Anda di halaman 1dari 3

MAKLUMAT RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSM

Maklumat untuk semasa praktikum


1. Memastikan perkara-perkara yang perlu ada dikalangan guru pelatih semasa menjalani
Pengajaran dan pembelajaran:

i. Buku Rancangan Pengajaran yang dikeluarkan oleh Universiti. (dalam bentuk fail)

ii. Buku Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSM terbitan PPK 2000

iii. Buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual terbitan PPK /DBP 2003

iv. Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual terbitan PPK 2002

2. Rancangan Pelajaran Tahunan

Guru pelatih sewajarnya menyediakan rancangan pelajaran tahunan Pendidikan Seni


Visual KBSR. Kebiasaannya pihak panitia Pendidikan Seni Visual telah pun menyediakan
rancangan tahunan tersebut. Guru Pelatih perlu selitkan salinan rancangan tahunan di dalam
buku rancangan pelajaran.

3. Rancangan Mingguan (Selama minggu praktikum)

Guru Pelatih perlu menyediakan rancangan mingguan selama minggu praktikum


berdasarkan rancangan tahunan yang disediakan. Rancangan ini penting untuk Penyelia
menyemak kesesuaian pengajaran tahunan dan harian selama pelatih menjalankan praktikum.

4. Rancangan Pengajaran Harian.

Guru Pelatih perlu menyediakan rancangan harian mengikut format yang telah
ditentukan. Bagi guru pelatih yang mengajar pendidikan seni visual, rancangan harian perlu
selaras dengan kehendak Kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSM Kementerian Pelajaran
yang menekan beberapa perkara berikut:

i. Berpandukan Strategi pengajaran yang dicadangkan oleh Kementerian


Pelajaran;

‘…strategi Pengajaran dan pembelajaran seperti Teori Kecerdasan Pelbagai,


Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontektual, Konstruktivisme, Pembelajaran
Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif, Belajar Cara Belajar dan Pembelajaran Masteri adalah
selaras dengan visi dan misi Pendidikan Negara….’ ( PPK, Huraian sukatan
Pelajaran Pendidikan Seni Visual, 2003)

ii. Memastikan aktiviti pembelajaran berlaku mengikut aras seperti berikut:

Aras Aktiviti Pembelajaran


Aras 1 Pemahaman yang jelas tentang konsep, fungsi dan
penghayatan
Aras 2 Penggunaan alat, bahan dan teknik yang sesuai untuk
penghasilan bahan
Aras 3 Aktiviti di aras ini melibatkan peningkatan penghasilan
bahan yang berkualiti, kreatif serta mampu membuat

Format rancangan pengajaran harian/ hassan/05 1


kritikan.
iii. Berpandukan format latihan mengajar seperti contoh berikut:

Tarikh : 25 Januari 2009


Hari :
Waktu : 2 waktu
Masa : 1 jam 20 minit

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual


Tingkatan : 1 Amanah
Bilangan Pelajar : 30 orang
Bidang : Seni halus
Unit Pembelajaran : Lukisan teknik garisan selari
Tajuk/ Tema : Alam Sekitar

Objektif Hasil Di akhir pembelajaran, murid dapat:


Pembelajaran 1. Menghasilkan lukisan bunga dengan aplikasi teknik
Objektif dalam bentuk
garisan selari.
‘eksplisit’ ditulis agar
penyelia dapat menilai pada 2. Boleh menggunakan cara betul alat dan bahan melalui
teknik garisan selari
akhir pelajaran adakah
3. Boleh menghasilkan lukisan sekurang-kurangnya 70 %
pelajar dapat capai apa dapat menghasilkan lukisan teknik garisan selari dengan
yang dipelajari baik.

Pengetahuan sedia ada:


• Pelajar telah belajar garisan melalui bidang asas seni
reka
• Pelajar telah pun melihat objek alam sekitar
• Pelajar telah menggunakan bahan pencil semasa aktiviti
pendidikan seni visual.
Penggabungjalinan
Kemahiran:
• Mengenal tumbuh-tumbuhan dalam bidang Sains
Aktiviti Guru
• Jenis-jenis garisan dalam asas seni reka
adalah
KBKK: • Menjanakan idea, membuat gambaran mental, menilai.
pemilihan
Nilai:
• Kerjasama dalam menghasilkan lukisan kaedah
• Ketekunan dalam pengkaryaan dalam P&P
• Sentiasa menghargai keindahan ciptaan Tuhan
Alat / Bahan dan Sumber: • Pencil, pemadam, kertas lukisan
• Buku Sumber Guru ms:
Set Induksi boleh
Langkah / Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Alat, BBM
berlaku pada awal
Masa Aktiviti Guru Aktiviti Murid dan Catatan
atau pertengahan P & Set Induksi Permainan kotak • Guru • Mainan kotok • Radio
P. Untuk menimbulkan ( 5 minit ) beracun dengan menghadiahkan beracun • Tape
rangsangan iringan muzik bunga ros kepada • Murid diberi lagu
pembelajaran pelajar yang hadiah selepas • Bunga
menjawab soalan menjawab ros
yang dikemukakan soalan guru.

Aras digunakan untuk


menentukan
pembelajaran berlaku
secara terancang dan
mengikut turutan

Format rancangan pengajaran harian/ hassan/05 2


Langkah 1 Aras 1: Mengumpul • Guru • Pelajar • Carta
(15 minit) maklumat, menerangkan mendengar jenis
pemahaman konsep jenis-jenis garisan sambil bersoal garisan
dan penghayatan dan fungsi garisan jawab • Lukisa
n yang
• Jenis Garisan • Guru • Menjawab mengg
• Fungsi garisan menunjukkan soalan dari una-
• Kesan garisan beberapa lukisan guru kan
Langkah-langkah boleh yang garisan
menggunakan
berlaku hingga langkah 4
garisan
atau 5. Bergantung
pemberatan • Menyoal jawab
pembelajaran dengan pelajar
mengenai garisan
Langkah 2
(20 minit )
Langkah 3
( 30 minit)
Penutup perlu dilihat Penutup • Penutup • Guru memilih • Pelajar berhenti
seperti tulisan objektif (10 minit) • Penilaian beberapa karya melukis
tingkah laku • Apresiasi pelajar dan pamer
di hadapan kelas • Mempamerkan
• rumusan
karya di
• Guru meminta hadapan kelas
beberapa pelajar
membuat • Membuat
penilaian dengan apresiasi karya.
bercerita

Refleksi Guru pelatih: (menyatakan kesan pembelajaran berlaku sama ada


baik atau terdapat masalah dalam p & p.

Catatan Guru Pembimbing:

Catatan Pensyarah Penyelia:

Nota: Format Rancangan ini adalah contoh dan bergantung pada keperluan pengajaran dan
pembelajaran.
Format yang ditulis ini adalah merupakan panduan dan telah disesuaikan dengan
keperluan strategi P & P dikemukakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Format rancangan pengajaran harian/ hassan/05 3

Anda mungkin juga menyukai