Anda di halaman 1dari 1

Keadaan darurat itu mempunyai beberapa keadaan iaitu: 1.

Aapabila di sana ada suatu darurat yg hakiki pada diri si peminjam itu bukan hanya kerana ingin memperluas dalam keperluan2 yang wajib, ataupun yg hanya untuk menyenangkan diri. Hal ini kerana darurat itu bermaksud suatu keadaan yg tidak dapat dielakkan lagi kalau tidak ia akan membawa kpd kebinasaan diri seperti tidak adanya makanan untuk dimakan atau pakaian yg boleh dipakai, ataupun ubat-ubatan utk merawat penyakitnya yg mesti dicari 2. Keringanan yg dibolehkan ini hanyalah sekadar untuk menutup keperluan diri, tidak boleh lebih dari itu. Misalnya apabila ia hanya memerlukan RM9, tidaklah boleh dia meminjam hingga RM10. 3. Dari segi yang lain, terlebih dahulu dia mestilah berusaha dgn apa cara sekalipun untuk mengelakkan diri drpd mengambil riba spt cuba mendapatkan bantuan drpd sahabat atau saudara terdekat.Sekiranya tidak ada jalan lain selain mengambil riba, dibolehkan tanpa melewati batasan dan sesungguhnya ALLAH maha pengampun.

Dalam hal dan keadaan yang darurat yg tidak dapat dihindari sehingga ia terpaksa bersetuju dgn membayar bunga dalam pinjaman yg diambil, maka dosanya dalam hal spt ini hanya ditanggung oleh si pemakan riba seorang diri.