Anda di halaman 1dari 16

HBQE2103SMP

680301035111

FAKULTI

SARJANA MUDA PENGAJARAN


SEMESTER / TAHUN

SEMESTER SEPTEMBER 2012


( AMBILAN KHAS MAC 2011)
KOD KURSUS

HBQE2103SMP
TAJUK KURSUS

AL-TAJWID

NO. MATRIKULASI

680301035111001

NO. KAD PENGENALAN

680301035111

NO. TELEFON

013 250 2626/ 017 315 2626

E-MEL

tokayohlibachok@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

KELANTAN LEARNING CENTRE

NAMA PENSYARAH

TUAN HAJI ZULKEFLI BIN JUNOH

HBQE2103SMP
680301035111

KANDUNGAN
BIL

PERKARA

HALAMAN

Kandungan
Penghargaan

2
4

1.0

Pengenalan

2.0

Definisi Ilmu Tajwid

2.1 Kepentingan Ilmu Tajwid Dalam Pembelajaran


Al-Quran

Definisi Talaqqi Mushafahah

3.1 Dalil Talaqqi Mushafahah

3.0

3.2 Pelaksanaan Talaqqi Mushafahah Di Dalam


Bilik Darjah

10

3.3 Langkah-langkah Yang Perlu Dijalankan Untuk


Meningkatkan Penguasaan Al-Quran Di Kalangan
Pelajar

4.0

13

3.4 Masalah-masalah Di dalam Pengajaran Al-Quran

13

3.5 Cara-cara Untuk Mengatasi Masalah

14

Penutup

15

Rujukan

16

Penghargaan
2

HBQE2103SMP
680301035111

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah SWT tunjuk

kerana dengan limpah

kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan HBQE1103 Ulum Al_Quran


Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Zulkefli bin Junoh, pensyarah kami yang
telah mencurah segala ilmu, juga kepada pensyarah online, pemeriksa, rakan
seperjuangan , keluarga tersayang dan semua pihak yang yang telah banyak
memberi tunjuk ajar dan panduan dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Tidak
lupa juga individu lain yang telah banyak membantu samada secara langsung
atau tidak langsung.
Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kepincangan
yang terdapat dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu adalah atas
anugerah Allah SWT dan segala kekurangan dan kelemahan itu adalah atas
kelemahan diri saya. Mudah-mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah
melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahnya kepada kita
semua, Amin.
Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindungan Mu daripada ilmu
yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, nafsu yang tidak
pernah puas, dari doa yang tidak dimakbulkan
Wassalam.
MOHAMAD GHAZALI BIN GHANI
680301035111001

1.0 PENGENALAN
Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain adalah empat komponen ilmu yang
perlu dimiliki oleh setiap orang yang berbangsa Melayu beragama Islam. Untuk memiliki
imu fardhu Ain, seseorang itu perlu memiliki kemahiran Jawi dan ilmu-ilmu Al-Quran.
Untuk memahami ilmu-ilmu Al-Quran, memerlukan kepada penguasaan Jawi dan bahasa
3

HBQE2103SMP
680301035111

Arab. Menyedari atas hakikat inilah, program j-QAF diperkenalkan yang akan menjadi
asas memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Program ini menggunakan
model-model tersendiri yang merangkumi keempat-empat komponen tersebut. Di dalam
bidang Asuhan Tilawah al-Quran, Model 6 Bulan Khatam al-Quran menggunakan kaedah
Talaqqi Mushafahah di samping penekanan kepada ilmu-ilmu tajwid.
2.0 Definisi Ilmu Tajwid
Ilmu Tajwid dari segi bahasa bererti memprelokkan sesuatu atau mencantikkan.
Dari segi istilah bermaksud suatu ilmu untuk mengetahui cara melafaz huruf-huruf AlQuran dengan betul ataupun mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan
menjaga sifat-sifatnya.
Menurut Hasan Mahmud Al-Hafiz (1986); ilmu tajwid dari perspektif istilah ialah
suatu ilmu yang membahaskan cara membaca ayat-ayat suci al-Quran mengikut hukum
yang tertentu, dengan mengucapkan huruf menurut hak asli dan hak mendatang Hak alhuruf bermaksud huruf dan makhrajnya yang tidak boleh sama sekali dipisahkan dari huruf
tersebut 1
Sebahagian ulama mentakrifkan Tajwid ialah menunaikan hak huruf dan apa yang
sepatutnya bagi sesuatu huruf Al-Quran, seperti menunaikan apa yang sepatutnya bagi
makhraj sesuatu huruf , sifat-sifatnya, dengungnya, panjangnya,tebal atau nipisnya sebutan
sesuatu huruf dan lain-lain hukum Ilmu Tajwid.

1Hassan Mahmud al-Hafiz. Pelajaran Ilmu Tajwid al-Quran Rasm Uthmani, ms 27)

Oleh yang demikian, dapat difahami bahawa istilah ilmu tajwid ialah ilmu yang
berkaitan dengan sebutan huruf yang diucap pada makhraj-makhrajnya yang betul, kadar
panjang dan pendek bacaan (mad), dengung, qalqalah, isymam (), dan lain-lain lagi
yang terkandung dalam skop ilmu tajwid. Sifat-sifat bacaan ini akan menolong dalam
penyampaian kepada makna perkataan-perkataan yang diucapkan 2

HBQE2103SMP
680301035111

Ilmu Tajwid adalah asas bagi segala ilmu yang terkandung dalam al-Quran.Ianya
berkaitan dengan cara bacaan atau cara-cara menyebut lafaz al Quran. Tanpa
mempelajarinya, dikhuatiri lafaz-lafaz sebutan huruf-huruf dalam al-Quran tidak menepati
keadaan sifat huruf yang sebenarnya.Ia juga bolehlah dikatakan tunggak kepada segala
rangkaian ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bacaan al quran seperti ilmu rasm, ilmu dabt
dan Fawasil. Berasaskan ilmu tajwidlah maka segala ilmu-ilmu itu ditanda dan ditulis
sesuai dengan teknik-teknik bacaan al Quran.
Sejarah bermulanya ilmu tajwid ialah semenjak turunnya ayat al-Quran dalam
surah al-Muzammil ayat 4: 3


: Maksudnya
Atau lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al Quran itu dengan tartil (bertajwid!
Rasulullah diperintahkan untuk membaca al-Quran dengan bertajwid dan tartil
sebagaimana di dalam ayat di atas.
Sayyidina Ai bin Abi Talib ketika ditanya tentang maksud bacaan secara tartil,
maka beliau menjawab :

Maksudnya : Memperelokkan sebutan setiap huruf dan berhenti pada tempat yang betul. 4

2 Abdullah al-Qari Salleh. Kursus Qari dan Qariah, ms 16.


3.Surah al-Muzammil : 4
4 http://fadzilahharon.blogspot.com/2010/10/sejarah-ilmu-tajwid.html

2.1 Kepentingan Ilmu Tajwid Dalam Pembelajaran Al-Quran


Kepentingan mempelajari Ilmu Tajwid mempunyai manfaatnya tersendiri; antaranya ialah:
(a) Memelihara daripada kesalahan-kesalahan dalam membaca al-Quran.
Seseorang yang melakukan kesalahan ketika membaca al-Quran hukumnya adalah
haram. Mencacatkan semasa membaca pula hukumnya berdosa. Kesalahan dalam bacaan
5

HBQE2103SMP
680301035111

terbahagi kepada dua iaitu kesalahan lahn jaliy (kesalahan besar), dan lahn khofiy
(kesalahan kecil).
i.

Kesalahan lahn jaliy ialah kesalahan yang dilakukan secara nyata


pada
struktur perkataan samada kesalahan tersebut mencacatkan makna
perkataan atau tidak dan ianya disedari oleh orang biasa ataupun orang
yang mahir dalam tajwid. Termasuk dalam kategori ini ialah kesalahan
yang mengubah makna perkataan dan kesalahan yang tidak mengubah
makna perkataan serta kesalahan mengubah huruf. Ijma ulama
sependapat hukumnya adalah haram samada disengajakan ataupun
tidak. Bagi yang tidak tahu, tidaklah berdosa.

ii.

Lahn khofiy bermaksud

kesalahan atau kecacatan sebutan yang

menyalahi cara sebutan yang telah ditetapkan bagi sesuatu perkataan


atau ayat al-Quran. Kesalahan ini hanya disedari oleh orang yang mahir
dalam tajwid ataupun para qurra sahaja, dan tidak pada orang awam.
Contoh

kesalahan

ialah

seperti

mengabaikan

hukum

izhar,

ikhfa,idgham, iqlab, ghunnah, hukum mad, tafkhim, tahqiq dan


sebagainya. Hukumnya jika dilakukan secara secara sengaja atau
mempermudahkannya adalah haram. Jika dilakukan kerana tidak tahu,
tidaklah berdosa.
(b)

Mendapat keyakinan dalam pembacaan al-Quran. Seseorang yang memiliki ilmu

tajwid akan merasa yakin dengan ketepatan bacaannya. Di samping itu, perasaan raguragu dengan apa jua permasalahan bentuk ayat dan hukum bacaan yang ditemui pada
mana-mana tempat dalam al Quran juga dapat diatasi.

HBQE2103SMP
680301035111

(c) Mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak ayat al-Quran dan Hadis
Rasulullah s.a.w. yang menerangkan kelebihan memperhalusi bacaan serta jaminan
kebahagiaan di dunia dan akhirat.

(d) Dapat mengetahui seni bacaan al-Quran yang pelbagai. Al-Quran mempunyai seni
bacaannya .yang dikenali sebagai taranum. Dengan mendalami ilmu tajwid, seseorang itu
akan dapat mengetahui dan mempelajari jenis-jenis tingkatan seni suara, seni lagu dan
perbezaan lagu.
(e)

Menjamin kesahan dan kebenaran makna sesuatu ayat yang dibaca berdasarkan

hukum-hukum bacaan yang terdapat di dalam ilmu tajwid.

Bacaan

bertajwid

yang

disertai dengan kefahaman makna-makna ayat akan dapat menimbulkan rasa nikmat
keindahan bahasa ayat-ayat al-Quran dan dapat mengetahui kandungan pengajaran dari alQuran.
3.0 Definisi Talaqqi Mushafahah
Perkataan Talaqqi berasal dari masdar iqla yang bermaksud melontar atau
mencampakkan. Pada istilahnya, talaqqi bermaksud manhaj pembelajaran lafaz-lafaz alQuran di mana seorang guru akan membacakan ayat al-quran kepada murid, lalu murid
tersebut akan mengikut bacaan guru tersebut . Talaqqi Mushafahah bermaksud pertemuan
antara guru dan murid secara bersemuka di mana murid menerima pengajaran dengan
melihat pergerakan bibir guru dan mengikut bacaan guru 5
Melalui takrifan tersebut dapat kita fahami bahawa talaqqi al-Quran merupakan
suatu proses pembelajaran al-Quran antara kedua-dua belah pihak iaitu antara guru dan
murid. Ia juga dikenali sebagai mushafahah yang bermaksud mempelajari bacaan alQuran secara berguru secara lisan.
5 Makalah Dakwah, Masjid Abidin (Masjid Negeri)Kuala Terengganu Bil 10/20

April 2012

Kaedah ini merupakan kaedah mempelajari al-Quran yang tertua. Ia telah


diamalkan oleh malaikat Jibril AS kepada Nabi Muhammad sewaktu penurunan wahyu
7

HBQE2103SMP
680301035111

yang pertama. Malaikat Jibril telah membaca Surah al-Alaq ayat 1-5 kepada baginda dan
baginda mengikut bacaan tersebut serta menghafaznya. Kemudian baginda membaca pula
ayat tersebut kepada para sahabat dan dihafaz pula oleh para sahabat. Begitulah proses
talaqqi mushafahah ayat-ayat al-Quran yang telah dilakukan oleh rasulullah kepada para
sahabat dan tabien.
Nabi Muhammad s.a.w turut meminta para sahabat supaya mempelajari al-Quran
secara berguru iaitu bertalaqqi daripada mereka yang mahir al-Quran. Para sahabat telah
memperdengarkan bacaan al-Quran mereka di hadapan rasulullah dan juga sesama meraka.
Di dalam al-Quran Surah an-Namli ayat 6, Allah s.w.t menyebut kaedah talaqqi
musyafahah sebagaimana firmanNya ;

Maksudnya: Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) benar-benar ditalaqqikan


al-Quran daripada sisi Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha mengetahui (melalui
perantaraan Jibril). 6
Syeikh Hassan Ragab al-Muqri, pensyarah al-Quran & al-Qiraat di Maahad Qiraat,
Shoubra, Mesir menyatakan bahawa kaedah yang diamalkan di dalam sistem pengajian alQuran pada hari ini masih dikira sebagai talaqqi mushafahah jika terdapat perkara-perkara
berikut:
1) Guru membaca al-Quran kemudian murid hanya mendengar
2) Murid membaca al-Quran kemudian guru hanya mendengar
3) Guru membaca al-Quran kemudian diikuti bacaan murid 7

6 Surah an-Namli ayat 6,


7Makalah Dakwah, Masjid Abidin (Masjid Negeri)Kuala Terengganu Bil 10/20 April 2012

3.1 Dalil Talaqqi Mushafahah

HBQE2103SMP
680301035111

Di dalam al-Quran dan hadith banyak terdapat dalil-dalil tentang

tuntutan

mempelajari al-Quran dengan kaedah talaqqi mushafahah. Firman Allah Taala daam surah
al-Qiamah ayat 16-18 :





Maksudnya : Janganlah engkau (Muhammad) menggerak-gerakkan lidahmu kerana
hendak bersegera membaca dan menghafaznya (sebelum selesai Jibril membacanya).
Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran (ke dadamu) dan
Kamilah yang menetapkan bacaannya (pada lidahmu). Oleh itu, apabila Kami telah
selesai membacanya makaikatlah bacaannya.8
: Di dalam surah al-Isra ayat 106 Allah Taala berfirman



Maksudnya : Dan Al Quran itu Kami bahagi-bahagikan dia supaya engkau
membacakannya kepada manusia dengan lambat, tenang
dan Kami menurunkannya beransur-ansur.9

8 surah al-Qiamah ayat 16-18


9 surah al-Isra ayat 106

:Nabi Muhammad SAW telah bersabda

HBQE2103SMP
680301035111




((
) -






Maksudnya : Daripada Anas Bin Malik bahawasanya Rasulullah s.a.w telah berkata
kepada Ubay : Sesungguhnya Allah menyuruhku membacakan Al Quran padamu
.Ubay berkata : Adakah Allah memilihku dan menyebut namaku disisimu?. Jawab
Nabi: Allah telah memilih dan menamakan kamu disisiku Maka Ubay pun menangis. 10

((
(


Maksudnya : Sabda Rasulullah s.a.w : Ambillah (pelajarilah) Al Quran daripada empat


orang iaitu Abdullah Bin Masud , Salim , Muaz dan Ubay Bin Kaab.11
3.2 Pelaksanaan Talaqqi Mushafahah Di dalam Bilik Darjah

Kaedah Talaqqi Musyafahah adalah kaedah yang mementingkan pertalian antara


guru dan murid. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, murid
berhadapan atau bersemuka dengan guru secara langsung. Guru memperdengarkan bacaan
al-Quran kepada murid sebagai bacaan contoh. Murid-murid dikehendaki mendengar dan
memerhatikan gerak bibir guru dalam melafazkan kalimah-kalimah tertentu bagi
memastikan sebutan makhraj huruf

atau kalimah adalah tepat dan betul. Bacaan itu

diulang beberapa kali. Apabila guru selesai menghabiskan bacaan, murid akan mengikut
bacaan guru. Kemudian guru akan mendengar dengan teliti bacaan murid dan
membetulkannya jika terdapat kesilapan pada makhraj dan hukum tajwid. Langkah ini
dijalankan berterusan sehinggalah selesai pengajaran.
10 Hadith riwayat Bukhari
11 Hadith riwayat Bukhari

Contoh pengajaran kaedah talaqqi mushafahah:

10

HBQE2103SMP
680301035111

1. Guru membaca ayat-ayat al-Quran dan murid memerhati pergerakan bibir dan sebutan
guru.
2. Guru menunjukkan ayat-ayat dari surah yang diajar melalui LCD, kad carta atau kad
manila. Kemudian guru membaca ayat-ayat tersebut dan meminta murid mengikut bacaan
guru.
3.

Murid-murid membaca ayat secara kelas, kumpulan dan individu. Semasa murid

membaca ayat, guru memerhati dan mendengar dengan teliti sebutan murid

untuk

mengesan yang dapat menguasai dan murid yang masih belum menguasai bacaan.
4.

Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan kecil supaya mudah

membimbing mereka membaca dengan bacaan yang betul dari segi sebutan dan tajwid.
Guru membaca ayat-ayat, murid memerhati gerak bibir guru kemudian mengikut bacaan
guru. Guru membetulkan bacaan murid sekiranya terdapat kesalahan dalam sebutan dan
tajwid.
5.

Sebagai aktiviti penilaian, guru meminta beberapa orang murid membaca di hadapan

kelas atau di hadapan guru.


Walaupun kaedah talaqqi mushafahah berkonsepkan pertalian antara guru dan
murid, tetapi untuk diapikasikan di bilik darjah memerlukan kepada pengubahsuaian.
Pengubahsuaian ini meliputi penggunaan bahan-bahan pengajaran dan naqib untuk
membantu guru tanpa mengubah konsep asal kaedah ini. Di bilik darjah, murid adalah
kanak-kanak, tidak sebagaimana di zaman rasulullah bahawa murid adalah dari kalangan
orang dewasa. Jadi kaedah mengajar kepada kanak-kanak tidak sebagaimana mengajar
orang dewasa. Mengajar kanak-kanak perlu lebih kreatif dengan memahami dunia kanakkanak yang lebih cenderung untuk bermain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w maksudnya:
"Memberi

ilmu ketika

masih

kecil,

laksana

melukis

di

atas

batu

(Riwayat Baihaqi dan Thabrani). 11


11 Hadith riwayat Baihaqi dan Thabrani.

11

"

HBQE2103SMP
680301035111

Kaedah ini diubahsuai di dalam situasi bilik darjah dengan cara guru melantik
naqib atau murid turus bagi setiap kumpulan. Naqib atau murid turus tersebut adalah dari
kalangan murid yang telah dikenalpasti memiliki bacaan yang sudah sempurna. Naqib atau
murid turus ini akan memperdengarkan bacaan kepada murid-murid lain di dalam
kumpulannya. Walaupun begitu; guru tidak boleh meletakkan tugas menyemak bacaan
murid-murid kepada naqib atau murid turus tersebut. Ini bagi memastikan bacaan muridmurid adalah betul dan sempurna.
Untuk mewujudkan pembelajaran lebih menarik, guru boleh memperdengarkan
bacaan ayat ayat al-Quran dari cd atau bahan media yang lain. Walaupun penggunaan
bahan-bahan ini menyebabkan bacaan yang diterima oleh murid-murid tidak dapat
dipastikan sahih, tetapi guru boleh menggunakan bahan-bahan ini di dalam langkah
pengajaran seterusnya. Dengan kata lain, guru memulakan bacaan terlebih dahulu sebelum
memperdengarkan bacaan dari bahan-bahan tersebut. Guru juga boleh menggunakan papan
gulung, kad manila, slaid dan sebagainya sebagai bahan pengajaran untuk memaparkan
ayat-ayat al-Quran.
Penggunaan bahan-bahan di dalam pengajaran dapat menarik minat murid untuk
mempelajari al-Quran kerana bahan-bahan ini menjadi tarikan kepada murid untuk belajar.
Begitu juga murid yang sentiasa berhadapan dengan guru dan dapat melihat sendiri
pergerakan mulut guru menyebut ayat-ayat al-Quran memberi keyakinan kepada muridmurid. Murid akan merasa diri mereka sentiasa dihargai dan diberi perhatian oleh guru
apabila guru membetulkan kesalahan pada bacaan mereka. Murid lebih memberi perhatian
kepada bacaan guru kerana guru berada dihadapan mereka berbanding jika hanya belajar
al-Quran dengan menggunakan buku dan sebagainya. Guru yang sentiasa memberi kata
nasihat dan perangsang kepada murid juga menjadi semangat kepada mereka untuk
mempelajari al-Quran.

12

HBQE2103SMP
680301035111

3.3 Langkah Yang Perlu Dijalankan Untuk Meningkatkan Penguasaan Al-Quran


Di Kalangan Pelajar Mengikut Kaedah Ini
Untuk meningkatkan penguasaan a-Queran di kalangan pelajar, para guru perlu
lebih kreatif dengan menggunakan teknologi moden untuk menghasilkan bahan-bahan
pengajaran sebagai bahan bantu mengajar. Guru boleh menghasilkan ilustrasi dengan
menggunakan aplikasi komputer untuk menyebut makhraj huruf kepada murid-murid dan
ditayangkan melalui projektor.Dengan penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti ini
dapat menarik minat murid-murid untuk mempelajari al-Quran. Sekarang ini banyak
bahan-bahan pengajaran telah disediakan untuk kemudahan para guru menggunakannya di
bilik darjah. Penggunaan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) boleh juga
dilaksanakan dalam pengajaran bagi kaedah talaqqi dan mushafahah.
Kaedah talaqqi mushafahah boleh digabungkan dengan kaedah-kaedah pengajaran
lain seperti latih tubi, tasmi dan permainan. Penggabungan ini ialah bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam tajuk yang diajar.
3.4 Masalah-masalah Yang Ditemui Ketika Mengajar Menggunakan Kaedah Ini
Walaupun kaedah ini adalah kaedah yang terbaik, tetapi semasa pelaksanaannya
masih terdapat beberapa masalah yang timbul. Mungkin masalah ini adalah berpunca dari
kelemahan guru sendiri, ataupun pengajaran guru masih belum menepati konsep sebenar
kaedah ini. Antara masalah-masalah tersebut ialah murid yang kurang aktif atau murid
yang lemah dalam menguasai bacaan akan tercicir jika di bandingkan dengan murid yang
aktif . Ini adalah kerana di dalam satu-satu bilik darjah terdiri dari murid pelbagai
kebolehan. Jadi murid yang lemah akan ketinggalan dan tidak dapat menguasai kemahiran
membaca.
Kaedah talaqqi mushafahah

memerlukan guru memberi

penumpuan yang

sepenuhnya ketika murid-murid membaca dan segera membetulkan jika berlaku kesalahan.
Ini memerlukan perhatian yang lebih dari guru. Di dalam satu kelas terdapat 35-45 orang
murid. Jadi seorang guru tidak mampu untuk memberi perhatian serta mendengar bacaan
murid-murid dengan jumlah yang sebegitu ramai.
13

HBQE2103SMP
680301035111

Peruntukan masa 180 minit seminggu untuk Pendidikan Islam sebelum diagih
dengan bidang-bidang lain amat menyukar guru untuk menjalankan pengajaran. Dalam
masa yang singkat, guru perlu meneliti seorang demi seorang bacaan murid dan ini akan
menimbulkan masalah kepada guru. Lebih-lebih lagi apabila guru berdepan dengan murid
yang belum mengenal huruf-huruf hijaiyyah atau yang belum menguasai bacaan setaraf
dengan murid-murid lain. Guru terpaksa mengorbankan banyak masa kepada murid-murid
ini untuk memberi aktiviti pemulihan dan sebagainya.
3.5 Cara-cara mengatasi masalah
Masalah-masalah di atas dapat diatasi oleh guru dengan menggunakan khidmat
naqib atau murid turus di dalam setiap kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 6 orang
murid ; 3 orang murid yang sudah menguasai bacaan dan 3 orang murid lagi yang belum
menguasai bacaan. Ketika murid berada di hadapan guru untuk membaca, naqib akan
meneliti bacaan murid yang lemah.
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran, guru menayangkan carta huruf
hijaiyah dengan menggunakan kad imbasan, sambil menyebut dan diikuti oleh murid.
Dengan cara ini dapat membantu murid-murid yang lemah untuk mengingati kembali
huruf tersebut.
Untuk mengatasi masalah peruntukan masa Tilawah Al-Quran yang singkat, guru
menggunakan kreativiti untuk meminimumkan penggunaan masa. Program-program di
luar waktu pengajaran seperti tasmi, kelas pemulihan, kem-kem akan dirancang kepada
murid-murid yang lemah.
Mengikut Buku Panduan Perlaksanaan Program Khatam Quran Model 6 Bulan dan Buku
Panduan Program Khatam al-Quran bahawa murid yang belum menguasai bacaan alQuran dibimbing dengan kaedah IQRA, sementara yang telah menguasainya diteruskan
menggunakan model khatam al-Quran. Jadi jika guru berpegang kepada garis panduan ini,
masalah murid tercicir tidak akan wujud.

14

HBQE2103SMP
680301035111

4.0 Penutup
Kaedah pengajaran yang betul adalah penyumbang kepada kejayaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Pelaksanaan kaedah-kaedah pengajaran yang dirancang
dengan teliti akan membolehkan ia berkembang mengikut objektif yang telah ditentukan.
Musa Daia (1992) berpendapat bahawa seorang guru mesti mempunyai kemahiran
yang cukup dalam menggunakan pelbagai kaedah pengajaran yang berbeza.Walaupun
banyak kaedah pengajaran baru telah diperkenalkan, tetapi kaedah tersebut tidak
menjelaskan bagaimana cara untuk mengajar. Apa yang perlu dilakukan ialah
menyesuaikan kaedah-kaedah yang pelbagai itu dengan kehendak dan kehidupan manusia
yang sentiasa berubah.
Pengabungjalinan antara pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam
Pendidikan Islam merupakan inisiatif terbaik bagi mengatasi segala kelemahan yang ada
pada setiap kaedah. Memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan yang tersendiri
dan ianya adalah bergantung kepada kehendak individu guru itu untuk mengunakan manamana kaedah yang bersesuaian dengan tahap dan kemahiran yang ada pada mereka.
( 2,625 patah perkataan )

15

HBQE2103SMP
680301035111

RUJUKAN
Abdullah Al-Qari b Haji Salleh: Kursus Qari dan Qariah: Pustaka Aman Press Kota Bharu;
Cetakan ke-15 (2006)
Hasan Mahmud Al Hafiz; Pelajaran Ilmu Tajwid Al-Quran; Pustaka Dinie; Kuala Lumpur
(1986)
http://fadzilahharon.blogspot.com/2010/10/sejarah-ilmu-tajwid.html
Khairul Anuar & Zulhilmi; HBQE2103 Al-Tajwid;Open University Malaysia Kuala Lumpur
(2012)
Mahadi b Dahlan & Hj Azhari b Othman Al-Hafiz ;Tajwid Ringkas Menurut Kaedah Resam
Othmani; Pustaka Salam; Kuala Lumpur (1993)
Musa b. Daia; Kaedah dan Teknik Pengajaran. Badan Bookstore Sdn. Bhd.Johor Bahru
(1992)
Noor Liza & Zamro ;HBIS1203 Pengajian Asuhan Tilawah Al-Quran 1;Open University
Malaysia Kuala Lumpur (2012)

16