Anda di halaman 1dari 10

Sains Dan Teknologi Dalam Pengesanan Awal HIV/AIDS Pendahuluan Dalam era dunia tanpa sempadan, semua maklumat

hanyalah dihujung jari. Sains dan teknologi membawa kita kepada suatu perubahan kehidupan. Kemajuannya tidak boleh dinafikan. Namun, dalam pada itu, ada juga yang menafikan tentang kesan sains dan teknologi. Pelbagai kesimpulan yang dibuat oleh individu berdasarkan pengamatan tentang kesan sains dan teknologi sama ada membawa kepada kemajuan mahupun kemusnahan alam sejagat. Apa pun anggapan tentang sains dan teknologi ia banyak memberi manfaat kepada masyarakat dan manusia umumnya. Tidak dapat dinafikan bahawa sains dan teknologi mempunyai peri pentingnya dalam pembangunan masyarakat sejagat. Namun ia juga tidak dapat disangkal mempunyai kesan buruk dalam pembangunan negara termasuk alam sekitar mahu pun sosial. Semua ini tidak dapat dielakkan kerana kadang- kadang manusia sibuk mengejar kemajuan dan kecanggihan sehi nggakan alpa dengan kesan buruk yang bakal menimpa. Segala penemuan dan ciptaan sains dan teknologi yang lahir dari akal manusia kadang tersasar dengan tujuan sebenar kerana tidak mengikut lunas-lunas yang telah digariskan oleh Islam. Sains dan teknologi sangat berguna dalam dunia perubatan.Tujuannya adalah untuk mengesan kehadiran pelbagai jenis penyakit dan dalam hal ini kemunculan teknologi sangat membantu. Salah satu penyakit yang belum jelas penawarnya ialah Human immunodeficiency virus (HIV) diperkenalkan pada tahun 1981 yang terdapat dalam 2 kumpulan .Yang pertama berada di San Francisco dan satu lagi di New York City. Pada tahun tersebut banyak golongan homoseksual atau gay mendapat jangkitan yang sering dikaitkan dengan tahap imunisasi yang lemah iaitu Pneumocystitis pneumonia dan juga Kaposi Sarcoma yang agresif. Virus HIV ini pun tidak dapat dikenal pasti sehingga 2 tahun selepas itu. Pada masa itu banyak sebab yang difikirkan selain HIV seperti factor gaya hidup, penyalahgunaan dadah yang kronik dan juga agen-agen jangkitan yang lain.Ia merebak dengan sangat pantas HIV merupakan virus yang berjangkit melalui darah dan juga hubungan seks serta dari ibu ke anak kecil yang dilahirkan melalui proses kelahiran.HIV mempunyai sepsis yang
1 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

tersendiri oleh itu agak sukar mencipta vaksin yang sesuai.Seseorang itu mungkin menghidap HIV1 atau HIV2 yang pesakitnya boleh tahan bertahun-tahun lamanya.

Stigma HIV terhadap masyarakat

Disebabkan stigma HIV yang sering dikaitkan dengan hubungan seks jadi orang ramai takut untuk memeriksa sama ada mereka mengalami jangkitan tersebut atau tidak. Lagi -lagi apabila baru-baru ini orang ramai digalakkan untuk pergi ujian saringan sebelum berkahwin sama ada mereka dijangkit HIV atau tidak dan stigma ini menyebabkan banyak implikasi implikasi yang tidak diingini. Ada yang fikir hanya dengan sentuhan biasa mereka boleh dijangkiti HIV walhal tanggapan mereka sangat silap. Golongan ini dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat. Ini menyebabkan mereka merasa tersisih dan mula menjauhi diri daripada masyarakat.

Kadang-kadang politik juga memberi kesan yang buruk kerana menafikan bahawa negara mereka mengalami epidemik HIV. Seperti Afrika Selatan, mereka tidak menafikan yang AIDS itu adalah masalah yang besar.

Bagaimana Jangkitan HIV boleh merebak

Biasanya pesakit-pesakit ini mengaku yang mereka ini aktif dalam melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan dan mereka tidak menafikan melakukan seks anal dimana jangkitan HIV melalui anal atau punggung 8 kali ganda risiko untuk merebak. Biasanya mereka melakukan seks tanpa menggunakan kondom.

Sebelum mendapat HIV mereka mungkin biasa mengalami penyakit melalui aktiviti seksual seperi Gonorrhea, Syphilis, Chlamidia dan Herpes.

Perkongsian jarum juga amat mudah dijangkiti, orang yang selalu hisap dadah di lorong-lorong. Mereka ini biasanya manalah ada duit makanya mereka terpaksa berkongsi
2 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

jarum dengan rakan-rakan yang lain. Sekiranya rakan tersebut mempunyai jangkitan HIV, semudah itu mereka juga akan turut dijangkiti.

Menerima darah daripada pesakit HIV, ia juga boleh berlaku walaupun peratusan di negara kita agak kecil. Apabila penderma darah mempunyai sejarah HIV dan darah tersebut tidak disaring melalui sistem yang betul atau jururawat buat kerja sambalewa maka penerima darah tersebut juga berpotensi mendapat jangkitan HIV.

Jangkitan HIV juga boleh berlaku dari ibu ke anak. Cara untuk mengelakkan jangkitan ini berlaku kepada anak semasa kelahiran apabila ibu sudah didiagnos mendapat HIV ialah dengan melakukan kaedah Caesarian dalam proses kelahiran ataupun memberi terapi antivirus semasa dalam kandungan kepada ibu dan terapi antivirus kepada bayi yang baru sahaja dilahirkan.

Apabila mereka dijangkiti dengan virus HIV tahap imunisasi mereka akan menjadi sangat lemah dan ia akan menyebabkan berlakunya penyakit AIDS (Acquired Immunodefeciency Syndrome). Imunisasi bertindak sebagai pertahanan yang melindungi badan kita dari serangan jangkitan. Sekiranya imunisasi kita lemah, badan kita diibaratkan negara yang tidak mempunyai pertahanan yang kuat dan mudah diserang oleh anasir-anasir luar akibat kepincangan negara itu sendiri kerana sering melakukan kerosakan. Sama juga seperti tubuh badan kita, apabila tahap imunisasi menjadi lemah, kita akan terdedah kepada jangkitan dan tidak mampu melawannya.

Kerana itu mencegah lebih baik daripada merawati, cegah melakukan seks sebelum kahwin yang sememangnya amat ditegah dalam Islam. Inikan pula seks dengan lebih daripada seorang. Sekiranya bukan Islam, pakai kondom ketika melakukan seks dan jangan sekali-kali babitkan diri kita dengan dadah. Apabila kita terkena penyakit AIDS dan sudah berkahwin, kita menghancurkan kehidupan isteri dan anak-anak, dan juga hidup kita sendiri. Human immunodeficiency virus (HIV) diperkenalkan pada tahun 1981 yang terdapat dalam 2 kumpulan. Satu berada di San Francisco dan satu lagi di New York City. Pada tahun tersebut banyak golongan homoseksual atau gay mendapat jangkitan yang sering dikaitkan
3 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

dengan tahap imunisasi yang lemah iaitu Pneumocystitis pneumonia dan juga Kaposi Sarcoma yang agresif. Virus HIV ini pun tidak dapat dikenal pasti sehingga 2 tahun selepas itu. Pada masa itu banyak sebab yang difikirkan selain HIV seperti faktor gaya hidup, penyalahgunaan dadah yang kronik dan juga agen-agen jangkitan yang lain.

HIV merupakan virus yang boleh dijangkiti melalui darah dan juga hubungan seks. Biasanya virus ini merebak melalui hubungan seks dan juga perkongsian jarum. Tidak lupa juga virus HIV boleh berjangkit melalui ibu kepada anak semasa dalam proses kelahiran. Kalau selalunya berjangkit melalui darah dan juga hubungan seks, biasanya akan ada pasangan lain seperti Hepatitis B, Hepatitis C, Human Herpes Virus yang turut mempunyai laluan jangkitan yang sama.

Siapakah yang berisiko tinggi HIV / AIDS?

HIV boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang darah bersentuhan dengan darah orang yang dijangkiti , susu ibu, atau cecair seksual. Sesetengah orang melibatkan diri dalam tingkah laku yang meletakkan mereka di lebih besar daripada risiko biasa. Tingkah laku seksual tanpa perlindungan, seperti mengadakan hubungan seks tanpa kondom dan mempunyai rakan-rakan seks berganda, boleh meningkatkan peluang seseorang mendapat dijangkiti. mengenai orangorang muda dan HIV. Selain itu, orang-orang yang mempunyai risiko ialah yang mempunyai hubungan seks dengan lelaki dan individu yang mempunyai seks berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan. Pendedahan kepada virus sebagai janin atau bayi sebelum atau semasa kelahiran atau melalui susu ibu daripada ibu yang dijangkiti HIV. Orang yang mempunyai jangkitan kelamin, seperti chlamydia, gonorea, sifilis, vaginosis bakteria, dan herpes, meningkatkan risiko mereka dijangkiti jika mereka terdedah kepada virus melalui hubungan seks atau pendedahan darah.
4 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

Menggunakan ubat-ubatan boleh meningkatkan risiko. Berkongsi jarum atau picagari untuk menyuntik dadah atau steroid boleh mendapat virus. Penggunaan dadah juga boleh membuat orang mendapat risiko terutama apabila berkongsi jarum. Selain itu ialah golongan yang menerima pemindahan darah yang tidak diuji terlebih dahulu. Bayi yang diberi makan makanan yang telah pra- dimamah oleh orang yang dijangkiti HIV mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi. HIV di dalam darah di dalam mulut penjaga boleh bercampur dengan makanan sambil mengunyah , ini adalah kejadian yang jarang berlaku tetapi tidak mustahil untuk berlaku

Bagaimana teknologi berperanan Dalam Mengesan HIV.

Sains dan teknologi sangat berkaitan. Kemajuan Sains dan Teknologi merupakan satu ciri sebuah negara maju dan menjadi penggerak kepada kemajuan. Sains dan teknologi membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat begitu juga dalam perubatan.

Terdapat beberapa teknologi dalam menguji HIV iaitu

OraQuick Rapid HIV1/2

Reveal G3 Rapid HIV-1 Antibodi Test Recombigen Uni-Gold HIV Test Multispot HIV-1/HIV-2 Rapid Test Clearview HIV 1 / 2 Pak Stat Clearview Complete HIV 1 / 2
5

MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

1.OraQuick OraQuick adalah ujian antibodi yang menggunakan spesimen darah ( whole blood ) yang diambil dari hujung jari mahupun fungsi urat , cecair dari mulut dan plasma . OraQuick dapat memberikan hasil dalam 20 minit . Darah , plasma atau cecair dari mulut dicampur dalam vial dengan larutan developer dan hasilnya dibaca dari peranti ujian berbentuk stick. OraQuick dapat mengesan antibodi HIV -1 dan HIV -2.

Hasil uji dapat dibaca pada perangkat OraQuick. Jika 1 pita kemerahan muncul di baris kontrol (C), hasil tes adalah negatif untuk antibodi HIV (sensitivity 99,8%). Jika 2 pita kemerahan muncul, satu di baris kontrol (C) dan satu di baris ujian (T) , ujian adalah reaktif, ertinya, hasil ujian awal positif untuk antibodi HIV-1 atau HIV-2 (sensitivity 99,3%). Jika tidak ada pita muncul di baris C, jika ada pita muncul di luar baris C atau T, atau jika latar belakang merah muda-merah muncul di jendela perangkat, ertinya ujian ini tidak sah dan harus diulang. 2.Reveal G3 Rapid HIV-1 Antibodi Test

Uji Reveal G3 hanya dapat menjangkakan antibodi terhadap HIV-1. Uji Reveal G3 menggunakan spesimen plasma atau serum.

6 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

Untuk melakukan pengujian, ambil spesimen darah dari vena dan centrifuge spesimen untuk memisahkan sel darah dari serum atau plasma. Masukkan larutan buffer ke dalam catridge tes, dan diamkan agar diserap.Tambahkan spesimen serum atau plasma ke catridge tes dan tunggu sampai diserap. Kemudian letakkan tutup (InstaGold cap) di atas cartridge dan tambahkan 12 tetes larutan buffer. Kemudian lepaskan tutup dan hasil ujian dapat dibaca dari cartridge. Tambahkan 3 titis larutan buffer untuk memperjelas hasil ujian.

3.Recombigen Uni-Gold HIV Test

Uni-Gold adalah ujian untuk mendeteksi antibodi HIV-1 yang memberikan hasil dalam 10-12 minit. Spesimen yang digunakan adalah darah yang diperoleh dari ujung jari atau fungsi vena, plasma, dan serum.

7 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

4.Multispot HIV-1/HIV-2 Rapid Test

pengesanan dan pembezaan antibodi yang berkaitan dengan HIV-1 dan HIV-2 dalam plasma manusia dan serum, sebagai bantuan dalam diagnosis jangkitan HIV-1 dan / atau HIV-2 melalui prefilter 5.Clearview HIV 1 / 2 Pak Stat

HIV Clearview 1 / 2 Stat Pak dapat mengesan antibodi HIV-1 dan HIV-2. Spesimen yang digunakan adalah darah (whole blood) baik dari hujung jari ataupun fungsi vena, serum atau plasma. 6.Clearview Complete HIV 1 / 2

8 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

Clearview Complete HIV 1 / 2 dapat mengesan antibodi HIV-1 dan HIV-2 dalam darahh baik dari hujung jari atau fungsi vena, dan spesimen serum atau plasma. Bentuk perangkat ujian ini menyerupai jarum suntikan Rumusan Abad ini ditandai dengan kemajuan sains dan teknologi yang pesat dan hampir segenap kehidupan kita terlibat dengan teknologi.Dunia perubatan tidak terkecuali darinya dan ianya semakin canggih dan bermutu. Dengan semua kemajuan itu hidup manusia sejagat semakin dipermudah dan lebih sejahtera serta meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik. Objektif teknologi ialah memberi harapan. Kita maklum HIV/ AIDS masih belum ditemui penawarnya tetapi dengan terciptanya teknologi pengesanan yang semakin baik langkah awal dapat diambil. Misalnya ujian saringan bagi pasangan yang ingin berkahwin.Maka jumlah penghidapnya dapat dikurangkan dan yang sakit dapat diberi bantuan sebaik mungkin.

Rujukan 100 Questions & Answers About HIV and AIDS, 2009,Joel E. Gallant, Jones & Bartlett Publishers The Person with HIV/AIDS: Nursing Perspectives, Fourth Edition,2009, Felissa R. Lashley, Jerry D. Durham PhD, RN, FAAN,, Springer Publishing Company.
9 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)

Soal Jawab Kehamilan, 2007,Dr Fauziah Mohd Hassan, PTS MILLENNIA Sdn. Bhd.
http://www.4life-4transferfactor.com/info_kesehatan_pengobatan/10-jenis-jenis-virus-mengancamanda/ http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/7301-sains-dan-teknologi-suatu-kelebihan-ataukemudaratan http://aids.gov/hiv-aids-basics/prevention/hiv-testing/hiv-test-types/ http://wwwtechvoice.blogspot.com/2009/08/perubatan-dan-kesihatan.html http://checkhimout.ca/testing/about-hiv-stis/hiv/types-of-hiv-tests/ http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/my/bayikanak-kanak/penyakit-berjangkit/hivaids

10 MPS 1163-01 (epistemological, social and ethical issue in science and technology)