Anda di halaman 1dari 4

ASB & Unit Trust : Mana Satu Lebih Untung?

Oleh : Azha Syazri, AFPM

Apa itu pelaburan Unit Trust sebenarnya?


Pelaburan seperti ASB?
Pelaburan seperti di BSKL?
Pelaburan yang sebenarnya tidak untung?
Saya ingin berkongsi pendapat berkenaan ASB & Unit Trust kerana ramai orang tertanya-
tanya kpd saya, mana satu yang lebih menguntungkan. Untung atau tidak, saya tidak dapat
memberi jawapan sebenar kerana untung atau rugi dalam pelaburan, semuanya akan
bergantung kepada prestasi sebenar dana pelaburan tersebut.

Tidak ada satu dana pelaburan yang boleh menjamin keuntungan, walaupun kadangkala kita
mungkin di-approached oleh ejen unit trust tertentu yang menawarkan kadar pulangan yang
lebih tinggi dari yang lain. Seseorang itu boleh mempamerkan past performance & past
awards atau Investment Projection 20% setahun sekalipun, namun pada hakikatnya, tiada
seorang pun boleh menjamin pelaburan yang dibuat di dalam unit trust akan mendatangkan
keuntungan kepada pelanggannya.

Ini kerana dana yang declare dividen tinggi sekarang, tidak semestinya akan declare dividen
tinggi selama-lamanya dan begitu juga dana yang declare dividen rendah, tidak semestinya
rendah selama-lamanya. Sebab itulah, apabila anda melabur dalam unit trust, ada tercatat
pada prospektusnya - "Past Performance does not reflect its Future Performance".

Secara amnya, ramai orang melabur tanpa memahami dana pelaburan yang mereka labur.
Mereka tidak faham nature of their investment. Sebagai contoh, antara ASB & Unit Trust -
bagaimana ia beroperasi?

Kedua-dua dana ini melibatkan risiko pelaburan, kerana sudah menjadi hukum alam, jika
anda mahukan pulangan lebih, maka perlulah ambil risiko pelaburan lebih juga.

Cara ASB beroperasi adalah mudah. Anda masuk RM 1 pada hari ini, nilainya tetap RM 1
pada esok hari. ASB adalah pelaburan yang harga unit sahamnya tidak berubah-ubah.
Pulangan dividen diberi dalam bentuk peratusan % dan kadangkala ditambah dengan bonus
unit.

Dalam ASB, risiko pelaburan tetap ada, cuma ianya kurang kerana ASB adalah satu-satunya
dana pelaburan yang dijamin kerajaan Malaysia. Sebagai contoh, sebelum ini ASB boleh
declare dividen 10% setahun tetapi sejak 2-3 tahun lepas, kadar dividen mereka menurun
kepada 7%. Ini menunjukkan risiko pelaburan tetap ada.

Bagaimana pula dengan unit trust? Ramai orang melabur dalam unit trust tanpa memahami
dana yang dipilihnya dan cara unit trust berfungsi. Sebab itulah kita lihat, sesetengah orang
bila sebut pasal unit trust, responsenya - "tak naklah nanti rugi".

Ramai orang terlupa, pelaburan unit trust mempunyai pelbagai jenis dana yang mempunyai
profail risiko yang berbeza-beza. Unit trust biasanya terdiri dari dana yang aggresif
(sebahagian besar dana dilabur dalam pasaran ekuiti/shares), dana seimbang (sebahagian
dilabur dalam ekuiti/shares yang dipelbagaikan) dan dana yang konservatif (sebahagian besar
dana dilabur ke pasaran bon dan pelaburan berisiko rendah). Tidak kira dana konvensional
mahupun Islamik, biasanya profail risikonya adalah seperti di atas.
Ramai di antara kita melabur ke dalam unit trust tanpa mengikut profail risiko yang
bersesuaian dengan dirinya. Anda perlu sedar, setiap orang ada tahap toleransi yang berbeza
terhadap risiko pelaburan yang sanggup dia hadapi.

Jika anda seorang yang tidak sanggup menerima risiko kerugian dan hanya ingin melabur
duit anda untuk sementara walaupun pada kada pulangan yang rendah, maka pilihlah dana
yang konservatif.

Dan sebaliknya, jika anda sanggup menerima risiko kerugian (kehilangan sebahagian modal
pelaburan) untuk mendapatkan pulangan tinggi dan mahu melabur dalam jangka panjang,
maka pilihlah dana aggresif atau dana seimbang.

Dan jika anda mahu mempelbagaikan pelaburan anda, anda boleh meletakkan sebahagian di
dalam dana konservatif dan sebahagian lagi di dana aggresif atau seimbang. Contoh: 30%
dalam dana konservatif, 40% dalam dana seimbang dan baki 30% dalam dana aggresif.

Cara unit trust beroperasi juga berlainan dari ASB. Anda labur RM 1 hari ini, esok nilainya
boleh menjadi 90 sen atau RM 1.10. Nilai seunitnya akan berubah ubah mengikut prestasi
semasa dana.

Unit trust juga biasanya mempunyai 2 harga: buying and selling untuk cover initial service
charge syarikat mutual tersebut.
Contoh: Seling price 55.4 sen dan buying price 52.4 sen seunit. Perbezaannya adalah service
caj syarikat tersebut.

Rujuk selling price untuk harga saham yg anda beli dan rujuk buying price untuk harga
saham yg anda jual semula kpd syarikat mutual.

Melabur dalam unit trust ini ada 2 cara, iaitu melabur secara sekali-gus (lump sum) atau
melabur secara berkala (regular savings). Melabur secara regular savings, biasanya untuk
tujuan jangka panjang dan anda tidak perlu risau akan harga saham turun naik kerana risiko
pelaburan anda sudah dipelbagaikan setiap bulan anda melabur (dollar-cost averaging
theory).

Cuma melabur secara lump-sum, samada secara cash mahupun EPF, anda perlu beri perhatian
kepada timing : iaitu bila nak beli dan bila nak jual?

Timing ini penting kerana ia boleh menentukan untung atau rugi dalam pelaburan anda. In
theory, seseorang itu patut beli semasa saham harga murah dan menjual apabila harga unit
sahamnya sudah naik melebihi modal asal + service chargenya.

Contoh: Beli pada selling price 55.4 sen dan buying price pada masa itu adalah 52.4 sen.
Apabila ekonomi bertambah baik dan harga unit saham mula naik, contoh buying price 59.5
sen, anda boleh jual semula unit trust anda untuk mendapatkan keuntungan.

Bagaimana pula dengan dividen yang diberi dalam unit trust?

Pulangan biasanya diberi dalam bentuk bonus unit atau cash dividend atau kedua-duanya
sekali. Biasanya agihan bonus unit adalah untuk dana yang banyak dilaburkan ke dalam
ekuiti/shares. Jadi untuk dana ini, anda perlu kumpul sebanyak mana unit saham pegangan
anda. Bagi dana yang banyak dilaburkan ke dalam bon atau sekuriti hutang, anda biasanya
akan menerima cash dividen (dalam bentuk sen) untuk pelaburan anda.

Apa terjadi apabila anda menerima dividen berbentuk bonus unit?

Sebenarnya apabila sesebuah dana unit trust declare dividen berbentuk bonus unit, harga unit
saham tersebut akan turun sedikit kerana pelarasan dividen tadi. Ini dapat anda lihat dengan
jelas di dalam dana aggresif yang memberi bonus unit, contoh 15 unit tambahan untuk setiap
100 unit yang anda pegang. Return pelaburan bukannya 15%, sebaliknya bonus tambahan
sahaja yang 15% bagi setiap 100 unit yang dipegang. Harga unit saham akan diselaraskan
dengan bonus unit tambahan ini dan akan menyebabkan harga unit saham jatuh sedikit.

Contoh yang kerap berlaku pada hari ni, seseorang ejen unit trust mungkin 'meracun minda'
anda dengan menyatakan, dana unit trustnya akan declare dividen 15% tidak lama lagi dan
jika anda melabur sekarang, anda akan menerima dividen 15% itu tanpa perlu melabur
sehingga 1 tahun. Maka anda pun melabur RM 10,000.

Ya, apabila declare bonus unit 15 unit setiap 100 unit pegangan, memang anda akan terima
tambahan 15 unit itu, tetapi nilai pelaburan anda masih lagi kekal pada nilai RM 10,000
kerana harga unit saham sudah pun diselaraskan dengan pemberian bonus unit tambahan itu.
Cuma pegangan unit saham anda sahaja bertambah. Nak untung, kena lah anda tunggu
sehingga buying price anda naik.

Sebab itulah pada sesetengah orang, timing untuk dia membeli unit trust ini apabila dana
tersebut sudah declare dividen atau semasa ekonomi merundum kerana harga unit saham
adalah lebih rendah berbanding biasa.

Tips untuk Membeli Unit Trust? - Untuk pelaburan secara lump sum sahaja

1 - Pilih timing yang bersesuaian - beli semasa harga murah dan jual semasa harga mahal

2 - Kenali diri anda dulu - Nak melabur selama berapa tahun? Short/long term? dan sejauh
mana tahap toleransi risiko anda? Sejauh mana anda sanggup ambil risiko kerugian semata-
mata nak dapatkan pulangan tinggi?

3 - Kenali profail dana pelaburan anda samada ia bersesuai dengan profail risiko anda

4 - Berurusan dengan syarikat yang cekap dan mempunyai rekod pelaburan yang baik.
Contoh, Unit saham syarikat mutual swasta perform lebih baik dari syarikat saham amanah
negeri.

5 - Semak service caj yang dikenakan oleh syarikat mutual tersebut, samada ianya terlalu
tinggi untuk anda. Caj biasanya antara 5%- 7% bagi dana aggresif/equity-based.

Untuk saya menyatakan yang mana satu lebih untung, ASB atau Unit Trust, saya tidak boleh
menyatakan sedemikian kerana keputusan sebenar hanya akan diperolehi dari prestasi
sebenar dana pelaburan yang anda pilih. Tiada seorang pun boleh menjamin pelaburan yang
untung setiap masa tidak kira betapa manisnya mulut ejen tersebut.

Yang pasti, jika anda ingin melabur duit anda, sekurang-kurangnya tetapkan matlamat anda,
kenali tahap toleransi anda terhadap risiko pelaburan dan fahami dana pelaburan anda terlebih
dulu.
Artikel ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak menggambarkan pendirian
mana-mana syarikat.