Anda di halaman 1dari 9

BERMUKIM DI TANAH RATU

BAB 12 : LAY BY, I CHANGE MY MIND & REFUND

Lay by adalah merujuk kepada kemudahan bayaran ansuran yang diberikan kepada pembeli oleh pemilik gedung-gedung membeli belah. Lay by membolehkan seseoarang pembeli mendapatkan barang-barang yang dijual secara bayaran tangguhan dengan bayaran secara ansuran mengikut keselesaan dan kemampuan. Banyak barang-barang yang disediakan pembelian secara lay by contoh barang permainan bayi, perkakas elektrik dan pakaian. Kemudahan pembelian ini semakin rancak dipromosikan apabila menjelang Krismas dan perayaan-perayaan seperti Halooween, Fathers day, Mothers Day atau pun Valentine. Pasaraya seperti Target, K- mart dan Big-W biasanya menyediakan kemudahan pembelian melalui kaedah lay by. Pengguna hanya perlu membayar sebanyak 20% manakala baki bayaran dibayar secara ansuran dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pembelian. Pembeli memilih barangan dan membawa ke kaunter khas yang mengendalikan pembelian lay by, barang-barang yang dibeli secara lay by akan dibungkus dengan rapi, biasanya dalam pembalut berwarna hitam, kemudian dilekatkan resit belian, dan ditulis nama pembeli. Kemudian barang2 yg dibungkus disimpan di tempat simpanan khas, dan akan hanya diserahkan apabila

semua bayaran dibuat oleh pembeli. Tiada sebarang faedah dikenakan dan pembeli membeli barangan dengan harga sebenar barangan tersebut. Dalam tempoh 3 bulan. Pembeli boleh membatalkan pembelian samada mengurangkan jumlah barangan yang dibeli atau pun meukarkannya dengan barangan yang lain. Pihak pengendali kaunter lay by akan membuat kiraan semula kos barangan dan sentiasa memaklumkan kepada pembeli mengenai tarikh luput kontrak lay by. Dengan cara ini belian boleh dibuat secara terkawal dan mungkin kurang membazir, bagi menyambut perayaan tertentu. Jika pembayaran sepenuhnya gagal dibuat oleh pembeli dalam tempoh yang ditetapkan atau tarikh kontrak tamat, wang akan dikembalikan sepenuhnya. Bagi seseorang pelajar yang biasanya dibekalkan dengan student visa dank ad pelajar, dokumen-dokumen ini boleh digunakan dan sah untuk pembelian lay by. Bukti kediaman boleh disokong dengan bil-bil utility seperti telefon, eletrik atau pun air. Sepanjang kami berada di Brisbane, kami sering menggunakan kemudahan ini untuk mengumpul barangan eletrik dan perlatan dapur dan di bawa balik ke tanahair. Ini adalah kerana kebnayakkan barangan di Australia adalah bermutu tinggi dan kelihatan menarik. Selain daripada itu, kami juga mengambil kesempatan membeli pakaian untuk anak-anak dengan kemudahan Lay By terutama di musim-musim perayaan di sana kerana harga yang ditawarkan kelihatan tidak masuk akal, memang boleh dikatakan teramat berbaloi dengan

kos yang dibayar. Bayangkan kita boleh mengumpulkan konsol permainan sony Ps3, PS console, X-Box, notebook melalui kemudahan Lay by, dan membatalkan bila-bila masa dalam tempoh kontrak tanpa menanggung apa-apa kos tambahan. Di Negara-negara maju kebajikan pengguna adalah amat diutamakan. Pengguna menggunakan kuasa beli yang ada pada mereka dengan bijak di mana berbagai peraturan berkuatkuasa dilaksanakan bagi melindungi hak-hak pengguna. Selain daripada Lay by, terdapat kemudahan lain seperti mengembalikan barangan yang telah dibeli dan menukar barangan. Pengguna diberi kebebasan dengan syarat-syarat tertentu untuk mengembalikan barang-barang yang telah dibeli dalam tempoh 14 hari dari tarikh belian, dengan mengemukakan resit belian asal serta barangan masih dalam keadaan baik tanpa kerosakan atau kecacatan dan disokong dengan alasan-alasan yang manasabah. Di antara alas analasan yang mudah diterima adalah seperti silap membeli, barangan tak berfungsi, atau pun pemgguna menukar fikiran. Apabila barangan dikembalikan bayaran balik refund akan diberikan kepada pembeli samada tunai atau dikredit ke dalam akaun, mengikut cara bayaran semasa pembelian dibuat. Selain daripada itu, barang yang telah dibeli boleh ditukarkan dengan mudah dengan barang yang sama jenisnya, apabila dibuktikan tidak berfungsi mengikut spesifikasi dalam manual penggunaan, rosak atau kurang baik. Seperti

mana pemulangan dan pembatalan dibuat, penukaran barangan juga memerlukan bukti pembelian melalui resit asal. Oleh itu menyimpan resit asal adalah perkara wajib selepas pembelian dibuat bagi meudahkan penukaran baranagn dan pembatalan belian. Juga teknik barang-barang disusun di dalam kotak asal juga perlu diketahui. Cara yang paling mudah adalah mengambil gambar kedudukan barangan disusun dalam kotak asal. Ini bagi membuktikan bahawa barangan tersebut tidak disentuh selepas dibeli. Bagaimanapun, terdapat juga pasaraya yang terus menerim aaduan pembeli tanpa melihat atau memeriksa susunan barangan dalam kotak asal. Berdasarkan pengalaman, aku pernah memulangkan satu set pinggan yang berharga AUD1000.00 di sebuah pasaraya mewah iaitu Myers. Ini adalah kerana set tersebut dirasakan tidak berbaloi dengan harganya, serta terdapat set-set lain yang jauh lebih murah dengan tawaran-tawaran yang mengkamumkan di musimmusim perayaan seperti Corell, Corning Ware, Mitlers dsb, di gedung Direct Factory Outlet (DFO) yang terletak berdekatan Brisbane International Airport. Kebanyakan mereka yang memebli peralatan dapur, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, perlatan sukan berjenama akan mengunjungi DFO. DFO menjadi tempat wajib bagi mereka yang mengnjungi Gold Coast dabn Brisabane. Konsep susunan dan peragaan baranagn yang kebanyakannya berjenama dari USA di DFO adalah sama sahaja, ketika aku mengunjungi Johor Permanent Outlet (JPO). Jenama-jenama seperti Fossil, Armani, Guess banyak terdapat di

JPO, yang dikhususkan untuk menarik pelancong-pelancong dari Singapura, membeli belah dan seterusnya membantu meningkatkan pengaliran wang masuk ke dalam Negara. Biasanya dialog untuk menukar barangan yang telah dibeli di pasaraya dengan alasan-alasan tertentu adalah seperti berikut: I would like to refund, I change my mind, Its not working properly, I want to change it.. menjadi satu prosedur di mana pembeli akan diminta mengisi maklumat peribadi seperi nama, no ID, alamat dan nombor telefon dalam boring khas atau buku yang disediakan untuk tujuan rekod pasaraya. Mungkin untuk mengesan penipuan di mana seseorang pengguna terlalu kerap membuat penukaran barangan atau membatalkan pembelian. Kebanyakan barang-barang yang telah dipulangkan kepada pasaraya dikaunter refund akan dikumpulkan oleh pekerja. Barang-barang tersebut akan diturunkan harganya dan diletakkan label sebab-sebab barang tersebut dijaula dengan harga murah seperti shortage. Biasanya dipasaraya akan disediakan ruang khas untuk menjual barangan tersebut di ruamg reduce to clear, yang menunjukkan barangan tersebut perlu dijual untuk mengeluarkannya dari stok. Reduce to clear juga menempatkan barang-barang lama tapi masih berkeadaan baik. Bagaimanapun peralatan atau barang-barang yang rosak akan dikembalikan kepada pihak pembekal, untuk mendapatkan gentian barangan.

Tidak semua barang-barang yang dipulangkan ditempatkan di ruang reduce to clear. Barangan barang yang berharga mahal tidak terdapat disitu kerana untuk meulangkan barangan yang berharga mahal, seseorang pembeli perlu melalui prosedur yang agak ketat seperti menyerahkan salinan ID, salinan bil utility untuk pembuktian lokasi tempat tinggal dan alasan-alasan yang kukuh. Kadang-kadang ianya bergantung kepada nasib pembeli, kadang-kadang susah tetapi kebanyakkannya mudah. Bayangkan jika amalan pemulangan dibenarkan di Malaysia. Adakah pengguna akan jujur semasa berurusniaga atau mengambil kesempatan yang boleh merugikan penjual. Di Malaysia, tempoh 3 hari dibenarkan untuk penukaran barangan yang dibeli dengan disertakan resit asal. Kebanyakkan pasaraya seperti Tesco, Giant, AEON menyediakan perkhidmatan menguji keadaan barangan eletrik apabila proses dibuat. Suatu unit khas akan membuat ujian dan mengesahkan barangan eletrik tersebut dalam keadaan baik, sebelum pembeli membuat bayaran di kaunter. Bagiamnapun, mungkin tidak dibenarkan memulangkan barangan yang dibeli dibeli dipasaraya, atas alasan I change my mind.

BAB 13 : SAMPAH

Sampah adalah masalah sejagat. Sampah adalah masalah kejiranan. Pungutan sampah dilakukan oleh pihak BC yang dibiayai dengan wang rakyat hasil dari cukai pintu yang dienakan.
Pihak Brisbane Council membekalkan tong-tong sampah kepada pemilik rumah atau unit. Bagi penyewa bekalan tong sampah disediakan oleh pemilik rumah. Terdapat 3 jenis tong yang disediakan iaitu Tong berwarana hitam , tong berwarna kuning dan tong hijau. Pungutan sampah akan dibaut mengikut jenis tong pada hari2 tertentu. Contohnya tong hitam pada setiap hari rabu dan tong kuning pada hari sabtu. Setiap tong mempunyai kegunaan tersendiri. Tong hitam adalah untuk digunakan memasukkan sampah-sampah dari dapur, setelah dimasukkan dalam beg plastic khas untuk mengisi sampah. Tong kuning digunakan utk barangan kitar semula seperti botol-botol plastic, kaca, kertas dan seumpamanaya. Manakala tong hijau dikhaskan untuk sampah sarap seperti tumbuhan kecil, rumput, ranting-ranting pokok yang dibuang, pokok pagar yang digunting dan seumpamanaya. Setiap jenis tong tidak boleh mempunyai berat melebihi yang telah ditetapkan. Jika tidak lori yang memungut sampah akan membiarkan sampah/ tong berkenaan dengan satu label peringatan dilekatkan pada tong bagi mengingatkan tentang berat.

Ini adalah cara masyarakat dididik supay amenghormati pekerja BC , memberi kemudahan, ,mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ini juga bertjujaun untuk mendisiplinkan pendudduk tentang pembuangan sampah. Semua sampah dan bahan buangan dipungut oleh jentera berteknologi tinggi, tiada pekerja yang turun dari lori ketika proses pungutan. Jentera yang mengaut dan mengangkat tong kemudiannya menuangkan isinya ke dalam lori, dan seterusnya meletakkan tong ditempat asal. Oleh itu amat mudah mengesan sampah2 yang melebihi had serta dibaung dengan cara tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu setiap hari Rabu dan Sabtu menjadi hari yang sibuk untuk menolak tong sampah beroda ke pinggir jalan utama, dan menolak kembali tong berkenaan ke tempat asal di luar rumah. Bagi pengguhi apartment, biasanya disediakan tempat khas untuk meletakkan tong sampah. Pe4nghuni perlu berkerjasama bagi membolehkan sampah dikutip oleh jentera mengikut jadual yang ditaetapkan. Jika gagal menolak tong ke pinggir jalan, maka sampah akan terbiar sehingga proses pungutan berikutnya. Selain daripada itu terdapat perkhidamatan pembuangan rumput yang disedaian oleh pihak swasta. Penghuni perlu membayar perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan ini termasuklah memotong rumput di kawasan backyard, membersihkan kawasan taman serta membuat pangkasan pokokpokok. Nama-nama seperti James Gardener, Mike, dan John menyediakan

perkhidmatan amat popular di kalangan penduduk Brisbane. Pihak syarikat akan dipanggil ke rumah, melalui telefon atau langganan perkhidmatan melalui laman web untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah dan pinggir jalan mengikut keperluan penghuni. Perkhidmatan untuk kemudahan pengguna adalah unik, hamper semua perkhidmatan disediakan termasuklah perkhidmatan memnadikan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing, perkhidmatan servis kereta di rumah, perkhidmatan membaiki barangan eletrik, perkakasan rumah dan pembersihan rumah. Kebanyakkan perkhidmatan ini boleh diperolehi melalui laman web dan telefon. Biasanya pihak pembekal akan mengenakan caj panggilan (call charges) sekitar AUD60 bagi satu panggilan. Ini belum lagi termasuk bayaran perkhidmatan dilaksanakan. Contohnya untuk memanggil seorang juruletrik membaiki mesin basuh, bayaran panggilan akan dikenakan, ditambah dengan upah sekitar AUD50 dan kos penggantian peralatan untuk mebaiki. Oleh itu pengguna haruslah medapatkan butiran terperinci bagi perkhidmatan yang disediakan, sebelum membuat pengesahan.

Anda mungkin juga menyukai