Anda di halaman 1dari 3

Dalam arus pemodenan ini, peranan keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak tidak dapat dipandang enteng lagikerana

kita harus menerima hakikat pendidikan anak-anak bermula di rumah. Dato Dr. Fadilah Kamsah pernah menyatakan bahawa keluarga yang bahagia dapat membentuk anak-anak yang cemerlang. Dengan ini, keluarga berperanan penting dalam pembentukan sahsiah anak-anak. Untuk membentukkan jati diri anak-anak, ibu bapa yang bertanggungjawab akan memberikan pendidikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini dapat membina anggota masyarakat yang mempunyai pegangan agama dan kepercayaan kepada Tuhan yang kukuh. Insan yang mempunyai pegangan agama yang teguh akan dapat menyesuaikan diri dengan segala perubahan yang berlaku di sekelilingnya. Pendidikan agama yang diterima akan menghidarkan diri mereka daripada terbabit dalam kebejetan social yang melanda masyarakat kita dewasa ini, misalnya pergaulan bebas, perzinaan, minum arak berlumba haram dan sebagainya. Oleh sebab itu, pendidikan agama menjadi elemen penting untuk membentuk sahsiah diri remaja. Sehubungan dengan itu, generasi baru perlu mendapat pendidikan formal. Hal ini penting kerana minda anak-anak akan semakin berfikiran waras, rasional dan matang. Pendidikan formal boleh menjadikan anak-anak berdisiplin, berdikari dan berwibawa. Apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, mereka akan terus hidup dalam pemikiran yang positif dan logik. Pendidikan secara rasmi juga dapat membantu anak-anak menjalani kehidupan dengan lancar pada masa hadapan. Secara tidak langsung, anak-anak mampu bersaing dengan orang lain pada dewasa nanti. Oleh itu, pendidikan formal, aktiviti kokurikulum dan kurikulum harus diambil berat oleh ibu bapa dan pihak kerajaan.Pihak sekolah seperti pengetua sekolah, guruguru kanan dan guru-guru mesti mendidikpelajar-pelajar dengan sedaya-upaya agar anak-anak tidak menjadi seekor katak di bawah tempurung. Dengan ini, generasi baru dapat menjadi insan yang berwibawa dan berguna kepada masyarakat. Di samping memberi pendidikan formal dengan secukupnya, ibu bapa wajib memberi kasih sayang yang sepenuh kepada anak-anak mereka yang masih muda. Sebenarnya, ibu bapa menjaga kehidupan anak-anak mereka seperti menatang minyak yang penuh. ibu bapa boleh menunjukkan kasih sayang kepada anak merka melalui mendakap dan menyokong anak mereka. Walaupun begitu, kasih sayang yang diberikan mesti berhad. Contohnya, ibu bapa harus mendenda anak emas mereka apabila cahaya mata mereka melakukan kesalahan. Hal ini demikian supaya anak-anak dapat membetulkan kesilapan diri dan tidak mengulangi kesalahan tersebut pada masa depan. Perkembangan minda dan fizikal kanak-kanak akan dijejaskan jika kasih sayang ibu bapa tidak mencukupi. Namun begitu, ibu bapa yang terlalu memanjakan anakanak akan membinasakan masa depan darah daging mereka secara tidak langsung. Oleh itu, ibu bapa mesti memberi kasih sayang kepada anak-anak mereka, tetapi jangan memanjakan sehingga menimbulkan masalah yang boleh menjejaskan pembentuk sahsiah anak mereka. Ibu bapa seharusnya memberi kasih sayang kepada anak jagaan mereka secara positif wajar dan rasional.

Seperti dikata orang jika ingin menanam sebatang pokok besar, baja, air dan mineral yang mencukupi diperlukan. Begitu juga manusia, seorang anak ingin berjaya pada masa depan, ibu bapa haruslah memberi segala keperluan yang diperlukannya. Sebagai seorang pelajar, makanan, minuman, tempat tinggal yang sesuai dan juga suasana di rumah yang aman dikehendaki untuk belajar dan rehat dengan mencukupi. Keperluan tersebut merupakan syarat yang diperlukan untuk anak-anak belajar dengan berkesan. Walaupun begitu, seseorang pelajar tiada keupayaan untuk mendapat keperluan tersebut. Sekiranya mereka ingin mendapat keperluan tersebut, mereka dipaksa menggunakan masa untuk bekerja agar mendapat wang. Masa pelajar untuk mengulang kaji akan berkurangan sekiranya pelajar itu terpaksa bekerja sambilan. Dalam hal ini, ibu bapa patut menyediakan semua keperluan kepada anak-anak supaya mereka dapat belajar di mana-mana dan bila-bila dangan selesa dan sedaya upaya. Seandainya ibu bapa tidak berbuat demikian, akibatnya, pelajaran anak-anak akan dijejaskan secara serius kerana kesuntukan masa untuk belajar. Selain itu, seseorang insan yang bersahsiah baik harus mempunyai nilai-nilai murni yang setimpal. Tanpa nilai-nilai murni, sahsiah seseorang tidak mungkin dipandang tinggi dan dianggap sebagai insan yang sempurna. Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan yang berpengaruh untuk membentuk sahsiah anak-anak. Mereka mesti memahami dan memilih nilainilai murni yang sesuai untuk menanamnya dalam jiwa anak-anak semoga mereka berfikiran positif, waras dan matang contohnya, ibu bapa harus melatih anak-anak mereka menjadi manusia yang rajin, bertanggungjawab dan berbudi bahasa. Dengan demikian, perkembangan minda anak-anak akan lebih pesat dan perasaan hormat kepada ibu bapa dapat disemai dengan mudah sekiranya anak-anak mempunyai nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni yang telah menerapkan dalam minda anak-anak bukan sahaja dapat memudahkan mereka berkawan dengan orang lain di sekelilingnya malah mereka boleh bergaul dangan ahli masyarakat secara senang khasnya dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Kesimpulannya, kita harus mengakui bahawa ibu bapa berperanan penting dalam membina sahsiah anak-anak bagi melahirkan insan yang mulia peribadinya. Tanpa sahsiah yang baik, adalah mustahil untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang di mercu genting. Ibu bapa mesti meluangkan sebahagian masa untuk mengambil berat tentang perkembangan anak-anak.Tegasnya, peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak amat penting dan tidak boleh dinafikan bahkan mesti dipupukan sehingga mencapai matlamat visi dan misi Malaysia.

Memandangkan hal ini amat penting maka ibu bapa harus memainkan peranan sebagai pengasuh, pembimbing dan penasihat dalam proses pembentukan sahsiah anak-anak. Tugas menanam nilai-nilai murni merupakan tanggungjawab utama ibu bapa untuk melahirkan insan modal yang berfikiran, berkelakuan dan berkebolehan kelas pertama demi mencapai Wawasan 2020 Malaysia. Tanpa sahsiah yang baik, adalah mustahil untuk kita mencapai kejayaan yang cemerlang dan gemilang di mercu genting. Tegasnya, peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak amat penting dan tidak boleh dinafikan bahkan mesti dipupukan sehingga mencapai matlamat visi dan misi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai