Anda di halaman 1dari 6

Antara kepentingan memahami FPK kepada guru ialah: Sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju

ah tuju kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan Menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat Pendidikan Negara. Sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara. Sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum bahan-bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pengawal keatas penyelewengan aktiviti daripada dasar pendidikan. Menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan satu dokumen rasmi yang menggariskan hasrat Kerajaan terhadap sistem pendidikan negara ini serta matlamat pendidikan dengan jelas. Dengan itu, para guru haruslah menghayati dan mengusahakan FPK bagi memastikan hasrat Kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam hal ini juga, kaum pendidik juga perlu menjadikan FPK sebagai garis panduan dan rujukan semasa menjalankan tugas- tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Di samping itu, para pendidik hendaklah memainkan peranan aktif dalam merealisasikan FPK. Oleh itu, mereka hendaklah bersifat terbuka terhadap perubahan pesat dalam bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mereka juga harus menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan mempelajari kemahiran-kemahiran baru yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar ini. Selain daripada itu, para pendidik perlu menyedari bahawa tugas mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja, tetapi mereka juga perlu memberi perhatian serius kepada pembentukan modal insan seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan. Para guru adalah individu yang amat diharapkan oleh masyarakat untuk membimbing generasi akan datang. Jesteru, mereka perlu melakukan perkembangan secara meyeluruh dan seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi kemaslahatan bersama.

1.0 PENGENALAN

Konsep Falfasah Pendidikan Guru (FPG) ialah untuk menghasilkan guru yang akan merealisasikan segala konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. FPG di Malaysia digubal berdasarkan Model Konseptual Pendidikan Guru, iaitu 3 dimensi utama iaitu, Ketuhanan, Kendiri dan Kemasyrakatan.Sub-konseptual pula terdiri daripada jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping itu, terdapat pula unsur pengetahuan, nilai dan kemahiran. Perkara-perkara ini merangkumi tanggungjawab guru di bawah tiga dimensi iaitu : Ketuhanan Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama. Kemasyarakatan Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan agen perubahan.

Kendiri Penekanan pembinaan daya kefahaman dan patriotism , pemupukan budaya ilmu serta pembentukan sahsiah murni dan berperkerti mulia. Dibawah dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan Guru merangkumi tiga aspek asas iaitu :

Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan pendidikan dalam kehidupan Kemahiran Ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-bahan pelajaran dengan hasrat utnuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni merujuk kepada perlakuan nilai murni, pengamalan guru yang penyayang dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.

2.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FPG

Aspek-aspek ini digabung jalinkan untuk membentuk satu disiplin perguruan yang terancang. Konsep FPG terdiri daripada 5 elemen iaitu perwatakan yang mulia, berkembang maju dan

berpandangan saintifik, berkomited menegakkan aspirasi negara, mengekalkan warisan budaya kebangsaan, dan pembangunan individu dan pengekalan disiplin masyarakat yang bersatu.

3.0 KEPENTINGAN MEMAHAMI FPG KEPADA GURU Falsafah Pendidikan Guru yang digubal oleh kerajaan menjadi panduan penting dalam melahirkan pendidik/guru yang dapat mendokong Falsafah Pendidikan Negara. justeru itu guruguru yang dilatih harus harus memahami dengan jelas isi kandungan yang terdapat dalam fpg, dengan kefahaman tersebut dapat melahirkan guru yang berperkerti mulia, guru merupakan role-model, contoh tauladan, dan ikutan yang terhampir kepada kanak-anak di sekolah. justeru itu berperkerti mulia merupakan sesuatu yang perlu ada pada setiap guru. Antara yang mewarnai perwatakan seorang guru yang mulia ialah sikap bersopan santun dan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Guru yang berperkerti mulia dapat membezakan antara buruk dan baik, dan dapat menghargai kemanusiaan, kewarganegaraan dan aspek rohani.

Ciri lain yang perlu ada pada guru yang mendokong FPG ialah berkembang maju dan berpandangan saintifik. Untuk berkembang maju guru perlu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam diri. selain itu profesionalisme keguruan turut perlu diambil perhatian khususnya yang melibatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru perlu mampu menilai sesuatu dari sudut pandangan ilmiah dan saintifik agar setiap pertimbangan dibuat di atas landasan yang tepat.

Negara memerlukan guru yang berupaya melaksanakan segala dasar dan perancangan yang telah dirangka bagi mendidik anak bangsa. untuk itu guru terbabit perlu cekap,jujur, amanah dan patuh kepada undang-undang negara. guru yang komited dalam memperbaiki diri, keluarga, mayarakat, agama, bangsa dan negara mampu membantu dalam usaha menegakkan aspirasi negara dalam diri masyarakat sekeliling.

Kefahaman guru berkaitan dengan FPG boleh membentuk guru yang mengekalkan warisan budaya kebangsaan. justeru itu guru tersebut perlu menegak dan mempromosi amalan dan budaya malaysia dalam aktiviti hariannya. Segala nilai murni yang diwarisi turun temurun perlu dipertahankan dan diwariskan kepada generasi akan datang. Untuk menyemai perasaan bangga terhadap budaya yang pelbagai ini, guru boleh mengambil inisiatif seperti membuat aktiviti atau program yang berkaitan dengan kebudayaan. Misalnya, mewujudkan malam kebudayaan dan warisan di mana pada malam tersebut ditonjolkan budaya bagi setiap kaum yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung, murid akan dapat mengetahui keunikan budaya kaum-kaum lain. Di sini, gurulah yang bertindak sebagai agen penggerak dalam memelihara warisan kebudayaan negara.

Di samping itu juga, guru dapat menyemai sifat patrotisme dan cintakan negara dalam kalangan pelajar. Sifat patriotisme dan cintakan negara ini penting untuk diterapkan dalam diri pelajar supaya mereka sanggup berjuang mempertahankan negara suatu masa nanti. Sekiranya guru tidak menerapkan sifat ini sebaik mungkin, tidak mustahil penjajah akan kembali mencari ruang dan peluang untuk menjajah semula negara. Guru tidak seharusnya berasa senang hati atas kemerdekaan yang telah kita kecapi selama 54 tahun ini.

PERANAN

SEKOLAH

DALAM

MEREALISASIKAN

FALSAFAH

PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Pengenalan

Kita melihat pada detik pascamerdeka bahawa Malaysia sedang membangun dengan pesat baik dari segi pentadbiran , ekonomi mahupun pendidikan. Dalam mengekalkan cara dan acuannya sendiri kearah Malaysia moden, kerajaan meletakkan amanah dan tanggungjawab ini , di bahu setiap pendidik yang berperanan mentadbir sekolah khususnya murid murid supaya dapat melahirkan generasi yang celik ICT selaras dengan arus perdana sains dan teknologi masa kini. PERANAN PIHAK SEKOLAH

Pihak atasan sekolah Berdasarkan pengalaman saya menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang bermula 2013, saya dapat merumuskan bahawa kerajaan amat memberi perhatian yang mendalam dalam bidang pendidikan. Sekolah dan guru khususnya berperanan aktif dalam usaha melaksanakan tanggungjawab mendidik murid - murid dalam proses pengajaran dan pengajaran dalam bilik darjah , selari dengan era teknologi maklumat dan komunikasi masa kini.

Peranan Guru Sehubungan dengan itu Menteri Pelajaran turut menyediakan tenaga pengajar yang terlatih bukan sahaja dari sudut infrastruktur sekolahnya sahaja namun khusus dalam pendidikan khas dan vokasional terutama dalam kursus kursus teknikal bagi mewujudkan smart partnership dengan pihak industri dan Negara kelak. Guru yang cemerlang mampu merencanakan serta melaksanakan sesi P&P yang berkesan dalam mencungkil bakat bakat

Anda mungkin juga menyukai