masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara,termasuklah penyemakan kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini ialah untuk memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran abad ke-21.
Pendidikan Islam telah bertapak awal, seawal kedatangan Islam ke negara ini. Bermula dengan pengajaran al-Quran dan Fardhu Ain di rumah secara tidak formal, berkembang ke kelas-kelas dan halaqah di masjid dan surau kemudian wujud madrasah di bawah pentadbiran masjid dan akhirnya terbina madrasah yang berdiri sendiri sebagai institusi pengajaran dan pembelajaran agama.1 Selepas kemerdekaan negara Malaysia, pendidikan agama Islam terus berkembang apabila ia mula diperkenalkan dalam sistem pendidikan perdana negara. Perkembangan pendidikan Islam lebih teratur dan sistematik apabila wujudnya institusi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mengurus, menggubal, menyelaras kurikulum dan juga perlaksanaannya di semua sekolah rendah dan juga menengah kebangsaan. Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat murni negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Pelaksanaan cita-cita yang murni ini diteruskan dengan pelbagai usaha dan cara antaranya, dengan penyemakan kurikulum baru KBSR dan KBSM. Tujuan penyemakan ini antara lain ialah memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mempersiapkan murid dengan cabaran-cabaran semasa dan akan datang pada abad ke-21. Tugasan ini mengupas tentang usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan lagi sistem pendidikan Islam dalam Pelaksanaan Kurikulum Semakan Pendidikan Islam dengan memperkenalkan program j-Qaf di semua sekolah rendah kebangsaan. Tanggungjawab untuk melaksanakan program ini dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan usaha merealisasikannya oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Haji Abdullah Bin Md Din (2011). Mengarusperdanakan pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Masa Depan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Hlm. 1.
Sesungguhnya program j-QAF yang dicadangkan adalah sebahagian daripada pengisian kepada konsep Islam Hadhari yang disarankan oleh YAB mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Latar Belakang
Program j-QAF berasaskan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang telah dinyatakan secara khusus semasa lawatannya ke Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Disember 2003. Cetusan idea ini telah diperhalusi di peringkat Kementerian Pelajaran melalui satu seminar j-QAF pada 3 hingga 5 Mac 2004. Program j-QAF telah dilaksanakan secara uji kaji dalam projek rintis selama 3 bulan dan berakhir pada Julai 2004. YAB Perdana Menteri telah bersetuju program ini dilaksanakan mulai tahun 2005.2
Di antara sebab program j-QAF diperkenalkan kerana Laporan Pemantauan kepada Jawatankuasa memperkasakan Pendidikan Islam mendapati bahawa 1. Penguasaan membaca dan menulis tulisan jawi sangat membimbangkan. 2. Penekanan asuhan membaca al-Quran hanya menjurus kepada bacaan tidak menjurus kepada khatam al-Quran. 3. Bahasa Arab hanya diajar di sekolah-sekolah secara terpilih dan terhad. 4. Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan tahap pencapaian dan penguasaan anakanak dalam hal ibadah khususnya fardhu solat.
Program ini membabitkan Model Kelas Pemulihan Jawi, Model Enam Bulan Khatam AlQuran, Model Tasmi Khatam Al-Quran, Model Peluasan Pelaksanaan Bahasa Arab Komunikasi dan Model Bestari Solat. Jika ia dilaksanakan dengan baik, murid akan dapat menguasai bacaan dan tulisan jawi, khatam al-Quran serta asas Bahasa Arab selain memantapkan dan menghayati fardhu ain. Program ini mengkhususkan guru-guru tertentu untuk proses pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid selain guru pendidikan Islam.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam Dan Moral Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program JQaf. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. Hlm. 1.
Program j-QAF menjadi lebih penting sebagai suatu usaha ke arah memperkasakan pendidikan Islam yang sedia ada supaya semua bidang dalam pendidikan Islam iaitu bidang Tilawah al-Quran, Akidah, Ibadah, Sirah Nabawi, Akhlak dan Jawi lebih berkesan dan dapat dihayati dan diamalkan dalam kehidupan. Guru yang mengajar seharusnya perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan murid-murid menguasai tajuk-tajuk yang diajar supaya tidak ada jurang murid yang ketinggalan dalam pelajaran. Bukan itu sahaja malah perubahan tingkah laku perlu dibuat pemantauan untuk mengenal pasti sejauh manakah murid menghayati apa yang mereka telah belajar.
Konsep Program j-QAF j-QAF adalah akronim bagi Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. J-QAF adalah pengajaran empat kemahiran penting iaitu Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Program ini menggunakan kurikulum, model dan modulnya yang tersendiri. Tenaga guru yang khusus pula diperlukan untuk pemulihan, bimbingan, kemahiran, pengukuhan, pengayaan dan penghayatan murid. Pelaksanaannya menggunakan peruntukan jadual waktu sedia ada. Objektif Program j-QAF3 Setelah program ini dilaksanakan dengan baik dan berkesan semua murid Islam sekolah rendah akan dapat: a. menguasai bacaan dan tulisan Jawi; b. khatam al-Quran; c. menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi; dan d. memantapkan dan menghayati amalan fardu ain.
Di akhirnya nanti apa yang diharapkan adalah murid-murid mampu untuk menguasai bacaan al-Quran dengan baik juga mengkhatamkan al-Quran, menguasai tulisan jawi agar ianya tidak akan dilupakan dan juga memantapkan dan mengamalkan amalan-amalan fardhu ain dan tidak hanya terhenti ditahap hanya mengetahui.
Ibid hlm.2.
Model Tasmik
Model Pemulihan Jawi Sasaran bagi model pemulihan jawi ini ialah murid-murid yang tidak dapat mencapai setiap objektif utama yang disasarkan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi. Jumlah murid bagi satu kelas pemulihan jawi ini tidak melebihi 6 10 orang.Ianya merupakan jumlah yang ideal agar guru dapat menumpukan perhatian pada setiap muridnya. Guru juga berperanan dalam menyediakan tempat yang sesuai untuk melaksanakan pemulihan jawi dan juga penyediaan bahan bantu mengajar. Proses pengajaran dan pembelajaran pemulihan jawi akan menekankan kaedah permainan dan nyanyian secara efektif. Guru juga perlu membuat penilaian dan merekodkan pencapaian pelajar setiap kali kelas dijalankan.Guru akan menjalankan ujian pengesanan sebelum murid dimasukkan ke kelas jawi sedia ada. Model Khatam al-Quran Model khatam al-quran merupakan program yang menumpukan kepada penguasaan kemahiran membaca al-quran (iqra) selama satu tahun bagi tahun satu. Namun begitu, ketika permulaan waktu perlaksanaan j-QAF, model ini menggunakan kaedah 6 bulan pertama untuk menguasai iqra dan 6 bulan kedua untuk memulakan bacaan al-quran. Murid yang telah menguasai iqra akan meneruskan bacaan al-quran.Guru hendaklah mengemaskini Buku Rekod Bacaan murid setiap minggu.
Bhasah Abu Bakar. (n.d) Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-qaf dalam kalangan pelajar tingkatan 1: Satu Kajian Kes.Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.Hlm. 7.
Model Tasmik GPI, GTPI, GPI Program j-QAF & GPI Pend. Khas j-QAF wajib melaksanakan program tasmik manakala guru Islam yang berkebolehan digalakkan untuk membantu. Guru Kelas Tasmik hendaklah membimbing bacaan dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan dan markah kualiti bacaan 40 markah diisi di setiap hujung semester 1 & 2. Model Bahasa Arab Sebagai bahasa elektif iaitu 2 waktu / 5 waktu (kohort 2009) seminggu kecuali tahun 1 & 2 iaitu sebanyak 3 waktu seminggu.Penilaian model ini adalah mengikut format Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) Tahap 1 : PKSR dan ujian bertulis Tahap 2 : Ujian bertulis (Sumatif)
Model Kem Bestari Solat Model bestari Solat dilaksanakan di luar jadual waktu persekolahan. Ianya dilaksanakan 4 kali setahun. Waktu pelaksanaan kem bestari solat adalah 4 x 10jam. Ianya boleh dilakukan semalaman atau pun setengah hari. Pelaksanaannya juga fleksibel iaitu boleh dilakukan di luar sekolah seperti di masjid-masjid atau surau, dewan serbaguna dan sebagainya.
Kekangan Waktu Waktu 6 bulan untuk pelajar tahun 1 menguasai al-Quran adalah tidak mencukupi . Waktu yang terhad dan membebankan bagi guru yang bertugas di sekolah yang mempunyai bilangan murid yang ramai untuk melaksanakan model tasmik. Cuti sekolah yang lama menganggu penguasaan murid. Seorang murid hanya bersekolah selama 200 hari setahun, selebihnya mereka bercuti. Jumlah hari persekolahan yang singkat ini tidak membantu kepada penguasaan murid. Ini menjadi lebih teruk apabila murid ini bercuti akhir tahun. Ada diantara murid yang telah lupa dan tidak lagi menguasai bacaan al-Quran kerana tidak mengaji semasa cuti sekolah. Guru terpaksa mengulang semula kemahiran membaca al-Quran kepada murid pada awal persekolahan. Keadaan ini mengganggu jadual sukatan pelajaran yang perlu dipenuhi oleh guru dan murid.
Kepercayaan ibu bapa terhadap program j-QAF Ibu bapa tidak lagi menghantar anak ke kelas mengaji di luar. Secara tidak langsung menjejaskan dan melambatkan proses pembelajaran dalam program j-QAF.Ibu bapa telah mula berkeyakinan dengan sistem Pendidikan Islam di sekolah rendah. Sebanyak 20% murid tahun 1 tidak lagi pergi menghadiri kelas mengaji di luar. Situasi ini sebenarnya memberi kesan yang kurang baik kepada program j-QAF itu sendiri. Kelas mengaji di luar sebenarnya membantu penguasaan kemahiran membaca al-Quran kepada murid secara langsung. Sekiranya murid ini mengikuti kelas mengaji di luar, mereka akan cepat menguasai bacaan dan seterusnya dapat mengkhatamkan bacaan dalam tempoh yang singkat. Sekiranya murid ini bergantung sepenuhnya kepada guru-guru j-QAF, dibimbangi murid ini akan lambat untuk menguasai dan mengkhatamkan bacaan atau lebih teruk lagi keciciran dari segi penguasaan bacaan al-Quran.
Kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran Kekurangan Bahan Bantu Mengajar (iqra) Guru perlu menggunakan kaedah yang lebih menarik dan bukan hanya kaedah bertalaqi sahaja (model khatam al-Quran dan tasmik).Guru juga boleh manghasilkan sendiri bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap murid agar murid mampu memahami topik tersebut dengan berkesan. Di zaman teknologi maklumat ini maklumat atau contoh-contoh bahan bantu mengajar mudah di dapati di pelbagai laman sesawang dan ini memudahkan tugas guru dalam penyediaan bahan bantu mengajar. Keselarasan kurikulum Tiada keselarasan kurikulum antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kedua-dua sekolah mempunyai subjek al-Quran, namun silibusnya tidak sama. Keadaan ini telah menimbulkan kekeliruan murid kerana program al-Quran j-QAF bermula dengan surah alBaqarah manakala sekolah agama rakyat bermula dengan ayat lazim. Bagi murid yang lemah, mereka keliru di manakah tahap sebenar bacaan mereka dan yang manakah yang benar atau yang betul. Kementerian juga perlu menjalankan kerjasama dengan sekolah agama kerajaan negeri dalam program Tasmik. Penyelarasan antara sekolah kebangsaan dan sekolah agama rakyat perlulah dijalinkan melalui satu jawatankuasa khas yang melibatkan kedua-dua pihak. Selain dapat menyelaraskan sukatan, kerjasama ini juga dapat menbantu antara satu sama lain bagi membina generasi yang seimbang rohani dan jasmani. Kerjasama ini juga bukan sahaja terhad kepada program j-QAF sahaja tetapi boleh diperluaskan ke peringkat kurikulum dan kokurikulum. 5
Guru yang beragama Islam tidak memberikan kerjasama yang secukupnya dalam pelaksanaan beberapa modul yang memerlukan tenaga kerja yang ramai. Contohnya, guru Islam yang lain tidak mahu berkorban masa untuk sama-sama menjalankan model tasmik kepada murid. Hal ini amat mengecewakan kerana tanpa kerjasama mereka model ini tidak dapat dijalankan secara efektif. Bilangan murid yang terlalu ramai tidak sepadan dengan tenaga kerja guru yang perlu mendengar dan menyemak bacaan murid-murid.
Mohd Azmir bin Mohd Nizah&Mohd Azrani b Asran. (n.d.) Isu dan cabaran j-qaf dalam memperkasa pelajar Islam: Kajian di Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda, Melaka. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. Hlm. 6.
Kesannya, murid ketinggalan dalam membaca al-Quran dan guru sedia ada juga tidak mampu untuk mendengar bacaan semua murid. CADANGAN Penyelarasan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mencari satu resolusi untuk menyelaraskan kurikulum Pendidikan Islam di bawah pengurusannya dengan kurikulum sekolah agama kerajaan negeri. Ketidak selarasan ini akhirnya hanya membawa kerugian kepada murid khususnya sedangkan tugas guru akan menjadi lebih mudah andai penyelarasan ini dapat dilakukan. Guru-guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan berganding bahu dengan guru-guru sekolah agama kerajaan negeri terutamanya dalam melaksanakan model pemulihan jawi dan khatam al-Quran.
Menyemak Semula Agihan Waktu Pembahagian waktu bagi model khatam al-Quran juga perlu ditambah malah jika perlu guruguru yang mengajar al-Quran di luar waktu persekolahan hendaklah diberikan imbuhan atau elaun yang sesuai. Hal ini disebabkan tiga waktu seminggu untuk melaksanakan model ini amatlah sedikit dan guru juga tidak mampu mentasmik semua murid. Langkah yang lebih berkesan perlu difikirkan dalam usaha mengkhatamkan bacaan al-Quran murid-murid di samping melaksanakan pemulihan al-Quran bagi murid-murid yang masih tidak mampu menguasai bacaan.
Peranan Ibu Bapa Ibu bapa juga mengambil tanggungjawab mendidik anak-anak mempelajari al-Quran atau pun menghantar anak-anak untuk belajar al-Quran di luar waktu sekolah sebagai menyokong program j-QAF yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Dengan ini penguasaan murid akan bertambah baik dan tidak hanya bergantung kepada pembelajaran alQuran di sekolah semata-mata.
8
Bahan Pembelajaran Guru perlu kreatif dalam membentuk bahan bantu mengajar agar murid-murid tidak kebosanan. Penggunaan bahan multimedia merupakan satu alternatif yang berkesan dalam menarik perhatian murid-murid terhadap sesuatu topik. Penghasilan sendiri bahan bantu mengajar tanpa perlu bergantung kepada bekalan daripada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu usaha yang baik daripada pihak guru. Penghasilan bahan bantu mengajar juga hendaklah mengikut kesesuaian peringkat kefahaman murid-murid dan ianya hendaklah selari dengan objektif yang hendak dicapai. Penambahan Guru6 Menambah bilangan guru-guru j-QAF di sekolah yang ramai bilangan murid. Sekarang jumlah penempatan guru-guru j-QAF adalah berdasarkan jumlah bilangan kelas mengikut sekolah. Namun begitu ada sekolah yang bilangan murid di dalam kelas kurang dan ada pula yang mempunyai murid seramai 40 orang. Bilangan murid yang ramai amat mempengaruhi penjadualan tasmik. Selain dari menyandarkan kepada bilangan kelas penempatan guru-guru j-QAF juga perlu berdasarkan jumlah bilangan murid sesebuah sekolah bagi memastikan kelancaran program j-QAF.
Model Tasmik memerlukan tenaga kerja guru yang ramai. Hal ini kerana guru perlu mendengar dan menyemak bacaan murid-murid dalam waktu yang terlalu singkat. Andainya sebuah kelas mempunyai 25 orang murid, maka guru terpaksa menyemak bacaan 25 orang murid dalam masa 30 minit. Oleh sebab itu menjadi satu keperluan bagi guru beragama Islam yang lain untuk sama-sama berganding bahu dalam pelaksanaan model tasmik ini.
Ibid. Hlm. 6.
KESIMPULAN Semua pihak iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, guru-guru dan ibu bapa hendaklah berganding bahu dalam mencapai objektif pelaksanaan j-QAF iaitu supaya murid-murid dapat menguasai bacaan dan tulisan Jawi, khatam al-Quran, menguasai asas Bahasa Arab Komunikasi, dan memantapkan dan menghayati amalan fardu ain. Objektif ini mustahil dicapai seandainya hanya satu pihak sahaja yang berusaha untuk merealisasikannya. Semoga generasi akan datang mampu menjadi generasi yang berkualiti beracuankan al-Quran dan sunnah.
10
SENARAI RUJUKAN
1. Azyumadi Azra. (2011). From IAIN to UIN: Islamic studies in Indonesia: Islamic Studies and Islamic Education. Kuala Lumpur: Yayasan Ilmuwan. 2. Bhasah Abu Bakar. (n.d) Persepsi pelajar terhadap keberkesanan program j-QAF dalam kalangan pelajar tingkatan 1: Satu Kajian Kes.Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. 3. Haji Abdullah Bin Md Din (2011). Mengarusperdanakan pendidikan Islam di Malaysia: Cabaran dan Masa Depan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Kang Kyoung Seouk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Kementerian Pelajaran Malaysia.(n.d).j-QAF Kelas Pemulihan Jawi. Putrajaya: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral. 6. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Laporan Kajian Mengenai Kedudukan Mata Pelajaran Pengetahuan Agama Islam di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 7. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Buku Panduan Dasar, Pelaksanaan Dan Pengurusan Kurikulum Dan Kokurikulum Program J-Qaf. Putrajaya: Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral. 8. Mohd Azmir bin Mohd Nizah&Mohd Azrani b Asran. (n.d.) Isu dan cabaran j-qaf dalam memperkasa pelajar islam: Kajian di Sekolah Kebangsaan Datuk Hj. Baginda, Melaka. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia. 9. Mohd Roslan Mohd Nor&Wan Mohd Tarmizi Wan Othman. (2011). Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 10. Nik Aziz Nik Pa. (2007). Konsepsi tentang cabaran dan isu kritikal dalam pendidikan Islam: Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Islam Hadhari. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. 11. Nik Rosila Nik Yaacob. (2007). Penguasaan jawi dan hubungannya dengan minat dan pencapaian pelajar dalam pendidikan Islam. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, (22), 161-172.
11
12. Rohaida Mohd. Saat. (2007). Pemanfaatan pendidikan sains dalam memperkasakan pendidikan Islam. Isu-Isu Kritikal Dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Bahasa Arab Berteraskan Islam Hadhari. Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari. 13. Sidek Baba. (2011). Tajdid Ilmu dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Technologic Trading Sdn Bhd. 14. Siti Fatimah Ahmad&AB. Halim Tamuri.(2010).Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education, 2(2), 53-64.
12