Anda di halaman 1dari 10

Menangisi Keadaan Ummat

Sekiranya kita melihat keadaan ummat Islam hari ini dengan kacamata Iman tentu kita akan menangisinya. Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Musuh-musuh Islam terus menerus melancarkan gerakan untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya menghina ummat ini dengan sehina-hinanya. Sedangkan pemudapemudanya yang menjadi modal dan harapan kebangkitan semula ummat ini masih terlena. Terlena dengan irama dan lagu yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam hingga melumpuhkan semangat dan daya juang mereka...hinggakan 'Kemahuan' yang menjadi asas kebangkitan turut terpadam bersama menungan dan lena yang panjang.

Wahai umat ku, UMAT YANG TERLENA!


Imbaulah masa-masa yang telah berlalu pasti akan kau temui satu zaman yang didokong oleh pahlawan Islam, pimpinan-pimpinan Islam dan orang-orang yang soleh. Namun, setelah beberapa generasi berlalu, umat Islam diselubungi kelekaan. Akibatnya umat Islam kini ditakluki dan ditindas oleh perancangan-perancangan Yahudi dan kerajaan-kerajaan kafir.

Kekayaan mereka dirampas, Iman menjadi lemah, neraca kehidupannya bertukar dan hukum al Quran dihindari.
Mereka mendidik keturunan orang-orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam dengan berbagai nama dan pakaian yang mempesonakan.

Begitulah pewaris-pewaris Firaun telah memperdayakan umat kita;

Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih sehingga mereka tiada kesedaran untuk mendengar nasihat dan petunjuk mahupun kembali kepada Deen Allah SWT.
Fi Zilaalul Quran

Demikianlah seni dan telitinya tipu daya yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin yang sesat lagi menyesatkan.

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga sarwa Ia menukar helang rajawali menjadi burung denak Mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu Lalu membenamkan bahtera ke dasar laut Mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu Dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Sedarlah wahai umat ku,

Zaman kegemilangan Islam telah berlalu, Umat Islam kini beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan dan kezaliman. Tetapi dengan berbagai-bagai situasi yang mengelilingi mereka, ditambah dengan berbagai peristiwa yang datang menyelubungi mereka dari semasa ke semasa, tanpa disedari mereka menerima penghinaan dan tunduk kepada keadaan. Secara beransur-ansur mereka merasa tenang dan terbiasa di dalam kehinaan ibarat singa yang telah dijinakkan...

Kehinaan yang menimpa manusia sekiranya disebabkan oleh orang lain atau faktor luaran akan cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat merbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari. Oleh itu, golongan toghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada rakyat melalui pendidikan yang hina dan asuhan tanpa akhlak. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.
Abdul Wahab Azam, As Shawarid

Lihatlah wahai umat ku,


Untuk melengkapkan konspirasi penghinaan itu, toghut yang zalim telah menindas pendakwah Islam supaya sistem pendidikan, media massa dan wartawan dikuasai oleh ilmuan, sasterawan dan cendiakawan buatan. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang pada zahirnya berbeza-beza. Mereka hiaskannya dengan solekan yang memperdayakan generasi baru, pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa supaya mereka berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam gejala seks dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan warisan umat Islam zaman gemilang yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah-kisah para ulama kerana bimbang ia akan menjadi lampu yang terang benderang untuk generasi baru muslim dan menunjukkan jalan kerja kepada mereka.

Zaman satu bangsa yang hina Tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan ahli yang arif bijaksana Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi Tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana : Mereka ajar anak singa menjadi kijang yang pengecut Dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

Inilah generasi baru kita wahai umat ku Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut. Sebenarnya mereka itu adalah Umat Islam yang merdeka Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.

Abu Umar
http://my.opera.com/azmibhr/blog/

Semoga perkongsian ini mendekatkan kita kepada Allah SWT

Anda mungkin juga menyukai