Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A i PENGENALAN Gagasan 1 Malaysia telah dicetuskan oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri

Malaysia amat bermakna untuk semua kaum. Perbezaan bahasa di Malaysia bukan lagi penghalang usaha murni kerajaan. Ini kerana kita adalah satu bangsa, satu bahasa dalam Gagasan 1 Malaysia. Gagasan 1 Malaysia adalah membentuk satu identiti masyarakat Malaysia melalui budaya dan aspek penting untuk membentuk satu perpaduan tidak mengira kaum di Malaysia. Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan penting sebagai bahasa pengantar seperti yang terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957. Kemudian pada tahun 1961 satu Jawatankuasa Penyemak Rahman Talib telah ditubuhkan dan terhasillah Laporan Rahman Talib. Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang mudah difahami bagi semua kaum di Malaysia tidak kira bangsa dan keturunan. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara, buktinya pekerja asing di Malaysia juga boleh berkomunikasi dengan rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Melayu walaupun cara sebutan yang berbeza. Dalam satu ucapan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Dato Seri Dr Rais Yatim, beliau telah berkata Tiada bahasa lain di Malaysia yang mampu menyatupadukan seluruh rakyat negara ini selain Bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa antarabangsa pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan kita harus bangga dengan bahasa Melayu. Slogan Bahasa Jiwa Bangsa dan lagunya sering di putarkan di radio kerana media juga dapat mempengaruhi anak muda sekarang supaya menguasai bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Melayu. Penerimaan seratus peratus maklumat rakyat Malaysia diterima melalui media massa yang menggunakan bahasa Melayu. Terdapat juga radio bahasa selain Melayu memutarkan lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Peranan bahasa Melayu melalui Dewan Bahasa dan Pustaka juga telah dibuktikan dengan penglibatan sepenuhnya aktiviti bulan bahasa di peringkat sekolah dan jabatan-jabatan kerajaan. Fungsi utama bahasa Melayu ialah sebagai bahasa ilmu, bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang mana ketiga-tiga elemen tersebut memainkan peranan penting dalam bahasa Melayu pada masa kini. Pengurangan fungsi dan peminggiran bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa

Kebangsaan, Akta Pendidikan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka secara langsung akan menjejaskan martabat bahasa Melayu sebagai salah satu asas jati diri dan tonggak pembinaan negara. Pengajaran Bahasa Melayu tidak tertumpu pada pelajar melayu sahaja tetapi hendaklah di beri perhatian kepada pelajar bukan melayu. Ini kerana pelajar bukan melayu hendaklah menguasai bahasa Melayu bagi memantapkan penguasaan bahasa dan menjulang bahasa Melayu di Malaysia. Selain itu juga, pelajar melayu dan bukan melayu dapat mengukuhkan dan menjalinkan silaturrahim antara mereka serta bertukar pendapat tentang penggunaan Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini. Terdapat juga masalah komunikasi bahasa Melayu apabila guru yang mengajar bahasa Melayu kurang dalam pengajaran bahasa Melayu. Masih ramai yang berminat menulis jurnal dengan tujuan kenaikan pangkat dan bukannya menyebarkan ilmu dalam bahasa Melayu. Ada juga guru yang kurang menggunakan bahasa Melayu dan mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa lain sehinggakan murid keliru dengan bahasa Melayu. Kekeliruan murid dalam penggunaan bahasa Melayu dapat dielakkan jika guru menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Antara tindakan yang boleh diambil oleh kementerian untuk memperluaskan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa melayu adalah kementerian juga boleh mengambil langkah melatih dan menghantar guru-guru yang bukan melayu untuk belajar di universiti-universiti yang terpilih. Guru terbabit juga dapat mengajar bahasa melayu dengan sebaiknya apabila tamat pengajian mereka sekaligus kekurangan guru Bahasa Melayu dapat diatasi. Untuk memantapkan lagi bahasa Melayu, kerajaan telah mengeluarkan pekeliling pada tahun 1967. Ini kerana Bahasa Melayu sering mendapat tentangan dan kritikan dari pelbagai pihak sama ada dari orang melayu atau bukan melayu. Dengan wujudnya pekeliling itu, dapatlah kiranya kita sebagai orang melayu memastikan Bahasa Melayu tidak pupus di sekolah-sekolah dan dapat mendidik anak bangsa agar tidak melupakan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di sekolah.

Dasar Bahasa juga telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dann ia tidak boleh dipinda kerana kata putus telah ditetapkan oleh Majlis Raja-Raja. Hal ini sangat penting kerana negara ini mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Selain itu juga ia dapat melambangkan nilai jati diri seseorang dan bahasa Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Bahasa Melayu telah menjalankan fungsinya sebagai bahasa perpaduan yang berkesan sehingga dapat mewujudkan persefahaman di kalangan murid tidak mengira bangsa Melayu, India, Cina dan sebagainya. Dengan ini dapatlah sekiranya pihak kerajaan memperbanyakkan guru-guru bahasa Melayu dan sama-samalah kita memartabatkan bahasa Melayu pada masa akan datang.

BAHAGIAN A ii. Antara kepentingan bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan Kebangsaan ialah

sebagaai bahasa pengucapan ilmu yang dapat dilihat apabila bahasa ini dijadikan bahasa utama dalam sistem pendidikan negara. Apabila bahasa ini digunakan maka bahasa Melayu dapat mengisi erti pendekmoraksian pendidikan kerana sebahagian rakyat mendapat ilmu melalui satu bahasa sahaja. Jika semua orang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, maka jurang pendidikan dapat dielakkan kerana kita sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan dan bukan sistem yang memisahkan jurang antara rakyat. Selain daripada itu, penggunaan bahasa kebangsaan ini juga dapat mengembangkan ilmu dan memudahkan proses penyampaian ilmu kepada masyarakat menjadi lebih berkesan. Kejayaan hasil daripada penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu apabila ratusan ribu ahli ilmu, korporat, profesional dan tenaga pembangunan negara dalam pelbagai bidang telah berjaya dihasilkan setelah akta pendidikan ini diwartakan. Sesuai dengan kedudukan dan peranannya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar ilmu, bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib terutama diperingkat persekolahan. Diperingkat pengajian tinggi pula kebanyakkan universiti mempunyai dasar mewajibkan pelajar mengambil kursus bahasa Melayu, khususnya bahasa Melayu akademik dan lulus sebagai syarat untuk mempunyai ijazah. Oleh itu, amat penting agar kita dapat memupuk minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dari sekolah rendah dan Bahasa Melayu melambangkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang sejati jika kita mengamalkan selalu. Selain daripada itu, kepentingan bahasa Melayu juga amat penting untuk hal ehwal pembinaan negara kita sebagai negara bangsa hal ini kerana bahasa Melayu amat penting untuk mengeratkan perhubungan dalam pembinaan konsep kebangsaan dan kenegaraan yang dikenali sebagai Malaysia. Sesungguhnya perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu amat penting untuk menyatukan roh bangsa, asas jati diri dan citra bangsa selain daripada untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Melalui bahasa Melayu juga, prasangka buruk antara kaum dapat dielakkan. Di petik pada akhbar Harian Metro bertarikh 22 November 2012, muka surat 20A yang bertajuk Bahasa Kita Punah Ranah, Penginggerisan istilah hinggap ke tahap memungkinkan bahasa ibunda hilang identiti. Percampuran bahasa dalam sesi pengajaran dan pembelajaran amat mempengaruhi anak didik di Malaysia, selain itu juga kerajaan telah mengambil ramai guru dari luar negara kerana ingin memantapkan bahasa asing.

Dalam petikan akhbar tersebut, Dr Mohamed Yusoff Ismail iaitu Profesor Antropologi dan Pakar Runding dari Open Universiti Malaysia telah berkata Langkah tokoh bahasa hari ini menginggeriskan bahasa Melayu jika tidak dihentikan akhirnya boleh mewujudkan satu keadaan seperti di Papua New Guinea apabila kacukan bahasa inggeris dan bahasa tempatan melahirkan English Rojak. Jika ini terjadi dalam sistem pendidikan, kemungkinan besar bahasa Melayu akan semakin pupus dan percampuran bahasa boleh merencatkan bahasa Melayu pada generasi akan datang. Ini harus di titikberatkan agar generasi akan datang tidak melupakan atau tidak mengenali langsung bahasa ibunda kita. Oleh kerana terlalu banyak perkataan inggeris diserap kepada bahasa Melayu, mungkin suatu hari nanti pelajar atau kita sendiri yang akan merujuk kepada kamus bahasa inggeris untuk mengetahui sesuatu makna. Dalam perkara ini siapakah yang harus dipersalahkan selain diri sendiri kerana mencampuradukkan bahasa Melayu dan inggeris. Anak bangsa akan datang mungkin tidak dapat mengenali bahasa Melayu akibat bahasa campuran tersebut. Dalam hal ini, sekolah dan institusi pendidikan diumpamakan seperti tapak tempat menyemai untu generasi terkini. Pada peringkat sekolah menengah, pelajar harus ditekankan betapa pentingnya bahasa Melayu untuk pelajar melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Jangan sewenangwenangnya mengatakan cukup sekadar mendapat kepujian dalam bahasa Melayu sebagai syarat kelayakan pelajar lulus dalam peperiksaan yang diduduki, tetapi semai dan tanam perasaan cinta kepada bahasa Melayu agar mereka tidak merasa malu untuk bertutur dan menggunakan Bahasa Melayu. Kini terdapat segelintir pelajar lepasan sekolah yang merasa malu untuk bertutur dan menggunakan bahasa Melayu kerana sikap mereka yang terlalu mengagungkan bahasa asing. Bahkan ada juga pelajar yang berterus terang mengatakan mereka tidak memahami sekiranya pengajaran di dalam kelas disampaikan dalam bahasa Melayu walaupun semasa zaman persekolahan, mereka menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Adalah mustahil pelajar yang baru sahaja meninggalkan zaman persekolahan dalam masa tidak sampai satu tahun sudah melupakan bahasa Melayu.

BAHAGIAN B

1.

PENGENALAN Bahasa melayu ialah bahasa yang terkenal di Asia Tenggara.Tatabahasa ialah

teori bahasa sesuatu bahasa.Tatabahasa dirujuk sebagai hukum bahasa atau peraturan yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan berkesan.Oleh sebab itu,tatabahasa hendaklah lengkap,tepat,tuntas,lugas dan mudah difahami yang boleh mencerminkan kebolehan penutur jati yang ideal.Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu.Ia menjadi pegangan ataupun dasar sesebuah pembelajaran bahasa.Tatabahasa bahasa melayu boleh dibahagikan kepada dua bidang,iaitu morfologi dan sintaksis. Mengikut pendapat Abdullah Hassan dalam Tatabahasa Pedagogi Sekolah Menengah mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat.Cara-cara perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna.Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa. Kesimpulannya,tatabahasa ialah sistem atau peraturan sesuatu bahasa yang difahami oleh penutur bahasa itu sendiri.Hukum-hukum atau peraturan dalam struktur bahasa tersebut akan menghasilkan rumusan baru kepada masyarakat penuturnya kerana bahasa bersifat hidup, dinamik dan berkembang bersama masyarakat penuturnya.

i)

KONSEP TATABAHASA Tatabahasa merupakan salah satu cabang daripada linguistik umum yang

menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata bagi menghasilkan frasa dan bunyi dengan menggunakan kaedah atau formula tertentu.Tatabahasa mencakupi dua bidang iaitu morfologi merupakan kajian tentang kata dan pembentukan kata, kelas kata dan imbuhan manakala sintaksis merupakan kajian tentang pembentukan kata. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008) Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi unit terkecil yang

mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Kedua-dua istilah morfem dan kata adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Menurut Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1984) Morfem ialah unit atau kesatuan terkecil yang mempunyai makna di dalam struktur bahasa. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat/ imbuhan. Morfem bebas adalah morfem yang boleh berdiri dengan sendiri misalnya saya, rumah, meja, tidur, lari, terjun dan sebagainya. Manakala morfem terikat/ imbuhan pula ialah morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri contohnya seperti me-, ter-,ber-, per-, se-, ke-, -i, -kan dan lain-lain. Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut: Awalan - Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal. Akhiran - Ditambah pada bahagian belakang kata dasar. Sisipan - Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya,

imbuhan per....an dalam permainan. Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem --> perkataan -- > frasa -- > Klausa -- > ayat. Pembentukkan perkataan di dalam bahasa Melayu adalah dibentuk dengan salah satu daripada cara-cara berikut iaitu pengimbuhan, penggandaan, pensenyawaan dan Akronim. Pengimbuhan adalah proses bagaimana suatu dasar diperluaskan dengan menambahkan satu atau lebih imbuhan misalnya daripada perkataan bangun boleh dibentuk perkataanperkataan bangunan, terbangun, pembangunan, membangun, dibangunkan, bangunkan dan lain-lain. Imbuhan-imbuhan yang dipakai bagi membentuk perkatanperkataan tersebut ialah -an, ter-, pe-an, me-, di-kan dan -kan.

Penggandaan pula adalah proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang dan dengan demikian timbullah satu perkataan baru yang membawa makna atau konsep yang baru juga. Proses ini dapat dipecahkan kepada lima bahagian iaitu penggandaan penuh adalah penggandaan seluruh perkataan tanpa sebarang perubahan contohnya rumah rumah-rumah, buku buku-buku, orang orang-orang. Pengandaan dengan menerima imbuhan adalah pengandaan yang diulang atau digandakan hanyalah kata dasar, imbuhan yang diberikan kepadanya tidak diulang contoh Penggandaan dengan menerima awalan ialah bermain-main, teringat-ingat, perolok-olok dan penggandaan yang menerima akhiran ialah sayur-sayuran ,renung-renungkan,tangan-tangani. Penggandaan yang menerima imbuhan serentak contohnya berdua-duaan, kemerah-merahan, perbudakbudakkan. Manakala penggandaan yang menerima sisipan contohnya turun-temurun,talitemali, gilang-gemilang. Penggandaan pada sebahagian perkataan hanya berlaku pada suku kata awal perkataan berkenaan. Bahagian-bahagian lain di dalam perkataan ini adalah kekal contohnya pejal pepejal, langit lelangit, cair cecair. Penggandaan semu iaitu penggandaan yang telah sebati dengan perkataan. Sekiranya perkataan itu tidak digandakan maka u adalah tidak jelas contohnya labi-labi, kunang-kunang, pura-pura. Penggandaan rentak ialah penggandaan yang mengalami perubahan sama ada pada suku kata ataupun pada bunyi yang ada pada perkataan itu.Ia terbahagi kepada dua iaitu penggandaan rentak pada suku kata contohnya lalu lalu-lalang, bukit bukit-bukau, kacau kacau-bilau. Manakala penggandaan rentak pada bunyi adalah perubahan yang menimbulkan rentak itu berlaku pada bunyi (atau fonem) yang terdapat di dalam perkataan contohnya gunung gunung-ganang, kuih kuih-muih, lauk lauk-pauk. Pensenyawaan merupakan cara bagaimana dua atau lebih perkataan (bentuk bebas) digabungkan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu sahaja.Contoh perkataan-perkataan yang telah mengalami pensenyawaan bentuk ini adalah mahasiswa,tanggungjawab,matahari,juruterbang,rumahtangga dan lain-lain. Perkataan-

perkataan yang mengalami persenyawaan bentuk-bentuk ini dipanggil kata majmuk. Akronim pula adalah merupakan perkataan-perkataan yang dibentuk dengan cara menggabungkan suku-suku kata tertentu dari beberapa perkataan, menjadi satu perkataan.Contohnya Menlu dibentuk dari perkataan menteri luar,pawagam dibentuk dari perkataan-perkataan panggung,wayang,gambar, Berdikari dibentuk dari perkataan berdiri,di atas, kaki, sendiri.Kugiran dibentuk dari perkataan-perkataan kumpulan, gitar, rancak.

Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Kajian sintaksis adalah kajian mengenai ayat. Di dalamnya termasuk juga kajian tentang frasa dan klausa. Ayat menduduki tempat yang paling atas dalam tatatingkat kajian sintaksis diikuti oleh klausa dan frasa. Ayat terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompokkelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara iaitu orang,benda, tempat atau perkara yang hendak diceritakan. Predikat pula menceritakan tentang atau perbuatan perkara dalam subjek tadi.Contoh sepotong ayat adalah Rumah kecil bertiang seribu.Ayat ini jelas mempunyai dua bahagian iaitu pertama ada kelompok perkataan Rumah kecil, iaitu sebuah perkara atau subjek ayat, manakala kedua adalah kelompok bertiang seribu, menceritakan tentang subjek tadi. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Ayat terdiri daripada empat unsur iaitu ayat,klausa,frasa dan perkataan. Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang mempunyai subjek dan predikat. Klausa ialah ayat dalam ayat, ia juga mempunyai subjek dan predikat. Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama). Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.

ii)

KESALAHAN PENGGUNAAN TATABAHASA

Empat kesalahan penggunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah ialah pertama kesalahan tidak menggunakan meN contoh ayat aktif ialah saya membeli motosikal itu daripada Siti, ayat salah ialah motosikal itu saya membeli daripada Siti manakala ayat betul adalah motosikal itu saya beli daripada Siti. Kesalahan penggunaan tatabahasa yang kedua adalah kesalahan menyisipkan kata lain antara pelaku dengan kata kerja pasif.Frasa subjek dan kata kerja pasif merupakan satu ikatan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, jika anda menggunakan kata bantu atau kata nafi, kata itu tidak boleh disisipkan antara pelaku dengan kata kerja pasif. Contoh ayat salah ialah buku itu saya telah baca,manakala ayat betul adalah buku itu telah saya baca. Kesalahan yang biasa berlaku ayat-ayat berikut yang salah lazim diucapkan orang sehingga dianggap betul.

Anda mungkin juga menyukai