Anda di halaman 1dari 2

Adakah Untung Dalam Unit Trust?

Oleh : Azha Syazri, AFPM

Apa itu pelaburan Unit-Trust sebenarnya?

PENGENALAN KEPADA PELABURAN UNIT TRUST


Satu skim pelaburan yang dikelolakan oleh Syarikat Mutual Fund / Saham Amanah
Mempunyai 2 harga (Harga Jualan & Harga Belian) yang berubah-ubah mengikut prestasi
semasa
Harga Belian = Harga yang syarikat beli dari anda
Harga Jualan = Harga yang syarikat jual kepada anda (sudah termasuk service caj biasanya)
Service-Charge biasanya 5% - 7% dan 1.5% - 2% setahun Yuran Pengurusan
Contoh: Dana Amanah Pacific Mutual & MAA Mutual di Utusan Malaysia / New Straits
Times etc.
Harga akan turun apabila agihan bonus unit/dividen tahunan diumumkan
Contoh : Nilai Asset = RM 100,000 = RM 1 seunit
Jumlah Unit Saham 100,000 unit
Jika agihan bonus unit = 20 unit setiap 100 unit, maka jumlah unit saham akan menjadi
120,000 unit, maka harga 1 unit saham akan jatuh kepada Nilai Asset = RM 100,000 = RM
0.83 seunit Jumlah Unit Saham 120,000 unit

KESILAPAN YANG SERING BERLAKU DI DALAM PELABURAN UNIT TRUST

Ramai di antara kita mengukur prestasi pelaburan berdasarkan agihan bonus unit/dividen
tahunan sahaja, tanpa menghiraukan harga seunit saham amanah tersebut. Kebanyakan
keputusan pelaburan dibuat atas dasar khabar angin atau pujukan ejen unit-trust tersebut.
Inilah yang banyak berlaku selama ini, sehingga membuatkan ramai orang mula hilang
percaya kepada pelaburan unit trust. Ada juga yang menyindir " I invested my money in a
unit trust that cannot be trusted at all!"
Jika anda lihat trend sekarang pun, ramai orang tidak mahu melabur wang mereka kerana
menyangka prestasi pelaburan Unit Trust menurun sejak akhir-akhir ini akibat pengisytiharan
agihan bonus unit/ dividen tahunan yang rendah untuk 2-3 tahun lepas.
Contoh Illustrasi Pada Disember 2003, ada khabar angin menyatakan Dana XXX akan
mengumumkan agihan bonus unit tahunan sebanyak 15 unit bagi setiap pegangan 100 unit.
Dengan menyangka pulangan pelaburan sebanyak 15% setahun, maka anda membuat
keputusan untuk melabur sekarang, supaya anda dapat menikmati agihan 15 unit tersebut
dalam masa yang singkat.

Apa yang berlaku sebenarnya?

Harga unit Dana XXX pada 30 Disember 2003 = RM 0.58 seunit (mengikut harga jualan
sekarang)
Jumlah Pelaburan yang dibayar = RM 100,000
Jumlah pegangan unit = RM 100,000 / RM 0.58 seunit
= 172,414 unit
Agihan Bonus Unit Tahunan pada 5 April 2004 = 15 unit bagi setiap 100 unit
Harga baru unit Dana XXX pada 5 April 2004 = RM 0.50 seunit
Jumlah pegangan unit baru = 198,274 unit
Nilai Pelaburan sekarang = 198,274 unit x RM 0.50 seunit
= RM 99,137
Anda sebenarnya sudah kerugian RM 863 jika anda menjual semula pelaburan anda pada 8
April 2004 kerana harga saham sudah pun jatuh akibat pelarasan agihan bonus unit tahunan
tadi. Untuk mendapat untung, maka anda terpaksa menunggu apabila harga saham tersebut
naik semula kepada paras RM 0.55 ke atas.

BAGAIMANA UNTUK MEMBUAT UNTUNG?

Sebagai pelabur yang bijak dan bertanggungjawab, anda perlu memahami bagaimana
pelaburan Unit-Trust beroperasi dan apa strategi yang patut digunakan untuk mendapatkan
keuntungan yang maksima. Strategi utama di dalam pelaburan sekali-gus adalah – BELI
SEMASA HARGA MURAH DAN JUAL SEMASA HARGA MAHAL. Walaupun dari tahun
ke tahun, sesebuah dana pelaburan itu akan mengumumkan agihan bonus unit atau dividen
tahunan, strategi di atas patut digunakan dalam membuat keputusan mengenai pelaburan
anda. BELI SEMASA HARGA MURAH Contoh Illustrasi Melabur RM 100,000 pada bulan
30 Mac 2003 ke dalam Dana KLSI Pacific Mutual dengan matlamat mencari keuntungan
dalam masa singkat. Dana Islamik KLSI Pacific Mutual Fund (Kuala Lumpur Syariah Index
Fund) Jumlah duit yang dilaburkan = RM 100,000 Tarikh Dana dilancarkan = 25 Mac 2003
Profail Dana = Agresif - 95% di dalam Ekuiti Lulusan Syariah, 5% dalam bon Islam Harga
jualan pada 30 Mac 2003 = RM 0.50 seunit Service Charge & Annual Fee = 5% service
charge & 1% annual fee (antara yuran termurah) Jumlah pegangan unit yang diterima =
200,000 unit JUAL SEMASA HARGA MAHAL Harga unit saham pada 27 Feb 2004 = RM
0.6015 /unit Nilai Pelaburan sekarang = RM 120,300 Jumlah Keuntungan (Profit) = RM
20,300 Peratusan keuntungan (%) = 20.3 % Berbanding pelaburan ASB yang memberi
pulangan sebanyak 9.25% pada 2003, walaupun tempoh pelaburan belum genap setahun,
pulangan Unit Trust Dana KLSI ternyata lebih banyak (20.3%), jika ia dibuat dengan cara
yang betul.
Nota : Harga unit saham Dana KLSI yang dinyatakan di atas adalah dari harga sebenar unit
saham di pasaran.

Artikel ini adalah pendapat peribadi sahaja dan tidak menggambarkan pendirian
mana-mana syarikat.

Anda mungkin juga menyukai