UNIT 1
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SUKAN BERPASUKAN: TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGfU)
HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. 3. 4. Mengenal pasti sejarah dan konsep asas yang diterapkan dalam TGfU. Mengenal pasti dan menguasai kategori permainan dalam pendekatan TGfU. Mengetahui dan menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam kaedah TGfU. Mengaplikasikan dan mereka bentuk aktiviti-aktiviti bagi setiap kategori permainan dalam TGfU.
Konsep apresiasi dalam permainan ditekankan dalam konsep TGfU kerana ia melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa dalam situasi permainan. Oleh yang demikian, strategi sesuatu permainan perlu difahami oleh pelajar sebelum menguasai sesuatu permainan seterusnya mewujudkan kesedaran kepada pelajar mengapa kemahiran diperlukan semasa dalam permainan.
Perkara yang perlu dititikberatkan dalam TGfU adalah memahami falsafah yang mana pelajar perlu tahu dan faham bagaimana sesuatu permainan terlebih dahulu serta berkebolehan mengaplikasikan kemahiran sesuatu permainan sambil menguasai untuk membuat keputusan yang sesuai berdasarkan situasi permainan semasa bermain. Semasa bermainan perlu disertai dengan beberapa soalan berbimbimg agar pelajar dapat menguasai permainan melalui kaedah penyelesaian masalah. Pendekatan pengajaran berpusatkan kepada stategi bermain secara kumpulan perlu dititikberatkan dalam konsep TGfU.
Terdapat beberapa kepentingan TGfU yang perlu dihayati oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah tersebut. Antara kepentingan TGfU adalah seperti berikut:
Apresiasi dalam permainan yang melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas dalam membuat keputusan semasa situasi permainan perlu ditekankan secara serius.
TGfU perlu berfokus kepada pemusatan pelajar berdasarkan permainan bagi membantu pelajar dalam membentuk perkembangan dan penghasilan kemahiran dalam sesuatu permainan.
Memberi peluang kepada pelajar untuk menjana dan menguasai pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain serta mewujudkan kemahiran bersosial dengan nilai-nilai positif yang dapat ditunjukkan. Dengan ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengalaman hasil penerokaan sendiri melalui pergerakan kognitif.
Pelajar perlu digalakkan dengan menglibatkan diri dalam pelbagai permainan agar dapat mewujudkan peluang dan ruang penerokaan sesuatu permainan sekaligus membantu perkembangan pelakuan kognitif, psikomor dan afektif semasa situasi permainan. Secara tidak langsung, pelajar dapat membina keseronokan melalui daya usaha dan kesungguhan belajar bagi meningkatkan teknik kemahiran dalam sesuatu permainan.
Persekitaran pembelajaran yang lebih holistik dan kondusif perlu diutamakan dengan meningkatkan aras pelakuan kognitif melalui pertanyaan beberapa soalan bagi menyokong proses pembelajaran pelajar semasa permainan. Dengan demikian,
pelajar akan lebih mengetahui mengapa keputusan perlu dibuat berdasarkan situasi permainan sekaligus menyumbang ke arah permainan yang dinamik dan pelbagai.
Apakah yang anda faham dengan TGfU dan nyatakan secara ringkas kepentingan TGfU dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
(1) Permainan
(6) Prestasi
Rajah 1.1: Model Teaching Games for Understanding (Bunker dan Thorpe, 1982)
Berdasarkan Rajah 1.1 di atas, berikut adalah maklumat keseluruhan berkaitan langkah dan prosedur model TGfU yang telah dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982). Prosedur 1 : Permainan
Guru perlu memperkenalkan sesuatu permainan yang diubah suai dalam bentuk yang lebih mudah agar dapat memenuhi tahap perkembangan dan kebolehan pelajar seperti permainan kecil yang menyerupai permainan sebenar.
Peraturan dan undang-undang permainan yang diubah suai perlu difahami dan dikuasai oleh pelajar kerana permainan tersebut akan mempengaruhi strategi dan taktikal dalam permainan tersebut.
Kretiviti pelajar dalam menentukan sebarang taktikal dan strategi yang digunakan dalam permainan amat diharapkan. Pelajar perlu kreatif dalam membuat keputusan untuk mencipta peluang mendapatkan mata dan menghalang pihak lawan daripada masuk ke kawasan ketika berada dalam posisi bertahan. Dengan demikian akan mewujudkan kesedaran kepada pelajar untuk menguasai dan memahami konsep dan prinsip permainan melalui strategi dan taktikal yang dipersembahkan.
Perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar adalah seperti berikut:-
i.
Pelajar perlu mengetahui apa yang perlu dilakukan dalam situasi tertentu (kesedaran taktikal). Kesedaran taktikal akan dapat diwujudkan apabila pelajar menguasai peraturan dan undang-undang permainan sekaligus memudahkan keputusan yang perlu diambil dalam situasi tertentu sama ada ketika berada diposisi penyerang atau bertahan. Sebagai contoh isyarat-isyarat dan peraturan dalam bola sepak perlu dikuasai agar pemilihan perlakuan yang tepat dapat dipersembahkan.
ii.
Bagi memastikan pelajar dapat melakukan sesuatu pergerakan, pemilihan pelakuan kognitif untuk diterjemahkan amat dititikberatkan agar keputusan yang dilakukan bertepatan dengan situasi tertentu ketika permainan. Sebagai contoh untuk memastikan pelajar mendapatkan mata dalam permainan badminton dengan menghantar bulu tangkis ke kawasan yang kosong agar pihak lawan tidak dapat kembalikan semula bulu tangkis tersebut.
Kemahiran yang digunapakai ketika permainan menggambarkan pergerakan dan kemahiran yang khusus semasa permainan sebenar. Sebagai contoh, dalam permainan bola baling, pelajar dapat mewujudkan seberapa banyak peluang dan ruang untuk menyerang bagi mendapatkan mata. Ketepatan pelakuan kemahiran yang ditunjukan dapat dilihat dan dinilai dalam situasi tersebut untuk memperoleh seberapa banyak mata. Prosedur 6 : Prestasi
Tahap prestasi pelajar dapat diukur berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dalam sesuatu permainan sesuai dengan tujuan permainan tersebut. Pencapaian tahap prestasi pelajar dapat dinilai dengan melihat kepada tahap pencapaian pembelajaran kognitif, psikomotor dan afektif selari dengan kehendak dan tujuan sesuatu permainan yang diubahsuai.
Huraikan dengan ringkas prosedur yang terkandung dalam Teaching Games for Understanding (TGfU) yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982)?
Matlamat utama dalam permainan kategori jaring dan dinding adalah bertujuan menghantar bola/bulu tangkis ke gelanggang pihak lawan supaya bola/bulu tangkis tersebut tidak dapat dikembalikan atau dimainkan semula dalam kawasan gelanggang. Bagi pihak yang berada di posisi pertahanan perlu memastikan bola yang dihantar oleh pihak lawan dapat dikembalikan semula mengikut kawasan dan situasi tertentu semasa bermain. Oleh yang demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat utama yang telah ditetapkan. Antara permainan kategori jarring dan dinding seperti bola tampar, sepak takraw, badminton, tenis, ping pong dan squash. kesemua permainan tersebut melibatkan jaring atau dinding. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi kategori jaring dan dinding mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam Model TGfU.
AKTIVITI 1
Pelajar dapat merebut bola hoki daripada pihak lawan ketika pihak lawan membawa bola.
ii
Pelajar dapat menahan hantaran pihak lawan semasa pihak lawan melakukan hantaran.
iii Pelajar dapat menghalang pihak lawan daripada melakukan jaringan. iv Pelajar dapat mengeluarkan bola hoki daripada kawasan permainan. Prosedur Permainan
i ii
Bentuk 2 pasukan iaitu pasukan A dan pasukan B dengan 5 orang sepasukan. Pasukan menyerang akan cuba melakukan jaringan iaitu garisan antara 2 biji kon.
iii Pasukan bertahan akan cuba menghalang atau merebut bola hoki daripada pihak lawan menjaringkan gol dan mengeluarkan bola hoki ke garisan AB. iv Pihak bertahan yang berjaya mengeluarkan bola daripada kawasan AB akan bertukar menjadi pihak menyerang dan sebaliknya. v Kiraan mata hanya diberikan apabila pasukan yang menyerang menjaringkan gol
Peralatan
i ii
Organisasi Permainan
- Kon
AKTIVITI 2
i.
Pelajar dapat melakukan sekurang-kurangnya 5 kali percubaan servis dalam permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul
ii.
Pelajar dapat mnyatakan secara lisan fasa-fasa untuk melakukan servis dalam permainan skuash dengan gaya dan teknik yang betul.
iii.
Pelajar dapat menunjukkan nilai semangat kesukanan sewaktu melakukan aktiviti berkumpulan.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan. Gunakan raket skuash untuk bermain. Sediakan bola skuash yang digunakan untuk permainan skuash. Gunakan gelanggang skuash atau tempat yang mempunyai dinding untuk bermain.
iii.
Gunakan dinding sebagai target dengan memukul bola skuash ke arah dinding seterusnya akan melantun semula ke gelanggang pihak lawan.
iv.
Pelajar yang sudah melakukan hantaran perlulah berlari ke belakang. Pelajar seterusnya mengambil giliran untuk melakukan hantaran.
v.
Mata dikira mengikut jumlah pelajar yang boleh mengembalikan hantaran pihak lawan.
vi. vii.
Semakin kurang pelajar dalan sebuah kumpulan, kumpulan itu dikira tewas. Masa permainan adalah 10 minit.
Peralatan
i. ii. iii.
Organisasi Permainan
Petunjuk :
10
AKTIVITI 3
BOUNCING-BOUNCING Objektif
i.
Pelajar dapat melakukan kemahiran menyangga sekurang-kurangnya 5 kali percubaan delam permainan bola tampar dengan teknik dan gaya yang betul.
ii. iii.
Pelajar dapat merancang strategi yang perlu digunakan untuk mendapatkan mata. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi semasa permainan berlangsung.
Prosedur Permainan
i.
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan A dan B yang mempunyai 6 orang ahli setiap kumpulan.
ii. iii.
Undian akan dibuat untuk memulakan permainan. Bola perlu melantun terdahulu sebelum pelajar menyangga sebanyak 3 kali dengan pelajar yang belainan.
iv.
Mata akan diperoleh pihak lawan jika lantunan melebihi 1 kali, bola keluar dari kawasan permainan.
v.
Peralatan
i.
Bola tampar
11
Organisasi Permainan
Matlamat utama dalam permainan kategori serangan adalah bertujuan menyerang seberapa kerap bagi mendapatkan mata ketika berada diposisi penyerang dan menyekat atau menghalang pergerakan pihak lawan apabila berada di posisi pertahanan. Oleh yang demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat utama yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori serangan ialah Bola Sepak, Ragbi, Hoki, Bola Baling, Bola Jaring dan Bola Keranjang. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi kategori serangan mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam Model TGfU.
12
AKTIVITI 1
BLOCK ME IF U CAN!
Objektif
i.
Pelajar dapat melakukan pelbagai hantaran dalam permainan bola jaring dengan gaya dan teknik yang betul.
ii. iii.
Meningkatkan keupayaan mematuhi peraturan dalam permainan bola jaring. Pelajar dapat menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama semasa melakukan aktiviti.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan pertama hendaklah melakukan sebarang jenis hantaran dalam bola jaring sebanyak 10 kali.
iii.
Kumpulan kedua pula perlu menghalang pihak lawan daripada melakukan hantaran kepada ahli kumpulan mereka.
iv.
Sekiranya hantaran berjaya dilakukan sebanyak 10 kali maka kumpulan tersebut bejaya mengutip 1 mata.
v. vi.
Manakala kumpulan yang tidak berjaya menghalang akan menerima hukuman. Jika kumpulan tersebut dapat menghalang hantaran yang dilakukan, kumpulan tersebut akan mendapat 1 mata.
vii.
i. ii.
13
Organisasi Permainan
Petunjuk :
Kon
Guru
14
AKTIVITI 2
TEMBAK RUSA
Objektif
i. ii.
Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama yang tinggi.
iii.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran lantunan sahaja untuk mematikan ahli kumpulan B.
iii.
Pelajar kumpulan B hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan sahaja dan sekiranya ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan maka pelajar tersebut akan terkeluar daripada permainan.
iv.
Kumpulan A akan diberikan masa selama 5 minit untuk mematikan ahli kumpulan B dan sekiranya gagal maka kumpulan B akan dianggap sebagai pemenang.
peralatan
i. ii. iii.
15
Organisasi Permainan
Petunjuk:
kumpulan A
kumpulan B
16
AKTIVITI 3
i. ii.
Pelajar dapat meningkatkan keupayaan mengawal bola dengan baik. Dapat meningkatkan kemampuan mematuhi peraturan dan semangat kerjasama yang tinggi.
iii.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A perlu menggunakan kemahiran hantaran atas bahu sahaja untuk mematikan ahli kumpulan B.
iii.
Pelajar kumpulan B perlu melantikan seorang ketua yang perlu dilindungi oleh ahli kumpulan mereka.
iv.
Pelajar yang terkena balingan perlu keluar daripada kawasan permainan sehingga terdapat 2 orang pemain dalam kawasan tersebut.
v.
Pelajar terakhir yang melindungi ketua mereka boleh menghalang hantaran sebanyak yang mungkin walaupun sudah terkena banyak kali hantaran.
vi.
Hanya dibenarkan untuk berada di dalam kawasan permainan sahaja dan sekiranya ahli kumpulan tersebut terkeluar daripada kawasan permainan maka pelajar tersebut akan terkeluar daripada permainan
vii. viii.
Permainan akan ditamatkan sekiranya ketua kumpulan B terkena hantaran. Ulangan boleh dilakukan kepada kumpulan A untuk melakukan aktiviti.
Peralatan
i. ii. iii.
17
Organisasi Permainan
Petunjuk:
kumpulan A
kumpulan B
ketua kumpulan B
18
Matlamat utama dalam permainan kategori sasaran menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapatkan seberapa banyak mata. Oleh yang demikian, modifikasi permainan bagi kategori ini perlu berpandukan kepada matklamat utama yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan kategori sasaran ialah bowling, memanah, golf, menembak, lawn bowl, petanque dan dart. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi kategori sasaran mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam Model TGfU. AKTIVITI 1
PIN BALL
Objektif
i.
Pelajar dapat melakukan hantaran lantun dengan gaya dan teknik yang betul dalam permainan Petanque.
ii. iii.
Pelajar dapat memikir teknik untuk menuju kon yang diberikan. Pelajar dapat bekerjasama dalam melakukan aktiviti pin ball.
Prosedur Permainan
Pelajar akan diberikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B Setiap kumpulan mestilah diberi sama rata iaitu seramai 8 orang. Kumpulan A akan berada pada kon yang berwarna hitam. Manakala kumpulan B akan berada pada kon berwarna biru. Bola akan diberikan dahulu kepada setiap ahli kumpulan A. Masa yang diberikan adalah 5 minit. Ahli kumpulan A haruslah menuju kon yang berada di tengah dengan menggunakan teknik hantaran lantunan.
viii. ix.
Kumpulan B juga haruslah menuju kon yang berada di tengah-tengah. Jika kon banyak masuk kekawasan sendiri kumpulan itu dikira kalah.
19
Peralatan : i. Kon
Petunjuk:
Kumpulan A
Kumpulan B
Kon
20
AKTIVITI 2
i.
Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran leret dalam permainan Petanque dengan gaya dan teknik yang betul untuk mendekatkan sasaran.
ii.
Pelajar
dapat
memikirkan
cara
untuk
mendekatkan
sasaran
dengan
Prosedur Pemainan
i. ii. iii.
Pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil yang sama banyak bilangannya. Pelajar perlu berdiri di belakang garisan yang ditetapkan oleh guru Pelajar dikehendaki meleretkan bola Petanque ke sasaran sebanyak 3 kali percubaan.
iv.
Mata dikira berdasarkan berapa banyak bola petanque yang masuk dalam kon dengan jarak yang berlainan.
v.
Peralatan
i. ii.
21
Organisasi Permainan
Petunjuk :
- pelajar
- kon
22
AKTIVITI 3
STRIKE IT Objektif
i.
Pelajar dapat melakukan kemahiran lontaran dalam permainan Petanque gaya dan teknik yang betul.
ii.
Pelajar memikirakan strategi dan taktikal bagi memastikan bola Petanque menepati kepada sasaran dengan menggunakan pelbagai teknik lontaran dalam permainan Petanque.
iii.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagi kepada 2 kumpulan yang sama banyak bilanganya. Pelajar perlu melontar bola Petanque memasuki kawasan dalam gelung yang telah disediakan.
iii.
Pelajar seterusnya perlu menunggu pelajar pertama menghabiskan membuat lontaran dahulu.
iv.
Setiap pelajar diberi perlu membuat percubaan bagi setiap gelung yang disediakan.
Peralatan
i. ii. iii.
23
Organisasi Permainan
Petunjuk :
Kon
Pelajar
Gelung
24
Matlamat utama bagi kategori permainan memukul dan memadang adalah bertujuan mengumpul mata dengan menamatkan larian selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Dalam permainan memukul dan memadang melibatkan dua pihak iaitu pasukan memukul dan pasukan memadang. Oleh yang demikian, modifikasi permainan perlu berpandukan kepada matlamat yang telah ditetapkan. Antara contoh permainan dalam kategori ialah baseball, sofbol dan kriket. Berikut adalah contoh modifikasi permainan bagi kategori memukul dan memadang mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana huraian dalam Model TGfU.
AKTIVITI 1
RUN BATTING
Objektif
i.
Pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran memukul dan memadang dalam permainan sofbol dengan gaya dan teknik yang betul.
ii.
Pelajar dapat merancang strategi yang lebih bekesan untuk mendapat mata permainan.
iii.
Prosedur Permainan
i.
Dua pasukan iaitu pihak memukul dan memadang dibentuk untuk bermain permainan ini.
ii. iii.
Pasukan yang memukul harus memukul bola yang telah dihantar oleh pitcher. Pemukul perlu melakukan seberapa larian yang boleh sebelum bola diterima oleh pemain pasukan memadang yang berada di garisan larian pemukul.
iv.
Satu larian yang berjaya dilakukan akan dikira sebagai satu mata. Pasukan yang mendapat banyak mata akan dikira sebagai pemenang.
v.
Pertukaran posisi akan berlaku apabila semua pihak pemukul telah kehilangan giliran.
25
PERALATAN
Organisasi Permainan
26
AKTIVITI 2
GET THE SCORE Objektif Pelajar dapat melakukan kemahiran memukul dalam permainan get the score dengan teknik dan gaya yang betul. ii. Pelajar dapat melakukan kemahiran memadang dalam permainan get the score dengan teknik dan gaya yang betul. iii. Pelajar dapat memikirkan cara menahan bola daripada bolos secara kreatif supaya pihak lawan tidak dapat sampai ke home awal dari bola. iv. Pelajar dapat bekerjasama, memupuk keyakinan diri dan bertanggungjawab ketika permainan berlangsung.
i.
Prosedur Permainan
i.
Bahagikan kepada 5 kumpulan (A, B, C, D dan E). Setiap kumpulan terdapat 4 orang ahli.
ii. iii.
Permainan ini akan dimulakan dengan kumpulan A akan memukul terlebih dahulu. Kumpulan B, C, D dan E akan bergabung menjadi pemadang. Terdapat pelajar yang akan duduk di setiap base iaitu 1st base, 2nd base, 3rd base dan juga home. Apabila bola dipukul, pemadang hendaklah menangkap bola dan membaling ke 1st dan 1st akan membaling ke 2nd, 3rd dan seterusnya ke home, manakala pemukul hendaklah berlari melengkapkan satu pusingan (home run) sebelum bola yang dibaling oleh pemadang sampai ke home.
iv.
v.
Jika pelari sampai terlebih dahulu atau sama sampai bersama bola, kumpulan tersebut akan mendapat satu mata.
vi.
Sesudah kesemua ahli kumpulan A membuat pukulan dan larian, kumpulan B pula akan membuat pukulan dan begitulah seterusnya.
vii.
Peralatan i. ii. iii. iv. 2 kayu pemukul (bet) 5 biji bola softball 5 base 20 glove
27
Organisasi Permainan
Petunjuk :
Kump A
Kump B
Kump C
Kump D
Kump E
28
AKTIVITI 3
Objektif
i.
Pelajar dapat melakukan teknik pukulan ban dan larian dalam permainan sofbol bagi mendapatkan mata.
ii. iii.
Pelajar dapat merancang strategi yang akan digunakan. Pelajar menunjukkan semangat berkerjasama dalam melakukan aktiviti permainan kecil.
Prosedur Permainan
i. ii.
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan 10 orang satu kumpulan. Kumpulan A akan berada dalam kedudukan bulatan dan kumpulan B pula membentuk barisan lurus.
iii.
Seorang ahli kumpulan A berada di tengah bulatan dan akan membaling bola kearah rakan dan dikembalikan mengunakan kemahiran teknik pukulan ban secara bergilir gilir.
iv.
Kumpulan B akan berlari secara bergilir-gilir mengelilingi bulatan kumpulan A sehingga kumpulan A selesai melakukan teknik pukulan ban.
v. vi.
Kedua-dua kumpulan akan bertukar peranan. Pemenang dikira berdasarkan jumlah larian yang terkumpul bagi setiap kumpulan.
29
Organisasi Permainan
Huraikan dengan ringkas matlamat bagi setiap kategori permainan dalam TGfU beserta dengan contoh permainan.
RUMUSAN
Bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mentransformasikan pendidikan, maka kaedah pengajaran juga perlu diberikan perhatian. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah di Malaysia tidak terkecuali dalam proses transformasi tersebut. Penerapan budaya berfikir secara kreatif dan kritis perlu diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani melalui pendekatan Teaching
30
Games for Understanding (TGfU). Semua guru Pendidikan Jasmani perlu peka terhadap perubahan tersebut dan memahami dengan teliti konsep yang perlu diterapkan dalam TGfU agar guru sentiasa kreatif dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah TGfU? 2. Apakah kategori permainan dalam TGfU dan berikan contoh bagi setiap kategori permainan tersebut? 3. Bincangkan Kepentingan TGfU dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani? 4. Apakah matlamat utama bagi kesemua kategori permainan dalam TGfU? 5. Huraikan secara ringkas Model TGfU yang dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982)? 6. Bincangan dengan ringkas proses pembinaan modifikasi permainan dalam TGfU?
RUJUKAN
Bunker, D., & Thorpe, R. (1982). A Model For The Teaching Of Games In Secondary Schools. Bulletin Of Physical Education, 18(1), 5-8. Griffin, L., Mitchell, S., & Oslin, J. (1997). Teaching Sport Concepts And Skills: A Tactical Games Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.
31
UNIT 2 HOKI
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan hoki; 2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan hoki; 3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan hoki; dan 4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan hoki;
Tahukan anda kedudukan ranking pertama dunia bagi permainan hoki lelaki adalah dikuasai oleh pasukan Jerman, diikuti oleh Australia dan ketiga adalah Negara Belanda manakala pasukan dari negara Belanda berada di ranking pertama dunia bagi kategori wanita diikuti oleh Argentina dan ketiga adalah dari Negara New Zealand. Kedudukan pasukan lelaki Malaysia pula menghuni tangga ke 13 manakala pasukan wanita negara pula menduduki rangking ke 22. (Sumber: http://www.fih.ch/en/fih/events/worldranking jun 2013)
PENGENALAN
Hoki merupakan sukan yang popular bagi lelaki dan wanita di kebanyakkan negara seluruh dunia. Terdapat dua jenis hoki, iaitu satu jenis sukan yang dimainkan di atas padang rumput atau astrotuf, dan sejenis lagi yang dimainkan di dalam gelanggang ais. Di sesetengah Negara, hoki ais kurang menonjol berbanding dengan jenis hoki yang bermain dalam padang rumput atau astrotuf. Nama hoki berasal daripada bahasa perancis iaitu hoquet yang kemudiannya diterjemahkan kepada bahasa Inggeris menjadi hockey. Di Malaysia, sukan hoki begitu terkenal dan dimainkan hampir di semua sekolah. Pihak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan pertandingan hoki setiap tahun melibatkan kategori umur bawah 12 tahun dan 18 tahun. Perkembangan sukan hoki di Malaysia begitu membanggakan dan negara mampu bersaing dengan pasukan terhebat dunia dalam kejohanan-kejohanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Dunia (FIH).
32
Rajah 2.1: Faizal Shaari merupakan pemain hebat yang lahir dari Kejohanan MSSM
SEJARAH
Adalah sukar untuk menyatakan dengan pasti bila dan di mana sukan hoki dimainkan pertama kalinya. Sejarah menunjukkan hoki telah dimainkan lebih kurang 4000 tahun yang lalu di Mesir. Bukti ini ditunjukkan atas sebuah makam Bani Hasan dekat Minia, Mesir yang sekitar 2000 S. M. (Rajah 2.2). Ia menunjukkan satu lukisan yang menggambarkan dua orang melakukan buli seperti yang digunakan dalam permainan hoki. Sebelum penemuan ini, dipercayai bahawa hoki bermula di Parsi sekitar 500 S.M. Ini adalah berdasarkan pada bukti bahawa orang Parsi menunggang kuda untuk bermain polo pada zaman itu. Dan dikatakan hoki adalah keturunan langsung daripada polo. Sejarawan sukan pula berpendapat bahawa polo adalah versi hoki yang halus yang wujud lebih awal. Hoki juga wujud di Greek dan Parsi sekitar 500 S.M. Bas-reliefs (seni-arca dinding) yang ditemui di Athens, menggambarkan permainan yang menyerupai hoki telah dimainkan.
33
Orang Indian Aztec daripada Mexico pernah bermain saw permainan kayu yang mempunyai persamaan dengan hoki. Perlawanan mereka adalah di antara puak-puak dengan kedudukan yang agak berjauhan. Kadangkala hampir semua penduduk lelaki yang berjumlah seramai 1000 orang sepasukan mengambil bahagian. Kayu-kayu dan bola-bola berat digunakan. Permainan ini kasar dan menyebabkan mereka mengalami kecederaan yang berat.
Kehadiran permainan hoki di England telah menarik minat masyarakat di negara tersebut. Disebabkan permainan ini tiada peraturan dan undang-undang yang khusus, pelbagai cara dan teknik telah digunakan. Cara permainan yang tidak teratur pada waktu itu telah mengundang risiko pergaduhan dan pertumpahan darah di antara pemain. Oleh itu, pihak kerajaan Britain mengambil keputusan untuk mengharamkan permainan hoki di negara tersebut.
Dalam pada masa yang sama, permainan hoki mula dimainkan dan diterima oleh kebanyakan negara di seluruh pelusuk dunia. Kemudian, undang-undang dan peraturan permainan hoki mula digubal. Walaupun usaha ini mengambil masa yang lama, namun ia mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada permainan ini. Maka, wujudnya undangundang dan peraturan dalam sukan hoki untuk memudahkan permainan ini dimainkan dengan lebih tersusun serta memudahkan mereka yang mahu mempelajarinya.
Pada mulanya sukan hoki di Ireland dikenali sebagai hurley, Wales dikenali dengan nama banty atau bandy manakala di Scotland pula ia dinamakan Shinty, tetapi permainan hoki sekarang barangkali mendapat namanya daripada Perancis iaitu houquet. Orang Belanda juga mempunyai permainan yang serupa. Namun begitu hoki moden banyak terhutang budi kepada orang Inggeris. Dahulu permainan itu dipanggil commock sehinggalah sekitar tahun 1840 apabila nama hockie digunakan. Pada tahun 1800-an permainan hoki mula menjadi popular di sekolah-sekolah di England.
Apabila hoki menjadi lebih popular, peraturan-peraturan mula dibuat dan diterima oleh pelbagai kumpulan. Pada tahun 1883, Kelab Hoki Wimbledon ditubuhkan. Pada tahun 1886 pula Persatuan Hoki British (BHA) ditubuhkan dengan Prince of Wales pada masa itu (bakal raja King Edward VII) sebagai presiden pertama. Beberapa kelab daripada seluruh England telah menjadi ahli. Persatuan ini telah menyusun peraturan permainan secara lebih terperinci dan standard diasasi telah dilakukan di antara pelbagai kelab. Kaum wanita yang berminat juga mula menubuhkan kelab-kelab dan mengelolakan perlawanan-perlawanan. Tidak lama selepas itu negara-negara lain mula mengambil dan menggunakan peraturan-
34
peraturan yang telah disusun oleh BHA dan pertandingan hoki antarabangsa pertama di antara England dengan Ireland telah diadakan.
Sukan hoki mula dipertandingakan di Sukan Olimpik pada tahun 1908 dan 1920. Walau bagaimanapun, sukan ini telah digugurkan pada tahun 1924. Situasi ini telah menyebabkan penubuhan Fdration Internationale de Hockey sur Gazon (FIH) sebagai badan induk antarabangsa dianggotai tujuh negara dari Eropah iaitu Austria, Belgium, Czechoslovakia, Hungary, Perancis,Sepanyol dan Switzerland. Tindakan ini membolehkan sukan hoki dipertandingkan semula pada tahun 1928. Dengan itu, permainan hoki kini mempunyai badan khusus yang menjadi pengalola rasmi bagi sukan ini di peringkat antarabangsa. Antara usaha terpenting badan ini ialah memperkemaskan undang-undang serta peraturan permainan ini agar semua negara dapat bermain dengan lebih teratur dan menarik. Badan ini juga turut bertanggungjawab menganjurkan kejohanan dunia seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Sukan Asia, Kejohanan Antara Benua, Kejohanan Antara Juara-Juara, Kejohanan Eropah dan sebagainya. Di peringkat dunia, antara pasukan yang sering menjadi pancabar terkuat termasuklah India, Korea Selatan, Pakistan dan Malaysia negara dari Asia, Belanda, Jerman , Sepanyol dan England yang mewakili Eropah serta Australia dan New Zealand dari Oceana.
Rajah 2.3: Pertemuan Jerman menentang Scotland dalam Sukan Olimpik London 1908
35
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Sukan hoki ini diperkenalkan ke negara kita oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di negara kita pada sekitar tahun 1892 dan perlawanan pertama secara rasmi dimainkan adalah antara Harris dan XI XI Whitley pada Nov 30, 1898 di Kuala Lumpur. Pada peringkat awal, permainan hoki hanya berjaya menarik minat orang-orang Inggeris dan Eropah yang bertugas di Tanah Melayu sahaja kerana penduduk tempatan masih tidak dapat menerima permainan ini lagi. Namun, pada tahun 1904, perlawanan hoki antara negeri telah diadakan di antara pasukan Selangor dan pasukan Singapura. Selain itu, kelab yang dikuasai British di Melaka, Ipoh dan Pulau Pinang juga mempunyai pertandingan mereka sendiri. Menjelang tahun 1920-an, terdapat lebih Malaya bermain permainan. Persekutuan Tanah Melayu berbanding siri Colony telah dimulakan pada tahun 1925.
Bermula pada sekitar tahun 1920, permainan ini berjaya menarik minat penduduk tempatan dan bilangan mereka yang mempelajari dan bermain hoki semakin meningkat dari sehari ke sehari sehinggalah sukan ini menjadi salah satu acara sukan yang paling digemari. Permainan ini juga boleh dimainkan oleh semua peringkat umur sama ada lelaki mahupun wanita. Perlawanan hoki pertama telah diadakan di antara Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1926.
Negara kita berjaya menubuhkan pasukan hoki pada tahun 1932 hasil daripada usaha mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan India dalam lawatan mereka ke negara kita dengan keputusan 7 - 0 berpihak kepada India. Pada ketika itu, pasukan India baru sahaja memenangi pingat emas dalam Sukan Olimpik. Perlawanan tersebut juga telah mendorong dan memberi semangat kepada pasukan hoki negara untuk mengadakan perlawanan seterusnya. Beberapa tahun kemudian, pasukan hoki negara telah mengadakan lawatan persahabatan ke Hong Kong dan Macau di mana pasukan negara berjaya memenangi kesemua perlawanan persahabatan tersebut. Pasukan hoki Macau pula telah membuat lawatan balas ke negara kita dan sempat mengadakan dua perlawanan persahabatan yang juga membawa kemenangan kepada pasukan Malaysia.
Pada tahun 1946 di Taiping, Liga Hoki Malaysia telah dimulakan di negara kita untuk pertama kalinya. Pada tahun 1948, Persekutuan Hoki Tanah Melayu (PHM) telah ditubuhkan sebagai badan penyelaras permainan hoki di negara kita. Pada tahun 1953, Persatuan Hoki Dunia (FIH) telah menerima PHM sebagai ahli gabungannya. Oleh itu, ia telah memberi dan membuka peluang kepada pasukan hoki negara mengambil bahagian
36
dalam kejohanan dan pertandingan di peringkat antarabangsa. Tidak berapa lama selepas itu, PHM bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu telah menubuhkan Majlis Olimpik Kebangsaan yang bertangungjawab dalam menyelaraskan pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.
Perseketuan Hoki Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1954 dengan Herman Marie De Souza dipilih sebagai presiden dan Kandiah Aryaduray setiausaha. Sir Gerald Templer dan Sir Donald MacGillivray di Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu juga telah turut membantu dalam sebagai penasihat. Bermula pada tahun 1951, kejohanan hoki pertama telah dianjurkan oleh PHM dan masih diteruskan sehingga ke hari ini. Allahyarham Tun Abdul Razak adalah tokoh pertama yang dilantik sebagai Presiden PHM pada tahun 1957. Pada tahun tersebut, beliau telah menyumbangkan sebuah piala sebagai rebutan untuk pertandingan di antara negeri. Piala tersebut dinamakan Piala Razak bersempena dengan nama beliau. Bagaimanapun, pertandingan ini hanya berjaya dianjurkan pada tahun 1963. Perlantikan Tun Razak sebagai Presiden PHM telah memberi perangsang dan galakan serta semangat baru kepada PHM serta orang ramai untuk memperbaiki mutu sukan ini di negara kita. Buktinya, sehingga kini terdapat berbagai-bagai pertandingan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh PHM pada setiap tahun. Setelah itu, PHM telah diterajui oleh DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dari tahun 1976 hingga 2004. Mulai tahun 2004 hingga 2006, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Presiden PHM diikuti Tan Sri Dato Seri Mohammad Anwar Mohammad Nor dari tahun 2006 hingga 2008 dan KDYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah dari tahun 2008 sehingga sekarang.
Tahun 1956 merupakan tahun bersejarah bagi pasukan hoki negara kerana pada tahun tersebut, pasukan negara telah mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne, Australia. Negara kita berjaya menduduki tempat ke sembilan daripada dua belas pasukan yang bertanding. Selain itu, pasukan hoki negara juga turut mengambil bahagian dalam pertandingan Hoki Piala Dunia. Sejarah Pencapaian
Malaysia telah dipilih sebagai penganjur Kejohanan Piala Dunia Hoki pada 1975, di mana penganjuran tersebut mendapat sokongan penuh Almarhum Tun Abdul Razak, yang ketika itu memegang jawatan sebagai Presiden PHM. Ketua pasukan hoki kebangsaan ketika itu ialah Poon Fook Loke. Beliau telah menjaringkan gol awal Malaysia sewaktu tumpas 2-3 pada peringkat Separuh Akhir kepada India. Beliau juga pernah beraksi dalam Kejohanan
37
Hoki Liga A England. Malaysia seri 0-0 dengan New Zealand, Sepanyol dan Belanda, di mana negara-negara tersebut merupakan jaguh hoki dunia dan Eropah ketika itu. Meskipun menang 3-1 ke atas Poland, Malaysia tumpas 0-1 kepada Pakistan. Namun, Malaysia berjaya melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Belanda.
Pada 13hb Mac 1975, Malaysia telah dijadualkan bertemu India dan berjaya mengikat jaguh hoki Asia tersebut 0-0 sehingga tamat perlawanan. Selepas 7 minit masa tambahan berlangsung, hujan lebat memaksa perlawanan ditangguhkan ke keesokan harinya. Pada 14hb Mac 1975, penyokong tempatan seramai 50,000 orang membanjiri Stadium Merdeka, seterusnya mencatat rekod dunia sebagai kehadiran paling ramai untuk perlawanan hoki. Walau bagaimanapun, pasukan kebangsaan yang berhempas-pulas gagal mengekang India apabila tewas 2-3.
Sewaktu penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan kebangsaan yang dilanda keletihan dan kekecewaan, dikalahkan oleh Jerman Barat dengan keputusan 0-4. Selain Pingat Perak Sukan Komanwel 1998, pencapaian Separuh Akhir Piala Dunia Hoki 1975 ini dianggap sebagai antara pencapaian terbaik sepanjang sejarah sukan hoki negara. Penyertaan Pasukan Malaysia dalam Sukan Olimpik
1956 - Melbourne: tempat 9 daripada 12 pasukan. 1960 - Rome: tidak layak. 1964 - Tokyo: layak. 1968 - Mexico: tempat 15 daripada 16 pasukan. 1972 - Munich: layak. 1976 - Montreal: tempat ke 9. 1980 - Moscow: layak (pemulauan). 1984 - Los Angeles: tempat ke 11 daripada 12 pasukan. 1988 - Soul: tidak layak. 1992 - Barcelona: layak. 1996 - Atlanta: layak. 2000 - Syedney: layak. 2004 - Athens: tidak layak. 2008 - Beijing: tidak layak. 2012 - London: tidak layak.
38
Pencapaian Malaysia di dalam pertandingan hoki di dalam Sukan Asia: 2010 Naib Juara (Guangzhou) 2006 - Tempat ke-6 2002 - Gangsa 1998 - Tempat ke-5 1994 - Tempat ke-5 1990 - Gangsa 1986 - Tempat ke-4 1982 - Gangsa 1978 - Gangsa 1974 - Gangsa 1970 - Gangsa 1966 - Tempat ke-4 1962 - Gangsa 1958 - Tempat ke-4 Pencapaian Malaysia di dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia:
1987 - Kedudukan ke-4/7 1992 - Naib Johan/10 (tewas kepada Pakistan di Final) 1996 - Kedudukan ke-5/10 2000 - Kedudukan ke-3/11 2004 - Kedudukan ke-4/10 2008 - Kedudukan ke-5/8 2012 - Juara/8 (Melaka)
39
1. Visi (a) Untuk menjadi pasukan yang terunggul bukan hanya di peringkat Asia tetapi juga di mata dunia. 2. Misi (a) (b) Mencari bakat-bakat baru dalam permainan hoki. Mencari pemain yang bukan sahaja hebat dalam teknik-teknik permainan hoki tetapi juga sifat fizikal. 3. Objektif (a) (b) Menambah baik teknik-teknik permainan. Untuk memperbaiki mutu persembahan para pemain.
4. Struktur Organisasi Presiden: KDYTM Tengku Abdullah Al Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Timbalan Presiden: YM Raja Puan Sri Dato 'Noora Ashikin bte Raja Abdullah Naib Presiden Kanan: Y Bhg Dato 'Nur Azmi Ahmad Dr Shamala Subramaniam Naib Presiden: Y Bhg. Dato 'Sri Che Khalib Mohammad Noh Y Bhg Dato 'Hj Abdul Rahim Mohd Ariff Encik M. Gobinathan Encik Majid Manjit Abdullah Y Bhg. Datuk Hj. Md Yusop Hj. Mansor
40
Puan Jenniffer Williams Puan Maheswari Kanniah Y Bhg Dato 'Mary Ritchie Puan Nagula Sivasothy Puan Jeyadhevi Subramaniam Setiausaha: Mohd. Johari B. Abd. Aziz Bendahari: Y.Bhg Dato 'Mohd Aini Anuarul Perai Penolong Setiausaha: Cik Nurfaraha Hashim Penolong Bendahari: Cik Juriah Abdul Wahab Fenner Perwakilan Bebas: Y Bhg Dato ' Dr S. S. Cheema Y Bhg Dato 'Radhakrishnan Nair Y Bhg Datin Noraini Jaafar Puan Siti Patimah Hassan
Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian hoki negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu sukan hoki tanah air sekarang ini.
Ketika anda menggolek bola hoki anda perlu tahu apakah tindakan anda apabila situasi bola keluar kawasan atau ball out of play berlaku. Bola hoki dikira keluar padang apabila keseluruhan bola keluar dari garisan tepi atau garisan belakang gelanggang. Tindakan yang perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan tepi ialah: a) Dari kayu hoki pemain pasukan anda, pihak lawan memukul atau menolak untuk meneruskan permainan. b) Dari kayu pihak lawan, menolak atau memukul oleh pasukan anda.
41
c) Dari badan pemain, pukulan percuma kepada pihak lawan dari tempat di mana bola terkena badan pemain pasukan anda. d) Peraturan tolak gerak (autoplay) diaplikasikan.
Tindakan yang perlu anda ambil apabila bola keluar melintasi garisan belakang ialah: a) Dari kayu penyerang. Tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan (defender) dari tempat bertentangan di mana bola melintasi garisan dan tidak melebihi 16 ela daripada garisan itu. b) Dari kayu penahan yang lebih daripada 22.9m (25 ela) dari garisan belakang tolakan atau pukulan oleh pemain pertahanan seperti di atas. c) Dari kayu pemain pertahanan dalam jarak 22.9m (25 ela) dari garisan belakang. Penyerang menolak atau memukul bola daripada satu tempat di atas garisan belakang dalam 4.6m (5 ela) daripada sudut bendera. d) Dari kayu pemain pertahanan dalam 22.9m (25 ela) dari garisan belakang (bola dikeluarkan dengan sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada pemain pasukan penyerang. e) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bola dikeluarkan tanpa sengaja). Sudut penalti akan diberikan kepada penyerang. f) Dari kayu pemain pertahanan dalam bulatan gol (bulatan D) (bola dikeluarkan dengan sengaja). Strok penalti diberikan kepada pasukan penyerang. g) Peraturan baharu melibatkan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan semasa memulakan semula permainan apabila bola keluar kawasan.
2. Kesalahan
Terdapat beberapa tindakan atau perkara yang tidak boleh dilakukan oleh anda semasa permainan. Tindakan atau perkara ini dipanggil faul yang boleh dikenakan tindakan penalti tertentu. Senarai kesalahan adalah seperti berikut: a) Bermain menggunakan bahagian bulat kayu (dipanggil back stick) b) Bermain dalam permainan tanpa memegang kayu hoki. c) Mengangkat kayu hoki (Rajah 2.5) untuk menakutkan atau mengancam keselamatan pihak lawan semasa mereka menghampiri bola atau menggelecek bola.
42
Rajah 2.5: Situasi mengangkat kayu hoki yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pemain lain
d) Mengangkat kayu hoki untuk bermain bola melebihi paras bahu (Rajah 2.6).
Rajah 2.6: Seorang pemain hoki mengangkat kayu hoki melebihi paras bahu
e) Bermain bola dengan menggunakan tangan, kaki atau bahagian badan yang lain (Rajah 2.7).
43
f)
Menyungkit bola ke arah pemain lain atau ke dalam bulatan yang mungkin akan mengundang bahaya kepada mereka (Rajah 2.8).
g) Memegang, mencangkuk, memukul atau menyepak kayu hoki pihak lawan bertujuan untuk mengganggu permainan mereka (Rajah 2.9).
Rajah 2.9: Pemain cuba memintas pemain lawan menggunakan kayu hoki
h) Menghalang pihak lawan dengan tubuh badan atau kayu hoki di antara bola dan pihak lawan (Rajah 2.10).
44
Rajah 2.10: Seorang pemain hoki sedang merebahkan diri untuk menghalang pemain lawan
a) Situasi apabila kesalahan dilakukan di luar bulatan D. Pasukan lawan akan diberi pukulan percuma. Jika pemain daripada pasukan pertahanan dengan sengaja membuat manamana jenis faul di dalam kawasan 25 ela, maka pasukan penyerang akan mendapat pukulan sudut penalti.
b) Situasi apabila kesalahan dibuat di dalam bulatan D. Oleh penyerang, pasukan pertahanan mendapat pukulan percuma. Oleh pemain pertahanan secara tidak sengaja, pasukan menyerang mendapat pukulan sudut penalti. Dengan sengaja oleh pemain pertahanan, pasukan menyerang akan mendapat penalti stroke. 4. Pukulan percuma, sudut penalti dan penalti stroke
a) Pukulan Percuma Pukulan atau tolakan boleh digunakan. Peraturan tolak gerak (autoplay) boleh diaplikasikan. Diambil dari tempat di mana faul berlaku, kecuali di dalam kawasan D. Apabila penyerang melakukan faul di dalam kawasan D, penahan boleh mengambil pukulan percuma di mana-mana tempat di dalam kawasan D.
45
Apabila pukulan percuma diambil, bola mesti tidak bergerak (pegun). Bola boleh dimainkan atau dinaikkan jika tiada bahaya. Tiada sesiapa pun daripada pihak lawan dibenarkan berada di dalam kawasan 5 ela dari bola.
b) Penalti sudut diberikan kepada pemain penyerang apabila pemain daripada pasukan pertahanan melanggar peraturan-peraturan berikut: Dengan sengaja melanggar peraturan-peraturan yang telah disebutkan terdahulu di bawah tajuk kesalahan, di dalam 25 ela kawasan pertahanan tetapi di luar bulatan D. Tidak sengaja melakukan kesalahan di dalam kawasan D. Penalti sudut diambil dengan bola ditolak dari garisan gol oleh seorang pemain penyerang. Tolakan boleh diambil dari kedua-dua belah gol tetapi sekurangkurangnya 9m (10 ela) dari tiang yang paling dekat sekali dan tidak melepasi bulatan.
c) Penalti Strok Penalti stroke diberikan kepada penyerang berdasarkan syarat-syarat berikut: Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara sengaja di dalam bulatan. Apabila pemain pertahanan melakukan kesalahan secara tidak sengaja di dalam bulatan tetapi melalui tindakannya mungkin menghalang penyerang daripada berjaya menjaringkan gol. Apabila pemain pertahanan sekali lagi melanggar peraturan sudut penalti semasa pasukan penyerang cuba melakukan pukulan sudut penalti yang diberikan kepada mereka.
46
5. Padang Hoki
Padang hoki berbentuk segi empat tepat dengan 91.40m (100 ela) panjang dan 58m (60 ela) lebar (Rajah 2.11). Garisan-garisan panjang dikenali sebagai garisan tepi dan garisangarisan pendek dikenali sebagai garisan belakang atau garisan gol.
47
Padang hoki dibahagikan kepada dua bahagian oleh garisan tengah dan setiap bahagian tersebut dibahagikan kepada dua oleh garisan 22.9m (25 ela). Oleh itu, padang telah dibahagikan kepada empat sukuan. Di atas kedua-dua garisan gol, garisan 25 ela dan garisan tengah terdapat garisan putus-putus yang dilukis 5 ela daripada luar garisan tepi kedua-dua belah padang. Tanda-tanda ini adalah 2 ela panjang.
Selain itu, terdapat juga satu garisan di atas padang untuk menunjukkan jarak 16 ela dari garisan gol. Tanda ini berukuran 12 inci dan terdapat di dalam padang pada setiap garisan tepi dan selari dengan garisan belakang. Garisan 16 ela ini diukur dari bahagian dalam garisan belakang.
Rajah 5.12: Padang hoki yang digunakan semasa Sukan Olimpik 2012 London
Di atas garisan belakang terdapat garisan khas yang digunakan untuk sudut penalti. Garisan ini panjangnya 12 inci bermula dari garisan belakang ke dalam kawasan bermain. Garisan ini diletakkan 4.5m (5 ela) dan 9m (10 ela) di luar tiang gol. Satu titik untuk strok penalti ditandakan di hadapan setiap pintu gol. Titik tersebut mempunyai diameter 6 inci dan berjarak 7 ela dari garisan pintu gol.
d) Tiang Bendera Empat tiang bendera diletakkan di setiap penjuru padang. Tinggi tiang bendera ialah di antara 4 kaki hingga 5 kaki dan diletakkan di luar sudut.
48
e) Bulatan Jaring Satu garisan yang panjangnya 4 ela dilukis selari dan berjarak 14.63m (16 ela) dari pintu gol. Garisan 16 ela itu diukur dari sudut dalam bahagian depan tiang gol ke luar kawasan garisan 4 ela. Kawasan ini juga dipanggil kawasan D.
f)
Pintu Gol Setiap pasukan mempunyai pintu gol di tengah-tengah garisan gol. Pintu gol ini mengandungi dua tiang tegak, berjarak 4 ela dan disambung dengan sebatang tiang mendatar yang mempunyai ketinggian 7 kaki dari tanah. Semua ukuran diambil dari dalam gol. Tapak depan tiang gol akan menyentuh tepi luar garisan belakang.
Tiang-tiang tegak dan mendatar yang membentuk sebuah pintu gol mesti mempunyai ketebalan yang tidak lebih daripada 3 inci dan tidak kurang daripada 2 inci. Pintu gol juga mesti dicat dengan warna putih.
Jaring-jaring diikat dengan kukuh kepada tiang-tiang tegak dan tiang mendatar, dengan jarak dekat tidak melebihi 6 inci dan dipasangkan dengan kuat ke tanah di belakang gol. Jaring daripada mesh 1 inci dicadangkan. 6. Kayu Hoki
Kayu hoki berbentuk rata di bahagian hadapan manakala di sebelah belakangnya berbentuk bulat. Bahagian rata adalah di sebelah kiri kayu. Bahagian rata dipanggil muka kayu (face of
49
stick). Bahagian bulat kayu dipanggil belakang kayu. Pemain hanya boleh bermain dan memukul menggunakan dengan bahagian yang rata atau muka kayu sahaja. Bahagian lengkok kayu pula dipanggil kepala kayu. Seperti bola hoki, kayu hoki juga mempunyai spesifikasi tertentu iaitu berat kayu di antara 340g minimum hingga 794g maksimum (Rajah 5.14).
Rajah 5.14: Kayu hoki 7. Pemain Dalam permainan hoki, terdapat 11 orang pemain dalam sesuatu pasukan. Manakala lima orang lagi diperlukan sebagai pemain simpanan dan boleh memasuki padang pada bila-bila masa untuk melakukan pertukaran pemain jika dibenarkan oleh pengadil.
8. Pengadil Dalam setiap permainan, dua orang pengadil akan bertugas dibantu oleh seorang atau dua orang penjaga masa. Setiap pengadil akan menjaga separuh daripada padang dan mengawal permainan dengan wisel ketika perlawanan berlangsung. 9. Pakaian Baju, seluar pendek atau skirt (bagi pemain wanita), stoking dan kasut adalah pakaian asas yang diperlukan dalam permainan hoki. Alat-alat yang berbahaya atau but yang mempunyai tapak yang sesuai tidak dibenarkan untuk dipakai atau dibawa ke dalam gelanggang.
50
10. Penjaga Gol Penjaga gol haruslah memakai pakaian dan kelengkapan pelindungan khas seperti topeng keselamatan muka, sarung tangan, lapik kaki atau ped berat yang keras (Rajah 2.16).
51
11. Jangka Masa Jangka masa permainan hoki ialah selama 35 minit bagi kedua-dua separuh masa dalam setiap perlawanan. Setiap pasukan akan bertukar padang pada separuh masa kedua selepas tempoh rehat selama 10 minit.
Dalam kumpulan, anda dikehendaki membincangkan tentang aspek keselamatan dalam sukan hoki.
Menggelecek adalah salah satu cara mengawal bola yang sedang bergerak. Ia adalah kemahiran yang digunakan untuk melepaskan diri dan bola daripada halangan dan kawalan pemain lawan. Di antara kepentingan kemahiran menggelecek ialah: (a) (b) (c) (d) Mengekalkan kawalan bola. Persediaan untuk menghantar atau menjaringkan gol. Mencari ruang dan menukar arah serta menghantar bola kepada rakan sepasukan. Melengahkan masa bermain.
Cara-cara Menggelecek Terdapat beberapa cara untuk menggelecek dalam permainan hoki. Berikut adalah caracara menggelecek yang betul: a) Gelecek Longgar Kemahiran menggelecek longgar (open/loose dribble) boleh digunakan apabila anda hendak menggerakkan bola dengan pantas bagi tujuan untuk melepaskan diri dengan bola daripada pemain lawan dan berlari dengan bola ke arah pintu gol.
b) Gelecek Rapat (Rajah 2.17) Anda boleh menggunakan kemahiran menggelecek rapat semasa hendak mengawal bola dengan rapi. Ia boleh digunakan apabila anda tidak dapat memastikan sama ada keadaan atau situasi semasa bermain selamat atau tidak untuk mendedahkan bola kepada pihak lawan.
52
c) Menggelecek Indian Kemahiran menggelecek Indian sangat penting jika anda hendak menukar arah daripada kiri ke kanan atau sebaliknya. Melalui cara ini anda boleh melarikan diri daripada pihak lawan (Rajah 2.18).
Menolak adalah kaedah hantaran yang paling pantas kepada rakan sepasukan (Rajah 2.19). Sasaran hantaran bola disembunyikan sehingga saat-saat akhir untuk mengelirukan pihak lawan. Dalam keadaan kritikal, tolakan merupakan kaedah yang paling selamat dan boleh dibuat dengan mudah dan pantas. Kemahiran ini boleh dilakukan daripada kedudukan yang sukar apabila kemahiran memukul tidak sempat untuk dilakukan.
53
Walaupun kemahiran ini tidak mempunyai kuasa yang sama jika dibandingkan dengan kemahiran memukul, kemahiran menolak boleh dilakukan dengan pantas tanpa disedari oleh pihak lawan. Kemahiran menolak sangat berguna untuk melakukan clearance cepat atau jaringan. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dari kedudukan yang sukar di mana kemahiran memukul tidak boleh digunakan. Kemahiran menolak mempunyai hantaran lengkung yang luas dan boleh dilakukan semasa pemain sedang berlari. Ini kerana pemain tidak menggunakan hayunan ke belakang, menyebabkan kesukaran pihak lawan melihat dan menjangka bila dan ke mana hantaran akan dilakukan.
Rajah 2.20: Pemain sedang bersedia melakukan kemahiran menolak bola semasa pukulan penalti sudut 3. Menyerkap
Menyerkap bermaksud menahan bola. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling penting dalam permainan hoki. Anda mestilah menguasai kemahiran menyerkap bola di atas
54
permukaan padang yang berbeza kerana permainan hoki boleh dimainkan di atas padang rumput atau astroturf. Pasukan yang boleh menyerkap bola dengan baik akan menguasai dan dapat menentukan corak permainan (Rajah 2.21). Anda juga boleh melakukan kemahiran menyerkap dalam keadaan statik atau sedang bergerak semasa bola dihantar.
Rajah 2.21: Pemain sedang melakukan kemahiran menyerkap bola ketika berhadapan dengan lawan 4. Memukul
Memukul merupakan salah satu kemahiran asas dalam sukan hoki. Kelebihan memukul ialah bola boleh digerakkan atau dihantar dengan cepat dan jauh. Ketepatan pukulan adalah penting. Teruskan untuk mempelajari mekanik memukul.
Rajah 2.22: Seorang pemain hoki sedang melakukan pukulan dengan hayunan yang kuat 5. Hantaran
Hantaran dengan pukulan merupakan satu cara hantaran yang kuat kerana bola akan bergerak dengan pantas ke arah sasaran. Ketepatan arah boleh dicapai dengan melakukan banyak latihan dan ini biasanya akan dititikberatkan oleh jurulatih semasa latihan.
55
Rajah 2.23: Pukulan kilas merupakan salah satu teknik hantaran berkesan 6. Kuisan Dan Hantaran Tinggi
Kemahiran kuisan dan hantaran tinggi boleh digunakan untuk menjaringkan gol. Kemahiran menguis adalah penting kerana ia memerlukan persediaan untuk menguis bola dalam keadaan terkawal. Kuisan boleh mengelirukan pemain lawan kerana mereka tidak tahu ke mana bola tersebut akan dihantar. Kemahiran menguis adalah sangat berguna untuk menyelamatkan kubu pertahanan dari ancaman pihak lawan dan melakukan hantaran jauh kepada rakan penyerang.
Selain kemahiran asas yang lain, kemahiran menjaga gol juga perlu diberi perhatian sewajarnya supaya para pemain didedahkan kepada teknik asas kemahiran menjaga gol. Untuk keselamatan dan pembinaan keyakinan para pemain, jurulatih hendaklah menitikberatkan cara-cara latihan yang mempunyai unsur-unsur moden.
56
Pada peringkat awal, bola tenis boleh digunakan untuk latihan menendang bola dan menahan bola dengan tapak kaki. Begitu juga, bola digolekkan ke pintu gol dan tidak dipukul pada peringkat awal. Di antara kemahiran asas menjaga gol ialah: a) Menahan bola dengan kedua-dua pelapik kaki. b) Menggelongsor untuk menahan bola. c) Menendang bola. d) Menggunakan tapak tangan untuk menahan bola.
Rajah 2.26: Seorang penjaga gol sedang mengawasi pintu gol daripada dibolosi
Dalam kumpulan, bincangkan peranan jurulatih untuk meningkatkan kemahiran pemain-pemainnya. Anda juga dikehendaki membincangkan peranan pemain bagi meningkat kemahiran individu mereka.
57
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan hoki di Malaysia. 2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan hoki di peringkat sekolah. 3. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan hoki. 4. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain hoki. 5. Apakah yang dimaksudkan dengan penalti stroke? 6. Senaraikan kesalahan dalam pemainan hoki yang boleh menyebabkan pasukan diberi penalti.
RUJUKAN
Corsi, J. & Hannon, J. (2002). The hockey goalies handbook the authoritative guide for players and coaches. Chicago: Contemporary Books. Davidson, J. & Steinbreder, J. (2000). Hockey for dummies. (2nded.). Foster City, CA: IDG Books Worldwide, Inc. Elizabeth, A. (2008). Field hockey steps to success. Champaign, IL: Human Kinetics. Zakrajsek, B. D., Carnes, L. A. & Pettigrew, E. F. (2005). Quality lessons plans for field hockey. Champaign, IL: Human Kinetics. www.fieldhockey.com www.planetfieldhockey.com www.fieldhockey.isport.com/fieldhockey-guides/field-hockey-rules.
58
HASIL PEMBELAJARAN
1. Pelajar dapat menjelaskan sejarah dan perkembangan permainan bola sepak; 2. Pelajar dapat menjelaskan struktur organisasi persatuan permainan bola sepak; 3. Pelajar dapat mengenal pasti undang-undang dan peraturan permainan bola sepak; dan 4. Pelajar dapat mengenal pasti kemahiran asas permainan bola sepak;
Tahukah anda bahawa permainan bola sepak yang mempunyai ciri-ciri dan persamaan dengannya telah lama wujud di negara China sejak abad ke-3 sebelum Masihi lagi? Di Malaysia, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Situasi ini dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan sukan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, diharapkan Malaysia akan menjadi salah satu pasukan yang digeruni di rantau Asia Tenggara dan peringkat Asia sesuai dengan nama panggilannya iaitu Harimau Malaya. Oleh yang demikian, topik ini akan membincangkan pengenalan, sejarah, perkembangan di Malaysia, struktur organisasi persatuan, undang-undang dan peraturan serta kemahiran asas dalam permainan bola sepak.
PENGENALAN
Sejak kebangkitan prestasi pasukan bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya atau Harimau Muda, gelombang sokongan dalam kalangan peminat sukan bola sepak di Malaysia terhadap skuad kebangsaan tampak semakin ketara dan meningkat. Pelbagai persatuan dan kelab penyokong ditubuhkan sama ada secara rasmi ataupun tidak.
59
Persatuan atau kelab penyokong ini kebanyakkannya bermatlamat memberi dimensi baru terhadap cara sokongan diberikan kepada pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia, tidak kira sama ada ketika mendapat kemenangan mahupun kekalahan, sokongan moral diberikan secara berterusan dan paling popular dan berjaya mencetuskan fenomena baru bola sepak di Malaysia, setakat ini adalah Ultras Malaya (Rajah 3.1).
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 Sebelum Masihi. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi undang-undang Bola Sepak hari ini.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
60
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fdration Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
SEJARAH
Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan kaki telah bermula sejak ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih awal daripada sejarah permainan bola menggunakan tangan. Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askar-askar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan Tsu Chu.
Rajah 3.2: Latihan Tsu Chu semasa zaman Dinasti Han Selain itu, fakta juga telah menunjukkan permainan Greek episkyros mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom (Rajah 3.3). Cara ia dimainkan bermula dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun.
61
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Peranan FIFA semakin berkembang semenjak menerima persatuan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909/1910, Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Perancangan FIFA adalah untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada 1 Mac 1921, Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi.
Manakala, seorang pengukir Perancis, Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet (Rajah 6.4). Kongres pertama berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929.
62
Buat pertama kalinya, pada 18 Julai 1930, kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay dan diadakan di tiga gelanggang di Montevideo. Pasukan dari negara Uruguay yang menjadi tuan rumah telah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Menjelang tahun 1954, ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia ketika itu.
Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselang-seli di benua Eropah dan Amerika Selatan. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954, 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Pasukan dari Sepanyol telah muncul sebagai juara pada kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan pada tahun 2010 (Rajah 3.5).
Rajah 3.5: Pasukan Sepanyol muncul juara setelah mengalahkan Belanda dengan jaringan 1 - 0
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Johor dan Negeri Sembilan. Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai
63
sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Sejarah Pencapaian Pasukan Harimau Malaya
Sebelum terbentuknya Malaysia, pasukan bola sepak Malaysia dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaya. Pasukan ini amat digeruni dan antara pasukan terkuat di Asia pada awal 1950-an sehingga 1960-an bersama-sama dengan pasukan bola sepak kebangsaan Korea Selatan. Pencapaian terbaik Malaya ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1. Pasukan ini memasyhurkan nama-nama pemain seperti Abdul Ghani Minhat (gelaran "Raja Bola"), Arthur Koh, G. Govindaraju, Robert Choe, Edwin Dutton dan Stanley Gabriel. Pasca Malaysia
Selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pasukan ini sehinggalah sekarang dikenali sebagai pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Malaya). Kegemilangan pasukan ini berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan para pemain ternama seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N. Thanabalan, Zulkifli Norbit dan Abdullah Nordin (ketua pasukan). Malaysia berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik 1972 di Munich dengan menawan Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Filipina di sepanjang perjalanannya (Rajah 3.6). Dua tahun kemudian, Malaysia mengulangi pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran selepas menewaskan Korea Utara 2-1. Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
64
Pada zaman tersebut, pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R. Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga gawang gol.
Selepas itu, Malaysia sekali lagi layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan. Ini menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain pertahanan "overlapping" di dunia, Serbegeth Singh (atau Shebby Singh seperti dikenali sekarang), Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh dan Lim Teong Kim yang telah bermain untuk Hertha Berlin di Jerman pada tahun 1988.
Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bermula pada tahun 1994 apabila berlakunya gejala rasuah terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak Malaysia. Zaman Kejatuhan
Pada dekad 2000-an menampakkan kelibat Muhamad Khalid Jamlus (seorang pemain percubaan dengan Eintracht Frankfurt), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (pernah sekali bermain untuk RC Strasbourg) dan Indra Putra Mahayuddin, bersama-sama dengan pemain lain, tetapi walaupun banyak berhubung dengan pasukan Eropah, masih lagi gagal untuk menjana minat di dalam bola sepak kebangsaan.
Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama dengan kemerosotan liga tempatan. Ramai peminat Malaysia menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin tetapi populariti langganan televisyen swasta juga menyumbang kepada kebanyakan peminat bola sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada 1970-an dan 1980-an.
65
Sungguhpun begitu, pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia B-23 tahun telah memberikan sinar harapan apabila berjaya memenangi pingat emas untuk Malaysia selepas mengalahkan Vietnam 1-0 walaupun menjadi pasukan underdog pada temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-25 di Vientiane, Laos. Dengan kemenangan ini, FAM telah menaiktaraf pasukan ini menjadi pasukan kebangsaan .
Pada Piala AFF Suzuki 2010 pula, pasukan Malaysia yang diketuai oleh Safiq Rahim kalah kepada Indonesia 5-1 dalam perlawanan pertama dan seri tanpa jaringan dengan Thailand pada perlawanan kedua. Malaysia bagaimanapun layak ke peringkat separuh akhir selepas membelasah Laos dengan jaringan 5-1, disertai dengan 'bantuan' Indonesia yang membenam Thailand 2-1 semasa perlawanan akhir peringkat kumpulan A. Di separuh akhir, Malaysia berjaya menewaskan Vietnam 2-0 secara agregat dalam perlawanan timbal balik di Kuala Lumpur & Hanoi pada 15 dan 18 Disember. Malaysia melangkah ke perlawanan akhir buat kali kedua sejak 14 tahun dan bertemu dengan Indonesia. Pada 26 Disember 2010 dalam perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 peringkat pertama antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil, pasukan Malaysia telah membenam pasukan Indonesia dengan tiga gol tanpa balas. Gol-gol telah dijaringkan oleh Mohd Safee Sali (2 gol) dan Mohd Ashaari Shamsudin (1 gol). Dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno yang merupakan stadium keramat bagi skuad Indonesia, Malaysia telah ditewaskan dengan jaringan 2-1 namun dengan berbekalkan tiga jaringan sebelum ini, Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF buat kali pertama dalam sejarah bolasepak negara dengan agregat 4-2. Kemenangan ini juga telah menamatkan penantian Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki selama 14 tahun. Lalu Harimau Malaya dengan sendirinya dianggap layak dinobatkan kembali sebagai 'raja bola sepak' rantau Asia Tenggara. Ini dikuatkan lagi dengan kejayaannya mempertahan pingat emas di Sukan Asia Tenggara 2011. Struktur Organisasi Persatuan
Pada tahun 1926, satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi Persatuan Bola Sepak Kebangsaan pada 1933. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Shelley, Dr J. Webster, S. Scott, R. Williamson dan Adrian Clark. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus.
66
Selepas tamat perang, Presiden FAM ialah J. King, diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. Rawson. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. Pada tahun 1951 pula, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Pada tahun 1976, jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Semenjak 1984, Yang Teramat Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah menjadi Presiden FAM sehingga sekarang.
Rajah 3.7 menunjukkan struktur organisasi Jawatankuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Jawatan Presiden disandang oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al- Mustain BillahIbni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin AlMuadzam Shah mankala jawatan Timbalan Presiden adalah KDYTM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Terdapat tiga barisan Naib Presiden yang terdiri daripada Dato' Sri Subahan Kamal, Dato' Hamidin Hj Mohd Amin dan Dato' Afandi Hamzah. Jawatan Setiausaha Agung pula dipegang oleh Dato' Hamidin Hj Mohd Amin menggantikan Lt Jen Dato' Azzuddin Ahmad (Bersara) dan Tan Sri
67
Dato' Sri Abdul Aziz Abdul Rahman sebagai Bendahari. Barisan Exco pula terdiri daripada lapan orang yang dipilih dalam mesyuarat agung persatuan dan terdiri daripada Dato' Haji Takiyuddin Haji Hassan, Datuk Astaman Abdul Aziz, Lt Kol Abdul Rani Abdul Rahim, Dato' S.Sivasundram Sithamparam-pillai, Dato' Dr Haji Hamdan Mohamed Khalib, Dato' Osman Salleh, Tn Haji Rosmadi Ismail dan Dato' Jeferey Low Han Chau.
Rajah 3.8: Struktur organisasi Jawatan Kuasa Eksekutif Bagi Tahun 2010-2014 FAM
Dalam kumpulan, bincangkan sejarah pencapaian bola sepak negara dahulu dan sekarang. Anda juga dikehendaki berbincang mengenai mutu bola sepak tanah air sekarang ini
68
Undang-undang Permainan Permainan bola sepak terbahagi kepada 17 undang-undang yang diperakui oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan antaranya adalah seperti berikut.
1. Padang Permainan
a)
Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimainkan pada permukaan padang semula jadi atau padang tiruan dan bergantung kepada sesuatu peraturan pertandingan.
b)
Ukuran Padang Padang permainan peringkat antarabangsa mestilah berukuran segi empat tepat dan berukuran seperti berikut (Rajah 3.9):
Panjang
: Minimum 100 meter (110 ela) Maksimum 110 meter (120 ela)
Lebar
c)
Kawasan Padang Untuk melancarkan permainan, garisan perlu ditandakan pada setiap kawasan
padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9.15m (10 ela). d) Kawasan Gol Pada setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.5 meter (6 ela) dari tiang gol.
e)
Kawasan Penalti Kawasan penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16.5 meter (18 ela) dari tiang gol. Dalam setiap kawasan penalti, terdapat tanda penalti berukuran 11 meter (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol. Lengkungan bulatan berjejari 9.15 meter (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti.
69
Rajah 3.9: Ukuran kawasan padang bola sepak f) Tiang Bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5 meter (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan pada setiap penjuru padang. Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang.
g)
Lengkungan Sudut Suku bulatan dengan jejari 1 meter (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat dalam padang permainan.
h)
Tiang Gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.30 meter (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2.40 meter (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).
2. Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm hingga 70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g hingga 450g. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 (Rajah 3.10).
70
Rajah 3.10: Bola rasmi semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan
3. Bilangan Pemain
a)
Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol (Rajah 3.11). Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain.
Rajah 3.11: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. b) Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan-persatuan di bawah gabungannya, hanya tiga orang pemain gantian sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).
71
c)
Nama Pemain Gantian Dalam setiap perlawanan, nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain.
Rajah 3.12: Pertukaran pemain dikendalikan oleh pengadil keempat d) Peraturan Pemain Gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gantian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut (Rajah 3.11). e) Pertukaran Penjaga Gol Pengadil hendaklah diberitahu apabila pertukaran penjaga gol hendak dibuat. 4. Peralatan Pemain
a)
Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh
mendatangkan ancaman bahaya kepada diri sendiri atau kepada pemain-pemain lain. Sebagai contoh jam tangan, cincin atau pun subang.
72
b)
Peralatan Asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. ii. iii. iv. v. Jersi; Kasut bola; Seluar pendek; Stoking; dan Pelindung kaki.
c)
Pelindung Kaki Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. Pelindung kaki yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking.
d)
Penjaga Gol Seseorang penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain, pengadil dan pembantu pengadil.
e)
Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan agar meninggalkan padang. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan
73
meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang. 5. Pengadil
a)
Kuasa Pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak.
b)
Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil (Rajah 3.14): i. ii. iii. iv. Melaksanakan undang-undang perlawanan. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undangundang 4. v. vi. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Memberhenti atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. vii. Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. viii. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. Pemain yang cedera, hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil.
74
ix.
Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan.
x.
Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang.
xi.
Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan.
xii.
Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya.
xiii.
c)
Keputusan Pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil.
a)
Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Antara tugas-tugas pembantu pengadil ialah: (i) (ii) Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. Memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. (iii) (iv) Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan offside. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama.
b)
Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.
75
a)
Tempoh Permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan hendaklah dibuat sebelum permainan dimulakan.
b)
Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit.
c)
Masa Tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak
d)
Tendangan Penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula, tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.
e)
Pemberhentian Perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya.
8. Permulaan Perlawanan
a)
Permulaan Perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling. Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua.
b)
Sepak mula Ia adalah kaedah untuk memulakan sesuatu perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua. Selain itu, sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa atau tambahan masa. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah.
76
c)
Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri. Semua pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) daripada bola, semasa sepak mula diambil, bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Selepas pengadil memberi isyarat mula, pemain tengah perlu membuat sepakan ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya. Pemain yang mengambil sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. Sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan apabila pasukan tersebut menjaringkan gol.
Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang (Rajah 3.15). Permainan akan diteruskan kembali dengan: a) Lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar. b) Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. c) Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undangundang.
10. Jaringan
Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar,
77
membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan. Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan manakala perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Rajah 3.15 menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol.
11. Offside
Pemain dikira berada dalam keadaan offside apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya dua pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri (Rajah 3.17). Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana offside berlaku.
Rajah 3.17: Seorang pemain berada dalam keadaan offside apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya
78
Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum. Sebagai hukuman, sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: a) b) c) d) e) Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan (Rajah 3.18). Memegang pemain pihak lawan. Melompat ke atas pemain pihak lawan. Menolak pemain pihak lawan. Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. f) g) h) Sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. Menyadung pemain pihak lawan. Mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. i) Membawa, menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya).
Rajah 3.18: Kesalahan menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan 13. Tendangan Percuma
Terdapat dua jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung manakala bagi menjaringkan gol
79
daripada tendangan percuma tidak langsung, bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari gawang pasukan pertahanan. 14. Sepakan Penalti
Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti (Rajah 3.19).
Prosedur: a) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. b) Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. c) Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil. d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola kali kedua sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.
15. Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi, sama ada bola meleret di atas padang atau
80
di udara. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.
Prosedur: a) Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. b) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. c) Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. d) Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak boleh diambil dikira.
16. Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran, terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.
Prosedur: a) Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. b) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. c) Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. d) Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. e) Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.
17. Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.
Prosedur: a) Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. b) Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.
81
c) Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. d) Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya.
Dalam kumpulan, bincangkan perbezaan antara peraturan dan undang-undang. Anda juga dikehendaki membincangkan tentang mutu pengadilan bola sepak di dalam dan luar negara dalam menguatkuasakan peraturan dan undang-undang sesuatu pertandingan.
KEMAHIRAN ASAS
Kemahiran asas dalm permainan bola sepak terbahagi kepada kaedah kawalan bola, penjagaan gawang gol dan strategi permainan bola sepak. 1. Kaedah Kawalan Bola
Tujuan seseorang pemain menguasai kemahiran mengawal bola adalah supaya bola yang ditujukan kepadanya dapat diterima dan dikawal dengan baik seterusnya dapat melakukan satu tindakan selanjutnya. Terdapat bahagian-bahagian badan yang boleh digunakan untuk mengawal bola, antaranya adalah seperti berikut:
a. Hujung kaki iaitu bahagian kekura kaki, perut kaki, luar kaki dan tapak kaki (Rajah 3.20).
82
b. Batang kaki iaitu peha dan bahagian bawah lutut (Rajah 6.2)
c. Kepala
83
d. Dada
Pasukan bola sepak yang berjaya kebiasaannya memiliki pemain yang berjaya menguasai teknik dan kemahiran tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan menjaringkan gol. Terdapat tiga kemahiran tendangan iaitu tendangan leret, tinggi dan voli.
a) Tendangan leret
84
b) Tendangan tinggi
3.
Peranan penjaga gol adalah sangat penting dalam satu pasukan bola sepak. Penjaga gol merupakan pemain yang berada pada barisan belakang pasukan dan mestilah menguasai semua jenis kemahiran. Untuk menjadi penjaga gol yang terbaik, pemain tersebut mestilah berkebolehan menangkap, menendang, membuat hantaran, menanduk dan menggelecek bola selain menghalang semua serangan pihak lawan yang dilakukan ke arah gawang gol.
Tugas utama penjaga gol adalah untuk mempertahankan pintu golnya supaya bola tidak dijaringkan. Kaedah yang digunakan untuk menggagalkan sesuatu percubaan menjaringkan gol adalah bergantung kepada pergerakan bola yang menuju ke pintu gol itu. Mengikut peraturan permainan, seseorang penjaga gol dibenar menggunakan mana-mana bahagian badannya untuk menahan bola semasa berada di kawasan golnya. Seorang penjaga gol
85
yang baik perlu mempunyai koordinasi mata dan tangan yang cekap untuk mempertahankan pintu gol daripada dibolosi pasukan lawan.
Kemahiran asas menjaga gol boleh dilakukan seperti aksi berikut: a) Menangkap tendangan bola leret, aras badan atau bola tinggi b) Menepis bola tinggi dan sisi c) Menumbuk bola d) Mengecilkan sudut jaringan e) Menyepak bola
Dalam kumpulan, bincangkan peranan jurulatih untuk meningkatkan kemahiran pemain-pemainnya. Anda juga dikehendaki membincangkan peranan pemain bagi meningkat kemahiran individu mereka.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan bola sepak di Malaysia. 2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan bola sepak di peringkat sekolah. 3. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan bola sepak. 4. Fikirkan tentang ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan bola sepak. Mengapakah permainan bola sepak paling banyak mendapat sambutan di kalangan masyarakat dunia? 5. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain bola sepak. 6. Apakah yang dimaksudkan dengan offside?
86
7. Senaraikan kesalahan dalam pemainan bola sepak yang boleh menyebabkan advantage diberikan terhadap pasukan lawan.
RUJUKAN
Drewett, J. (2008). How to improve at soccer. New York: Crabtree Pub. Kirkendall, D. T. (2011). Soccer anatomy. Champaign, IL: Human Kinetics. Klaus, B., Gerards, H.W. & Wallraff, J. (2006). Soccer training for goalkeepers. Qxford: Meyer & Meyer Sport. Junaidah Salehudin (2009). Bola sepak. Selangor: Karisma Pub. Persatuan Bola Sepak Malaysia. Diperolehi http://www.fam.org.my/ Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (1992). Bolasepak Malaysia cabaran dan masa depan. Kuala Lumpur: Ensimal (M) Sdn. Bhd.
87
Pada tahun 1960, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring telah ditubuhkan di Sri Lanka bagi mengawal permainan bola jaring di peringkat antarabangsa. Tiga tahun kemudiannya, kejohanan bola jaring yang pertama telah diadakan di England di mana Australia telah muncul sebagai johan. Sejak itu, kejohanan bola jaring di peringkat antarabangsa akan diadakan setiap empat tahun sekali. Selain itu, permainan bola jaring juga turut dipertandingkan pada sukan Komanwel di mana Kuala Lumpur telah menjadi tuan rumah buat kali pertama penganjurannya.
88
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, permainan bola jaring mula diperkenalkan di sekolah-sekolah oleh guru-guru berbahasa Inggeris dan mubaligh-mubaligh yang datang mengajar di Malaysia. Sejak itu, permainan bola jaring mula mendapat tempat di kalangan kaum wanita di Malaysia sehinggalah tertubuhnya Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) pada tahun 1978 oleh Almarhumah Ke Bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang. Persatuan Bola Jaring Malaysia dianggotai oleh 12 negeri dan tiga anggota bukan negeri iaitu Majlis Sukan Tenaga Nasional Berhad, Majlis Sukan Tentera Diraja dan Majlis SUkan Polis Diraja. Justeru itu, PBJM juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dan telah menjadi ahli Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Jaring (IFNA) sejak tahun 1982.
Di samping itu, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) juga telah ditubuhkan bagi mempromosikan permainan bola jaring di peringkat sekolah. Majlis ini juga dipertanggungjawabkan untuk memajukan serta manaik taraf permainan bola jaring di sekolah-sekolah di Malaysia. Sehingga kini, permainan bola jaring telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan di peringkat negeri dan kebangsaan oleh MSSM.
89
Huraikan dengan ringkas sekurang-kurangnya tiga (3) faktor utama yang dapat memajukan sukan bola jaring di Malaysia.
Gelanggang bola jaring hendaklah mempunyai permukaan yang padat serta berbentuk segiempat dan berukuran 30.5 meter (100 kaki) panjang dan 15.25 meter (50 kaki) lebar. Garisan panjang ialah garisan tepi dan garisan pendek ialah garisan gol. Selain daripada itu, gelanggang juga hendaklah dibahagikan kepada tiga kawasan yang sama besar iaitu satu kawasan tengah dan dua kawasan Gol di mana garisan sempadan yang merentasi gelanggang selari dengan garisan gol.
Di tengah-tengah kawasan akan terdapat satu bulatan kecil yang dinamakan bulatan tengah di mana garis pusatnya berukuran 0.9 meter (3 kaki). Separuh bulatan dengan jejari berukuran 4.9 meter (16 kaki) ditanda di kedua-dua kawasan gol dengan bahagian tengahnya terletak ditengah garisan gol. Di sekeliling gelanggang serta kawasan-kawasan yang terdapat di dalamnya dipisahkan dengan garisan yang lebarnya 50 mm (2 inci).
Rajah 4.3: Gelanggang Bola Jaring (b) Jenis-jenis Gelanggang Bola Jaring
90
Gelanggang bola jaring terdiri daripada kawasan padang yang berumput atau pun kawasan gelanggang yang bersimen atau berlantai parkey. i) Gelanggang Rumput Permukaan rumput hendaklah rata dan bersih. Pastikan tiada batu, pasir, kaca dan sebagainya pada permukaan tersebut.
Rajah 4.4: Gelanggang rumput ii) Gelanggang indoor Jika perlawanan diadakan di dalam dewan atau tempat tertutup, gelanggang itu hendaklah bebas daripada sebarang halangan yang boleh mengganggu perjalanan permainan ini. Pemasangan lampu yang cukup terang hendaklah dipastikan untuk gelanggang tertutup. Bagi pertandingan di peringkat antarabangsa yang diadakan di dewan tertutup, permukaan gelanggangnya hendaklah diperbuat daripada jenis kayu yang menganjal (sprung wooden floor).
91
2. Tiang Gol
Tiang gol hendaklah tegak dan tingginya 3.05 meter (10 kaki) diletakkan atau dipasang di tengah setiap garisan gol. Satu gegelang logam dengan bahagian dalamnya berdiameter 380 mm (15 inci) hendaklah dipasang terkeluar 150 mm (6 inci) dari hujung tiang. Manakala bahagian yang terkeluar itu hendaklah berukuran 150 mm (6 inci) antara puncak tiang dan bahagian gegelang yang terdekat dengannya. Gegelang hendaklah dibuat daripada keluli berdiameter 15 mm (5/8 inci) dan dipasang dengan jaring yang dapat dilihat dengan jelas dan terbuka dikedua-dua hujungnya. Tiang gol perlu dibalut bermula daripada bahagian dasar tiang sehingga meliputi keseluruhan tiang tersebut. Tebal balutan hendaklah tidak melebihi 50 mm (2 inci). Tiang gol hendaklah dipacak ke dalam tanah bagi gelanggang padang dan dimasukkan ke bawah lantai bagi gelanggang indoor.
92
3. Bola Perlawanan
Bola merupakan alatan terpenting dalam sukan bola jaring oleh itu bola ini mesti diiktiraf oleh Persatuan Bola Jaring Antarabangsa. Bola yang digunakan umumnya mempunyai saiz yang sama dengan bola untuk permainan bola sepak. diperbuat daripada getah, tetapi bola kulit Walaupun kebanyakan bola yang serupa boleh
digunakan. Bola hendaklah mempunyai ukuran seperti berikut; berat 400g hingga 450g, lilitan 690mm sehingga 710mm dan bersaiz 5.
Pakaian yang dipakai dalam permainan bola jaring terdiri daripada baju-T, seluar sukan atau skirt khas, kasut dan stoking. Pakaian haruslah seragam untuk sesebuah pasukan. Selain itu, pemain juga dikehendaki memakai pakaian (bib)) berhuruf yang menunjukkan posisi setiap pemain. Huruf-huruf ini hendaklah jelas pada bahagian hadapan dan belakang, dengan ukuran setebal 15 cm (16 inci) menegak.
93
Setiap pasukan diwakili oleh sepuluh orang pemain, tetapi hanya tujuh orang pemain yang akan dibenarkan berada di dalam gelanggang pada satu perlawanan. Seorang pemain akan berperanan sebagai pemain tengah (C). Pemain tengah berfungsi sebagai perantara kepada pemain-pemain penyerang dan pertahanan. a. Kumpulan penyerang pula terdiri daripada tiga pemain iaitu : Penjaring gol (GS) Penyerang gol (GA) Penyerang sayap (WA)
b. Barisan pertahanan pula terdiri daripada tiga pemain juga iaitu : Penjaga gol (GK) Pengadang gol (GD) Pengadang sayap (WD)
Posisi pemain amat penting kerana ini menentukan di kawasan mana mereka boleh bergerak. Jika pemain berada di posisi yang salah atau berada di kawasan bermain yang tidak dibenarkan maka hantaran percuma akan diberikan kepada pihak lawan.
94
c. Penjaring gol (GS) Penjaring gol merupakan penjaring utama dalam sesebuah pasukan. Beliau perlu kreatif dalam mencari ruang untuk mendapatkan bola serta perlu mempelbagaikan sudut jaringan dan bersedia mengambil kembali bola yang tidak dapat dijaringkan. Kawasan bermainnya adalah 1 dan 2.
Penyerang gol merupakan penjaring kedua dalam pasukan. Pemain ini mempunyai skil menjaring yang tinggi dan mampu membuat serangan dalam kawasan gol. Pemain juga biasanya merupakan pemain yang serba boleh dan boleh menyerang pada bila-bila masa. Kawasan bermainnya adalah 1, 2 dan 3. e. Penyerang sayap (WA)
Penyerang sayap ialah pemain yang mampu membaca pergerakan lawan dan mempunyai ketepatan hantaran yang baik. Kemahiran ini penting untuk memberi input yang baik kepada penjaring. Beliau juga perlu menzahirkan ketangkasan, kepantasan dan ketepatan hantaran supaya bola dapat sampai ke tangan penjaring. Kawasan bermainnya adalah 2 dan 3. f. Pemain tengah (C)
memegang posisi C perlu mempunyai daya tahan kardiovaskular dan kepantasan berlari sepanjang masa permainan. Beliau mempunyai
keseimbangan dalam serangan dan mempunyai kemahiran dan ketepatan hantaran yang tinggi. Selain itu, beliau juga harus mencari peluang agar bola sentiasa berada dalam pasukannya. Kawasan bermainnya adalah 2, 3 dan 4.
95
Pengadang
sayap
merupakan
orang
yang
penting
dalam
menghalang pasukan lawan dari memasuki kawasan gol mereka. Beliau mestilah seorang yang pandai meramal strategi lawan agar dapat mematahkan serangan yang dibuat Kawasan bermainnya adalah 3 dan 4. oleh pihak lawan.
Pengadang gol merupakan orang yang penting dalam menghalang bola daripada dijaringkan oleh pihak lawan. Beliau harus bijak berfikir untuk menghadang bola dan mematikan serangan yang dilakukan oleh pihak lawan. Kawasan bermainnya adalah 3, 4 dan 5.
i.
Penjaga gol merupakan barisan penghalang terakhir dan amat penting. Beliau perlu bijak mendapatkan posisi yang sesuai sekiranya bola lantunan semula dari gegelang hendak di peroleh. Kawasan bermainnya adalah 4 dan 5.
PERATURAN PERMAINAN
Permainan bola jaring memerlukan 7 orang pemain dengan posisi masing-masing yang akan menghadkan pergerakan mereka daripada bermain di kawasan yang tidak dibenarkan. Manakala, bib yang dipakai oleh pemain menandakan posisi mana yang seharusnya mereka perlu berada dan kawasan mana mereka boleh bergerak. Melalui pemakaian bib juga dapat membantu pengadil memastikan kedudukan pemain.
Objektif permainan adalah untuk mencatatkan jumlah mata yang lebih banyak daripada pihak lawan untuk memenangi perlawanan. Jaringan gol dikira apabila bola melalui
96
gegelang gol dan masuk ke dalam jaringan lalu jatuh melepasi jaringan. Jaringan gol hanya boleh dibuat oleh dua orang penjaring iaitu Penyerang gol (GA) dan Penjaring gol (GS) yang telah mempunyai tugasan khas dan tidak boleh dijaringkan oleh pemain selain daripada dua orang penjaring ini. Tiang gol pula adalah 10 kaki (3.05 meter) tingginya dan gegelung jaringan pula mempunyai jaringan yang tergantung mengelilingi gegelung dan ini bola kelihatan dengan jelas apabila dijaringkan. Setiap jaringan gol akan membawa 1 markah.
Keluasan padang pula ialah 100 kaki (30.5 meter) panjang dan 50 kaki (15.25) meter lebar dan dibahagikan kepada 3 kawasan. Untuk tujuan pengadilan, pembahagian kawasan untuk mengadili adalah kawasasn yang membahagi gelanggang antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Setiap pengadil bertanggungjawab penuh untuk mengawal dan memberi arahan terhadap permainan satu setengah gelanggang iaitu dari hujung kawasan gol hingga separuh daripada kawasan tengah di sebelah kanannya. Kedua-dua orang pengadil akan mengadili secara bersama untuk memastikan perjalanan permainan dalam keadaan licin dan sempurna. Pengadil juga mesti memberikan hukuman yang jelas dan terang atas setiap kesalahan yang dilakukan oleh pemain.
Sebelum memulakan permainan, wakil daripada kedua-dua pasukan akan diminta untuk merebut bola yang dilambung atau toss-up bagi memilih hantaran tengah dan kawasan jaringan mereka atau kapten kedua-dua pasukan terlebih dahulu membuat undian. Apabila wisel dibunyikan permainan akan dimulakan dengan hantaran tengah dari bulatan tengah. Jaringan yang dibuat akan dicatat oleh pencatat. Penjaga masa mempunyai tugas penting dalam menentukan masa rehat atau tamatnya waktu bermain. Terdapat 4 sukuan bermain dan kadangkala mengikut masa yang ditetapkan oleh penganjur kejohanan.
97
Bilangan pemain
Tempoh permainan
Terdapat dua bahagian iaitu selama 20 minit setiap separuh masa dengan masa rehat 5 minit. Kemudian pasukan akan bertukar kawasan gol pada akhir separuh masa.
Permainan diadili oleh 2 orang pengadil. Hantaran tengah diambil secara bergilir-gilir selepas setiap jaringan gol. Permainan dimulakan selepas setiap jaringan gol
Pemain tidak dibenarkan mengheret atau mengerakkan kaki semasa mendarat. Pemain tidak dibenarkan memegang bola lebih dari 3 saat. Bola tidak boleh hantar lebih daripada keseluruhan satu kawasan tanpa disentuh atau ditangkap terlebih dahlu oleh pemain yang dibenarkan.
Off side
Pemain dengan atau tanpa bola dianggap keluar kawasan jika memasuki mana-mana kawasan selain daripada kawasan bermainya.
Halangan
Sentuhan
Pemain tidak dibenarkan sama sekali melakukan sentuhan dengan pemain lawan, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
Apabila menerima bola di mana bola telah dimiliki sepenuhnya, bola terjatuh dan mengambilnya semula. Situasi ini dipanggil replay.
Kini bola jaring juga turut dimainkan oleh golongan lelaki. Nyatakan dengan contoh yang relevan salah satu peraturan yang boleh diubahsuai oleh pihak penganjur sesuatu kejohanan bola jaring agar bersesuaian dengan pemain. lelaki.
98
1. Gerak kaki
Dalam sukan bola jaring, pemain banyak menggunakan pergerakan kaki untuk bertindak. Kedudukan badan untuk membuat hantaran atau menerima bola, kebolehan untuk berhenti, menukarkan arah pergerakan, membebaskan diri daripada kawalan lawan, membuat halangan, pelbagai gerakan pertahanan serta teknik dan kemahiran membuat jaringan, semuanya bergantung kepada gerak kaki yang kukuh dan serba boleh. Gerak kaki yang baik dan meyakinkan, sudah tentu akan menjamin keberkesanan permainan. Hasilnya permainan yang baik dan bermutu dapat dibuktikan. Pemain mungkin mampu
mempamerkan penguasaan yang baik dalam kemahiran asas yang lain seperti menghantar dan menerima hantaran, tetapi dia tidak akan menjadi pemain yang baik dan berjaya sekiranya dia tidak menunjukkan gerak kaki yang baik, kemas dan licin.
Pemain bola jaring dikehendaki bergerak di sekitar kawasan permainan sepanjang permainan. Pemain akan bergerak secara pantas di dalam ruang yang terhad. Mereka akan berlari untuk bergerak, sama ada bentuk melonjak bagi mendapatkan bola, ataupun berhenti dengan menukar arah, berhenti daripada menangkap bola dan mengelakkan kaki daripada menyentuh garisan. Ini bermakna pemain perlu menggunakan gerak kaki untuk setiap pergerakan dalam permianan. Berikut adalah beberapa peringkat gerak kaki yang dapat membantu pemain melakukan pergerakan selanjutnya dalam permainan bola jaring:
a) Imbangan Badan Faktor penentu kepada gerak kaki yang berkesan ialah keseimbangan badan. Bagi mendapatkan gerak kai yang baik, pemain hendaklah memastikan supaya badan diimbangkan di atas kaki iaitu pada bebola kaki, lutut serta pergelangan kaki, sambil kaki dibuka seluas bahu dan bersedia untuk bergerak ke mana-mana arah. Apabila badan pemain dapat diseimbangkan, pemain tidak menghadapi kesukaran dalam gerak kaki.
99
b) Corak Langkahan Panjang langkah seseorang pemain semasa bergerak untuk menerima hantaran, atau balingan adalah penting. Sebarang langkah yang terlalu panjang atau terlalu pendek akan mengganggu gerak kaki keseluruhannya. Dengan membuat langkahan yang tidak teratur boleh menjejaskan keseimbangan badan juga. Bagi mendapatkan bola, pemain harus melompat, terutamanya jika pemain lawan tinggi. Bagi membuat lompatan, pemain akan mempercepatkan lariannya serta memendekkan langkah bagi memastikan berat badan tertumpu kepada bahagian belakang tumit yang kemudian akan melompat. Lutut hendaklah dibengkokkan sedikit dan diikuti dengan satu tolakan kuat daripada gelanggang oleh keseluruhan badan, terutamanya kepala, yang dibantu oleh ayunan tangan untuk menghulur tangan menyambut bola.
c) Lonjakan Lonjakan ialah gerakan menolak badan dari tanah ke udara untuk mendapatkan bola yang ketinggiannya melebihi pemain. Oleh itu pemain digalakkan melompat untuk mendapatkan bola. Semua pergerakan ini memerlukan tindakan gerak kaki yang jitu. Menerusi gerakan melompat dan melonjak ini, pemain akan dapat menentukan kaki yang akan digunakan untuk melonjak. Begitu juga dengan kaki yang mendarat yang sesuai lagi berfaedah bagi mendapatkan pendaratan yang seimbang, dan pengawalan badan yang baik.
d) Pendaratan Pemain yang mampu melakukan lonjakan atau lompatan yang baik mudah membuat pendaratan tanpa sebarang masalah. Lompatan atau lonjakan dilakukan sekiranya berat badan ditumpukan pada kaki yang mendarat dan kaki juga pantas mengubah kedudukan. Sebaiknya kaki yang hendak mendarat perlulah dibengkokkan lutut,
100
yakni sebaik sahaja kaki mencecah tanah. Ini penting bagi mengelakkan pendaratan yang kurang sempurna yang tentunya akan menjejaskan keseimbangan pemain.
e) Menukar Arah Pemain yang bijak akan berusaha menukar arah dari semasa ke semasa, sebolehbolehnya tanpa dapat dibaca atau diagak oleh lawan. Semasa membuat perubahan arah ini, pemain hendaklah memastikan beratnya terletak pada kaki yang akan mencengkam gelanggang yang dapat menahan momentum ke depan. Pemain kemudian akan melakukan tolakan yang agak kuat dengan kaki kanan ke arah pergerakan baru dengan menukarkan berat badan ke sisi kakikanan itu.
f)
Larian Pecut Pemain bola jaring banyak melakukan larian pecut yang pendek. Bagi melakukan larian pecut pemain perlu menumpukan berat badan ke atas bebola kaki. Badan hendaklah membongkok sedikit dan berada pada kedudukan bersedia untuk melakukan tolakan kuat ke arah yang dikehendaki. Pemain dikatakan berada dalam kedudukan yang lebih bersedia untuk melakukan sebarang bentuk pergerakan jika dia berlari dengan langkah yang pendek serta berat badannya pada kaki, sementara lutut dibengkokkan.
g) Membuat Putaran (pivot) Pemain dibenarkan membuat satu putaran badan apabila dia hendak memusing untuk menghantar bola. Semasa membuat putaran, pemain hendaklah memastikan bebola kaki yang akan mendarat akan terus berada diatas tanah. Sementara kaki yang satu lagi menggerakkan badan dengan tolakan yang pendek serta mengarah kedudukan yang dikehendaki. Pemain sebaliknya hendaklah membuat putaran badan ke arah yang terlebih dahulu dipandang. Manakala kedua-kedua belah kaki mesti menunjukkan arah yang bola akan dihantar. Sekiranya gerakan ini dilakukan dengan pantas dan tiba-tiba, memutarkan badan mungkin menjadi cara yang amat berkesan untuk mengelakkan pemain lawan yang mungkin akan cuba menghalang pemain yang mempunyai bola daripada membuat balingan atau hantaran.
Walaupun kemahiran gerak kaki merupakan kemahiran asas yang terpenting dalam permainan bola jaring, tetapi ada kalanya pemain gagal melakukannya dengan baik. Ini sudah tentu akan menjejaskan gerakan selanjutnya, malah sering pula dipersalahkan oleh pengadil. Lazimnya terdapat beberapa kelemahan yang sering berlaku dalam gerak kaki pemain.
101
Kelemahan: Pemain tidak dapat membuat larian mengikut kelajuan yang dikehendaki. Pemain tidak dapat menguasai lompatan dan pendaratan dengan baik. Pemain gagal membuat lompatan mengikut ketinggian yang sepatutnya. Pemain tidak dapat mengawal keseimbangan badan semasa mendarat.
2. Hantaran
Terdapat pelbagai teknik hantaran dalam sukan bola jaring seperti hantaran aras dada, kepala, lantun, sisi dan sebagainya. Pemain perlulah cekap dalam membuat hantaran dan menerima hantaran tersebut. Sekiranya pemain cekap dengan teknik tersebut, pihak lawan sukar untuk menepis dan merebut hantaran bola anda. a. Hantaran Aras Dada
Kemahiran asas hantaran aras dada amat penting diketahui dan dilakukan oleh setiap pemain dalam permainan bola jaring ini kerana banyak kelebihan dan kepentingan yang akan diperolehi oleh setiap pemain jika dapat menguasai teknik hantaran ini. Hantaran aras dada ini dilakukan secara menolak bola dari paras dada dan menuju terus ke penerima rakan sepasukan. Hantaran paras dada ini juga merupakan satu hantaran yang kuat, cepat dan pantas kerana pemain perlu menghantar bola sesuai dengan jarak di antara penerima. Hantaran ini sangat sesuai ketika permainan yang pantas kerana ianya memerlukan tindakan yang segera. Antara kepentingan hantaran bola aras dada dalam bola jaring ini ialah: Hantaran bola dapat dihantar dengan cepat dan tepat. Mengelakkan bola daripada mudah dirampas oleh pihak lawan. Dapat mengimbangkan badan ketika melakukan hantaran bola. Dapat merancang strategi permainan dengan baik. Mempertahankan hantaran bola daripada serangan pihak lawan.
Manakala antara kelemahan hantaran aras dada adalah seperti berikut: Merugikan masa kerana kebiasaannya, hantaran aras dada ini dilakukan pada jarak yang dekat dan akan menyebabkan banyak masa membazir ketika hantaran dilakukan sebelum bola dapat dijaringkan. Memerlukan tenaga dan daya yang lebih ketika membuat hantaran aras dada
102
pada jarak yang jauh. Pihak lawan boleh merampas bola ketika melakukan hantaran pada jarak yang dekat jika daya yang digunakan terlalu sedikit. Jika pemain tidak berada dalam keadaan yang seimbang, hantaran tidak dapat dihantar tepat pada sasaran. Pergelangan tangan pemain mungkin akan mudah tercedera sekiranya tiada kekuatan tangan ketika membuat hantaran kepada rakan sepasukan. Sekiranya pemain tidak mempunyai koordinasi mata dan tangan dengan baik, pihak lawan akan dapat membaca dan mengetahui teknik hantaran yang akan dilakukan. Jika bola dihantar terlalu laju pada jarak yang dekat, kemungkinan bola akan terlucut dari tangan rakan sepasukan kerana hantaran terlalu cepat. Pihak lawan dapat pintas bola ketika bola dihantar kepada rakan sepasukan jika hantaran yang dilakukan tidak sampai pada sasaran.
Semasa membuat lakuan, kaki hendaklah dibuka seluas bahu dan semasa membuat balingan, tangan kanan dihayun ke belakang. Tolak bola dengan menggunakan pergelangan tangan dalam pada masa yang sama tukar berat badan dari kaki belakang ke kaki hadapan. Terdapat beberapa kelebihan dengan menggunakan teknik ini, antaranya: Balingan sisi merupakan salah satu strategi untuk mengelirukan pihak lawan. Dapat membuat balingan secara pantas. Menyukarkan pihak lawan untuk menangkap bola.
103
Manakala kekurangan di dalam teknik ini adalah : Kadang kala penerima bola sukar menerima bola yang diberikan. Tekinik ini jarang digunakan kerana balingan kurang tepat. Mudah untuk mendapat kecederaan pada pinggang sekiranya pemain tidak membuat renggangan dengan betul. c. Hantaran Atas Kepala
Hantaran ini dilakukan dengan melepasi kepala pemain yang membuat hantaran. Ia sesuai diaplikasikan untuk menghantar bola yang jauh dan tinggi kepada rakan. Bola diletakkan di tapak tangan untuk membuat hantaran. Kemudian, tangan yang akan membuat hantaran ditarik dan meninggi ke belakang dan tangan dibengkokkan ke siku. Salah satu kaki diletakkan ke hadapan. Semasa hantarn dilepaskan bebanan berat badan perlulah dipindahkan ke kaki yang satu lagi bagi mengikut lajakkan. Antara kelebihan hantaran ini ialah: Hantaran ini amat penting sekiranya pasukan lawan mempunyai barisan pertahanan yang kukuh. Apabila pemain mengangkat bola tinggi di atas kepala, ia akan memudahkan pemain melepaskan bola tersebut. Pemain mempunyai kepelbagaian yang lebih dengan hantaran ini, sama ada hantaran singkat yang lembut dan tepat atau hantaran jauh yang kuat.
Kekurangan hantaran ini adalah: Mudah ditangkis oleh pihak lawan. Sukar menangkap jika bola yang dihantar terlalu tinggi. Pihak lawan mudah membuat serangan dari atas.
d. Hantaran Lob
Hantaran lob merupakan hantaran satu tangan yang tinggi yang memerlukan kawalan jari yang baik untuk mengarahkan bola tepat ke sasaran. Dimulakan dengan bola di jari-jari tangan balingan pada aras bahu dengan siku dibengkokkan dan tangan balingan di bawah bola. Tangan balingan sepatutnya menjangkau dalam satu garisan lurus ke atas, di mana anda akan melepaskan bola pada jangkauan penuh bagi mendapatkan layangan yang maksimum. Bola
104
dilontar dalam bentuk lengkungan bagi melepasi jangkaun pemain lawan. Kemudian ikut lajak dengan pergelangan tangan dan jari-jari. Kepentingan teknik hantaran ini ialah: Dapat memhantar bola dengan jarak jauh dan dekat. Hantaran bola yang tinggi dapat menghalang pihak lawan daripada menangkap bola. Hantaran lob digunakan ketika musuh berada berhampiran dengan penerima. Manakala kekurangan teknik ini adalah: Hantaran lob yang terlalu tinggi dan kuat akan menyebabkan bola terlepas daripada tangkapan rakan penerima. Berbanding dengan hantaran paras dada hantaran yang rendah, cepat dan tepat diterima oleh penerima. Hantaran lob lebih perlahan daripada hantaran aras kepala.
Hantaran lantun sering digunakan apabila terdapat ramai pemain berkumpul di satu-satu kawasan gelanggang, terutamanya apabila hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja dan dilakukan apabila pemain lawan lebih tinggi daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran. Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan tetapi selalunya dengan
105
menggunakan kedua belah tangan agar balingan bola mejadi lebih stabil, cepat dan tepat. Teknik hantaran ini mudah sahaja, bawa bola ke arah dada sambil kaki dibuka seluas bahu. Kemudian, pemain melangkah setapak ke hadapan, lalu menolak bola ke lantai agar bola dilantun ke arah rakan untuk disambut. Sekiranya anda ingin menggunakan sebelah tangan, gerakannya sama seperti hantaran bahu, tetapi pemain hendaklah merendahkan badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut. Tujuannya adalah untuk menghantar bola ke bawah atau ke sebelah/sisi lawan.
Antara kepentingan hantaran ini adalah: Berani serta mempunyai gerak balas yang pantas dan konsentrasi yang baik. Mengelirukan pihak lawan. Merancang benteng pertahanan. Merancang serangan balas. Sentiasa mengikut pergerakan bola.
Manakala kekurangannya adalah: Melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. Mudah disekat oleh pihak lawan yang bertindak pantas. Mudah terkena kaki. Bola yang melantun tinggi akan memudahkan pihak lawan untuk memintas. Hantaran tidak sampai pada sasaran. Hantaran dua tangan anda tersasar kiri atau kanan.
106
3. MENGHADANG
Apabila menyerang, pemain mestilah pantas mengatasi lawannya dan bergerak mencari ruang kosong untuk menerima hantaran. Pemain boleh mengelakkan atau melepaskan diri daripada kawalan pasukan lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Manakala, sewaktu bertahan, pemain hendaklah menghalang pasukan lawan daripada membuat hantaran atau jaringan. Sebagai pasukan yang membuat pertahanan, setiap pemain akan mengawal lawan masing-masing dan seboleh-bolehnya cuba untuk merampas semula penguasaan bola. Lazimnya, kawalan dilakukan secara satu lawan satu di mana setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan
Selain itu, penjaga gol serta pengadang gol juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menghalang jaringan gol pihak lawan. Mereka perlu membuat halangan di dalam kawasan jaringan iaitu di dalam kawasan D. Jarak halangan perlulah 3 kaki agar tidak terlalu hampir dengan pihak lawan. Ini kerana sekiranya anda terlalu hampir dengan pihak lawan, anda telah melakukan kesalahan halangan dekat dan sekaligus memberikan peluang kepada lawan.
Jaringan dikira masuk apabila bola memasuki lilitan jaringan. Terdapat beberapa cara jaringan yang boleh dilakukan. Antaranya ialah jaringan statik sebelah tangan, jaringan sambil melompat dan jaringan sambil berlari (1 langkah).
Teknik menjaring pada asasnya memerlukan penjaring berdiri stabil dengan kaki dominan di hadapan. Kemudian, letakkan bola di atas bebola tapak tangan dan buka jemari. Bola diangkat tinggi dari aras kepala dengan ditampung sebelah tangan lagi dan bawa ke
107
hadapan sedikit. Manakala badan direndahkan serta lutut dan siku dibengkokkan. Akhir sekali bola dilepaskan dari tangan dengan pergelangan tangan ke arah sasaran.
Sekiranya penjaring terlalu hampir atau jauh dari tiang gol, penjaring boleh membuat satu langkah ke belakang atau ke hadapan dengan syarat kaki hanya satu kaki yang menyentuh gelanggang.
RUMUSAN
Setiap pemain bola jaring haruslah menguasai setiap teknik dalam sukan bola jaring dengan baik bagi menjamin kemengan permainan yang ditandinginya. Selain itu, pemahaman tentang peraturan serta undang-undang permainan juga perlu dititikberatkan agar kesalahan dapat dielakkan. Maklumat-maklumat yang diberikan diharapkan dapat membantu pelajar memahami asas sukan bola jaring.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola jaring di Malaysia. 2. Bincangkan fungsi peranan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dalam
membangunkan sukan bola jaring di peringkat sekolah. 3. Nyatakan 3 kesalahan utama dalam sukan bola jaring. 4. Apakah perkara yang diperiksa oleh pengadil sebelum memulakan permainan?
108
5. Senaraikan jenis-jenis hantaran dan pilih dua teknik hantaran yang disenaraikan untuk dihuraikan. 6. Nyatakan kepentingan gerak kaki dalam sukan bola jaring. 7. Nyatakan peranan dan kawasan setiap pemain dalam sukan bola jaring. 8. Sekiranya pemain memegang bola lebih daripada 3 saat apakah yang bakal berlaku. 9. Bagaimanakah pemain dapat mengelakkan kesalahan halangan dekat. 10. Senaraikan isyarat tangan pengadil di dalam sukan bola jaring.
RUJUKAN
Rozita Abdul Latiff.(2006). Drill Bola Jaring Asas, Pertengahan Dan Mahir. Shah Alam.: Karisma Publication Ellis, L. (2005). Netball Heroes. Crows Nest, London : Frances Lincoln. Woodland, J. (2006). The Netball Handbook. Champaign, IL: Human Kinetics. Storey, R. (2007). Know Your Sport: Netball. London: Franklin Watts. Navin, A. & Hickey, J. (2008). Netball Skills, Techniques, Tactics. Wiltshire: Crowood Press LTD Persatuan Bola Jaring Malaysia (2001). Undang-Undang Rasmi Bola Jaring. Kuala Lumpur, Persatuan Bola Jaring Malaysia.
109
HASIL PEMBELAJARAN
1. 2. 3. Mengenal pasti sejarah dan perkembangan permainan bola baling dunia dan Malaysia. Mengaplikasikan peraturan permainan dalam bola baling. Mengetahui dan menggunakan teknik-teknik penguasaan kemahiran asas dengan betul. 4. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam permainan bola baling sebagai pemain dan jurulatih.
baling dari aspek kawasan permainan, bilangan pemain, saiz gol, kawasan gol, peraturan dan undang-undang permainan telah menjadikan permainan bola baling sangat popular sehinggalah International Amateur Handball Federation (IAHF) ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam. Pada tahun 1936, bola baling telah dipertandingkan buat kali pertamanya di sukan Olimpik di Berlin. Lanjutan daripada kemajuan ini, pada tahun 1946 International Handball Federation (IHF) telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark. Penubuhan IHF telah membawa hala tuju yang baru dalam evolusi sukan bola baling.
Pelbagai Perubahan dari segi peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini kekal dan terus maju. Di antaranya ialah perubahan tempat permainan di mana sukan ini mula dimainkan dalam dewan. Bola baling dewan menjadi lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan boleh main pada bila-bila masa, siang atau malam tanpa gangguan cuaca. Di samping itu, pelbagai pergerakan serta
110
kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan permainan bola baling dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Pada tahun 1972, selepas 36 tahun buat kali kedua bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich. Manakala acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal pada tahun 1976. Sejak itu permainan bola baling mula dipertandingkan pada setiap Sukan Olimpik yang diadakan.
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Permainan bola baling telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1976, oleh Encik Lim Hock Han, bekas Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya. Beliau telah menghadiri Sukan Olimpik pada tahun 1976 di Montreal dan membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Permainan bola baling telah diperkenalkan kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya diajar sebagai salah satu aktiviti permainan di sekolah. Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan dalam Majlis Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan.
Pada tahun 1978 satu jawatankuasa kerja bola baling telah ditubuhkan di bawah Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan. Sejak itu kursus-kursus pengenalan asas permainan, pengadilan dan kejurulatihan telah diadakan untuk guru-guru sekolah supaya permainan ini diperkenalkan kepada pelajar sekolah. Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun 1979 dan persatuan ini telah didaftarkan secara rasminya pada 11 September 1982. Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor pada 7 Disember 1985. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Klang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Selepas itu pelbagai kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi.
111
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan menjadi ahli gabungan kesatuan Bola Baling Asia Handball Federation (AHF) pada tahun 1986. Pada tahun 1990 pula, MAHF menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia juga telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
Huraikan dengan ringkas sekurang-kurangnya tiga (3) faktor utama yang membawa perubahan dari segi lokasi/tempat permainan bola baling ini.
Gelanggang permainan berukuran 40 meter (4000 cm) panjang dan 20 meter ( 2000 cm) lebar termasuk dua kawasan gol (Rujuk rajah 5.3). Garisan sempadan 40 meter dipanggil garisan tepi dan garisan sempadan 20 meter dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran l meter lebar di sepanjang garisan tepi dan 2 meter di belakang garisan gol. Tiang gol (Rujuk rajah 5.4)
112
diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Kawasan gol berukuran 6 meter (600 cm) dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putusputus yang berada 3 meter di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter (700 cm) ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1 meter. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.3) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak 4.5 meter di kawasan garisan tepi. Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan ukuran sebenar 5 cm.
2. Tiang Gol
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter. Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang serupa dan dicat dengan dua warna yang terang. Lebar kayu tiang gol dan palang ialah 8 cm. Penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang harus dicat dengan warna yang sama dengan ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol warna yang sama berukuran 20 cm. Tiang gol perlu dipasangkan dengan jaring.
113
Pandangan Depan
Pandangan atas
Pandangan sisi
Huraikan dengan ringkas kepentingan mengecat tiang gol di penjuru pertemuan antara tiang gol dengan palang dengan dua warna yang terang dan sama berukuran 28 cm.
114
3. Bola Perlawanan
Bola permainan ini diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik. Biasanya, bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan disediakan bagi setiap perlawanan. Bola tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling Antarabangsa) sahaja dibenarkan dalam sesuatu pertandingan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan mengikut peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Berat dan lilitan bola untuk setiap kategori pemain adalah seperti berikut:
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3 Berat antara 426 g hingga 475 g Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12 tahun hingga 16 tahun) Bola saiz 2 Berat antara 325 g hingga 375 g Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm
3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12 tahun) Bola saiz 1 Berat antara 290 g hingga 330 g Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm
Bola Saiz 2
Bola Saiz 3
115
Setiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masingmasing. rekabentuk dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20 cm tinggi di belakang baju dan 10 cm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala nombor-nombor lain adalah untuk pemain gelanggang. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Kasut sukan yang berpaku atau jenis boot tidak dibenarkan.
PERATURAN PERMAINAN
Permainan bola baling juga mempunyai peraturan-peraturan yang sah dan dikawal oleh persatuan Bola Baling Malaysia. Di antara peraturan-peraturan yang asas adalah seperti berikut.
1. Bilangan pemain
Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang pemain. (7 orang bermain dan 5 orang penganti/simpanan) 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang
116
pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk melalui garisan penggantian yang ditetapkan. 2. Tempoh Permainan
Masa pertandingan yang standard adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah. Masa permainan hanya akan dihentikan atas arahan pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa. Ada kalanya pihak penganjur kejohanan menentukan tempoh permainan mengikut keperluan. Perubahan ini mesti dinyatakan dalam peraturan kejohanan tersebut.
a) Lelaki dan perempuan dewasa atau yang berumur 18 tahun ke atas o 30 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit rehat diberikan antara dua tempoh tersebut (30 : 10 : 30) b) Lelaki dan perempuan dari peringkat umur 18 tahun ke bawah o 20 minit bagi tiap-tiap satu tempoh atau separuh masa dengan 10 minit rehat diberikan antara dua tempoh tersebut (20 : 10 : 20) c) Di peringkat MSSM penetapan masa adalah seperti berikut. o
Secara liga dan kalah mati 20 minit diberikan untuk setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.(20 :10 : 20)
d) Masa Tambahan. o Sekiranya keputusan seri setelah masa permainan sebenar telah tamat dan pemenang perlu ditentukan, maka masa tambahan akan diadakan selepas rehat 5 minit. o
Masa tambahan ialah 5 minit setiap separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya. Jika masih seri masa tambahan kedua akan dimainkan semula setelah rehat 5 minit. Masa tambahan ini juga diberi 5 minit separuh masa dengan 1 minit rehat di antaranya.
Jika masih seri juga maka pemenangnya akan ditentukan mengikut peraturan pertandingan kejohanan berkenaan.
117
3. Pengadil Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.
4. Permainan Pasif Permainan PASIF bermaksud bermain tanpa mempunyai niat untuk menyerang atau menjaringkan gol terutamanya setelah mendahului pasukan lawan. Ini merupakan satu kesalahan. 5. Memulakan Permainan Permainan dimulakan oleh pasukan yang memilih untuk memulakan permainan setelah menang dalam memeting syiling oleh pengadil. Kedua-dua pasukan mestilah berada di dalam kawasan sendiri. Pasukan lawan harus berada pada jarak 3 meter dari pemain yang memegang bola dan pemain ini mestilah memijak garisan tengah. Permainan bermula dengan tiupan wisel pengadil gelanggang. 6. Jaringan Gol Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol boleh dijaringkan dari mana-mana jenis balingan.
7. Memainkan Bola a) Pemain dibenarkan: o o o o Mengambil 3 langkah dengan bola. Memegang bola tidak melebihi 3 saat. Menggelecek dengan lantunan. Menjunam untuk mendapatkan bola.
b)
Pemain tidak dibenarkan: o o o o Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola. Merampas, memukul, menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Menyentuh bola dengan bahagian kaki bawah lutut atau kaki atau dibaling dengan sengaja ke kaki pihak lawan. Menyentuh bola lebih dari sekali kecuali terkena tanah, pemain lain atau tiang gol.
118
8. Menghadang pihak lawan Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan. Pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola daripada kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.
9. Balingan ke dalam Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi sama ada di tanah/lantai atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah membuat balingan ke dalam dari tempat bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 10. Balingan ke dalam di sudut Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling. 11. Balingan Percuma Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari kawasan kejadian kecuali : a) Apabila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter balingan dibuat di luar garisan 9 meter. Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan. b) Apabila berlaku kesalahan penggantian Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang (mana-mana yang memberi kelebihan kepada pihak lawan. c) Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol balingan dibuat di luar garisan 9 meter. d) Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol. Balingan ini diambil sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.
119
12. Balingan 7 meter (Penalti) Balingan ini diberikan apabila Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan. Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.
13. Balingan Gol Balingan ini diberikan apabila: a. Bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol. b. Bola dibaling keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang
14. Hukuman Susulan Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuman yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan adalah: a. b. c. d. Amaran (Kad Kuning) 2 minit penggantungan Penyingkiran Pembatalan
Nyatakan dengan contoh yang relevan salah satu peraturan yang boleh diubahsuai oleh pihak penganjur sesuatu kejohanan bola baling.
1. Hantaran
Permainan ini banyak menggunakan tangan dan bola, kemahiran hantaran dan tangkapan perlu dikuasai dengan baik. Kemahiran ini dapat dipraktikkan secara berpasangan atau
120
berkumpulan. Ia juga boleh digunakan dalam kemahiran menjaring. Terdapat empat prinsip dalam teknik membaling iaitu:
- tepat ke arah sasaran. - ketahui masa yang terbaik untuk membuat hantaran. - ketahui sudut yang sesuai untuk membuat hantaran agar dapat ditangkap oleh rakan.
Berat badan
- bijak menggunakan berat badan bagi memberi kesan dalam membuat hantaran.
a) Hantaran Bahu Hantaran bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh dan serangan secara mengejut (counter attack). Teknik hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusingkan badan.
Rajah 5. 8 : Hantaran bahu Teknik hantaran bahu: Memegang bola dengan betul. Tangan yang membuat hantaran ditarik meninggi ke belakang. Lengan dibengkokkan pada siku. Sebelah kaki berada di hadapan dalam kedudukan lurus ke hadapan, kaki belakang berkedudukan sedikit melintang. Tangan yang tidak memegang bola dilintangkan melintasi dada dan bahu diturunkan sedikit. Hantaran dibuat ketika berat badan pemain ditampung pada kaki hadapan seperti kedudukan ikut lajak.
121
Gerakan ketika membuat hantaran ialah pada siku, diikuti lengan depan dan pergelangan tangan agar dapat mengawal arah tuju bola dengan lebih tepat dan kuat.
b) Hantaran Sisi Hantaran sisi biasanya digunakan untuk membuat hantaran jarak dekat dan pantas Adakalanya dibuat ketika menghantar bola merentasi padang. Pemain tidak perlu memusingkan badan dan menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dibuat. Teknik hantaran ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.
Teknik hantaran sisi: Memegang bola menggunakan kedua-dua belah tangan dan dibawa mengelilingi badan paras pinggang. Lengan dikunci dan dipusingkan agar tangan melintang di sebelah kiri bola. Bola dilepaskan dengan kuat dan pantas menggunakan pergerakan tangan. c) Hantaran Aras Dada
Hantaran aras dada biasanya dikaitkan dengan hantaran bola dalam permainan bola keranjang. Ia lebih sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat pada aras dada secara pantas dan pergerakan bola itu adalah hasil tolakan daripada jari-jemari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak (follow through) selepas membuat hantaran. Pergerakan ini biasanya dilakukan oleh dua orang pemain yang membuat larian pecut ketika menyerang iaitu dalam kedudukan dekat antara satu sama lain.
122
Teknik hantaran aras dada: Bola dipegang rapat ke aras dada dengan jari terbuka dan ibu jari di belakang bola dengan mencengkam bola itu. Kaki dibengkokkan sedikit dan bola ditolak dengan kuat menggunakan kekuatan tangan (flick) ke hadapan. Pindahkan berat badan pada kaki depan. Kedua-dua belah tangan mengikut lajak ke arah hantaran bola. d) Hantaran Lantun
Teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara mengejut. Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan atau kedua-dua tangan. Kelemahan hantaran ini adalah bola boleh dipintas dengan mudah oleh lawan yang bertindak pantas. Pemain baru tidak digalakkan membuat hantaran ini.
Teknik hantaran lantun: Kedudukan dan pergerakan kaki sama seperti hantaran atas bahu.
123
Jari kedua-dua belah tangan berada di belakang bola. Bola dilantun menggunakan pergelangan tangan dari aras dada. Tangan mengikut lajak sebaik sahaja hantaran dibuat. e) Hantaran Lompat
Hantaran lompat adalah satu gerakan untuk mengelirukan pihak lawan. Bola akan dilepaskan ketika lompatan dibuat kepada rakan. Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat demikian, dia akan membuat hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.
Teknik hantaran lompat: Perlu melompat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan satu daripada kaki menolak badan ke atas. Sebelah tangan memegang bola dengan lurus. Hantaran mesti laju ketika lompatan dengan melepaskan bola menggunakan tolakan pergelangan tangan. f) Hantaran Lepas g) Hantaran ini dikenali juga sebagai drop pass. Biasanya dilakukan ketika pemain bergerak ke garisan 9 meter untuk menjaringkan gol. Bola dilepaskan ke tanah atau kepada rakannya dibelakang ketika ada halangan daripada pihak lawan.Hantaran ini perlu dilakukan dengan pantas dan perlu persefahaman antara penghantar dengan penerima
124
Kawalan bola yang baik dan berkesan akan menentukan kejayaan sesuatu pasukan dalam mana-mana permainan yang menggunakan bola. Kawalan bola semasa tangkapan dan menggelecek amat penting dalam permainan ini. Seorang pemain yang mahir perlu menguasai kemahiran kawalan bola yang baik supaya dapat membuat hantaran dan menerima bola dengan tepat. 3. Menangkap
Kemahiran menangkap memerlukan pengawalan bola dengan menggunakan kedua-dua tangan dalam berkeadaan relaks, mematikan kelajuan bola dan memegang bola dengan kemas supaya daya hantaran bola dapat diserapkan ke dada dengan baik. dan 5.15) (Rajah 5.14
Teknik menangkap bola yang betul: Fokus pada bola dan penghantar. Tangan dihulur ke depan dan direnggangkan. Tangan dan jari perlu dibuka ketika menangkap bola dan ibu jari pula berfungsi sebagai penahan bola. Bola dirapatkan ke dada apabila berjaya ditangkap. Sebelah kaki dibawa ke depan dengan jarak seluas bahu. Pemain perlu berada dalam kedudukan seimbang ketika menangkap bola. Untuk menangkap bola rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan dan lutut dibengkokkan.
125
4. Menggelecek
Menggelecek adalah pergerakan membawa bola dengan melantunkan secara berterusan dengan satu tangan tanpa memegangnya. Pergerakan ini memerlukan kawalan dan ketangkasan yang optimum supaya dapat menukarkan arah pergerakkan sambil mengelirukan pihak lawan. Menggelecek biasanya tidak digalakkan dalam permainan yang sengit kecuali terdesak kerana pihak lawan boleh memintas bola dengan mudah jika
pemain hilang kawalan terhadap bola. Pemain perlu mengawal bola dengan rapat dan perlu bergerak dengan pantas.
126
Teknik menggelecek: Lutut dibengkokkan sekurang-kurangnya 1200 dengan imbangan badan yang terkawal. Tangan menyentuh bahagian atas bola dengan jari terbuka. Lantunan bola dilakukan dengan jari dan bukannya tapak tangan. Bola ditolak ke tanah dengan satu gerakan pergelangan tangan sambil lengan digerakkan ke bawah dan badan dibengkokkan sedikit. Mata memandang ke arah hantaran yang hendak dibuat. Lantunan bola perlu sebaik-baiknya pada aras antara lutut dengan pinggang. Pergerakan perlu pantas ketika menggelecek.
5. Menghadang
Satu kemahiran pertahanan yang bertujuan untuk mengawal, mengganggu, dan menyekat pergerakan pihak lawan daripada menyerang atau menjaringkan gol. Ia juga perlu untuk mengelakkan pihak lawan daripada bergerak dengan mudah ke kawasan gol. Pergerakkan menghadang juga boleh membantu merampas bola daripada kawalan pihak lawan.
127
Rajah 5.17 : Menghadang 6. Menjaringkan Gol Dalam permainan bola baling, anda boleh membuat jaringan dengan melempar bola ke dalam gol. Tindakan ini hendaklah mematuhi syarat utama iaitu pemain mesti membuat jaringan di luar garisan 6 meter (kawasan D). Jika anda berada di dalam kawasan D semasa bola masih dalam tangan anda, percubaan itu adalah tidak sah dari segi undangundang permainan. Kederasan, kekuatan dan ketepatan adalah faktor-faktor penting dalam membuat jaringan. Terdapat pelbagai teknik jaringan. Berikut adalah beberapa teknik yang sering digunakan dalam permainan. a) Jaringan Bahu
Jaringan bahu adalah cara yang paling mudah kerana pergerakan yang terlibat adalah secara langsung dan tidak memerlukan taktik permainan yang kompleks. Jaringan ini sering digunakan oleh pemain yang mempunyai kekuatan pada tangan (Rajah 5.18).
128
b) Jaringan Lompat
Jaringan lompat sangat berkesan jika dilaksanakan dengan teknik yang betul. Anda memerlukan kuasa kaki yang tinggi dan kemahiran koordinasi antara kaki, tangan dan mata yang baik. Bermula dengan menyambut bola, melonjak ke udara dan membaling ke arah gol dengan pendaratan yang selamat merupakan teknik menjaring yang betul (Rajah 5.19).
Kemahiran menjaring dengan cara menjunam (dive) sangat berkesan dan diminati oleh ramai pemain profesional. Pemain akan melonjak dan mendarat secara menjunam ke dalam kawasan gol untuk membaling bola dari jarak yang dekat dengan pintu gol. Bola di tangan mesti dilepaskan sebelum badan menyentuh tanah. (Rajah 5.20).
129
Jaringan rendah adalah teknik menjaring dengan membaling bola di bawah paras lutut dengan menujukan bola itu ke sudut kiri atau kanan pintu gol. Balingan boleh dibuat dengan melantunkan bola secara rendah. Semasa melakukan jaringan rendah biasanya pemain perlu merendahkan badan dengan kaki di hadapan atau keduadua kaki dibengkokkan. (Rajah 5.21 dan 5.22).
130
7. Menjaga Gol
Dalam kemahiran menjaga gol, penjaga gol memainkan peranan yang besar untuk menjaga pertahanan sebuah pasukan dengan mengawal serta mengawasi gol pasukan sendiri. Penjaga gol perlu menghalang cubaan jaringan oleh pihak lawan dari garisan 9 meter. Peka terhadap gerakan pihak lawan. Oleh itu, penjaga gol perlu bergerak sekitar bulatan kawasan gol. Memerlukan penggunaan kaki dan tangan. Menahan bola dengan apa jua cara tetapi tidak boleh membahayakan diri dan pihak lawan. (Rajah 5.23).
a) Menangkap Bola Penjaga gol perlu tahu masa yang tepat untuk bertindak dengan pantas dan berkesan serta memerlukan kemahiran masa reaksi yang tinggi. Menangkap bola dengan tepat dan kemas untuk menghalang jaringan gol pihak lawan. Bola perlu berada dalam genggaman tangan sambil ibu jari
berfungsi sebagai kunci agar bola tidak mudah terkeluar melepasi jari yang memegang bola. Bagi tangkapan yang cekap kedudukan tangan perlu sesuai dengan aras bola yang datang. Untuk menangkap bola dengan kemas faktor utama yang harus ditumpukan ialah kelajuan serta ketinggian bola. Jika bola itu laju dan rendah, penjaga gol hendaklah menolak ke tanah dan menangkapnya manakala untuk bola yang tinggi laju dia hendaklah menolak ke atas palang gol.
131
b) Menepis Menepis adalah tindakan melencongkan bola dengan tangan. Dilakukan dengan tapak tangan dengan sedikit bantuan daripada jari. Bola yang datang dari arah depan atau sisi kanan atau kiri penjaga gol pada aras lutut hingga ke bahu boleh ditepis dengan mudah. c) Menampan Penjaga gol boleh menampan bola yang datang dari arah depan atau sisi pada aras lutut atau bahu yang sukar ditahan dengan kaki atau tangan. Caranya ialah penjaga gol membengkokkan sedikit lutut lalu menampan bola yang datang sama ada dengan lutut atau tangan. Biarkan bola melantun bagi memudahkan membuat tangkapan. Untuk menampan bola dengan tangan, tangan hendaklah diluruskan sama ada ke depan atau ke sisi bergantung pada arah bola datang.
132
RUMUSAN
Seorang pemain bola baling harus menguasai kemahiran asas dengan sempurna untuk menjadi seorang pemain yang handal. Antara kemahiran asas yang mesti dikuasai ialah kemahiran hantaran, kawalan, menghadang dan menjaring. Sekiranya ingin menjadi seorang penjaga gol, seseorang pemain harus memiliki kemahiran menjaga gol yang unggul. Dalam kemahiran hantaran, teknik yang perlu dikuasai oleh seorang pemain adalah seperti kebolehan hantaran bahu, hantaran lantun, hantaran aras dada, hantaran lompat, hantaran sisi dan hantaran lepas. Kemahiran jaringan dalam permainan bola baling
termasuklah jaringan bahu, jaringan lompat, jaringan junam dan jaringan rendah. Segala maklumat yang diberikan dalam unit ini hanyalah perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh seorang pemain atau jurulatih bola baling. Anda perlu mengetahui lebih banyak maklumat lagi seperti undang-undang, strategi permainan, sistem pertandingan, pegawai pertandingan, pengurusan pasukan dan penganjuran kejohanan untuk menjadi pakar rujuk dalam permainan bola baling.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola baling Malaysia. 2. Bincangkan fungsi persatuan bola baling Malaysia terhadap perkembangan dan Kemajuan permainan ini. 3. Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain, di mana sesuatu permainan boleh dibatalkan atau diberhentikan. 4. Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam permainan bola baling? 5. Apakah yang dimaksudkan dengan permainan PASIF dalam bola baling? 6. Apakah yang dimaksudkan dengan balingan 7 meter dalam bola baling dan bilakah balingan ini diberikan? 7. Apakah jenis hantaran yang terdapat dalam sukan bola baling. Huraikan setiap hantaran secara terperinci? 8. Senaraikan jenis-jenis jaringan dalam permainan bola baling. 9. Nyatakan keperluan kemahiran menghadang dalam permainan bola baling. 10. Bincangkan kepentingan kawalan bola yang berkesan dalam permainan bola baling.
133
RUJUKAN
Ahmadi Wafi, (1989). Siri ke Arah Bintang Sukan: Bola Baling. Kuala Lumpur : GoodMark. Fouzee H.A. (1989). Pendekatan Pengajaran Pendidikan Jasmani. Bola Baling. Kuala Lumpur : Maju Sdn Bhd. George Joseph, Helen Ten, Lim Chuan Beng & M. P. Haridas. (1995). Teknik pengadilan sukan padang. Kuala Lumpur : Penerbitan Fajar Bakti. Helen Ten, M.P. Haridas, Lim Chuan Beng & George Joseph. (1995). Teknik Pengadil Sukan. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. Lee Chin Choy, (1993). Siri Sukan Popular, Bola Baling. Kuala Lumpur: Penerbit, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teng Boon Tong, (2001). Panduan pengajian kemahiran asas permainan. Kuala Lumpur: Longman. Wee Eng Hoe, (1995). Pengajaran jasmani dan kesihatan (Edisi kedua). Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti. http://www.sportsonline.com.my.national http://www.ihf.com.my
134
UNIT 6 SOFBOL
HASIL PEMBELAJARAN
1. Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran asas sofbol dengan teknik yang betul dan selamat. 2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan sofbol. 3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan sofbol. 4. Menyatakan strategi asas dalam permainan sofbol.
PENGENALAN
Sofbol atau bola lisut ialah sejenis sukan berbola dan berpemukul yang berkembang dari sukan sejenis besbol. Terdapat 2 pasukan yang akan berlawan dalam satu permainan dan melibatkan sembilan orang pemain bagi setiap satu pasukan. Pasukan yang berlawan akan mengambil giliran sebagai pemukul dan pemadang. Pada dasarnya, pasukan pemukul hendaklah memiliki kemahiran memukul, menampan dan larian bes. Manakala pasukan memadang perlu memilki kemahiran menyambut, membaling, melempar dan memadang. Oleh kerana kedua-dua pasukan akan bergilir menjadi pemukul dan pemadang oleh itu setiap pemain harus menguasai semua kemahiran dalam permainan sofbol ini.
Permainan sofbol sering dikaitkan dengan permainan baseball. Pada pandangan anda, apakah bezanya antara kedua-dua sukan ini?
SEJARAH
Permainan sofbol dicipta di Chicago ketika hari Thanksgiving pada tahun 1887. Sekumpulan remaja lelaki berusia dalam lingkungan 20 an telah berkumpul di sebuah gimnasium di
135
Farragut Boat Club untuk mendengar liputan terkini pertandingan bola sepak antara Harvard dan Yale. Apabila Yale diumumkan sebagai juara, seorang lelaki telah mengambil sebuah sarung tangan tinju dan melemparnya ke arah penyokong Harvard. Salah seorang penyokong Harvard secara tidak sengaja telah mengambil sebatang kayu dan memukul sarung tinju tersebut. Seorang reporter Chicago Board of Trade, George Hancock yang telah melihat kejadian tersebut telah mendapat ilham untuk membuat sebuah permainan dengan bola yang dibuat daripada sarung tinju tadi. Sarung tinju itu diikatnya dengan ketat seperti sebiji bola. Beliau kemudiannya telah melakarkan sebuah diamond yang agak kecil mengikut keluasan gimnasium dan menjadikan batang penyapu sebagai pemukul.
Selepas kejadian itu, dalam tempoh seminggu Hancock telah berjaya mencipta saiz bola dan kayu pemukul yang dibaluti dengan getah. Beliau kemudiannya telah merangka beberapa peratauran dan mengkategorikan permainan ini sebagai permainan sport indoor baseball. Beliau telah kembali ke gimnasium tersebut untuk melakar semula garisan diamond dengan penanda kekal. Pada asalnya, batang penyapu digunakan sebagai pemukul, dan terdapat dua pasukan yang bermain dalam permainan ini. Permainan ini dimulakan dengan Hancock menjerit menyebut Play Ball. Pada ketika itu, tiada nama khusus untuk sofbol. Nama permainan tersebut pada asalnya dipelbagaikan mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuat bola seperti kitten ball, army ball, mush ball, dan juga indoor- outdoor, recreation ball, dan playground ball.
Permainan sofbol telah berkembang dengan cepat dan berjaya menarik perhatian orang ramai ketika itu. Permainan ini diberi nafas baru dari tahun ke tahun. Pada tahun 1908 National Amateur Playground Ball Association of the United States telah merancang agar permainan ini dibuat di luar bangunan dengan menggunakan bola yang lebih besar. Pada tahun 1923 pula, the National Recreation Congress telah meminta kebenaran untuk menaikkan taraf permainan ini, dan pada tahun 1926 permainan ini diberi nama sofbol (softball)l.
Pada tahun 1933 Amateur Softball Association of America telah ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan sofbol yang pertama di Chicago World Fair. Sebanyak 20 pasukan telah mengambil bahagian. Bagi menggiatkan lagi usaha pengembangan permainan ini, maka undang-undang rasmi permainan sofbol telah digubal pada tahun 1934 yang diguna pakai hingga ke hari ini. The International Softball Federation (ISF) pula ditubuhkan sebagai badan induk di peringkat antarabangsa yang berperanan dalam memperluaskan permainan sofbol ke merata dunia hingga diterima untuk
136
dipertandinglkan di Sukan Olimpik. Pada tahun 1967, sofbol memasuki Sukan Olimpik dan telah menjadi sukan antarabangsa yang dimainkan oleh semua peringkat masyarakat.
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Permainan sofbol mula diperkenalkan di Malaysia oleh mubaligh Amerika pada tahun 1939 di Anglo Chinese School (ACS) Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa pasukan telah dibentuk dan beberapa persahabatan telah diadakan. Semasa Perang Dunia Kedua, permainan sofbol telah terhenti, namun pada zaman pemerintahan Jepun, temntera Jepun amat menggemari permainan ini dengan menggunakan bola tenis. Mr. Jack Robinon telah menghidupkan semula permainan sofbol selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Antara usaha yang telah dijalankan oleh beliau adalah dengan membuka klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu. Permainan ini telah diterima oleh masyarakat Tanah Melayu ketika itu, namun sambutannya masih kurang.
Pada penghujung tahun 60 an, sukan sofbol mula aktif dimainkan di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Perak adalah negeri terwal yang mempelopori sukan sofbol ini. Pada tahun 1972, Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia. Dato Sri Haji Kamarudin b. Haji Mohd Isa, Menteri Besar Perak pada ketika itu telah dilantik sebagai pengerusi persatuan sofbol yang pertama. Persatuan Sofbol Malaysia telah didaftarkan pada 16 Mac 1974.
Pada bulan Ogos 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Pasukan Malaysia telah pun mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Pada tahun 1977 pula, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol yang pertama untuk menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di luar negara iaitu di Filipina. Pada tahun 1979, sukan sofbol telah diterima menyertai acara pertandingan dalam Sukan SEA dan pasukan sofbol lelaki Malaysia berjaya mendapat tempat ketiga. Manakala pada tahun 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima di Taipei.
Justeru pelbagai usaha telah dijalankan bagi mempopularkan permainan ini termasuklah menyenaraikan sukan sofbol ke dalam Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). MSSM telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia. Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan pada tahun 1968, di Kampung Pandan, Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali
137
pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang. Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor. Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah telah diperkenalkan dalam kalendar MSSM di Perak pada tahun 2004. Dalam kejohanan MSSM yang diadakan di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah pula diperkenalkan. Semenjak dari itu, sukan sofbol terus berkembang ke pelusuk tanah air hingga ke hari ini.
Apakah ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan sofbol? Cuba fikirkan.
Padang permainan sofbol adalah kawasan bola boleh dimainkan dan dipadangkan secara sah. Sesuatu bola dianggap di luar padang permainan bila ia menyentuh tanah, orang atau objek yang berada di luar kawasan permainan itu. Saiz padang sofbol adalah berbeza mengikut umur pemain. Saiz padang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih kecil berbanding dengan saiz padang bagi pemain bawah 18 tahun. Jika semasa permainan sedang berjalan, didapati jarak antara bes atau jarak picing adalah salah, kesalahan ini hendaklah dibetulkan pada permulaan ining yang lengkap berikutnya dan permainan itu diteruskan. Jadual 6.1 berikut menunjukkan ukuran jarak bagi padang sofbol mengikut kategori umur, manakala Rajah 6.1 menunjukkan lakaran sebuah padang sofbol yang dikenali sebagai diamond.
Kawasan Jarak antara bes Jarak antara pitching plate dan home plate Jarak antara home plate dan 2nd base
Pemain 18 tahun ke Pemain 12 tahun ke bawah bawah 18.28m 15.24m 14.02m (lelaki) 11.58m (lelaki) 12.19m (perempuan) 10.66m (perempuan) 25.86m 21.55m 8.23m 9.14m
138
139
2. Posisi Pemain
Rajah 6.2 berikut menunjukkan posisi pemain dalam permainan sofbol di atas sebuah diamond.
Nama Pitcher Catcher Pemadang Bes Pertama (1st Baseman) Pemadang Bes Kedua (2nd Baseman) Pemadang Bes Ketiga (3rd Baseman) Pemadang Dekat (Shortstop) Pemadang Jauh Kiri (Left Outfielder) Pemadang Jauh Tengah (Centre Outfielder) Pemadang Jauh Kanan (Right Outfielder)
Simbol P C 1B 2B 3B SS LF CF RF
140
Dalam permainan sofbol terlalu banyak istilah khas yang digunakan bagi menggambarkan sesuatu keadaan atau posisi. kebanyakan istilah menggunakan perkataan Bahasa Inggeris. Jadual 2 berikut menjelaskan istilah penting Bahasa Inggeris dalam situasi permainan sofbol serta terjemahannya ke dalam bahasa Melayu bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap permainan ini. Penjelasan istilah adalah mengikut kategori situasi seperti istilah am, posisi atau peranan pemain, pasukan dan pegawai yang terlibat, kawasan permainan, kemahiran, bola, pukulan dan balingan.
Jadual 6.2: Senarai istilah dalam permainan sofbol KATEGORI Istilah Am ISTILAH Inning Ground rules Regulation game Batting order Score Posisi atau peranan pemain, pasukan dan pegawai 1st base 2nd base 3rd base Short stop Centre fielder Right fielder Left fielder Catcher Pitcher Umpire Plate umpire Base umpire Scorer Defensive team Offensive team Top team Bottom team Infielder Pusingan Undang-undang padang Permainan berperaturan Giliran memukul Mata pemadang dekat bes pertama Pemadang dekat bes kedua Pemadang dekat bes ketiga Penjaga hentian pendek Pemadang luar tengah Pemadang luar kanan Pemadang luar kiri Penangkap Pembaling Pengadil Pengadil plate/pengadil utama Pengadil bes Pengira mata Pasukan memadang Pasukan menyerang Pasukan pertama memukul/team di atas Pasukan pertama memadang/team di bawah Pemadang dekat MAKSUD
141
Outfielder Base runner Batter/hitter Batter-runner Kawasan Permainan Basepath Diamond Catchers box Coach box Fair territory Foul territory Home On deck Strike zone Kemahiran Bunt Hit Hard bat Swing Eye on your ball Open your glove Drive ball Sliding Stealing Throwing Tagging Tough Bouncing Grounder Bola Ball dead Ball in play Fair ball Fly ball Foul ball Pukulan Foul hit Foul tip
Pemadang luar/jauh Pelari bes Pemukul Pemukul-pelari Lorong bes Segiempat tempat permainan Kotak penangkap Kotak jurulatih Kawasan dalam Kawasan luar Tapak rumah/tapak bes Bulatan sedia pemukul Zon pukulan bola tepat Tampan/menampan Pukul Pukul kuat Hayun untuk pukul Bola dekat mata/selari dengan bola Buka glove Balingan bola lurus pantas Menggelunsur Curi bes Melempar/membaling Mencecah/sentuhan Balingan bawah arm Bola lantun Bola leret Bola mati Bola hidup Bola dalam Bola lambung Bola luar Pukulan luar Pukulan sisi
142
Fair hit Line drive Bunt Balingan (Pitching) Strike Strike zone Under arm
Pukulan dalam Pukulan lurus Pukulan tampan tepat Zon pukulan bola tepat bawah lengan
4. Bilangan Pemain
Sebuah pasukan mengandungi 15 orang pemain termasuk simpanan. Semasa permainan, hanya 9 orang pemain sahaja yang akan berada atas padang sama ada sebagai pasukan pemukurl atau pemadang. Pasukan pemukul akan memukul bola, manakala pasukan pemadang akan berusaha menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan lawan sebelum pemain tersebut berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata. 5. Tempoh Permainan
Bagi kumpulan umur bawah 18 tahun (lelaki dan perempuan) masa permainan ialah selama 1 jam 20 minit ataupun 7 inning, manakala bagi kumpulan umur bawah 12 tahun (lelaki dan perempuan) masa permainan ialah selama 1 jam (mengikut peraturan MSSM). Kedua-dua pasukan akan bertukar kawasan padang selepas pasukan pemadang berjaya menghalang dan mematikan pasukan pemukul seramai 3 orang. 6. Pemadang
Pasukan bertahan dipanggil pemadang yang terdiri daripada 9 orang pemain mengikut posisi masing-masing. Semua pemadang kecuali catcher mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum permainan dimulakan. Pemadang yang tidak dalam proses menerima bola hendaklah memberi laluan kepada pelari bes. Semua pemadang tidak dibenarkan menghalang pelari bes untuk maju ke bes seterusnya. Pemadang tidak dibenarkan mencampak sebarang peralatan dengan tujuan untuk menahan bola yang telah dipukul atau dibaling.
143
7. Pemukul
Pasukan pemukul adalah terdiri daripada 9 orang pemain yang akan mengambil giliran memukul. Giliran memukul hendaklah dalam satu urutan yang tetap seperti yang didaftarkan dan tidak boleh diselang oleh pemain lain. Pemukul mesti masuk ke dalam kotak pemukul dalam masa 10 saat selepas pengadil memanggilnya. Jika gagal berbuat demikian, hukuman 1 strike boleh diberikan. Setiap pemukul hanya diberi 3 peluang untuk memukul bola yang strike. Strike ialah bola yang melintas di atas plet rumah dan di antara bahu dan lutut pemukul. Setiap pemukul berhak memilih bola yang memasuki zon strike dan tidak memukul bola yang tiba di luar zon strike.
Pemukul tidak dibenarkan dengan sengaja memukul bola dua kali dalam satu pitching. Pemukul tidak dibenarkan berubah ke kotak pemukul yang lain apabila pitcher dalam keadaan bersedia untuk melakukan pitching. Pemukul tidak dibenarkan menghalang catcher dengan apa cara sekalipun dari menangkap bola dari pitcher. Seorang pemukul tidak dibenarkan melangkah keluar dari kotak pemukul semasa memukul bola. Pemukul juga tidak dibenarkan dengan sengaja menghalang mana-mana pemadang dari melakukan cubaan mematikan pelari bes. Semua pemukul termasuk pemukul yang berada dalam bulatan menunggu (on-deck circle) mesti memakai topi keledar.
8. Pitcher
Kedua-dua kaki pitcher mesti berada di atas plet pitcher sebelum melakukan pitching. Sebelum memulakan pitching, kedua-dua tangan pitcher mestilah diasingkan. pitcher boleh mengambil satu langkah ke hadapan sambil melepaskan bola. Setelah pitcher bersedia untuk melakukan pitching, bola tidak boleh dibaling kepada mana-mana pemadang kecuali ke arah catcher. Pitcher juga tidak dibenarkan membuat dua atau lebih pusingan tangan sebelum atau semasa pitching dilakukan. Pitcher hanya boleh memulakan pitching setelah pengadil memberi isyarat mula. Pitcher tidak boleh menerima isyarat catcher apabila berada di atas plet pitcher. Pitcher tidak boleh melapik tangan yang digunakan untuk pitching atau melekatkan sebarang bahan ke atas bola semasa permainan. Walau bagaimanapun, serbuk resin boleh digunakan oleh pitcher di bawah kawalan pengadil.
9. Catcher
Seorang catcher perlu memakai memakai penghadang muka, kaki, kerongkong dan dada sebelum masuk ke kotak catcher. Catcher mesti memasuki kotak catcher sebelum
144
permainan dimulakan. Catcher tidak dibenarkan menghalang atau mengganggu pemukul daripada melakukan pukulan. Catcher mesti memulangkan bola kepada pitcher selepas pitching jika bola tidak dipukul oleh pemukul, kecuali jika ada pelari yang berlari di atas bes atau selepas pemukul disahkan mati (out) oleh pengadil.
Semua pelari bes mesti memakai topi keledar dan tidak dibenarkan menanggalkannya dalam proses larian bes kecuali jika ia tertanggal dengan tidak sengaja. Jika topi keledar tersebut ditanggalkan dengan sengaja, pelari bes akan diisytiharkan mati. Pelari bes dibenarkan mencuri bes sebaik sahaja bola dilepaskan dari tangan pitcher. Pelari bes juga berkemungkinan akan dimatikan oleh pemadang (tag). Oleh itu, pelari bes mesti memberi laluan atau mengelak daripada bertembung dengan pemadang yang dalam proses menerima bola. Walau bagaimanapun, pelari bes tidak dibenarkan menghalang atau mengganggu pemadang dari memainkan atau membaling bola kepada pemadang yang lain. Pelari bes mesti memijak semua bes yang dilaluinya mengikut urutan bes 1, bes 2, bes 3 dan home plate.
Pemukul yang berlari dibenarkan melepasi bes pertama selepas memijaknya dan tidak boleh dimatikan kecuali berlaku cubaan untuk maju ke bes kedua. Pelari yang maju ke bes 2 dan bes 3 mesti mengekalkan sentuhan dengan bes tersebut kecuali dalam situasi dimana bes terkeluar dari posisi sepatutnya. Jika bes sudah terkeluar dari tempat asalnya, pelari bes mesti berada di tempat asal bes dan tidak cuba maju ke bes berikutnya. Pelari bes juga tidak dibenarkan memotong pelari bes di hadapannya, dan dibenarkan melakukan gelungsuran di mana-mana bes termasuk bes pertama.
Apabila bola kembali berada pada pitcher yang berdiri di dalam bulatan pitching, pelari bes hendaklah dengan serta-merta mara ke hadapan atau kembali ke bes. Jika bola yang dilontar kembali kepada pitcher telah keluar dari bulatan pitcher, pitcher dianggap telah membuat permainan dan pelari boleh meninggalkan bes dengan kemungkinan dimatikan (tag). Gerakan mengacah-acah juga dianggap sebagai membuat permainan ke atas pelari.
11. Pakaian
Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undang-undang yang mengawal permainan tersebut. Nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran. Pemakaian kasut atau
145
boot hendaklah bersesuaian mengikut peraturan permainan dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan. Jika kedua-dua pasukan memakai baju yang sama warna, nama pasukan pertama yang tercatat dalam jadual pertandingan hendaklah menukar warna bajunya. Walau bagaimanapun, bagi permainan yang telah menetapkan warna khusus contohnya jersi Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) oleh jawatankuasa tekniknya, maka peraturan tersebut hendaklah dipatuhi, melainkan ada ketetapan lain mengenainya.
Semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain mestilah memakai pakaian seragam pasukan. Nombor peserta mestilah disemat di belakang pakaian seragam pemain. Dua pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang sama warna. Selain itu, sebagai langkah keselamatan, penghadang muka, kaki, kerongkong dan dada mesti dipakai oleh catcher. Topi keledar juga mesti dipakai oleh pemukul.
Rajah 6.3: Contoh pakaian pemukul dan catcher sebagai langkah keselamatan
Senaraikan perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat dalam permainan sofbol.
146
Bola sofbol berbentuk bulat, berkelim licin, mempunyai jahitan tersembunyi atau mempunyai permukaan yang rata. Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat panjang atau campuran gabus dan getah, atau campuran polisterina, atau segala bahan yang disahkan oleh International Softball Federation (ISF) Equipment Standards Commission.
Kayu pemukul diperbuat daripada logam, plastik, buluh, grafit, karbon, magnesium, fiberglass atau sebarang kombinasi bahan-bahan yang disahkan oleh International Softball Federation (ISF) Equipment Standards Commission.
147
3. Glove
Glove yang dipakai oleh semua pemain boleh jenis beranika warna, asalkan warnanya (termasuk rendanya) tidak sama warna dengan bola.
Mitt adalah sejenis glove. Penjaga bes pertama dan catcher sahaja boleh memakai mitt.
Topi Pemukul adalah diwajibkan bagi pemukul, pemukul-menunggu, pemukul-pelari dan pelari.
148
Mana-mana pemain pasukan bertahan atau menyerang dibenarkan memakai topeng atau pelindung plastik. Topeng atau pelindung yang retak atau telah tukar bentuk atau pelapiknya telah haus ataupun sudah tidak ada lagi, tidak boleh digunakan dan hendaklah dikeluarkan.
Di dalam situasi pitching yang perlahan atau pantas, semua catcher diwajibkan memakai pelindung badan.
Catcher diwajibkan memakai pelindung kaki yang memberi perlindungan kepada lutut.
Rajah 6.9: Contoh set pelindung catcher yang terdiri daripada mask, chest protector dan shin guard 9. Bes (Tapak Pelari)
Semua bes, selain daripada home plate hendaklah bersegi empat sama berukuran 38.1cm (15 inci) dan diperbuat daripada kain kanvas atau bahan lain yang sesuai, dan tebalnya tidak boleh melebihi 12.7 cm (5 inci).
149
Home plate hendaklah diperbuat daripada getah. Ia mempunyai lima segi dengan ukuran 43.2cm (17 inci) lebar, melintang permukaan yang menghadapi pitcher. Bahagian tepinya adalah selari dengan garisan bahagian dalam petak pemukul dan adalah 21.6cm (8 inci) panjang. Bahagian-bahagian yang meruncing ke arah catcher adalah 30.5cm (12 inci) panjang. Manakala pitcher plate pula hendaklah diperbuat daripada getah berukuran 61cm (24 inci) panjang dan 15.2cm (6 inci) lebar.
Senaraikan seberapa banyak kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan sofbol mengikut kategori yang anda tentukan sendiri.
150
1. Membaling Bola
Kemahiran membaling bola bermula dengan cara menggenggam bola. Bola hendaklah digenggam dengan menggunakan tiga jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari. Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola. Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.
Untuk melakukan balingan, balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang. Baling bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan. Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran.
Balingan ini diamalkan oleh semua pemadang luar (F7, F8 dan F9) dan boleh digunakan pada bila-bila masa oleh pemadang dalam (F1, F2, F3, F4, F5 dan F6). Balingan atas bahu digunakan untuk membaling tepat, laju dan kuat pada jarak jauh. Teknik kemahiran balingan adalah seperti berikut:
i.
Fasa Persediaan: Pegang bola pada jari bukan pada tapak tangan. Genggaman 3 jari (jari telunjuk, jari hantu dan jari manis, di atas bola). Ibu jari dan jari
151
kelengkeng di bahagian bertentangan. Buka kaki sejarak bahu dengan kaki belakang menuju keluar ke tepi dan jari kaki hadapan menghala ke sasaran. Luruskan tangan berglove ke hala sasaran untuk memberi ketepatan dan imbangan badan. ii. Fasa perlaksanaan Kaki hendaklah melangkah ke arah sasaran, menolak keluar dengan kaki belakang, memimpin balingan dari siku hadapan dan siku belakang tetap setinggi bahu. Berat badan dipindahkan ke kaki hadapan. Pinggul dipusingkan ke hadapan, lengan diputar secara menegak, bola dipegang tinggi. Tangan yang memaikai glove direndahkan, dan sentakkan (flik) pergelangan tangan yang memegang bola. iii. Fasa Ikut Lajak Keseluruhan berat badan dipindahkan ke hadapan. Lutut kaki depan dibengkokkan sedikit. Tangan balingan diturunkan, hampir menyentuh lutut kaki depan. Bahu tangan membaling diputarkan ke depan. Pemain kemudiannya berdiri dengan kedudukan seimbang.
Balingan bawah bahu hanya untuk balingan cepat pada jarak dekat. Teknik kemahiran balingan bawah bahu adalah seperti berikut:
i.
ii.
Fasa Perlaksanaan Pindahkan berat badan ke sisi tangan membaling. Tangan yang memakai glove dinaikkan dan tangan membaling ke arah kaki sisi mula membaling. Badan pada kedudukan rendah. Ambil satu langkah kecil ke sasaran di hadapan. Bahu sisi tangan yang memakai glove berada ke arah sasaran. Berat badan berada di sisi tangan yang memakai glove. Tolakkan bahu dan pinggul sisi membaling ke arah sasaran. Lutut kaki depan
dibengkokkan. Lepaskan bola dengan ayunan tangan dengan sedikit sentakan pada pergelangan tangan. iii. Fasa Ikut Lajak Kaki sisi yang membaling diheret ke depan. Bahu dan lengan tangan membaling ke arah sasaran sejauh yang boleh.
152
2. Menangkap Bola
Pemadang
hendaklah ingat bahawa bola yang akan ditangkap datangnya daripada berbagai keadaan dan arah yang berlainan seperti deras, perlahan, leret, tinggi dan melantun. Seorang pemadang perlu ingat bahawa bola hendaklah ditangkap dalam poket sarung tangan (untuk mematikan pemukul). Seorang pemadang tidak digalakkan menadahkan sarung tangan ke atas untuk menangkap bola kerana bola yang ditangkap boleh terlucut dan mencederakan muka dan badannya.
Untuk menyambut bola, pemadang hendaklah sentiasa bersedia dengan glove dan menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan atau pertandingan. Untuk menangkap bola yang melayang tinggi, pemadang yang berhampiran dengan bola hendaklah meneriak dengan terang bahawa dia akan menangkap bola tersebut. Gunakan glove untuk menangkap bola dan pastikan ia selamat dengan menggunakan tangan melempar. Lindungan tangan melempar tersebut akan menyelamatkan bola dari melantun keluar dan balingan dapat dilakukan dengan cepat. Pemadang hendaklah membiasakan dirinya mengeluarkan dan membaling dengan cepat bola yang telah ditangkap. menangkap dan membaling adalah satu gerakan yang bersambungan. Gerakan
Perlu diingat bahawa tangan yang memakai glove hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang. Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain. Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah. Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah. 3. Memukul Dan Menampan
Kemahiran memukul adalah salah satu kemahiran yang paling sukar dilakukan. Pitcher akan cuba membaling bola sederas mungkin agar bola yang dibaling gagal dipukul oleh pemukul. Bagi mengelakkan bola yang dipukul berjaya ditangkap oleh pemadang, pemukul haruslah melakukan pukulan sekuat mungkin ke dalam kawasan permainan dalam keadaan yang sukar untuk dicapai oleh pemadang. Oleh yang demikian, kemahiran ini memerlukan latihan yang kerap bagi memastikan setiap pukulan yang dilakukan berkesan. Kelemahan
153
yang ketara bagi sesetengah pasukan ialah memberi latihan yang lebih kepada kemahiran memadang tetapi tidak kepada latihan kemahiran memukul.
Sebelum melakukan pukulan pemain harus tahu bagaimana memegang bet dengan cara yang betul. Bet hendaklah dipegang dengan menggunakan kedua-dua belah tangan di mana jari memegang keliling pemegang bet. Ruas-ruas jari hendaklah selari. Genggaman hendaklah tidak terlalu ketat tetapi kukuh. Barisan tengah buku lima jari kedua-dua tangan hendaklah segaris. Tangan yang kuat menggenggam (dominan) lebih atas daripada tangan yang lemah dan kedua-dua belah tangan bersentuhan.
Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah
Gaya dirian pemain ketika hendak memulakan pukulan pula hendaklah berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap home plate. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki. Lutut
dibengkokkan sedikit. Bahagian badan di atas pinggang hendaklah dicondongkan ke depan sedikit. Berat badan terletak pada keseluruhan tapak kaki.
Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah
Ketika hendak memukul, pemain hendaklah berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pitcher. Pemain hendaklah memukul bola yang berada dalam keadaan strike iaitu antara lutut dan bahu serta berada dalam kawasan petak pemukul. Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola. Apabila kaki hadapan memijak tanah, pangkal
154
peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.
Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah
4. Pitching
Pitcher dan catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang. Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah
155
Cara gaya ini hampir sama dengan cara gaya kipas angin. Perbezaan yang wujud hanyalah dalam bentuk ayunan tangan. Gerakan badan selepas tangan dihayun adalah sama dengan cara gaya kipas angin (Windmill). Cara lakuannya ialah: i. ii. Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola. Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan. iii. Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola. melintasi sisi peha. Kepirkan bola semasa
Sumber: Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah
Gaya Kipas Angin (Windmill) adalah satu gaya yang biasa digunakan oleh kebanyakan pitcher. Gaya ini lebih pantas kerana momentum terbentuk daripada lakaran yang lebih besar. Cara lakuannya ialah:
i.
Sebelum melakukan pitching, pitcher dikehendaki mengasingkan tangan yang memegang bola dengan sarung tangan (glove) sebelum memasukkan bola ke dalam sarung tangan.
ii.
Kedua-dua
belah
kaki
pitcher
hendaklah
memijak
plet
sambil
156
iii.
Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
iv.
Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.
v.
Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. pusingkan semula badan ke kanan. Pada masa yang sama,
5. Catching
Seorang catcher hendaklah lengkap memakai peralatan pelindungan seperti alat pelindung muka, dada dan kaki. Catcher hendaklah menangkap atau sekurang-kurangnya menahan balingan bola oleh pitcher bagi mengelakkan pemukul pelari mendapat advantage, serta mengelakkan curi lari bes. Catcher juga mestilah bersedia untuk mematikan pelari yang sedang berlari antara bes atau yang menuju ke home plate. Catcher juga harus bersedia menangkap bola yang dipukul perlahan dalam kawasan diamond (bunt).
6. Larian Bes
Sofbol adalah satu permainan yang pantas dan merupakan pertandingan di antara kederasan berlari dan kelajuan pihak pemadang membaling. Oleh sebab itu, tindakan dan gerakan semasa melakukan larian bes hendaklah pantas dan tepat. Selepas melakukan pukulan, pemukul perlulah dengan pantas berlari ke bes pertama, kedua, ketiga dan plet
157
rumah mengikut urutan dengan memijak setiap bes yang dilaluinya, selagi ia tidak dipaksa berhenti di salah satu bes atau home plate atau dimatikan atau disentuh (tagging).
Pelari boleh terlajak dari bes pertama setelah memijaknya tetapi hendaklah terus berlari ke hadapan atau membelok ke kanan. Jika pelari membelok ke arah kiri (ke arah bes kedua), ia dianggap sebagai melakukan cubaan untuk maju atau meneruskan larian ke bes kedua. Pelari boleh disentuh (tag) oleh pemadang. Pelari di bes pertama, kedua dan ketiga boleh mara ke hadapan selepas balingan dilakukan (picth) iaitu sebaik sahaja boleh dikeluarkan daripada tangan pembaling (picther) dengan kemungkinan disentuh mati (tag).
Semasa melakukan larian, pelari hendaklah menggunakan lorong tapak yang luasnya tiga kaki melainkan jika ia hendak mengelak dari bertembung dengan pemadang. Pelari yang tidak dipaksa berlari boleh berlari semula ke bes asalnya (bes sebelum ia melakukan larian) jika ia ragu-ragu untuk sampai ke bes hadapan. Pelari boleh mengelunsur (sliding) yang dibenarkan untuk sampai ke bes hadapan dan plet rumah atau kembali ke bes asalnya. Pelari yang sampai ke home plate diberi satu larian penuh (home run) untuk pasukannya . Penukaran giliran memukul untuk pasukan hanya boleh dibuat selepas tiga pemain berjaya dimatikan. Satu inning dikira apabila kedua-dua pasukan telah melakukan satu giliran memukul. Satu perlawanan akan ditamatkan selepas tujuh inning atau mengikut masa yang ditetapkan (biasanya 1 jam 20 minit). Peraturan ini tertakluk kepada peraturan kejohanan pihak penganjur.
Bincangkan strategi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas sofbol.
158
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah sofbol di Malaysia. 2. Bincangkan fungsi peranan MSSD dalam membangunkan sukan sofbol di peringkat sekolah. 3. Senaraikan perkara yang tidak boleg dilakukan oleh seorang ptcher. 4. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan sofbol. 5. Huraikan perbezaan ukuran padang sofbol mengikut kategori umur. 6. Lakarkan sebuah diamond dan letakkan posisi pemain di atas diamond tersebut. 7. Siapakah yang akan memakai topi kaledar dalam permainan sofbol? 8. Senaraikan perlatan dalam sofbol dan nyatakan kepentingannya. 9. Huraikan teknik membaling dan nyatakan ciri-cirinya. 10. Apakah yang dimaksudkan dengan inning?
RUJUKAN
Tan Kah Keong, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan & Persatuan Sofbol Malaysia. (1983). Undang-undang sofbol (Koh Kim Eow). Kuala Lumpur: Publication distribution, etc. (imprint) Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. American Sport Education Program. (2009). Coaching softball technical and tactical skills. Champaign, IL: Human Kinetics. Smith, M. & Hsieh, l. (2008). Coach's guide to game-winning softball drills developing the essential skills in every player. Camden, Maine: McGraw-Hill.
159
PENGENALAN
Ragbi ialah sejenis sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang berlawanan. Dalam permainan ragbi, pemain akan menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan bagi mendapatkan mata. Pada asalnya, ragbi sentuh adalah sebahagian daripada aktiviti pemanasan badan dalam permainan ragbi. Asas permainanya adalah mudah, hanya memerlukan bola ragbi, padang dan beberpa orang pemain. Bagi memperkenalkan permainan ragbi di Malaysia, maka permainan ini harus diperkenalkan di peringkat awal persekolahan iaitu ketika di sekolah redah. Oleh kerana pelajar sekolah rendah memiliki tahap fizikal yang masih lemah, maka permainan ragbi sebenar adalah tidak begitu sesuai atau selamat untuk mereka. Jadi permainan ragbi harus diubahsuai supaya dapat dijadikan faktor penggalak ke arah pengibatan murid sekolah rendah.
160
Jumlah pemain adalah seramai 7 orang sahaja dalam satu pasukan. Jika pihak lawan telah melakukan touch sebanyak 6 kali, bola tersebut akan jatuh ke tangan pihak lawan. Tiada tackling, skrum dan tendangan try dalam permainan ini. Cara sentuhan yang diambil kira adalah dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, namun ada sesetengah permainan menggunakan undangundang sentuhan satu tangan sahaja.
Gol akan dikira apabila try berjaya dilakukan. Bola yang dipegang tidak boleh jatuh. Jika terjatuh, bola tersebut akan jatuh ke tangan pihak lawan. Roll Ball akan dilakukan sebagai hantaran apabila bola terjatuh dan touch sebanyak 6 kali.
Ragbi sentuh adalah permainan yang pantas, namun melibatkan sentuhan yang minimum dan tidak merbahaya. Oleh yang demikian, permainan ragbi sentuh sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengenal faktor usia, perbezaan gender, dan tahap pengalaman bermain. Ia juga merupakan sukan rekreasi dan menjadi sebahagian aktiviti sosial masyarakat kerana boleh dimainkan di mana-mana sahaja sama ada di padang, di kawasan lapang, ataupun di tepi pantai dan juga ketika aktiviti sosial.
Permainan ragbi sentuh sangat mudah untuk dipelajari dan dimainkan. Justeru dalam kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah di Malaysia, permainan ragbi sentuh diperkenalkan kepada murid sekolah rendah dan silibusnya terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5. Antara aspek kemahiran ragbi sentuh yang diperkenalkan ialah kemahiran menghantar, menangkap, menggelecek, mengelak,
menghadang dan menyentuh. Selain itu ragbi sentuh juga boleh digunakan untuk melatih pemain untuk mengelak dengan mudah, mengejar dan sebagai aktiviti pemanasan badan.
Pada pandangan anda, mengapakah ragbi sentuh boleh dimainkan oleh semua golongan masyarakat?
161
SEJARAH
Permainan ragbi tercipta daripada peristiwa seorang individu bernama William Webs yang tanpa diduga telah mengambil bola dengan tangannya dan membawanya berlari menuju ke gol semasa perlawanan bola. Peristiwa tersebut berlaku pada tahun 1823 di sebuah sekolah bernama Rugby School di England. Dalam peristiwa tersebut, rakan Ellis telah mengejar beliau dari belakang dan akhirnya terjadilah pergomolan dalam kalangan mereka yang berusaha untuk merebut bola tersebut. Selepas itu, perbuatan tersebut telah menjadi ikutikutan dalam kalangan rakan Ellis sahaja sebagai bahan permainan mereka.
Walau bagaimanapun, hanya selepas setegah abad kemudian, peristiwa dalam permainan tersebut diingat kembali apabila seorang rakan Ellis iaitu Mattheur Blaxom menceritakan kembali persitiwa tersebut dalam majalah The Meteor tahun 1888. Permainan tersebut mula diperkenalkan dengan nama ragbi sempena nama pekan kecil tempat William Web Ellis bersekolah. Ekoran daripada itu, Universiti Cambrigde telah mengambil inisiatif mengubah suai permainan ragbi dan mempopularkannya mulai pada tahun 1871 kepada sekolah di sekitar England. Mulai saat itu, peraturan rasmi permainan ragbi mula diwujudkan, kelab Ragbi pula ditubuhkan, manakala pengumuman peraturan rasmi permainan ragbi di London dibuat sepuluh tahun kemudian. Rugby Football Union adalah badan yang bertanggungjawab ke atas pemainan ragbi yang telah ditubuhkan pada tahun 1871.
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Permainan ragbi telah diperkenalkan di Tanah melayu sekitar tahun 1892 oleh kolonial British yang berada di Tanah Melayu pada ketika itu. Mengikut sejarah, sukan ini pada awalnya bermula di Negeri Sembilan. Beberapa orang pemain termasuk pegawai Eropah telah menjalani latihan di Padang Stesen, Seremban. Maka di situlah bermulanya kelab ragbi pertama di Tanah Melayu yang kemudiannya mula berkembang ke Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Singapura. Antara yang terhebat adalah seperti The Edwardians di Taiping, The Birch Rompers di Perak, The Penang Asians dan Kelab Diraja Selangor. Pada tahun 1920an, Persatuan Ragbi Malaysia ditubuhkan bagi mengelola kejohanan tempatan dan Piala HMS Malaya dan kejohanan antara Zon - North vs South yang bermula pada tahun 1928.
162
Pada peringkat awal, kebanyakan pemain ragbi terdiri daripada rakyat British yang bertugas di Tanah Melayu sebagai pentadbir kerajaan, peladang, pegawal keselamatan dan sebagainya. Tidak ramai penduduk tempatan melibatkan diri dalam permainan ragbi kerana pada ketika itu corak permainan ragbi dianggap agak ganas, kasar, berbahaya serta tidak sesuai dengan budaya kehidupan penduduk tempatan Tanah melayu ketika itu. Setelah kemasukan askar Fiji selepas Perang Dunia Kedua, sukan ragbi kelihatan lebih menaik lagi dan lebih mantap apabila pengaruh askar Fiji telah memperkenalkan seni dan kemahiran permainan ragbi yang lebih menarik berbanding rakyat British. Permainan ragbi akhirnya mendapat sambutan yang amat baik dan luar biasa sehinggakan pada suatu ketika sukan ragbi dianggap sebagai sukan nombor satu di negara ini.
Pada tahun 1995 perubahan berlaku apabila permainan ragbi sentuh diperkenalkan. Permainan ini diambil dari kejohanan-kejohanan yang diadakan oleh International Rugby Board (IRB). Pada dasarnya permainan ini kurang menarik tetapi mengutamakan keselamatan bagi pemain sekolah rendah. Walau bagaimanapun, permainan ragbi sentuh mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Kelebihan ragbi sentuh ialah keselamatan murid diutamakan dengan tiada kekasaran yang teruk berlaku dalam permainan. Selain itu, tidak ada pasukan kuat atau lemah kerana hanya dengan kepintaran pemain sahaja satu pasukan itu akan menang. Manakala kelemahan permainan ragbi sentuh pula ialah tidak dapat melakukan taktikal permainan kerana bola terpaksa dimatikan apabila berlakunya sentuhan, pasukan yang mempunyai pemain yang laju tidak dapat menggunakan kelebihan yang dimiliki, dan permainan terlalu banyak berhenti kerana setiap kali sentuhan permainan akan diberhentikan.
163
Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai peraturan permainan ragbi sentuh, mari kita berkenalan dahulu dengan beberapa terminologi penting dalam permainan ragbi bagi memudahkan lagi proses pemahaman.
Tap
Cara memulakan permainan sewaktu permulaan permainan (kickoff), selepas separuh masa, selepas try dilakukan dan apabila penalti diberikan. Semua pemain pasukan bertahan mesti berada 10 meter daripada pemain yang membuat tap dan juga bila penalti tap diberikan. Pemain yang melakukan tap boleh saja melarikan bola. Namun jika dia telah disentuh maka dia akan melakukan rollball. Rollball bermaksud mengolekkan bola dengan tangan ke belakang melalui dua kaki. Tap pula dilakukan dengan menendang bola daripada tangan dan menangkapnya kembali.
Try
Try bermaksud skor yang telah dilakukan oleh pasukan penyerang iaitu dengan meletakkan bola di mana-mana bahgaian di dlam kawasan gol pasukan bertahan. Skor try diberi 5 mata. Untuk membuat try, pemain boleh menghantar atau membaling bola kepada kawan sepasukannya. Kemudian bola tersebut akan dibawa lari.
164
Sentuh
Sentuh adalah satu cara yang dibenarkan kepada pasukan bertahan untuk memberhentikan pemain pasukan penyerang yang membawa bola. Sentuh dilakukan dengan menggunakan tangan sebelah atau kedua-dia belah di mana-mana bahagian badan termasuk pakaian daripada bahagian bahu ke bawah. Setelah disentuh sebanyak 6 kali, bola perlu diserahkan ke pihak lawan yang bertahan.
Touchdown
Touchdown adalah perlakuan meletakkan bola di dalam kawasan gol sendiri oleh pasukan bertahan. Jika touchdown yang dibuat melalui bola yang dibawa masuk oleh pasukan penyerang, maka rollball diberi kepada pasukan bertahan di mark 10 meter daripada garisan golnya. Jika touchdown dibuat melalui bola yang dibawa masuk sendiri oleh pasukan bertahan, maka rollball diberikan kepada pasukan penyerang pada mark 5 meter daripada garisan gol pasukan bertahan. Terdapat dua jenis mark dalam permainan ragbi iaitu mark (semasa sentuh) dan mark (semasa tepi).
Rollball
Rollball bermaksud mengolekkan bola dengan tangan ke belakang melalui dua kaki.
165
Mark (semasa sentuh) adalah tempat pemain yang sedang membawa bola telah disentuh oleh pemain bertahan. Manakala mark (semasa tepi) pula adalah tempat di tengah padang tempat permainan dimulakan dan tempat penalti diberikan.
Advantage
Keistimewaan yang dibenarkan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan untuk direbut dan seterusnya membolehkan pasukan tersebutmemperbaiki kedudukanpermainannya untuk memungut mata.
Selain daripada beberapa terminologi yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat beberapa terminologi lain yang turut dapat membantu meningkatkan kefahaman dalam permainan ragbi seperti berikut:
Pemungut
Pasukan Penyerang
Pasukan Bertahan
166
Garisan gol
Garisan belakang kedua-dua bahagian padang yang bertembung dengan kedua-dua garisan tepi.
Garisan paling belakang kedua-dua hujung padang yang jaraknya 5 meter daripada garisan gol.
Kawasan Gol
Kawasan untuk melakukan try. Kawasan ini dipagari garisan gol, garisan tepi dalam gold an garisan bola mati.
Bola Mati
Apabila permainan diberhentikan sementara disebabkan perkara berikut: Bola terkeluar daripada kawasan permainan Sentuhan telah dilakukan, dan Try atau touch down telah dilakukan.
Menghantar
Padang Permainan
Offside
Kedudukan pemain pasukan penyerang yang terkehadapan daripada bola bagi dan kedudukan pemain pasukan bertahan yang
Intercepts
Pemain pasukan bertahan yang merampas bola yang sedang dihantar oleh pasukan penyerang.
167
2. Padang Permainan
-5m-
- 10 m -
- 10 m -
-5m-
Zon Touchdown
Zon Touchdown
10 m
Rajah 7.1 di atas menunjukkan ukuran lantai padang permainan ragbi. Ukuran padang boleh berbeza-beza, tetapi permainan kebiasaannya akan dimainkan pada ukuran setengah padang ragbi iaitu 50 meter lebar dan 70 meter panjang. Garisan bagi padang permainan mestilah lebarnya sekurang-kurangnya 2.5 sentimeter. Bendera atau penanda dipacakkan pada setiap penjuru garisan dan juga di garisan tengah.
3. Bola
Bola yang biasa digunakan adalah dari jenis kulit atau sintetik bersaiz 5 bagi sekolah menengah dan bersaiz 3 bagi sekolah rendah. Walau bagaimanapun, dari segi ukuran saiz
50 m
168
yang dicadangkan persatuan ialah 36 sentimeter panjang dan 55 sentimeter lilit keliling. Rajah 7.2 di bawah menunjukkan contoh bola ragbi.
Rajah 7.2: Contoh bola ragbi yang digunakan dalam permainan ragbi sentuh
4. Bilangan Pemain
Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain. Tetapi hanya 7 orang sahaja yang dibenarkan bermain atau masuk ke dalam padang pada satu masa. Jika didapati ada pasukan yang sedang bermain mempunyai lebihan pemain, maka penalti tap di tempat bola sedang dimainkan akan diberikan kepada pasukan yang tidak melalkukan kesalahan. Bilangan pemain yang minimum untuk memulakan perlawanan ialah 5 prang. Permainanan juga tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang pemain.
Pertukaran atau penggantian pemain hendaklah dilakukan semasa pasukan memperolehi posisi. Pemain yang akan masuk hendaklah menyentuh tangan pemain yang akan keluar di garisan tepi padang sebelum dibenarkan bermain. Pemain gentian tidak dibenarkan masuk ke padang sebelum pemain yang digantikan telah keluar dari padang. Jika kesalahan ini dilakukan maka rollball di kawasan garisan tengah padang akan diberikan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan (advantage).
5. Pakaian Pemain
Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak membahayakan orang lain. Peralatan asas yang mesti dipakai adalah seperti jersi, seluar pendek, stoking,
169
dan boots. Jersi yang dipakai mestilah bernombor, manakala nombor tersebut hendaklah tidak sama dengan pemain yang lain. Tinggi cetakan nombor adalah tidak kurang dari 16 sentimeter. Pemain berkaki ayam tidak dibenarkan bermain. Pemain juga tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai, cincin, jam dan subang semasa bermain. Kuku jari tangan juga mestilah dalam keadaan pendek.
6. Masa Permainan
Masa permainan rasmi bagi pertandingan ragbi sentuh bagi peringkat sekolah ialah 15 minit bagi separuh masa pertama. Pertukaran separuh masa ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Bagi peringkat negeri atau kebangsaan, masa permainan yang boleh dibenarkan ialah 25 minit bagi separuh masa dan 5 minit masa rehat. 7. Pegawai Perlawanan
Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang Pengadil dan dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah. Pengadil merupakan individu yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika ia meragui masa, beliau boleh merujuk kepada pembantu pengadil. Keputusan pengadil adalah muktamad. 8. Memulakan Permainan
a. Permainan ragbi bermula dengan salah satu pasukan memilih kawasan padang dan pasukan satu lagi memulakan permainan melalui kaedah tossing. b. Pasukan penyerang akan memulakan permainan dengan melakukan tap dari tengah kawasan padang bila pengadil membunyikan wisel. Semua pemain penyerang hendaklah dalam kedudukan onside semas tap dilakukan. c. Tap dilakukan di tengah padang melalui dua cara: i. Letak bola di atas tanah dan tending sedikit ke hadapan tidak melebihi satu meter dan pungut kembali bola dengan kemas. ii. Menendang bola ke udara daripada tangan tidak lebih daripada satu meter dan memungutnya kembali dengan kemas. d. Mana-mana pemain boleh melakukan tap. Jika cara yang salah dilakukan ataupun tap tidak dilakukan dengan sempurna maka rollball dibuat di tempat kesalahan kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan.
170
e. Semua pemain pasukan bertahan hendaklah berada 10 meter daripada tempat tap dilakukan. Mereka boleh bergerak hadapan serta merta bila tap telah dilakukan. f. Pada permulaan separuh masa kedua pula, pasukan yang kalah dalam tos akan melakukan tap untuk memulakan permainan. Jika permulaan permaian adalah disebabkan selepas try, tap akan dilakukan oleh pasukan yang tidak membuat try. 9. Posisi
a. Secara umumnya, pasukan yang mempunyai posisi hanya dibenarkan bermain sehingga 6 sentuhan dilakukan oleh pihak pasukan bertahan sebelum posisi bertukar tangan. i. Selepas sentuhan ke enam, try dan kehilangan posisi disebabkan beberapa perkara, maka pemain daripada pasukan yang telah kehilangan posisi dikehendaki memberikan bola kepada pemain bertahan yang terdekat ataupun meletakkan bola pada mark dengan segera. Penalti tap akan diberikan jika pemain melengah-lengahkan masa pertukaran posisi. ii. Jika bola jatuh atas sebab kesalahan pemain penyerang maka pertukaran posisi akan berlaku. Mark bagi pertukaran posisi akan dilakukan sama ada di tempat bola jatuh ataupun di tempat pemain yang menjatuhkan bola mengikut advantage pasukan yang baru memperoleh posisi. iii. Jika pemain tidak dapat menangkap bola dengan kemas, tetapi dapat menyambutnya kembali sebelum bola jatuh ke tanah maka permainan mesti diteruskan. iv. Intercept oleh pemain pasukan bertahan yang onside adalah dibenarkan. Permainan akan diteruskan sehingga sentuhan pertama dilakukan, atau try dilakukan, atau berlaku kesalahan yang lain. 10. Menghantar Bola
a. Secara umumnya,
pemain yang
melambung, memukul bola dengan tangan atau membaling bola kepada pemain lain dalam pasukannya yang onside. b. Hantara hadapan tidak dibenarkan dan jika pemain melakukan kesalahan ini maka rollball akan diberikan kepada pasukan satu lagi.
171
11. Rollball
a. Rollball dilakukan apabila: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. Sentuhan dilakukan Pertukaran posisi selepas sentuhan ke enam Pertukaran posisi sebab bola jatuh Pertukaran posisi yang bukan disebabkan kesalahan penalti Tamparan/hantaran ke hadapan Tidak berhenti segera selepas sentuhan Pemungut ditangkap bersama bola Pembawa bola atau bola terkeluar padang Pengadil mengarahkan dilakukan rollball Melengah-lengahkan rollball Kesalahan hantaran dilakukan
b. Cara melakukan rollball ialah pemain dari pasukan penyerang berada pada mark dengan menghadap ke garisan gol pasukan bertahan. Berditi selari dengan garisan tepi dan menggolekkan bola ke belakang antara kedua kakinya dengan jarak golekan tidak melebihi 1 meter. Jika rollball tidak dilakukan dengan betul maka rollball akan bertukar tangan kepada pasukan bertahan. c. Pemain pasukan penyerang boleh menjadi pemungut. Pemungut mesti memungut bola dengan pantas dan membuat hantaran kepada pemain dalam pasukannya. Pemungut juga boleh melarikan bola tetapi jika disentuh ketika sedang melarikan bola maka posisi akan bertukar tangan. Pemain yang melakukan rollball tidak dibenarkan mengganggu atau menghalang pemain pasukan bertahan daripada memperoleh posisi atau melakukan sentuhan terhadap pemungut. Jika kesalahan ini dilakukan maka penalti tap akan diberikan kepada pasukan bertahan. d. Semua pemain pasukan bertahan mesti berundur sejauh 5 meter daripada mark. Semua pemain pasukan bertahan tidak dibenarkan bergerak ke hadapan sehingga pemungut menyentuh atau menangkap bola. Jika pemain pasukan bertahan melakukan kesalahan di atas, penalti tap akan diberikan kepada pasukan penyerang pada mark 5 meter ke hadapan daripada mark asal.
172
e. Perkara lain: i. Bola yang digolek semasa rollball hendaklah mencecah tanah dan digolek ke belakang antara 2 kaki. Kaki boleh digunakan untuk mengawal bola. ii. Pelaku rollball mesti di dalam kedudukan setempat tetapi tidak semestinya badannya tidak boleh bergoyang atau berdiri sebelah kaki. iii. Pemain yang melakukan rollball tidak boleh memungut semula bola sebelum disentuh oleh pemungut. iv. Pemain pasukan bertahan yang melakukan sentuhan dimestikan berundur 5 meter ke belakang daripada mark dengan segera. v. Pemungut dikehendaki memungut bola dengan kemas.
12. Sentuhan
a. Pemain
pasukan
bertahan
hendaklah
membuat
sentuhan
yang
tidak
menyakitkan terhadap pemain yang sedang membawa bola. Jika kesalahan dilakukan, maka advantage akan diberi kepada pasukan penyerang untuk melakukan tap. b. Jika berlaku keadaan bola dipukul dan jatuh daripada tangan pembawa semas sentuhan dilakukan oleh pasukan bertahan, sentuhan akan dikira dan pemain yang membawa bola masih boleh mengekalkan posisi. Rollball akan diberikan jika itu bukan sentuhan keenam. Bilangan sentuhan akan diteruskan. c. Apabila seorang pemain disentuh semasa membawa bola, beliau dikehendaki berhenti dan kembali kepada mark di mana sentuhan telah dilakukan. Rollball hendaklah dilakukan dengan segera dalam bilangan 3 saat. d. Pemain tidak boleh membuat hantaran atau lemparan bola sekiranya ia telah disentuh. Jika kesalahan ini dilakukan maka rollball akan diberikan kepada pasukan bertahan. e. Tiada pemain dibenarkan untuk meminta dikira sentuhan daripada pengadil, kecuali jika sentuhan sememangnya berlaku. Pemain pasukan bertahan tidak boleh melengah-lengahkan membuat sentuhan kecuali dalam kawasan 5 meter daripada garisan gol. Sentuhan hendaklah dilakukan dengan cara yang tidak menyakitkan pembawa bola atau menolaknya yang mana ia akan
membahayakan pembawa bola. Pengadil boleh member advantage sama ada dengan memberikan penalti tap atau meneruskan permainan. Bagi kesalahan
173
kedua iaitu membuat sentuhan yang membahayakan, maka pemain pasukan bertahan akan dihantar keluar padang selama 5 minit. f. Mark bagi penalti tap bergantung kepada kedudukan pemain yang membawa bola semasa sentuhan dibuat ke atasnya. g. Bola dikira mati bila sentuhan dilakukan. Permainan boleh diteruskan dengan melakukan rollball. Apabila pemungut memegang bola, maka pemain pasukan bertahan boleh bergerak ke hadapan. Kalau tidak ada pemungut, pemain pasukan bertahan boleh sahaja bergerak ke hadapan bila bola mula digolek semasa rollball. Jika ada pemain pasukan bertahan yang mengganggu daripada melakukan rollball dengan segera, maka penalti tap akan diberikan ke[ada pasukan penyerang.
a. Jika bola jatuh kerana disentuh dengan sengaja oleh pemain bertahan yang cuba mendapatkan posisi, pasukan penyerang akan meneruskan posisi dan bilangan sentuhan akan dikira semula. Keadaan ini juga diambil kira jika pemain pasukan bertahan dengan sengaja menampar bola jatuh ke tanah. Rollball di mark tempat bola jatuh ataupun di tempat pemain bertahan menyentuh bola, atau yang mana lebih advantage kepada pasukan penyerang. b. Jika bola ditampar dengan sengaja oleh pemain bertahan tetapi sebelum bola jatuh, pemain penyerang menyambutnya, maka permainan diteruskan begitu juga bilangan sentuhan. Jika bola tidak dapat disambut oleh pemain penyerang dan bola jatuh ke tanah maka pasukan penyerang akan mengekalkan posisi serta bilangan sentuhan dikira semula. c. Jika bola yang dihantar oleh pemain penyerang telah terkena pemain bertahan dan bola melantun tanpa ada cubaan untuk menangkap oleh pemain bertahan dan bola jatuh ke tanah, maka pertukaran posisi akan berlaku. Rollball akan diberikan kepada pemain bertahan di mark tempat bola jatuh ataupun di tempat pemain bertahan menyentuh bola, atau yang mana lebih advantage kepada pasukan penyerang. d. Jika bola melantun daripada pemain bertahan yang tidak mencuba untuk menyambut bola dan bola disambut oleh pemain penyerang, maka permainan dan bilangan sentuhan diteruskan selagi ia bukan lemparan atau hantaran ke hadapan.
174
14. Offside
a. Pemain pasukan penyerang yang tidak memegang bola hendaklah sentiasa berada dalam kedudukan ke belakang daripada pemain pasukannya yang sedang memegang bola untuk mengelak daripada situasi offside. Pemain yang offside selama ia tidak mengganggu permainan tidak dikenakan penalti. b. Pemain penyerang hendaklah berkedudukan onside semasa melakukan tap. Semua kesalahan offside oleh pemain penyerang dikenakan tindakan penalti tap yang diberikan kepada pasukan bertahan di tengah padang. 15. Menghalang
a. Pemain pasukan penyerang tidak boleh menghalang pemain pasukan bertahan daripada berselindung di belakang pengadil ataupun pemain lain daripada pasukannya dalam cubaan mengelak daripada disentuh. Jika kesalahan dilakukan penalti tap akan diberikan kepada pasukan bertahan. b. Pemain pasukan bertahan juga tidak boleh menghalang pemain dari pasukan penyerang daripada membantu pemain yang sedang membawa bola. Penalti tap boleh diberikan kepada pasukan penyerang jika tindakan ini member lebih advantage.
Senaraikan punca yang membolehkan tap dan rollball dilakukan. Masukkan jawapan anda ke dalam ruangan yang disediakan di bawah.
175
Triseps
Hamstring
Gastroknemius
Rajah 7.3: Otot yang terlibat dalam pergerakan kemahiran ragbi sentuh
Bincangkan dalam forum mengenai aktiviti pemanasan badan yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran ragbi sentuh.
176
1. Menghantar Bola
Hantaran bola dibuat secara hantara sisi. Bola tidak boleh dihantar ke arah hadapan (forward pass) menghala ke gol lawan. Jika situasi ini berlaku, penalti akan diberikan. Rajah 7.4 menunjukkan fasa pergerakan membuat hantaran bola.
Fasa Persediaan
Fasa Perlaksanaan
Ayunkan tangan dan hantarkan bola ke sisi pada aras dada penerima
Rajah 7.4: Fasa pergerakan kemahiran menghantar bola Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Menangkap Bola
Bola perlu ditangkap dengan kedua-dua belah tangan dan dibawa rapat ke badan. Rajah 7.5 menunjukkan fasa pergerakan menangkap bola.
177
Fasa Persediaan
Fasa Perlaksanaan
Rajah 7.5: Fasa pergerakan kemahiran menangkap bola Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kemahiran menggelecek dan mengelak bertujuan untuk mengelak daripada disentuh bagi melepasi phak lawan. Rajah 7.6 menunjukkan fasa pergerakan menggelecek dan mengelak.
Fasa Persediaan
Fasa Perlaksanaan
Berlari ke satu arah, berhenti, dan tukar arah dengan serta-merta Teruskan larian
Rajah 7.6: Fasa pergerakan kemahiran menggelecek dan mengelak Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
178
Pemain perlu menghalang pemain lawan daripada melakukan try bagi mendapatkan mata. Untuk mematikan pergerakan lawan, pemain akan menggunakan sentuhan. Rajah 7.7 menunjukkan fasa pergerakan yang terdapat dalam kemahiran menghadang dan menyentuh. Kemahiran Menghadang: Fasa Persediaan Fasa Perlaksanaan
Hadang pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada pergerakannya. Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan didepangkan. Cuba hadang pemain lawan.
Cuba sentuh pemain lawan dengan menumpukan pandangan kepada pergerakan lawan. Bergerak ke kiri dan kanan dengan tangan di hadapan. Cuba sentuh pemain lawan
Rajah 7.7: Fasa pergerakan kemahiran menghadang dan menyentuh Sumber: Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
179
Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana kemahiran ragbi sentuh dengan menggunakan pedekatan kaedah TGFU.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah ragbi di Malaysia. 2. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan ragbi sentuh. 3. Huraikan perbezaan ragbi sentuh dengan ragbi biasa. 4. Huraikan situasi yang melibatkan tap, try dan roll ball. 5. Bagaimanakah situasi yang boleh mengakibatkan bola mati dalam permainan ragbi sentuh? 6. Senaraikan kesalahan dalam permainan ragbi sentuh yang boleh memberi advantage kepada pihak lawan. 7. Huraikan otot yang terlibat dalam pergerakan ragbi sentuh dan nyatakan kaedah pemanasan badan yang bersesuaian.
RUJUKAN
Borhannudin Abdullah et al. (2006). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan: Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zulkefli Mohd Amin, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan ragbi sentuh sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kesatuan Ragbi Malaysia. (1993). Ragbi sentuh (touch rugby). Kuala Lumpur: Kesatuan Ragbi Malaysia. Biscombe, T. & Drewett, P. (2010). Rugby steps to success. 2nd ed. Champaign, IL: Human Kinetics.
180
HASIL PEMBELAJARAN
1. Melakukan sekurang-kurangnya lima kemahiran asas bola keranjang dengan teknik yang betul dan selamat. 2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan bola keranjang. 3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan bola keranjang. 4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bola keranjang.
PENGENALAN
Bola keranjang ialah satu sukan yang dimainkan oleh dua pasukan dalam satu perlawanan. Setiap pasukan mempunyai 5 orang pemain. Objektif pasukan adalah untuk mendapatkan mata jaringan melalui lontaran bola ke dalam sebuah keranjang atau bakul berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Pasukan yang matanya lebih banyak apabila tamat masa permainan adalah pemenang. Mata jaringan pula dikira berdasarkan jarak lontaran. Sebagai contoh, lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan akan diberi 2 mata, dari luar lengkungan akan diberi 3 mata, manakala setiap lontara percuma akan diberi 1 mata. Cara bola digerakkan dalam gelanggang adalah dengan cara menggelecek atau menghantarnya daripada rakan kepada rakan sepasukan.
Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan bola keranjang di Malaysia?
181
SEJARAH
Permainan bola keranjang bermula sejak tahun 1892. Permainan ini dicipta oleh seorang jurulatih Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bernama Dr. James Naismith di Kolej Springfield, Massachusettes, Amerika Syarikat. Mss. Luther H. Gulick, ketua bidang sukan kolej tersebut telah meminta Naismith mencipta satu permainan berpasukan untuk dimainkan semasa musim sejuk. Oleh itu, sudah tentu jenis permainan yang dimaksudkan harus dimainkan dalam gelanggang dan berada dalam sebuah bangunan tertutup.
Pada awalnya, Naismith menggunakan bola permainan bola sepak yang saiznya cukup besar dan mudah untuk ditangkap. Manakala golnya dibuat daripada dua buah bakul buah-buahan yang dipasang pada balkoni gymnasium kira-kira pada ketinggian 10 kaki. Walau bagaimanapun, pada tahun 1906 gelung besi pula digunakan dan diikuti dengan penggunaan papan di belakang keranjang bagi menampan lantunan bola.
Permainan bola keranjang pertama tercatat dalam sejarah adalah dalam kalangan pelajar Naismith sendiri iaitu pada tahun 1891. Naismith juga telah menamakan permainan ini sebagai basketball atau bola keranjang. Dalam permainan tersebut, kaedah pemarkahan adalah berdasarkan jaringan bola yang dibuat oleh sesebuah pasukan di petak lawan. Naismith kemudiannya telah menggubal draf peraturan permainan bola keranjang yang pertama. Draf tersebut mengandungi 13 perkara berkaitan peraturan permainan bola keranjang yang telah diterbitkan dalam surat khabar koleh bertajuk The Triangle pada 15 Januari 1892. Semenjak dari itu, permainan ini mula mendapat sambutan dari orang ramai.
Dari segi bilangan pemain, pada awalnya satu pasukan mengandungi tujuh orang pemain yang kemudiannya ditambah menjadi Sembilan orang dan akhirnya menjadi lima orang sahaja. Seelain itu, salah satu ciptaan gerakan yang diperkenalkan dalam permainan bola keranjang disebut sebagai slam dunk, iaitu gerakan untuk memasukkan bola terus ke dalam jarring yang boleh dilakukan dengan gerakan akrobatik yang memerlukan kekuatan luar biasa pemainnya.
Pada tahun 1936, bola keranjang telah dijadikan salah satu acara dalam Sukan Olimpik musim sejuk di Berlin. Pasukan Amerika Syarikat adalah pasukan yang sentiasa menjadi juara bertahan dalam acara ini bagi setiap Sukan Olimpik kecuali pada tahun 1972 dan 1988. Bola keranjang wanita pula mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1976.
182
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Permainan bola keranjang dipercayai diperkenalkan di negara Malaysia pada tahun 1929 oleh orang Inggeris. Sambutan penduduk tempatan terhadap permainan ini pada peringkat awalnya adalah tidak memberangsangkan. Hanya beberapa kelab rekreasi di bandarbandar utama sahaja menerima permainan baru ini seperti Kelab Rekreasi Cina Selangor, Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dan Negeri Sembilan. Pihak Inggeris pada awalnya hanya memperkenalkan permainan ini di kampung baru cina yang dibentuk pada masa darurat. Oleh yang demikian, lama-kelamaan permainan ini diminati ramai, terutama kaum Cina yang tinggal di kampung baru.
Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) telah ditubuhkan pada tahun 1958, manakala pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian. Pada tahun 1959, MABA menjadi ahli FIBA (Federation Of International Basketball Association). Nama Malayan Amateur Basketball Association ditukar ke Malaysian Amateur Basketball Association dan digunapakai mulai tahun 1964. Kejohanan Bola Keranjang Mini yang pertama diadakan pada tahun 1970. Tahun berikutnya MABA telah mempunyai bangunan 12 tingkat yang dilengkapi asrama, perpustakaan, dewan dan gelanggang untuk tujuan latihan, seminar dan menganjurkan pertandingan yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Kos pembinaan menelan belanja lebih kurang RM 5 juta.
Pada tahun 1973, Kejohanan Bola Keranjang Bukan Cina dianjurkan di Kuala Lumpur dan MABA sekali lagi menukar nama dari Malaysian Amateur Basketball Association ke Malaysian Basketball Association. Mulai tahun 1991, Kejohanan Bola Keranjang umur 16 tahun dan ke bawah MILO Lum Mun Chak mula dipertandingkan sehingga ke hari ini. Permainan bola keranjang turut diperkenalkan ke sekolah. Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan Pesta Bola Keranjang Peringkat
Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967. Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM.
183
Dalam permainan bola keranjang, pergerakan pemain dan bola adalah pantas. Bola boleh bergerak dari hujung gelanggang ke hujung gelanggang yang lain dalam masa yang singkat sahaja. Setiap kali bola berjaya dijaringkan pasukan lawan akan memulakan perlawanan tidak kira berapa jumlah gol yang diperoleh dengan cara melontar bola dari belakang garisan belakang kawasannya. Berikut adalah peraturan dan undang-undang permainan yang harus dipatuhi oleh pemain bola keranjang dalam sesuatu perlawanan: 1. Peraturan permainan am
a) Masa permainan dibahagikan kepada 4 waktu. Setiap waktu mengandungi masa 10 minit, dan 2 minit rehat antara setiap waktu pertama dan kedua. Manakala 10 minit rehat diberi antara waktu 2 dan ke 3 sebagai masa rehat bagi separuh masa perlawanan. Ini diikuti dengan 2 minit rehat diberi antara waktu ke 3 dan ke 4. b) Permainan akan dimulakan dengan 5 orang pemain bagi setiap pasukan. Permainan dimulakan oleh pengadil dengan cara melakukan jump ball di bulatan tengah gelanggang. Jump Ball diadakan pada permulaan permainan sahaja dengan pengadil melambungkan bola di bulatan tengah. c) Jaringan gol dihasilkan bila bola hidup (dalam permainan) memasuki keranjang. Pasukan yang menjaringkan gol akan diberi mata seperti berikut: lontaran lompat yang biasa dari dalam lengkungan akan diberi 2 mata, dari luar lengkungan akan
184
diberi 3 mata, manakala setiap lontaran percuma akan diberi 1 mata. Selepas jaringan dilakukan, pihak lawan akan memulakan permainan dengan lontaran dalam. d) Pemain yang telah disentuh semasa hendak menjaringkan gol akan diberi dua atau tiga jaringan bebas (percuma). Setiap jaringan yang berjaya dari jaringan bebas dikira 1 mata. e) Bola dianggap keluar apabila ia terkena lantai atau benda lain di luar gelanggang. f) Seseorang pemain hendaklah membuat lontaran ke dalam dari luar batasan di tempat yang ditunjuk oleh pengadil dalam masa 5 saat. g) Seseorang pemain dikira keluar batasan gelanggang apabila dia menyentuh batasan sama ada di atas atau di luar garisan. h) Bola dikira di luar batasan gelanggang apabila bola itu tersentuh seseorang pemain di luar batasan gelanggang. i) Seseorang pemain ditegah berada di dalam kawasan larangan pasukan lawannya lebih dari tiga saat bila pasukannya sedang menguasai bola. j) Seseorang pemain yang sedang memegang bola dengan tidak menghantar, menjaring gol, mengguling atau menggelecek lebih daripada 5 saat dikira perlanggaran peraturan. k) Pasukan sedang menguasai bola tidak boleh mengawal atau menguasai bola di lapangan belakang gelanggang lebih dari 8 saat. l) Pasukan yang menguasai bola hendaklah cuba melakukan jaringan gol dalam tempoh 24 saat. Jaringan gol yang tidak kena ring akan dikira tidak berjaya dan 24 saat akan diteruskan. m) Waktu pertama dan waktu kedua mempunyai 2 kali time-out. Manakala waktu ketiga dan waktu keempat mempunyai 3 kali time-out. n) Setiap pemain cuma boleh lakukan lima kali kesalahan (foul). o) Permainan dimulakan dengan satu kali jump ball sahaja. Sekiranya berlaku Jump Ball kedua pasukan akan mengambil giliran untuk melakukan lontaran masuk. Ini disebut sebagai Lontaran Masuk Bergilir-gilir (Alternative Possession Procedure)
: Pemain pertahanan : Pengawal penjaring : Penyerang utama : Pemain tengah : Penyerang kecil
185
2. Gelanggang Permainan
Ukuran gelanggang Permainan bola keranjang dimainkan dalam gelanggang khas. Gelanggang bola keranjang mempunyai ukuran yang tetap sama ada di peringkat rendah mahupun peringkat antarabangsa. Saiz gelanggang maksimum adalah 28m x 15m dan mininum 24m x 13m. Saiz gelanggang ini berbeza kerana mengikut tahap umur peserta yang bermain bola keranjang. Rajah 8.2 berikut menunjukkan lakaran gambar rajah ukuran bola keranjang.
Side line ------------------------------------------ 15 m -----------------------------------Back line
Centre line
---------------- 15 m ------------------
Free Throw line Backboard Free Throw Lane -- 2.8 ------------------ 5.8 ---------------
---------------------------------------------------------------------------- 28 m --------------------------------------------------------------------------
Di kedua-dua bahagian gelanggang didirikan papan jaringan bersama keranjangnya (basket). Papan ini diperbuat daripada kayu/papan, atau sebarang bahan yang bersesuaian, tebalnya 0.03 m. Bahagian hadapan papan ini hendaklah sama rata dan hendaklah diwarnakan putih. Saiz papan ialah 1.8 m x 1.2 m (sekolah rendah 1.2 m x 0.9 m). Segiempat bujur kecil di dalamnya berukuran 0.59 m x 0.45 m. Keranjang pula hendaklah terdiri daripada 2 bahagian iaitu bulatan (ring) dan jaring (net). Bulatan dibuat daripada besi berdiameter 0.45 m di bahagian dalamnya. Jaring yang panjang 0.4 m digantung di bawah bulatan. Tiang penyokong papan jaringan dan keranjang ini hendaklah 2.75 m tinggi (sekolah rendah 2.3 m). Gambarajah ukuran papan jaringan dan keranjang adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8.3.
186
Bola bagi permainan bola keranjang dibuat daripada getah atau sebarang bahan tiruan yang menyerupai getah yang mudah melantun apabila dijatuhkan. Saiz bola yang diguna oleh lelaki dewasa ialah bola saiz 7, manakala untuk wanita dewasa ialah saiz 6, dan untuk sekolah rendah pula ialah saiz 5.
4. Kasut
Kasut yang sesuai ialah kasut getah yang dapat melindungi buku lali seperti dalam gambar. Kasut yang mempunyai lapisan kusyen yang lembut dapat melindungi kaki semasa melompat dan mendarat. Stoking yang tebal juga dapat melindungi pemain daripada kecederaan seperti melecek.
5. Pakaian
Pakaian pemain bola keranjang hendaklah selesa longgar dan mebolehkan pemain bergerak dengan selesa. Biasanya pakaian rasmi untuk pemain ialah singlet dan seluar pendek dengan nombor pemain tertera di bahagian hadapan dan belakang. Hal ini kerana
187
pakaian yang selesa akan dapat memudahkan pergerakan pemain. Berikut adalah beberapa jenis pakaian yang digunakan semasa bermain permainan bola keranjang.
Bola
Kasut
Pakaian
Sesi memanaskan badan dilakukan selama 10 atau 15 minit. Pemain boleh mula memanaskan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke kanan dan ke kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan kelenturan otot-otot apabila membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu diingatkan bahawa otot akan lebih
188
menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan. Tumpuan harus diberi kepada otot besar terlebih dahulu seperti hamstring, quadriceps, groin, calves, bahagian belakang, tangan dan bahu. Kemudian, pastikan pemain berehat seketika sebelum memulakan permainan sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi.
Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi penyejukan badan atau cooling down bagi mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan dengan sebaiknya ia akan menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti penyejukan badan hendaklah dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan kadar degupan jantung. Lakukan selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan adalah untuk meningkatkan fleksibiliti, mengembalikan darah ke jantung, mengelak dari berlaku kekejangan, menurunkan kadar suhu badan, mengurangkan kesakitan dan kecederaan, dan mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal.
Selain daripada mengelecek, bola boleh digerakkan dari satu tempat ke satu tempat lain, atau dari seorang pemain kepada pemain lain menerusi hantaran. Hantaran ini juga adalah cara paling mudah untuk menggerakkan bola ke arah keranjang. Apabila seseorang pemain tidak dapat mengelecek disebabkan pemain itu terhalang atau mendapati sukar untuk melakukan kelecek, pemain berkenaan harus melakukan hantaran supaya bola masih dalam penguasaan pasukannya. Perkara penting dan utama yang harus diberi perhatian oleh seseorang pemain apabila membuat hantaran bola ialah dia hendaklah membuat hantaran yang selamat.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa membuat hantaran dan menerima hantaran merupakan gabungan dua pergerakan dalam satu tindakan. Pemain hendaklah memastikan bahawa cara memegang bola hendaklah sesuai dengan jenis hantaran yang hendak dilakukan. Hantaran juga hendaklah dibuat kepada pemain yang berada di kedudukan yang sesuai sekali untuk menerimanya dan dihantar ke depan penerima. Semasa menghantar bola pula, pemain hendaklah memastikan imbangan badan, manakala mata memandang
189
arah penerima bola. Pemain juga boleh melakukan gerak keliru jika perlu dan bergerak ke tempat lain selepas menghantar bola.
a. Hantaran aras dada Hantaran aras dada adalah menggunakan kedua-dua belah tangan pemain pada kedudukan aras dada. Pemain memastikan bahawa dia berada dalam kedudukan yang memudahkannya membuat hantaran, jaringan, atau
mengelecek bola itu. Hantaran aras dada biasanya digunakan apabila terdapat ruang dan kelajuan diperlukan. Hantaran jenis ini sesuai dilakukan jika tiada pemain lawan menghalang atau berada berdekatan dengan pemain yang akan membuat hantaran dan hantaran itu perlu dilakukan dengan deras.
Rajah 8.5: Contoh hantaran aras dada b. Hantaran lantun Hantaran ini dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas mahupun disekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan ke permukaan gelanggang supaya bola melantun dengan baik untuk diterima oleh rakan yang sudah bersedia untuk menerima bola. Hantaran lantun dilakukan apabila pemain yang memegang bola dihalang oleh pemain lawany ang lebih tinggi atau pemain lawan berada hampir dengannya. Walaupun bola daripada hantaran ini agak lambat sedikit tiba ke tangan penerima, hantaran ini menjadi lebih tepat dan berkesan.
190
c. Hantaran atas kepala Hantaran ini merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas atau disekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas. Hantaran ini merupakan jenis hantaran pantas, di mana bola bergerak pantas melepasi kepala pemain lawan. Hantaran ini sesuai dilakukan oleh pemain yang tinggi, khususnya pemain penyerang dan pertahanan. Hantaran ini juga penting untuk hantaran pendek yang dikawal dekat oleh lawan.Dalamsituasi begini pemain boleh memilih sama ada mahu melakukan hantarantinggi atas kepala ataupun hantaran lantun.
191
Huraikan prinsip asas yang perlu diambil perhatian dalam membuat pergerakan hantaran.
Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Ini bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk mengawal lawannya. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur serang balas. Dalam teknik mengawal, pemain hendaklah mengamalkan gaya peninju (boxers stance) apabila berhadapan dengan pemain yang membawa bola. Kedudukan pengawal pula hendaklah berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri. Pengawal hendaklah menggerakkan secara bergantiganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk mengganggu pergerakan lawan. selain itu, pengawal boleh membuat gerakan secara langkah boxers shuffle (hampir sama langkah galop) semasa mengawal. Apabila mengawal pengelecek, pengawal cuba menepis bola dengan tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan yang bebas pula adalah untuk mengadang jika pengelecek itu menggunakan gerak keliru dan tukar halanya. Pengawal juga boleh memaksa pemain bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai baginya untuk bertindak. 3. Kemahiran menggelecek
Kemahiran mengelecek bertujuan untuk pemain mengerakkan bola dalam gelanggang sebelum pemain membuat hantaran kepada rakannya atau menjaringkan gol. Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantukan bola dengan sebelah tangannya. Pemain yang dapat menguasai dengan baik kemahiran mengelecek ini sudah tentu berkeupayaan bergerak ke sana ke sini di dalam gelanggang dengan berkesan. Tujuan menggelecek adalah untuk membuat jaringan dari dekat, menyimpan bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan, dan bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation).
Dalam melakukan kemahiran menggelecek, pemain hendaklah menggunakan jari untuk mengelecek dan bukan tapak tangan. Pemain juga tidak boleh menampar atau memukul bola untuk mengelecek. Bola hendaklah menyentuh jari-jari pemain secara
192
terkawal. Pemain hendaklah sentiasa mengendurkan pergelungan tangan atau membiarkan pergelangan tangan dalam keadaan relaks. Kepelbagaian ketinggian lantunan bola adalah mengikut kadar kelajuan jarak pemain lawan. Bagi mengelakkan bola daripada dihalang oleh pihak lawan, pemain hendaklah mengawal lantunan supaya rendah dan berhampiran dengan badan supaya membolehkan badan membantu dalam menghalang lawan. Pemain juga hendaklah memastikan bola tidak melantun melepasi pinggang.
a. Menggelecek dengan lantunan rendah Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang berkerumun dekatnya. Kelecek rendah dilakukan dan digunakan untuk mengelakkan bola terlepas daripada penguasaan pemain apabila dicabar atau diasak oleh pemian lawan. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan melindung bola dari dirampas. Dengan melakukan kelecek rendah pemain lawan tidak mempunyai peluang untuk merampas bola itu, kecuali pemain yang mengelecek bola terlepas bola daripada pengawalannya. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala pergerakannya secara mengejut.
b. Menggelecek dengan lantunan tinggi Menggelecek dengan lantunan tinggi dilakukan semasa pemain lawan berada agak jauh daripada pemain yang melakukan kelecek. Menggelecek dengan lantunan tinggi juga digunakan apabila gelanggang terbuka luas tanpa ada pemain yang berada di sekitarnya. Bola digerakkan dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain, termasuk dalam pergerakan menjaringkan gol. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan. Mengelecek bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya. Perbezaan ketara antara kelecek rendah dengan kelecek tinggi ialah dalam kelecek tinggi badan pemain adalah dalam kedudukan yang lebih lurus atau menegak daripada kelecek rendah.
193
4. Kemahiran menjaring Pemain bola keranjang harus cekap membuat jaringan kerana bilangan jaringan adalah aspek yang menentukan kemenangan sesebuah pasukan. Terdapat beberapa jenis jaringan iaitu:
Jaringan lompat merupakan teknik menjaring yang paling menarik dan tepat. Pemain-pemain memerlukan lompatan yang baik dan koordinasi kaki dan tangan untuk melaksanakan pergerakannya secara licin.
194
Semua jaringan boleh dilakukan secara berlari (satu langkah), melompat, ataupun dari satu tempat. Pada asasnya, jaringan kaku dan jarngan lompat hampir sama. Dalam cara jaringan kaku, kedua belah kaki pemain tetap di atas lantai. Bagi jaringan lompat, pemain melompat dari tempat persediaannya dan mengarahkan bola ke sasaran sebaik sahaja ia tiba ke aras lompatan maksimumnya.
195
Jaringan cangkuk juga dikenali sebagai jaringan pivot. Biasanya cara ini diamalkan apabila pemain itu dikawal ketat dan ingin mengatasi lawannya dengan membuat jaringan. Juga, cara ini diamalkan secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan. Pergerakan bola dari tangan pemain ke sasaran adalah dalam bentuk arc.
Selain itu, beberapa prinsip asas menjaring harus diberi perhatian oleh pemain iaitu semasa menjaring, mata hendaklah memandang sasaran. Pemain harus menumpukan perhatian kepada pergerakan menjaring. Gunakan tindakan jarijari untuk mengarahkan bola ke sasarannya dan tangan hampir lurus setelah bola dilepaskan (tindakan ikut lajak). Pemain juga harus bersedia untuk memungut bola semula (rebound ball) jika boleh terlepas dari sasaran.
Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana kemahiran bola keranjang dengan menggunakan pedekatan kaedah TGfU.
196
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola keranjang di Malaysia. 2. Senaraikan jenis kemahiran yang terdapat dalam permainan bola keranjang. 3. Senaraikan 5 posisi pemain bola keranjang. 4. Huraikan kemahiran hantaran. Apakah teknik yang boleh digunakan untuk membuat hantaran? 5. Jelaskan bagaimana teknik mengawal bola dilakukan dalam permainan bola keranjang.
RUJUKAN
Tan Kah Keong, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan bola keranjang sekolah rendah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Bola keranjang. http://enkalang90.wordpress.com Yusoff Ismail. (1994). Bola keranjang. Shah Alam: Fajar Bakti. Krause, J. & Meyer, D. (2008). Basketball skills & drills. 3rd ed. Champaign, IL: Human Kinetics, 2008. Drewett, J. (2008). How to improve at basketball. St. Catarines, Ont.;New York, NY: Crabtree Pub.
197
HASIL PEMBELAJARAN
1. Melakukan sekurang-kurangnya kemahiran bola tampar dengan teknik yang betul dan selamat. 2. Menyenaraikan kesalahan teknik lakuan kemahiran dalam permainan bola tampar. 3. Menyatakan peraturan dan undang-undang asas dalam permainan bola tampar. 4. Menyatakan strategi asas dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bola tampar.
PENGENALAN
Bola tampar merupakan sukan yang dimainkan di kebanyakan negara di dunia. Ciri-ciri permainan ini membolehkan peminatnya untuk menceburkan diri tanpa mengira tahap kecekapan. Sama ada ia dimainkan semasa perkelahan atau dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Permainan ini tetap pantas, bertenaga, menyeronokkan dan mencabar. Bola tampar boleh dianggap sebagai sukan sepanjang hayat dan ia boleh diserapkan kepada semua peringkat umur dan kemahiran. Pada masa kini, bola tampar sangat popular sebagai permainan rekreasi di kalangan liga dalam pertubuhan perniagaan, masyarakat, dan program intramural sekolah.
198
Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1985 di Gimnasium Y.M.C.A, Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof. William J. Morgan (1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Permainan ini berasal dari dua jenis permainan lain, iaitu tenis dan bola keranjang. Prof. Morgan menggabungkan jaring tenis dan bola keranjang. Pada mulanya bola tampar dikenali dengan nama Mintonette, tetapi diubah kepada Volleyball oleh Prof. H.T. Halstead pada tahun 1896.
Walaupun perkembangan bola tampar agak perlahan, ia dikembangkan dengan meluas melalui pergerakan Y.M.C.A.. Kanada merupakan negara luar pertama menerima permianan bola tampar, iaitu pada tahun 1900. Selepas itu ia diperkenalkan ke negaranegara lain seperti Cuba pada tahun 1905, Puerto Rico (1909), Filipina (1910), Uruguay (1912) , China (1913) dan Jepun (1917).
Semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua, anggota-anggota angaktan tentera Amerika Syarikat telah memperkenalkan permainan bola tampar ke Asia dan Eropah. Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang dipertandingkan. Undang-undang permainan dicetak pada tahun 1897, dalam buku panduan The North Amerika YMCA Athletic League. Undang-undang permainan itu telah diubah suai beransur-ansur sejak tahun 1900. Buku undang-undang yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1916 oleh Y.M.C.A. di Amerika Syarikat.
Dalam tahun 1922, Kejohanan Bola Tampar Pertama Y.M.C.A. dimulakan di Amerika Syarikat. Berikutan ini Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928. Sejurus kemudian persatuan-persatuan bola tampar telah ditubuhkan di
Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipna. Perancis, Itali dan Belgium masingmasing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936, 1945 dan 1946. Pada tahun 1947, Federation Internationale de Volleyball (FTVB), persatuan rasmi bola tampar dunia ditubuhkan. Selepas penubuhan FTVB, undang-undang permainan yang berasaskan undang-undang Amerika Syarikat telah dikemaskini dan diselaraskan. Pada masa ini FTVB mempunyai sejumlah 175 anggota persatuan kebangsaan, termasuk Malaysia.
Selepas FTVB ditubuhkan, banyak pertandingan antarabangsa dianjurkan. Pada tahun 1948, Kejohanan Bola Tampar Eropah Pertama diadakan di Rom. Kejohanan Dunia Pertama (bahagian lelaki) diadakan di Prague pada tahun 1949 dan Rusia telah muncul sebagai johan. Kejohanan Dunia Kedua (untuk lelaki) dan pertama kali untuk wanita telah diadakan di Paris dalam tahun 1951. Dalam Kejohanan Dunia Ketiga di Moscow pada tahun
199
1952, ia telah menarik minat 60 000 penonton. Rusia menjuarai kedua-dua bahagian tersebut.
Dalam tahun 1948, bola tampar telah dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik ke-18 di Tokyo, Jepun. Rusia merupakan johan bahagian lelaki dan Jepun sebagai johan bahagaian wanita. Dalam tahun 1965, bola tampar diterima secara rasmi sebagai permainan Olimpik di Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa di Madrid. Berikutan ini bola tampar terus dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik di Mexico City (1984), Seoul (1988) dan Barcelona (1992).
PERKEMBANGAN DI MALAYSIA
Permainan bola tampar diperkenalkan di Pulau Pinang dan Selangor dalam masa yang lebih kurang sama, iaitu pada suku pertama abad ke-20. Di Pulau Pinang, permainan ini diperkembangkan oleh pelajar-pelajar yang baru pulang dari Universiti Chi-Nan, Shanghai. Pasukan Mekanik Pulau Pinang merupakan pasukan bola tampar yang pertama di Pulau Pinang, ditubuhkan di sekitar 1926 hingga 1927. Dalam tahun 1927, pertandingan Liga Bola Tampar Selangor dimulakan. Pertandingan ini melibatkan pasukan-pasukan dari Klang dan Kuala Lumpur. Permainan ini bekembang dengan tertubuhnya Y.M.C.A. Tetapi pada masamasa berikutnya, perkembangan sukan bola tampar di Selangor tidak begitu jelas, dan tidak banyak aktiviti yang dijalankan.
Dalam tahun 1932, Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang ditubuhkan. Beberapa kejohanan kemudiannya telah dianjurkan dan sukan bola tampar menjadi popular seperti badminton dan bola keranjang khususnya di negeri ini. Dalam tahun 1935, pasukan bola tampar yang terdiri daripada orang-orang Cina Malaya telah menyertai Kejohanan Sukan (Mini Olimpik) di seluruh Cina di Shanghai. Peryertaan pasukan ini telah mendorong Persaturn Bola Keranjang dan Bola Tampar Pulau Pinang untuk
memperluaskan pekembangan sukan ini terutama di kalangan masyarakat Cina. Seterusnya ia telah membawa kepada penubuhan Persatuan Bola Keranjang dan Bola Tampar Cina Malaya pada tahun 1935. Persatuan ini telah mengadakan pertandingan antara negerinegeri dalam usaha untuk memperkembangkan sukan bola tampar. Pada bulan April 1937, Kejohanan ini melibatkan behagian lelaki dan wanita. Singapura telah muncul sebagai johan, sementara naib johan ialah Pulau Pinang.
200
Aktiviti sukan bola tampar tergendala semasa Perang Dunia Kedua, tetapi ia dihidupkan kembali selepas perang. Walau bagaimanapun selepas kejohanan antara negeri pada tahun 1951, kegiatan sukan ini terhenti sekali lagi tanpa sebarang pertandingan. Pada tahun 1959, satu usaha untuk memupuk minat terhadap sukan ini dikaji oleh para perwakilan Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam satu mesyuarat di Pulau Pinang. Hasil pertemuan itu, Persatuan Bola Tampar Amatur Malaya ditubuhkan. Persatuan ini telah menganjurkan kejohanan bola tampar kebangsaan (antara negeri) yang pertama pada tahun 1960. Pada tahun 1962, persatuan ini telah bergabung dengan Persekutuan Bola Tampar Dunia dan berikutnya telah menjadi ahli penuh dalam Majlis Olimpik Malaya. Pada tahun 1966, persatuan ini telah menganjurkan kejohanan kebangsaan kedua di Bentong dan bahagian wanita turut dipertandingkan.
Pada tahun 1962, buat pertama kalinya Malaya telah menyertai kejohanan peringkat antarabangsa, iaitu di Sukan Asia Ke Empat di Jakarta. Pada tahun 1965, Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sukan SEA di Kuala Lumpur apabila sukan ini diperkenalkan. Sehingga kini, sukan bola tampar tetap kekal sebagai salah satu acara sukan yang digemari walaupun tahap penglibatan serta prestasinya belum mencapai tahap yang tinggi setanding dengan beberapa sukan antarabangsa.
Gelanggang bola tampar berbentuk segi empat tempat berukuran 18 meter panjang dan luasnya 9 meter (18m x 9m). Ia juga di kelilingi oleh ruang berukuran sekurang-kurangnya 3 meter lebarnya. Ruang ini dipanggil zon bebas. Ruang di atas gelanggang bola tampar mesti bebas dari sebarang gangguan, sekurang-kurangnya 7m atas permukaan gelanggang bola tampar. a) Permukaan Gelanggang Permukaan permainan mestilah rata, mendatar dan seragam. Ia mestilah tidak boleh menyebabkan kecederaan kepada pemain. Pemain dilarang bermain di atas kawasan permukaan yang kasar dan licin. Warna muda juga harus digunakan untuk gelanggang bola tampar di dewan.
201
Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, hanya permukaan kayu atau bahan sintetik sahaja dibenarkan. Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh FIVB. Untuk gelanggang dalam dewan, permukaan permainan mestilah berwarna cerah.manakala Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, warna putih diperlukan untuk garisan. Warna lain yang berbeza di antara satu sama lain,diperlukan untuk gelanggang permainan dan zon bebas. Bagi gelanggang terbuka di luar, kecuraman 5 mm semeter dibenarkan untuk pengaliran air. Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal adalah dilarang. b) Garisan Gelanggang Semua garisan adalah 5cm lebar. Ia mesti berwarna cerah dan lain warnanya daripada lantai dan garisan-garisan lain. Garisan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian: i. Garisan-garisan Sempadan Gelanggang permainan ditanda oleh dua garisan tepi dan dua garisan belakang. Kedua-dua garisan tepi dan garisan belakang ini adalah termasuk di dalam ukuran gelanggang permainan. ii. Garisan Tengah Paksi garisan tengah membahagikan gelanggang permainan kepada dua buah gelanggang yang sama ukuran 9m x 9m. Garisan ini terletak tepat di bawah jaring dan memanjang dari garisan tepi ke garisan tepi. iii. Garisan Serang Pada setiap gelanggang, satu garisan serang di mana dilukis 3m dari paksi garisan tengah, menandakan zon depan. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIV, garisan serang dipanjangkan dengan tambahan garisan putusputus dari garisan tepi,berukuran 15 cm lebar, dilukis 20 cm di antara satu sama lain sepanjang 1.75 m. c) Zon Dan Kawasan Permainan i. Zon Depan Pada setiap gelanggang, zon depannya dihadkan oleh paksi garisan tengah dan belakang garisan serang.zon depan dianggap sebagai pemanjangan menjangkaui garisan tepi hingga hujung zon bebas.
ii.
Zon Servis Zon servis adalah kawasan yang lebarnya 9 m di belakang setiap garisan hujung. Ia dihadkan oleh dua garisan pendek setiap satu 15 cm panjang dan
202
di lukis 20 cm ke belakang garisan hujung sebagai pemanjangan garisan tepi. Kedua-dua garisan pendek ini adalah termasuk dalam lebar zon servis. iii. Zon Penggantian Zon penggantian dihadkan oleh jujuran kedua-dua garisan serang hingga ke meja pencatat skor. iv. Kawasan Memanaskan Badan Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, kawasan memanaskan badan berukuran lebih kurang 3m x 3m, yang diletakkan pada kedua-dua penjuru bersebelahan bangku di luar zon bebas. v. Kawasan Penalti Satu kawasan penalti, anggaran 1m x 1m siap dengan dua buah kerusi, terletak dalam kawasan kawalan, di luar garis unjuran garisan belakang. Ia dihadkan oleh garisan merah berukuran 5 cm.
Garisan belakang
Garisan serangan 3m
18 m
3m
203
Fikirkan mengapa gelanggang permainan sering menjadi salah satu aspek peraturan dan undang-undang dalam sesuatu permainan.
Terletak tegak atas garisan tengah adalah sebidang jaring di mana bahagian atasnya dipasangkan pada ketinggian 2.43 m untuk lelaki dan 2.24 m untuk wanita. Tingginya diukur dari tengah gelanggang permainan. Tinggi jaring (pada kedua-dua garisan tepi) mestilah sama dan tidak melebihi 2 cm daripada ukuran rasminya. Ketinggian rasmi untuk pertandingan peringkat MSSM ialah: Lelaki B-18 Lelaki B-15 Perempuan B-18 Perempuan B-15 L & P B-12 : 2.35 m : 2.25 m : 2.20 m : 2.15 m : 2.00 m
Penanda tepi terdiri daripada dua jalur putih diletakkan secara menegak pada jaring dan diletak tegak atas setiap garis tepi. Ukurannya adalah 5 cm lebar dan 1 m panjang (5cm x 1cm) adalah sebahagian daripada jaring. Antena pula diikat pada pinggir luar setiap penanda tepi. Antena ialah satu rod berukuran 1.8 m panjang dan berdiameter 10 mm, diperbuat daripada fibreglass atau bahan yang serupanya. Antena itu terletak pada sebelah jaring yang bertentangan. 80 cm bahagian atas antena menjangkaui di atas jaring dan ditandakan dengan jalur berukuran 10 cm yang berlainan warna; merah dan putih digalakkan untuk jalur-jalur itu. Kedua-dua antena adalah sebahagian daripada jaring dan menghadkan ruang lintasan atas jaring. Tiang
Tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 0.50-1.00m di luar garisan tepi. Ia berukuran 2.55 m tinggi dan jenis mudah alih sekiranya boleh. Untuk Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB, tiang yang menunjang jaring diletak pada jarak 1 m di luar garisan tepi kecuali dipersetujui oleh FIVB. Tiang itu adalah membulat dan licin, dipasang ke atas lantai tanpa sebarang kabel. Tidak seharusnya mempunyai sebarang penghalang yang merbahaya.
204
a) Susunan giliran (rotation order) Ini merupakan keunikan permainan bola tampar kerana kedudukan 6 orang pemain yang berbeza dan bentuk giliran yang diamalkan. Kedudukan 6 pemain dalam satu pasukan adalah seperti berikut; JARING
Pemain Depan
4 5
Pemain Belakang
3 6
2 1
Zon Servis
Susunan giliran setiap pasukan yang ditetapkan pada permulaan berbaris haruslah kekal di sepanjang set permainan. Tiga pemain iaitu pemain 4 (posisi kiri), pemain 3 (posisi tengah) dan, pemain 2 (posisi kanan) berada di sepanjang jaring dikenali sebagai pemain depan. Manakala tiga pemain lain iaitu pemain 5 (posisi kiri), pemain 6 (posisi tengah), dan pemain 1 (posisi kanan) merupakan pemain belakang. Sebaik sahaj servis dilakukan, pemain dibenarkan bergerak bebas di kawasan gelanggang sendiri dan zon bebas. Apabila pasukan menerima servis mendapat hak untuk membuat servis, pemain akan berputar satu posisi mengikut arah jam. Contohnya:
Pemain 4
Pemain 3
Pemain 2
Pemain 5
Pemain 6
Pemain 1
205
Pemain 2 akan bergerak ke posisi pemain 3, manakala pemain 3 akan bergerak ke posisi pemain 4, begitulah seterusnya. Pemain 6 akan ke posisi 1 akan menjadi pemain yang akan membuat servis.
Jikalau berlaku sesuatu kesalahan pada posisi atau giliran, kesalahan itu akan didenda dengan kekalahan rali dan seterusnya kesalahan dibetulkan. Kelazimannya kesalahan gikiran tersebut akan mudah dikesan oleh pengadil kedua dan pencatat skor. Ini kerana di awal sebelum permainan bermula, pengadil dan pencatat skor telah dimaklumkan senarai kedudukan pemain melalui borang rotation slip yang telah disi dan ditandatanganii oleh pengurus dan ketua pasukan.
b) Bola dalam (ball in) Bola adalah dalam apabila ia menyentuh lantai gelangang bermain, termasuk
garisan sempadannya.
c) Bola Keluar (Ball out) Bola adalah keluar apabila: Sebahagian bola yang menyentuh lantai adalah di luar garisan sempadan gelanggang. Ia menyentuh sesuatu bahan atau objek, di luar gelanggang, siling, atau orang diluar gelanggang. Ia menyentuh antenna, tali, tiang atau bahagian jaring yang berada di luar antenna atau penjuru tepi. Ia berjaya melintasi satah tegak jaring (vertical plane of the net) dengan
Setiap pasukan berhak melakukan tiga pukulan maksimum untuk mengembalikan bola melintasi jaring. Pukulan pasukan termasuk pukulan sengaja oleh pemain dan sentuhan bola secara tidak sengaja. Seorang pemain dilarang memukul bola dua kali berturut-turut, kecuali semasa menghadang (blocking). Sentuhan menghadang tidak diambilkira sebagai satu pukulan pasukan. Selepas sesuatu sentuhan hadangan, pasukan itu berhak melakukan tiga pukulan untuk mengembalikan pihak lawan sebagai serangan balas. bola kepada
206
e) Sentuhan Serentak Dua atau tiga pemain boleh menyentuh bola serentak. Apabila dua pemain dari pasukan yang sama menyentuh bola serentak, ia akan diambilkira sebagai dua satu pukulan kecuali menghadang. Namun jika pukulan serentak dua atau tiga pemain tadi, hanya seorang pemain yang menyentuhnya, maka ia dikira satu sentuhan atau pukulan sahaja.
Untuk sentuhan serentak olek kedua-dua pasukan di atas jaring dan bola masih kekal dalam gelanggang bermain, pasukan yang menerima bola berhak membuat tiga pukulan lagi. Manakala jika sentuhan serentak oleh kedua-dua pasukan dan mengakibatkan bola pegang (held ball), maka ia dikenali sebagai kesalahan serentak dan rali itu dimainkan semula. f) Kesalahan Semasa Bermain Bola Pemain dilarang sama sekali memainkan bola seperti berikut: Empat sentuhan - Sesuatu pasukan memukul bola empat kali sebelum mengembalikan bola kepada pihak lawan. Pukulan larang (irregular hit) - Bola menyentuh bahagian di bawah lutut pemain. Pukulan terbantu (assited ball) - Pemain yang menerima bantuan daripada rakan pasukan atau sebarang objek agar dapat mencapai bola dalam kawasan bermain. Bola pegang (held ball) - Pemain tidak memukul bola dengan betul iaitu bola dipegang, diangkat, dibawa atau dilontar. Dua sentuhan (double contact) - Pemain memukul bola dua kali berturut-turut atau bola menyentuh beberapa bahagian badannya secara berturutan. g) Kesalahan Bermain di Jaring Pemain dilarang bermain di jaring seperti situasi berikut: i. Pemain menyentuh bola atau pihak lawan dalam ruang lawan sebelum atau semasa pukulan serangan pihak lawannya. ii. Pemain masuk ke ruang lawan di bawah jaring dan mengganggu pihak lawan. iii. Pemain masuk gelanggang lawan. iv. Pemain menyentuh jaring.
207
h) Servis pertama bagi sesuatu set Servis pertama untuk set satu dan lima dilakukan oleh pasukan yang ditentukan oleh lambungan duit (toss coin). Set-set lain akan dimulakan dengan servis oleh pasukan yang tidak melakukan servis dahulu dalam set yang sebelumnya. Semasa lambungan duit tersebut, pasukan yang menang akan membuat keputusan untuk sama ada memilih servis, receiving, atau gelanggang.
Peraturan melakukan servis adalah seperti berikut: i. Pembuat servis diberikan masa selama 5 saat untuk membuat servis selepas wisel dibunyikan oleh pengadil pertama. ii. Servis tanpa kebenaran wisel pengadil akan dibatalkan dan diulangi semula. iii. Bola akan dipukul dengan sebelah tangan atau sebarang bahagian lengan selepas bola dilambungkan atau dilepaskan dan sebelum bola itu menyentuh permukaan bermain. iv. Semasa pukulan servis atau melonjak bagi servis melompat, pembuat servis dilarang menyentuh gelangang (termasuk garisan belakang) atau lantai di luar zon servis. Selepas pukulannya, dia boleh memijak atau mendarat di luar zon servis atau di dalam gelanggang.
Kesalahan servis adalah seperti berikut: i. ii. iii. i) Melangar susunan servis Tidak melakukan servis dengan betul Melanggar peraturan percubaan membuat servis.
Kesalahan Pukulan Serang Beberapa kesalahan pukulan serangan (attack-hit fault) adalah seperti berikut: i. ii. iii. Pemain memukul bola dari ruang dalam bermain pihak lawan. Pemain memukul bola keluar. Pemain barisan belakang melengkapkan pukulan serangan dari zon depan dan keseluruhan bola itu berada di atas paras atas jaring semaa pukulan dibuat. iv. Pemain melengkapkan sesuatu pukulan serangan ke atas servis lawan apabila keseluruhan bola itu berada di zon depan dan di atas paras jaring.
208
j)
Kesalahan Menghadang Berikut adalah contoh kesalahan semasa membuat hadangan: i. Penghadang menyentuh bola dalam ruang lawan sama ada sebelum atau serentak dengan pukulan serangan lawan. ii. iii. iv. v. Bola menyentuh penghadang pada bawah lututnya, Menghadang bola dalam ruang lawan dari luar antenna. Menghadang bola servis pihak lawan. Bola dihantar keluar melalui hadangan.
k) Jarak waktu (intervals) Semua jarak waktu antara set termasuk set keempat dan kelima adalah selama 3 minit. Dalam tempoh itu, pertukaran gelanggang dan pendaftaran barisan pasukan di borang skor dilakukan.
Bincangkan dalam forum anda tentang kesalahan yang biasa dilakukan dalam permainan bola tampar
Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada satu lapisan kulit atau kulit sintetik yang fleksibel dengan satu pundi dalamannya diperbuat daripada getah atau bahan yang sama. Warnanya boleh seragam dan cerah atau kombinasi warna-warni. Lilitannya adalah 65-67 cm dan jisimnya 260-280 g. tekanan udara ialah 0.30-0.325 kg/cm2 . Semua bola yang digunakan dalam satu-satu perlawanan mesti mempunyai taraf yang sama dari segi lilitan, berat, tekanan udara,dan jenis warna. Pertandingan Rasmi dan Dunia FIVB
209
termasuk Kejohanan Kebangsaan atau Liga mesti menggunakan bola kelulusan FIVB kecuali dengan persetujuan FIVB.
Memandangkan permainan bola tampar ini melibatkan pergerakan seluruh anggota badan dan memerlukan pergerakan yang pantas dan cepat maka setiap pemainnya akan terdedah dengan pelbagai kecederaan serius yang memberi kesan pada anggota badan. Hal ini kerana, dalam permainan bola tampar ini pemain-pemainnya mestilah bertindak dengan cepat seperti berlari, meniarap, melompat, menanduk, menahan, menumbuk, menampar dan menjatuhkan diri untuk mendapatkan bola daripada terjatuh ke permukaan gelanggang. Pergerakan seperti inilah yang akan memberi impak yang mendalam kepada beberapa anggota badan seperti lutut, kaki, tangan, tapak tangan, bahu, pergelangan tangan dan pergelangan kaki pemain.
210
Biasanya, pemain bola tampar ini mengalami kecederaan ketika sedang mambuat smesy, servis dan sebagainya. Pemain juga berkemungkinan menampar bola dengan sebelah tangan dan kadang-kadang memaksa pemain meniarap untuk menampar bola tersebut yang boleh memberi kecederaan pada bahagian lutut dan juga pergelangan tangan. Selain itu, untuk menahan bola pihak lawan dengan mengangkat tangan setinggi yang boleh untuk menampar atau menahan bola daripada jatuh ke kawasan mereka juga boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian jari dan pergelangan tangan. Keadaan seperti melompat dan mendarat ketika melakukan smesy juga boleh menyebabkan kaki terseliuh. Selain itu, faktor terkena pukulan yang kuat dari pihak lawan juga boleh mendatangkan kecederaan kepada tangan dan muka pemain.
a) Sprained ankle. b) Achilles tendonitis. c) Achilles tendon rupture. d) Shin soreness. e) Stress fracture of the lower leg. f) Knee ligament and cartilage damage. g) Patella tendon injury / jumpers knee. h) Abrasions to elbow and knees. i) j) Injuries to hands and fingers. Shoulder injuries.
Bincangkan dalam forum anda tentang aspek keselamatan dalam sukan bola tampar.
211
Pergerakan adalah asas permainan bola tampar. Setiap pemain harus sentiasa bergerak mengikut situasi semasa permainan; bergerak untuk memainkan bola, bergerak untuk melindungi rakan sepasukan atau bergerak sebagai persediaan untuk fasa permainan yang seterusnya. Permainan bermutu tinggi ditentukan oleh kebolehan dan keupayaan pemain melakukan pergerakan yang tinggi dan berbagai-bagai. Terdapat tiga jenis pergerakan asas seperti berikut:
a) Pergerakan kaki ke hadapan (forward footwork). b) Pergerakan kaki sisi (side footwork). c) Pergerakan kaki ke belakang (backward footwork).
Pergerakan seseorang pemain ditentukan oleh jarak dan masa. Langkah sisi digunakan untuk jarak dekat dan dalam situasi yang mempunyai masa yang mencukupi; langkah silang digunakan untuk jarak lebih jauh dan dengan masa yang lebih singkat, manakala langkah berlari digunakan untuk jarak yang jauh dan masa yang singkat. Dalam semua pergerakan, mata mestilah ditumpukan pada bola.
Kedudukan sedia sebelum bergerak adalah seperti berikut: a) Kedua-dua kaki pada kedudukan yang direnggangkan lebih luas dari bidang bahu dengan satu kaki ke hadapan. b) Berat badan hendaklah pada bebola tapak kaki dengan lutut ke arah dalam. c) Sentiasa bengkokkan lutut. d) Belakang badan hendaklah lurus selesa. e) Tangan bebas di atas aras lutut. f) Tapak kaki sentiasa bergerak sebelum bergerak.
Salah satu asas kejayaan dalam sukan ialah untuk mengetahui dan memahami pola pergerakan di dalam aktiviti berkenaan. Pergerakan dan kemahiran dalam bola tampar biasanya dilakukan dalam tiga postur badan, iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Postur tinggi digunakan semasa melompat untuk merejam bola, mengadang bola pukulan atau hantaran lawan dan membuat hantaran atas. Postur sederhana adalah untuk membuat
212
servis, hantaran atas dan bawah. Postur rendah digunakan semasa membuat diving dan guling di gelanggang.
menyebabkan kecederaan. Pemain seharusnya berlatih pola pergerakan sehingga akhirnya ia menjadi reaksi automatik. Di samping itu, pemain harus menguasai pola pergerakan untuk menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam bola tampar.
a) Semasa melakukan sesuatu kemahiran, pemain mesti mempunyai postur yang betul iaitu sama ada postur tinggi, sederhana ataupun rendah. b) Pemain harus bergerak ke tempat perlakuan, iaitu dengan pergerakan langkah silang, langkah sisi atau langkah ke hadapan atau berlari. c) Pemain mesti tiba di tempat perlakuan dengan cepat untuk menyediakan postur sebelum melakukan sesuatu kemahiran. d) Selepas perlakuan kemahiran, pemain seharusnya kembali pada kedudukan bersedia.
Tinggi
Sederhana
Rendah
Hasilkan satu rancangan latihan kemahiran asas bola tampar. Anda boleh memilih salah satu daripada kemahiran yang terdapat dalam modul ini.
213
2. Merejam
Kemahiran merejam digunakan oleh pasukan serangan untuk mendapatkan mata atau skor. Ia adalah bola yang dihantar dengan membuat smesy ke bawah gelanggang pihak lawan. Perejam berdiri dekat jaring, menghadap arah dari mana bola akan tiba. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayun tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Kemahiran merejam bukan ciptaan Amerika Syarikat walaupun permainan ini berasal dari negara tersebut. Kemunculannya boleh dikesan pada suatu pertandingan bola tampar yang diadakan di Manila. Sebuah pasukan orang asli menarik perhatian orang ramai dengan menaikkan bola tinggi ke udara, dekat dengan jaring sementara seorang pemain orang asli dari tengah gelanggang, menghentam bola ke bawah. Pada masa itu tiada sesiapa pun boleh menahan serangan tersebut, begitu juga tidak terdapat dalam sebarang peraturan yang menghalang penggunaan kaedah ini untuk membuat rejaman. Justeru, kemahiran , merejam dihasilkan dan diaplikasikan dalam variasi kemahiran serangan. Kemahiran merejam boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu kuisan, rejaman perlahan dan rejaman kuat.
Fasa kemahiran merejam: a) Fasa persediaan: Tunggu di garis serangan. Perhatikan pengumpan. Mata melihat bola selepas mengumpan. Berat badan ke hadapan. Bersedia mendekati jaring.
b) Fasa perlaksanaan: Mula mendekati jaring apabila bola berada di point terakhir. Kurangkan jarak dengan beberapa langkah. Dua langkah ahir ke kanan, rapat ke kiri atau melangkah untuk melompat. Lengan dihayunkan ke belakang ke paras pinggang. Kedua-dua lengan menghayun ke hadapan. Kedua-dua lengan menghayun tinggi ke arah bola. Sentuh bola di hadapan bahu yang memukul. Sentuh dengan hujung dua jari yang digabungkan.
214
Sentuh bahagian bawah setengah bola. Sentuh dengan lengan yang lurus.
c) Fasa ikut lajak: Tangan mengikut bola ke sasaran. Mendarat ke atas kedua-dua kaki. Bengkokkan lutut untuk meresap tekanan mendarat.
Dalam permainan bola tampar, terdapat beberapa variasi rejam seperti berikut: a) Rejam dari Belakang Gelanggang (Back Court Spike) b) Rejam Bersilang (Cross Body Spike) c) Rejam Roudhouse i. Lengan merejam diturunkan. ii. Memutar badan jauh dari jaring. iii.Menurunkan lengan bukan merejam. iv.Lengan merejam untuk merejam bola. v. Kaki dan badan ke depan serta merta (snap forward) d) Rejam Pukulan Tinggi e) Rejam Dink 3. Kemahiran Menyelamatkan Bola
Dalam beberapa situasi di mana hantaran bawah tidak dapat digunakan ataupun bola dihantar ke tempat yang sukar untuk diterima atau diselamatkan, maka kemahiran
215
menyelamat bola diperlukan. Antara teknik yang boleh digunakan ialah terjun hadapan dan guling sisi. Terjun hadapan biasanya digunakan oleh pemain lelaki yang sudah lama atau sudah mahir dengan permainan bola tampar, manakala gulingan sisi pula digunakan oleh pemain lelaki dan wanita yang baru atau belum mahir. Kedua-dua teknik menyelamatkan bola ini dilakukan oleh pemain bola tampar.
a) Terjun Hadapan i. Pemain berlari menuju ke arah bola. Pemain tangan kanan membuat terjunan dengan kaki kiri di hadapan. Ini membolehkan tangan kanan dihulurkan ke jarak yang paling jauh. ii. Terjunan dibuat dan kedua-dua kaki ditendang ke belakang dan ke atas. Belakang badan dilentikkan dan kepala diangkat. Bola disentuh di bahagian belakang tapak tangan. iii. Mendarat dengan kedua-dua tangan, sambil siku dibengkokkan untuk menyerap berat badan. iv. Tangan diangkat ke sisi dan pelunjuran dibuat dengan bahagian torso.
b) Guling Sisi i. ii. Bersedia untuk menuju ke arah bola. Langkah yang luas digunakan unutk mendekati bola. Tangan dan kaki yang sama digunakan.
216
iii.
Badan direndahkan untuk menyelamatkan bola. Bola disentuh di sekitar pergelangan tangan atau bahagian dalam lengan atau bahagian atas tapak tangan.
iv.
Mendarat dengan sisi paha dan punggung. Lutut digerakkan ke arah dalam supaya ia tidak menyentuh lantai.
v. vi. vii.
Kedua-dua kaki ditarik ke arah badan. Membuat gulingan. Bersedia semula untuk permainan seterusnya.
Servis merupakan suatu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain, iaitu peservis. Ia juga merupakan salah satu kemahiran terpenting untuk dikuasi oleh semua pemain. Servis bukan sahaja sebagai
pemula permainan, bahkan boleh dianggap sebagai faktor serangan yang berkuasa jika ia digunakan dengan sebaiknya. Terdapat dua jenis servis yang asas iaitu Servis Bawah Tangan (underhand) dan Servis Atas Kepala (overhead).
Servis adalah penting dalam permainan bola tampar. Berdasarkan peraturan bola tampar, sesuatu pasukan mesti berada dalam kedudukan membuat servis supaya dapat memperoleh mata. Pasukan yang mempunyai peservis yang mahir akan mempunyai kelebihan untuk mendapat skor yang dan mengekalkan servis. Semasa peservis membuat
217
servis dengan darjah tertentu, dia boleh memaksa lawannya bermain bola mengikut kehendaknya. Setiap servis yang kuat boleh memaksa penerima yang lemah membuat kesilapan seperti terlepas, membuat faul atau membuat hantaran lemah.
Servis bawah tangan ialah servis yang paling mudah untuk dilakukan. Ia adalah tepat, konsisten, dan memerlukan sedikit daya upaya fizikal sahaja. Pemain yang baru biasanya diajar membuat servis ini kerana dengan tepatnya mereka boleh menghantar bola ke sasaran yang dikehendaki.
Fasa Persediaan: Kedudukan kaki terbuka. Bola pada paras pinggang. Bahu lurus pada jaring. Mata pada bola. Buka tangan pemukul.
Fasa Perlaksanaan: Lengan dihayun ke belakang. Berat badan dipindahkan ke belakang. Lengan dihayun ke hadapan. Berat badan dipindah ke hadapan. Tangan yang memegang menjatuhkan bola. Guna pangkal tangan yang dibuka. Sentuh bola pada paras pinggang. Sentuh bola di bawah tengah belakang bola. Fasa Ikut Lajak: Berat bdan pada kaki hadapan. Lengan ke arah atas jaring. Bergerak masuk ke dalam gelanggang.
218
Servis ini mudah dikuasai oleh ramai pemain. Ia lebih kuat (harder) dan berat (heavier) berbanding servis bawah tangan. Kaedahkaedah membuat servis atas kepala adalah seperti berikut ;
Fasa Persediaan: Berdiri menghadap jaring, dengan kaki berjarak seluas bahu. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan kanan. Pegang bola dalam tangan lambungan (tossing hand) lebih kurang satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan tangan kanan. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand) Fasa Perlaksanaan Bola dilambung di hadapan bahu pemukul. Bola dilambungkan rapat ke badan. Lengan dihayun ke belakang dengan siku ditinggikan. Tangan di telinga. Sentuh dengan pangkal tangan terbuka. Sentuh pada keluasan yang penuh. Tindakan menjolok.
Fasa Ikut Lajak Berat badan pada kaki hadapan. Tiada ikutan lengan. Bergerak ke dalam gelanggang.
5. Mengadang (Blocking)
Menghadang (blocking) merupakan kemahiran yang dilakukan sama ada seorang atau dua orang pemain yang bertujuan untuk. Kemahiran ini merupakan satu kaedah menahan bola dekat jaring. Pemain akan cuba menyekat bola sebaik sahaja pada posisi bola itu melintasi jaring. Penghadangan yang menggunakan kedua-dua belah tangan adalah pertahanan terbaik untuk menahan bola yang direjamkan. Terdapat dua jenis menghadang iaitu menghadang tunggal dan menghadang berganda.
219
Fasa persediaan: Tunggu di jaring. Lihat pengumpan lawan. Tangan di paras bahu. Selepas umpanan, mata tertumpu kepada penyerang lawan. Tempatkan diri anda di hadapan tangan memukul perejam.
Fasa Perlaksanaan: Lompat serta-merta setelah penyerang melompat. Lengan mencapai atas jaring. Tangan melintasi ke gelanggang lawan. Bariskan setengah badan anda di depan bahagian sisi memukul lawan. Undurkan tangan. Mendarat atas kedua-dua kaki. Fasa Ikut Lajak: Bengkokkan lutut untuk melembutkan pendaratan. Beralih daripada jaring. Lihat bola.
Fasa Persediaan: Setelah umpanan, pengadang yang bergerak, menumpukan perhatian kepada pemain yang sedang membuat adangan.
220
Ia juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran jenis ini menggunakan kedua belah tangan. Kegunaannya adalah untuk menerima servis, hantaran, dan serangan pihak lawan. Kemahiran ini juga diaplikasikan apabila semasa bola berada terlalu dekat lantai dan pemain tidak sempat mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala. Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, menyelamatkan
Fasa Persediaan: Tangan bersedia. Kaki kuda-kuda selebar bahu. Lutut bengkok. Lengan selari dengan paha. Belakang lurus. Mata mengikut bola. Fasa Perlaksanaan: Kedua ibu jari selari. Tumit pergelangan tapak tangan dirapatkan. Capai ke arah bola. Jatuhkan bahu rapat ke sasaran. Luruskan badan ke bola. Lakukan pergerakan menjolok ke hadapan dan ke atas. Cungkil pergelangan tangan atau bengkokkan siku untuk mendapatkan ketinggian yang baik. Pergerakan pinggul ke hadapan. Lihat bola menyentuh lengan.
221
Fasa Ikut Lajak: Pelantar lengan diarahkan ke sasaran Lengan tidak tinggi daripada bahu. Pindahkan berat badan ke hadapan. Mata mengikut bola ke sasaran.
Butir-butiran menyangga a) Pastikan ibu-ibu jari sejajar dan tangan memanca jejari. b) Kunci siku-siku dengan melurusklan lengan-lengan dan pergelangan tangan. c) Kaki berjarak dengan sebelah kaki di depan dan bengkokkan lutut untuk menerima hantaran. d) Letakkan kaki luar ke hadapan dan memusing badan untuk menghadap sasaran. e) Menolak ke atas dan terus melalui kaki dengan pergerakan bahu yang minimum. f) Elakkan daripada mengayun lengan ke bola.
g) Pastikan tapak pemukul (platform ) adalah stabil. h) Kendurkan bahagian atas tubuh badan dan hantar bola tinggi.
Variasi menyangga a) Persediaan kedudukan asas b) Hantaran bawah tangan arah sisian (lateral movement) c) Junam dan tangkap (dive and catch) d) Junam dan luncur (dive and slide) e) Junam dan pusing (dive and turn) f) Berguling
Kemahiran asas bola tampar yang perlu dipelajari ialah hantar depan. Kemahiran ini juga dikenali sebagai hantaran bawah atau 'bump'. Biasanya ini adalah kemahiran pertama yang mesti dilaksanakan oleh pasukan anda jika anda belum dipililh untuk memulakan servis. Hantaran ini digunakan untuk menerima servis, menerima rejaman dan memainkan bola pada paras pinggang, ke bawah dan di jaring.
Walaupun hantaran depan selalu digunakan, adalah lebih baik anda mengawal hantaran dengan mengenakan hantaran atas kepala. Dengan itu, jika boleh hantaran atas
222
kepala menjadi pilihan utama. Walau bagaimanapun, sebarang bola laju, seperti servis atau rejaman, mestilah selalu diterima dengan hantaran depan kerana tangan yang terbuka tidak cukup kuat untuk menerima bola yang dipukul kuat. Hantaran depan selalu digunakan untuk menghantar terus kepada rakan pasukan. Ini adalah penting untuk menyerap hentakan bola pukulan kuat serta menghantar bola cara ini boleh membantu rakan sepasukan melaksanakan hantaran atas atau umpanan dalam permainan berikutnya.
Jika anda ingin pasukan anda berjaya, hantaran depan mestilah dilaksanakan sepenuhnya bila menerima bola daripada pihak lawan. Apabila anda melakukan serangan balas, hantaran depan yang tepat amat penting. Untuk melakukan hantaran depan pastikan anda: a) menghampiri bola b) tetapkan posisi anda c) membuat sentuhan, dan d) tumpuan kepada bola ke arah sasaran.
Semasa melakukan balingan lengan hadapan; tangan anda mestilah digabungkan bersama; ibu jari mestilah selari. Siku berpusing ke dalam. Dengan itu, bahagian lengan yang lembut - lurus menghadap siling. Lengan anda selari dengan paha, jauhkan daripada badan. Anda mesti cuba meletakkan badan anda di belakang bola, serapkan daya, dan hantar bola terus kepada sasaran dengan menggunakan badan, melalui kaki yang diluruskan semasa menyentuh bola.
Fasa Persediaan Tangan mesti ditemukan. Kedudukan kaki terbuka ke hadapan dan ke belakang. Kaki selebar bahu. Lutut dibengkokkan. Lengan hadapan selari dengan paha. Belakang lurus. Mata pada bola.
223
Fasa Perlaksanaan lbu jari selari. Tumit tapak tangan ditemukan. Terima bola pada tepi kiri badan. Kaki dilunjurkan sedikit. Pergerakan "menjolok" ke hadapan dan ke atas. Platform condong ke arah hadapan. Pinggul ke bawah dan ke hadapan. Perhatikan bola menyentuh tangan. Fasa Ikut Lajak Tangan tetap ditemukan. Platform mengikuti bola ke sasaran. Tangan tidak tinggi lebih daripada bahu. Pindahkan berat badan ke hadapan. Mata rnengikut bola ke sasaran.
8. Hantaran Atas
Kemahiran hantaran atas membolehkan anda mengawal bola dengan kecekapan yang salngat baik. Anda menggunakan tangan atas untuk menggerakkan bola kepada rakan sepasukan dan jarang sekali digunakan untuk mengembalikan bola ke pihak lawan. Hantaran dilaksanakan buat sementara oleh pengumpan untuk menghantar bola itu kepada penyerang tetapi ia mungkin digunakan oleh pemain untuk memenuhi tugas itu. Anda
mestilah boleh melaksanakan kemahiran sama ada di hadapan atau di belakang tanpa mengubahcara penghantaran.
Hantaran atas biasanya berlaku untuk pukulan bola kedua dalam tiga peringkat serangan. Dalam kebanyakan keadaan serangan, seorang pemain dilantik sebagai pengumpan dan melaksanakan pukulan kedua atau set. Orang ini mestilah penghantar atas yang terbaik bagi satu-satu pasukan. Hantaran atas boleh digunakan oleh pemain ketika menerima sebarang bola tinggi lebih daripada paras bahu dan dating ke arah pemain dengan laju. Anda mestilah menggunakan hantaran atas bila perlu. Jangan biarkan bola jatuh ke paras hantaran depan, kerana hantaran atas adalah cara yang paling berkesan untuk mengendalikan bola.
Untuk melkasanakan hantaran atas, kedudukan sedia ialah menggerakkan langkah, kaki dan bahu dijarakkan, lutut bengkok dan tangan diangkat ke hadapan dahi pada jarak lebih kurang15-20 cm. Ibu jari menghala ke mata. Bentuk tingkap dengan ibu jari dan jari
224
telunjuk dalam sebegitu rupa jari-jari adalah dua kali jaraknya daripada ibu jari. Lihat bola melalui tingkap ini. Adalah sangat penting, bahu diletakkan tegak menghala ke sasaran. Apabila bola menyentuh tangan, tangan hendaklah membentuk mengikut bola dengan hanya dua gabungan tangan dan ibu jari menyentuh bola. Apabila bola menyentuh tangan, lunjurkan tangan dan kaki, pindahkan berat badan mengikut arah hantaran.
Fasa Persediaan: Kedudukan bersedia. Lutut dan punggung dibengkokkan. Bahu tegak ke sasaran. Tangan di hadapan dahi. Membentuk tingkap. Lihat bola melalui tingkap.
Fasa Perlaksanaan: Bentuk tangan mengikut bentuk bola. Sentuh bahagian bawah bola. Sentuh bola dengan bahagian atas temuan jari. Luruskan tangan dan jari. Tangan menghala ke sasaran.
Fasa Ikut Lajak: Tangan dan lengan lurus ke sasaran. Pindahkan berat badan ke sasaran Bergerak ke arah bola.
Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana kemahiran bola tampar dengan menggunakan pedekatan kaedah TGgU.
225
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah bola tampar di Malaysia. 2. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan bola tampar. 3. Lakarkan sebuah gelanggang bola tampar dan letakkan posisi pemain. 4. Apakah ciri-ciri yang menyebabkan bola keluar dalam permainan bola tampar? 5. Nyatakan kesalahan yang sering berlaku ketika bermain di jaring. 6. Huraikan bagaimana kemahiran rejaman dilakukan.
RUJUKAN
Wee, Eng Hoe (1996). Bola tampar. Shah Alam: Fajar Bakti Junaidah Salehudin (Ed) (2009). Bola tampar. 2nd ed. Selangor: Karisma Publications Kenny, B. & Gregory, C. (2008). Bola tampar meniti tangga kejayaan. (Tam Lye Suan). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 2008. USA Volleyball. (2009). Volleyball systems & strategies. Champaign, IL: Human Kinetics. American Sport Education Program. (2007). Coaching youth volleyball. 4th ed. Champaign, IL: Human Kinetics.
226
PENGENALAN
Permainan sepak takraw berasal daripada permainan sepak raga. Permainan ini amat menarik kepada penggemarnya kerana sukan ini mempunyai tarikan yang tersendiri sehingga menjadi satu kegilaan bagi peminat sukan ini dengan aksi libasan dan akrobatik yang merbahaya. Permainan ini digemari oleh semua peringkat umur tidak kira kanakkanak, remaja dan orang dewasa kerana aksi permain yang ditunjukkan menyebabkan orang ramai ingin mencubanya. Permainan ini juga telah diajar di peringkat sekolah rendah dan menengah di negara ini.
Berdasarkan buku sejarah seperti Sejarah Melayu, A History of Pahang tulisan W. Linehan (1973) dan buku Sejarah Pahang tulisan Haji Buyong Adil didapati bahawa sudah terdapat sejenis permianan yang menggunakan bola rotan dimainkan pada zaman kesultanan Melaka. Permainan ini disebut sepak raga dan popular di kalangan remaja
227
zaman itu, termasuk golongan istana. Ia sering pula dimainkan sebagai pertunjukkan dalam acara keramaian. Adakalanya sepak raga bulatan ini dipertandingkan. Dalam buku Sejarah Melayu ada disebut mengenai permainan ini. Anak Bendahara Paduka Raja, iaitu Tun Besar telah mati dibunuh oleh Raja Muhammad anak kepada Sultan Mansor Shah kerana bola raga sepakan Tun Besar terkena destar Raja Muhammad sehingga destar itu terjatuh ke tanah. Ketika itu Tun Besar sedang bermain sepak raga bersama-sama rakannya di sebuah halaman. Sedang mereka asyik bermain, datanglah Raja Muhammad lalu membunuh Tun Besar hingga mati. Berdasarkan kisah tersebut, terbukti bahawa sepak takraw berasal dari negara kita dan merupakan salah satu permainan tertua di dunia. Ia juga adalah peninggalan nenek moyang yang kini lebih merupakan salah satu permainan popular di sini.
Pada zaman dahulu, sepak raga atau sepak raga bulatan dimainkan di suatu kawasan lapang. Caranya ialah dengan menyepak atau menanduk bola raga ke udara bergilir-gilir di antara ahli-ahli dalam satu-satu pasukan yang biasanya terdiri daripada enam orang atau lebih. Pertamanya, setiap ahli dalam pasukan akan membentuk bulatan. Seorang pemain akan memulakan permainan dengan mencampakkan bola raga kepada seorang pemain lain. Pemian itu akan menyepak sebelum memberikan bola itu kepada pemain lain. Sepakan dibuat dengan menggunakan bahagian dalam kaki.
Setiap sepakan akan dihitung. Selain menyepak, mereka boleh juga menanduk, membahu, menggunakan paha, belakang dan apa sahaja anggotan badan kecuali tangan. Matlamat permainan ialah mengekalkan bola raga di udara. Tiada masa dihadkan untuk satu-satu permainan. Setiap kali bola disepak atau ditanduk akan dikira dan mana-mana pasukan yang memperolehi mata terbanyak dikira pemenang. Untuk bermain sepak raga, pemain akan memakai pakaian Melayu lengkap dengan destar atau kain kepala, tetapi hanya memakai selipar atau sekadar berkaki ayam. Ada juga yang hanya memakai sarung dengan berbaju atau bersinglet sahaja. Yang penting setiap pakaian itu tidak menganggu pergerakan mereka semasa bermain.
228
Permainan sepak raga (Jaring/Tuju/Takraw) ialah suatu jenis permainan Melayu Asli yang digubal cara permainannya menurut peredaran zaman dimainkan diantara dua pihak yang mengandungi enam orang pemain. Pemainan yang dicipta di Tanah Melayu pada akhir tahun 1945 setelah tamat Perang Dunia Kedua telah menjadi suatu permainan yang sangat popular dikalangan rakyat Malaysia sama ada di Bandar atau Desa. Meskipun dikenali dengan sebagai permainan sepak raga dan penglibatan pihak-pihak tertentu dengan menokok tambah permainan ini menjadi lebih menarik. Maka lahirlah permainan sepak raga tuju jaring iaitu campuran sepak raga dan sepak takraw yang memerlukan kemahiran yang tinggi semasa bermain.
Sepak raga jaring diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1945. Dalam permainan versi baru ini cara permainannya diubahsuai dan dimainkan oleh enam orang pemain dengan tiga orang sepasukan. Pada peringkat awalnya, tiada peraturan khusus, hanya ubdang-undang mulut sahaja digunakan. Walau bagaimanapun, pengaruh sukan badminton ketika itu telah merubah corak permainan sepak raga kepada permainan yang lebih teratur. Peraturan awal diperkenalkan. Beberapa orang penduduk Pulau Pinang telah berusaha menubuhkan sebuah badan pada peringkat negeri serta persekutuan bagi menggubal segala peraturan dan undang-undangnya. Antara peraturan baru ini, sepak raga dimainkan dalam satu gelanggang yang direntang dengan jaring.
Tiga orang pemain yang merupakan pelopor permainan sepak raga jaring ini ialah Encik Mohamad Abdul Rahman, Encik Abdul Hamid Mydin dan Encik Yaacob Sayyed. Bersama beberapa orang pemain lagi mereka mengadakan permainan pertunjukkan di Gelanggang Hospital Haiwan, Jalan Patani, Pulau Pinang. Perlawanan itu ialah antara pasukan Jalan Hutton dengan pasukan Jalan Patani. Permainan ini mendapat sambutan meriah walaupun banyak yang menganggapnya ganjil. Mulai saat itu, berkembanglah permainan sepak raga jaring ke beberapa tempat di Pulau Pinang. Pada 16 Mei 1946, pertandingan sepak raga jaring pertama diadakan, iaitu di antara pasukan Jalan Hutton bersama pasukan Jalan Patani dengan pasukan Sungai Pinang bagi merebut hadiah daripada Tuan Nyak Din bin Nyak Sham (Allahyarham). Pasukan Jalan Hutton menjadi johan. Tidak lama kemudian, satu pertandingan untuk semua pasukan di Pulau Pinang diadakan. Sebanyak 36 regu atau pasukan turut mengambil bahagian untuk merebut Piala Tuan S.M. Idid. Setelah mendapat sambutan yang menggalakkan di Pulau Pinang, sepak raga jaring diperkenalkan pula ke negeri-negeri lain.
Perlawanan antara negeri pertama diadakan pada bulan November 1946, di antara Pulau Pinang dengan Kedah. Ini diikuti pula dengan permainan antara Pulau Pinang dengan
229
Selangor pada bulan Disember tahun yang sama. Di antara pemain yang turut mempopularkan permainan ini dari Pulau Pinang ke negeri lain ialah Allahyarham P.Ramlee yang mempunyai pasukannya sendiri. Apabila beliau berhijrah ke Singapura, beliau memperkenalkannya kepada rakan seperjuangannya di sana.
Permainan sepak raga jaring ini terus berkembang dari semasa ke semasa dan sikapnya sebagai pengisi masa lapang suatu masa dulu, kini telah diterima sebagai satu bentuk sukan yang diminati khususnya di kalangan masyarakat Melayu. Pertandingan dan perlawanan sepak raga menggunakan jaring ini sering diadakan, dan sambutan yang diterima adalah mengalakkan. Pada 25 Jun 1960 dengan rasminya Persatuan Sepak Raga Malaya (PSRM) ditubuhkan dengan Encik Mohd. Khir Johari (kini Tan Sri) yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu sebagai Presidennya.
Langkah pertama PSRM ialah menggubal dan menyelaraskan undang-undang yang dianggap belum teratur sebelumnya. Langkah kedua ialah mengadakan pertandingan antara negeri-negeri dan Encik Mohd. Khir sendiri telah menghadiahkan sebuah piala dijadikan rebutam. Piala ini ialah Piala Emas Khir Johari. Pertandingan kali pertama diadakan pada tahun 1962. Dalam perlawanan akhir Pulau Pinang telah muncul sebagai johan setelah mengalahkan Singapura. YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri ketika itu, yang juga penaung PSRM telah menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam perlawanan akhir itu. Sejak itu setiap tahun PSRM terus menganjurkan pertandingan untuk merebut Piala Tunku Abdul Rahman, juga di antara negeri-negeri.
Permainan sepak raga jaring juga dimainkan di beberapa negara Asia, khususnya Asia Tenggara. Di Negara Thai permainan ini yang dikenali sebagai takraw saja sudah pun mendapat sambutan yang menggalakkan. Tarikh sebenar kedatangan atau permulaannya permainan sepak raga di Negara Thai tidak pula diketahui. Akan tetapi yang pasti permainan ini sudah pun mendapat tempat di kalangan penduduk negara tersebut.
Persatuan
Takraw
Thailand
telah
pun
dibentuk
dengan
matlamat
untuk
memperluaskan permainan ini ke seluruh pelosok negara tersebut, selain daripada menganjurkan berbagai-bagai pertandingan dan kejohanannya sendiri. Persatuan Takraw Thailand ini dengan kerjasama PSRM sering berusaha mengembangkan permainan ini, dan dalam masa yang sama cuba menyelaraskan permainan ini khususnya dari segi undangundang dan peraturan.
230
Pertukaran nama kepada permainan sepak raga ini dengan sendirinya telah menukarkan semua persatuan sama ada pada peringkat negeri mahupun kebangsaan dan PSRM menjadi Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM). Pertukaran nama ini turut membawa bersama beberapa perubahan. Antaranya ialah penggunaan bola yang lebih besar, dan gelanggang yang lebih kecil. Kalau dalam permainan sepak raga jaring para pemain tidak dibenarkan keluar daripada gelanggang semasa permainan tetapi dalam permainan sepak takraw pemain boleh berbuat demikian. Terdapat juga beberapa perubahan kecil lainnya.
Selain Negara Thai, Singapura, Laos dan Malaysia, sepak takraw juga dimainkan di Indonesia, Brunei Darussalam dan Filipina. Apabila Sukan SEAP diperbesarkan pada tahun 1977 menjadi Sukan SEA, penyertaan begara dalam permainan sepak takraw juga meningkat iaitu dengan kemasukan ketiga-tiga negara ini untuk bertanding dalam permainan sepak takraw. Maka mulai tahun 1977 terdapat enam negara yang bertanding dalam Sukan SEA bagi acara sepak takraw.
Perkembangan sepak takraw pada peringkat Sukan SEA belum dapat dijadikan asas kepada cita-cita PSM dan juga ASTAF untuk menjadikan permainan ini sebagai permainan yang bertaraf antarabangsa. Sebagai jawapan kepada persoalan ini, pada tahun 1980 telah diadakan Kejohanan Sekap Takraw Asia Pertama, di Kuala Lumpur pada 25 hingga 28 Jun 1980. Sebanyak lima buah negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan yang dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Stadium Negara.
Kejohanan peringkat Asia yang pertama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada peminat sukan sepak takraw negara ini. Kejohanan ini juga telah berjaya menarik pihak swasta untuk turut serta menjadi penaja. Ini menampakkan satu petanda baik nerana selama ini agak sukar untuk mendapatkan penaja dalam setiap kejohanan yang dianjurkan. Sejak itu setiap dua tahun pertandingan ini diadakan.
Selain itu, PSM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan telah menghantar pasukan untuk mengadakan perlawanan pertunjukkan di Republik China, Korea Utara dan Hong Kong. Pada setiap tempat yang mereka kunjungi, telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakan daripada penduduk tempatan. Ini adalah satu kejayaan cemerlang pada sukan sepak takraw dalam usaha mereka memperkenalkan permainan ini ke Timur Jauh.
231
Perlawanan-perlawanan pertunjukkan juga telah diadakan dua kali dalam Sukan Asia. Kali pertama ialah pada tahun 1970 semasa sukan itu diadakan di Bangkok, dan kali kedua ialah pada tahun 1982 iaitu di New Delhi. Dalam kedua-dua sukan ini permainan pertunjukkan melibatkan pasukan negara dengan pasukan Negeri Thai. Akan tetapi bersempena dengan Sukan Asia di New Delhi, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Sehingga Perdana Menteri India sendiri iaitu mendiang Puan Indra Gandhi mengesyorkan seluruh rakyat negaranya agar mempelajari permainan ini. Kesan jangka panjang ialah permainan ini telah diterima menjadi acara Sukan Asia tahun 1990 yang lalu manakal negara kita memenangi kedua-dua pingat emas yang dipertandingkan, iaitu acara regu dan pasukan.
1. Gelanggang
Permainan sepak takraw boleh dimainkan di gelanggang terbuka atau gelanggang tertutup. Gelanggang terbuka adalah daripada tanah berumput, tanah berpasir ataupun daripada simen. Seelok-eloknya gelanggang ini hendaklah daripada simen untuk memudahkan pemain. Jika gelanggang daripada tanah atau tanah berumput mungkin tidak sesuai terutamanya apabila musim hujan atau musim panas terik. Bagi gelanggang tertutup pula biasanya ia adalah daripada lantai bersimen atau lantai berkayu atau parquate. Untuk keselamatan pemain-pemain, gelanggang yang berlantai parquay adalah yang paling baik.
Luas gelanggang sepak takraw ialah 13.42m kali 6.1m atau 44 kali 20 kaki. Gelanggang ini hendaklah bebas daripada sebarang rintangan sehingga melebihi 8m dan diukur dari paras lantai. Di keliling gelanggang ini dipagari oleh garisan yang menjadi sempadan gelanggang. Garisan ini tidak lebih daripada 0.004 m atau 11/2 inci.
Di tengah-tengah gelanggang dipisahkan dengan suatu garisan yang dinamakan garisan teras yang juga berukuran 0.02m. Garisan inilah yang memisahkan gelanggang kepada dua bahagian atau petak yang sama besar. Pada tiap-tiap penjuru petak gelanggang, iaitu di garisan teras suku bulatan jejari yang panjangnya 0.9m (3 kaki) disediakan. Penjuru petak ini ialah untuk menempatkan semua pemain apit semasa pasukannya membuat sepakan permulaan atau servis. Bulatan sepak mula atau bulatan tekong yang berukuran 0.31m atau satu kaki jejarinya, hendaklah digariskan di sebelah kiri
232
dan kanan dan diukur daripada pusatnya sejauh 2.45m (8 kaki) ke garisan belakang 4.25m dari garisan tengah dan 3.05m (10 kaki) ke garisan tepi.
Panjang gelangang sepak takraw berukuran 13.4 meter Lebar gelangang sepak takraw berukuran 6.1 meter Luas bulatan sepak mula ialah 6 meter dan berjejari 3 meter Tinggi jaring dengan lantai 1.52 meter Spra bulatan yang berada di sebelah tepi berukuran 9 meter
233
Dua batang tiang hendaklah dipasang di penghujung garisan teras di tengah-tengah gelanggang. Tiang ini tingginya 1.55 m atau 5 kaki 1 inci untuk lelaki dan untuk wanita ialah 1.45 m, dari permukaan lantai dan hendaklah cukup teguh untuk menahan ketegangan jaring. Tiang ini boleh diperbuat daripada kayu ataupun besi, tidak boleh melebihi 0.04 m radius. Tiang ini hendaklah didirikan atau ditempatkan dengan tegak pada jarak 0.3 m (1 kaki) dari garisan tepi serta bertentangan dengan garisan teras.
Jaring untuk permainan sepak takraw adalah lebih kuat dan teguh daripada jaring untuk badminton. Ini penting kerana selain bertujuan membahagikan gelanggang pada dua pihak, ia juga bertujuan untuk menahan dan melantunkan setiap bola yang terkandas ke dalamnya. Untuk permainan ini jaring hendaklah diperbuat daripada tali biasa atau benang nilon dengan siratnya antara 4 cm (1 inci) hingga 5.3 cm (2 inci) lebar. Panjang jaring ialah tidak lebih daripada 6.71 m (22 kaki) dan lebarnya pula tidak lebih daripada 0.72m (2 kaki 4 inci).
Jaring ini hendaklah dijahit dengan kain seakan-akan pita dua lipatan di sebelah atas dan bawah untuk disangga dengan tali atau kabel halus menerusi lipatan tersebut dan ditarik renggang di antara kedua-dua tiang yang didirikan tadi. Tinggi tiang yang diukur dari paras lantai ialah 1.52 m (5 kaki) di bahagian tengah untuk lelaki dan 1.52 m untuk perempuan manakala 1.55 m (5 kaki 1 inci) di bahagian tiang untuk lelaki dan untuk perempuan 1.45 m. Biasanya jaring ini berwarna merah dan putih ataupun hijau dan merah. Di penghujung kedua belah jaring dibubuh pula kayu perentang untuk mengekalkan ketegangan jaring. Untuk membantu ketegangan jaring boleh juga digunakan tali yang diikat dan ditarikkan ke tiang.
234
Ketinggian Tiang hendaklah 1.55 m dari permukaan lantai. Jarak Tiang di antara Garisan Tengah ialah 0.3 m. Panjang Jaring tidak lebih daripada 6.71 m dan lebarnya pula tidak lebih 0.72 m. Ketinggian Jaring dari lantai ialah 0.82 m. Ketinggian di tengah 0.8 m. Jaring dipasang dari paras lantai ke Atas. Jaring rasmi Sepakraga Tuju Jaring ialah Gajah Emas Model EN 18 atau Gajah Emas Model EN 27.
3. Bola Takraw
Dalam permainan sepak takraw sejenis bola yang digunakan. Bola ini dikenali dengan nama bola takraw. Pada peringkat awalnya permainan, yakni permainan sepak raga bulatan, bola yang diperbuat daripada rotan berbentuk bulat digunakan. Bola ini adalah lebih ringan dan kecil daripada bola takraw sekarang. Bola ini mudah melantun apabila disepak atau ditanduk.
Apabila permainan ini mula dimainkan secara gelanggang atau ditukar kepada permainan jaring, bola yang digunakan juga turut diubah. Jalinan rotan adalah lebih tebal dan sudah tentulah beratnya juga turut berubah. Kini bolanya lebih besar sedikit saiznya daripada bola untuk permainan sepak raga jaring dahulunya. Lilitannya adalah antara di antara 0.42 m hingga 0.44 m (0.43 m hingga 0.45 m untuk perempuan). Berat bola takraw ialah di antara 170 gm hingga 180gm (150 gm hingga 169 gm untuk perempuan).
235
W501 - Bola pertandingan (Berat : 178 gm, Jalur hitam) W401 - Bola latihan (Berat : 176 gm, Jalur coklat) W301 - Kegunaan bawah 18 tahun (Berat : 172 gm, Jalur hijau)
Jalinan rotan juga adalah lebih tebal. Kalau sepak raga terdapat beberapa lapis rotan di dalam bolanya, tetapi untuk sepak takraw cuma satu lapisan rotan atau fiber sintetik digunakan. Lapisan rotan ini mempunyai 9 hingga 11 urat dan mempunyai 12 lubang di antaranya dengan 20 pertemuan bersilang.
Bola takraw merupakan peralatan penting dalam sukan ini.Antara jenama terkenal ialah Gajah Emas dan Marathon. Strukturnya berasaskan anyaman plastik yang keras. Namun ia selamat digunakan. Bola sepak raga yang digunakan diperbuat daripada Sintetik dan mempunyai ukuran lilit antara 0.42 m hingga 0.43 mm. Berat bola sepak raga tuju
jaring ialah 185 gm hingga 195 gm. Bola rasmi untuk sepak raga tuju jaring ialah Gajah Emas Prowira 201 (Hijau Kuning) yang diiktiraf penggunaannya.
4. Bilangan Pemain
Bilangan pemain adalah seramai 3 orang setiap bagi regu. Salah seorang pemain berada di belakang dinamakan tekong. Dua orang lagi berada di hadapan, seorang di sebelah kiri (Apit Kiri) dan seorang di sebelah kanan(Apit Kanan). Pemain boleh bertukar posisi semasa permainan dijalankan.
236
Bila perkara batal dilakukan oleh sama ada bahagian sepak mula atau menerima sepak mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan termasuk melakukan sepak mula seterusnya. Mata kemenangan maksima untuk setiap set ialah 21 mata. Permainan dijalankan di dalam 2 set dengan 2 minit rehat antaranya. Apabila kedudukan pada mata 2020, penggunaan mata syiling 25 dijalankan. Kemenangan ditentukan dengan perbezaan 2 mata sehingga mata 25. Jika masing-masing regu memenangi 1 set, permainan akan ditentukan di dalam set ketiga yang dinamakan Tie Break dengan 15 mata. Sebelum Pusingan tie break bermula, pengadil akan membuat undian dan pasukan yang
memenangi undian akan membuat sepak mula. Tukar petak akan berlaku apabila satu regu mencapai 8 mata. 6. Memulakan Permainan
Sepak mula akan dilakukan bagi setiap mata yang diperolehi. Mata akan diperolehi apabila bola dimatikan di gelanggang lawan. Apabila berlaku kesalahan atau batal pihak lawan akan mendapat mata. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membatalkan sepak mula dan juga permainan:
Apit yang membuat campakan, memain-mainkan bola (menghempas, mencampak dan lain-lain cara ) selepas pengadil mengumumkan mata.
237
Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan tengah atau melintasi atau menyentuh jaring semasa membuat campakan untuk servis.
Tekong (server) melompat semasa melakukan sepak mula atau kaki memijak garisan bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
Tekong (server) tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya. Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke gelanggang lawan.
Bola melintasi jaring tetapi jatuh di luar gelanggang. Bola tidak melepasi gelanggang lawan. Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi
Apit yang membuat campakan, mencampakkan bola sebelum Pengadil mengumumkan mata buat kali kedua.
Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau menengking pihak lawan.
Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan Mana-mana bahagian anggota pemain memasuki kawasan gelanggang lawan sama ada di atas atau di bawah jaring kecuali semasa follow through.
Memainkan bola melebihi tiga kali berturutan. Bola menyentuh tangan. Memberhentikan atau mengepit bola di bawah tangan / lengan antara keduadua paha/kaki atau badan.
Sebarang anggota atau peralatan pemain seperti kasut, jersi, pelilit kepala dan lain-lain menyentuh jaring, tiang, kerusi pengadil atau jatuh ke kawasan gelanggang lawan.
Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda. Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu melakukan sepakan.
238
7. Peralatan Permainan
Semua pakaian pemain hendaklah bersesuaian dan menepati ciri-ciri kejohanan sepaktakraw. Mana-mana peralatan yang boleh menolong melajukan bola atau
mempercepatkan pergerakan pemain dan membahayakan pemain adalah dilarang sama sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berlainan. Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set Jersi/T-shirt, yang berwarna cerah dan berwarna gelap. Jika kedua-dua pasukan yang bertanding memakai warna jersi yang sama maka jersi pasukan tuan rumah hendaklah ditukar. Jika dari pasukan yang berlainan negara maka mana-mana negara yang dinamakan dahulu dalam pendaftaran hendaklah menukar jersi.
Pemain hendaklah memakai Jersi/T-Shirt, seluar pendek, stoking, dan kasut sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi. Pakaian adalah merupakan sebahagian daripada anggota badan. Jersi/T-Shirt hendaklah dimasukkan ke dalam seluar. Sekiranya cuaca sejuk, pemain dibenarkan memakai track-suits. Semua pakaian pemain hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap pemain hendaklah memakai nombor jersi (dari 1 hingga 36) yang sama untuk keseluruhan kejohanan. Nombor hendaklah berukuran 19 cm tinggi di bahagian belakang dan berukuran tidak kurang 10 cm di bahagian depan (bahagian tengah dada).
Nama pemain hendaklah berada di belakang bahagian atas nombor pakaian di mana bersesuaian saiz dan nampak jelas semasa siaran untuk tatapan televisyen. Pakaian pemain boleh mempunyai logo penaja di bahagian hadapan pakaian pemain di mana haruslah mengikut peraturan pertandingan. Logo atau lambang melainkan logo pengeluar pakaian tidak boleh diletakkan.
Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri. Pakaian yang tidak mempunyai spesifikasi yang dinyatakan di dalam undang-undang permainan ini, hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak teknikal ISTAF terlebih dahulu.
239
Cara dan teknik melakukan kemahiran tersebut yang dibahagikan kepada 4 fasa iaitu: a) Fasa sebelum sentuhan b) Fasa lakuan awal c) Fasa sentuhan d) Fasa ikut lajak
Sepak sila digunakan untuk mengawal dan menimang bola, membuat hantaran atau umpanan, dan menyelamat serangan lawan. Fasa sebelum sentuhan:
Kaki dibuka seluas bahu, badan tegak, berat badan di kedua belah kaki. Tangan utama memegang bola selari dengan paras bahu, tangan kedua dibuka sedikit.
240
Fasa sentuhan:
Sentuhan berlaku apabila bola di paras lutut. Sentuh bahagian bawah bola dengan bahagian dalam kaki. Pemindahan daya berlaku semasa gerakan kaki utama daripada kedudukan sedia hingga sentuhan dibuat.
Kaki penyokong mengawal berat badan lutut bengkok sedikit. Badan dicondongkan sedikit ke hadapan.
Kaki utama ikut lajak. Kaki penyokong lurus. Badan ditegakkan. Berat badan di atas kedua-dua kaki apabila kaki utama turun ke tanah. Kaki utama mula dibengkokkan (disilakan) ke bahagian sisi kaki penyokong. Berat badan dipindahkan ke penyokong. Kedua-dua tangan dibuka sedikit untuk mendapatkan imbangan.
2. Sepak Kuda
Sepak kuda dilakukan untuk menyelamatkan bola yang jauh dan rendah.
241
Lambung bola melepasi kepala. Tumpuan mata kepada pergerakan bola. Kaki utama mula dibengkokkan ke hadapan pada paras buku lali. Kedua-dua tangan dibuka untuk mendapatkan imbangan. Berat badan pada hujung kaki penyokong.
Fasa sentuhan:
Sentuhan bola dan kaki berlaku apabila bola berada paras buku lali. Pemindahan daya berlaku semasa gerakan kaki utama daripada Kedudukan bersedia hingga sentuhan dibuat. Berat badan berada dihujung kaki penyokong. Badan dicondongkan ke hadapan.
Fasa selepas:
3. Sepak Petik/Cungkil
Sepak petik atau cungkil ini dilakukan untuk mengawal bola yang laju dan rendah.
Kaki dibuka seluas bahu. Badan tegak. Berat badan pada kedua belah kaki. Memandang arah bola datang.
242
Fasa Sentuhan
Sentuhan bola berlaku antara bahagian bawah bola dengan bahagian atas hujung kaki ketika bola di atas paras buku lali. Mata ditumpukan pada bola dan hujung kaki yang hendak membuat sentuhan. Tangan dibuka luas dengan siku dibengkokkan sedikit sambil badan dilentikkan sedikit belakang.
Kaki utama ikut lajak. Kaki penyokong mengawal berat badan. Kedua-dua tangan menjaga imbangan.
4. Sepak Badik
Sepak badik dilakukan untuk menyelamatkan bola yang berada di sisi kanan, kiri, atau belakang semasa kematian langkah (off-position).
Posisi bersedia sama seperti kemahiran asas sepak sila. Lambung bola melepasi kepala. Tumpuan mata kepada pergerakan bola.
Fasa Lakuan:
Kaki yang membuat badik hendaklah digerakkan sebelah kiri jika secara sisi tanpa menukar arah kedudukan lutut.
243
Fasa Sentuhan:
Bola bersentuh antara bahagian bawah bola dengan bahagian sisi luar kaki. Tangan hendaklah dibuka sedikit untuk mendapatkan imbangan. Badan dicondongkan sedikit ke sebelah kiri jika membuat sepak badik dengan kaki kanan dan begitulah sebaliknya jika membuat badik dengan kaki kiri.
Jika bola berada jauh ke belakang, kaki utama diangkat selari dengan paras pinggang. Kaki menyokong hendaklah dibengkokkan sedikit.
Posisi bersedia sama seperti kemahiran asas sepak petik atau cungkil.
Fasa sentuhan:
Sentuhan bola berlaku antara bahagian-bahagian hujung kaki ketika bola berada jauh di sisi kiri atau kanan pemain.
244
6. Memaha
Kemahiran memaha adalah satu teknik menampan atau menahan bola yang dihantar daripada pihak lawan. Memaha biasanya akan disusuli oleh kemahiran sepak untuk menghantar atau melambung bola.
Kedudukan kaki terbuka dan jarak antara dua kaki seluas bahu. Paha digerakkan ke atas dengan membengkokkan lutut, tinggi gerakan ialah tidak melebihi paras pinggang. Kedudukan paha bersudut tepat dengan pinggang.
Fasa Sentuhan.
Sentuhan bola berlaku antara bahagian bawah bola dengan bahagian hujung paha, ketika berada paras pinggang.
Pemindahan daya kepada bola berlaku semasa tumit kaki penyokong dijengketkan.
Untuk mendapatkan imbangan, bengkokkan sedikit badan ke depan supaya berat badan berada di hujung kaki.
245
7. Menanduk Menanduk adalah satu daripada kemahiran Sepak Takraw yang penting. Kemahiran menanduk digunakan untuk menyerap servis daripada lawan dan adakalanya digunakan untuk menghantar bola ke dalam gelanggang lawan dan memematikan servis. Menanduk dilakukan dibahagian dahi, belakang, sisi kiri dan sisi kanan. Selain daripada sepakan, tandukan juga boleh digunakan untuk mengawal, mengumpan, dan merejam.
Kedudukan kaki terbuka seluas bahu dengan satu kaki di depan dan satu kaki di belakang.
Kepala yang menanduk hendaklah didongokkan dan digerakkan ke depan menghala ke arah bola yang datang.
Mata memandang arah bola yang datang dan tempat sasaran bola hendak dihantar.
Fasa lakuan.
Kepala hendaklah ditundukkan dan digerakkan menghala ke belakang dengan satu gerakan daripada leher.
Mata hendaklah memberi tumpuan kepada gerakan kawalan badan. Untuk mendapatkan kuasa tandukan, ia dilakukan dengan melompat. Kedudukan kaki terbuka dan jarak antara dua kaki seluas bahu.
246
8. Tandukan Dahi Bola bersentuh antara bahagian tengah dahi dengan bahagian depan bola untuk rejaman, atau di bahagian bawah bola untuk kawalan dan umpanan kepada rakan.
9. Tandukan Belakang Bola bersentuh antara bahagian atas belakang kepala dengan bahagian depan bola yang mendatang. Rejaman menggunakan kemahiran menanduk amat sesuai sekali ketika bola berada di tengah-tengah jaring atau amat hampir dengan jaring. Tandukan hendaklah dibuat dengan menggunakan bahagian hadapan dahi atau tandukan sisi kiri atau sisi kanan.
247
10. Kemahiran Rejaman Rejaman dilakukan untuk mematikan bole ke dalam gelanggang pihak lawan. Berbagai cara rejaman dilakukan antaranya kilas, lipatan gunting dan gulung. Lazimnya rejaman ini digunakan apabila bola lambungan berada berhampiran dengan jaring.
a) Servis Kuda
Servis ini telah diperkenalkan oleh Thailand. Servis ini telah diterima oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) walaupun pada mulanya telah mendapat tentangan khususnya daripada Malaysia. Ada pihak yang menganggap dengan adanya servis kuda seni permainan Takraw sebahagiannya telah hilang. Fokus permainan lebih tertumpu kepada servis dan membalas servis.
248
Servis ini andalah jenis servis asas. Servis dibuat dengan tujuan untuk menghantar bolah ke bahagian belakang gelanggang
c) Sepak Cangkuk
249
d) Membaling bola servis Tugas membaling bola servis dilakukan oleh apit kiri atau apit kanan. Apit hendaklah mendengar arahan daripada pengadil kejohanan. Apabila selesai sahaja pengadil membuat arahan atau pengumuman apit hendaklah mengambil posisi yang betul dalam suku bulatan. Bola hendaklah dipegang dengan kemas. Tumpuan hendaklah diberikan kepada ketinggian yang diminta oleh tekong Pastikan bola akan sampai daripada jarak balingan yang dibuat
12. Kemahiran Mengadang Menghadang adalah sejenis kemahiran tinggi yang diperlukan oleh pemain. Tujuan menghadang adalah untuk mematahkan rejaman pihak lawan daripada masuk ke gelanggang. Menghadang boleh dilakukan dengan menggunakan paha, kaki, tapak kaki, bahagian badan dan kepala.
250
Hasilkan satu (1) Rancangan Pengajaran harian bagi mana-mana kemahiran sepak takraw dengan menggunakan pedekatan kaedah TGFU.
PENILAIAN KENDIRI
1. Nyatakan dengan ringkas sejarah permainan sepak takraw di Malaysia. 2. Senaraikan kemahiran yang terdapat dalam permainan sepak takraw. 3. Fikirkan tentang ciri-ciri estetika yang terdapat dalam permainan sepak takraw. 4. Huraikan ciri-ciri posisi bagi setiap pemain sepak takraw. 5. Jelaskan bagaimana sistem kiraan mata dibuat dalam permainan sepak takraw. 6. Apakah keadah pemanasan badan yang sesuai dilakukan oleh pemain sepak takraw?
RUJUKAN
Ahmad Wafi Mohamad. (1996). Sepak takraw. Shah Alam: Fajar Bakti, 1996. Mohd Zambri Abd Razak, et al. (_______). Modul latihan sukan untuk guru penasihat kelab sukan sekolah: Sukan sepak takraw sekolah menengah. Kementerian Pelajaran Malaysia.