Anda di halaman 1dari 10

Pada zaman dahulu,ada seorang raja yang baik hati bernama Raja Midas.

Suatu hari,Raja Midas bersiar-siar di taman istana. Baginda ternampak seorang lelaki tua sedang tidur di bawah pokok. Raja Midas mengejutkan orang tua itu. Baginda memerintahkannya supaya pulang. Baginda kasihan melihat orang tua itu yang nampak lemah.

Ketika Raja Midas hendak pulang, seorang pari-pari muncul. Pari-pari itu berkata, Tuanku, raja yang baik hati. Patik mahu memberikan satu anugerah kepada tuanku. Beta mahu apa-apa yang beta sentuh bertukar menjadi emas, kata Raja Midas.

Raja Midas terus menyentuh rumpun mawar. Sejurus baginda menyentuhnya ia menjadi emas. Raja Midas menyentuh pula pokok-pokok bunga. Semuanya bertukar menjadi emas. Permintaannya telah dikabulkan.

Raja Midas berasa lapar. Baginda pergi ke bilik santapan. Kemudian baginda mencapai gelas minuman. Gelas itu bertukar menjadi emas. Raja Midas berasa sangat lapar. Baginda sedih kerana tidak dapat santap.

Puteri Raja Midas datang lalu memeluknya. Baginda cuba menahan, namun gagal. Puteri telah menjadi patung emas kecil. Raja Midas berasa sedih. Akibat sikap tamak, baginda kehilangan puterinya. Semuanya bertukar menjadi emas.

Raja

Midas

memanggil

pari-pari

tadi

sehingga dia muncul. Pari-pari,tolong tarik balik sentuhan emas ini, kata Raja Midas. Beta merayu tukarkan permintaan beta itu. Beta mahu semuannya kembali seperti dahulu, rayunya.

Pari-pari Midas

mengetahui memeluk

Raja

Midas

tidak dengan

tamak lagi. Baginda benar-benar menyesal.Raja terus puterinya gembira. Kini baginda sedar puterinya lebih berharga daripada emas. Baginda sedar bahawa baginda perlu bersikap ambil ada iaitu berpuas hati dengan apa yang ada.

Nilai Moral 1. Kita tidak patut bersikap tamak. 2. Kita perlulah berpuas hati dengan apa yang kita miliki. 3. Kita perlulah menolong orang lain semasa mereka dalam kesusahan.

Kosa kata
memerintahkan - menyuruh

sedih

- pilu

ambil ada

- berpuas hati dengan apa yang ada