Anda di halaman 1dari 18

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KKD 2063 ; PEMBANGUNAN SAHSIAH TAJUK Sejauh mana teori dalam pembangunan sahsiah yang anda pelajari boleh membantu dalam memahami sahsiah pelajar dan bagaimana anda boleh memperkembangkan dan membangunkan sahsiah pelajar berdasarkan teori yang anda pelajari. Huraikan berserta contoh. KUMPULAN EL- B03 (A121PJJ). DISEDIAKAN OLEH NAMA SITI JAHARAH BT MUHAMAD NO. ID D2012061352 NO. TELEFON 01232879011

NAMA TUTOR E-LEARNING TARIKH SERAH

: CIK EMILIA BINTI MOHD NOOR. : 25 NOVEMBER 2012

~1~

KANDUNGAN

HALAMAN

PENGENALAN Sahsiah Defini Pembangunan Sahsiah Maksud Teori Teori Berkaitan Pembangunan Sahsiah Aplikasi Teori Pembangunan Sahsiah dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Teori Maslow Teori Psikonalitik Teori Frued Teori Pilihan Kesimpulan Bibliografi 9 12 14 15 17 18 1 1 4 7

~2~

MAKSUD SAHSIAH Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil (1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia. Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan . Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif. Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju . DEFINISI PEMBANGUNAN SAHSIAH Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan, sosial dan rohani individu. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu boleh dinilai sahsiahnya. Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal individu. Menurut

~3~

Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah juga bermaksud akhlak. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak terpuji dan akhlak tercela. Islam memberi penekanan penting kepada kedua-dua akhlak tersebut. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah atau akhlak yang baik menunjukkan penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin,

tingkah laku devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan norma masyarakat. Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru merupakan penggerak utama dalam membangunkan sahsiah murid-murid serta menjadi role model dalam membangunkan modal insan yang bersahsiah dan berakhlak mulia. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap pendidik sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Guru mempunyai peranan paling penting, khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid, bertanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus pembangunan kemewahan kebendaan yang

~4~

begitu pesat pada masa ini. Guru dituntut untuk menghormati harga diri manusia, termasuk anak-anak. Dengan kata lain, guru tidak boleh melayan anak-anak seperti barang yang tidak bernilai seperti sampah atau menyumpah menyeranah mereka. Layanan yang buruk akan menjejaskan maruah, kebanggaan, kehormatan dan harga diri. Justeru mereka akan merasa tersinggung, marah dan terhina yang mengakibatkan fitrah murninya diselubungi oleh dendam dan benci. Sesungguhnya sekolah akan menjadi rumah kedua, dan mungkin bagi sesetengah murid rumah pertama, iaitu tempat yang membahagiakan diri dan kehidupan mereka (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1993). Saranan Imam al Ghazali dalam karyanya Ihya Ulumuddin (t.t) mengenai peranan guru dalam pendidikan amat bertepatan dengan matlamat Wawasan 2020 yang ketujuh, iaitu untuk mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Ia merupakan sistem sosial yang mengutamakan kepentingan masyarakat kebajikan insan dan tidak akan berkisar kepada orang perseorangan tetapi pembentukan sebuah keluarga yang kukuh. Imam al Ghazali (t t) menegaskan bahawa guru perlu menanamkan rasa kasih sayang dalam kalangan murid dan mewujudkan rasa kasih sayang mereka terhadap murid-murid. Dari sinilah murid-murid akan terdidik agar bersifat sayang menyayangi dalam kehidupan bermasyarakat dan tidak mementingkan dirinya sahaja. Apa yang jelas dalam saranan Imam al Ghazali ialah kanakkanak sejak daripada kecil lagi diasuh dengan didikan yang berbentuk keduniaan dan keakhiratan. Mereka perlu diasuh dengan didikan yang dapat membentuk sebuah masyarakat yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi dan tidak mudah patah semangat serta tidak mementingkan diri sendiri. Maka, dapat dirumuskan bahawa sahsiah ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap pada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan

~5~

seseorang individu yang dapat diperhatikan dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya. Konsep pembangunan sahsiah harus disemai dan diamalkan dalam diri setiap murid sebagai satu misi yang penting demi membangunkan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Sebelum membentuk sahsiah murid-murid, pendidik terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi oleh murid-murid. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi melaksanakan program pembangunan sahsiah pelajar bagi mencegah masalah-masalah sosial yang berlaku pada masa kini. Pembangunan sahsiah ini perlu bagi pelajar khususnya pelajarpelajar di peringkat rendah lagi kerana ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan mereka. Ia mengisi seluruh aspek bagi setiap pelajar sama ada dalam aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi pelajar. Pembangunan sahsiah amatlah penting dalam membina satu generasi pelapis yang bakal memimpin negara di masa akan datang.

MAKSUD TEORI Teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini membayangkan bahawa, teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan (view). Definisi ini juga memahamkan kepada kita sifat teori yang relatif kepada pelbagai pendapat. Justeru, tidak hairan, hingga ke hari ini, definisi teori berbeza-beza berdasarkan pandangan yang berbeza-beza dalam kalangan ahli teori. Teori adalah perkara asas dalam pembentukan bidang ilmu. Teori pembelajaran pula ialah memberi fokus kepada pembelajaran. Ia adalah seperti bagaimana ia berlaku dan faktor yang mempengaruhi pembelajaran itu sendiri. Pendekatan pembelajaran pula ialah cara bagaimana pembelajaran itu diajar untuk mencapai objektif atau tujuan. Belajar ialah kegiatan yang melibatkan jiwa dan raga. Proses belajar ialah proses usaha untuk individu dapat

~6~

perubahan tingkah laku.

Proses belajar adalah jiwa yang, mengubah tingkah laku. Tujuan

pendekatan psikologi adalah untuk mengawal tingkah laku yang tidak diingini dan pembentukan tingkah laku yang baik. Di sinilah peranan guru diperlukan selaku perancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini. Konsep teori ialah prinsip kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori juga merupakan satu rumusan daripada

pengetahuan sedia ada yang memberi panduan untuk menjalankan penyelidikan dan mendapatkan maklumat baru. TEORI BERKAITAN PEMBENTUKAN SAHSIAH Dalam memperkembangkan sahsiah pelajar saya telah di ajar tentang beberapa jenis teori yang sesuai digunakan untuk saya menerapkan sahsiah yang unggul di kalangan anak didik saya. Antara teori yang telah saya pelajari dan ketahui ialah Pendekatan Psikoanalitik, Teori Maslow dan Teori Frued. Kesemua teori menekankan keperluan semula jadi yang diingini manusia, akan tetapi jenis dan bentuk adalah berbeza. Dari konteks Teori Psikoanalitik , ia lebih berbentuk keinginan psikologi , manakala bagi Teori oleh Maslow pula asas keinginan manusia kepada fisiologi bagi pertumbuhan tubuh badan. Dalam Pendekatan Psikoanalitik , keinginan psikologi seperti mendapatkan kepuasan nafsu. Naluri inilah mendorong manusia untuk bertingkah laku dan menentukan arahnya. Teori Psikoanalitik menekankan kepada proses sedar dan proses tidak sedar. Terdapat kemahuan dan motif yang kita sendiri tidak sedar Menurut Maslow, asas keinginan pertumbuhan tubuh badan yang bersifat biologikal seperti keperluan makan, minum, keperluan rehat dan seks .Ini adalah keperluan asas yang penting kepada semua manusia. Keperluan kepada pakaian dan tempat tinggal juga dimasukkan kepada keperluan asas setiap orang manusia. Setiap manusia berusaha untuk mencapai keperluan

~7~

asas ini dan keinginan psikologi ini. Kekeliruan akan terjadi dan membentuk individu bermasalah jika, keinginan ini dan keperluan asas ini tidak dapat dipenuhi. Tindakan individu dipengaruhi oleh keinginan untuk memenuhi keperluan paling dominan dalam manusia. Keperluan inilah yang mengarahkan tingkah laku manusia . Individu mestilah bertanggungjawab dan sedar akan tingkah lakunya. Walau pun begitu, tingkah laku untuk memenuhi keinginan boleh dipelajari dan ini menyebabkan tingkah laku itu berbeza dari seorang ke seorang yang lain.

William Glasser telah mengemukakan Model Terapi Realiti pada tahun 1956. Model ini menerima bahawa tingkah laku secara luarannya dipandu motivasi dalaman. Ia dibina berdasarkan tiga prinsip iaitu individu bertanggungjawab terhadap tingkah laku nya sendiri. Tingkah laku tidak dihasilkan dari persekitaran masyarakat, pewarisan atau masa lampau nya. Individu boleh hidup dengan lebih baik apabila diberi bimbingan dan sokongan. Individu

berkelakuan dalam pelbagai tingkah laku supaya persekitarannya sesuai seperti mana yang ia kehendaki.

Teori Pilihan mengatakan bahawa apa yang kita lakukan semuanya dikawal. Tingkah laku yang dibuat pula adalah dipilih oleh diri sendiri. Diri kita pula dipandu oleh gen atau baka kita yang cuba memenuhi lima keperluan asas iaitu kelangsungan hidup, kasih sayang dan rasa memiliki, kuasa, kebebasan dan kegembiraan.

Menurut William Glesser lagi, keperluan yang paling penting ialah kasih sayang dan rasa memiliki kerana kita akan menggunakannya untuk mengukuhkan ikatan hubungan antara orangorang di samping kita agar dapat memuaskan kehendak mereka. Terdapat sepuluh tunjang

dalam Teori Pilihan iaitu satu-satunya orang yang boleh mengawal tingkah laku kita ialah diri kita sendiri. Apa yang kita boleh berikan kepada orang lain ialah maklumat. Masalah psikologi

~8~

jangka panjang adalah masalah hubungan. kehidupan kita.

Masalah hubungan adalah sebahagian daripada

Apa yang berlaku pada masa lepas harus dilakukan dengan apa yang dilakukan

pada hari ini, tetapi kita hanya dapat memenuhi keperluan asas kita sekarang dan bercadang untuk memuaskan kehendak mereka pada masa hadapan. Kita hanya dapat memuaskan Apa yang kita

keperluan kita dengan cara memuaskan gambaran dalam Dunia Kualiti kita. lakukan adalah bagaimana kita bertingkah laku.

Tingkah laku kita adalah keseluruhan tingkah

laku yang terbina dari empat komponen iaitu tindakan, pemikiran, perasaan dan fisiologi. Keseluruhan tingkah laku kita adalah dipilih tetapi kita hanya memberi arahan secara langsung terhadap komponen tindakan dan pemikiran. Kita hanya mengawal perasaan, dan fisiologi secara tidak langsung melalui bagaimana kita memilih untuk bertindak dan berfikir. Keseluruhan tingkah laku direka bentuk oleh perbuatan dan dinamakan sebagai sebahagian daripada perkara yang dikenal pasti.

APLIKASI DALAM PENDIDIKAN TEORI MASLOW Berdasarkan teori oleh Maslow di atas , sebagai seorang guru saya perlu menentukan kesediaan pelajar dipenuhi dulu sebelum pengajaran dimulakan. Antara kesediaan tersebut adalah sarapan pagi murid, pakaian yang bersih dan selesa. Selain daripada itu , saya juga akan memastikan keperluan asas murid telah dapat dipenuhi sebelum murid belajar. Contohnya setiap murid hendaklah mendapat cukup makan, pakai dan tempat tinggal . Saya akan mengenal pasti murid yang kurang mampu dan memastikan mereka mendapat bantuan makanan seperti Skim Makanan Percuma (RMT) , Skim Susu Percuma atau bantuan duit (KWAPM). Di dalam Skim Rancangan Makanan Tambahan setiap pelajar akan dibekalkan makanan sebelum pengajaran dan

~9~

pembelajaran bermula. Dengan cara itu murid akan dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam pembelajaran. Untuk mendapat zat yang mencukupi murid-murid juga dibekalkan dengan Skim Susu Sekolah. Susu yang diberi ialah susu rendah lemak yang mempunyai zat untuk Melalui bantuan KWAPM pula setiap pelajar yang layak akan

proses tumbesaran mereka.

diberikan bantuan sebanyak RM250.00 seorang. Wang tersebut boleh digunakan untuk membeli kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam, beg sekolah, kasut dan alatan menulis yang lain. Selain daripada itu dalam pendekatan ini, sebagai guru saya akan memastikan keadaan kelas adalah kondusif iaitu selesa dan bersih supaya murid berasa tidak tertekan di dalamnya. Memandangkan sekarang dengan kepadatan murid yang rata-rata empat puluh orang sekelas, saya perlu menggunakan kebijaksanaan menyusun atur kerusi dan meja supaya murid mudah berinteraksi antara satu sama lain. Jadual Tugasan harian murid untuk membersihkan kelas juga perlu disediakan supaya semua murid ada tanggungjawab untuk memastikan kelas mereka bersih. Keadaan persekitaran kelas juga harus diberikan perhatian iaitu dari segi hiasan dan kekemasan. Kelas yang kemas dan bersih menyebabkan murid lebih gembira, selesa dan tidak tertekan. Manakala melalui pendekatan oleh Maslow pula saya gunakan kerana mengikut

pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain . Ia lebih kepada proses belajar daripada hasil belajar. Melalui pendekatan ini saya harus memberitahu pelajar apa tujuan belajar, mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar untuk berfikiran kritis. Semua aktiviti tersebut boleh dijalankan melalui program Motivasi Diri yang perlu di kenalkan sejak pelajar berada pada tahun 4. Di dalam Program tersebut pelajar akan didedahkan apa tujuan pelajar hadir ke sekolah dan seterusnya dibimbing untuk

~ 10 ~

memotivasikan diri mereka untuk mencapai kejayaan mereka.

Di samping itu pelajar boleh

didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang diinginkan serta bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Walaupun bebas mengemukakan pendapat tetapi masih di dalam kawalan guru. Pendekatan ini juga akan memberi kesempatan kepada pelajar untuk belajar mengikut kebolehannya. Dengan ini pelajar yang saya hasilkan diharapkan

menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain. Mengikut pendekatan ini manusia sentiasa aktif bukan menunggu untuk dirancang oleh orang lain . Ia lebih kepada proses belajar daripada hasil belajar. Pelajar harus diberitahu tujuan belajar, mengembangkan motivasi pelajar dan seterusnya mendorong pelajar untuk berfikiran kritis. Pelajar boleh didorong untuk bebas mengemukakan pendapat serta melakukan apa yang diinginkan serta bertanggungjawab atas segala perbuatannya. Pendekatan jenis ini memberi pelajar kesempatan belajar mengikut kebolehannya. Dengan ini pelajar yang terhasil diharapkan menjadi manusia yang bebas, berani, tidak terikat oleh pendapat orang lain dan mengatur perbuatannya sendiri secara bertanggungjawab. Sebagai guru yang memahami teori oleh Maslow pula , guru jangan menimbulkan ketakutan dalam diri kanak kanak . Terdapat guru yang terlalu garang hinggakan kanak-kanak takut untuk ke sekolah. Guru seharusnya bersifat

penyayang dan keibuan , oleh itu murid akan hilang rasa bimbang untuk datang ke sekolah. Setiap murid perlukan belaian dan kasih sayang daripada guru kerana sekolah adalah rumah kedua untuk mereka. Kebanyakan masa mereka banyak dihabiskan di sekolah berbanding

dengan ibu bapa. Oleh itu adalah wajar bagi seorang guru mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada anak-anak didik mereka TEORI PSIKOANALITIK

~ 11 ~

Dengan memahami teori psikoanalitik sebagai guru saya boleh menggunakan proses minda murid iaitu murid sedar bahawa ada banyak rangsangan. Murid boleh digalakkan memilih hanya satu rangsangan sahaja dan membuang rangsangan yang lain. Murid murid perlu diajar fokus kepada satu rangsangan sahaja. Contohnya murid di peringkat sekolah rendah apa yang perlu mereka capai apabila sampai ke tahun 6. Matlamat utama mereka ialah untuk mendapat 5A di dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Melalui pendekatan ini saya lebih kepada mencungkil bakat murid mereka melalui pengajaran lakon watak , drama atau pun tarian. Bakat ini kadang- kadang tidak disedari oleh ibu bapa mahupun pelajar sendiri. Bakat ini juga perlu dicungkil dan digilap untuk dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Di dalam

pendekatan psikoanalitik, tugas guru ialah memahami murid, memperkembangkan murid serta membantu murid untuk menyempurnakan kehidupannya. Bimbingan guru perlu untuk murid faham diri mereka dan membantu mereka memecah masalah supaya tindakan yang diambil tidak salah dari segi agama dan moral. Selain daripada itu, guru boleh menggunakan pengalaman murid sebagai pengetahuan sedia ada dalam pelajaran. Selepas itu boleh dikembangkan menjadi pengetahuan. Selain daripada itu, guru boleh membenarkan murid menampal gambar mereka, keluarga mereka atau gambar mereka pergi melancong di dinding kelas mereka. Dengan ini proses belajar digabungkan dengan pengalaman murid. Keseluruhannya teori psikoanalitik ini banyak mempengaruhi keadaan manusia baik dalam pengajaran dan pembelajaran mahupun dalam kehidupan seharian. Guru dalam pendekatan ini mestilah mengenal pasti segala keistimewaan dan kebolehan pelajar untuk dikembangkan secara optimum. Murid perlu diajar memahami dan menerima diri sendiri tetapi boleh berusaha untuk memajukan diri. Tugas guru dalam pendekatan inilah untuk memotivasikan mereka melalui bimbingan. Mereka juga harus digalakkan oleh guru supaya terlibat dalam aktiviti sosial.

~ 12 ~

Berdasarkan Pendekatan Psikoanalitik sebagai guru, kita harus faham tingkah laku bermasalah dalam kalangan remaja wujud. Terdapat peranan naluri dalaman yang berkait rapat dengan pembentukan tingkah laku bermasalah. Ini ditambah lagi dengan peranan kewujudan aspek dalam mekaniksme bela diri, guru dapat menyelami fikiran remaja yang bertindak secara bermasalah. Sebagai guru aspek tidak sedar perlu diberi perhatian dalam menangani masalah tingkah laku remaja. Mereka tidak dapat melihat secara signifikan, cara tindakan mereka selari dengan kehendak masyarakat ataupun sekolah. Sekiranya dengan unsur tidak sedar itu bertepatan dengan tuntutan moral ,ianya perlu dipupuk tetapi jika ia bertentangan maka ibu bapa, guru harus memperbetulkan agar tidak berterusan dan menjadi sebahagian daripada nilai hidupnya. Selain memahami peranan ego, id dan superego murid-murid harus diajar menukarkan tingkah laku negatif kepada tindakan positif. Teori ini sangat mempengaruhi keadaan bilik darjah secara tidak langsung. Guru harus mengetahui perwatakan murid dan mengubah suai keadaan pembelajaran supaya ia dapat mengambil kira sikap, persepsi dan tingkah laku pelajar secara keseluruhannya serta mengimbanginya. Murid yang bermasalah mengalami keliru dalam memotivasikan diri mereka. Guru harus memotivasikan murid. Guru harus tahu potensi dan keupayaan murid. Ini adalah penting untuk menentukan tugas atau latihan yang sesuai kepada mereka. Murid yang lemah perlu diberi pemulihan manakala murid yang cerdik diberi pengayaan. Jika latihan yang diberikan kepada mereka sesuai dengan mereka , kepuasan akan tercapai. Penerapan nilai agama dan moral yang baik mempengaruhi sahsiah dan watak seseorang. Pendekatan psikoanalitik lebih banyak membetulkan sikap pelajar kerana ada naluri kematian. Guru akan selalu cuba membetulkan tindakan agresif pelajar supaya tidak melanggar peraturan sekolah atau melanggar moral dan agama. Guru juga akan selalu mengingatkan dan

~ 13 ~

memberi teguran yang membina tentang kesalahan yang tidak seharusnya dilakukan sebagai seorang pelajar. TEORI FRUED Teori oleh Frued menyatakan peristiwa yang dialami semasa kecil juga memberi kesan apabila individu berada di alam dewasa. Zaman awal individu sangat penting kerana ia memberi kesan sepanjang hayat kepada keadaan psikologi individu. Menurut Pendekatan oleh Freud , pada peringkat pendaman iaitu umur 6 tahun hingga 12 tahun murid murid berada di sekolah rendah. Kepuasan diperolehi melalui aktiviti padanan jantina. Pendekatan yang sesuai ialah belajar sambil bermain. Contohnya watak perempuan dimainkan oleh murid perempuan manakala murid lelaki membawa watak ayah. Dengan ini mereka tidak keliru dengan peranan yang sepadan dengan jantina. Kaedah Main sosial ialah guru menggalakkan murid bermain di dalam kumpulan atau secara sendirian dengan berinteraksi dengan bahan di lingkungan kawasan permainan. Dengan ini murid murid boleh mengekalkan perhatian dan rasa ingin tahu mereka. Keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat penting pada peringkat kanak kanak. Kanak kanak perlu mendapat makan, pakai, rehat yang secukupnya. Keperluan ini bersifat biologikal. Keperluan keselamatan perlu pada kanak kanak kerana mereka menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali dan menunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Pada tahun perkembangan kanak kanak memerlukan rutin, kestabilan dan persekitaran yang aman. Tetapi menurut Freud pula, zaman kanak kanak peringkat perkembangan psikoseksual ( dari lahir hingga satu tahun) sangat penting . Kanak kanak seharusnya dibelai dan disusui oleh ibunya . Untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun pula, kanak kanak memperolehi kepuasan melalui alat jantinanya. Pada peringkat 6 hingga 12tahun kepuasan

~ 14 ~

diperolehi melalui aktiviti padanan jantina . Mereka perlu diajarkan permainan yang sesuai dengan jantinanya.

TEORI PILIHAN Teori pilihan pula berpendapat rangsangan adalah matlamat pilihan. Pilihan dibuat berdasarkan faktor rangsangan atau keinginan dalam diri sendiri. Individu bebas memilih apa yang wajar untuk dirinya. Oleh itu individu cenderung membuat keputusan tentang apa yang mereka mahu dalam hidup ini. Manakala Teori Terapi Realiti pula mengatakan apabila suasana mesra diwujudkan antara guru dan murid , ini merupakan rangsangan yang membolehkan murid berminat untuk berkongsi cerita. Kehendak individu merupakan rangsangan dalam menyelesaikan masalah murid. Manusia ada kebebasan, boleh membuat pelajar

bertanggungjawab terhadap pilihan mereka guru banyak memberi rangsangan kepada murid .Ia akan memberi kesan yang lebih terhadap pembelajaran nanti. Latihan boleh diulang ulang . Guru juga perlu meningkatkan kesediaan belajar murid . Guru juga harus menggunakan motivasi yang sesuai sebagai rangsangan . Guru mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas dengan memperbanyakkan latihan , ulang kaji , aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan . Guru boleh memberi ganjaran atau peneguhan positif untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar memiliki kejayaan dalam pembelajaran. Manakala pendekatan kognitif pula, murid menjadi aktif sebab murid menyelidiki ilmu. Ilmu yang didapati adalah berkembang. Guru tidak lagi sebagai sumber ilmu tetapi fasilitator atau pemudah cara dalam pencarian ilmu pengetahuan. Setiap individu mempunyai persepsi yang berlainan terhadap apa yang guru ajarkan berdasarkan pengalaman masing masing. Guru boleh melibatkan murid dalam pengalaman pembelajaran kompleks dan

~ 15 ~

intraktif yang sebenar dan pelbagai. Pembelajaran akan lebih berkesan apabila masalah diselesaikan secara realistik. Dengan cara ini dapat guru mengadakan hubungan yang mesra dengan murid. Guru tidak memaksa murid dan menghargai murid. Guru yang mengamalkan pendekatan pembelajaran percaya bahawa murid boleh dibentuk mengikut kemahuan guru. Contohnya murid boleh dilatih menjadi pembahas yang baik melalui kaedah drill. Murid boleh dilatih berkawad dengan baik melalui latihan yang berulang kali. Manakala guru yang percaya kepada pendekatan kognitif beranggapan bahawa guru hanya menolong mengembangkan potensi murid. Murid itu sendiri bertanggungjawab membuat pilihan untuk menjadi murid yang berjaya. Guru hanya menyatakan isi-isi penting, dan murid- murid membuat penyelidikan yang lebih untuk mendapat ilmu yang lebih. Murid banyak berusaha kerana guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Di dalam teori pilihan , selepas individu membuat pilihan, tingkah laku terhasil. Di dalam Teori Terapi Realiti tingkah laku yang lebih positif terbentuk apabila selesai sesi terapi. Apabila tingkah laku berubah maka perasaan akan juga berubah. Guru yang berpengetahuan mengenai kedua dua pendekatan ini akan dapat mengesan perubahan tingkah laku murid apabila pembelajaran telah berlaku. Bila pembelajaran telah berlaku, perubahan tingkah laku yang positif diharapkan akan berlaku. Dengan ini murid dapat membina matlamat hidup yang realistik. Guru boleh menggalakkan menilai tingkah laku sendiri sama ada positif atau negatif. Tingkah laku murid akan berubah setelah mengenal pasti tingkah laku itu .Ini akan menyedarkan individu tentang punca kegagalan mereka pada masa kini.

~ 16 ~

KESIMPUlAN Pada pendapat saya, kesemua pendekatan di atas berguna kepada guru. Guru boleh

menggabungkan kesemua pendekatan atau memilih mengikut keadaan dan keperluan murid. Di sinilah perbezaan guru yang bijak , memilih dan mengatur strategi berkesan dalam menangani masalah . Matlamat utama murid mesti dikembangkan dirinya untuk berjaya bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam kehidupan. Tugas guru mencuba berbagai cara untuk menolong murid mengembangkan potensi diri mereka. Setiap pendekatan atau teori menekankan setiap manusia perlukan sesuatu kerana ia sebahagian dari fitrah. Namun dari konteks teori psikoanalitik, dinamakan sebagai sexulity di mana manusia berhajat untuk mencapai apa sahaja yang mendatangkan keseronokan. Manakala dari segi teori oleh Maslow , semua manusia akan cuba mendapatkan dan memenuhi keperluan asas yang merangkumi makan, minum air, perlindungan , keperluan tidur , rehat ,seks dan pakaian. Melalui teori oleh Maslow , semua manusia akan cuba mendapatkan dan memenuhi keperluan asas yang merangkumi makan, minum air, perlindungan , keperluan tidur , rehat ,seks dan pakaian. Pada pendekatan Maslow juga menekankan pentingnya pembentukan insan yang cemerlang apabila memenuhi kesempurnaan kendiri. Ciri- ciri insan yang telah mencapai tahap ini ialah memiliki keyakinan kendiri yang tinggi, kepuasan dalam hidup , ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Ahli ahli psikologi telah menggunakan beberapa pendekatan bagi menghuraikan konsep konsep atau idea mereka berkaitan dengan tingkah laku manusia. Pendekatan ini mempunyai kekuatan tersendiri dan kadangkala berkesinambungan antara satu pendekatan dengan pendekatan yang lain. Adalah penting masalah murid dikenal pasti awal supaya bantuan dan bimbingan dapat diberikan segera. Kerjasama antara guru dan ibu bapa adalah perlu dalam membimbing murid murid. Tugas utama guru dalam hal ini adalah

~ 17 ~

mengkoordinasikan murid murid dalam mengenal pasti, memberi pengajaran dan perhatian seterusnya mengambil langkah langkah perlu menggunakan pendekatan pendekatan yang disarankan oleh ahli ahli psikologi.

BIBLIOGRAFI. Amirul Amin . (2008). Kenali jiwa kanak-kanak. Petaling Jaya: Perpustakaan Negara Malaysia Atan Long ( 1976) , Psikologi Pendidikan .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Hasnah Kasan, Azizan Ahmad. (2006), Sahsiah Pelajar Cemerlang. Bina Ummah Publication. Rahmatullah Khan.(2011) .Modul KKD 2063 Pembangunan Sahsiah ,Modul PJJ UPSI: TanjungMalim

~ 18 ~