Anda di halaman 1dari 19

TOPIK 1 ASAS KAJIAN

TOPIK 1 ASAS KAJIAN


Dr. David Lim Chong Lim

PENGENALAN
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantu
kita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasa
digunakan dengan makna “pengutipan data” (data collection). Ahli-ahli politik menyatakan
mereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkan
hasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual.

Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidik
atau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajian
itu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guru
untuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-
guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.

Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai cara dan daripada pelbagai sumber, yang
akhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapat
ditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajian
perlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam hal
ini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajian
tentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajian
dibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaan
yang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkan
penjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yang
sesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperoleh
serta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.

OBJEKTIF
Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh:

1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;


2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan
3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penaja
kajian.

OUM
1
ASAS KAJIAN TOPIK 1

PETA MINDA TOPIK

Kajian Dalam
Pendidikan

Inkuiri Saintifik
• Alternatif
• Kelebihan

Kajian

Kriteria Kajian
Berkualiti

Etika Kajian

1.1 MENGAPA MENYELIDIK?


Secara dasarnya, kajian dibuat untuk mengutip maklumat secara sistematik sebagai satu
langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Tujuan kajian boleh dikelaskan
seperti berikut:

OUM
2
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Rajah 1.1: Tujuan menjalankan kajian

Projek kajian boleh diletakkan dalam satu kontinum berdasarkan kepada tujuan dan
konteks penyeliddikan. Pada satu hujung, kajian dibuat hanyalah untuk meningkatkan
kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak
mengambil kira aplikasi hasil kajian. Kajian jenis ini secara amnya dikenali sebagai kajian
asas (basic research) atau kajian tulen (pure research). Kajian asas memajukan
pengetahuan asas tentang dunia sosial. Ia menjadi sumber kepada kebanyakan idea
saintifik dan cara berfikir tentang dunia ini.

Pada hujung lagi satu, terdapat kajian yang hasilnya dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah harian. Kajian jenis ini dikenali sebagai kajian gunaan (applied

OUM
3
ASAS KAJIAN TOPIK 1

research). Penyelidik gunaan menggunakan pengetahuan mereka untuk menjawab


soalan atau menyelesaikan masalah harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau perniagaan.

Latihan 1.1
Apakah perbezaan utama antara kajian asas dan kajian gunaan?

1.2 KAJIAN DALAM PENDIDIKAN

1. Apakah hubungan antara guru dengan kajian dalam konteks


pendidikan?
2. Mengapakah guru perlu menjalankan kajian?
3. Bagaimanakah kajian dapat membantu guru melihat semula, menilai
dan memperbaiki amalan pengajaran mereka?

Sekiranya kita tidak menghadapi sebarang masalah, maka segala ilmu kita akan menjadi
tetap, iaitu tidak pernah berubah. Semua pengetahuan, maklumat dan penyelesaian
kepada setiap masalah mudah diperoleh. Kita tidak perlu mempersoalkan kesahan,
andaian atau makna sebenarnya. Dalam keadaan sebenar, jawapan kepada
pemasalahan yang kita hadapi tentunya tidak boleh didapati semudah itu, disebabkan
wujudnya jurang antara pengetahuan kita dengan pengetahuan umum dan juga
pengetahuan umum itu sendiri. Di tempat kerja, misalnya, kita sentiasa menghadapi
masalah berkaitan kerja kita, yang tidak mempunyai penyelesaian mudah. Kita tercabar
untuk membuat refleksi tentang andaian, nilai dan amalan; menyoal dan mencari kaedah
untuk memperbaiki proses kerja kita supaya kita dapat membuat keputusan berasaskan
maklumat yang betul, yang seterusnya dapat memperbaiki amalan profesional kita.

Para guru, seperti juga kumpulan profesional lain, dikatakan menghadapi cabaran yang
amat kompleks, iaitu daripada dinamika sosio-budaya, pedagogi, keadaan institusi
(institutional setting), polisi kurikulum dan sebagainya. Keadaan ini memaksa mereka
membuat adaptasi dan terus berfikir sepanjang mereka menjalankan tugas-tugas mereka.
Justeru, amat jelaslah bahawa para guru perlu menjalankan kajian, iaitu inkuiri yang
sistematik ke atas masalah dan isu yang telah dikenalpasti berkaitan dengan tugas-tugas
mereka. Pada dasarnya, mereka perlu mendapatkan pengetahuan sedia ada dalam
bidang pendidikan, dan juga daripada disiplin-disiplin ilmu erkaitan seperti sosiologi,
psikologi, antropologi dan falsafah (Freebody, 2003).

1.2.1 Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

Terdapat beberapa jenis kajian yang boleh dilakukan oleh guru untuk menangani masalah
amalan yang mereka hadapi. Setiap jenis kajian mempunyai matlamat dan kaedahnya
tersendiri. Berikut dijelaskan perkara-perkara asas yang membezakan jenis-jenis kajian ini,
manakala topik-topik lain dalam modul ini akan memberi penjelasan secara lebih
mendalam.

OUM
4
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Kajian kuantitatif adalah satu bentuk inkuiri positivis yang menekankan pemerolehan
fakta menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik untuk
memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan kepada
amalan dan polisi (Ary, Jacobs & Razavieh, 2002; Brown & Dowling, 1998). Kelebihan
kajian ini ialah ia berasaskan kepada kerangka teori yang berkaitan framework). Selain itu,
data numerik lebih meyakinkan penyelidik dan pengguna tentang fenomena yang secara
logik (coherent theoretical diselidik, dan penakulan kuantitatif dianggapkan mempunyai
lebih tinggi kebolehpercayaan dan kesahan.

Bagaimanapun, kajian ini mempunyai kelemahan utama, iaitu pengkuantifan semata-mata


tidak dapat menjelaskan sepenuhnya kebanyakan masalah dalam pendidikan.
Bagaimanakah kita mengkuantitatifkan “perkara” seperti perasaan, keredaan dan hasrat
tersembunyi? Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ary et al. (1998: 22), untuk mengkaji
tingkah laku ganas pelajar di sekolah, misalnya, penyelidik perlu mengkaji lebih daripada
hanya melapor jenis dan bilangan peristiwa (incidents). Dia perlu memerhati dan menemu
bual pelajar-pelajar ganas dan cuba mencari sebab mengapa mereka menjadi ganas dan
juga bertanya mereka soalan seperti: “Bagaimana pelajar-pelajar ini mempersepsikan guru
mereka dan pelajar-pelajar di sekolah?”, “Bagaimanakah pelajar-pelajar lain bertindak
terhadap mereka?”, Bagaimanakah guru menangani tingkah laku ganas”. Soalan-sialan
begini memerlukan jawapan dalam bentuk kualitatif, iaitu berfokus kepada pemahaman
fenomena sosial daripada perspektif peserta kajian.

Kajian Kualitatif, sebagaimana yang dijelaskan oleh Brown dan Dowling (1998), ialah
kajian yang menekankan kepada penghasilan makna (production of meaning). Berlainan
daripada hanya bergantung kepada fakta dan rahah, ujian, dan juga persampelan seting
dan subjek kajian; kajian kualitatif mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh kajian
kualitatif, iaitu pandangan subjektif seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang
(intended & unintended consequences), keanihan seseorang (idiosyncrasies), dan
sebagainya.

Jadual 1.1: Perbezaan antara Kajian Kuantitatif dan Kualitatif

Kuantitatif Kualitatif

Tujuan Menyelidik hubungan, sebab dan Memahami fenomena sosial.


kesan.

Reka Bentuk Dibentuk sebelum kajian dijalankan. Dibentuk semasa kajian dijalankan.

Pendekatan Deduktif; menguji teori. Induktif; menjana teori.

Alat-alat Menggunakan alat-alat piawai. Menggunakan interaksi bersemuka.

Sampel Menggunakan sampel besar. Menggunakan sampel-sampel kecil.

Analisis Analisis statistik ke atas data numerik. Deskripsi dan interpretasi naratif.

Sumber: Ary, Jacobs & Razavieh (2002). Introduction to Research in


Education. 6th ed. Belmont CA: Wadsworth

OUM
5
ASAS KAJIAN TOPIK 1

1.2.2 Kajian Tindakan

Salah satu daripada bentuk kajian pendidikan yang kerap digunakan pada masa ini ialah
penyeldikan tindakan (action research), iaitu satu jenis inkuiri berebentuk reflektif-kendiri
yang mempersoal, mengkritik dan menteorikan andaian-andaian yang mendasari idea,
pemahaman dan amalan penyelidik sendiri. Sebagaimana yang dijelaskan oleh McNiff
(2002: 15):

Kajian tindakan ialah cara tertentu menyelidik pembelajaran anda sendiri. Ia adalah
cara yang praktikal untuk anda menilai amalan anda sama ada telah mencapai tahap
yang sepatutnya. Sekiranya anda berpuas hati dengan amalan anda, anda boleh
menjelaskan bagaimana dan mengapa anda rasa demikian dan memberikan bukti
untuk menyokong tuntutan anda. Sekiranya anda rasa amalan anda perlu diberi
perhatian, anda boleh bertindak untuk memperbaikinya dan menunjukkan bukti
setakat mana amalan itu telah dibaiki.

Kajian tindakan juga digunakan dalam bidang-bidang lain seperti kajian sosial dan
pengurusan untuk meningkatkan profesionalime. Bagaimanapun, tiada satu pun
pendekatan kepada kajian tindakan, sebab penyelidik secara individu akan memberi
penekanan kepada pelbagai aspek kajian, seperti aspek teknikal atau nilai yang diperoleh
daripada kajian. Secara amnya penyelidik-penyelidik akan melalui langkah-langkah asas
berikut (McNiff 2002):

OUM
6
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Rajah 1.2: Langkah-langkah asas dalam kajian tindakan

Kajian tindakan adalah tidak linear, tetapi melibatkan proses putaran yang akan
mewujudkan putaran baru kajian tindakan dalam jangka masa tertentu. Bagi kajian yang
mengambil masa panjang, penyelidik boleh memecahkannya kepada beberapa bahagian,
yang mana laporannya boleh ditulis sebagai beberapa kertas kajian yang berbeza.

OUM
7
ASAS KAJIAN TOPIK 1

Fikirkan beberapa topik kajian yang anda berminat dan senaraikannya dalam
sehelai kertas. Tanya diri anda mengapa anda berminat tentang topik-topik
ini dan bagaimana kajian ini dapat membantu anda dan murid-murid anda
nanti.

Berikut adalah beberapa topik sebenar kajian pendidikan yang telah


dijalankan oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda dan Sarjana daripada sebuah
universiti tempatan yang boleh menjadi panduan kepada anda untuk memilih
topik kajian:

• Respons daripada pelajar terhadap maklum balas guru (Teh Yock Suak)
• Keberkesanan paradigme pengajaran terus terhadap pengajaran
inferensi (Ellen Drabble)
• Penggunaan teknik motivasi untuk meningkatkan kemahiran bacaan
(Puteri Rohani Megat Abdul Rahim)
• Struktur pengetahuan metakognitif guru-guru pelatih: Satu kajian kes
(Ranjit Singh Gill)
• Penggunaan strategi CIS ke atas pengurusan universiti dan formulasi
UIS (Qiang Qian)

Sampel Kertas Kajian yang Diterbitkan

1. “Reflecting and learning together: Action research as a vital element of


developing understanding and practice.” Tina Cook. Educational
Action Research 12.1 (2004)

Kertas ini, “Refleksi dan pembelajaran bersama: Kajian tindakan sebagai


unsur penting untuk membina kefahaman dan amalan”, menjelaskan
bagaimana pendekatan kajian tindakan membantu peserta dalam
memperbaiki amalan mereka dan bekerja sama. Proses membuat refleksi
dan belajar bersama dalam projek ini membantu peserta untuk berfikir,
mempelajari sesuatu, mereka bentuk, menunjuk dan menukar unsur-unsur
amalan mereka berpandukan bukti-bukti yang dikumpul. Unsur utama dalam
kertas ini ialah bagaimana refleksi ‘in action’ dan ‘on action’ (Schön)
membantu peserta daripada latar belakang berbeza untuk memahami dan
memperbaiki amalan mereka melalui peningkatan pengetahuan dan
keyakinan diri serta pengetahuan mereka daripada perspektif orang lain.

2. “The assessment of second language teaching.” Craig Thaine. ELT


Journal 58.4 (2004).
Kertas ini, “Penaksiran pengajaran bahasa kedua”, melaporkan projek kajian
tindakan tentang penaksiran pengajaran bahasa kedua. Kajian dilaksana
berasaskan Cambridge Certificate in English Language Teaching to Adults
(CELTA) dan berfokus kepada bagaimana kriteria penaksiran untuk sijil
ini ditafsir dan dioperasikan oleh pendidik guru di New Zealand. Dapatan
kajian menunjukkan bagaimana beberapa kriteria diterlebih generalisasi atau

OUM
8
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

bertindih dengan kriteria lain, yang menimbulkan pula masalah kepada


kebolehpercayaan (reliability). Kertas ini mencadangkan beberapa cara
bagaimana kriteria ini boleh diubah suai. Isu-isu yang dibangkitkan adalah
penting kepada para pendidik guru bahasa Inggeris, atau lebih meluas,
kepada para pendidik guru bahasa kedua.

3. “Perceived needs of educational administrators for student services


offices in a Chinese context: School counselling programs addressing
the needs of children and teachers”. Sonya Corbin Dwyer & Kathryn
McNaughton. School Psychology International 25.3 (2004).

Keadaan di negara China hari ini memerlukan pendekatan secara holistik


terhadap pendidikan. Dalam seminar di Changchun, para pentadbir kanan
telah mencadangkan supaya Pejabat Perkhidmatan Pelajar diwujudkan di
sekolah-sekolah rendah. Kajian ini meneliti 19 rancangan tindakan para
pendidik Timur Laut China yang menyarankan matlamat pejabat ini. Dapatan
kajian menunjukkan terdapat literatur tentang model program bimbingan
untuk membantu pembangunan akademik, kerjaya dan keperluan
peribadi/sosial pelajar. Selain itu, para pendidik berpendapat bahawa
matlamat pejabat ini perlu meliputi bantuan kepada guru untuk mengatasin
isu-isu peribadi dan kerja mereka. Implikasi dari segi kajian antarabangsa
dan cadangan untuk mengkaji program kaunseling turut dikemukakan.

4. “Learning mathematics in a classroom community of inquiry.” Merrilyn


Goos. Journal for Research in Mathematics Education 35.4 (2004).

Kertas ini, “Pembelajaran matematik dalam bilik darjah berkomuniti inkuiri”,


cuba menjawab persoalan tentang apakah tindakan tertentu yang perlu
diambil guru untuk mewujudkan budaya inkuiri dalam kelas matematik
sekolah menengah. Teori-teori pembelajaran sosio-budaya dijadikan
kerangka untuk meneliti amalan pengajaran dan pembelajaran dalam sebuah
kelas dalam masa dua tahun. Konsep “zon pembangunan proksimal” (zone
of proximal development - ZPD) digunakan sebagai kerangka asas untuk
menjelaskan pembelajaran sebagai “peningkatan penyertaan dalam komuniti
yang mengamalkan inkuiri dalam matematik”.

Analisis berkisar kepada pemerhatian dalam bilik darjah serta temu bual dengan para
pelajar dan guru untuk menunjukkan bagaimana guru menentukan norm dan amalan
yang berfokus kepada pemahaman matematik dan justifikasi tentang idea dan
penghujahan serta untuk mencerap amalan pembelajaran yang para pelajar gunakan
sebagai respons mereka kepada kaedah inkuiri ini.

1.3 KAEDAH INKUIRI SAINTIFIK DALAM KAJIAN


Matlamat sains ialah untuk mengembangkan ilmu dan mencari kebenaran. Penyelidik pula
cuba mencapai matlamat ini melalui teori-teori dan hipotesis-hipotesis. Ramalan
(predicting) dan pemahaman merupakan dua daripada tujuan kita menggunakan teori.

OUM
9
ASAS KAJIAN TOPIK 1

Untuk membuat ramalan, kita perlu tahu dan faham mengapa pemboleh-pemboleh ubah
(variables) berkait, yang sememangnya memerlukan teori. Teori adalah pernyataan yang
menjelaskan pertalian antara beberapa pemboleh ubah dalam sesuatu fenomena bersama
sebab dan kesannya. Kaedah saintifik adalah satu siri langkah-langkah yang diguna untuk
membangunkan dan menghalusi sesuatu teori.

Kaedah dan pemikiran saintifik amat bergantung kepada konsep-konsep yang


membolehkan kita memahami sesuatu perkara serta berfikir tentangnya dan
berkomunikasi dengan orang lain secara abstrak. Konsep pada peringkat tinggi diguna
untuk menjelaskan perkara-perkara yang lebih spesifik, yang tidak dapat dicerap (observe)
secara terus. Konsep dan konstruk digunakan pada peringkat teori, sementara pemboleh
ubah digunakan pada peringkat empirikal.

Proses kajian saintifik digunakan untuk membina dan menguji pelbagai hipotesis melalui
pemikiran induktif-deduktif. Kajian saintifik menggunakan proses tertentu yang
menggabungkan pemikiran induktif dan deduktif serta pencerapan dan pengujian hipotesis
kepada aktiviti-aktiviti yang berasaskan pemikiran reflektif. Setiap orang akan menganalisis
masalah yang sama dengan cara yang berbeza bergantung kepada persepsi masing-
masing yang telah dilazimkan oleh persekitaran yang berbeza. Justeru, jenis persoalan
yang timbul akan berbeza mengikut kefahaman seseorang tentang sesuatu fenomena.
Perlu diingatkan bahawa inkuiri saintifik adalah salah satu daripada kaedah menganalisis
masalah, tetapi terdapat juga beberapa kaedah lain yang boleh digunakan untuk
menyelesaikan permasalahan kita.

Apakah itu sains? Sains adalah satu sistem cara yang dapat menghasilkan ilmu
pengetahuan. Kepada kebanyakan orang, gambaran/imej sains dapat dilihat melalui dua
klasifikasinya, iaitu sains fizikal (matematik, fizik, kimia, biologi) dan sains sosial (psikologi,
sosiologi, ekonomi). Subjek sains akan menentukan teknik dan alat yang digunakan dalam
kajian. Matlamat utama sains ialah untuk menghasilkan generalisasi yang sah dan mencari
hubungan antara beberapa pemboleh ubah. Melalui pemahaman hubungan ini, penyelidik
akan dapat memahami fenomena yang dikaji, membuat ramalan dan menentukan
hubungan penyebab (causal relationships). Sains mempunyai ciri-ciri berikut:

Jadual 1.2: Ciri-ciri Sains

Ciri-ciri Sains
Empirikal Data empirikal diperoleh mengikut keadaan tertentu.

Boleh diulang Kajian boleh diulang mengikut keadaan, sampel dan kaedah yang
(replicable) digunakan sebelumnya.

Analitikal Ia mengikut kaedah saintifik untuk memecah dan menjelaskan


fakta empirikal.
Berasaskan teori Ia bergantung kepada pengetahun lepas.

Logikal Kesimpulan dibuat berasaskan logik dan hasil kajian.

Teliti Usaha dibuat untuk mengurangkan kesilapan.

OUM
10
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

1.4 ALTERNATIF KEPADA SAINS DALAM PENGHASILAN ILMU

“Sekiranya saya sentiasa kalah dalam permainan tenis, sekali lagi saya
bermain, kebarangkalian saya menang akan meningkat.” Adakah terdapat
kesilapan dalam logik ini? Jelaskan.

Maklumat dan ilmu boleh didapati daripada pelbagai sumber, selain sains. Kebanyakan
apa yang kita tahu adalah daripada apa yang diajar oleh ibu bapa kita, apa yang kita alami
sendiri, apa yang kita baca dalam buku-buku atau apa yang kita tonton dalam TV atau
filem. Pengetahuan daripada sumber-sumber ini biasa mencukupi untuk interaksi harian
kita, tetapi mungkin mempunyai kesilapan, seperti juga kajian saintifik yang menghasilkan
ilmu yang tepat dan berguna hanya untuk sesuatu masa atau konteks tertentu.

(a) Autoriti
Pengetahuan yang diperoleh daripada ibu bapa, para guru dan pakar serta daripada
buku dan media biasanya boleh diterima sebagai betul. Sandaran kepada autoriti
untuk mendapatkan pengetahuan mempunyai kebaikan terutama dari segi mudah
dan cepat mendapatkan pengetahuan. Bagaimanapun, ia mempunyai batasan
tertentu sebab kepakaran seseorang itu mungkin lebih rendah daripada apa yang
dijangkakan. Mereka mungkin memberi maklumat atau pengetahuan yang salah
sebab terdapat juga pakar yang mempunyai tujuan tertentu yang tidak profesional
dengan sengaja memberi maklumat yang salah untuk mengembangkan idea yang
bias.

(b) Tradisi
Pengetahuan yang berasaskan tradisi biasanya diterima sebagai betul disebabkan ia
telah melalui ujian masa, dan justeru boleh dipercayai. Apa yang jarang disebut ialah
pengetahuan yang diturunkan daripada generasi ke generasi itu mungkin
berasaskan kepada beberapa prasangka yang tidak rasional, yang menjadikan
pengetahuan itu sebagai “natural” atau ianya mungkin telah berubah setiap kali ia
dipindahkan kepada generasi baru.

(c) Pengetahuan Umum


Maklumat dan pengetahuan boleh juga didapati daripada apa yang diketahui oleh
semua orang yang mempecayainya. Pengetahuan umum (commonsense) ini adalah
penting dalam kehidupan harian, tetapi ia mungkin membenarkan kepalsuan logik
mempengaruhi pemikiran kita. Ia juga boleh menyebarkan idea yang salah, yang kita
tidak sedar tentangnya, dan menyebabkan kita menerima maklumat yang salah.

(d) Mistri Media


Siaran TV, filem, surat kabar, majalah dan media lain adalah penting kepada kita
sebagai sumber maklumat. Bagaimanapun, apa yang mereka sajikan mungkin tidak
memberi gambaran sebenar, yang mungkin disebabkan oleh pelaporan yang kurang
tepat, kesilapan yang disebabkan kekurangan pengetahuan atau amat bergantung
kepada autoriti, tradisi atau pengetahuan umum sebagai sumber maklumat.

(e) Pengalaman Peribadi


Apabila sesuatu berlaku, kita dapat merasainya, kita dapat mengalaminya, dan kita
terimanya sebagai benar. Pengalaman peribadi merupakan sumber pengetahuan

OUM
11
ASAS KAJIAN TOPIK 1

yang penting kepada kita, tetapi ia juga dapat memesongkan (distort) kita. Apa yang
kita rasa benar, mungkin satu kesilapan atau persepsi/keputusan yang terpesong.
Pengalaman peribadi ini dikukuhkan melalui empat kesilapan utama:

• Terlebih generalisasi (overgeneralisation): iaitu, apabila kita memperoleh bukti


yang membawa kepada kepercayaan kita, kita mengandaikan perkara ini benar
dalam situasi-situasi lain.

• Pencerapan terpilih (selective perception): iaitu, apabila kita memberi tumpuan


kepada perkara tertentu sahaja dan tidak kepada perkara-perkara lain. Fokus ini
menjadi lebih kuat sekiranya perkara itu serasi dengan idea prapencerapan
(preconceived) kita.

• Keputusan lebih awal (premature closure): iaitu keputusan yang kita buat
apabila kita rasa kita sudah pun mempunyai segala jawapan yang kita perlukan
dan kita rasa kita tidak perlu lagi mendengar pendapat orang lain, mencari
maklumat lain atau menimbulkan persoalan lain.

• Kesan Halo (Halo effect): iaitu, apabila kita terlebih membuat generalisasi
terhadap objek atau seseorang yang mempunyai ciri-ciri cemerlang, yang
membawa kita kepada memberi penilaian yang berlebihan kepada objek atau
orang tersebut.

1.5 KEBAIKAN PENDEKATAN SAINTIFIK


Faktor kritikal yang membezakan kajian yang menggunakan pendekatan saintifik daripada
kajian yang menggunakan sumber pengetahuan lain ialah kajian saintifik lebih daripada
proses pengutipan dan penganalisisan data. Pendekatan saintifik adalah berasaskan dua
perkara penting, iaitu logik and pencerapan. Kedua-dua aspek ini adalah penting yang
berkait dengan tiga aspek utama pendekatan sains, iaitu teori saintifik, pengutipan data
dan penganalisisan data.

Rajah 1.3: Pendekatan saintifik

OUM
12
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

1.5.1 Model Sains Tradisi

Dalam model sains tradisi, terdapat tiga unsur utama, iaitu:

(a) Teori – digunakan untuk menggarap idea yang dihasilkan dalam bentuk hipotesis.

(b) Operasionalisasi – menyatakan makna semua pemboleh ubah yang terlibat dan
bagaimana pemboleh ubah ini diukur. Ia adalah satu proses untuk menyatakan
definisi operasional, atau menyatakan operasi terperinci untuk mengukur pemboleh
ubah.

(c) Pencerapan – melihat dan membuat pengukuran ke atas apa yang dilihat.
Pencerapan digunakan untuk membukti sesuatu hipotesis atau sebaliknya.

1.5.2 Model Deduktif dan Induktif

Kajian melibatkan penggunaan teori. Semasa kita mereka bentuk kajian, teori mungkin
atau mungkin tidak dinyatakan secara eksplisit, walaupun ia perlu dinyatakan secara
eksplisit semasa kita mempersembahkan dapatan kajian dan kesimpulannya.

(a) Model Induktif – bergerak daripada perkara spesifik kepada umum (general),
daripada satu set pencerapan tertentu (specific observations) kepada penemuan
bentuk (discovery of a pattern) yang mempunyai susunan. Dalam model ini, prinsip-
prinsip umum dibina daripada pencerapan yang spesifik.

(b) Model Deduktif – bergerak daripada umum kepada spesifik. Daripada satu bentuk
tertentu yang dijangka berasaskan logik atau teori kepada pencerapan yang menguji
sama ada bentuk yang dijangka itu sebenarnya wujud. Dalam model ini, hipotesis
tertentu dibina berasaskan prinsip-prinsip umum.

Hipotesis

DEDUKSI Teori-teori Pencerapan INDUKSI

Generalisasi
Empirikal

Rajah 1.4: Hubungan antara model induktif dan deduktif

OUM
13
ASAS KAJIAN TOPIK 1

1.6 KRITERIA KAJIAN YANG BAIK


Pengetahuan yang berguna dan boleh dipercayai hanya diperoleh daripada kajian yang
dirancang, dilaksana dan diuji dengan baik. Kajian yang baik biasanya mempunyai ciri-ciri
saintifik berikut:

(a) Tujuan Kajian yang Jelas


Sebab atau tujuan menjalankan kajian perlu dinyatakan dengan jelas untuk
mengelakkan kekeliruan. Tujuannya mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis, untuk
menyelesaikan satu set masalah, atau untuk mencari prinsip-prinsip umum atau
mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau
mengawal peristiwa (event) dalam situasi tertentu. Justeru, penyelidik perlu
menyatakan tujuan kajian secara bertulis dengan jelas, termasuk skop dan batasan
kajian serta definisi yang tepat kepada istilah-istilah utama yang digunakan.

(b) Penerangan yang Jelas tentang Proses Kajian


Proses kajian perlu diterangkan secara terperinci supaya ia boleh diulang dan
disahkan oleh penyelidik-penyelidik lain. Sumber literatur dan data, dan juga kaedah
yang digunakan untuk mengutip data perlu dinyatakan secara eksplisit, kecuali
sumber yang perlu dirahsiakan. Sekiranya sumber dan/atau kaedah tidak dinyatakan
dengan jelas, persoalan tentang kebolehpercayaan dan kesahan akan timbul.

(c) Perancangan dan Pelaksanaan yang Sistematik


Proses menjalankan kajian perlu dirancang dengan cermat untuk mengurangkan
ralat (error). Sekiranya kita menggunakan data dasar (primary data), sampel kajian
perlu dijelaskan dan bukti perwakilannya perlu ditunjuk. Usaha perlu dibuat untuk
mengurangkan pengaruh atau bias penyelidik semasa memilih dan merekod data.

(d) Piawai Etika yang Tinggi


Sesuatu projek kajian yang memberi keutamaan kepada pengawalan para peserta
kajian daripada prasangka atau bahaya, yang pada masa yang sama dapat
menghasilkan keputusan berkualiti, akan diberi nilai yang tinggi. Aspek etika akan
dibincangkan dengan lebih panjang kemudian.

(e) Dapatan yang Dibincang dengan Jelas


Penyelidik perlu menggunakan kaedah menganalisis data yang sesuai, dan analisis
ini perlu dibuat secara terperinci. Selain itu, kebolehpercayaan dan kesahan data
perlu disemak dan disahkan; dapatan kajian perlu diterangkan dengan jelas.
Sekiranya ujian statistik digunakan, penyelidik perlu menyatakan keberangkalian
kesignifikanannya dan margin ralat yang digunakan. Penyampaian dapatan kajian
perlu dibuat secara terbatas, jelas, tepat, menyeluruh, mudah difahami dan disusun
supaya mudah dibaca. Sebarang generalisasi yang melebihi bukti akan mengundang
impresi yang tidak baik.

(f) Batasan Kajian Dinyatakan dengan Jelas


Oleh sebab setiap projek kajian menghadapi batasan tertentu, penyelidik perlu
menyatakan batasan-batasan ini atau kesilapan yang berlaku semasa kajian
dijalankan, yang boleh memberi kesan kepada dapatan kajian. Bagaimanapun,
sesetengah batasan tidak memberi kesan besar kepada dapatan kajian, tetapi ada
batasan yang boleh mengganggu keseluruhan kajian. Sekiranya penyelidik
menyatakan kajiannya tidak mempunyai apa-apa batasan, mungkin ia boleh
dipersoalkan.

OUM
14
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

Yang mana antara ciri-ciri kajian di atas yang anda rasa paling penting?
Mengapa?

Latihan 1.2

Tandakan (B ) sekiranya betul atau (S) sekiranya salah.

Pernyataan Betul/Salah

1. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan


membina generalisasi dan kemudian menjelaskan
hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.
2. Teori membantu kita memahami apa yang kita cerap.

3. Model tradisi sains menggunakan logik induktif.

4. Hipotesis yang baik ialah yang boleh diuji.


5. Peranan teori ialah penyampaian (representation),
sementara model ialah penjelasan.
6. Dalam deduksi, kita mula daripada mencerap data dan
membina generalisasi dan kemudian menjelaskan
hubungan antara pemboleh ubah yang dicerap.

Lawati laman web berikut untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut
tentang kajian.

http://www.support4learning.com/education/research.htm

1.7 ETIKA KAJIAN


Etika adalah norma yang memandu kita untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan/atau
berhubung dengan orang lain. Dalam kajian, etika merujuk kepada kesesuaian tingkah
laku penyelidik terhadap mereka yang menerima kesan kajian, sama ada secara langsung
atau tidak langsung. Penyelidik perlu memberi perhatian yang serius terhadap masalah
berkaitan etika yang mungkin berlaku. Secara dasarnya, sebagaimana yang dinyatakan
oleh McNamee (2002), subjek kajian (misalnya, satu kumpulan pelajar di sekolah
kerajaan) mempunyai hak untuk mengetahui tentang jenis dan tujuan kajian, dan sama
ada mereka ingin menyertai kajian atau tidak. Masalah etika boleh timbul daripada
pelbagai sumber, yang secara amnya telah dikenal pasti oleh Cohen et al. (2000) sebagai
meliputi:

OUM
15
ASAS KAJIAN TOPIK 1

• jenis projek kajian;


• konteks kajian;
• prosedur yang akan digunakan;
• kaedah pengutipan data;
• jenis peserta;
• jenis data yang dikutip; dan
• penggunaan praktikal data yang dikutip.

Antara isu-isu etika termasuk:

• kerahsiaan peserta kajian;


• penyertaan secara sukarela dan hak peserta untuk menarik diri daripada sebahagian
kajian atau sepenuhnya;
• keizinan dan kemungkinan penipuan di pihak peserta;
• menjaga kerahsiaan data daripada individu yang boleh dikenal pasti;
• reaksi peserta terhadap cara penyelidik mengguna, menganalisis dan melapor
dapatan-dapatan kajian; dan
• tingkah laku dan keobjektifan penyelidik.

Di peringkat awal kajian, penyelidik perlu memohon kebenaran untuk mendapatkan bahan-
bahan daripada agensi, organisasi atau individu berkenaan. Masalah etika mungkin akan
timbul sekiranya badan-badan yang memberi kelulusan tidak diberi penjelasan secukupnya
atau peserta tidak jelas tentang objektif kajian. Isu-isu berkaitan privasi mungkin timbul
apabila, misalnya, penyelidik secara tidak sengaja atau sebaliknya menceroboh privasi
bakal peserta atau penyampai maklumat apabila penyelidik membuat panggilan pada
masa yang tidak sesuai.

Pemerolehan data sekondar (secondary data) juga boleh menimbulkan masalah salah laku
etika, misalnya, apabila penyelidik mengambil data peribadi individu yang enggan
menyertai sesuatu projek kajian. Contoh polisi kajian diberi di bawah:

OUM
16
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

1.1. Australian National University (selepas ini "Universiti") bertanggungjawab mematuhi piawai integriti
kajian tertinggi dan memestikan para penyelidik menunjukkan piawai etika profesional tertinggi. Penyelidik
mempunyai tanggungjawab menentukan kerja-kerja mereka membantu menyemarakkan profesion mereka
dan juga Universiti di mana mereka berkhidmat.

1.2. Polisi ini menjelaskan piawai untuk semua orang yang mengendalikan kajian di Universiti ini, termasuk
staf, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah serta pelawat akademik ke Universiti ini. Ia juga memberikan
kerangka yang akan melindungi penyelidik daripada kemungkinan salah faham dan juga memberikan
langkah-langkah untuk diikuti sekiranya terdapat sebarang kecurigaan atau tuduhan berkaitan salah laku
kajian. Semua pertanyaan berkaitan kepatuhan kepada polisi ini hendaklah ditujukan kepada Timbalan Naib
Canselor (Kajian).

1.3. Prinsip am yang menjadi panduan kepada kajian telah lama digubal. Yang penting antaranya ialah
menegakkan piawai etika serta kesahan dan ketepatan dalam pengutipan dan pelaporan data. Penyelidik
bertanggungjawab untuk mencapai dan mengekalkan piawai keluhuran intelektual tertinggi apabila
melaksanakan kajian.

1.4. Tanggungjawab komuniti kajian kepada orang awam dan ia sendiri hendaklah diberi pengiktirafan
sewajarnya. Tanggungjawab ini menjadi lebih penting sekiranya amalan profesional atau polisi awam
didefinisi atau diubah berdasarkan dapatan kajian.

1.5. Proses kajian akan mengawal kebenaran. Komunikasi antara ahli-ahli penyelidik; menyelenggara dan
rujukan terhadap rekod kajian; pembentangan dan perbincangan tentang kerja di mesyuarat pakar-pakar;
penerbitan hasil, termasuk semakan rakan; dan ulangan kajian atau sambungan kajian oleh penyelidik lain;
semuanya ini akan menyumbang kepada penambahbaikan dan peningkatan etika kajian.

1.6. Pertandingan dalam kajian boleh memberi pengaruh kuat dan positif, membantu meningkatkan kualiti
dan menyegerakan hasil kajian. Bagaimanapun, tekanan daripada pertandingan boleh menggugat amalan
kajian yang baik, sekiranya ia menyebabkan penyediaan dan penyerahan laporan dibuat secara tergopoh-
gapah, pembahagian laporan kajian kepada beberapa laporan kecil untuk memperbanyakkan penerbitan,
atau terlalu mementingkan keselamatan sehingga kajian bertahap biasa, tanpa mencuba yang lebih kreatif
dan inovatif.

1.7. Apabila membuat interpretasi polisi ini, sifat sesuatu disiplin tertentu perlu diambil kira.

1.8. Penyelidik perlu memahami polisi ini dan tentukan peruntukan-peruntukannya dipatuhi. Kegagalan
mematuhi peruntukan-peruntukan ini boleh dijadikan sebab untuk tindakan disiplin.

Rajah 1.5: Contoh dokumen polisi “Amalan Kajian yang Baik”


Sumber:http://info.anu.edu.au/policies/Policies/Research/Other/
Responsible_Research_Practice.asp

Cadangkan tanggungjawab etika kajian pendidikan dan pembuat-keputusan


institusi.

OUM
17
ASAS KAJIAN TOPIK 1

RUMUSAN
Kerap kali dikatakan bahawa satu-satunya cara untuk mempelajari tentang kajian ialah
dengan melakukannya sendiri. Memang tidak ragu-ragu lagi bahawa kata-kata ini benar,
tetapi seperti mana Bell (1999) dan lain-lain berpendapat, banyak masa akan terbuang
sekiranya prosedur-prosedur asas kajian tidak dipatuhi. Dalam topik ini, kita telah melihat
beberapa jenis kajian yang berbeza, tetapi mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk
menguji apa yang kita tahu dan menghasilkan pengetahuan baru atau cara baru kita
melihat dunia ini. Kajian yang baik mempunyai ciri-ciri yang sama, iaitu ianya sistematik,
menyatakan skop dengan jelas, mematuhi piawai etika yang tinggi dan menyatakan segala
batasannya.

GLOSARI

Kajian asas – Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman


teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru
dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.

Kajian gunaan – Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah


harian, misalnya, soalan berkaitan polisi atau
menyelesaikan masalah sosial, pendidikan atau
perniagaan.

Kajian kuantitatif – Kajian yang menekankan pemerolehan fakta


menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik
data numerik untuk memahami dan menjelaskan
sesuatu fenomena yang boleh dijadikan panduan
kepada amalan dan polisi.

Kajian kualitatif – Kajian yang menekankan kepada penghasilan makna


yang mengambil kira apa yang tidak disentuh oleh
kajian kualitatif, misalnya, pandangan subjektif
seseorang, akibat yang dirancang dan tidak dirancang,
keanihan seseorang, dan sebagainya.

Kajian tindakan – Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan


harian, sama ada telah mencapai tahap yang
sepatutnya.

UJIAN 1

1. Nyatakan dengan ringkas perbezaan antara kajian asas dan kajian gunaan.

2. Jelaskan dengan ringkas mengapa kajian tindakan adalah penting kepada para guru.

3. Salah satu daripada ciri-ciri kajian yang baik ialah: “Menyatakan batasan kajian
dengan jelas”. Nyatakan dengan ringkas maksud ciri ini.

OUM
18
TOPIK 1 ASAS KAJIAN

UJIAN 2

Kajian boleh dibuat sama ada dengan menggunakan Model Induktif atau Model Deduktif.

1. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Induktif dan nyatakan bagaimana
anda menggunakan model ini dalam kajian.

2. Jelaskan apa yang anda faham tentang Model Deduktif dan nyatakan bagaimana
anda menggunakan model ini dalam kajian.

3. Berikan satu contoh kajian tindakan yang boleh dibuat dengan menggunakan Model
Deduktif.

OUM
19