Anda di halaman 1dari 3

Refleksi Pengalaman selama dua minggu di SJK(c) Hwa Min , Tunjang memberikan banyak pengalaman serta pengetahuan yang

luas kepada saya sebagai seorang bakal guru yang akan mencorakkan pemimpin pada masa hadapan. Pihak sekolah memberi kerjasama yang agak baik dalam membantu saya menyiapkan tugasan PBS ini.PK I sekolah ini cikgu Lee Hiang Hin merupakan guru yang amat berpengalaman.Dengan penggunaan takwim yang disediakan oleh beliau menyebabkan kebanyakkan maklumat sekolah tidak susah dicari. Sekolah ini mempunyai laman web sendiri dan juga facebook.Apa yang ingin diyampaikan disini ialah saya berasa amat bangga kerana pernah mengajar di sekolah ini. Secara jujurnya, semasa mengajar di sekolah Alor Setar, saya tidak banyak mempelajari ilmu pengurusan sekolah dan juga cara mengajar.Hal ini kerana budaya sekolah yang agak beza jika saya membuat bandingan.Budaya di sekolah Hwa Min Tunjang dikatakan sebagai sekolah penyayang.para guru mengajar dengan cara yang tidak merah dan pukul pelajar mahupun pelajar dikirakan sebagai pelajar malas dan nakal. Dalam konteks ini, saya telah banyak mempelajari ilmu psikologi kanak-kanak di kelas yang saya ajar. Para guru yang banyak berpengalaman banyak mengajar saya tentang ilmu kanak-kanak.Kebanyakan murid-murid memang memerlukan kasih sayang untuk mengajar mereka daripada memukul tanpa sebab. Tradisi pengajaran masa zaman kecil yang asyik pukul sudah tidak boleh digunakan merupakan suara hati yang ingin saya sampaikan di sini. Melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya sedari bahawa tugas sebagai seorang guru itu bukanlah mudah. Ia memerlukan dedikasi, tanggungjawab, komitmen serta kesabaran yang tinggi bagi mendidik anak bangsa kita menjadi

bangsa yang berguna pada masa akan datang dan bukannya hanya sekadar mengajar mereka mengikut sukatan pelajaran yang telah disediakan. Sebagai seorang guru, kita perlulah bijak berinteraksi dengan komuniti dan masyarakat di sekolah seperti pihak pengurusan sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah, staf-staf sekolah dan juga murid-murid. Hubungan yang baik dengan mereka akan memudahkan lagi objektif membentuk murid-murid seperti yang telah diseru oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya. Selain itu, sebarang

kemungkinan yang akan berlaku seharusnya kita hadapi dengan persediaan yang rapi kerana pekerjaan sebagai seorang guru menuntut kita agar sentiasa bersedia pada setiap masa. Paling utama, sifat seorang guru haruslah bijak menghadapi situasi-situasi genting dengan tindakan yang rasional dan matang. Melalui tugasan yang telah diberikan, saya mendapati Teori Tugas Perkembangan Robert Havinghurst adalah tepat dan bersesuaian pada umur kanakkanak tersebut. Saya dapati kanak-kanak mula belajar melalui tugas tersebut. Robert Havighurst berpendapat bahawa setiap individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan pada setiap tahap perkembangan. Sekiranya tugasan tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya hasilnya akan membawa kebahagiaan kepada individu tersebut. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan pada peringkat yang berikutnya. Havighurst mendefinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Tugasan atau tugas perkembangan ialah satu set kemahiran atau kebolehan yang perlu dikuasai oleh individu. Contohnya, bayi perlu merangkak terlebih dahulu sebelum berjalan (lebih rumit) dimana bayi parlu menyelesaikan masalah merangkak sebelum berjalan iaitu kemahiran yang lebih tinggi. Oleh yang demikian beliau juga percaya bahawa

perkembangan manusia dipengaruhi oleh persekitarannya, nilai-nilai, norma dan budaya masyarakat. Ini kerana, perkembangan kanak-kanak sudah semestinya lebih lancar sekiranya ibu bapa lebih memahami keperluan pembelajaran anak mereka terutamanya membantu dalam proses ini. Objektif yang ingin dicapai melalui PBS dapat difahami dan tercapai dengan adanya kerjasama yang kukuh antara pihak sekolah dan guru-guru di sini. Melalui objektif-objektif tersebut, dapat membantu saya memahami lagi tujuan saya berada di SJK(c) Hwa Min , Tunjang selama dua minggu.Dalam hayat pengajaran selama setahun di sekolah ini.Banyak yang dapat dipelajari.Sungguhpun sekolah ini terletak di luar kawasan luar bandar, akan tetapi segala pengurusan sekolah dan corak pengajaran sekolah adalah jauh lebih baik berbanding dengan corak pengajaran sekolah semasa saya mengajar di sekolah lain. Terdapat juga beberapa guru yang banyak membantu saya dan rakan lain dalam memperoleh maklumat dan sudi berkongsi pengalaman mengajar mereka. Dalam pada itu, mereka sempat memberikan kata-kata semangat dan perangsang agar kami tetap cekal dalam jalan yang kami pilih untuk menjadi guru. Pengalaman yang diceritakan oleh mereka dapat membakar semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan beretika pada masa akan datang.