Anda di halaman 1dari 4

Berapa Banyak Wang Perlu Anda Simpan?

Sekadar berkongsi ilmu pengetahuan dalam financial planning seperti yang pernah
dibincangkan dalam kursus FP yang pernah saya hadiri

Ada pendapat (dari FP Cina) menyatakan, untuk menyusun perancangan kewangan yang
sesuai dengan kehidupan kita, anda boleh menyusun ia seperti bagaimana anda menjalani
hidup anda sekarang.

Sebagai contoh, dalam 1 hari (24 jam), anda menghabiskan masa 8 jam untuk tidur / berehat.
8 jam untuk bekerja dan 8 jam lagi untuk aktiviti semasa seperti bersukan, berhibur, belajar
dan sebagainya. Dalam erti kata lain, anda membahagikan masa anda kepada 3 kategori
utama, iaitu

1/3 untuk tidur / berehat


1/3 untuk bekerja
1/3 untuk aktiviti semasa

Dalam perancangan kewangan pun begitu juga, menurut pendapatnya. Setiap kali kita
menerima income, pengurusan kewangan kita, terbahagi kepada 3 kategori utama, iaitu :-

1/3 untuk simpanan & pelaburan


1/3 untuk bayaran hutang pinjaman
1/3 untuk keperluan / tuntutan semasa

Sebab itulah, kalau kita tengok bila bank hendak meluluskan permohonan pinjaman kita,
mereka mengukur kemampuan anda berdasarkan bayaran ansurans TIDAK BOLEH LEBIH
dari 1/3 gaji bersih anda.

Of course, dalam kehidupan sebenar, anda boleh adjust sedikit nisbah di atas, untuk
menyesuaikan diri seperti 30% untuk simpanan & pelaburan, 35% untuk keperluan semasa
dan 35% untuk bayaran hutang. But roughly, itulah pecahan yang ideal dalam perancangan
kewangan.

PECAHAN UNTUK SIMPANAN & PELABURAN

Dalam membuat simpanan & pelaburan, kita hendaklah menyimpan mengikut keperluan
hidup kita. Bila sebut pasal keperluan hidup ini, manusia mempunyai 4 level keperluan hidup,
iaitu :-

1) Keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, kesihatan/perubatan ,


pengangkutan dan sebagainya
2) Keperluan jangka sederhana seperti pendidikan universiti
3) Keperluan jangka panjang seperti tabung persaraan
4) Kehendak / keinginan seperti melancong, rumah yang lebih besar, kereta yang lebih besar,
pakaian yang lebih trendy, makanan yang lebih sedap dan sebagainya.

First 1/3 dari bajet simpanan (10%), perlu dibajet untuk melindungi KEPERLUAN ASAS
anda. Kalau anda letak 10% dari gaji anda di bank atau ASB misalnya, adakah ia berupaya
untuk melindungi keperluan asas keluarga anda, sekiranya semalam anda sudah meninggal
dunia?

Contoh, gaji anda RM2,500 sebulan. Anda simpan RM250 sebulan untuk menjaga keperluan
asas keluarga anda seperti belanja makan minum, tempat tinggal, pakaian, kesihatan /
perubatan, pengangkutan dan sebagainya. Adakah ia mencukupi? Bagaimana kalau tak
sampai 6 bulan, anda sudah meninggal dunia? Cukupkah simpanan RM250 x 6 bulan = RM
1,500 untuk melindungi keperluan asas keluarga anda?

Jawapannya, of course TIDAK! RM1,500 cukup untuk buat belanja kebumi anda sahaja.
Sebabnya, kerana anda meletakkan 10% dari income anda tadi, ke dalam PRODUK
KEWANGAN YANG SALAH! Meletak 10% dari income bulanan anda ke dalam bank atau
ASB, TIDAK AKAN DAPAT MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.

10% tadi, sepatutnya diletakkan ke dalam insurans / takaful. Hanya produk kewangan ini
sajalah, yang dapat MELINDUNGI KEPERLUAN ASAS KELUARGA ANDA.

Sebagai contoh, sekiranya anda berumur 35 tahun (tak kira lelaki atau wanita), dengan
meletak RM150 sebulan ke dalam insurans/takaful, anda boleh mendapat jaminan
tanggungan kerugian spt berikut :-

RM2,000 untuk khairat kecemasan (within 24 jam) untuk belanja kebumi


RM5,000 untuk khairat tambahan seperti upah haji, zakat dan sedekah.
RM300,000 harta pusaka untuk keluarga jika meninggal dunia apa jua punca
RM300,000 gantian-gaji jika lumpuh keseluruhan (lumpuh 2 anggota utama atau lebih)
RM60,000 gantian-gaji jika menghidap salah 1 dari 36 penyakit kritikal

Jadi, kalau anda perhatikan di sini, dengan pampasan insurans RM300,000 yang diberikan
kepada anda jika anda lumpuh keseluruhan misalnya, wang tersebut jika dilaburkan-semula
ke dalam investment yang mampu beri pulangan 10%, anda akan menerima dividen
RM30,000 setiap tahun.

Dalam erti kata lain, dividen RM30,000 ini berupaya untuk mengganti-semula income
RM2,500 sebulan / RM30,000 setahun yang anda miliki sebelum ini. Anda patut sedar, kalau
semalam anda menjadi lumpuh keseluruhan dan tidak berupaya untuk bekerja lagi,
MAJIKAN ANDA hanya akan bayar gaji maksima sampai 6 bulan sahaja (ikut peraturan
Akta Buruh). Lepas tu, bye-bye-lah jawabnya. Macam mana nak survive lepas tu?
Anak isteri nak makan apa?

Untuk kakitangan awam yang ada pencen, mungkin akan terima 1/2 gaji dari gaji terakhir
mereka. Kalau selama ni, dapat gaji penuh 100% pun, anda rasa macam tak cukup,
bagaimana nak survive, bila income tinggal 1/2 sahaja kali ini? Ini belum cakap pasal
kenaikan harga barang (inflasi) setiap tahun lagi ni...

Jadi, perkara sebegini-lah yang anda PATUT BERI PERHATIAN JIKA ANDA BENAR-
BENAR MENG-UTAMAKAN KESELAMATAN & KEBAJIKAN KELUARGA ANDA.
Jangan cakap saja lebih, kononnya anda memang utamakan kebajikan dan masa depan
keluarga anda, tapi bila ditanya samada anda mempunyai perlindungan insurans yang
SECUKUPNYA, anda berdalih atau geleng kepala?

Baki RM100 sebulan lagi (Bajet RM250 - RM150 = RM100), anda bajetkan untuk insurans
perubatan bagi melindungi kebajikan anda dan anak-anak. Sekurang-kurangnya anda ada
back-up tambahan untuk menampung kos perubatan yang mahal, bila berlaku kecemasan.

Bagi kakitangan awam, saya faham anda mungkin cakap, anda sudah ada kemudahan Wad
Kelas 1 di hospital kerajaan, tapi izinkan saya tanya anda balik, ADAKAH ANDA
MEMPUNYAI 1st PRIORITY bila berlaku kecemasan?

Maksud saya, bila sakit, adakah anda dapat admit ke wad terus, atau terpaksa menunggu 3-4
jam seperti orang lain dan hanya akan diwadkan jika penyakit anda serius & kritikal sahaja,
sama macam orang lain?

Bila anda sakit kritikal seperti kanser, adakah anda menerima rawatan segera (operation &
kimo), atau terpaksa tunggu giliran 2-3 bulan untuk dapat first appointment dan follow-up
appointment yang entah tak tahu berapa bulan lagi baru dapat jumpa?

Bang, Akak, kalau dah sakit kritikal macam kanser ni, anda takde banyak masa nak tanggung
tanggung rawatan ya. Kanser boleh tumbuh dan merebak 50% dalam masa 1 minggu saja!
Boleh tunggu sampai 2-3 bulan?
Sebab itulah anda perlukan insurans perubatan, supaya jika berlaku kelewatan di hospital
kerajaan, anda ada PILIHAN LAIN untuk dapatkan rawatan segera di hospital swasta lain.

------------ --------- --------- ---

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan jangka sederhana.
Seperti keperluan pendidikan anak atau keperluan semasa ketika tengah sesak atau keperluan
luar jangka.

Ye-lah, mana tahu nanti kereta rosak ke, accident ke, kena saman ke, ada lah duit nak bayar
kalau ada simpanan untuk keperluan semasa.

Bajet ini, anda boleh simpan di bank, ASB atau Tabung Haji saja. Mudah untuk keluarkan
semula jika diperlukan di masa hadapan.

------------ --------- --------- ---

10% lagi (dari income bulanan anda) boleh disimpan untuk keperluan masa depan anda
seperti pendidikan universiti anak dan tabung persaraan anda.

Kalau anda mempunyai anak yang ramai (lebih dari 2 orang), anda perlu simpan 15% dari
gaji anda untuk keperluan masa depan. Sebab kos universiti semakin mahal dari tahun ke
tahun (inflasi 5% setahun).

Pelaburan untuk masa depan, boleh menggunakan produk kewangan seperti ASB, unit trust.
investment-linked atau bursa saham, mengikut tahap toleransi anda terhadap risiko kerugian
modal.

------------ --------- --------- -------

Of course, bukan semua orang mempunyai perancangan kewangan yang memenuhi kriteria
1/3 disetiap bahagian. Tetapi, cubalah adjust dan perbaiki kewangan anda mengikut pecahan
ideal ini.

Kalau anda dapat tingkatkan pecahan 1/3 kepada 1/2 untuk simpanan & pelaburan, adalah
lebih baik.

Kalau anda dapat kurangkan pecahan 1/3 ke atas keperluan semasa & bayaran pinjaman,
kepada 1/4 atau 1/5, lagi-lah bagus.

Maknanya, semakin bertambah income bulanan anda, semakin banyak simpanan anda dapat
lakukan, dan semakin kurang pecahan untuk perbelanjaan semasa dan bayaran hutang.

Mempunyai perancangan kewangan yang ideal adalah sangat penting untuk masa depan anda
kerana ia akan menentukan bagaimana anda akan hidup selepas bersara nanti (tempoh di
mana anda tidak lagi bekerja, tetapi hanya berbelanja setiap hari). Anda perlu ingat, bila
bersara, anda mungkin akan hidup 20-30 tahun lagi, TANPA BEKERJA! Bolehkah anda
survive?
Atau tak sampai 2-3 tahun, wang KWSP dah habis kesemuanya?

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berbincang dengan saya mengenai perancangan
kewangan anda. Saya sedia membantu, tetapi harapan saya, janganlah sekadar bertanya saja
tapi tak buat apa apa. Anda kena ambil tindakan yang betul, berdasarkan perancangan masa
depan anda. Jadi cubalah lakukan yang terbaik, demi masa depan anda sendiri.