Anda di halaman 1dari 8

4.

0 PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM DALAM MENANGANI ISU KHURAFAT

Guru pendidikan Islam merupakan guru agama yang telah terlatih dengan ilmu-ilmu berkaitan keagamaan yang mencakupi aspek akidah, ibadat, sirah, akhlak, al-Quran dan lainlain. Jadi, menjadi tanggungjawab besar kepada guru agama untuk berperanan membenteras amalan khurafat di kalangan masyarakat khususnya daripada terus berleluasa. Beberapa pendekatan boleh digunakan oleh guru agama sebagai da`ie dalam membenteras kepercayaan khurafat ini dari terus menjadi amalan. Antara pendekatan tersebut ialah:

i- Memperkenalkan sunnah, melaksanakannya dan memperkembangkannya dalam kehidupan masyarakat.

Ianya dapat dilakukan dengan guru memberi pendidikan dan pengajaran secara formal atau tidak formal kepada masyarakat supaya mereka dapat mengenal sunnah dan mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya, guru mengadakan kelas-kelas atau kuliah-kuliah yang berkaitan amalan dan akidah seperti tajuk bahaya amalan khurafat. Melalui kelas atau kuliah yang diadakan guru dapat memperjelaskan dengan terperinci kepada masyarakat akan perkara-perkara khurafat yang boleh menyebabkan akidah dan iman seseorang rosak seterusnya guru memberikan contoh atau alternatif yang sepatutnya digunakan dalam masyarakat apabila berkaitan dengan sesuatu amalan yang salah itu. Sebagai contoh, jika masyarakat percaya bahawa bomoh atau dukun mampu menyembuhkan penyakit, guru perlu menerangkan dan meyakinkan masyarakat, sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit. Seharusnya, masyarakat banyakkan berdoa disamping berikhtiar dengan cara yang hanya dibenarkan oleh syarak seperti berubat secara moden dengan berjumpa doktor ataupun bertemu dengan pengamal perubatan islam. Dan jika kesembuhan berlaku, ia adalah dengan izin Allah, bukan kerana doktor atau pengamal perubatan Islam. Melalui pengisian ilmu ini, ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang perkara yang benar dan batil dalam Islam.

ii- Berusaha untuk menghalang setiap pendapat tentang akidah atau kepercayaan yang meragukan yang ditimbulkan oleh masyarakat.

Guru sebagai da`ie perlu berusaha menghalang orang awam daripada mengeluarkan pendapat tentang persoalan yang berkaitan agama. Guru juga perlu berhati-hati menyatakan sesuatu pendapat atau mengeluarkan sesuatu hukum walaupun terhadap perkara yang dianggap kecil atau remeh. Ini kerana setiap apa yang dikeluarkan ditakuti akan menimbulkan rasa taksub kepada yang tidak benar seterusnya boleh memecahbelahkan masyarakat. Dalam hal ini guru perlu mempertahankan kesucian agama islam daripada dicampur adukkan dengan amalan khurafat dengan memberikan dalil-dalil yang sahih daripada al-Quran dan Hadis. Sebagai contoh, untuk menghalang pemahaman masyarakat yang percaya bahawa terdapat kesialan pada hari Rabu dan bulan Safar. Guru boleh mendatangkan dalil dari al-Quran yang menjelaskan bahawa tiada bulan atau hari yang terdapat kesialan sebaliknya sesuatu mudharat atau manfaat itu adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah sebagaimana firmanNya, surah at-Taubah,ayat 51 :

Ini diperjelaskan lagi dengan hadis Rasul s.a.w yang bermaksud:

iii-

Mendidik masyarakat dengan menunjukkan contoh teladan yang baik

Dalam persoalan khurafat, masalah akhlak merupakan perkara asas bagi membina masyarakat. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah tunjang kekuatan sesebuah masyarakat. Contohnya, Rasulullah s.a.w diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia. Tidak dinafikan, sesetengah amalan masyarakat merupakan adat kebiasaan yang telah berakar umbi umpama darah daging.Justeru itu, guru da`ie perlu menunjukkan teladan dan akhlak yang baik dalam masyarakat. Guru perlu berani memperbetulkan akhlak masyarakat yang terpesong dari landasan Islam dengan pendidikan kerohanian dan pendekatan secara berhikmah. Guru perlu mendampingi masyarakat dan melibatkan diri dalam aktiviti mereka. Seterusnya, jika terdapat aktiviti yang agak meragukan tanpa ada nas syarak, guru perlu memperbetulkannya dengan menunjukkan amalan sebenar yang dibenarkan dalam agama.Contohnya, dalam adat meninggal dunia selepas kematian. Terdapat dalam masyarakat yang mengamalkan meletakkan gunting di atas mayat yang baru meninggal dunia, kemudian mengadakan kenduri 7 hari selapas kematian, 14 hari, 40 hari dan 100 hari dengan niat dan tujuan yang bertentangan dengan syarak. Guru da`ie perlu memperbetulkan dan menunjukkan contoh yang betul iaitu dengan menjelaskan bahawa memperbayakkan sedekah bacaan ayat al-Quran untuk si mati adalah lebih utama.

iv-

Amar ma`ruf , nahi mungkar

Amar ma`ruf nahi mungkar bermaksud menyeru kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Dalam persoalan ini, guru da`ie perlu berusaha untuk mengajak masyarakat melakukan perkara kebaikan dan mencegah mereka daripada melakukan kejahatan (perkara khurafat) dengan berbagai cara yang difikirkan wajar dan bersesuaian. Antara cara yang dianjurkan apabila guru berhadapan dengan mereka yang mengamalkan perkara khurafat ialah menegahnya dengan tindakan , menasihati dan menghindari ( membencinya di dalam hati, iaitu selemah-lemah iman). Contohnya, jika guru melihat masyarakatnya mengamalkan pemujaan nombor ekor, guru tersebut perlu menegahnya melalui tindakan. Namun, jika tindakannya

dikhuatiri boleh membahayakan nyawanya, guru boleh menasihati mereka. Dan jika cara tersebut juga mengancam keselamatan dan nyawanya, cukuplah jika guru tersebut menghindari dan membenci perbuatan tersebut. Selain dari itu, tindakan praktikal yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan melaporkannya pada pihak berwajib agar tindakan segera dapat diambil ke atas pelaku yang melakukan perkara khurafat. Contohnya melaporkan kepada penguatkuasa agama seperti Jabatan Agama Islam, Polis dan sebagainya. Melalui cara ini, guru telah bertindak membantu membendung masalah dari terus berleluasa. Jika pelaku tadi dikenakan hukuman atau tindakan kaunseling, guru sebagai dai`e juga boleh menawarkan diri untuk memberikan khidmat kaunseling jika bersesuaian dengan kepakaran.

v-

Pentarbiyahan melalui konsep melentur buluh biar dari rebungnya.

Kanak-kanak

merupakan

generasi

pelapis

kepada

anggota

masyarakat.

Pentarbiayahan awal tentang persoalan akidah dan ibadat dari usia muda sangat penting dalam memastikan mereka benar-benar memahami cara hidup Islam sebenar. Sebagai guru di sekolah rendah atau menengah, guru perlu mendidik mereka dengan kefahaman yang jelas tentang perkara-perkara yang dibenarkan dan perkara-perkara yang dilarang dalam Islam. Guru perlu memberikan contoh-contoh yang jelas dan yang berlaku hampir dengan mereka. Contohnya, pelajar diajar dan diperjelaskan tentang konsep beriman dengan Qada` dan Qadar. Pelajar dapat memahami dengan baik bahawa setiap sesuatu sama ada baik atau buruk merupakan ketetapan dari Allah dan tiada istilah sial atau malang. Keadaan ini akan membantu mereka memahami, menghayati, meyakini dan mengamalkan hanya apa yang disarankan dalam agama Islam. Jika asas ini diterap dari awal, masalah kekeliruan atau percampuran amalan antara yang benar dan salah dapat diatasi. Asas yang kukuh ini perlu diteruskan keperingkat seterusnya seperti di Institut Pengajian Tinggi agar lebih mapan dan mantap. Insya Allah, pentarbiyahan berterusan ini mampu menjadi benteng yang ampuh bagi anggota masyarakat dari terjerumus ke kancah khurafat.
PERANAN GURU SEBAGAI DA'IE Kehidupan masyarakat pada masa ini di sesebuah tempat banyak dipengaruhi dan

mempengaruhi gaya kehidupan, adat, pegangan dan kepercayaan. Namun kadang kala, oleh kerana kurangnya ilmu agama dan keyakinan yang betul menybabkan terdapatnya sebilangan ahli dalam masyarakat yang terlibat dengan amalan khurafat secara tidak disedari. Oleh itu sebagai guru Pendidikan Islam yang tinggal di sesebuah kampung atau taman perumahan haruslah memainkan peranan dan bertindak sebagai da'ie bagi membantu menangani masalah yang timbul terutamanya yang berkaitan dengan amalan khurafat. Jadi bagi tujuan ini beberapa siri tindakan dikemukakan sebagai cadangan dan mudah-mudahan ia dapat membantu menangani permasalahan ini. 3.1.0 Program pemantapan akidah

Sebagai individu, saya ingin mencadangkan beberapa aktiviti dan program bagi tujuan pemantapan akidah. Antaranya ialah : a) Membuat kajian dan mengenalpasti amalan khurafat atau yang menjurus ke arahnya serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam untuk membolehkan langkahlangkah dan pendekatan-pendekatan terbaik diambil bagi membanteras amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam.

b) Mengadakan majlis ilmu, seminar dan perbincangan secara bersiri bagi menyebarkan maklumat dan memberi pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agar kegiatan atau amalan yang telah dijalankan dapat dinilai dan memikirkan cara serta langkah terbaik bagi menangani kekurangan dalam amalan-amalan tersebut pada masa akan datang.

c) Menggalakkan masyarakat untuk suka membaca dan kaedah yang betul bagi mendapatkan maklumat yang tepat terutamanya yang berkaitan dengan akidah.

d) Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan menekankan kepentingan mempelajari serta menuntut ilmu supaya mereka dapat memantau kegiatan anak-anak mereka. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka orang yang berpengetahuan dan menjadi tempat tauladan bagi anak-anak mereka.

3.2.0 Subjek pendidikan Islam

1. Di sekolah beberapa cadangan boleh diutarakan. Antaranya :

a) Setaraf dengan mata pelajaran teras yang lain seperti Metemetik, Sains, Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris, subjek Pendidikan Islam juga dijadikan mata pelajaran teras dengan mensyaratkan pelajar wajib lulus dengan baik sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

b)

Mengambil pendekatan yang disarankan oleh Al-Ghazali yang menekankan

proses pendidikan akidah yang mesti diajarkan kepada kanak-kanak dan orang awam melalui penerapan empat tahap berikut: i mestilah dimulai dengan menghafaz ii kemudian diikuti dengan proses memahaminya iii setelah itu diiktikadkan dengan penuh kepercayaan iv kemudian ditasdiqkan ( dibenarkan ) dengan penuh keyakinan

2. Pendidikan tidak formal khusus untuk penduduk setempat.

a) Memanfaatkan sepenuhnya fungsi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu dan juga pusat pendidikan Islam di kalangan umat Islam agar mereka terus menghayati Islam sebagai cara hidup yang lengkap.

b) Memperbanyakkan kelas pengajian agama di masjid supaya umat Islam dapat memantapkan pengatahuan ilmu Islam. Ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan bilngan dan menggunakan guru agama yang berkelayakan semaksima mungkin untuk mengisi kekurangan kelas-kelas pengajian Islam di masjid setempat.

c) Menerapkan Pendidikan Islam sebagai satu proses pendidikan berterusan yang wajib dihadiri oleh masyarakat Islam, tanpa mengira umur. Ini kerana konsep pendidikan Islam adalah sepanjang hayat, merangkumi segala aspekdan untuk semua.

3.3.0 Kempen kesedaran

Bagi menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat, kempen yang berkaitan perlu dijalankan. Antaranya :

a) Kempen mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan memelihara kesucian akidah serta memberi dorongan untuk melibatkan diri dalam aktiviti pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan kemampuan masingmasing.

b) Berusaha menyeru ahli keluarga masing-masing dan jiran yang berdekatan agar sama-sama mengimarahkan dan memanfaatkan institusi masjid sebagai pusat penyebaran ilmu Islam dan juga pemantapan akidah.

3.4.0 Penguatkuasaan undang-undang

Pihak berkuasa setempat yang berkaitan seperti ahli jawatan kuasa masjid, JKKK kampung, rukun tetangga dan sebagainya perlu juga memainkan peranan. Undang-undang yang tegas perlu diamalkan supaya masyarakat akan takut akan syariat Allah dan lebih berhatihati dalam melakukan apa-apa aktiviti.

Untuk itu mereka perlu meneliti dan merangka peraturan yang tertentu supaya setiapahli masyarakat maklum dan faham akan isi kandungannya. Di sini guru agama seharusnya berperanan untuk membantu menggubal undang-undang tersebut. 3.5.0 Media massa atau media cetak

Melalui media massa atau media cetak guru agama boleh berkongsi ilmu dan ia merupakan cara mudah dan pantas untuk menyebarkan sebarang maklumat terutama berkaitan perkara yang sangat penting iaitu akidah. Ia boleh berbentuk hebahan suara dan juga risalah yang telah disahkan oleh pihak berkuasa setempat.