Anda di halaman 1dari 12

Pemarkahan

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2013/ 2014 KRM3013 ASAS NOMBOR

TUGASAN 2

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK

KUMPULAN UPSI03(A131PJJ)

NAMA PENSYARAH E LEARNING EN. NORAZMAN BIN ARBIN

TARIKH SERAH 20 OKTOBER 2013

Kandungan

Perkara

Mukasurat

Miskonsepsi Penambahan Nombor Bulat Miskonsepsi Nombor Pecahan Miskonsepsi Nombor Perpuluhan Miskonsepsi Wang Miskonsepsi Peratus Rujukan

2 4 6 8 10 11

MISKONSEPSI DAN CARA MENGATASI

1. Masalah penambahan nombor bulat.

2 + 3 5

4 7

5 2

11 7

Bagi miskonsepsi yang pertama pelajar tidak faham tentang peranan rumah ratus, puluh dan sa. Pelajar tidak menghadapi masalah bagi penambahan nombor yang kurang daripada 10. Namun pelajar menghadapi kesukaran apabila penambahan nombor bulat tersebut melebihi daripada nombor 10. Mereka tidak tahu bagaimana menulis jumlah hasil tambah yang lebih daripada nombor 10. Cara mengatasi Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan kaedah seperti dibawah: Penyelesaian 1 : Nombor Bulat Penambahan

Integer merupakan Nombor Bulat yang mengandungi nombor positif,nombor negatif dan sifar.Sebagai contoh bagi integer ialah -5, -4, -3, -2, -1, 0, 1, 2, 3...Operasioperasi dalam nombor bulat melibatkan integer dan lain-lain bentuk nombor. Penambahan ialah proses pencarian jumlah dua nombor atau lebih. Jumlah itu dipanggil hasil tambah. Langkah-langkah yang terlibat dalam penambahan nombor bulat ialah : a. Susunkan nombor secara menegak mengikut nilai tempat. b. Tambahkan digit ikut tertib sa, puluh, ratus dan seterusnya. c. Langkah kerja akn bermula dari kanan ke kiri iaitu menambah nombor yang berada di sebelah kanan terlebih dahulu.

Sekarang kita akan cuba langkah di atas ke atas soalan miskonsepsi yang diberi. Ratus Puluh 1 2 + 3 6 4 7 1 5 2 7 Sa

a. Penambahan dimulakan dari sebelah kanan iaitu pada nilai tempat sa. b. 5 + 2 = 7, 7 masih lagi nilai sa, maka 7 akan ditulis di nilai tempat sa. c. Seterusnya bagi nilai tempat puluh, 4 + 7=11,nilai 11 akan ditulis mengikut nilai tempat iaitu nilai tempat puluh akan di letak di tempat hasil tambah manakala nilai tempat ratus akan di letak di tempat ratus. d. Seterusnya penambahan akan diteruskan dengan menambah nombor yang seterusnya.

2. Masalah nombor pecahan. 7x =

Bagi miskonsepsi yang kedua pula, miskonsepsi yang berlaku ialah miskonsepsi tentang nombor bulat yang dimanipulasikan untuk membuat pendaraban apabila melibatkan nombor pecahan dan nombor bulat. Keadaan ini berlaku apabila murid terus mendarab pengangka dengan penyebut. Miskonsepsi berlaku apabila nombor bulat 7 didarabkan dengan kefahaman bahawa nombor bulat ( iaitu 7 ) mempunyai penyebut yang sama dengan penyebut nombor pada bahagian pecahannya ( iaitu 1/3 ). Murid didapati gagal untuk membezakan nombor bulat dengan pecahan dan gagal memahami nilai pecahan. Akibatnya jawapan yang salah yang diperolehi iaitu :

7 x

=
3

Cara mengatasi Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan 2 kaedah iaitu:

Penyelesaian 1 : Kaedah menggunakan bahan konkrit

a. Terangkan kepada murid , terdapat 7 bintang dan 3 kotak. b. Letakkan bintang ke dalam kotak satu persatu. Hasilnya

Setiap satu kotak mempunyai 2 bintang dan berbaki 1 bintang yang tidak boleh dimasukkan kedalam kotak. c. Pelajar diingatkan untuk melihat berapakah bilangan bintang di dalam 1 kotak. Jawapan yang perlu diberikan adalah berapa biji bintang yang ada didalam 3 kotak. Dan lebihan bintang adalah berapa biji bintang yang tinggal yang tidak boleh dimasukkan kedalam 3 kotak. d. Maka jawapan bagi soalan di atas adalah 2 1/3.

Penyelesaian 2 : Kaedah melukis diagram dan menambah

a. Lukis 7 unit dan setiap unit mempunyai 3 bahagian.

1/3

1/3

1/3

1/3

1/3

1/3

1/3

b. Terangkan kepada murid terdapat 7 kali 1/3. c. Ia juga boleh ditulis seperti berikut

d. Permudahkan

Setelah murid faham akan konsep, guru bolehlah menggunakan kaedah yang lebih pendek dan menjimatkan masa. Contohnya :

3. Masalah nombor perpuluhan.

0.45 x 0.2 = 0.90

Bagi miskonsepsi yang ketiga pelajar tidak faham tentang nilai tempat perpuluhan. Pelajar tidak menghadapi masalah bagi penambahan nombor perpuluhan yang mempunyai nilai tempat yang sama. Namun pelajar menghadapi kesukaran apabila pendaraban nombor perpuluhan. Mereka keliru dengan pendaraban tersebut dan tentang nilai tempat yang berlaku. Cara mengatasi Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan kaedah berikut: a. Darabkan nombor secara normal. Abaikan titik perpuluhan. b. Setelah mendapat hasil darab, letakkan titik perpuluhan di jawapan yang telah diperolehi. Ia akan mempunyai titik perpuluhan sebanyak nombor yang telah digabungkan.

Dengan kata lain, cuba kira berapa nombor yang ada selepas titik perpuluhan dalam kedua-dua nombor yang anda gandakan, maka jawapan anda sepatutnya mempunyai nombor sebanyak itu selepas titik perpuluhan. Penyelesaian 1 Mulakan dengan dengan Gandakan tanpa tempat perpuluhan : : 0.45 x 0.2 45 x 2 = 0.90 = 90

0.45 mempunyai 2 tempat perpuluhan, 0.2 mempunyai 1 tempat perpuluhan, Maka jawapannya harus mempunyai 3 tempat perpuluhan : 0.090

Oleh yang demikian 0.45 x 0.2 = 0.090

Penyelesaian 2 Kita juga boleh menggunakan cara berikut untuk mendapatkan jawapan.

0 . 4 5 x 0 . 2 =

0 9 0

a. Gerakkan titik perpuluhan bagi nombor 0.45 mengikut anak panah sehingga ke nombor yang terakhir. b. Begitu juga gerakkan titik perpuluhan bagi nombor 0.2 mengikut anak panah sehingga ke nombor yang terakhir. c. Kita akan dapati kita mengerakkan titik perpuluhan sebanyak 3 kali ke arah kanan. d. Setelah mendapat jawapan, kita perlukan mengerakkan titik perpuluhan sebanyak 3 kali dari nombor terakhir dalam jawapan dari arah kanan ke kiri. e. Sila lihat rajah dibawah

0 . 4 5 x 0 . 2 = 0 . 0 9 0

f. Maka kita akan mendapat jawapan 0.090

4. Masalah wang. RM 2. + RM 1 5

3. 7 2. 5 2

Miskonsepsi yang berlaku bagi soalan di atas ialah : a. Murid tidak dapat membezakan nilai ringgit dan sen. b. Murid menambah terus wang yang berlainan unit tanpa menukar salah satu unit sama ada ringgit ataupun sen.

Cara Mengatasi : Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru boleh memahamkan murid dengan konsep RM1 = 100 sen. Selain itu gunakan petak nombor yang mempunyai pemisah ringgit dan sen. Contohnya: RM TITIK PEMISAH 1 + 0 0 9 0 0 SEN

a. Murid dibimbing meletakkan nilai sen pada wang ringgit dengan meletakkan 2 sifar selepas titik pemisah ( ) ringgit dan sen.

b. Kemudian murid dibimbing supaya meletakkan 1 sifar sebelum titik pemisah dan diikuti oleh 90 sen. c. Setelah murid memahami langkah ini, murid diminta menyelesaikan operasi yang ditunjukkan pada soalan.

Penyelesaian soalan RM TITIK PEMISAH 2 + 3 5 1 7 8 5 0 5 SEN

Oleh yang demikian jawapan bagi soalan yang diberikan adalah RM5.85

5. Masalah nombor peratus. Konsep peratus merujuk kepada sebahagian daripada seratus bahagian. Namun demikian ramai di kalangan murid sering menghadapi kesukaran untuk memahami konsep ini.

Soalan yang diberi


1.3 = 13%

Miskonsepsi Bagi miskonsepsi yang kelima ini murid tidak mendapat mengaitkan konsep peratus dengan pecahan,hubungan antara peratus,pecahan dan perpuluhan yang telah diajar. Antara miskonsepsi yang sering timbul adalah murid mengalami kesukaran untuk menyatakan perpuluhan sebagai peratus. Selain itu kelemahan murid untuk menguasai sifir merupakan salah satu punca mereka sukar untuk menyelesaikan soalan. Sifir pelengkap harus dikuasai oleh murid iaitu pelengkap 100.
9

Cara mengatasi Bagi mengatasi miskonsepsi ini, guru bolehlah menggunakan kaedah seperti dibawah: Penyelesaian 1 : Darabkan nombor perpuluhan dengan 100. Bagi soalan yang diberi, penyelesaiannya adalah 1.3 x 100 = 130%

10

RUJUKAN

Mohd Uzi Dollah, Noor Shah Saad .(2012). Modul KRM3013 Asas Nombor. Tanjung Malim: Universiti Perguruan Sultan Idris

Jamil A, Norlia G, Norhashimah S. (11- 12 Oktober 2008). Seminar Pendidikan Sains dan Matematik : Miskonsepsi Matematik Satu Refleksi. Open Universiti Malaysia

http://library.utem.edu.my/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=813&I t

http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111

http://www.scribd.com/doc/106881041/Asas-Nombor

http://khsee2007.blogspot.com/2008/11/ps-4305-213-misconception-in-maths.html

http://edusite4u.blogspot.com/2011/11/nombor-bulat-penambahan.html

http://www.scribd.com/doc/166402512/Kaedah-Pengajaran-Pendaraban-DalamPecahan

http://www.scribd.com/doc/113445048/Miskonsepsi-Peratus-doc

11

Anda mungkin juga menyukai