Anda di halaman 1dari 24

1.1 Pengenalan.

Sebelum melangkah jauh mengenai pilihan teori ilmu lingusitik yang dipilih, moleklah diterangkan mengenai peranan dan definisi bahasa itu sendiri. Bahasa digunakan

untuk dua tujuan utama iaitu menyampaikan maklumat yang terbit daripada akal budi atau pemikiran mereka kepada khalayak sama ada khalayak pendengar atau pembaca, dan juga membolehkan mereka menerima maklumat daripada persekitaraan sama ada dalam bentuk rangsangan lisan atau tulisan. Dengan demikian dapatlah dirumuskan bahawa sesebuah masyarakat tidak dapat dibina tanpa bahasa yang sama-sama difahami oleh angota-angota masyarakat tersebut. Di sini jelas menunjukkan bahawa peranan bahasa yang penting dalam kelahiran sesebuah masyarakat itu kerana

bahasa telah menjadi perantaraan dalam segala aspek perhubungan. Berbalik kepada definisi bahasa, terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisis Baru(1992) bahasa ditakrifkan

sebagai sistem lambang-lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Bahasa juga mengambarkan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun. Menurut buku Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid et al(2006), seorang tokoh bahasa iaitu Harimurti mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang-lambang yang bersifat arbitari yang digunakan oleh anggota sesebuah masyarakat sebagai alasan untuk berkomunikasi sesama mereka, dan juga alat untuk mengidentifikasikan diri mereka. Menurut buku Linguistik Melayu oleh Zulkifley Hamid et al(2006), seorang tokoh bahasa barat iaitu Whorf telah memberikan definisi bahasa iaitu bahasa bukan sahaja alat untuk menyuarakan idea-idea malahan merupakan pembentuk dan penentu ideaidea itu, merupakan program dan penuntun kegiatan mental seseorang, penentu analisis kesan dan sintesis struktur mental seseorang. Melalui definisi-definisi yang diberikan ini, dapatlah dirumuskan bahawa bahasa merupakan alat terpenting dalam seseorang individu kerana ia digunakan dalam pelbagai aspek seperti pembentukan diri, cita-cita, matlamat dan sebagainya.

Seterusnya, dalam memenuhi keperluan bahasa dalam kehidupan masyarakat , pelbagai kajian telah dilakukan dalam bidang bahasa. Pelbagai teori-teori telah muncul mengenai bahasa antaranya teori pemerolehan bahasa. Oleh yang demikian, dalam penghasilan kerja kursus ini akan memfokuskan kepada satu teori pemerolehan bahasa yang dipilih sebagai penanda aras kefahaman pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah dan perkaitan dengannya semasa mengajar kelak dan teori yang dipilih ialah teori behaviorisme. Teori behaviorisme merupakan salah satu bidang kajian psikologi eksperimental yang kemudian diadopsi oleh dunia pendidikan. Meskipun dikemudian hari muncul berbagai aliran baru sebagai reaksi terhadap behaviorisme, namun harus diakui bahwa teori ini telah mendominasi argumentasi tentang fenomena belajar manusia hingga penghujung abad 20.

Menurut teori behaviorisme, belajar dipandang sebagai perubahan tingkah laku, dimana perubahan tersebut muncul sebagai respons terhadap berbagai stimulus yang datang dari luar diri subyek. Secara teoritik, belajar dalam konteks behaviorisme melibatkan empat unsur pokok yaitu: drive, stimulus, response dan reinforcement. Apa yang dimaksudkan dengan drive iaitu suatu mekanisme psikologis yang mendorong seseorang untuk memenuhi kebutuhannya melalui aktivitas belajar. Stimulus yaitu ransangan dari luar diri subyek yang dapat menyebabkan terjadinya respons. Response adalah tanggapan atau reaksi terhadap rangsangan atau stimulus yang diberikan.

Dalam perspektif behaviorisme, respons biasanya muncul dalam bentuk perilaku yang kelihatan. Reinforcement adalah penguatan yang diberikan kepada subyek belajar agar ia merasakan adanya kebutuhan untuk memberikan respons secara berkelanjutan. Disamping itu, pandangan Pavlov, Thorndike, Watson, dan Skiner umumnya telah digunakan secara luas sebagai asumsi dalam pengembangan model-model

pembelajaran, maupun dalam mempreskripsikan strategi pembelajaran yang berbasis pada teori behaviorisme Secara amnya, teori ini bermula apabila timbulnya minat manusia untuk melakukan kajian bagaimana teori-teori bahasa timbul apabila mereka ingin mengetahui

bagaimana bahasa itu wujud, siapa pencipta bahasa dan bagaimanakah bahasa itu boleh menjadi berbagai bagai bentuk. Dalam agama Islam, segala ciptaan itu

datangnya daripada pencipta kita yang maha Agung iaitu Allah s.w.t. Allah itu Maha Kuasa dan kita sebagi umatnya hanyalah perlu mengkaji bagaimana bahasa itu diciptakan melalui kajian-kajian yang dilakukan. Oleh yang demikian, salah satu objektif penghasilan kerja kursus ini ialah menerangkan teori yang dipilih melalui aspek konsep dan huraiannnya, keistimewaan dan kelemahan.

Konsep dan Huraian. Sebelum melangkah jauh kepada jenis teori ilmu linguistik yang dpilih, moleklah terlebih dahulu membincangkan apakah yang dikatakan dengan linguistik. merupakan kajian mengenai bahasa. Mengikut buku Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia oleh Abdullah Hassan(1987) teori Behaviorisme merupakan salah satu bidang bahasa yang berkaitan dengan bidang psikologi iaitu teori yang menyelidik tabiat manusia. Oleh yang demikian sebelum mengkaji dengan lebih terperinci, moleklah terlebih dahulu diterangkan mengenai teori psikologi yang menjadi pencetus kepada lahirnya teori ini. Sebagai contoh, teori psikologi mula diperincikan oleh seorang ahli psikologi iaitu J.B. Watson. Menurut kajian yang dilakukan oleh beliau, psikologi merupakan lakuan dan tidak mementingkan pengalaman sedar. Lakuan hanyalah terletak pada gerakgerak otot dan tidak lebih daripada itu. Penafiannya terhadap sesuatu yang Linguistik

menyebabkan subjektif menyebabkan beliau dapat membuat kajian terhadap perkaraperkara sedar. Oleh yang demikian muncullah sumbangan belaiau iaitu penolakan

terhadap perbezaan jasad dan fikiran. Hal ini juga menyebabkan ramai ahli psikologi menjadikan kajian yang dilakukan beliau sebagai pegangan utama dalam teori ini. Salah seorang pakar psikologi iaitu E.R Guthrie berpendapat psikologi itu melibatkan pembelajaran yang akan berlaku adanya rangsangan dan diikuti dengan gerak balas. Dengan kata lain, sesuatu gerak balas itu berlaku dalam satu keadaan tertentu, maka semasa kita berada di dalam keadaan seperti itu pada masa yang lain, maka kita akan melakukan gerak balas yang sama. tindak balas maka berlakulah pembelajaran. Berdasarkan kajian-kajian psikologi ini maka munculah teori pemerolehan bahasa. Salah satu teori dalam pemerolehan bahasa ialah teori Behaviorisme. terdapat tiga andaian asas Apabila ada rangsangan dan

Menurut buku Rancangan Pengajaran Harian(2010)

mengenai proses pembelajaran iaitu pembelajaran dimanifestasikan dengan perubahan tingkah laku, persekitaraan membentuk tingkah laku dan keadaan kedekatan dan pengukuhan menjadi tunjang dalam menjelaskan proses pembelajaran. Menurut buku

ini lagi, pelopor-pelopor dalam teori ini antaranya Ivan Pavlov, B.F. Skinner, Edward Thorndike dan John Watson menyatakan pembelajaran merupakan penghasilan satu tingkah laku baharu melalui pelaziman. Pelaziman berlaku apabila terdapat interaksi organisme dengan persekitaraan. Menurut tokoh-tokoh ini, tingkah laku boleh dilihat dan dikaji secara sistematik tanpa mengambil kira keadaan dalaman minda seperti pemikiran dan perasaan. Seterusnya, menurut buku ini lagi terdapat dua jenis pelaziman iaitu pelaziman klasik dan pelaziman operan. Pelaziman klasik merupakan proses pembelajaran yang imbul melalui perkaitan antara rangsangan persekitaraan dengan rangsangan yang timbul secara semula jadi. Ia mula diperkenalkan oleh Ivan Pavlov. Beliau telah

membuat kajian kepada seekor anjing bagi melihat kesan pelaziman klasik ini. Pavlov mendapati anjing mengeluarkan air liur bukan hanya ketika diberikan makanan tetapi juga ketika kehadiran pembantunya yang biasa memberikan makanan. Pavlov menamakan proses keluarnya air liur dan kaitannya dengan rangsangan ini sebagai rembesan psikik. Daripada pemerhatian ii beliau menjangkakan sekiranya satu rangsangan tertentu dalam persekitaraan anjing diwujudkan beserta makanan, rangsangan ini nanti akan dapat dikaitkan dengan makanan itu dan pengeluaran air liur. Pavlov telah menggunakan loceng yang dibunyikan setiap kali anjingnya diberi makan. Setelah proses yang sama diulang beberapa kali, anjing tersebut didapati

mengeluarkan air liur setiap kali loceng dibunyikan, walaupun ketika tidak ada makanan disertakan. Bunyi loceng ini asalnya adalah rangsangan neutral bertukar menjadi

rangsangan terlazim yang terhasil selepas dilazimkan bersama makanan, yang merupakan rangsanga tak terlazim. rangsangan tidak terlazim Apabila pasangan rangsangan terlazim dan akhirnya organisme akan mula

ini diulang-ulang,

menunjukkan tindak balas terhadap rangsangan terlazim tersebut. Pavlov menamakan pembelajaran tingkah laku ini sebagai tindak balas terlazim. Terdapat beberapa prinsip yang dikaitkan dengan pelaziman kasik antaranya penghapusan iaitu tindak balas terlazim akan terhapusnya perlahan-perlahan apabila rangsangan terlazim ditiadakan. Yang kedua ialah ialah kemunculan spontan iaitu

kadangkala tindak balas lama akan muncul semula tetapi sifatnya agak lemah walaupun satu pembelajaran tingkah laku yang baharu telah berlaku. Yang ketiga ialah generalisasi rangsangan. Hal ini terjadi apabila individu member tindak balas yang sama ke atas rangsangan serupa yang pernah dialaminya contohnya kanak-kanak kecil bukan hanya takut kepada tikus tetapi semua haiwan yang berbulu. Yang keempat ialah diskriminasi rangsangan iaitu organisme mampu belajar membuat diskriminasi apabila diberikan pelbagai bentuk rangsangan. Yang kelima ialah rangsangan ras

tinggi iaitu satu keadaan apabila perkaitan antara rangsangan yang neutral dengan rangsangan terlazim dapat dikesan. Edward Thorndike pula telah memperkenalkan satu teori pembelajaran dalam teori ini iaitu Teori Hubung Kait. Beliau menekankan peranan pengalaman dalam Beliau menegaskan

mengukuhkan serta melemahkan rangsangan tindak balas.

bahawa tindak balas yang diikuti dengan rasa kepuasan akan mengukuhkan hubungan rangsangan dan tindak balas manakala tindak balas yang diikuti dengan rasa tidak menyelesaikan akan melemahkan hubungan tersebut. Hal ini dijelaskan melalui tiga hukum iaitu hukum kesedian, latihan dan kesan. Hokum kesedian menjelaskan tentang kesediaan seseorang untuk belajar atau sebaliknya. Sekiranya murid bersedia untuk belajar setelah diberikan rangsangan

motivasi maka pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Hubungan rangsangan dan gerak balas menjadi lebih kukuh. Hukum latihan pula menjelaskan semakin banyak kali latihan dibuat, semakin kukuh hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Hukum kesan pula menjelaskan tentang hubungan rangsangan dan gerak balas yang menjadi kukuh sekiranya ia memberi kesan yang menyeronokkan. Sekiranya kesan

pengalaman itu menyakitkan, gerak balas akan lenyap perlahan-lahan. Pelaziman klasik juga dilopori oleh John. B. Watson. Beliau menggunakan

konsep pelaziman untuk membuat kajian tindak balas rasa takut kepada tikus kepada seorang bayi iaitu Albert yang berumur 11 bulan. Watson mengaplikasi bunyi yang sangat kuat sebagai rangsangan tidak terlazim. Pada mulanya Albert tidak

menunjukkan tindak balas takut apabila diberikan seekor tikus putih. Setelah diberikan tikus putih berulang kali dengan disertakan bunyi yang sangat kuat(rangsangan tak

terlazim), Albert mula menunjukkan rasa takut(tindak balas terlazim) kepada tikus putih tersebut. Seterusnya Albert menjadi takut kepada tikus putih(rangsangan terlazim)

walaupun bunyi tersebut ditiadakan. Albert belajar menjadi takut bukan hanya kepada tikus putih tetapi juga kepada objek mainan haiwan yang berwarna putih dan berbulu. Seterusnya ialah pelaziman operan. Pelaziman operan telah dipelopori oleh

B.F.Skinner iaitu suatu kaedah pembelajaran yang berlaku melalui penggunaan ganjaran atau hukuman bai setiap tingkah laku yang dihasilkan oleh murid. Beliau telah menggunakan istilah operan untuk merujuk kepada tingkah laku aktif yang memberi kesan dan akibat kepada pelakunya. Ini bermakna hubungan antara tingkah laku dan akibat daripada tingkah laku itu terbina melalui pelaziman operan. Ia menjelaskan

sebab dan akibat sesuatu tingkah laku pada masa akan datang seterusnya yang akan dihadapi oleh seseorang. Prinsip asas yang dikemukan oleh Skinnerialah sesuatu tingkah laku akan diperkukuhkan sekiranya diberikan pengukuhan dan natijahnya tingkah laku ini akan diulang. Skinner menggunakan istilah pengukuhan dan bukan ganjaran untuk

menjelaskan peningkatan kekerapan tingkah laku. Pengukuhan menjadi rangsangan untuk meningkatkan tindak balas yang diingini dengan syarat diberikan segera selepas sesuatu tindak balas diingini itu ditunjukkan oleh murid secara khusus dan bukan secara umum. Skinner telah mengemukan empat jenis pelaziman operan iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, hukuman dan penghapusan. Penugahan positif ialah hasil yang menyenangkan atau menyeronokkan yang diperoleh selepas sesuatu perbuatan atau tingkah laku ditunjukkan seperti hadiah dan pujian. Peneguhan negatif pula daripada

merujuk kepada penghapusan sesuatu yang tidak menyenangkan akibat

sesuatu tingkah laku. Pemberian dendaan selepas seseorang itu melakukan sesuatu tingkah laku yang tidak diingini disebut dendaan positif. Penghapusan atau dikenali sebagai dendaan negatif berlaku apabila sesuatu hukuman ditarik balik sekiranya murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan positif dan negatif akan

meningkatkan tingkah laku yang diingini manakala dendaan dan penghapusan mengurangkan ingkah laku yang tidak diingini. Menurut Skinner lagi, pelaziman operan

tidak berdasarkan kepada hubungan rangsangan dan tindak balas tetapi hubungan antara tindak balas dan peneguhan. Peneguhan boleh diberikan secar tetap atau

berkala mengikut tindak balas yang ditunjukkan. Terdapat pelbagai bentuk rangsangan peneguhan iaitu peneguh kebendaan iaaitu objek sebenar dijadikan rangsangan peneguhan seperti hadiah atau makanan. Yang kedua ialah peneguhan sosial iaitu mimik muka dan penghargaan lisan yang ditunjukkan untuk menyampaikan maksud positif antaranya sokongan dan pujian. Yang ketiga ialah peneguh aktiviti iaitu peluang untuk menyertai aktiviti yang disukai diberikan kepada murid. Contohnya peluang diberikan untuk menyertai program belajar sambil melawat setelah tugasan dapat diselesaikan. Yang keempat ialah peneguh intrinstik iaitu murid terlibat dengan perubahan tingkah laku akan berasa puas hati dan berbangga dengan apa yang berlaku. Contohnya berasa lega dan seronok setelah dapat menyelesaikan tugasan dengan jayanya. Sebagai tambahan, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi keberkesanan peneguhan antaranya ialah masa. Masa adalah penting untuk diberikan peneguhan sejurus selepas dikesan tingkah laku yang diingini. Yang kedua ialah saiz dan daya tarikan. Semakin besar dan menarik sesuatu bentuk peneguhan, semakin cepat tindak balas itu dipelajari dan lebih kerap akan ditunjukkan. Yang ketiga ialah ketekalan,

penegahan perlu tekal dengan tingkah laku yang diingini walaupun tidak mesti dalam bentuk yang serupa. Peneguhan boleh diberikan mengikut jadual. Yang keempat ialah ialah kawalan rangsangan. Murid berkeupayaan untuk menyedari bila waktunya tindak balas yang sesuai akan ditunjukkan selepas sesuatu rangsangan diberikan. Contohnya murid tahu bahawa mereka hanya boleh keluar berehat selepas bunyi loceng rehat dibunyikan. Yang kelima ialah ialah generalisasi rangsangan. Murid boleh belajar

untuk memberikan tindak balas kepada rangsangan yang serupa. Oleh itu rangsangan boleh digenaralisasikan. Amalan teknik pelaziman operan sesuai diaplikasikan kepada kumpulan muridmurid yang bermotivasi rendah, mempunyai rasa kebimbangan yang tinggi atau pernah mengalami kegagalan. Murid-murid yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi Murid

mungkin perlu distrukturkan untuk membolehkan mereka bertindak lebih baik.

yang bermotivasi untuk belajar boleh digalakkan dengan menggunakan ganjaran untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran asas belajar. Perbandingan antara pelaziman klasik dan pelaziman operan operan dapat dilihat melalui tiga aspek iaitu jenis tindak balas, proses perolehan dan kesesuaian. Aspek yang pertama iaitu jenis tindak balas, pelaziman klasik merupakan secar tindak sedar, refleksif, tindak balas beremosi. Manakala bagi pelaziman operan pula ia

merupakan tindak balas secara sedar yang beroperasi mengikut persekitaraan. Aspek yang kedua ialah, proses perolehan. Proses perolehan bagi pelaziman klasik ialah mewujudkan pasangan rangsangan neutral dengan rangsangan yang menjurus kepada penghasilan tindak balas secara tidak disedari. Manakala pelaziman operan pula berdasarkan kepada hukum kesan dan akibat . Aspek yang ketiga ialah kesesuaian. Kesesuaian bagi pelaziman klasik ialah membolehkan sesuatu jangkaan dan persediaan dibuat untuk sesuatu tingkah laku signifikan manakala bagi pelaziman operan pula membantu murid memperolehi kehendaknya. Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia oleh Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1987) antara ahli-ahli bahasa yang menganuti teori ini ialah Bloonfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks dan mereka berpegang kepada beberapa prinsip pokok terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa antaranya mengikut teori behaviorisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu biasaan. Teori ini berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama seseorang kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak itu memperoleh bahasa daripada ibu bapa dan ahli keluarganya yang lai melalui proses peniruan yang berulang-ulang sejak dia mula belajar menyebut bunyi-bunyi, menyebut perkataan-perkataan dan seterusnya

membentuk ayat-ayat. Mengikut teori ini, pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan atau pengulangan yang banyak kerana penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis yang tidak memerlukan daya mental. Kemahiran berbahasa diperoleh melaui bentuk biasaan sebagaimana kita menguasai kemahiran-kemahiran psikomotor seperti berlari,berenang, memandu dan sebagainya

Yang kedua ialah, golongan behaviuris menekankan bahawa bahasa ialah tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku yang lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Sekiranya tingkah laku manusai berpunca daripada wujudnya rangsangan dan gerak balas, maka bahasa juga lahir sebagai gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. Tegasnya tingkah laku bahasa wujud ketika ucapan terlahir daripada mulut seseorang dan ucapan itu diterima atau didengar dan difahami oleh pendemgar dan sebaliknya. Yang ketiga ialah, golongan behaviuris menekankan bahasa sebagai alat komunikasi, sebab itu mereka menekankan aspek lisan. Bagi Bloomfield, misalnya bahasa adalah sejumlah isyarat atau tanda yang berupa unsure-unsur bunyi yang dinamakan bentuk linguistik. Makna sebagai pancaran fikiran dan perasaan manusia dianggap tidak penting oleh golongan ini kerana bagi mereka, bahasa adalah sematamaa sistem bentuk bukan sebagai himpunan makna yang menjadi symbol pemikiran. Skinner misalnya menekankan bahawa bahasa adalah proses perilaku, hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung kepada ciri-ciri naluri dan manusia mempunyai alat-alat biologis yang boleh berfungsi melahirkan bahasa dan manusia menggunakannya untuk berhubung. Yang keempat ialah golongan behaviuris menekan aspek pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang harus diberikan apabila seseorang pelajar memberikan gerak balas yang betul. Pengukuhan ini telah

diperkenalkan oleh Skinner setelah melakukan kajian terhadap seekor merpati yang telah dikurung di dalam kotak. Ganjaran penting untuk mewujudkan pengulangan.

Apabila pengulangan berlaku, maka wujudlah pembelajaran. Yang kelima, dalam proses pembelajaran bahasa, golongan behaviuris beranggapan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh pelajar adalah kegagalan pelajar itu dalam membentuk biasaan-biasaan yang betul dan mesti diperbetulkan. Menurut buku Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia oleh Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam(1987), teori ini menyumbangkan idea-idea dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teori telah memperkenalkan kaedah Dengar-Sebut yang begitu

popular dan dipraktikkan secara umum.

Berdasarkan kaedah yang diperkenalkan

terdapat beberapa prinsip yang berkaitan dengannya iaitu bahasa adalah lisan dan bahasa adalah komunikasi, maka dalam pengajaran bahasa lisan atau pertuturan mestilah didahulukan dan diikuti kemahiran bacaan dan tulisan. Prinsip yang kedua ialah penguasaan bahasa secara mekanis maka pengajaran mestilah menekankan aspek pengulangan atau latih tubu. Prinsip yang ketiga ialah kemahiran bahasa boleh dikuasai secara pengulangan, maka nahu tidak perlu diajarkan secara langsung atau secara formula kerana yang dipentingkan ialah bentuk biasaan. Prinsip yang keempat ialah bahasa adalah hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas, maka di dalam pengajaran seboleh-bolehnya wujudkan suasana pembelajaran yang boleh menimbulkan rangsangan dan gerak balas. Dengan

demikian alat bantu belajar amat penting. Prinsip yang kelima ialah kesilapan dianggap sebagai kegagalan di dalam membentuk biasaan, maka guru mestilah menjadi model penggunaan bahasa yang sebaik-baiknya. Sekiranya guru tidak mampu menjadi model yang baik, dia harus mencari maklumat-maklumat yang terdiri daripada penutur-penutur jati. Prinsip yang keenam ialah bagi mendorong wujudnya rangsangan dan gerak balas bagi menggalakkan pengulangan dan mengukuhkan atau meneguhkan pembelajaran, ganjaran haruslah diberikan. Tokoh - Tokoh Teori Behavioris Ivan Petrovich Pavlov (1849-1936)

Ivan Petrovich Pavlov telah dilahirkan pada 14 September 1849 di sebuah perkampungan di Ryazan, Russia. Beliau merupakan anak kepada Peter Dmitrievich

Pavlov yang merupakan seorang paderi kampung. Seperti kanak-kanak lain di Ryazan, beliau juga telah dihantar ke sebuah sekolah gereja dan seterusnya telah memasuki sebuah kolej teologi yang melatih bakal-bakal paderi. Setelah beliau membaca buku The Origin Of The Species yang ditulis oleh Charles Darwin serta hasil kerja seorang ahli psikologi Russia, I. M. Sechenov, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan kolej tersebut dan terlibat dalam bidang sains. Beliau kemudiannya telah mengambil jurusan Natural Sciences di University of St-Petersburg. Pavlov sedar subjek yang digemarinya merupakan psikologi dan bersama rakanrakannya, beliau telah berjaya menghasilkan sebuah kertas kerja pertama beliau yang berjudul The physiology Of The Pancreatic Nerves yang kemudiannya dianugerahi pingat emas. Pavlov menamatkan pembelajarannya dengan mendapat ijazah Candidate Of Natural Sciences. Usaha pavlov tidak berhenti di situ sahaja, malah beliau telah melanjutkan pembelajarannya di Academy of Medical Surgery di mana beliau memperolehi satu lagi pingat emas. Hasil dari kejayaan beliau juga, beliau telah menjadi seorang pengarah makmal psikologikal di klinik S. P. Botkin iaitu seorang ahli fizik Russia yang dikenali pada ketika itu. Pavlov telah dianugerahkan dengan Nobel Prize dalam Medicine/Physiology pada tahun 1904 setelah menyiapkan tesis kedoktorannya iaitu The Centrifugal Nerves of The Heart. Tahun 1980 merupakan tahun penting bagi Ivan Petrovich Pavlov setelah beliau telah diminta untuk mengawasi pertubuhan dan menguruskan Department of Physiology di Institute of Experimental Medicine. Di situlah beliau telah menghasilkan kajiannya dan menghabiskan sisa-sisa hidup. Pada tahun yang sama Pavlov telah mendapat gelaran Professor of Pharmacology di Military Medical Academy. Idea utama Pavlov dalam kajiannya adalah berkaitan proses penghadaman, yang menghasilkan satu siri eksperimen mengenai hubungan antara sistem saraf dengan fungsi badan. pavlov juga telah terpilih sebagai ahli dalam Russian Academy of Sciences pada tahun 1907, diberi kepujian kedoktoran di Cambridge University pada tahun 1912 dan beliau juga telah dianugerahkan kepujian Order of the Legion.Pada 27 Februari 1936 Dr. Ivan Pavlov telah meninggal dunia di Leningrad.

Edward Lee Thorndike (1874-1949)

Edward Lee Thorndike telah dilahirkan pada 8 Ogos 1874 di Williamsburg Massachusetts. Beliau merupakan anak kedua Edward Roberts Thorndike yang merupakan menteri Methodist tempatan dan Abbie Ladd Elizabeth Moulton seorang surirumah. Edward Thorndike telah berkahwin dengan Elizabeth Moulton pada 29 Ogos 1900. Mereka berdua telah dikurnia lima orang anak iaitu R. L. Thorndike yang juga telah mengikut jejak langkah ayahnya dengan penglibatan beliau dalam psikologi pendidikan, pengkhususan psikometriks. Thorndike mula berminat dalam bidang psikologi setelah memasuki Wesleyan University pada tahun 1895 dan setelah beliau membaca Principles of Psychology, karya William James. Setahun selepas beliau menerbitkan Animal Intelligence, beliau telah tercalon sebagai presiden America Psychology Assosiation. Pada tahun 1921 beliau telah mendapat tempat yang pertama dalam American Man of Science. Anugerah terakhir yang diperolehi merupakan presiden American Assosiation for the Advancement of Science iaitu pada tahun 1934. Pada tahun 1939, beliau telah bersara dari mengajar di Columbia dan beliau telah bergerak aktif dalam komuniti psikologi sehinggalah kematian beliau pada 9 Ogos 1949.

John Broadus Watson (1878-1958)

John Broadus Watson telah dilahirkan di South Carolina pada 1878 dan telah dibesarkan di sebuah ladang. Ayahnya telah meninggalkan keluarga ketika beliau berumur 13 tahun. Ketika beliau masih muda, beliau merupakan seorang pelajar miskin dan sukar dikawal dan dikatakan mengikut contoh buruk yang telah ditunjukkan oleh ayahnya yang kejam. Namun begitu beliau mempunyai citi-cita serta keberaniaan beliau sendiri. Pada umurnya 16 tahun beliau telah memasuki Furman University. Lima tahun kemudian beliau telah memperolehi Master dan seterusnya menyambung lagi pembelajaran bagi memperoleh ijazah kedoktoran dalam psikologi dan filosofi. Akan tetapi beliau hanya menerima Phd beliau dalam bidang psikologi pada tahun 1903 dan akhirnya beliau telah ditugaskan sebagai seorang profesor di Johns Hopkins University dalam experimental and comparative psychology. Kemudiannya beliau telah menjadi seorang yang beraliran behaviorisme dan banyak belajar biologi, psikologi dan tingkah laku haiwan menerusi hasil kerja Ivan Pavlov. Dari situ, beliau telah belajar mengenai tingkah laku kanak-kanak. Walaupun ianya agak sukar berbanding kajian yang dijalankan ke atas haiwan, namun prinsip yang digunakan adalah sama. Pada tahun 1913 beliau telah menerbitkan satu artikel berdasarkan idea-idea beliau dan menubuhkan sebuah sekolah psikologi. Namun begitu kajian yang telah dijalankan oleh Watson telah tergendala disebabkan oleh perang dunia pertama.

Burrhus Frederic Skinner (1904-1990)

Burrhus Frederic Skinner telah dilahirkan pada 20 Mac 1904 di sebuah pekan kecil Pennsylvania di Susquehanna. Bapa beliau merupakan seorang peguam dan ibunya pula merupakan seorang surirumah yang bijak. Burrhus merupakan seorang yang aktif dan sukakan aktiviti-aktiviti luar serta sangat berminat untuk belajar. Hidupnya tanpa tragedi, akan tetapi seorang adiknya telah meninggal dunia ketika berumur 16 tahun akibat penyakit cerebral aneurysm. Burrhus telah memperoleh BA dalam Bahasa Inggeris di Hmailton Kolej di New York. Beliau sangat berminat untuk menjadi seorang penulis dan telah menghantar beberapa puisi serta cerpen kepada syarikat penerbitan untuk disiarkan ke dalam ke akhbar. Tetapi akhirnya beliau telah berhenti dalam penulisan artikel di surat khabar dan tinggal sementara di Greenwich, New York City sebagai bohemian. Selepas beberapa lama mengembara beliau telah membuat keputusan untuk kembali ke sekolah di Harvard. Beliau telah mendapat Master dalam bidang psikologi pada tahun 1930 dan kedoktoran pada tahun 1931. Beliau meneruskan untuk tinggal di situ untuk menghasilkan kajian sehingga tahun 1939. Pada tahun yang sama beliau telah berpindah ke Minneapolis untuk mengajar di University of Minnesota. Di sana beliau telah bertemu Yvonne Blue dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Mereka mempunyai dua orang anak perempuan di mana anaknya telah menjadi terkenal kerana terlibat dalam kajian yang telah dibuat oleh Skinner. Pada tahun 1945, beliau telah dilantik sebagai pengerusi Psychology Depertment di Indiana University. Pada tahun 1948 beliau telah dijemput ke Harvad dan telah menghabiskan sisa-sisa hidup beliau di sana. Beliau merupakan seorang yang

aktif dalam pelbagai bidang antaranya ialah penulisan buku, sebagai pembimbing bakal-bakal doktor dan juga melakukan kajian-kajian. Walaupun tidak berjaya dalam penulisan puisi dan cerpen namun beliau terpilih sebagai salah seorang penulis buku psikologi terbaik dan salah satu buku beliau ialah Walden II. Beliau kemudiannya telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1990 akibat leukemia

Kelemahan Menurut buku Linguistik Am untuk guru Bahasa Malaysia(1987), terdapat ramai ahli psikologi yang melakukan kajian ini menimbulkan golongan neobehaviorisme iaitu yang sudah mula bergerak meninggalkan teori behaviorisme. Chomsky menyatakan bahawa teori behaviorisme ini hanyalah sebuah dongeng. Baginya, behaviorisme tidak member tempat yang sewajarnya pada akal atau otak manusia. Behaviorisme tidak Beliau

mengindahkan tentang daya pemikiran manusia dalam menguasai bahasa.

menegaskan tentang pentingnya faktor lingkungan kebudayaan dalam penguasaan bahasa itu, sosiobudaya. ianya tidak dapat berlaku dalam keadaan yang kosong dari segi Mungkin kalau diketahui dengan jeas bagaimana kanak-kanak

menguasai bahasa, maka ianya mungkin lebih bermanfaat kepada pngajaran dan pembelajaran bahasa. Ini ternyata lebih member untung dari kajian bagaimana lakuan terbentuk dalam kalangan binatang. Dalam mengkaji bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidaklah dapat dinafikan kanak-kanak menguasai bahasa, maka tidaklah dapat dinafikan kanakkanak banyak menguasai lakuan lisan atau bukan lisan melalui pemerhatian biasa dan meniru lakuan orang dewasa dan kanak-kanak lain. Kanak-kanak tidaklah belajar

melalu sesuatu perancangan bahasa yang rapi dari ibu bapa. Pada peringkat majunya, kanak-kanak itu pandai mengeluarkan ayat-ayat yang belum pernah didengarnya dahulu, atau memahami ayat-ayat tersebut. Kebolehan ini menunjukkan ada proses penting yang tak bersangkut paut dengan maklumat balik dari lingkungan bahasa. Penguasaan yang dikatakan berlaku mengikut pembentukan Menurutnya proses

lakuan lisan melalui pengukuhan itu sama sekali ditolaknya.

penguasaan bahasa itu jelas menunjukkan bahawa pengukuhan, pemerhatian biasa dan sifat semula jadi yang ingin tahu, bergabung dengan sifat mahu meniru merupakan faktor penting, memberi kemungkinan untuk kanak-kanak membuat genaralisasi, hipotesis dan memproses maklumat dalam suatu cara istimewa dan amat kompleks. Semuanya ini sukar diperincikan. Ia mungkin terpendam dan mula berkembang

menurut kematangan sistem saraf bayi itu. Pendapat ini banyak member pengaruh

terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa, tetapi pengaruh sepenuhnya belum begitu ketara pada masa ini. Bagi teori pelaziman operan, Teori ini hanya menekan pada satu kaedah sahaja iaitu mesti menggunakan kaedah cuba jaya iaitu cuba-ralat atau memilih dan menghubungkait untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat dibuktikan apabila seseorang murid itu tidak mempunyai keazaman yang kuat untuk mencuba kaedah ini, maka, gerak balas positif tidak mungkin akan terhasil. Kaedah ini hanya akan digunakan sekiranya murid tersebut berada dalam keadaan terdesak. Pembelajaran tidak akan berkesan jika murid tidak bersedia dan dipaksa untuk belajar. Pembelajaran juga tidak akan berlaku jika tiada ransangan yang diberikan kepada murid tersebut. Sememangnya gerak balas yang diberikan oleh murid akan bertambah baik sekiranya murid tersebut diberikan ganjaran yang bersesuaian. Namun begitu sekiranya ganjaran tersebut diberikan secara berlebihan, kesan gerak balas yang negatif mungkin akan terhasil. Sebagai contoh, murid akan bersifat riak dan bangga diri sekiranya mereka mendapat pujian yang berlebihan. Peneguhan negatif yang diberikan oleh guru akan menghasilkan tingkah laku murid yang diingini, tetapi ia akan membawa kesan yang tidak menyeronokkan kepada murid tersebut. Selain itu,bagi teori pelaziman klasik, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan yang banyak kali. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman. Tambahan pula, pelaziman tetap akan berlanjutan sehingga terdapat disentisasi bersistematik ataupun kaedah lain yang menghilangkan pelaziman tersebut.. Setelah wujudnya pelaziman, pelaziman tersebut akan berlanjutan selamanya. Sebagai contohnya, jikalau murid telah mempunyai pelaziman yang negatif, adalah amat susah untuk menghilangkan pelaziman ini jikalau tanpa sebarang tindakan pemulihan diambil.

Rumusnya, kelemahan kepada teori ini telah membawa kepada kemunculan teori yang seterusnya seperti mentalis dan sebagainya.

Kekuatan. Kekuatan yang terdapat dalam teori behavioris ialah teori ini mementingkan kemahiran lisan berbanding kemahiran-kemahiran yang lain. Contohnya, guru perlu mengajarkan kemahiran lisan terlebih dahulu dan memberikan penekanan kepada kemahiran lisan melalui latih tubi serta dilakukan secara intensif. Selain tiu, guru perlu menyusun bahan pengajaran dari mudah ke susah. contohnya, hukum tatabahasa yang diajar oleh guru tidak perlu dipelajari secara formal. pengajaran dan pembelajaran harus bermula dengan unit yang terkecil dan disusuli unit yang lebih besar. latih tubi yang diberikan mengikut tahap mudah hingga ke tahap yang lebih susah. Seterusnya, guru boleh mempelbagaikan ransangan dan aktiviti tindak balas. Guru boleh menyediakan bahan bantu mengajar seperti gambar-gambar supaya pelajar dapat memberikan tindak balas dan ransangan. Guru juga perlu memberikan ganjaran kepada tindakan yang betul supaya murid mengulang tindak balas yang betul sehingga menjadi tindakan bersifat automatis. Selain itu juga, ganjaran akan mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa. Contohnya, ibu menepuk tangan sambil menyebut perkataan pandai jika kanak-kanak menyebut dengan betul anggota badan tertentu yang ditunjukkan oleh ibu. Kesilapan bahasa dapat diperlbetulkan dengan segera dan bahasa yang betul diperkukuhkan dengan segera untuk mengelakkan menjadi tabiat dan mengukuhkan tabiat yang betul. Sebagai tambaan, rumusan tentang sesuatu yang dipelajari diperoleh melalui peniruan dan latih tubi yang berterusan. Prinsip ransangan dan gerak balas dapat

membentuk perlakuan bahasa yang diingini. ia bermula daripada stimulus yang menyebabkan respon dan mendapat ganjaran.

Perbandingan Teori Behaviorisme dengan Teori Mentalisme. Aspek/Teori Tokoh-tokoh Behaviorisme Ivan Pavlov. B.F.Skinner. John Broadus Watso. Edward Lee Thorndike. Mentalisme Pegangan Bahasa proses tidak mental. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan balas. Bahasa komunikasi. Ganjaran adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa dihuraikan secara struktural. Dalam pembelajaran, adalah alat dan gerak dikuasai melalui dan daya Chomsky. Lennenberg. Miller. Katz. Lakoff. Manusia mempunyai kebolehan semula jadi dalam menguasai bahasa. Ada dua bahagian penting di dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi. Bahasa mempunyai hubungan erat dengan pemikiran. Bahasa kreativiti. Dalam pengajaran, aspek mengandungi ciri-ciri

pengulangan memerlukan

pemikiran dan makna adalah ditekankan dan bukannya

latihan-latihan yang membentuk biasaan. Bahasa diuraikan secara

kesalahan pelajar dianggap sebagai kegagalan di dalam bentuk biasaan

transformatif. Kesalahan kegagalan hipotesis. pelajar tetapi bukanlah percubaan

Kaedah yang dikemukana Prinsip-

Dengar-Sebut

Koda-Kognitif

Lisan diutamakan

Tulisan dan bacaan diutamakan.

prinsip kaedah

Pengajaran

mestilah

Pengajaran

menekankan

menekankan latih tubi. Wujudnya rangsangan balas di dan dalam operasi gerak proses

penerapan pengetahuan. Makna dipentingkan. Kemampuan kreatif pelajar dan huraian

pembelajaran. Guru model bahasa yang sebaik-baiknya Berikan peneguhan semerta terhadap gerak balas

adalah digalakkan. Fungsi guru adalah sebagai pakar rujuk. Tatabahasa formal. diajar secara

pelajar-pelajar untuk tujuan peneguhan. Tatabahasa secara formal. tidak diajar

Jadual. Perbandingan teori behaviorisme dengan teori mentalisme mengikut buku Keadah Pengajaran bahasa Malaysia(1987).

Kesimpulan Teori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya yang menghasilkan tingkah laku. Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut. Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinnerlah yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik.. Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

Anda mungkin juga menyukai