Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan tiga surah

Pesanan terbaik dari seorang rakan....


Assalamualaikum,
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang
pak cik berjanggut putih dan berjubah
putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik
berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak
saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu
memulakan perbualan.
Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul,
dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan
pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

Pertama, Surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada
doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul.
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan
terbuka pintu jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.


Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat
baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, Bahagian ini, menarik sikit.


Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman
sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-
anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam
zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke
Amerika atau ke mana-mana.
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat,
kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia
sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang

Islam, katanya, mesti ada 3 kekuatan.


Pertama, kekuatan minda
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu
teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk
hidup.

Kedua, kekuatan hati


Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun
ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup
jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan
ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal


Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak
cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal.
Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya