Anda di halaman 1dari 2

Akaun semasa adalah akaun deposit yang ditawarkan semua institusi perbankan di Malaysia dan boleh digunakan sama

ada untuk kegunaan peribadi atau perniagaan. Sebagai pemegang akaun semasa, anda boleh membuat bayaran melalui cek. Oleh itu, anda harus mengetahui perkara-perkara berkenaan penggunaan cek sebelum membuat sebarang pembayaran. Setiap institusi perbankan mempunyai syarat yang berbeza untuk membuka akaun semasa. Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh setiap institusi perbankan juga berbeza contohnya hanya segelintir institusi perbankan yang menawarkan akaun semasa dengan faedah. Oleh itu, anda dinasihatkan agar membuat perbandingan sebelum membuka akaun semasa anda.

Institusi perbankan dan bukan perbankan menawarkan kepada penyimpan pelbagai jenis produk tabungan kewangan yang terdiri daripada akaun semasa, akaun tabungan, akaun deposit tetap dan sebagainya. Kesemua produk ini merupakan jenis produk yang mempunyai risiko yang rendah. Pada masa yang sama, pelabur juga ditawarkan produk yang berisiko tinggi dan juga pulangan yang tinggi seperti stok dan saham, bon dan unit amanah. Produk kewangan yang dipilih bergantung kepada keperluan kewangan anda. Walaupun beberapa jenis deposit mempunyai ciri-ciri yang serupa, dengan adanya inovasi kewangan, sebahagian daripada produk ini telah diubahsuai dan dipakejkan bagi menarik minat para penyimpan dan pelabur. Dalam membuat pilihan produk tabungan kewangan yang paling sesuai, selain daripada pulangan, anda juga perlu memahami ciri-ciri produk tersebut. Untuk memberi panduan dalam memilih produk kewangan yang bersesuaian dengan keperluan anda, berikut adalah butirbutir terperinci mengenai produk kewangan yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan bukan perbankan.

Akaun Deposit Tetap Ia adalah sejenis akaun pelaburan di mana sejumlah wang yang tertentu banyaknya ditabung untuk jangka masa tertentu dan ditawarkan oleh bank perdagangan, syarikat kewangan dan bank saudagar. Penyimpan akan mendapat kadar faedah yang telah ditentukan terlebih dahulu apabila tabungan tersebut matang. Penyimpan akan menerima sijil deposit tetap. Sijil ini beleh digunakan semasa menuntut bayaran balik deposit apabila tamat tempoh Kelayakan: Individu berusia 12 tahun ke atas, kelab, persatuan, agensi Kerajaan dan syarikat perniagaan. Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah boleh membuka akaun ini di bawah akaun amanah atas nama penjaga atau pemegang amanah. Tempoh 1,3,6,9,12,15,18,21,24,36,48 dan 60 bulan. matang: Kadar faedah: Institusi perbankan bebas menentukan kadar faedah. Kadar ini berbeza- beza mengikut tempoh matang deposit dan ianya adalah lebih tinggi daripada yang ditawarkan bagi akaun tabungan. Pengeluaran: Pengeluaran deposit tetap boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum tempoh matang, tetapi ianya tertakluk kepada syarat- syarat yang digariskan oleh Persatuan Bank-bank dalam Malaysia dan Persatuan Syarikat Kewangan Malaysia. Lain-lain: Sijil deposit tetap boleh digunakan sebagai cagaran untuk kemudahan pinjaman, di samping memperoleh kadar faedah.

Anda mungkin juga menyukai