Anda di halaman 1dari 11

MINGGU KE 9

PENGUDARAAN DI DALAM BANGUNAN


2.0 PENGENALAN Di dalam negara yang beriklim panas-lembap tropika seperti negara kita, tiupan angin atau alir udara diperlukan untuk mempercepatkan peroses sejatan supaya ketidaknyamanan oleh kelekitan kulit dapat dikurangkan. Proses ini sajalah yang didapati amat berkesan untuk memberi kenyamanan kepada kulit di samping penurunan suhu udara yang kerap kali amat sukar untuk dipenuhi sekiranya kita bergantung kepada metoda alami tanpa bantuan alat-alat mekanikal seperti pendingin hawa. Pengudaraan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu disediakan sama ada secara alami atau secara mekanikal. Perkara ini jelas diperuntukkan di dalam UndangUndang Kecil Bangunan Seragam !"# $UBB%& yang menghendaki bukaan-bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Perkara '!$ & hingga $#&, #($ & dan $)& dan # $ & hingga $#& di dalam undang-undang kecil ini la*imnya dikuatkuasakan oleh penguasapengusa setempat terhadap pelan-pelan bangunan yang baru sebagai salah satu syarat kelulusan. Di dalam hal ini kita jarang sekali mempersoalkan sama ada peruntukan yang disediakan di dalam pelan itu pada akhirnya benar-benar diman+aatkan oleh penghuninya ataupun sebaliknya. Kita seringkali bertembung dengan beberapa kes yang melibatkan pengubahsuaian bangunan diluar pengendalian, seumpama penutupan secara kekal telaga udara ,air-wells, pada rumah-rumah teres yang pada asalnya diperuntukkan untuk tujuan pengudaraan dan pencahayaan alami. Di dalam kes untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan, terdapat juga kes pelepasan peruntukan untuk mematuhi perkara '! dan #(, hanya dengan menuliskan di atas pelan bangunan perkataan ,penghawa dingin akan digunakan,. walhal setelah bangunan siap dan diduduki tiada sebarang alat penghawa dingin dipasang dan kalau dipasang sekalipun hanya seketika saja iaitu sewaktu pemeriksaan untuk sijil menduduki sedang dilakukan. -ontoh kes-kes diatas menggambarkan bahawa penguatkuasaan tidak akan berkesan tanpa ke+ahaman terhadap kepentingan setiap peruntukan undang-undang yang berkaitan oleh orang ramai. Untuk menghargai peruntukan-peruntukan bukaan bangunan yang minimum sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang kecil bangunan seragam, kita perlu meneliti beberapa perkara asas yang berhubungkait dengan diri kita dari segi kesihatan dan kenyamanan. Penyediaan bukaan pada bangunan sama ada dalam bentuk telaga udara, jendela, kekisi dan elemenelemen dekorati+ untuk tujuan pengudaraan sebenarnya mempunyai kesan secara langsung dari segi +isiologi khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

Secara tidak langsung pengudaraan juga mepengaruhi suhu dan kelembapan udara di dalam ruang ataupun pada permukaan dinding bilik. Sebenarnya peruntukan penyediaan bukaan minimum sebagaimana yang termalktub di dalam undang-undang kecil bangunan ini masih lagi tidak mencukupi sekiranya tahap kenyamanan sebenar ingin dicapai, khususnya didalam iklim panas lembap tropika seperti negara kita. 0arispanduan perancangan berteraskan iklim menghendaki luas bukaan pada bangunan di sekitar #(1 hingga "(1 dari luas dinding. Undang-undang kecil bangunan seragam pula hanya menghendaki bukaan seluas (1 hingga )(1 dari keluasan lantai. 2yatalah bahawa bukaan yang lebih besar diperlukan untuk pengudaraan alami yang lebih berkesan, bukan sebaliknya iaitu mengecilkan bukaan hingga ketahap kritikal dan memudaratkan. 0ambar $ & menggambarkan contoh bukaan jendela pada rumah tradisional yang la*imnya memiliki bukaan boleh tutup dan juga bukaan kekal yang terdiri dari elemen dekorati+ di bahagian atas jendela.

0ambar $ & 3lemen-elemen dekorati+ yang ber+ungsi sebagai bukaan kekal untuk alirudara alami

3.0 PERANAN PENGUDARAAN DAN ALIR UDARA Kita perlu memahami peranan atau +ungsi pengudaraan dan alir udara terlebih dahulu sebelum kita dapat menghargai betapa pentingnya peruntukan bukaan kepada bangunan yang sewajarnya dipatuhi. Kegagalan kita untuk menilai perkara ini akan menyebabkan kita mengambil ringan kehendak-kehendak asas perancangan bangunan yang sensiti+ kepada iklim dan dapat memberi kenyamanan kepada penghuninya. Berikut ialah peranan-peranan yang asas pengudaraan dan alir udara didalam bangunan4 a& Untuk memenuhi kehendak kesihatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di atas satu paras minimum, iaitu menukarkan udara terpakai dengan udara bersih. Keadaan ini mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan perancangan. b& Untuk menghasilkan kenyamanan termal , iaitu untuk menambahkan kehilangan kalor badan dan mengurangi ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

c& Untuk menyejukkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam ruang bangunan meningkat lebih tinggi dari suhu di luar bangunan.

3.! P"#$%daraa# %#t%& '"'"#%hi &"("r)%a# &"*ihata# Keperluan asas ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Secara mudah kehendak ini bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk perna+asan dan akti+itas-akti+itas lain, serta untuk mencegah kenaikan kadar kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini. Sebagai contoh, sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara,ia mestilah dilengkapi dengan peralatan pengudaraan mekanikal lain yang berupaya mengurangi kandungan karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Syarat-syarat minimum seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam !"# adalah untuk memenuhi +ungsi kesihatan ini. 5leh itu sekiranya kehendak-kehendak ini tidak dipatuhi, perkara-perkara negati+ yang mengancam kesihatan seperti sesak na+as, rasa terpengap dan bau yang tidak di ingini sentiasa mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Suasana tidak nyaman ini kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup semua jendela dan tidak terdapat bukaan kekal diperuntukkan pada dinding atau atap bangunan.

3.2 P"#$%daraa# %#t%& &"#ya'a#a# t"r'a) Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang sentiasa tinggi menyebabkan kulit kita sentiasa terasa lekit dan tidak nyaman. 6enomena iklim panas lembap ini hanya boleh diredakan dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses sejatan pada kulit. Di dalam hal menyediakan keadaan termal yang nyaman iaitu mencegah ketidaknyamanan yang disebabkan oleh kepanasan dan kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya adalah diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan lokasi bukaan. 5leh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat perancangan perlukan penelitian yang mendalam supaya perkara- perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar agakan yang kurang tepat. Perlu juga diingat bahawa kelajuan udara untuk kenyamanan perlu bertambah apabila suhu semakin meningkat. 5leh itu metoda-metoda yang inno7eti+ perlu di+ikirkan agar kenyamanan masih dapat dikekalkan walaupun kesan keikliman meningkat menjadi lebih kritikal khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. /atlamat perancangan kita mestilah mema+aatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam bangunan serta melengkapkan bangunan dengan metoda bantuan sekiranya angin tidak diperolehi. 3.3 P"#$%daraa# %#t%& ("#y"+%&a# *tr%&t%r Udara sebenarnya memiliki kapasiti termal yang rendah. 5leh itu sekiranya sesebuah bangunan tidak berpengudaraan, suhu udaranya tetap berada pada aras suhu permukaan dalam. Suhu

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan luar. 8erdapat perhubungan terus di antara purata suhu permukaan luar dan dalam, iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna dinding luar bangunan berkenaan. Suhu la*imnya meningkat sekiranya warna digelapkan. 8ahap ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti termal, rintangan termal dan julat suhu permukaan luar bangunan. 5leh itu suhu adara didalam bangunan terbukti dipengaruhi oleh ciri-ciri komponen konstruksi atau struktur banguanan. 9asil dari beberapa penyelidikan, telah terbukti bahawa kesan penyejukan oleh pengudaraan sememangnya bergantung kepada perbe*aan suhu luar dan dalam bangunan. Pengudaraan berupaya menurunkan suhu pada bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi penurunan suhu atap dan ruang loteng bangunan.

,.0 MEKANISME PENGUDARAN DAN ALIR UDARA Udara akan mengalir atau bergerak melalui sebuah bangunan hanya sekiranya terdapat perbe*aan tekanan. 8erdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan aliran ini berlaku iaitu4 a& 8ekanan termal iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan. b& 8ekanan angin yang akan mangalirkan angin luaran kedalam bangunan.

,.! -"&a#a# t"r'a) .pabila purata suhu udara di luar dan di dalam bangunan adalah berbe*a, maka perbe*aan ketumpatan juga berlaku dan menyebabkan cerunan tekanan udara secara menegak terbentuk. Sekiranya suhu didalam lebih tinggi dan dua bukaan disediakan, satu pada bahagian atas dan satu lagi pada bahagian bawah dinding, udara akan mengalir keluar pada bahagian atas bukaan yang disebabkan oleh tekanan yang lebih tinggi terbentuk pada bahagian atas ruang bangunan. Sementara itu tekanan rendah terbentuk pada bahagian bawah yang menyebabkan udara dingin mengalir masuk kedalam bangunan. /ekanisme ini dapat memenuhi keperluan kesihatan tetapi tidak berupaya meyebabkan udara bergerak laju untuk memenuhi keperluan kenyamanan termal. Di Pulau Pinang, /ajlis Perbandaran Pulau Pinang biasanya mensyaratkan bangunan dilengkapi dengan serombong asap pada bahagian dapur kecuali dapur gas digunakan dan semua telaga udara tidak dibenarkan ditutup samasekali kecuali dengan penutup boleh ubah dan atap bertingkat yang berbukaan kekal $sila rujuk 0ambar )&. Syarat-syarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyediakan tukaran udara bersih secara semula jadi berlaku tanpa gangguan sepertimana yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

0ambar )4 8elaga udara boleh ditutup dengan atap bertingkat Prinsip tukaran udara menerusi tekanan termal dapat ber+ungsi dengan lebih akti+ lagi sekiranya ketinggian rumah yang lebih dapat diadakan dengan bukaan pada bahagian teratas dan terbawah sekali. Sebagai contoh, konsep ,split le7el, dan isipadu berganda dapat diterapkan dalam perancangan rumah kediaman untuk memastikan kesan yang optimum terhadap pertukaran udara. 0ambar ' menggambarkan bagaimana dapur berperanan sebagai sumber udara panas di dalam sebuah rumah diterapkan dengan konsep isipadu berganda untuk menghasilkan kesan tekanan termal yang lebih berkesan. Udara panas dari dapur akan bergerak keatas dengan lebih berkesan oleh kesan isipadu berganda dan keluar menerusi rongga di puncak atap. Seterusnya udara dingin akan mengalir masuk melalui ruang tamu ke ruang dapur oleh proses perolakan. Prinsip perancangan ini sebenarnya lebih berkesan dari perancangan la*im yang meletakan dapur pada tingkat bawah dan mengharapkan tukaran udara berlaku menerusi bukaan pada tingkat bawah saja.

0ambar '4 Penerapan biayaep isipadu berganda $ 8ekanan termal menjadi lebih berkesan apabila perbe*aan tingginya lebih besar& Satu lagi cotoh penerapan pengalirkan udara secara tekanan termal ialah menerusi prinsip peneduhan dengan menggunakan elemen landskap. 0ambar $#a& menggambarkan peneduhan dan pengudaraan secara terus iaitu pohon-pohon yang rimbun meneduhi atap rumah supaya panas matahari dapat dikurangkan. 0ambar $#b& pula menggambarkan bagaimana udara dingin dari rimbunan pohon-pohon yang berada berhampiran dengan rumah dapat disedut kedalam rumah secara tidak langsung dengan metoda tekanan termal.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

0ambar #a4 Penyejukan secara terus

0ambar #b4 Penyejukan secara tidak langsung ,.2. -"&a#a# a#$i# Salah satu sumber pengudaraan alami ialah tiupan angin yang bertiup dengan kelajuan dan arah yang tertentu. .pabila angin bertiup kearah sebuah bangunan, alirannya yang lurus akan terpecah-pecah dan terlencong keatas dan kesisi bangunan berkenaan. Bahagian bangunan yang menghadap arah angin akan mengalami tekanan dan bahagian yang membelakangi arah angin akan mengalami kesan sedutan. Sekiranya terdapat bukaan pada kedua-dua bahagian bangunan ini, angin akan mengalir masuk menerusi ruang dalam bangunan $sila rujuk gambar #&.

0ambar #4 6enomena tekanan angin Disamping perubahan arah dan kelajuan, kesan-kesan sampingan lain juga akan terjadi apabila angin menghadapi halangan. Salah satu kesan sampingan ini ialah kesan sedutan dan aliran undur yang juga berupaya mengalirkan angin pada arah yang bertentangan tetapi memiliki kelajuan yang bersesuaian untuk kenyamanan. Kesan negati+ ini sebenarnya dapat diman+aatkan untuk tujuan pengudaraan di dalam bangunan. 0ambar :a menunjukkan bagaimana sebuah bangunan tinggi yang diletakkan dibahagian belakang deretan rumah menyebabkan aliran undur

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

terjadi. 0ambar :b pula menggambarkan sekiranya bangunan tinggi ini berada di hadapan, kesan sedutan oleh aliran undur menjadi lebih akti+ lagi.

0ambar :a4 Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah

0ambar :b4 .liran undur oleh halangan dihadapan ,.3. K"*a# ca'(%ra# Dalam keadaan sebenar, tekanan termal dan tekanan angin kerap bertindak bersama untuk menghasilkan alir udara dan pengudaraan didalam bangunan. Pengudaraan oleh kuasa termal bergantung kepada hasil perbe*aan suhu di dalam dan di luar bangunan serta perbe*aan tinggi diantara bukaan yang teratas dan terbawah. Untuk bangunan kediaman, perbe*aan tingginya terlalu kecil iaitu disekitar ) meter saja, menyebabkan keberkesanannya kurang nyata. .pabila keadaan agak panas, kuasa termal terlalu rendah untuk menghasilkan aliran udara yang berkesan, kecuali tandas dan bilik air yang mempunyai paip pengudaraannya sendiri. /etoda ini sebenarnya akan menjadi lebih berkesan sekiranya saloran 7entilasi boleh diadakan untuk bangunan bertingkat dengan mengambil kira ketinggian keseluruhan atau sebahagian bangunan ini. Kuasa termal yang membentuk aliran udara dengan perbe*aan tekanan saja menghasilkan aliran dengan kelajuan yang rendah. .liran udara yang dihasilkan oleh tekanan angin akan mengalirkan angin hampir keseluruh ruangan bilik, sementara aliran oleh kuasa termal hanya tertumpu di bahagian yang berhampiran dengan bukaan saja. Sekiranya kedua-dua makanisme ini dapat dikendalikan menerusi perincian perancangan yang tepat dan dibenarkan bertindak bersama, alir udara yang lebih berkesan dari segi tukaran udara dan kelajuan akan dapat di hasilkan. Sebagai contoh, rumah tradisonal /elayu kerap menerapkan bukaan jendela yang memanjang hingga keparas lantai dan tiada

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

bersiling supaya ketinggiannya menjadi optimum. 5leh yang demikian udara panas akan naik dan terus keluar pada bahagian tebar layar dipuncak atap. .ngin pula akan bertiup merentasi ruang rumah tanpa halangan. Kedua-dua metoda ini saling bantu membantu untuk menghasilkan pengudaraan alami yang paling berkesan. /.0 FAK-0R PERAN1ANGAN 2ANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA Untuk menghasilkan taburan aliran udara yang berkesan di dalam sesebuah ruang +aktor-+aktor yang mempengaruhinya perlulah diteliti terlebih dahulu. 8erdapat dua +aktor utama yang mempengaruhi corak aliran udara di dalam sesebuah bilik4 a. 8aburan tekanan disekeliling bangunan b. ;nersia udara yang bergerak. Keadaan topogra+i,tumbuh-tumbuhan, objek-objek tiga dimensi seperti bangunan dan tembok akan menyebabkan taburan tekanan di sekeliling dan di luar bangunan berubah atau menyebabkan arah asal angin utama melencong. 5leh itu objek-objek seperti tembok dan tumbuh-tumbuhan boleh diterapkan untuk memperbaiki taburan dan arah atau sebaliknya. Sebagai contoh pohon-pohon yang sedang rimbunnya boleh ditanam pada jarak yang sesuai supaya angin akan tertumpu pada arah yang dikehendaki $sila rujuk gambar <&. Kelajuan udara juga boleh ditingkatkan sekiranya angin dibenarkan menumpu melalui dua deretan pokok-pokok sebelum masuk kedalam bangunan $sila rujuk gambar =&.

0ambar <4 Pelencungan angin oleh pohon-pohon

0ambar =4 Kesan penumpuan untuk meningkatkan kelajuan Disamping dua +aktor yang tersebut di atas, terdapat juga +aktor-+aktor geometri yang boleh dikendalikan oleh perekebentuk serta berupaya menentukan corak dan juga kelajuan angin didalam ruang. Berikut ialah +aktor yang berkenaan4

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

a. 5rientasi jendela Berdasarkan kepada beberapa kajian, angin pada arah #: darjah kepada lubang masuk akan bertindak memenuhi seluruh bilik dengan peningkatan kelajuan pada sisi dinding dan pada penjuru bilik. Pengudaraan yang lebih baik dicapai apabila aliran udara bertukar arah di dalam bilik dari aliran yang terus menerus dari lubang masuk ke lubang keluar. Penemuan-penemuan ini amat ber+aedah kerana dapat membantu para peperancangan dari terus terkonkong oleh andaian secara teori yang memerlukan arah angin mestilah menghala tepat kearah dinding dan sekatan- sekatan di dalam ruang akan menjadi penghalang terus aliran angin. 5leh itu orientasi untuk kemasukan angin adalah lebih +leksibel dari orientasi untuk kalor matahari yang agak spesi+ik dan sekatan boleh diadakan tetapi mestilah dapat menghasilkan pengudaraan yang baik. b. Ukuran jendela Sekiranya sebuah bilik itu mempunyai bukaan masuk dan keluar dengan pengudaraan rentas yang baik, kelajuan udaranya boleh dikendalikan dengan menambahkan sais jendelanya. Dengan memperbesarkan bukaan masuk dan keluar secara serentak, kelajuan udaranya juga akan bertambah. Sekiranya sais jendela bilik berbe*a-be*a, kelajuan udara yang lebih tinggi boleh diperolehi dengan sais bukaan keluar yang lebih besar dari bukaan masuk. Keadaan ini boleh diman+aatkan di dalam perancangan bangunan khususnya di dalam mempelbagaikan perancangan +asad disamping memenuhi keperluan pengudaraannya. c. Pengudaraan rentas Pengudaraan rentas dapat dipenuhi dengan menghubungkan ruang pada bahagian sedutan dan tekanan angin. %a*imnya bukaan pada dua sisi dinding yang bertentangan diperlukan untuk membolehkan keadaan ini berlaku. 8etapi di dalam keadaan sebenar, kita mungkin tidak dapat menyediakan bukaan pada sisi yang bertentangan kerana susunan bilik yang tidak mengi*inkannya. >alaubagaimanapun pengudaraan rentas masih boleh berlaku dengan menyediakan dua bukaan pada sisi yang sama dengan syarat aliran angin pada arah oblik. Sekiranya angin datang pada arah !( darjah tepat kepada dinding, aliran udara tidak akan berlaku di dalam bangunan. Sebenarnya pengudaraan yang lebih baik dapat dicapai dengan melengkapkan kedua-dua jendela dengan unjuran menegak $sila rujuk gambar "&.

0ambar "4 /emperbaiki pengudaraan rentas bukaan pada satu sisi.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

Kesimpulannya, perubahan yang menggalakkan masih dapat dicapai oleh bangunan yang memiliki satu bahagian dinding luar seumpama bangunan pejabat atau bilik-bilik darjah, dengan syarat aliran angin mestilah pada arah oblik di antara )(-'( darjah dan bukaan ditambah dengan unjuran menegak tetapi tidak terlalu panjang sehingga mengganggu aliran jendela yang satu lagi. d. %okasi jendela secara menegak Kedudukan jendela pada kedudukan menegak dan perancangan bukaan masuk adalah lebih kritikal dari bukaan keluar, kerana ia akan menentukan corak aliran angin yang akan masuk ke dalam bilik. Ketinggian ambang jendela akan menentukan samaada angin akan bertiup pada *on kediaman atau sebaliknya. Sekiranya ambang jendela terlalu tinggi, sudah tentulah angin tidak akan bertiup pada bahagian kepala saja dan begitulah sebaliknya. Begitu juga jendela yang berbagai jenis berupaya mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan. 5leh itu pilihan yang paling baik dapat dibuat berdasarkan kepada keperluan. Sebagai contoh, jendela ,nako, yang mempunyai bilah-bilah pepisau boleh laras berupaya menyalorkan angin pada arah yang dikehendaki hanya dengan mengubah bilah-bilah pepisaunya $sila rujuk gambar !&.

0ambar !4 .liran dilaraskan oleh jendela boleh laras e.Sekatan dan pembahagian ruang dalam .pabila lebar bangunan melebihi lebar sebuah bilik, pengudaraan untuk setiap bilik la*imnya bergantung bilik-bilik yang lainnya. /asalah ini boleh diatasi dengan meletakkan bilik yang lebih besar menghadap arah angin dan bilik yang lebih kecil pada bahagian belakangnya $ sila rujuk gambar (&.

0ambar (4 Susunan bilik yang optimum 3.0 PENGUDARAAN DAN PERAN1ANGAN BANDAR Pengudaraan alami bergantung sepenuhnya kepada angin yang sedia ada. Seperti yang telah disentuh di dalam bahagian #, keha*iran dan kelajuannya dipengaruhi oleh keadaan persekitan yang sebahagian besarnya ditentukan pada tahap yang lebih asas iaitu di tahap perancangan lagi. 5leh itu adalah penting untuk menanamkan ke+ahaman dan peri pentingnya asas-asas

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN

prinsip pengudaraan secara menyeluruh di dalam aspek perancangan bandar dan wilayah supaya penerapan elemen-elemen perancangan tidak bercanggah dengan keperluan kenyamanan manusia dan seluruh penghuni alam. Perancangan bandar mempengaruhi +aktor+aktor lingkungan sekitar yang penting kepada kenyamanan manusia, terutamanya cahaya matahari, peneduhan, ketinggian bangunan, pengawalan sinar matahari, hujan, debu di luar bangunan dan keadaan pengudaraan di dalam dan di luar bangunan. Ketinggian sesuatu struktur merentasi keratan bandar, jarak bangunan, persamaan dan perbe*aan sais, tinggi, keratan, taburan dan pembahagian tempat lapang dan taman mempengaruhi aliran angin. /atlamat perancangan bandar di kawasan yang beriklim panas lembap tropika ialah mengioptimumkan pengudaraan alami serta memaksimumkan pengendalian peneduhan matahari kepada bangunan, jalan dan tempat permainan. Sesebuah bangunan yang lebih tinggi dari bangunan di sekitarnya boleh mengubah corak aliran angin disekitar bahagian bawah bangunan. 5leh itu pengendalian angin serta hujan yang khusus amat perlu untuk kenyamanan penduduk di sesebuah daerah.

4.0 KESIMPULAN Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diberikan, pengudaraan perlu diadakan didalam bangunan samaada secara alami atau mekanikal. Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan secara alami telah pun tersedia sepertimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam $UBB%& !"#. Ke+ahaman terhadap peranan bukaan $jendela, pintu dan bukaan-bukaan kekal lain& pada bangunan khususnya di dalam menyediakan alir-udara secara alami dan kaitannya dengan kesihatan dan kenyamanan penghuni serta penyejukan ruang dalamam sesebuah bangunan akan dapat menginsa+kan kita agar sentiasa mematuhi kehendak $UBB%& dan kehendak-kehendak penguasa setempat. Kita sepatutnya memperbaiki dan meperluaskan ke+ungsian bukaan secara kreati+ dan bijaksana untuk memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan. 6aktor-+aktor seperti sais, kedudukan bukaan,dan ciri-ciri lain adalah di dalam pengendalian peperancangan, perlu diterapkan dari peringkat awal lagi iaitu semasa diperingkat perancangan bangunan. Disamping itu +aktor-+aktor luaran yang terangkum di dalam aspek perancangan bandar seperti susunatur, peng*onan, kawasan terbuka dan sebagainya juga perlu pertimbangan awal agar tiupan angin dapat diman+aatkan. Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap yang dapat membantu memberi kenyamanan menerusi pengudaraan secara alami juga perlu disepadukan.

Pusat Pengembangan Bahan .jar - U/B

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch FISIKA BANGUNAN