Anda di halaman 1dari 21

PSS 3112: PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI

1. Kajian Ekonomi Pembangunan Pengenalan - Setiap negara di dunia mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang berbeza pada masa lepas. Kesannya, taraf hidup pelbagai negara adalah berbeza. - Umumnya, negara yang telah mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada masa lepas telah menikmati taraf hidup yang tinggi pada masa kini, misalnya USA, UK dll. - Sebaliknya negara yang mencapai tingkat pertumbuhan ekonomi yang rendah pada masa lepas hanya menikmati taraf hidup yang rendah pada masa kini, misalnya Amerika latin, India, Afrika dll. - Terdapat beberapa faktor yang menghalang pertumbuhan ekonomi tetapi kerajaan boleh menpercepat pertumbuhan ekonomi melalui langkah-langkah tertentu.

Definisi a. Pertumbuhan Ekonomi merujuk perkembangan ekonomi berbentuk fizikal dari semasa ke semasa seperti pertambahan keluaran barangan perkilangan, pertambahan kemudahan infrastruktur, pertambahan sekolah dll. Kesannya, KDNK benar/KNK benar akan bertambah. KDNK benar2 KDNK benar1 X 100% KDNK benar1
(KDNK benar2 = tahun semasa KDNK bena1r = tahun sebelum)

KDNK = pendapatan faktor dari rakyat negara + pendapatan faktor asing

b. Pembangunanan Ekonomi merujuk pembangunan sosio ekonomi yang telah mengubah taraf hidup rakyat dari semasa ke semasa seperti pemodenan sektor pertanian dan industri, pembasmian kemiskinan, peningkatan kualiti faktor pengeluaran* dan pengagihan kekayaan yang lebih adil. Kesannya, KDNK per kapita/KNK per kapita akan meningkat.
(*perkembangan teknologi dan peningkatan kemahiran buruh)

KDNK/KNK Jumlah penduduk


KNK = pendapatan faktor rakyat negara + pendapatan faktor rakyat negara di luar negara pendapatan faktor rakyat asing

Mengikut W. Loehr dan JP. Powelson(1981), pembangunan ekonomi merupakan proses bagi masyarakat mencapai kekayaan kebendaan yang lebih besar dan pengagihan kekayaan yang lebih adil dalam kalangan masyarakat.

Kajian Ekonomi Pembangunan Prospek bidang ekonomi pembangunan a. Dari sudut kerjaya - negara maju, siswazahnya kurang berminat. - negara membangun, masih ramai meminati bidang ini. - di Malaysia, hampir semua IPTA/S tawarkan kursus bidang ini. b. Ekonomi pembangunan telah berkembang dan mewujudkan sub bidang ilmu yang lain (pelbagai bidang) pengurusan, perniagaan, perbankan, pelancongan , sumber manusia dll. c. Bil. buku dan artikel mengenai bidang ini semakin bertambah dan projek penyelidikan telah meningkat di IPT negara maju dan membangun.

Elemen-elemen Penting Dalam Pembangunan a. Pertumbuhan dan pembangunan b. Pembangunan manusia c. Pembangunan lestari Pertumbuhan dan Pembangunan a. Pertumbuhan dalam jumlah output dipanggil pertumbuhan ekstensif. b. Pertumbuhan dalam output per kapita = pertumbuhan intensif c. Pertumbuhan yang pesat dapat mengurangkan kemiskinan melalui penciptaan peluang pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan kadar upah. d. Goulet(1971) memperkenalkan tiga komponen asas nilai untuk memahami maksud pembangunan: i. penampung hidup/keperluan asas ii.harga diri iii.kebebasan

Penampung hidup keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perlidungan tempat tinggal. - Jika penampung hidup tidak dipenuhi secara berterusan akan mewujudkan kemiskinan mutlak. Harga diri menggambarkan perasaan yang dihormati dan tidak dikongkong oleh orang/ negara lain. - Biasanya negara yang mempunyai asas kuasa ekonomi dan teknologi yang kuat akan menerima sanjungan yang lebih berbanding negara yang mundur. * Kebebasan memperluaskan lagi pilihan masyarakat

Pembangunan Manusia/Masyarakat a. Satu proses untuk memperluaskan pilihan-pilihan individu b. Pada setiap tahap pembangunan, tiga perkara terpenting yang diinginkan oleh individu ialah; i. untuk memiliki kehidupan yang sihat, hayat yang panjang dan menjadi terpelajar. ii.mudah memperolehi sumber-sumber yang boleh membawa kehidupan yang lebih selesa iii.kebebasan berpolitik, jaminan hak asasi manusia dan harga diri

Pembangunan Lestari a. Menurut World Commission on Environment and Development (1983), pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa ini tanpa mengabaikan kepentingan generasi yang akan datang dalam memenuhi keperluan mereka. b. Kesimpulannya, pembangunan lestari akan mengambil kira kesannya kepada alam semester agar tidak melibatkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan.

Membanding beza antara pertumbuhan dan pembangunan ekonomi


Pertumbuhan
Lebih berbentuk fizikal pertambahan per kapita

Pembangunan
Merangkumi pertumbuhan ekonomi dan perubahan struktur ekonomi, pengagihan kekayaan

Melibatkan ukuran kuantitatif


Merujuk kepada peningkatan dalam pengeluaran dan perkhidmatan Mementingkan pertambahan output

Suatu proses dan melibatkan ukuran kualitatif


Merujuk kepada pertumbuhan ekonomi, peningkatan taraf hidup dan keadaan sosial Mementingkan perubahan teknikal institusi supaya output dapat dikeluarkan dan diagihkan

Indikator Pengukuran Indikator pengukur pembangunan Pendapatan per kapita Angka tunjuk kualiti hidup fizikal (PQLI) Angka tunjuk pembangunan manusia (HDI) Angka tunjuk kemiskinan manusia a. Pendapatan per kapita - digunakan secara meluas - menunjukkan berlakunya proses pembangunan - kebaikannya: \telah lama digunakan dan mudah difahami \data mudah diperolehi dari agensi di bawah PBB seperti Bank Dunia dan UNDP

keburukannya: \pendapatan per kapita hanya menggambarkan pendapatan purata penduduk tanpa menjelaskan bagaimana pendapatan tersebut diagihkan. \kadar pertumbuhan output yang pesat menunjukkan ekonomi yang positif, tetapi jika kadar pertumbuhan penduduk lebih tinggi mengatasi pertumbuhan output, maka kadar pertumbuhan per kapita menunjukkan tidak bermakna. \pendapatan tidak menggambarkan kualiti hidup, sedangkan kualiti hidup sangat penting bagi pembangunan.

b. Angka tunjuk kualiti hidup fizikal (PQLI) - diperkenalkan oleh Morris(1979) - tiga pembolehubah digunakan: \jangka hayat pada umur satu tahun \kadar kematian bayi \kadar celik huruf. - pembolehubah-pembolehubah di atas digabungkan untuk menunjukkan satu angka tunjuk yang mudah/untuk mendapatkan purata. - pencapaian tiap negara diletakkan dalam skala 1 hingga 100 di mana 1 menunjukkan prestasi buruk manakala 100 terbaik. - indeks komposit PQLI adalah purata ketiga-tiga pembolehubah ini.

c. Angka tunjuk pembangunan manusia - diperkenalkan oleh UNDP - menggunakan tiga pembolehubah: \jangka hayat \celik huruf \pendapatan benar (pendapatan negara mengikut harga tetap) - skala yang digunakan ialah: \ skala 0 0.5 = pembangunan manusia yang rendah \ skala 0.51 - 0.79 = pembangunan manusia yang rendah \ skala 0.8 1.0 = pembangunan manusia tinggi.

d. Angka tunjuk kemiskinan manusia - pembolehubah yang digunakan i. peratus penduduk yang tidak dijangka hidup > 40 tahun. ii. peratus penduduk dewasa yang buta huruf. iii. peratus penduduk yang tidak menerima sumber air bersih. iv. peratus penduduk yang tidak menerima perkhidmatan kesihatan awam. v. peratus kanak-kanak bawah umur lima tahun yang tidak cukup berat.

* Assingment, go and find Apakah ciri-ciri negara membangun.

Klasifikasi negara-negara di dunia

Berdasarkan pendapatan per kapita Berdasarkan ideologi politik

Berdasarkan kedudukan geografi

Pendapatan Per Kapita BD telah membahagikan negara-negara kepada tiga kumpulan: a. Negara berpendapatan rendah (miskin) - contoh: Rwanda, Mozambique, Ethiopia, Tanzania, Burundi, Sierra Leone, Malawi, Chad, Uganda dan Madagascar. b. Negara berpendapatan sederhana (membangun) - contoh: Malaysia, Bolovia, Indonesia, Filipina, Maghribi, Guatemala, Guineo, Ecuador dan Jordan. c. Negara berpendapatan tinggi (maju) - contoh: Switzerland, Jepun, Denmark, USA, Jerman, Austria, Swedan, Perancis dan Belgium.

Ideologi Politik a. Negara dunia pertama (kapitalis) - Eropah Barat dan Amerika Utara

b. Negara dunia kedua (komunis/sosialis) - Eropah Timur (sebelum USSR runtuh)


c. Negara dunia ketiga - negara-negara yang pernah dijajah serta mengamalkan sikap berkecuali : Afrika, Asia, Amerika Latin.

Geografi Suruhanjaya Bruntland membahagikan negara kepada dua kumpulan: a. Negara Utara - negara-negara industri yang ada di Eropah dan Amerika Utara termasuk Austria dan New Zealand. b. Negara Selatan - negara-negara dunia ketiga yang ada di kawasan Asia, Afrika, Amerika Latin. - negara industri baru seperti Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura.

*Ciri ciri umum negara membangun a. Taraf hidup yang rendah b. Terlalu bergantung kepada sektor pertanian c. Pertumbuhan penduduk yang pesat d. Pergantungan kepada eksport komoditi utama e. Kadar pengangguran yang tinggi f. Kedudukan yang lemah dalan hubungan antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai