Anda di halaman 1dari 18

Ayat Aqsam Dan Ayat Amthal

Ayat Aqsam
Definisi

aqsam Menurut bahasa, aqsam merupakan bentuk jamak dari kata qasam yang bermaksud sumpah. menurut istilah aqsam dapat diertikan sebagai ungkapan yang digunapakai bagi memberikan penegasan atau pengukuhan untuk sesuatu percakapan dengan menggunakan kata-kata qasam.

FAEDAH QASAM DI DALAM ALQURAN


Bahasa

Arab mempunyai keistimewaan iaitu kelembutan dalam ungkapan dan uslub bahasanya yang berbagai-bagai, sesuai dengan matlamatnya. Mukhattab bermakna lawan bicara, Ia mempunyai beberapa keadaan dalam ilmu maani yang disebut adrubul khabarthalasah atau tiga bentuk penggunaan kalimah iaitu ibtidai, talabi daninkari.

Ibtidai
Ibtidai

ialah lawan bicara bagi seseorang yang tidak mempunyai pandangan mengenai sesuatu hukum. Maka perkataan yang disampaikan itu tidak perlu kepada penyokong atau penguat

Talabi
Talabi

iaitu syak terhadap sesuatu ketetapan hukum adakah ia sudah diputuskan ataupun tidak. Maka orang seperti ini hendaknya ia menggunakan pertanyaan yang boleh menghilangkan kebimbangannya.

Inkari
Inkari

ialah apabila sesorang itu menginkari atau menolak isi sesuatu hukum. Maka perbicaraan untuk seterusnya harus disertai dengan katakata penguat sesuai dengan kadar keingkarannya.

Qasam merupakan salah satu penguat perkataan yang masyhur untuk memperkukuhkan kebenaran sesuatu di dalam jiwa. Al-Quran diturunkan untuk semua manusia, dan manusia itu mempunyai sikap yang pelbagai terhadapnya. Antaranya ada yang meraguinya, ada yang mengingkarinya, dan ada pula yang membencinya.

Maka

dengan itu, gunalah qasam dalam kalamullah. Tujuannya adalah untuk menghilangkan rasa kebimbangan, melenyapkan kesalah fahaman, membina hujah, menguatkan khabar dan menetapkan hukum dengan cara yang paling sempurna.

JENIS- JENIS QASAM


Berbentuk

zahir secara jelas, tegas berbentuk mudmar iaitu tersirat.

Qasam Zahir
Zahir (jelas, tegas) Ialah sumpah yang didalamnya disebutkan fiil qasam dan muqsam bih. Dan ada pula fiil qasamnya digantikan dengan huruf-huruf qasam (ba ta dan wawu). Contoh: Iwur pyJu)9$# Qqu/ N%& Iw ptB#q=9$# Z9$$/ N%&

Tidak, Aku bersumpah dengan hari kiamat, dan tidak Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri). (Al-Qiyamah: 1-2)

Mudmar ialah yang didalamnya tidak dijelaskan fiil qasam dan tidak pula muqsam bihnya, tetapi adanya lam taukid yang masuk ke dalam jawab qasam. Contoh:
N69uqBr& cqn=7Fs9 * N6Rr&ur
Kamu

sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. (Ali Imran: 186)

Kesimpulan Aqsam

Kesimpulannya, al-Quran merupakan panduan kepada umat Islam dan sebagai persiapan jiwa setiap individu dalam menerima kebenaran, dan tunduk terhadap cahayanya itu berbeza-beza. Jiwa yang tertutup oleh kejahilan dan kesesatan tidak akan tergerak hatinya melainkan dengan peringatan dan kalimat yang keras. Qasam (sumpah) dalam perkataan, merupakan salah satu cara untuk memperkuat ungkapan kalimah yang disertai dengan bukti nyata, sehingga orang yang berhujah menentang kebenaran al-Quran akhirnya mengiktiraf apa yang mereka pertentangkan itu.

Definisi Ayat Amthal

Bahasa : bentuk jama dari matsal, mitsl & matsil yang sama dengan syabah, syibh, dan syabih yang sering diertikan dengan perumpamaan.

Istilah : menonjolkan makna dalam bentuk perkataan yang menarik dan padat serta mempunyai pengaruh mendalam terhadap jiwa, baik berupa tasybih ataupun perkataan bebas.

Unsur-unsur Amthal al-Quran


Wajhu

Syabah: segi perumpamaan Adaatu Tasybih: alat yang dipergunakan untuk tasybih Musyabbah: yang diperumpamakan Musyabbah bih: sesuatu yang dijadikan perumpamaan.

Jenis-jenis Amthal al-Quran

1.) Al-Amthal Al-Musharrahah - matsal yang di dalamnya dijelaskan dengan lafaz matsal atau sesuatu yang menunjukkan tasybih. Contoh

261. bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya. Surah Al-Baqarah (2:261)

2.) Al-Amthal Al-Kaminah - matsal yang di dalamnya tidak disebutkan dengan jelas lafaz tamsil tetapi ia menunjukkan makna-makna yang indah, menarik dan mempunyai pengaruh tersendiri bila dipindahkan kepada yang serupa dengannya. Contoh

67. dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. Surah Al-Furqan (25:67)

3.) Al-Amthal Al-Mursalah - kalimat-kalimat bebas yang tidak menggunakan lafadz tasybih secara jelas, tetapi kalimat-kalimat tersebut berlaku sebagai tasybih. Contoh

81. (Mendengarkan Yang demikian tetamunya berkata: "Wahai Lut! Sesungguhnya Kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. kaum Engkau Yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama Dengan keluargamu pada tengah malam, dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. kecuali isterimu, Sesungguhnya ia akan ditimpa azab Yang akan menimpa mereka (kerana ia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa Yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" Surah Huud (11:81)

Faedah Amthal al-Quran

Menonjolkan sesuatu yang hanya dapat dijangkau dengan akal menjadi bentuk konkrit yang dapat dirasakan atau difahami oleh pancaindera manusia. Menyingkapkan hakikat dari mengemukakan sesuatu yang tidak nampak menjadi sesuatu yang seakan-akan nampak. Mengumpulkan makna yang menarik dan indah dalam ungkapan yang padat, seperti dalam amthal kaminah dan amthal mursalah dalam ayat- ayat di atas.