Anda di halaman 1dari 5

Menelusuri Perjuangan Bahasa dan Pendidikan di Algeria oleh Malik Bin Nabi

Muhammad Nuruddin Bashah


Bc Hons Kejuruteraan Bahan Universiti Malaya

Malik Bin Nabi (1905–73) adalah antara tokoh pemikir Islam yang bukan berbangsa arab. Idea
beliau telah terkehadapan akibat dapatan pendedahan di Perancis, senario kemunduran fikrah dan
paradigma kaumnya di Algeria atau dikenali Al Jazair serta pembacaan luas beliau sendiri.
Tulisan ini cuba mengintai semula bagaimana tokoh berjurusan kejuruteraan ini mampu
menganalisa sosialnya sekaligus bertindak sendiri mengubahnya dengan kemampuan yang ada
walaupun terbatas. Aspek pendidikan dan pengupayaan bahasa adalah antara resepi utama
kemajuan menurut pandangan Malik Bin Nabi.

Malik Ben Nabi dilahirkan di Constantine, sebuah kota di Algeria Timur pada tahun 1906. Beliau
mendapat pendidikan awal di sebuah Madrasah al-Quran di Perancis. Disebabkan kepintaran dan
kepandaiannya, Malik mendapat biasiswa bagi meneruskan pengajiannya dalam kelas persediaan
selama dua tahun di sekolah El-Djelis di Constantine.

Pada tahun 1930 beliau melanjutkan pengajian di Kolej Kejuruteraan. Setahun kemudian beliau
berkahwin dengan wanita Perancis yang telah memeluk Islam. Semasa belajar, beliau terlibat
dalam pelbagai Gerakan Pembaharuan. Di sinilah beliau banyak mengadakan pertemuan dengan
tokoh-tokoh Islam serta mengikuti perkembangannya sama ada dari dalam atau luar Algeria
seperti di Mesir, Hijaz, dan Maghribi.

Apa yang menarik mengenai beliau adalah analisa sosialnya adalah lebih kepada bentuk
penataran tamadun. Menurut Malik Bin Nabi pembinaan tamadun merangkumi 3 perkara utama
iaitu insan selaku pembina tamadun, bumi atau tanah air yang menjadi pentas untuk
ketamadunan serta masa untuk sesuatu tamadun dibina1.

Analisa beliau lebih kepada penyelarasan rukun atau aspek utama yang membina tamadun dan
mungkin berbeza dengan analisa Ibnu Khaldun yag lebih kepada pembinaan korpus
ketamadunan, sistem dalaman, tatacara dan aspek peningkata perundangan. Namun kedua tokoh
1
Dewan Masyarakat April 2009
ini bersepakat dalam hal menjadikan keilmuan, kerohanian dan iltizam spritual untuk maju
sebagai saranan dan materi utama kepada pembinaan ketamadunan Islam.

Aspek bahasa adalah antara yang paling menjadi rujukan besar penganalisa pemikiran dan
perjuangan Malik Bin Nabi di Algeria. Perancis telah menjajah terlalu lama di Algeria bermula
1830 sehinggalah tahun 1962. Bahasa Perancis pernah menjadi bahasa ilmu dan bahasa
kemajuan Eropah melebihi bahasa Inggeris. Kerajaan Perancis telah bekerja keras
mempranciskan Algeria dengan menyempitkan ruang untuk bahasa Arab bernafas di Algeria.
Algeria berada di Utara Afrika. Algeria pernah diislamkan oleh tentera Tariq Bin Ziyad semasa
pembukaan Andalus semasa Empayar Umaiyyah dahulu. Algeria digelar bangsa bar-bar oleh
para orientalis yang cemburukan kehebatan kaum ini. Istilah barbarian adalah antara cara
orientalis memberi konotasi mundur, konservatif tetapi agresif dan tiada tamadun kepada bangsa
Algeria. Apabila diislamkan mereka juga mengalami pembudayaan Islamisaasi kearaban
(musta’rab). Mereka maju disebabkan bahasa Arab dan aqidah Islam. Akibat mendalami bahasa
Arab kaum ini berjaya menjalinkan diplomasi dan memacu kemajuan bersama-sama orbit bangsa
arab di bumi Hijaz.

Algerian Arabic ( bahasa arab algeria) adalah salah satu kumpulan dielek arab yang lebih
dikenali sebagai loghat barat (maghribi) yang merangkumi wilayah Marokko dan Tunisia hari
ini. Ini adalah salah satu asimilasi budaya algeria kepada kehadiran perbendaharaan bahasa arab
standard dari Hijaz. Akibatnya bahasa arab muda diterima dan rakyat Algeria selesa berbahasa
arab.

Malik Bin Nabi menyuarakan pendapat sejak beliau menjadi mahasiswa kejuruteraan sehingga
kerajaan Perancis melarang beliau memperaktikkan ilmu beliau sebagai jurutera. Beliau kerap
menulis dalam pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan dan pentadbiran. Jelasnya setelah
Algeria merdeka pada tahun 1963, beliau menyandang jawatan Pengarah di Kementerian
Pendidikan sehingga tahun 1967. Di sinilah beliau memperaktikkan idea pembangunan
pendidikan kepada bangsa Algeria.
Perancis benar-benar menjadikan bangsa Algeria mundur fikrah dan rendah diri dengan bangsa
sendiri. Segala syarat-syarat kerajaan, pendidikan, bahasa ilmu dan pentadbiran adalah bahasa
Perancis. Hampir-hampir bangsa ini hilang korpus bahasanya di bibir anak bangsa sendiri malah
penulisan dan budaya pencetakan buku dalam bahasa arab algeria juga hancur. Malik Bin Nabi
melihat hal ini dengan keinsafan dan berjuang memartabatkan kembali bahaasa arab algeria demi
jati diri dan kemajuan di atas landskap buadaya Islam di sana. Tanpa landskap ini, bangsa Algeria
tidak akan maju sama sekali.

Donald Wardhaugh berkata, perancangan bahasa terbahagi kepada dua iaitu perancangan taraf
dan perancangan korpus. Perancangan taraf adalah perancangan menaik taraf, mengupayakan
bahasa serta menjadika bahasa itu berfungsi dengan baiknya serta memperundangkannya.
Manakala perancangan korpus adalah perancangan pembinaan sistem tatabahasa, ejaan dan
tulisannya2.

Bangsa Perancis berjaya menidakkan kedua-dua perancangan ini malah menjadikan bangsa
Algeria tiada perancangan bahasanya sendiri. Hal ini sekaligus menjadikan bangsa ini
ketandusan sistem pendidikan berteras kemajuan Islam.

Berjuang untuk bahasa arab di Algeria bukan sekadar perjuangan ketaksuban etnik semata-mata.
Perluasan perjuangan ini juga sejajar dengan perjuangan Hassan Al banna di Mesir yang
bertungkus lumus mengupayakan bahasa arab sebagai bahasa ilmu di Mesir. Mesir pernah
dijajah Perancis dan Inggeris. Kedua penjajah ini tidak memperanciskan Mesiar atau
meninggeriskan Mesir. Tetapi penjajah-penjajah ini telah menjadikan bangsa Mesir kembali
taksub dengan lughah misriyyah (lughat arab mesir) yang jauh ketimggalan berbanding abahasa
arab standard sebelumnya. Mesir diheret untuk takjub dengan ketamadunan era Firaun yang
jelas bukan berasal dari Islam. Jadi perjuangan bahasa juga adalah perjuangan agama dan
bangsa.

Akibat perjuangan kelompok pujangga, pemikir, ilmuan dan ahli dakwah di Algeria, bahasa Arab
kembali berada di peringkat atasan seluruh Algeria.

2
Dewan Bahasa Mei 2009
Kelompok bahasa Arab ialah sebanyak 79.0%, iaitu dielek Algeria 78.5%, Dielek Saharan
Algerian 0.4%. Manakala Kelompok bahasa Barbar ialah sebanyak 21.0% iaitu dielek Kabyle
15.0% , Tachawit 5.0%, Tumzabt 0.3%, Taznatit 0.2%, Tamahaq 0.1%, Tamazight 0.1%
Tagargrent kurang daripada 0.1%, Chenouakurang daripada 0.1%, Korandje kurang daripada
0.1% serta bahasa Perancis sebanyak 0.3%3.

Bahasa Perancis bukan lagi bahasa majoriti malah bukan lagi bahasa yang agungkan di dalam
sektor pentadbiran. Akan tetapi di sebab Perancis menanam kapitalism di Algeria menyebabkan
bahasa Perancis masih dijadikan bahasa perniagaan di sana.

Dalam hal tahap literasi di kalangan rakyat adalah hampir 70% dan ia melebihi tahap di Mesir
dan Marokko walaupun masih ketinggalan di peringkat global4.

Dalam buku Malik Bin Nabi bertajuk Masalah Idea dalam Dunia Islam, beliau menonjolkan
gejala bilingualisme sebagai pencetus ciri pertentangan antara intelektual, pentadbir dan rakyat di
dunia Islam. Kemasukan dua bahasa serentak dengan dua budaya yang bertentangan dari segi
pelbagai aspek dan premis ke dalam sebuah negara akan menyebabkan kemunduran idea dan
pemikiran. Mengartikulasi pemikiran sendiri menggunakan bahasa asing pastinya akan
menerbitkan pemikiran yang buta budaya sendiri malah boleh menjadi suatu pengkhianatan
kepada budaya tempatan5.

Meneladani perjuangan pemikir Islam seperti Malik Bin nabi adalah suatu perenungan penting
buat rakyat malaysia juga. Kebangkitan tamadun sendiri atas citra dan pandang sarwa (world
view) sendiri adalah berasaskan bahasa, landskap budaya dan agama yang menjadi teras negara
berkenaan. Malik Bin Nabi cukup optimis dengan pembangunan masyarakat melalui pemulihan
daya fikir, ruang epistemologi serta penaik taraf idea di kalangan rakyat. Algeria dan Malaysia
sama sahaja malah nasib Bahasa Melayu jauh lebih baik berbanding bahasa arab algeria dan
pendidikan cara Islam Algeria yang dihimpit teruk oleh penjajah Perancis suatu ketika dahulu.

3
http://looklex.com/e.o/algeria.languages.htm
4
Library of Congress – Federal Research Division
(http://lcweb2.loc.gov/frd/cs/profiles/Algeria.pdf)
5
Kemajuan Negara Beracukan Bahasa dan Budaya Melayu oleh Prof Dr Abdullah Hassan
diterbit dalam buku Suara Pejuang Bahasa ( Dawama2005)
Muhammad Nuruddin Bashah
Jurutera Metallurgis
Setiausaha TERAS Perak

http://munawwarah.blogdrive.com
Hadapan 360 MKJ Kampung Terang
11000 Balik Pulau
Pulau Pinang
017 6291368
Akaun GIRO : 07100 – 29- 00006952-7
IC : 820102-02-5203

#Dihantar kepada Dewan Bahasa, Pelita Bahasa dan Dewan Masyarakat

Anda mungkin juga menyukai