Anda di halaman 1dari 5

KANDUNGAN

1.

Pengenalan

2.

Konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak

2.1 2.2 2.3

kanak-kanak 6 -7 tahun kanak-kanak 8 - 9 tahun kanak-kanak 10 - 11 tahun

4. Rumusan

(a) Jelaskan konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Pengenalan

Pemikiran kreatif amat penting bagi membina sebuah Negara yang berdaya saing kerana dalam keadaan global sekarang , pemimpin yang kreatif akan membawa sebuah Negara menjadi Negara yang maju dan disegani. Bagi tujuan tersebut rakyatnya juga harus didtuntut untuk melalui transformasi melalau pemikiran yang kreatif bukan masih di takuk lama. maka .Sistem pendidikanperlu memainkan peranan bagi mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi terutamanya kanak-kanak di sekolah rendah kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Namun yang pasti menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku sehingga kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif. :Menurut kamus Dewan; kreatif membawa maksud mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin creare yang bermaksud membuat (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, Krainein yang membawa makna memenuhi.

Terdapat banyak teori yang dikemukakan oleh pakar psikologi untuk menjelaskan kepada kita tentang kreativiti dan pemikiran kreatif kanak-kanak dan bagaimana kita sebagai guru dan sebagai ibubapa dapat memainkan peranan sebaik mungkin bagi membantu dan mencungkil idea-idea kreatif di kalangan kanak-kanak. Dorongan daripada kita amat penting kepada kanak-kanak kerana mereka masih perlu di bimbing kerana tahap pemikiran mereka belum dapat lagi berdikari sepenuhnya .

2. 0

Konsep pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Pemikiran yang kreatif di kalangan kanak kanak adalah bergantung kepada perkembangan mental dan psikologi mereka. Ianya sejajar dengan perkembangan fizikal serta fungsi kognitif otak yang mengawal pelbagai jenis tindakbalas , maka mereka perlu di beri ransangan bagi menghasilkan pemikiran yang kreatif. Bagi kanak-kanak sekolah rendah yang terdiri daripada kanak-kanak yang berumur 7 tahun hingga 12 tahun. Pada peringkat ini, mereka mempunyai pemikiran kreatif yang tinggi berbanding peringkat umur yang lebih lanjut. Kemahiran berfikir kanak-kanak lebih kepada pemikiran yang secara kreatif yang merupakan kebolehan mereka untuk mencerna, berimaginasi, menghasilkan idea serta mempelbagaikan idea masing-masing. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak terutamanya menerusi aktiviti kesenian.

Maka disini , kita dapat melihat perkembangan pemikiran kreatif kanak-kanak melalui peringkat umur mereka. Iaitu kanak-kanak 6 - 7 tahun, kanak-kanak 8 -9 tahun dan kanak-kanak 10 11 tahun. 2 .1 Kanak-kanak 6 hingga 7 tahun

Kanak-kanak yang berusia 6 hingga 7 tahun boleh berdrama, memasak serta melakukan aktiviti interaksi. Contohnya dalam rancangan televisyen kanak-kanak Tom-tombak menunjukkan kepelbagaian kreativiti oleh kanak-kanak menjawab sebarang pertanyaan daripada pengacaranya ,Aznil Hj. Nawawi yang pandai meransang pemikiran mereka. Samalah juga dengan tanggungjawab ibubapa dan guru yang perlu pandai meransang pemikiran anak-anak dirumah serta di sekolah sehingga kanakkanak mampu menghasilkan suatu idea yang baru. 2 .2 Kanak-kanak 8 hingga 9 tahun

Bagi kanak-kanak yang berumur 8 hingga 9 tahun pula pemikiran kreatif mereka semakin berkembang yang mana mereka sudah mula memahami peranan dalam permainan iaitu darisegi peraturan serta skill yang perlu dikuasai dalam sesuatu permaian seperti permaian badminton, bola

sepak malah bermain catur. Kanak-kanak di usia ini juga pandai bercerita tentang pengalaman atau menceritakan semula cerita yang dibaca di dengar atau di lihat malah mereka mampu memberi ulasan atau menokok tambah cerita supaya ianya lebih baik daripada cerita asal dari sudut pandangan mereka. Maka sebagai ibubapa dan guru, kita harus menjadi jurulatih dan pendengar yang baik bagi menggalakkan mereka berfikir dan meluahkan pandangan serta pendapat mereka. Sekiranya pemikiran mereka terus diransang dan diberi kepercayaan , nescaya kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut akan berkembang cepat serta lebih kreatif berbanding kanak-kanak lain seusia dengan mereka. Malah pemikiran yang kreatif dapat membantu mereka meransang untuk menghasilkan ideaidea yang baru serta mampu menyelesaikan masalah yang wujud di sepanjang proses aktiviti yang lakukan seterusnya dapat mencungkil bakat unik anak-anak ini. 2 .3 Kanak-kanak 10 hingga 11 tahun

Kanak-kanak yang berusia 10 hingga 11 tahun pula akan dapat menguasai visualisasi iaitu memahami konsep secara berajah walaupun tanpa bantuan pendengaran seperti memahami maksud papan tanda yang mereka tengok. Guru boleh menggunakan kaedah penampilan visual bagi mencungkil pemikiran kreatif kanak-kanak kerana mereka sangat gemar perkara ini kerana ianya banyak persamaan dengan proses bermain- main. Antara cara yang diboleh digunakan ialah kertas,pensel, krayon, cat dan lain-lain untuk melukiskan idea-idea mereka. Juga boleh membuat guntingan surat khabar atau majalah bagi tujuan cantuman bagi mengambarkan idea mereka.

Mereka juga mulai boleh memahami konsep numerasi seperti dalam matapalajaran matematik tanpa bantuan bahan maujud untuk mewakili nombor. Disamping itu, penguasan literasi iaitu kemahiran berbahasa kanak-kanak semakin baik. Mereka sudah mampu mengunakan perkataan yang lebih panjang atau rumit untuk mewakili perbualan atau penulisan mereka. Jadi perkara yang penting bagi mengembangkan lagi kemahiran mereka dalam kontek visualisasi, numerasi ataupun literasi.

Aktiviti seni dapat membantu kanak-kanak mengembangkan pemikiran mereka menjadi lebih kreatif contohnya melakukan aktiviti pementasan drama yang mana kanak-kanak dibimbing membaca skrip serta melakon watak mengikut gaya kreativiti kanak-kanak tersebut berdasarkan visual yang ditonton. Kanak-kanak ini hanya perlu di beri galakan serta sedikit tunjuk ajar untuk melakukan sebarang bentuk aktiviti supaya mereka dapat meluahkan pemikiran kreatif mereka. Melalui aktiviti seni ini juga, kanak-kanak akan lebih pandai berdikari dan lebih yakin kepada diri sendiri Bagi guru-guru yang mengajar matematik pula konsep numerasi juga boleh dikuasai dengan cepat dan berkesan sekiranya

ianya diselitkan dengan visual atau nyanyian iaitu perkara yang berkaitan dengan seni. Ianya boleh meransang pemikiran kreatif serta meningkatkan kemahiran berfikir terutamanya kanak-kanak yang mana pemikiran mereka mudah teransang dengan perkara-perkara yang menyeronokkan bagi mereka seperti menyanyi serta melakukan pergerakan dalam proses pelajaran.

RUMUSAN

Pemikiran kreatif sudah lama dan sering diperkatakan secara ilmiah ataupun tidak. Acapkali juga ianya sering kali ada perbezaan pendapat pada pengertian

kreatif itu sendiri. Sebenarnya hal ini adalah perkara biasa dalam dunia akademik kerana masing-masing merupakan tokoh akademik, penyelidik, sarjana dan dapat mengemukakan konsep yang asli berdasarkan pemerhatian, pengalaman, kajian

dan latar disiplin ilmu yang mereka masing-masing miliki. Justeru itu banyak teori yang di kemukakan berdasarkan pemikiran kreatif ini. Bagi kanak-kanak di sekolah rendah, pemkiran kreatif mereka sangat aktif kerana tahap umur mereka masih

melihat sesuatu perkara atau benda dengan pandangan yang positif dan luas. Dan kita percaya bahawa kreativiti kanak-kanak tiada tololk bandingnya kerana mereka masih melihat sesuatu dengan pandangna yang positif . maka sebagai pendidik mahupun penjaga kepada mereka , kita harus member mereka dorongan dan sokongna yang sewajarnya bagi mengoptimumkan pemikiran kreatif mereka unuk kebaikan pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai