Anda di halaman 1dari 41

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 QGU3013: KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TUGASAN

1.

Teaching Game For Understanding (TGFU) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani. Bincangkan tentang masalah obesity dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

2.

DISEDIAKAN OLEH NAMA ABDUL MALEK BIN BUJANG NO. MATRIK D20112056101

PUSAT PEMBELAJARAN: UPSI24(A131PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: EN MEGAT NASURUDIN TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013

TUGASAN 1 ISI KANDUNGAN PENGENALAN DAN DEFINISI 3-6 KEPENTINGAN TGFU 7

KOMPONEN TGFU

8-9

BEZA TRADISIONAL DAN KAEDAH TGFU

10

4 MODIFIKASI

11-13

CONTOH PERMAINAN

14-19

RUJUKAN

20

I.

PENGENALAN DN DEFINISI TGFU

Model ini telah diperkenalkan oleh James Torpe, iaitu seorang atlet AmerikaSyarikat.Model ini menyatakan bahawa teknik pengajaran dalam pendidikan jasmaniuntuk mengajar atau melatih seseorang individu dalam teknik dan kemahiranpermainan tidak menyumbang kepada kejayaan, menambah pengetahuan mahupun meningkatkan kemahiran.Model ini bertujuan untuk membaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sedia ada. Teori Bunker danThorpe telah berfungsi untuk mewujudkan guru atau jurulatih bukan sahaja mementingkan kemahiran pada kanak-kanak malah memberi ruang kepada kanak-kanak untuk terus meneroka dan mengekalkan minat mereka sendiri dengan seronok dan ia menghasilkan faedah yang baik. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru.Kanak-kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yangdikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, danVendenberg (1983) .Mereka berpendapat bahawa, dalam sesuatu permainan,kanak-kanak haruslah diberi kesedaran tentang Mengapa dan Bila sesuatu kemahiran perlu diaplikasikan dan bila ia patut ditunjukkan dalam sesuatu permainan tertentu. Dengan itu,kanak-kanak akan memberi respons yang lebih baik dan peka jikamereka tahu bagaimana sesuatu teknik atau kemahiran harus dilakukan.Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran danpembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982 di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untukkefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau diluar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee) TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiap permainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajar-pelajardapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas PendidikanJasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markah yang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalahpenting untuk pelajar untuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan serta merta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.

Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Teaching Games for Understanding merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran yang dihasilkan oleh David Bunker dan Rod Thorpe pada tahun 1982di Universiti Loughboroungh. TGFU merupakan suatu pengajaran permainaan untuk kefahaman yang dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak di dalam atau diluar bilik darjah supaya mereka tidak berasa bosan. (rujuk kepada buku KaedahMengajar Pendidikan Jasmani yang ditulis oleh Mohd Sofian Omar Fauzee)Teaching Games for Understanding (TGfU) dalam pengertian Bahasa Malaysia ialahmengajar memahami permainan iaitu guru mengajar dan pelajar belajar memahami konsep permainan sambil bermain. TGfU dipelopori oleh Bunker dan Thorpe (1982)yang bermatlamat untuk memperkembangkan kemahiran kognitif dan psikomotor individu dalam sukan berdasarkan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Pendekatan TGfU adalah kepada pemahaman taktikal dan strategi bermain sebelum kepada penguasaan teknik kemahiran (Arajo et al, 2007; Bunker& Thorpe, 1982; Griffin, Mitchell, & Oslin, 1997).Pelajar perlu memahami mengapa,bila dan di mana untuk melakukan sesuatu taktik dan strategi dalam permainansebelum mereka belajar bagaimana menguasai kemahiran.TGfU juga menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana pendekatan ini melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain.Sehubungan itu, pelajar perlu memahami strategi tentang mengapa sesuatu permainan itu perlu dipelajari sebelum mereka belajar bagaimana menguasai sesuatu kemahiran.Dengan itu, pelajar menyedari bila dan mengapa kemahiran diperlukan dalam konteks bermain. Falsafah TGfU ialah pelajar perlu tahu dan faham bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan serta berkebolehan mengaplikasikan kemahiranpergerakan/fizikal sambil belajar membuat keputusan ketika bermain.Permainan disertai dengan beberapa soalan berbimbing bagi menggalakkan pelajar menguasai permainan melalui kaedah menyelesaikan masalah. Mengalihkan konsep mengajarkemahiran secara berpusatkan latihan atau individu kepada pendekatan mengajarberpusatkan strategi bermain secara berkumpulan.TGFU ini adalah lebih berfokus terhadap pemahaman yang meyeluruh pada setiappermainan.Murid-murid dapat memahami sesuatu prinsip atau konsep dalam permainan tertentu.TGFU juga menekankan kepada peningkatan tahap aktiviti fizikal.Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di dalam sekolah rendah dan sekolah menengah hendaklah selalu menjalankan TGFU supaya pelajarpelajar dapat berseronok dalam aktiviti fizikal. TGFU juga menjadikan kelas Pendidikan Jasmani sebagai tempat dan masa yang sesuai untuk persaingan, motivasi serta bersuka ria. Guru hendaklah memastikan persaingan ini dijalankan dengan sihat dan menjalankan permainan yang dapat mengeratkan hubungan persahabatan dankerjasama di antara pelajar. Melalui TGFU, pelajar bukan sahaja melibatkan aktif untuk mencapai markahyang tinggi dan menjadikan pemenang, maka juga adalah penting untuk pelajaruntuk belajar membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan pintas dan sertamerta dalam proses permainan. TGFU adalah lebih bebas dan

tidak mempunyai terlalu banyak peraturan.Ini disebabkan TGFU lebih mengutamakan pengajaran dan pembelajaran dengan seronok. Faktor yang mendorong tokoh-tokoh untuk mengkaji TGFUTokoh-tokoh yang mengkaji TGFU ini ialah David Bunker dan Rod Thorpe yang membuat kajian di Universiti Loughborough di United Kingdom.Model Bunker &Thorpe. James Thorpe,(1882) memperkenalkan kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah . Menurut Bunker dan Thorpe ,TGfU merupakan salah satu model pendidikan yangmenekankan 3 aspek utama ,iaitu: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan Meningkatkan tahap aktiviti fizikal Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan ,motivasi ,serta bersuka riaBerdasarkan TGfU kaedah ini digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga sekarang.

Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalahdan membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan. Menurut falsafah TGfU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untukmenjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslahmengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permainan. Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU : Terdapat beberapa faktoryang mendorong mereka untuk berusaha dalam mengkaji TGFU. i.Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan. Pada masa itu, pencapaian permainan adalah kurang memuaskan.Murid-murid kurang menikmati dan berseronok dalam permainan yang disediakanoleh guru. Murid-murid adalah bersifat lebih pasif dan tidak aktif dalampermainan. ii.Kekurangan pengetahuan tentang permainan. Selain itu, pendidik pada masa itu mempunyai pengetahuan yang terhadtentang permainan. Mereka tidak memahami matlamat dan objektif bagi setiap permainan yang dijalankan. Permainan yang dirancangkanhendaklah mempunyai matlamat tertentu supaya murid-murid dapatmempelajari sesuatu melalui permainan. iii.Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuatkeputusan.
5

Faktor yang lain adalah seperti lemah dalam kemahiran asas dankurang berupaya dalam membuat keputusan. Melompat, melari dan membaling bola merupakan kemahiran asas yang banyak membantumurid bergerak cergas dan aktif dalam permainan. iv.Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan. Mereka juga memerhatikan bahawa Pendidikan Jasmani pada masa ituadalah terlalu bergantung kepada jurulatih atau guru untuk membuatkeputusan. Mereka ingin mengkaji satu set kajian yang berkesan dan dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. v.Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan. Selain itu, mereka juga terdorong untuk mengkaji TGFU atas sebab kadarperkembangan dalam permainan yang terlalu lambat dan tidak menonjolkan. Pendidikan pada masa itu kurang mementingkanpermainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, mereka pun berusaha untuk mengkaji TGFUTahun Teaching games for Understanding diperkenalkan mengikut negara. Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu , menurutfalsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untukmenjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuatkeputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Di samping itu , model TGfU jugamenggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan.Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuaidan diperkembang dari semasa ke semasa. Secara mendalam dan tepat, TgfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Pada tahun2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama , iaitu sasaran, jaring dan dinding, memadang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikalyang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan. Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras.Tujuan TGFU adalah meningkatkan kefahaman murid dalamPendidikan Jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalambidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikaltertentu. Melalui kaedah TGfU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk menguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan. Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar.Selain itu, TGFU dapat melatih murid supaya menjadi lebih berkemahiran dalam setiap permainan sukan.Murid dapat dilatih dengan teknik yang betul melalui konsep TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan
6

didedahkan kepada murid secara amali dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maksima.Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan merekadalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. II. KEPENTINGAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING

Menekankan konsep apresiasi dalam permainan kerana melibatkan kesedaran taktikal sebagai asas membuat keputusan semasa bermain. Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pelbagai permainan dengan memberi ruang dan peluang meneroka dan belajar dalam pergerakan kemahiran fizikal dalam lingkungan konteks aktiviti fizikal, mengekalkan minat untuk belajar dan menimbulkan keseronokan semasa bermain. TGfU mencadangkan cara seseorang mampu menghargai keseronokan bermain ke arah membina daya usaha atau kesungguhan belajar teknik kemahiran untuk meningkatkan permainan. Menyediakan persekitaran pembelajaran holistik dan konstruktif melalui beberapa soalan bagi menyokong proses belajar semasa aktiviti bermain. Meningkatkan aras domain pembelajaran kognitif dengan penggunaan permasalahan taktikal dan penyelesaian yang mengatasi atau melebihi (transcend) pelbagai permainan dan pendekatan sebagai tulang belakang. Pelajar bukan sahaja memahami apa yang mereka patut tahu untuk berjaya dalam permainan, tetapi yang lebih penting bila dan mengapa untuk membuat keputusan dalam konteks permainan yang dinamik dan pelbagai. TGfU fokus kepada pemusatan pelajar dan pemusatan bermain untuk membantu pelajar perkembangkan dan menghasilkan kemahiran yang betul yang dikehendaki supaya dapat mengambil bahagian dalam sukan tertentu. TGfU menyediakan pelajar dengan peluang memikul tanggungjawab ke atas pembelajaran melalui pergerakan pada diri sendiri dan orang lain, kemahiran sosial, bersikap positif dan nilai. Membenarkan pelajar mengalihkan pengalaman belajar melalui alam penerokaan dan mengaplikasikan pengalaman tersebut dalam bidang perkembangan pergerakan kognitif.

III.

KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM TGFU:

Terdapat beberapa komponen dalam TGFU iaitu; 1. Game Form Sesuai untuk semua peringkat umur.-Mengandungi kategori permainan yang berbeza tetapi mempunyai kurikulumyangsama.-membantu pelajar untuk belajar cara membuat keputusan danpenyelesaianmasalah.-memberi tunjuk ajar yang betul-situasi permainan yang sesuai telah di tetapkan,pola permainan mini yang dimainkan oleh anak-anak berusia 11 dan 12 tahun bolehmenyerupai versi permainan orang dewasa. 2. Game Appreciation Memahami peraturan permainan walaupun permainan itu mudah. Penting untuk mengingati peraturan yang diberi mengikut bentuk permainantersebut. Menambah dan mengrangkan intensiti adalah penting dalam sesuatupermainanbagi menambah keseronokan dalam sesuatu sesuatu permainan ituataumenambah kesukaran terhadap kesukaran permainan tersebut. Penambahan undang-undang tentang tempat, masa dan kawasan boleh jugamenceriakan suasana permainan. 3. Tactical Awareness Menggunakan taktik dalam sesuatu permainan amat diperlukan.-membolehkan sesuatu pasukan mengawal permainan dengan baik.-Asas tektikyang dibina tidak semestinya akan berjaya sebaliknya perlu diubahuntuk memenuhikehendak permainan tersebut. Penambahan kepada kesedaran taktikal akan mendedahkan kelemahan pihaklawan tetapi penambahan ini adalah terhad mengikut peraturan. 4. Decision Making Cara membuat keputusan dalam masa yang singkat secara tepat dan pantas adalah sukar. Dalam pendekatan ini perbezaan antara keputusan yang dibuat berdasarkanapayang hendak dilakukan dan bagaimana yang hendak dilakukan. a) What to do Ini jelas didapati bahawa kesedaran tektikal adalah berpatutan jikakeputusandibuat.Ia sentiasa ada dalam setiap permainan, sesuatu aspekakan sentiasaberubah. Dalam membuat keputusan, Setiap situasi perlu diambil kira sepertikemampuan untuk mengenal pasti petunjuk-petunjuk untuk dimasukkan sebagaiproses untuk memilih perkara-perkara yang penting.

b) How to do it? Masih ada lagi keputusan bahawa apakah jalan yang terbaik untukmelakukannyadan pilihan yang menepati kehendak keadaan pada saatyang kritikal. 5. Skill Execution Dalam mempersembahkan kemahiran yang digunakan untuk menunjukkanhasilyang sebenar yang diperlukan dalam pergerakan seperti yang diajar oleh guru. Konteks mengajar dan dapat mengenali kebolehan guru tersebut.-Ianya berbeza dengan apa yang dipraktikkan dan menguasai aspek kualiti dan persembahan keberkesanan pergerakan mekanikal dan relevensinya mengikut keadaan permainan. 6. Performance Ini merupakan hasil daripada latihan yang telah dilakukan sebelum ini.-Melalui pencapaian yang telah dicapai, kita boleh mengetahui pelajartersebutmerupakan atlit yang berpotensi atau tidak samada diperingkat sekolahatauantarabangsa. Melalui pencapaian yang telah dicapai ia boleh menjadi kayu ukur terhadap teknikyang berkesan. 7. Conclusion Aspek berturutan bagi model itu adalah kritikal. Berlainan dengan kaedah pengjaran tradisional, kaedah atau cara ini bermuladengan permainan dan peraturan bagi persamaan itu telah ditetapkan untukperkembangan kesedaran tektikal dan membuat keputusan dimana telah mendahului faktor respon bagi perlaksanaan kemahiran dan pencapaian. Penyempurnaan kepuasan bagi setiap tahap yang telah diberi memerlukan pengubahsuaian bagi permainan dan terus ke penilaian semula bagi memenuh syarat permainan baru tersebut. Kepentingan Pengajaran Pendidikan Jasmani Menggunakan KaedahTeaching Games for UnderstandingPenggunaan model ini memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Ia bertujuan untuk memperbaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada. Fokus utama model ini ialah: Permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dan interaksi sesama murid. Penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan. Mengubahsuai permainan mengikut tahap murid. Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran PJK. Bunker dan Thorpe mempertikaikan pengajaran yang sedia ada iaitu murid diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sebelum diperkenalkan kepada permainan sebenar. Model ini mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan, iaitu:

Kebaikan: Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka. Lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada. Kaedah pengajaran ini merangkumi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan. Kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat. Keburukan : Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu. Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai untuk permainan.

IV.

MEMBANDINGKAN DAN MEMBEZAKAN ANTARA SECARA TRADISIONAL DENGAN KAEDAH TGFU

PENGAJARAN

Pendekatan TGfU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada technicalknow-how kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan apa dan kenapa.TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Selain itu , TGfU dapat meningkatkan tahap aktiviti fizikal dengan lebih berkesan. Oleh itu , TGfU dapat menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan , motivasi serta bersuka ria. Justeru , model TGfU dapat digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini.Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu , menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Di samping itu , model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan.Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa.Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola.iaitu sasaran, jaring dan dinding, memadang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan.

10

V.

4 MODIFIKASI TGFU

Kategori Permainan dalam Pendekatan TGFU Jaring/Dinding(net.wall) Penyerangan/Invasion Pemadang/Fielding Sasaran/Target Jaring / Gelanggang ( net/ wall) Permainan melibatkan aktiviti menghantar satu objek ke kawasan pihak lawan dan berusaha menghalang pihak lawan menghantar balik ,untuk mendapat mata. Contoh permainan kategori ialah seperti tenis ,bola tampar, dan squash.

BOLA BALING
11

BOLA TAMPAR

SKUASH

12

Penyerangan ( Invasion ) Penyerangan ialah permainan yang bertujuan menceroboh kawasan pihak lawan untuk mendapatkan mata dalam masa yang ditentukan. Objek atau bola dibawa bersama untuk lontar ke targetnya atau gol pihak lawan untuk mendapat mata. Contoh: hoki, soccer, bola keranjang dan bola jaring. Pemukulan dan Pemadang Permainan yang melibatkan pukulan dan padang.Ia bertujuan untuk mengutip mata dengan membuat larian dalam masa yang dibenarkan atau sebelum pihak lawan Berjaya menangkap bola atau objek. Contoh permainan tersebut ialah seperti kriket,softball dan baseball.

Permainan Target Bentuk permainan ini melibatkan sasaran ditentukan dan pelancar digunakan untuk mengena sasaran setepat mungkin untuk mendapat mata. Contoh permainan tersebut ialah golf, memanah , tenpin bowling. Dalam model TGFU terdapat tiga pendekatan,iaitu kumpulan bilangan besar, kumpulan bilangan sikit dan menentukan matlamat permainan.( Webb,Pearson dan Forest 2006 . KELEBIHAN TGFU berfokus dari bagaimana kepada apa, bila, mana sehingga pada pemahaman mengapa. Murid perlu pemikiran yang kritis dan menyelesai masalah. Murid sentiasa perlu membuat keputusan dalam membuat bandingan, analisis dan sintesis. Murid sentiasa berada dalam situasi membuat keputusan ia dapat meningkatkan kreativiti dan kesanggupan mereka dalam penyoalan. Murid perlu belajar menghargai keadilan dan kerjasama dalam perlawanan.

Murid dilatih dalam pengawalan diri dan belajar bertanggungjawab terhadap peraturan. Murid dapat menghadapi cabaran mengikut kemampuan mereka.

KEBURUKAN Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu. Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai.
13

Permainan Kecil - Selamatkan Raja Permainan Kategori Jaring dan Dinding.

1.0

TAJUK PERMAINAN

Selamatkan Raja Permainan Kategori Jaring dan Dinding.

2.0

MATLAMAT

Permainan kanak- kanak ini diwujudkan adalah untuk memenuhi syarat-syarat ujian amali PJM 3102 Pergerakan Asas. Terdapat empat jenis komponen di dalam permainan kecil pergerakan asas iaitu sasaran (target), pukulan, jaring/ dinding dan kategori serangan atau kawasan. Permainan yang dibincangkan ini adalah dalam kategori pukulan. Nama permainan ini ialah Selamatkan Raja kerana ia merupakan satu aktiviti yang memerlukan peserta untuk servis, memukul dan menimbang bola. Permainan ini dikatakan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan asas individu dan ia juga dapat meningkat kemahiran psikomotor, kognitif dan afektif seseorang individu itu. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kecergasan tubuh badan dengan melakukan beberapa pergerakan asas yang merangkumi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Justeru itu, seseorang individu dapat mempraktiskan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

3.0

OBJEKTIF

Permainan kanak-kanak ini bertujuan untuk: 1. Menguji ketahanan fizikal dan mental murid-murid.

2. Menerapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar seperti toleransi dan nilai bekerjasama dalam satu pasukan. 3. Membantu murid mencapai perkembangan yang menyeluruh menerusi kegiatan jasmani yang tersusun. 4. 5. Dapat memberi murid kemahiran tentang cara memukul bola dengan betul. Mengajar murid untuk mematuhi peraturan dan berlawan secara adil.

14

6.

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengelolakan permainan kanak-kanak.

7. Memberi kemahiran kepada murid memilih dan menggunakan taktik dan strategi yang tepat untuk memenangi permainan.

4.0

PANDUAN PELAKSANAAN PERMAINAN

4.1

SENARAI JENIS ALATAN Bil 1 2 Jenis peralatan Tapak Tangan Kuantiti 10

Bola Getah (digelar sebagai raja 1 dalam permainan ini) Skitel 8

Jadual 1.1 Senarai Jenis Alatan

4.2 PROSEDUR PELAKSANAAN PERMAINAN 1. Menggunakan kawasan permainan iaitu gelanggang badminton . 2. Garisan sempadan kawasan permainan ditentukan menggunakan garisan pada gelanggang dan juga skitel di sekitarnya. 3. Garisan tengah gelanggang badminton memisahkan kawasan antara pasukan.

4. Setiap pasukan terdiri daripada 5 orang dan setiap peserta haruslah memakai satu Tapak Tangan masing-masing. 5. Pihak penganjur akan menggunakan duit syiling untuk menentukan pasukan mana yang memulakan permainan dahulu.

15

6. Pasukan yang memulakan permainan dahulu diberi peluang untuk memilih tapak gelanggang. 7. Satu biji bola akan diberi kepada pasukan yang memulakan permainan. 8. Peserta yang memegang bola bertanggungjawab untuk memulakan permainan dengan memukul bola ke arah pihak lawan. 9. Pasukan A memulakan permainan dengan menghantar bola ke pasukan B. 10. Pasukan A dan B perlu menjaga bola daripada jatuh. Sekiranya, bola diijatuhkan oleh manamana pasukan, pasukan lawan akan diberi 1 mata. 11. Sekiranya peserta terkeluar daripada kawasan perlawanan yang ditetapkan, pihak lawan akan diberi 1 mata. 12. Peserta juga hanya dibenarkan menimbang bola 3 kali sahaja jika terlebih giliran memyerang akan diberikan kapada pihak lawan. 13. Permainan ini dijalankan sepanjang 5 minit. 14. Pasukan yang mempunyai mata yang paling banyak di akhir permainan dikira sebagai pemenang. 15. Jika berlaku keadaan seri, 1 minit lebih akan diberi untuk menentukan pemenang.

16

4.3

PELAN KEDUDUKAN PELAKSANAAN PERMAINAN

GELANGGANG BADMINTON

Kedudukan peserta sebelum permainan dimulakan

17

4.4 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PERMAINAN 1. Setiap pasukan dikehendaki memakai pakaian sukan yang sesuai. 2. Dalam perlawanan permainan ini, peserta harus memukul bola dengan Tapak Tangan daripada pihak lawan 3. Peserta dilarang membawa alat tajam yang boleh mencederakan orang lain semasa permainan ini dijalankan. 4. Peserta dilarang memakai barang perhiasan semasa permainan. 5. Peserta dilarang memukul bola dengan tangan yang tidak memakai tapak tangan. 6. Peserta dilarang memijak, menendang bola getah dengan kaki. 7. Jika bola terkeluar dari gelanggang , peserta boleh mengutip bola dan kembali ke gelanggang untuk teruskan permainan, 8. Peserta tidak dibenarkan memulakan bola dan memukul bola di luar kawasan gelanggang 9. Peserta hanya boleh berada di dalam kawasan permainan sendiri. 10. Sekiranya bola jatuh di gelanggang sendiri, peserta boleh mengutip bola dan teruskan pukulan. 11. Keputusan pengadil permainan adalah muktamad.

5.0 RUMUSAN Tidak dapat dinafikan bahawa kanak- kanak memang suka dengan aktiviti yang banyak melibatkan pergerakan sama ada pergerakan jenis lokomotor atau bukan lokomotor. Mereka kelihatan lebih cergas dan telah menunjukkan sikap inkuiri yang tinggi apabila aktiviti permainan dijalankan sekira dibandingkan dengan aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Jadi, program Teaching Games for Understanding (TGFU) memang sesuai untuk pelajar-pelajar yang belajar pada peringkat sekolah rendah. Program TGFU ini telah menghubungkaitkan ilmu pengetahuan dengan aktiviti- aktiviti permainan. Dengan kata lain, pelajar-pelajar boleh belajar sambil bermain melalui program ini. Dalam program ini, pelajar boleh banyak didedahkan kepada prinsip gerakan yang umum dalam sesuatu permainan seperti bola tampar dan sebagainya. Oleh sebab permainan bukan aktiviti yang hanya melibatkan seorang tetapi adalah lebih, justeru pelajar harus mempelajari cara
18

bergiat dalam permainan jenis persaingan serta memupuk nilai kerjasama dengan rakan perjuangan dengan menggunakan taktik yang sesuai berdasarkan peraturan- peraturan ditetapkan. Secara ringkasnya, program ini banyak mendatangkan manfaat kepada para pelajar. Melalui permainan Selamatkan Raja ini, murid-murid dapat belajar kemahiran asas seperti kemahiran asas servis, kemahiran asas memukul bola dan kemahiran asas menimbang bola. Melalui penerapan ini, murid-murid dapat menggunakan kemahiran asas yang dipelajari dalam permainan badminton dan bola tampar. Aktiviti ini juga akan memberikan keseronokan kepada murid-murid. Hal ini kerana melalui permainan ini setiap murid diberi peluang untuk bermain dan menentukan strategi mereka sendiri tanpa melangkaui had peraturan permainan. Oleh yang demikian, murid-murid akanmenjadi lebih seronok ketika bermain dan sekali gus membantu mereka untuk menguasai kemahiran asas yang ingin diajar. Secara keseluruhannya, permainan kanak-kanak Selamatkan Rajabukan sahaja dapat menjadikan murid-murid lebih cerdas dan sihat tetapi dapat menerapkan pelbagai kemahiran asas dan nilai-nilai murni dalam diri muridmurid. Tambahan pula, melalui kertas kerja ini, saya menyedari bahawa cara bermain, peraturan dan syarat permainan adalah penting dalam pelaksanaan suatu permainan. Untuk menjadikan aktiviti permainan itu menarik dan diminati oleh pelajar, pertamanya peraturan dan syarat permainan yang ditetapkan mesti mudah difahami dan pendek. Seterusnya, guru Pendidikan Jasmani harus memberi peluang untuk murid mempelajari, melakukan dan merasai keriangan bergerak dalam situasi persaingan mengikut keperluan, kebolehan dan minat individu masing-masing. Kemudian, kadang-kala guru boleh membiarkan pelajar memodifikasi permainan demi menyuburkan pemikiran kreatif mereka serta menyebabkan mereka lebih memahami konsep bagi permainaan tertentu. Kesimpulannya, para pendidik Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan yang penting untuk mendedahkan pelajar kepada aktiviti permainan yang berbagai-bagai jenis supaya mereka ini lebih memahami terhadap organisasi permainan- permainan dan juga mempelajari gerakan yang tepat bagi aktiviti permainan tertentu. Selain itu, pendidik wajib menekankan aspek kemahiran asas, aktiviti latihan, dan permainan- permainan yang bersesuaian dalam waktu jasmani kerana segala pengetahuan yang dipelajari pada peringkat sekolah akan mempengaruhi pandangannya terhadap permainan yang seterusnya. Dengan kata lain, pendidik perlu membuat persediaan yang secukupi dalam perancangan aktiviti permainan dalam setiap pengajaran terutamanya dalam permainan kategori sasaran, pukulan, jaring/ dinding dan serangan.

19

RUJUKAN

Abdul Hafidz Bin Haji Omar, Husain Bin Ayob& Zalawati Binti Sufian (2003) Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 Sekolah Kebangsaan Buku Teks. Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd Sofian Omar Fauzee (2006). Kaedah Mengajar Pendidikan Jasmani Karisma Publications Sdn. Bhd.

Rujukan Elektronik Dr. Paul Webb, Dr. Phil Pearson, Greg Forrest Teaching Games for Understanding (TGFU) in primary and secondary physical education. http://www.penz.org.nz/downloads/IchperConf/WEB06004_final.pdf James L. Mandigo, Nicholas L. Holt (2002) The Inclusion of Optimal Challenge in Teaching Games for Understanding http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/inclusionOC.pdf James Mandigo, Joanna Sheppard Children's Affective Experiences in TGFU Game Environments.http://spartan.ac.brocku.ca/~jmandigo/gameliteracy/affectivemelbourne.pdf Overview of TGFU Modal http://ltc.umanitoba.ca/wiki/Group_3#Rules_for_Defining_the_4_Categories_of_Games

20

TUGASAN 2

Bincangkan tentang masalah obesity dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia.

PENGENALAN Ewles dan Simnett (1986) mengemukakan tujuan yang lebih spesifik lagi tentang mengapa pendidikan kesihatan itu diberikan. Menurut meraka, dalam melaksanakan tugas tersebut, seseorang pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan berikut : Meningkatkan kesedaran kepada yang dididik tentang masalah kesihatan yang sedang dihadapinya. Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang dihadapi oleh individu atau masyarakat itu Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran ini, diharapkan orang yang menerima atau dididik akan lebih tegas untuk mengubah nasibnya. Membantu mereka yang dididik untuk mengubah sikap ke arah yang lebih positif. Perubahan sikap ini pula akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan mereka yang dididik itu tercapai.

Secara umumnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada menghadkan aktiviti fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek. Masalah obeseti/berat berlebihan adalah masalah kian meningkat di kalangan kanakkanak. Kanak-kanak obes lazimnya mengalami masalah berat badan apabila dewasa kelak. Obesiti selalunya dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular, pernafasan dan juga diabetes. Oleh itu kanak-kanak yang obes mempunyai risiko lebih tinggi mengalami masalah berkenaan. Mereka yang tergolong dalam obesiti biasanya mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua
21

kali lebih berat berbanding ukuran ideal. Mereka ini juga mempunyai berat badan sekurangkurangnya 45 kilogram melebihi berat badan yang sepatutnya. Selain itu, Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetis serta mereka yang gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan. Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah pasti membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri.

OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR

Obesiti adalah masalah kegemukan yang telah melanda murid-murid sekolah dewasa ini. Daripada gejala ini telah mengakibatkan murid -murid tersebut terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya penyakit diabetes. Langkah Kementerian Kesihatan meminta guru memasukkan indeks jisim badan (BMI) dalam kad laporan prestasi pelajar dilihat wajar untuk melahirkan sumber manusia yang bukan sahaja terampil dari segiintelek dan juga rohani, bahkan pelajar tersebut mempunyai berat badan yang idea.

Kementerian Kesihatan mempunyai pegawai terlatih dalm pemakanan dan kumpulan ini sepatutnya masuk ke sekolah untuk menyampaikan ceramah mengenai makanan berkhasiat, mengambil BMI pelajar atau merujuk pelajar yang obes ke klinik Kesihatan berdekatan. Kita tidak boleh mengharapkan guru melakukan tugas ini kerana ini tugas tambahan kepada mereka sedangkan guru sudah banyak dibebankan dengan tugas-tugas akedemik, kokurikulum dan sukan serta kerjaa-kerja perkeranian.

NUTP menerima banyak rungutan daripada guru seluruh negara mengenai tugas baru itu selepas pengumuman dilakukan Kementerian Kesihatan, Datuk seri Liow Tiong Lai baru-baru ini. Selain
22

mengharap guru menambahkan kegiatan fizikal seperti senaman di sekolah, ibu bapa juga perlu memainkan peranan mengawal pemakanan untuk anak dan membawa mereka ke padang atau taman permainan. Gaya hidup masyarakat sama ada di bandar, pinggir bandar atau luar bandar yang berubah kerana ibu dan bapa bekerja dan pulang lewat menyebabkan tugas menyediakan makanan untuk anak ke sekolah dilakukan oleh orang gaji atau penjaga. Orang gaji biasanya tidak terlatih dalam aspek pemakanan sihat dan merekaa memasak apa sahaja masakan mentah yang ad di dalam peti sejuk. Ibu bapa pula lebih suka membeli makanan segera samada yang sudak dimasak atau mentah untuk anak mereka kerana mudah dan cepat untuk disediakan.

Isu obesiti dalam kalangan pelajar semakin hangat diperkatakan hingga menu tradisi di kantin sekolah iaitu nasi lemak turut menerima tempiasnya. Maka timbul persoalan, di manakah silapnya dan apakah yang akan terjadi jika masalah obesiti atau kegemukan ini dibiarkan berlarutan? Berdasarkan statistik, sebanyak 73.8 peratus pelajar mempunyai pengetahuan mengenai pemakanan seimbang namun hanya 11.2 peratus yang mengamalkannya. Maka banyak pihak menuding jari ke pihak sekolah kerana tidak memantau makanan yang dijual di kantin sekolah. Ada pihak menyatakan kantin sekolah menjual nasi lemak serta makanan yang tidak berkhasiat lain sebagai pelajar menghadapi masalah obesiti. Isu murid-murid obesiti ini tidak harus mempersalahkan penjual nasi lemak, penjual jajan dan kantin sekolah semata-mata. Banyak lagi faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah obesiti ini. Namun yang demikian masalah obesity dikalangan murid-murid sekolah sering dikaitkan dengan nasi lemak sehingga penjual nasi lemak ditarik lesen penjualan. Namun ada banyak pihak yang membangkang pendapat mengatakan nasi lemak punca kepada masalah obesiti. Sekarang kementerian telah menetapkan 15 makanan yang dilarang di kantin sekolah. Dan yang pasti bahawa nasi lemak tidak tergolong daripada menu yang dilarang tersebut. Budaya pemakanan yang tidak sihat sememangnya pendorong kepada masalah obesiti. Berdasarkan 15 jenis makanan termasuk minuman yang dilarang dikantin sekolah Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan sebanyak 30 peratus rakyat akan mengalami obesiti pada tahun ini. Ketua Pegawai LPKM, Dr. Yahya Saba menyatakan bahawa angka itu menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahuntahun sebelum ini, dan
23

jika tahap kesedaran mengenainya tidak diberi perhatian secara serius, peratusannya mungkin bertambah. Statistik menunjukkan obesiti dalam kalangan orang dewasa negara ini meningkat mend adak dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006 dan senario ini membimbangkan pelbagai pihak.(Fokus SPM ,2011) Masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah tidak seharusnya dikaitkan dengan

pengambilan nasi lemak di kantin sekolah semata-mata. Obesiti disebabkan oleh pelbagai punca dan amat tidak wajar menuding ,jari kepada satu-satu jenis makanan yang menyumbang kepada masalah tersebut. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi, pengambilan makanan segera seperti piza, burger dan sebagainya di luar sesi persekolahan dan di rumah turut menjadi punca kegemukan . Selain makanan segera, ada juga kalangan murid yang membeli makanan ringan di luar pagar sekolah yang sememangnya tidak membawa sebarang khasiat. Secara umum, obesiti membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan ketika ibu mengandung juga merupakan satu daripada faktor penyebab obesiti kanak-kanak. Perkembangan teknologi pada masa ini turut mempengaruhi kecenderungan kanak-kanak mengisi masa yang ada. Hal ini menyebabkan mereka lebih gemar melakukan aktiviti di dalam rumah yang mengehadkan pergerakan mereka seperti menonton televisyen dan bermain komputer selain permainan elektronik. Perubahan persekitaran sosial termasuk kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak-anak menyebabkan anak-anak mengalami masalah obesiti dan kesihatan. Kita juga harus melihat perspektif yang lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran pemasaran dengan menampilkan label makanan yang menarik di samping menawarkan pelbagai hadiah iringan. Pengaruh iklan terhadap kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara telah mengharamkan kempen atau pengiklanan makanan yang kurang berkhasiat. Selain itu pemakanan, obesiti turut dikaitkan dengan faktor genetik. Buktinya, ada individu yang mengadu bahawa mereka mengalami masalah kegemukan walaupun mengawal tabiat pemakanan. Secara tuntas, satu pendekatan yang menyeluruh perlulah diambil untuk menangani masalah tersebut. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan.
24

MASO secara umumnya tidak terbabit secara langsung dalam penyelidikan, tetapi ahli kami yang berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kerap menyumbang data kajian mereka kepada MASO. Contohnya, kajian UKM dan Nestle yang saya buat menunjukkan trend obesiti dalam kalangan kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun meningkat di antara 2001/2002 hingga 2007/2008. Mengikut kajian itu, pada 2001/2002, sebanyak 11 peratus murid sekolah rendah mengalami masalah berat berlebihan, manakala 9.7 peratus dikategorikan obesiti. Keseluruhan kajian mendapati 20.7 peratus atau seorang daripada lima murid mengalami berlebihan berat badan. Kajian pada 2007/2008 (di kawasan sama selepas enam hingga tujuh tahun) menunjukkan masalah berat badan berlebihan meningkat kepada 12.8 peratus dan obesiti meningkat 13.7 peratus atau kepada 26.5 peratus atau seorang daripada empat murid mengalami masalah berlebihan berat badan. Kajian antarabangsa pada 2001/2002 menunjukkan berat badan berlebihan di kalangan murid di Malaysia adalah 16 peratus termasuk dalam kategori tinggi berbanding kebanyakan negara di rantau Pasifik. Apakah punca obesiti dan jika dipecahkan mengikut bangsa, siapakah paling ramai mengalami masalah ini? Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Secara umum ia membabitkan pengambilan makanan berlebihan dan aktiviti fizikal yang rendah atau kurang. Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Pilihan dan jumlah aktiviti fizikal kanak-kanak turut mempengaruhi, tempat riadah tidak cukup malah kebanyakan kanak-kanak kini bergerak guna kenderaan. Menonton televisyen atau komputer pula antara dua hingga empat jam, selain didedahkan pelbagai alat elektronik yang menjimatkan tenaga. Perbandingan data 2002 dan 2008 mengikut etnik mendapati kanak-kanak India peningkatan paling tinggi obesiti tetapi secara keseluruhan Cina dan Melayu lebih tinggi daripada India. Murid Melayu obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1 peratus. Jelas jumlah murid India obes meningkat lebih besar berbanding Melayu, manakala
25

kadar obesiti murid Cina hanya dua peratus, membuktikan mereka melakukan sesuatu yang betul dalam aspek pemakanan. Tiada data perbandingan kadar obesiti di kalangan kanak-kanak mengikut taraf kehidupan keluarga tetapi perbandingan kawasan bandar dan luar bandar dalam kajian sama mendapati wujud peningkatan. Di bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus. Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar peningkatan di luar bandar lebih tinggi. Boleh dikatakan masalah ini disebabkan gaya pemakanan sejak kecil, sikap ibu bapa yang ikut kemahuan anak, pengaruh iklan atau mudahnya makanan ringan diperoleh? Bergantung kepada keadaan, banyak faktor peningkatan kadar obesiti kanak-kanak di negara ini. Ibu bapa dan penjaga perlu bertanggungjawab kepada pengambilan makanan anak kerana ia berkait rapat dengan tahap kesihatan dan pembesaran mereka. Namun perubahan persekitaran sosial termasuk faktor kesibukan ibu bapa bekerja yang tidak memantau pemakanan anak menyebabkan masalah kesihatan dan berat berlebihan. Kita tidak boleh menyalahkan ibu bapa saja kerana ini tidak menyelesaikan masalah. Kita juga harus melihat perspektif lebih luas termasuk industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan itu. Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak negara mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah. Aspek pemakanan kanak-kanak perlu diberi perhatian sejak mereka dalam kandungan lagi. Kajian mendapati pertambahan berat badan sebelum dan ketika ibu mengandung dua faktor penting menentukan obesiti kanak-kanak begitu juga berat badan bayi ketika dilahirkan. Kajian antarabangsa juga mendapati kadar obesiti kanak-kanak yang diberi susu ibu kurang 22 peratus berbanding bayi diberi susu formula. Ada juga kajian di negara membangun mendapati masalah obesiti membabitkan bayi bawah satu tahun, namun tidak dapat dipastikan sama ada ada kajian itu turut membabitkan Malaysia. Kajian terhadap kanak-kanak lima hingga enam tahun yang dipilih secara rawak dari 72 tadika persendirian di Lembah Klang mendapati purata masalah berat badan berlebihan kanak-kanak
26

lelaki dan perempuan adalah 9.7 peratus dan 9.2 peratus. Makanan sebenarnya sangat penting untuk proses pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. Jadi, kita perlu lihat tingkah laku dan tanda menyebabkan mereka mengambil makanan berlebihan, kita juga perlu melihat saiz hidangan, minat mereka terhadap makanan berlemak dan minuman manis, makanan ringan dan tabiat makan sambil menonton televisyen. Corak aktiviti seharian kanak-kanak juga perlu dilihat. Peringkat prasekolah atau tadika adalah tahun penting mencegah obesiti kerana ia tempoh pembangunan jaringan lemak yang biasanya dari usia tiga hingga tujuh tahun. Jika peningkatan indeks jisim badan (BMI) bermula sebelum usia empat hingga enam tahun, kajian menunjukkan mereka berisiko tinggi obes apabila dewasa. Kajian juga menunjukkan tabiat menonton televisyen di kalangan kanak-kanak berisiko menyebabkan peningkatan berat badan, namun bergantung kepada faktor sosiodemografi kanakkanak itu. Apakah perlu program atau subjek khusus di sekolah bagi mengatasi masalah ini?

Kurikulum sekolah hanya menitikberatkan pencapaian akademik, tidak peka keadaan kesihatan kanak-kanak. Kurikulum aspek pemakanan perlu dimulakan pada peringkat prasekolah atau tadika lagi untuk membimbing mereka mengenai jenis makanan yang sesuai bagi setiap peringkat umur. Penentuan BMI untuk murid baru diperkenalkan di negara kita, sedangkan di Amerika Syarikat (AS) mula pada umur dua tahun lagi. Panduan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah memasukkan kegiatan fizikal dalam aktiviti harian mengikut umur. Tiada masa tidak harus jadi alasan. Berjalan atau berbasikal ke sekolah, menjalankan aktiviti fizikal pada waktu rehat di sekolah, naik tangga daripada naik eskalator atau lif, menyertai aktiviti sukan adalah panduan sesuai untuk kanak-kanak. Sekolah juga perlu mengadakan program untuk semua dan tekanan perlu diberi kepada keseronokan daripada persaingan atau kemenangan.

Kerajaan sudah melarang jualan makanan ringan dan minuman bergas, manakala nasi lemak dihadkan di sekolah. Adakah ia dapat mencegah obesiti murid?

27

Masalah kualiti makanan di kantin sekolah sudah dititikberatkan dan perlu sokongan semua pihak termasuk ibu bapa. Obesiti disebabkan pelbagai punca, sukar hendak menuding jari kepada satu-satu jenis makanan. Kita mesti ada pilihan sesuai dan kanak-kanak perlu dididik memilih makanan berkhasiat. Cara sesuai ialah membuat label makanan mengikut kandungan nutrien atau khasiatnya. Seperti lampu isyarat juga iaitu merah perlu dihindarkan, jingga kurangkan dan hijau disarankan. Bagi larangan jualan minuman bergas dan bergula seperti sirap, ia langkah baik namun sekolah mesti ada mesin air sebagai alternatif. Pada pendapat saya, langkah diambil sekarang adalah permulaan baik tetapi realitinya masih banyak perlu dibuat jika kerajaan mahu menangani masalah ini. Satu pendekatan menyeluruh perlu diambil, tidak boleh hanya bertumpu kepada satu pihak kerana ia memerlukan semua pihak mengambil tindakan seiring. Dalam hal ini, perlu juga kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama sekolah, ibu bapa, pengetua atau guru besar, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Golongan ini perlu menyambut baik usaha menangani masalah kesihatan terutama obesiti pelajar. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan ialah pelaksanaan peraturan dan undang-undang. Tidak cukup mengeluarkan panduan yang perlu diikuti pengusaha kantin, tetapi pelaksanaannya tidak dijalankan. Kita dapat melihat keberkesanan peraturan itu apabila pelaksanaannya diambil berat oleh pihak bertanggungjawab yang mengawasi dan memantau keadaan supaya ia tidak hanya tinggal panduan.

Kerajaan perlu tegas dengan pengusaha kantin dan senarai hitam mereka yang tidak mematuhi panduan makanan menyihatkan. Pastikan juga pengusaha kantin beroperasi di satu sekolah kerana aduan diterima menunjukkan ada pengusaha beroperasi di dua atau tiga sekolah menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan makanan sihat kerana operasi yang besar. Bagi saya nasi lemak bukan isunya, tetapi jumlah dan kualiti nasi lemak itu sendiri. Jika diambil sedikit dan diseimbangkan dengan pengambilan sayur dan protein, ia tidak mengapa.

Satu lagi perkara yang perlu diperhalusi dan difikirkan sedalam-dalamnya ialah merekodkan BMI (Indeks Jisim Tubuh) murid. Satu perbincangan meja bulat perlu diadakan untuk tujuan ini. Perkara pertama harus dilihat adakah guru bersedia dengan tugas itu sedangkan ia membebankan tugas sedia ada. Kerajaan juga perlu mengambil kira sama ada guru, pelajar, ibu bapa serta
28

penjaga faham dengan konsep BMI kerana jika tidak, ia tiada maknanya. Perlu juga melihat keperluan tindakan susulan jika rekod BMI pelajar menunjukkan peningkatan dan apakah tindakan susulan kepada masalah ini. Paling saya bimbang unsur ini disalah guna dan memberi kesan kepada pelajar apabila mereka memasuki bidang pekerjaan. Jika rekod menunjukkan peningkatan BMI secara konsisten, industri selalunya keberatan mengambil golongan itu bekerja kerana masalah kesihatan yang dikaitkan dengan obesiti. Untuk menjayakan program ini, pastikan pengusaha kantin memahami konsep menjual makanan dan minuman menyihatkan serta yang lebih penting, halal untuk pelajar Islam. Tinjauan mengejutkan wajar kerap dibuat di kantin, luar sekolah dan terhadap bas atau van yang menjual makanan ringan kepada pelajar. Tindakan seperti menggantung lesen boleh diambil terhadap yang ingkar. Saya pasti matlamat menyediakan makanan menyihatkan kepada pelajar boleh dicapai jika kementerian membuat penilaian dan mengkategorikan makanan dijual dengan tiga, dua atau satu bintang. Ibu bapa dan guru perlu kerap datang dan merasa makanan yang dijual kepada pelajar, beri teguran membina kepada pengusaha kantin untuk lebih bertanggungjawab dalam penyediaan makanan. Saya rasa enam bulan sekali lakukan tinjauan mengejut ke kantin adalah memadai. Kerajaan boleh meniru sekolah swasta yang bekerjasama dengan pakar pemakanan menyediakan menu harian. Apakah lagi peranan yang boleh dimainkan ibu bapa dan PIBG dalam menangani isu ini? Ingin saya tegaskan ibu bapa tidak boleh lepas tangan dalam isu ini. Mereka perlu memastikan khasiat pemakanan anak. Ibu bapa wajar bertanyakan anak apakah yang dimakan di kantin. Pengambilan makanan seimbang disertai senaman membantu kecerdasan otak. Jadi pantau pemakanan anak dan galakkan mereka sertai pergerakan fizikal. Saya juga syorkan ibu bapa mendidik anak mengambil makanan mengikut piramid makanan. PIBG boleh melanggan majalah kesihatan mengenai pemakanan sihat dan letakkannya di sekolah. PIBG juga perlu memasukkan aspek keselamatan makanan dan kesihatan fizikal sebagai agenda mesyuarat yang dibentangkan setiap kali mesyuarat serta memikirkan tindakan bersesuaian dengan semua masalah berbangkit mengenai isu pemakanan pelajar.

29

Jika perlu wujudkan jawatankuasa tetap dan bekerjasama dengan wakil tiga kementerian tadi untuk pantau dan buat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa. Menjadi tanggungjawab PIBG untuk membawa chef terkenal berceramah di sekolah bagi mempromosi dan menghebahkan kepentingan makanan seimbang khususnya makanan tempatan. Kita perlu ada kesedaran buah-buahan tempatan lebih baik berbanding import. Boleh juga jemput pakar pemakanan membincangkan cara terbaik menyediakan makanan. PIBGN sudah membuat panduan mengenai program pemakanan sihat dan akan mengadakan siri jelajah dengan kerjasama hak kementerian untuk mempromosikannya. Kita khuatir jika langkah segera tidak diambil, generasi akan datang berdepan fobia empat G iaitu Gemuk, Gedempol, Gendut dan Gondol yang berpunca daripada makanan. Soal sudah terlambat untuk kerajaan bertindak dalam isu ini tidak timbul kerana apa yang lebih penting apabila timbul kesedaran, teruskan program. Isu penting lain yang turut menuntut perhatian ialah kecenderungan pelajar perempuan di sekolah menengah tidak mengambil makanan. Program diet tidak seimbang untuk menguruskan badan menyebabkan masalah anoreksia menular. Ia juga keadaan yang membahayakan kesihatan. Saya sarankan ibu bapa duduk makan dengan anak perempuan dan pastikan mereka makan kerana ada kalanya mereka sekadar bermain dengan makanan. Kita bukan saja hendak pastikan obesiti dapat diatasi tetapi juga anoreksia kerana kedua-duanya tidak menyihatkan generasi muda kita.

FAKTOR OBESITI

Perubahan lemak badan bergantung kepada ketidakseimbangan antara tenaga yang diambil dan yang digunakan. Lebihan berat badan dan obesiti terjadi apabila pengambilan tenaga melebihi pengeluaran untuk jangkamasa yang tertentu. Terdapat banyak penyebab yang dikaitkan dengan lebihan berat badan dan obesiti tetapi faktor sosial dan persekitaran sama ada peningkatan pengambilan tenaga atau berkurangan aktiviti fizikal memainkan peranan penting terjadi keadaan ini. Ini berkaitan dengan peningkatan taraf ekonomi masyarakat dan penurunan aktiviti fizikal generasi muda dan yang telah berusia. Aspek keturunan terhadap kejadian lebihan berat badan dan obesiti sukar untuk ditentukan. Kajian yang telah dibuat telah mencadangkan lebihan
30

berat badan dan obesiti di kalangan kanak-kanak lebih kepada kurangnya aktiviti fizikal dan bukannya lebihan makanan dan pada remaja ia lebih dipengaruhi oleh kurangnya aktiviti fizikal dan lebihan makanan (WHO, 1990). Kajian lain menunjukkan lebihan berat badan dan obesiti adalah faktor risiko pada penyakit kardiovaskular. Lebihan berat badan dan obesiti merupakan faktor primer bagi penyakit koronari jantung dan bersama faktor risiko lain yang telah dibuktikan seperti diabetes, hiperkolesterolemia atau kekurangan tahap lipoprotein kepadatan tinggi (HDL)(Pollock & Wilmore, 1984). Hipertensi yang di alami oleh mereka yang obes adalah signifikan lebih tinggi jika di banding dengan yang tidak obes. Peningkatan tekanan darah adalah dicatat pada keduadua bacaan sistolik dan diastolik (Wan Mohamad et al., 1996). Lebihan berat badan dan obesiti juga mempunyai hubungan dengan penyakit diabetes. Kajian telah menunjukkan bahawa walaupun terdapat peningkatan pengeluaran insulin oleh pankreas antara 100-200% dalam keadaan obes tetapi masih wujud tanda-tanda klinikal kekurangan hormon tersebut. Ini menjelaskan terdapat kekurangan tapak reseptor, penurunan kadar sensitiviti reseptor atau keduaduanya. Penurunan berat badan mengakibatkan tapak reseptor kembali kepada asal dari segi jumlah serta sensitiviti dan ini akan mengawal paras glukosa darah (Pollock & Wilmore, 1984). Kajian ini dijalankan bagi mengukur magnitud lebihan berat badan dan obesiti di kalangan pelajar sekolah menengah (tingkatan IV & V) di Kelantan dan faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah tersebut. Masalah berat badan ini sebenarnya berpunca dari kesalahan dan kelalaian diri kita kerana kemudahan dan kemewahan hidup yang diperolehi oleh kita. Menurut Norkumala (2007), masyarakat negara kita sering terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan yang kronik dan akhirnya mengundang kepada kematian. Ia adalah kesan daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat dan ketidakseimbangan kesihatan rohani dan jasmani dalam kitaran hidup seharian. Ini sejajar dengan kenyataan oleh Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek iaitu jika kita tidak membetulkan tabiat makan akan mengakibatkan kita mengalami masalah berat badan pada masa akan datang ( Berita harian, 2007). Ini menunjukkan bahawa tabiat amalan pemakanan yang tidak sihat dan betul akan mengakibatkan masalah berat badan kepada seseorang individu. Aspek pemakanan ini perlu diberikan penekanan dari kecil lagi sebagai langkah untuk mengelakkan tabiat pemakanan dan berat badan bertambah seiring dengan peningkatan usia seseorang individu.
31

Namun begitu menurut Hanee (2006), berat badan seseorang dapat menunjukkan bahawa jumlah nutrien dan pemakanan yang mesti diambil. Jika tidak ia mungkin akan mengakibat seseorang itu mengalami masalah berat badan. Pendapat ini dapat disokong oleh Zainab (2001), ia menyatakan bahawa orang dewasa perlu menentukan pengambilan makanan dan penggunaan tenaga seimbang untuk menetap dan mengawal berat badan. Jika ini dijadikan sebagai panduan kepada pelajar ia boleh mengelakkan pelajar mengalami masalah berat badan. Ia bermakna pelajar itu sendiri yang menentukan jumlah pemakanan berat yang perlu diambil pada setiap hari, tidak semestinya tiga kali sehari jika ia merasakan memadai untuk hanya mengambil dua kali menu hidangan berat sehari.

Jika masa makan yang tidak menentukan diamalkan ia pastinya memberikan kesan bukan sahaja kepada berat badan tetapi kesihatan juga. Ia sejajar dengan apa yang diperkatakan oleh Azmi (2005), kesibukkan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa didepan komputer menjadi punca masalah berat badan. Jika perkara ini tidak diberikan penekanan pastinya akan mengakibat masalah berat badan akan terus meningkat. Kegemukan boleh diturunkan daripada generasi sebelumnya kepada generasi berikutnya. Itulah sebabnya kita seringkali menemui ibu bapa yang gemuk cenderung memiliki anak-anak yang gemuk juga. Hal ini demikian kerana pada ketika ibu obesiti sedang hamil, maka unsur sel lemak yang berjumlah besar dan melebihi ukuran normal, secara automatik akan diturunkan kepada bayi dalam kandungan. Sistem pengawal yang mengatur perilaku makan terletak pada satu bahagian otak yang disebut hipotalamus, iaitu kumpulan inti sel otak yang berhubung dengan bahagianbahagian lain daripada otak dan kalenjar di bawah otak. Dua bahagian hipotalamus yang mempengaruhi penyerapan makanan, iaitu hipotalamus lateral(HL) yang menggerakkan nafsu makan, hipotalamus ventromedial(HVM) yang bertugas mengekang nafsu makan. Daripada hasil kajian, didapati bahawa apabila hipotalamus ventromedial rosak atau hancur, makan individu menolak untuk makan atau minum dan akan mati kecuali dipaksa makan dan minum. Sedangkan kerosakan terjadi pada bahagian hipotalamus ventromedial, maka seseorang akan menjadi rakus makan dan kegemukan.

32

Orang yang gemuk lebih responsif dibandingkan dengan orang yang berat badannya normal terhadap isyarat lapar luaran, seperti rasa dan bau makanan, atau ketika waktu makan. Orang yang gemuk cenderung makan apabila merasa ingin makan, bukan makan ketika ia lapar. Pola makan berlebihan inilah yang menyebabkan mereka sukar keluar daripada perangkap kegemukan jika individu terbabit tidak memiliki kawalan diri dan motivasi yang kuat untuk mengurangkan berat badan. Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti, apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal dan gemuk. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, McDonald dan Pizza Hut digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan.

33

KESAN OBESITI

Sakit Jantung Lemak yang terlalu tebal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dalam organ tubuh kita dan menyebabkan tubuh badan kita tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Mereka yang mengalami obes iaitu pada ukuran BMI dalam lingkungan 25 ke atas terdedah dan menyebabkan penyakit seperti serangan jantung, mati mengejut, sakit dada dan denyutan jantung yang tidak normal Darah Tinggi Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berekemungkinan mendapat tekanan darah tinggi. Puncanya kandungan lemak darah (triglycerides) tinggi dan HDL kolestrol baik yang rendah di dalam darah pengidap obesiti. Trigliseride yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dengan cepat. Apabila ruang salur darah telah menyempit tekanan di dalamnya akan meningkat. Kanser Golongan obesiti mempunyai risiko lebih tinggi terhadap pelbagai jenis kanser seperti kanser endometrical iaitu kanser lining uterus, kolon, gall bladder, prostat, buah pinggang dan post menopausal, breast kanser. Penyakit Kencing Manis Obesiti mempunyai kaitan rapat dengan diabetes. Pengambilan gula yang berlebihan dan mempunyai tabiat malas bersenam akan menyebabkan seseorang individu tersebut mudah terdedah kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca kepada masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab penyakit kencing manis jenis dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta dikaitkan dengan tumor darah. Emosi Tidak Stabil

34

Seseorang yang mengalami obesiti juga akan menyebabkan emosi tidak stabil dan sering menganggap dirinya tidak menarik, kurang keyakinan diri dan mengalami depresi kerana tidak dapat menghadapi hidup yang normal dan aktif seperti orang lain Kesan Obesiti Terhadap Kesihatan Mental Markus M, (2002) menyatakan kesan sampingan obesiti termasuklah gangguan kesihatan mental. Kesan mental ini belum dikaji secara meluas sebagai kesan sampingan obesiti fizikal. Bagaimanapun, bukti menunjukkan bahawa obes yang negative menjejaskan kesihatan mental. Persaan rendah diri adalah perkara biasa dalam kalangan orang yang obesitinya teruk. Kadar kemurungan dan keresahan kelihatan lebih tinggi kerana kajian di Sweden mendapati orang yang obesitinya teruk adalah tiga hingga empat kali lebih cenderung untuk mempamerkan gejalagejala kebimbangan dan kemurungan, berbanding mereka yang mempunyai berat badan yang ideal. Kesan Sampingan Obesiti Dan Stigma Sosial Markus M, (2002) menyatakan sejarah lampau banyak mengejek dan mendiskriminasikan orang yang obesiti. Mereka menganggap kegemukan adalah untuk dipersalahkan akan keadaan mereka, dan kegemukan merupakan tanda kecuaian mereka sendiri. Orang yang obes berkemungkinan mempunyai hubungan sosial dan hubungan romantik yang sangat kurang berbanding mereka yang tidak gemuk. Kemasukan ke kolej, pekerjaan dan kuasa pendapatan boleh terjejas mengikut bear, terutamanya bagi wanita yang obes. Walaupun ia mungkin tidak diterima untuk mendiskriminasikan berdasarkan jantina, agama, atau etnik, ramai orang mempersendakan atau mendera golongan ini. Kesan Obesiti Pada Kanak-Kanak Markus M, (2002) menyatakan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (2010), kadar obesiti kanak-kanak telah meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak 1980-an. Hampir 20 peratus daripada kanak-kanak Amerika Syarikat yang berusia 6 hingga 11 tahun adalah gemuk. Kesan obesiti kanak-kanak termasuk risiko yang lebih tinggi diperingkat awal iaitu hipertensi, penyakit jantung dan meningkatkan risiko masalah seperti strok, penyakit jantung dan diabetis apabila dewasa. Kesan obesiti lain terhadap kanak-kanak ialah meningkatnya risiko kejadian buli dan
35

ejek mengejek. Walaupun kesan jangka panjang obesiti terus dikaji, kanak-kanak dan remaja yang obes dikatakan mempunyai tahap penghargaan kendiri yang rendah berbanding rakan-rakan mereka yang tidak obes.

LANGKAH MENGATASI MASALAH OBESITI Perubatan Tujuan utama rawatan perubatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan obesiti. Perkara berikut perlu dilakukan secara berterusan, iaitu memantau ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI), tekanan darah dan penentuan parameter makmal secara berterusan.(kolesterol, trigliserida, High Density Lipoprotein(HDL), Low Density Lipoprotein(LDL), Very Low Density Lipoproetein(VLDL), elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic Transaminase(GPT), Glutamyl Oxaloacetic Transaminase(GPT), apolipoprotein A1 dan B, hematologi, dan perbezaan kiraan darah), pengukuran parameter vaskular, dan penilaian kriteria dalam kes-kes sindrom ovari polisistik terhadap kanak-kanak perempuan. Pemakanan Jenis nutrien (makro dan mikronutrien), bekalan dan penggunaan tenaga, makronutrien yang ditunjukkan oleh contoh-contoh praktikal dan bahan ilustrasi(piramid makanan). Melaksanakan latihan, arahan semasa memasak perlu diberikan, ianya direka bagi menunjukkan bahawa makanan berkalori rendah dan keseronokan memakannya tidak ada perbezaan. Kaunseling perubatan diatetik dianggap sebagai penghantar maklumat, sokongan dan bantuan dengan tujuan untuk menukar tabiat makan kepada makanan yang rendah lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang banyak khasiat. Mempunyai satu protokol diet harian anda bagi menilai tabiat pemakanan anda merupakan salah satu elemen utama rawatan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita juga hendaklah mengelakkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

36

Cara makanan yang baik adalah cara makanan "orang miskin" iaitu makan makanan biasa seperti nasim sayur, dan sejenis protin sahaja setiap kali makan utama dan makan besar hanya sekali sekala sahaja. Begitulah cara orang miskin makan. Mereka hanya makan besar sekali sekali seperti ketika ada jemputan kenduri. Sebab itulah ramai orang miskin kurus. Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan dengan banyak. Seperti yang dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh menggalakkan kegemukan. Jika hendak bersnek, ambillah buah seperti jambu, sengkuang, betik dan sebagainya. Penjajahan barat bukan setakat mengongkong politik dan ekonomi kita agar serasi dengan mereka bahkan turut melibatkan budaya kita termasuklah apa yang kita makan. Mereka menjadikan negara dunia kita sebagai tempat lambakan barangan mereka. salah satu produk mereka adalah makanan ringan dan makanan segera. Makanan dan minuman jenis ini mengandungi bahan-bahan yang sudah diproses yang sudah hilang keasliannya, pewarna dan perasa tiruan, kandungan gula dan lemak yang tinggi yang boleh mengganggu sistem penghadaman dan pembesaran badan yang kemudiannya menggalakkan kegemukkan.

Makanan yang dihidangkan bukan untuk dimakan semuanya. Kita hanya perlu makan yang diperlukan oleh badan kita sahaja untuk melakukan kerja harian kita. Seseorang itu mungkin berkata, "Saya makan apa sahaja. Badan saya tidak gemuk." kata-kata itu mungkin betul untuk masa iu. Akan tetapi perubahan mungkin berlaku apabila ia menjangkau usia 40-an dan hal itu sudah banyak kita lihat dalam realiti kehidupan dalam mana seseorang yang "slim" ketika usia belasan dan 20-an tahun tetapi menjadi gemuk setelah usia 40-an. Oleh itu, khasnya untuk generasi muda, kawal nafsu makan hari ini untuk keselesaan hari esok.

Psikologikal Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan mungkin sepanjang hayatnya. Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini bagi mencapai matlamat rawatan yang dicita-citakan. Tujuan utamanya adalah untuk mencari bersama-sama dengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu yang membawa kepada
37

pengambilan makanan yang berlebihan. Pengurusan konflik yang berbeza membantu menghadapi situasi yang berpotensi bermasalah. Pesakit diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang baru dan disokong bagi merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu perlu berdasarkan gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan kawalan kendiri, kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.

Aktiviti Fizikal Terapi fizikal mampu membantu kanak-kanak atau remaja gemuk bagi mendapatkan perasaaan serta pemahaman yang baik tentang badan mereka. Mereka patut mendapat keseronokan semasa bersukan. Sehubungan itu, jurulatih perlu bertanggungjawab terhadap semua keperluan individu kanak-kanak dan tiada keperluan yang berlebihan. Mereka boleh terdorong untuk menyimpan kalendar bagi menulis segala aktiviti sukan yang dijalankan. Kalendar ini akan memberikan gambaran keseluruhan berkenaan masa, jenis, dan kepelbagaian aktiviti-aktiviti yang digunakan secara berkesan dalam psikologi kaunseling. Bersenam Bersenam perlu diamalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Bersenam dapat melancarkan perjalanan darah. Apabila perjalanan darah lancar, organ-organ badan dapat menerima oksigen dengan mencukupi dan dapat menjalankan berfunginya dengan baik. Salah satu sebab masalah kegemukan berlaku apabila organ-organ yang terlibat dengan kerja-kerja memproses makanan dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kekurangan bekalan oksigen

Keluarga Dengan mengambil kira rawatan obesiti kanak-kanak, kemasukan ahli keluarga terdekat merupakan satu parameter yang penting dalam menentukan kejayaan rawatan obesiti. Didikan ibu bapa perlu membawa kepada penubuhan persekitaran rumah yang sihat dimana pemakanan yang sihat disediakan, gaya hidup yang aktif dilakukan dan mengelakkan faktor yang

38

menggalakkan obesiti seperti menonton televisyen. Galakan yang positif daripada ibu bapa sangat membantu kanak-kanak bagi menghadapi semua cabaran. Berpuasa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Berpuasalah nescaya anda akan sihat". Dengan berpuasa seseorang itu dapat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman dengan syarat semasa berbuka seseorang itu tidak makan terlalu banyak semasa berbuka dan pada waktu malam. Memadailah makan sekadar yang perlu sahaja. Semasa berbuka, berbukalah secara orang "miskin"..air masak atau air mineral dan buah kurma, selepas itu pergi solat dan baca Al-Quran. Selepas itu baru makan berat. Makan berat itupun cukup makan nasi, sayur dan sejenis protin sahaja seperti akan, telur, ayam atau daging, tidak perlu makan kueh kerana kueh mengandungi banyak gula, santan, margerin, susu dan pewarna yang boleh menggalakkan kegemukan. Sebenarnya puasa adalah jalan yang baik untuk penjagaan kesihatan. Dengan berpuasa seseorang itu dapat merehatkan sistem penghadamannya dan melancarkan perjalanan angin dalam badan.

KESIMPULAN Masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Pengurusan masa kurang memberikan kesan kepada berlakunya masalah berat badan. Namun begitu jika ia tidak diberikan penekanan pastinya akan menjadi masalah yang tidak disedari sebagai punca kepada menyumbangnya masalah berat badan dan kesihatan. Budaya makan makanan segera yang sebahagian besarnya datang dari negara luar hakikatnya tidak sesuai dengan budaya kita. Ini kerana makanan segera lazimnya berkalori tinggi yang mungkin menjadi keperluan penduduk negara sejuk tetapi bukan di Malaysia. Ibu bapa harus memainkan peranan mendidik anak-anak agar tidak bergantung kepada makanan segera. Nikmati makanan yang dimasak sendiri di rumah kerana kita dapat mengawal kandungan kalori, lemak dan sebagainya di dalam makanan. Satu lagi punca obesiti tanpa disedari ialah budaya
39

atau tabiat suka makan pada waktu malam. Restoran dan gerai-gerai yang berselerak di Kuala Lumpur yang dibuka 24 jam membuatkan ramai yang menghabiskan waktu santai mereka makan dan minum sehingga lewat malam. Memetik kata-kata mantan Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar yang pernah penulis temui tidak lama dulu, banyak negara yang telah dikunjunginya dan puas mengelilingi dunia, tiada negara yang restoran atau gerai makan yang dibuka 24 jam kecuali Malaysia. Penduduk negara ini memang bertuah kerana boleh makan 24 jam atau lebih tepat jika dikatakan Malaysia sebagai syurga makanan. Keistimewaan ini juga yang menarik ramai pelancong ke negara ini kerana mereka boleh makan sehingga lewat malam. Lebih bertuah mereka yang sememangnya tidak boleh tidur malam lantas menghabiskan masa dengan makan-makan di restoran mamak 24 jam atau gerai yang menjual bermacammacam jenis makanan yang enak. Tetapi yang buruknya, kadar metabolisme kita rendah pada waktu malam. Ini membuatkan lemak lebih mudah berkumpul. Kebanyakan restoran 24 jam menjual makanan yang tinggi kandungan lemak, kalori dan kolesterol. Ramai yang memandang remeh dan tidak takut pada obesiti kerana pada mereka obesiti tidak membunuh. Tetapi H1N1 membunuh dan mereka amat takut kepada penyakit-penyakit seperti ini. Bagaimanapun katanya, jika seseorang itu telah obesiti maka ia akan selama-lamanya begitu. Banyak kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai obesiti namun tidak banyak yang boleh dilakukan untuk menanganinya.

40

RUJUKAN

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Budayapemakananpuncaobesiti/Article/ http://berita-harian-online.com/nasi-lemak-bukan-punca-obesiti/ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Gempurpenjajajajan/Article/ http://www.bharian.com.my/articles/15jenismakanandilarangjualdikantinsekolah/Article http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0516&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mu ka_Hadapan&pg=mh_01.htm http://www.bharian.com.my/bharian/articles/16NGOmahusyaratjualnasilemakditarik/Article

41

Anda mungkin juga menyukai