Anda di halaman 1dari 3

Resipi oat

Bahan-bahan: Sayur bayam Tomato (dipotong 4) Oat segera Bawang merah (dihiris) Bawang putih (dihiris) Ikan bilis @ ayam @ daging sedikit minyak untuk menumis Lebih kurang 1 cawan air secubit garam sebagai perasa Cara masak: Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau, masukkan air dan tomato, biarkan mendidih. Gunakan api yang besar. Selepas mendidih, masukkan sayur bayam yang telah dicuci bersih dan kacau. Segera matikan api supaya daun bayam tidak terlebih masak dan masukkan oat segera. Kacau rata supaya oat tidak berketul. Masukkan secubit garam sebagai perasa. Sedia untuk dihidang.

2. Bahan-bahan ( 2 org mkn )



1. 2. 3. 4. 5. 6. oat segera kiub pati ayam filet ikan(gune nuget ayam pon bole, jejari ayam ke) cendawan tiram kelabu bawang besar seulas bawang putih bawang goreng(utk hiasan)

Cara-cara
tumis bawang bsr n bwg putih smpai naik bau msukkan air sikit and msukkn skli oat..toksah byk sgt..sikit je..oat tu toksah byk sgt..nti muak bile oat dh kmbg skit, msukkn pati ayam( skit suda) msukkn cendawan msukkn filet ikan yg tlh dipotong dadu(kene goreng dulu, klo gune bebola ikan, fishcake x pyh goreng, msuk je trus) pas siap, tabur bwg goreng ats bubur..gerenti sedappppp

Bahan-bahan ( - )


1. 2. 3. 4.

Udang (dibersihkan dan dibuang kulit) Putih telur Tepung jagung Oat Garam Minyak bijan Minyak masak

Cara-cara
Udang diperap sekejab dengan minyak bijan dan garam. Celup udang ke dalam putih telur dan salut dengan tepung jagung. kemudian celup semula udang tadi ke dalam putih telur dan golekkan udang ke atas oat. Panaskan minyak dan goreng udang sehingga kekuningan/garing.

Bahan-Bahan :Oat 4 Sudu Besar (terpulang pada anda) Kiub Tomyam (Saya letak 1 je sebab buat semangkuk je) Lobak Kobis Ikan Bilis Cili Padi Bawang Merah Olive Oil (Sebab tengah Projek Besar, minyak masak biasa pun boleh) Cara-cara memasak :-

Goreng Ikan bilis sehingga garing, masukkan bawang dan cili padi, goreng bersama, kemudian angkat dan ketepikan guna minyak gorengan tadi sedikit untuk menggoreng sayur, kemudian masukkan air, kiub tomyam dan Oat, masak sekejap je sebab oat cepat masak, agak-agak oat dah kembang kira masaklah tu.

Angkat dan hidangkan oat tomyam tadi, bolehlah letak ikan bilis goreng tadi diatas oat, sedia untuk dimakan. *Boleh juga tambah ayam, udang, sotong, terpulang pada anda, oh ye tak perlu letak perasa dah sebab tomyam tu dah cukup sedap.

Anda mungkin juga menyukai