Anda di halaman 1dari 1

Pengenalan

Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan satu projek iaitu USM Bebas Tembakau dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan Pusat Racun Negara (PRN). Projek ini dilancarkan adalah untuk merealisasikan persekitaran bebas tembakau dan membebaskan segala bentuk penjajahan tembakau dalam kampus USM. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak USM untuk mencapai matlamat kampus bebas tembakau. Antara usaha yang dilakukan ialah melalui aspek pengiklanan, promosi, penajaan, penjualan dan sebagainya yang berkaitan dengan syarikat rokok dielakkan. Projek ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar dan masyarakat yang berada di kawasan kampus dilindungi daripada asap rokok. Selain itu, projek ini adalah untuk melahirkan warga kampus yang sihat. Melalui projek kampus bebas tembakau, banyak kebaikan yang diperoleh warga kampus terutama pelajar.

a) Dengan menggunakan gaya berfikir yang sesuai nilai kewajaran Projek Kampus Bebas Tembakau.

Dengan menggunakan gaya berfikir yang sesuai, projek kampus bebas tembakau dapat dinilai kewajarannya dalam pelbagai aspek. Gaya berfikir yang dicadangkan ialah gaya berfikir positif. Gaya berfikir positif dinilai oleh keupayaan untuk melihat kebaikan dan keuntungan serta faedah daripada pelaksanaan projek kampus bebas tembakau. Antara ciri gaya berfikir positif ialah menumpukan kepada kebaikan sesuatu idea yang dilaksanakan, melihat faedah idea baru. Justeru, dengan menggunakan gaya berfikir positif, projek kampus bebas tembakau dapat di nilai dari segi faedah projek tersebut dilancarkan di dalam USM. Melalui pelaksanaan projek ini, warga kampus akan bebas dari asap rokok yang membahayakan kesihatan. Di samping itu, warga kampus terutama pelajar dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka. Hal ini demikian kerana, harga rokok sangat mahal. Oleh itu, apabila projek tersebut dilancarkan, kemasukan rokok akan di haram di kawasan kampus. Jadi, wang pelajar akan selamat digunakan untuk membeli rokok dan duit tersebut dapat digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli buku rujukan. Di samping itu, melalui projek kampus bebas tembakau, para pelajar akan didedahkan dengan keburukan merokok dan asap rokok kepada masyarakat sekeliling. Jadi, warga kampus akan lebih prihatin terhadap keselamatan diri dan orang sekeliling mereka. Justeru, mereka akan berasa malu dan kurang selesa untuk merokok di kawasan kampus dan lamakelamaan mereka akan meninggalkan tabiat merokok tersebut.

Anda mungkin juga menyukai