(d) Bola Baling Padang
Permainan yang bernama baru ini dimainkan di kawasan padang bola
sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol
dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit
sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam
sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini
dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di
peringkat dunia dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini
dipertandingkan di sukan Olimpik.

Justeru, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah
ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang
singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan
Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF)
merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen,
Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan
bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu
serta saiz kawasan permainan yang menghadkan perkembangan
permainan ini, perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan
sukan ini dimainkan di dalam dewan.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
94
Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)

(e) Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam
dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-
duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling
padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh
dilangsungkan tanpa gangguan cuaca (lihat Rajah 5.3). Pelbagai pergerakan
serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966
lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan
sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan
menjadi semakin berkembang dan maju. Disebabkan oleh popularitinya,
bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada
tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah
diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan
berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 95

Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan


5.1.1 Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai
sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di
negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini
mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan
Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun
1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari
Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.

Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama telah diadakan
untuk 60 orang guru dari seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama
juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati
Kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium
Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu.

Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola
Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada
SEMAK KENDIRI 5.1
1. Nyatakan ciri-ciri permainan haandbold, hazena dan torball.
2. Di negara manakah permainan bola baling moden mula
diperkenalkan?
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
96
September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya
telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK
Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah
menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan
yang pertama telah diadakan di Klang, Selangor bagi kategori umur bawah 12
tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat
Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA
(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan
pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.

Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama,
manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun
1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia
Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan
Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi
ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai
Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di
bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.

Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini
ialah Y. Bhg. Dato Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa
jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)

Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan
satu kejohanan di peringkat antarabangsa iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-
Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baharu dalam
pembangunan bola baling.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 97

Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF)


5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan
Rajah 5.5 menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.
SEMAK KENDIRI 5.2
1. Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di
Malaysia?
2. Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola baling
di Malaysia.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
98

Rajah 5.5: Struktur organisasi persatuan bola baling
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Berikut adalah peraturan dan undang-undang permainan bola baling yang
perlu diteliti.
5.2.1 Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi, marilah kita kenal pasti saiz
gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m
panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (Rujuk Rajah 5.6).
Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih
pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga
5.2
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 99
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di
belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah di
antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang
gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar
mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di
hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari
kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan
putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah
garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di
hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian
pemain (rujuk Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah
dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.

Rajah 5.6: Ukuran gelanggang permainan

Rajah 5.7: Ukuran tiang gol
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
100
5.2.2 Masa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16
tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah
selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja berumur 12 hingga 16
tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa, manakala bagi peringkat umur 8
hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk
kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jika sesuatu perlawanan
berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat
selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh
masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang
ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku
keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya
balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan
akan dilakukan untuk menentukan pemenang.
5.2.3 Isyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan.
Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam
awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam
meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih
dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau
melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan
melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan
dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-
out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang
ditunjukkan kepada penjaga masa.

Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7
meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan
semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada
waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan
didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat
tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut
berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel
ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka
perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa
yang wujud.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 101
5.2.4 Memberhentikan Perlawanan (Time-out)
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku
situasi seperti:
(a) Seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang;
(b) Diminta oleh pasukan yang bermain; dan
(c) Melalui isyarat wisel daripada penjaga masa atau pegawai teknikal
pertandingan.

Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan
sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan
pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil
akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula
berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada
penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T (lihat Rajah 5.8).
Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out
(rujuk Rajah 5.9) selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak
dibenarkan ketika masa tambahan.

Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil

Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
102
5.2.5 Bola Perlawanan
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan
yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan
pemain lelaki, ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di
antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur
lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola
yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap
perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang
ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan
dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila
bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola
yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.






Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk permainan bola baling
5.2.6 Pasukan
Setiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana tujuh daripadanya adalah
pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan
seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan
perlu mempunyai lima pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu
perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan
sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya empat pegawai sahaja
dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai
pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berjalan. Hanya
salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap
pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa
atau penjaga skor dan juga pengadil.

Bola Saiz 2 Bola Saiz 3
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 103
Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa
perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini berlaku, pengadil akan terus
memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja
dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba
lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga
masa atau penjaga skor untuk bermain.
5.2.7 Pertukaran Pemain
Pertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap
yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi
salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan
pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran
penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-
out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah
akan digantung daripada permainan selama 2 minit dan salah seorang pemain
pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga
akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Jika pemain yang
dikenakan penggantungan selama 2 minit ini memasuki gelanggang sebelum
waktunya, dia akan diberikan tambahan 2 minit penggantungan sebagai denda.

Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
5.2.8 Peralatan
Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan
masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza antara setiap
pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang
sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan.
Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
104
baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah
antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi
supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai
kasut sukan.

Pemain juga tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-
barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara
barang yang tidak dibenarkan dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng
muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain
yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti
meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan
dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah
belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci.

Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling
5.2.9 Penjaga Gol
Seorang penjaga gol dibenarkan (lihat Rajah 5.13):
(a) Menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di
dalam kawasan gol; dan
(b) Bergerak bersama bola di dalam kawasan gol dan sekiranya penjaga gol
bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan
permainan sebagai seorang pemain.

Seorang penjaga gol tidak dibenarkan:
(a) Melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan;
(b) Menyentuh bola di luar kawasan gol selepas penjaga gol membuat
balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain;
(c) Menyentuh bola yang berada dalam keadaan pegun atau yang bergolek di
luar kawasan gol;
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 105
(d) Mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada dalam keadaan
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol; dan
(e) Menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari
kawasan gol.

Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan
5.2.10 Kawasan Gol
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Sekiranya
pemain menyentuh atau memasuki kawasan gol termasuk garisan kawasan gol,
denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan
diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain di dalam gelanggang
memasuki kawasan gol (lihat Rajah 5.14).

Contoh situasi yang sering berlaku ialah:
(a) Pemain memasuki kawasan gol bersama bola.
(b) Pemain memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan tujuh meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan
(defence) (lihat Rajah 5.15) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa
jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan. Rajah 5.16 dan 5.17
menggambarkan situasi lain yang berkenaan dengan kawasan gol.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
106

Rajah 5.14: Kawasan gol

Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol

Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol
pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 107

Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak
balingan adalah dibenarkan
5.2.11 Syarat-syarat Permainan
Pemain dibenarkan (rujuk Rajah 5.18 hingga Rajah 5.23):
(a) Membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan
juga paha.
(b) Memegang bola tidak melebihi tiga saat.
(c) Membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah.
(d) Apabila berdiri atau berlari:
(i) Melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua
tangan.
(ii) Melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan.
(iii) Menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan.
(e) Menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain.
(f) Bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika
hendak melakukan hantaran.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
108
Pemain tidak dibenarkan:
(a) Menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki.
(b) Menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di
atas lantai.
(c) Meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam
gelanggang.

Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada
anggota badan yang dibenarkan

Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil
memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 109

Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau
memegang bola tidak melebihi tiga saat

Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan
menggunakan satu tangan tertentu sahaja

Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
110

Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang
bergerak atau berada dalam keadaan pegun
5.2.12 Kesalahan Permainan
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.

Pemain dibenarkan:
(a) Menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat
penguasaan bola itu.
(b) Menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola
menjauhi pihak lawan.
(c) Menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak
lawan tidak menguasai bola.

Pemain tidak dibenarkan:
(a) Menarik atau menumbuk bola keluar dari tangan pihak lawan.
(b) Menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki.
(c) Menarik baju atau menolak lawan secara kasar.
(d) Membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya.

Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut
situasi yang berlaku.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 111

Rajah 5.24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan
tujuan untuk mencederakannya

Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan

Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
112
5.2.13 Jaringan Gol
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara
lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa
melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah (lihat
Rajah 5.27). Jika benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring
menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun,
jaringan akan dikira sebagai tidak sah jika penjaga masa membunyikan isyarat
sebelum bola itu memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain
lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang
telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah dianggap muktamad.
Pengisytiharan pemenang bergantung pada jumlah gol yang berjaya dilakukan.

Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol
5.2.14 Balingan Mula (Throw-off)
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia
memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin
memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan
permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan
dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya, jikalau pasukan A
telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka pada separuh
masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan
mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis
masa tiga saat dari bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan
dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan dan pihak
lawan harus berada sekurang-kurangnya 3m dari pembaling untuk memulakan
permainan.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 113
5.2.15 Balingan Masuk (Throw-in)
Balingan bola masuk apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi
maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Pemain boleh mengambil suatu
balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola
menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu
balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika
bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik
persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan.
Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki
menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti
berada 3m jauh dari pembaling itu (lihat Rajah 5.28).

Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti
memijak garisan tepi
5.2.16 Balingan Penjaga Gol
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) Kawasan gol dimasuki pemain lawan.
(b) Bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) Pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol.

Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula
bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
114
5.2.17 Balingan Percuma
Penyerang mestilah berada sejauh 9m dari tiang gol semasa balingan percuma
diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3m dari penyerang (rujuk
Rajah 5.29). Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di
tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti
meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.
Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada
pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.


Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9m dan pengadang
mesti berada sejauh 3m dari pembaling
5.2.18 Balingan Tujuh Meter
Balingan 7 meter diberi apabila (lihat Rajah 5.30):
(a) Sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) Seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.

Pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan
balingan 7m kerana ia dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel
dibunyikan oleh pengadil, balingan 7m hendaklah dibuat ke arah gol dalam
masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7m hendaklah berdiri di
belakang garisan 7m. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi
garisan 7m itu apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola
itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3m jauh dari
pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 115
sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut
dilakukan.

Rajah 5.30: Balingan 7m juga dikenali sebagai balingan penalti
5.2.19 Balingan Pengadil
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika
(Rajah 5.31):
(a) Kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak.
(b) Apabila bola menyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan.
(c) Tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan.

Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel
dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada
sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan
setelah mencapai puncak ketinggian balingan.
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
116

Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
5.2.20 Denda / Hukuman Permainan
Berikut adalah beberapa denda/hukuman dalam permainan bola baling:

(a) Amaran / Kad Kuning
(i) Kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan.
(ii) Perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan.

(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
(i) Tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan.
(ii) Penggantian pemain yang tidak sah.
(iii) Perlanggaran peraturan permainan.
(iv) Kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan.

(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
(i) Melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan.
(ii) Telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga.
(iii) Tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya.
(iv) Mengugut pemain di luar gelanggang pemain.
(v) Kekasaran hingga mencederakan pihak lawan.
(vi) Kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu
boleh dibatalkan penyertaan.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 117
Rajah 5.32 hingga 5.34 menggambarkan hukuman-hukuman yang diberi oleh
pengadil:

Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil

Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil

Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)
X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
118
Rajah 5.35 hingga 5.40 menggambarkan contoh-contoh isyarat tangan pengadil:


Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau
salah kawal bola

Rajah 5.36: Berjalan lebih tiga langkah atau memegang bola dan
membuang masa lebih 3 saat

Rajah 5.37: Memukul pemain dan menangkap pemain
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING W 119

Rajah 5.38: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol
merempuh ke arah lawan

Rajah 5.39: Balingan masuk dan balingan gol

Rajah 5.40: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengadil dan jarakkan diri
sejauh 3m

X TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING
120


x Sukan bola baling merupakan salah satu sukan berpasukan yang paling
popular yang dipertandingkan di sukan Olimpik.

x Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling
iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau
mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola
sahaja yang berbeza.

Joseph, G., Helen Ten, Lim, C. B., & Haridas, M. P. (1995). Teknik pengadilan
sukan padang. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Lee, C. C. (2006). Bola baling (Ed. ke-2). Shah Alam: Oxford Fajar.
Teng, B. T. (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala
Lumpur: Longman.

1. Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan
atau diberhentikan permainannya.
2. Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam
permainan bola baling?
3. Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai Time-out dalam
permainan bola baling.
SEMAK KENDIRI 5.3

Anda mungkin juga menyukai