Anda di halaman 1dari 5

Video yang dirakamkan ini adalah bertemakan pengorbanan ibu dan ayah kepada anak.

Tema ini dipilih kerana pada zaman yang maju ini semakin ramai anak-anak muda yang tidak tahu menghargai pengorbanan ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki bagi menanggung perbelanjaan anak-anak untuk meneruskan pengajian di tahap yang lebih tinggi.

Melalui video ini, mesej yang ingin disampaikan adalah penghargaan anak-anak terhadap pengorbanan ibu bapa. Sebagai ibu dan ayah, mereka tidak mengharapkan duit dari anakanak tapi mereka mengharapkan kejayaan yang dapat menjamin masa depan anak- anak mereka.

Melalui video ini juga kita dapat terapkan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab yang dapat di tunjukkan oleh bapa yang sentiasa berusaha mencari nafkah untuk keperluan keluarga, dan anak juga bertanggungjawab untuk belajar bagi menjamin masa depannya. Selain itu, nilai kasih sayang juga telah diterapkan dalam video ini, iaitu nilai kasih sayang antara ibu, ayah dan anak, melalui kasih sayang inilah wujudnya pengorbanan yang tidak ternilai. Nilai berdikari juga telah ditunjukkan oleh watak anak yang berusaha untuk berdikari menghasilkan idea yang kreatif bagi memenuhi kehendaknya.

Anda mungkin juga menyukai