Anda di halaman 1dari 1

Hikayat Acheh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hikayat Acheh merupakan sebuah hikayat Melayu lama. Ia termasuk dalam perpustakaan Melayu yang terkandung nama-namanya di dalam daftar Werndly dalam T.M. 1736. Isi buku ini merupakan ringkasan sejarah sahaja dan bahasanya tiada hidup yakni tidak seperti bahasa yang terkandung di dalam buku Sejarah Melayu.

Kandungan[sunting | sunting sumber]


Hikayat Acheh itu mula-mulanya meriwayatkan kisah mulai daripada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim di Acheh Utara, baginda ini dalam T.M. 1525 telah memberontak melawan Maharaja yang berkerajaan di negeri Pasai, akhirnya Sultan Ibrahim dapat mengalahkanKerajaan Pasai itu. Maka semenjak masa itulah pusat pemerintahan di Pasai itu telah berpindah ke Acheh dan kekuasaannya semakin berkembang. Kekuasaan Acheh telah sampai kepuncak kebesarannya pada zaman pem