Anda di halaman 1dari 24

PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

Oleh Nurul Aini Mudayat, Tengku Noor Anisah Tengku Ariffin & Suzana Abdullah Universiti Malaya

Abstrak Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait dan Faktor ini juga bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat

diperolehi.Teori ini berasaskan jangkaan terhadap pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.

Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan dalam pemilihan kerjaya seperti teori trait dan faktor, teori pemilihan kerjaya Holland, teori pemilihan kerjaya Anne Roe, teori psikoanalitik Bordin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, teori trait dan faktor akan difokuskan.

Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali dengan berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Trait dan Faktor (Osipow, 1973). Teori ini juga dikenali sebagai Minnesota Point Of View hasil kerja E. G. Williamson dan rakan-rakan di University of Minnesota. Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini percaya setiap individu yang wujud di dunia ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, trait-trait tertentu yang dapat diukur dengan tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi. Teori ini berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan. Teori Trait dan Faktor adalah teori yang sudah diasaskan oleh Frank Parson, iaitu bapa perkembangan bimbingan kerjaya dan juga merupakan penulis buku Choosing the Vocation pada tahun 1909. Buku inimenerangkan bagaimana untuk memilih sesuatu kerjaya yang terbaik. Dalam Teori Trait dan Faktor ini, apa yang dapat dijadikan pegangan adalah setiap individu yang memiliki trai-trait psikologikal tertentu yang terbentuk akibat daripada interaksi individu itu dengan persekitarannya. Semakin hamper keselarasan antara ciri-ciri peribadi seseorang individu dengan keperluan dan persekitaran pekerjaan maka individu itu akan mendapat kepuasan yang tinggi dalam kerjayanya dan seterusnya berupaya menghasilkan produktiviti yang tinggi. Idea teori ini khususnya melihat tentang penyesuaian kerjaya dengan trait personaliti individu adalah satu sumbangan besar yang diberikan oleh teori ini kepada para kaunselor kerjaya dalam melaksanakan tugas mereka. Tugas utama kaunselor berdasarkan kepada teori

ini adalah membantu kliennya membuat pemadanan yang sebaik mungkin antara dirinya (klien) dengan sesuatu persekitaran kerja.

Andaian Teori Menurut Harunnaja Najmudin (2006) dalam (Hogan, DeSoto, dan Solano (1977) dalam Brown, D dan Brooks, L. (1999)) sepanjang sepertiga yang awal abad ke-20, trait sudah diandaikan sebagai struktur psikik dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang terletak di suatu tempat dalam otak atau sistem. Disebabkan oleh andaian ini, ahli psikologi percaya bahawa alat-alat dapat dicipta dan dibangunkan bagi mengukur intrinsik individu. Faktor pula adalah satu bentuk bukti statistik bahawa sesuatu trait itu wujud dalam diri individu. Perkataan faktor mula muncul apabila teknik faktor analitikal digunakan dalam mengkaji trait-trait individu yang berhubung kait dengan kebolehan intelektual. Ketika itulah perkataan factor digunakan silih berganti dengan perkataan trait. Teori ini mengandaikan bahawa individu mempunyai kombinasi unik ciri-ciri yang boleh diukur dan dikira dengan tepat dan mempamerkan ciri-ciri tertentu untuk melaksanakan peranan pekerjaan dengan jayanya bagi sesuatu pekerjaan tertentu. Miller (1974) mengemukakan andaian-andaian mengenai teori Trait dan Faktor yang meliputi sebahagian besar perkembangan kerjaya merupakan suatu proses kognitif di mana keputusannya dicapai melalui pemikiran. Pilihan pekerjaan merupakan suatu perkara yang penting. Berdasarkan pengaruh Parson, pilihan diberi penekanan yang sangat besar manakala perkembangan diberi penekanan yang sangat kecil. Bagi setiap individu, terdapat suatu tujuan yang tepat dalam pemilihan kerjaya. Hanya sedikit individu atau kurang yang boleh dipadankan dengan pelbagai jenis kerjaya. Satu pekerjaan hanya dikhususkan untuk seorang individu. Andaian ini melambangkan konsepnya yang sesuai dengan pendekatan teori Trait dan Faktor. Terdapat satu pilihan kerjaya yang telah tersedia bagi setiap individu.

Zaccaria (dalam Weinrach, 1979:63) menyatakan bahawa Individu mempunyai kebolehan dan trait-trait yang unik. Trait-trait ini pula mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Individu mempunyai satu set kualiti yang agak homogenius yang perlu untuk kejayaan dalam sesuatu jenis pekerjaan. Ujian iaitu pengukuran trait yang objektif dan standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal kejayaan pekerjaan masa depan seseorang. Frederikson (1982) mengemukakan beberapa andaian yang mendasari teori Trait dan Faktor di mana setiap individu memiliki suatu pola sifat-sifat yang unik yang dapat diukur secara tepat dan sah. Setiap pekerjaan memiliki suatu pola persyaratan sifat yang unik dan dapat diukur agar pekerjaan itu dapat dikerjakan dengan berhasil dalam apa jua keadaan. Untuk memadankan sifat-sifat individu dengan sifat-sifat pekerjaan. Semakin tinggi kesepadanan antara sifat-sifat individu dan sifat-sifat pekerjaan, maka seseorang itu akan lebih produktif terhadap kerjayanya. Pandangan Klein dan Weiner (1977) dapat disimpulkan dengan menyatakan setiap individu mempunyai set trait yang unik yang boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai. Setiap pekerjaan memerlukan pekerja memiliki trait yang sangat spesifik bagi membolehkan pekerja itu berjaya. Walau bagaimanapun, pekerja yang memiliki ciri-ciri yang agak luas (tidak spesifik) masih boleh untuk berjaya dalam pekerjaan yang dilakukannya. Pemilihan sesuatu pekerjaan adalah suatu proses yang agak mudah difahami (rather straight forward) dan pemadanan antara inidividu dengan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri peribadi dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam pekerjaan tersebut iaitu menghasilkan produktiviti dan kepuasan yang tinggi. Berdasarkan pernyataan penulis-penulis di atas dapat disimpulkan di sini bahawa setiap individu itu mempunyai trait-trait yang tersendiri berdasarkan perbezaan individu.

Berdasarkan trait-trait tersebut, dapat dikenalpasti kebolehan dan kelebihan seseorang individu itu yang biasanya dilakukan melalui ujian.

Definisi Trait dan Faktor Trait merupakan ciri-ciri individu yang boleh diukur menerusi ujian. Struktur psikik dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang terletak di suatu tempat di dalam otak atau sistem saraf. (Hogan, De Soto & Solano, 1977). Faktor merujuk kepada ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Ia merujuk kepada ciri-ciri yang diperlukan untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Istilah trait dan faktor merujuk kepada penilaian ciri individu dan pekerjaan (Sharf, 1992). Maka, dapat dilihat di sini trait dan faktor mempunyai ciri-ciri yang saling berkait untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya. Hal ini demikian kerana, untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya, seseorang itu perlu mempunyai trait-trait yang tertentu yang telah dikenalpasti.

Prinsip Teori Trait dan Faktor Parson (1909) menyatakan bahawa, untuk memilih sesuatu kerjaya, seseorang individu itu haruslah mempunyai idea untuk mendapatkan maklumat-maklumat iaitu memahami diri sendiri iaitu kefahaman yang jelas tentang diri sendiri; sikap, kebolehan, minat, cita-cita, dan sumber-sumber yang terhad; serta sebab-sebabnya. Mengatahui maklumat pekerjaan iaitu pengetahuan tentang keperluan dan syarat-syarat kejayaan, kebaikan dan keburukan, pampasan, peluang, dan prospek dalam selaras kerja yang berbeza. Disamping itu , individu itu boleh memperolehi pengetahuan berkaitan dengan dunia pekerjaan iaitu jenis maklumat atau penerangan berkaitan pekerjaan, keadan bekerja, gaji, klasifikasi dan syarat-syarat yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan- adakah padan dengan trait dan faktor yang dimiliki.Dan penaakulan benar mengenai hubungan antara kedua-dua

kumpulan fakta di atas.atau memadankan antara dua perkara di atas dan membuat keputusan yang rasional berkaitan dengan kerjaya.Memadankan maklumat mnengenai diri dan dunia pekerjaan boleh dilakukan menerusi cara manual iaitu memadankan skor yang diperolehi dengan pekerjaan yang sesuai atau menerusi bantuan komputer. Tedapat pelbagai sumber untuk memahami diri sendiri iaitu melalui ujian, inventori, maklumat pekerjaan dan menerusi perbincangan dan temuduga. Terdapat 5 trait dan asas yang boleh dinilai iaitu apitud (bakat), pencapaian (achivements), minat (interest), nilai (value) dan personaliti. Apitud (bakat), digunakan untuk meramal kejayaan masa depan sama ada dalam pendidikan dan latihan pekerjaan. Kaunselor perlu menyatakan bahawa ianya bergantung kepada keputusan yang diambil oleh klien. Pencapaian (achivements) merujuk kepada keadaan dimana individu menyertai sesuatu keadaan dan berjaya memperolehi pencapaian terbaik di sepanjang kehidupannya. Pencapaian ini meliputi 3 jenis iaitu pencapaian akademik, kerjaya dan pemadanan yang bersesuaian dan layak untuk memasuki sesuatu pekerjaan. Ia diukur secara kuantitatif menerusi ujian yang berkesan. Minat (interest) di mana seseorang individu itu perlu menjalani ujian minat terhadap sesuatu pekerjaan. Nilai (value) terbahagi 2 iaitu nilai umum dan nilai berkaitan pekerjaan dan persoanliti pula berkenaan dalaman diri seseorang dalam memilih pekerjaan. Maka, menurut teori ini,seseorang itu perlu memahami diri sendiri, mengetahui maklumat pekerjaan seterusnya memadankan maklumat mengenai diri dan dunia pekerjaan. Perkara ini perlu dilakukan agar pekerjaan yang dipilih sesuai dengan trait-trait yang dimiliki.

Aplikasi Teori Trait dan Faktor Matlamat pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri personal atau peribadi individu selaras dengan keperluan keperluan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Aspek ini penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh

menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja, pencapaian dan produktiviti. Intipati daripada kenyataan ini ialah betapa perlunya isu mengenai keselarasan individupersekitaran atau individu-pekerjaan ini diberi penekanan di dalam proses pemilihan kerjaya. Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya menggunakan kaedah saintifik memerlukan suatu strategi yang sistematik, tepat dan berkesan. Strategi yang diutarakan beliau meliputi tiga perkara iaitu mengenal pasti trait dan ciri diri individu bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan diri. Menganalisis keperluan pekerjaan iaitu cuba mendapatkan semua maklumat penting berkaitan pendidikan dan pekerjaan. Memadankan individu dengan kerjaya iaitu membuat keputusan pemilihan bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri. Dalam penulisan ini, dilihat kepada salah satu sesi kaunseling iaitu kajian kes dan juga pengaplikasian teori di kajian lapangan yang telah dipilih dengan memenuhi ciri-ciri yang berkaitan tajuk kajian yang telah dinyatakan. Kes ini diringkaskan kepada beberapa item yang jelas dan senang difahami.

Pengaplikasian Sesi kaunseling (Kajian Kes) : Ai Vee seorang pelajar lepasan STPM dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Ai Vee merupakan anak kedua kepada pengurus besar di salah sebuah syarikat terkenal di Kuala Lumpur. Seperti pelajar lain, Ai Vee juga mempunyai impian untuk mencapai citacita. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Justeru minat yang semakin

mendalam terhadap kerjaya pilihannya itu menjadikannya semakin tidak sabar untuk memegang status dalam bidang pekerjaan pula. Walaubagaimanapun, cita-cita Ai Vee tidaklah disokong oleh ibu dan bapanya sehinggalah urusan untuk pemilihan kursus di universiti turut ditentukan oleh ibu bapanya. Ini bermakna mereka akan membuat keputusan peimilihan kursus untuk Ai Vee. Ai Vee tidak meminati kursus pilihan yang diinginkan oleh

ibu bapanya iaitu dalam bidang Perniagaan dan Perakaunan. Akhirnya ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menghantarnya berjumpa dengan kaunselor kerjaya.

Langkah-Langkah Dalam Proses Pemilihan Kerjaya Mengikut Teori Trait dan Faktor Langkah-langkah dalam model Trait dan Faktor telah digunakan untuk memilih pekerjaan yang sesuai dengan mengenalpasti beberapa ciri yang stabil berkaitan keperluan permintaan pekerjaan. Hasil usaha yang kongruen dengan kebolehan individu dan kepentingan pekerjaan yang sesuai akan membawa kejayaan dan kepuasan kerja. Secara kebetulan, Parson meletakkan tekanan pada memilih kerjaya daripada mendapatkan pekerjaan (Mogi Kazuyuki and Wang Kuo-lin, 2006). Dalam satu kajian perbincangan telah mengatakan bahawa hanya sebagai kebahagiaan boleh menjadi satu perkara pilihan iaitu, bagaimana dan juga sama ada seseorang membuat pilihan pengaruh sama ada ia gembira atau tidak, pilihan juga boleh menjadi satu perkara kebahagiaan. Ini adalah berikutan kekecewaan seseorang yang salah membuat keputusan sendiri dan bukannya disebabkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pilihan mereka. Individu sebegitu akan lebih sentiasa berusaha untuk membuat "lebih baik" pilihan dan pertimbangan, melalui usaha untuk meningkatkan kebahagiaan mereka. (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja Lyubomirsky, Katherine White & Darrin R. Lehman, 2002) Matlamat akhir teori kerjaya yang dikemukakan oleh Frank Parson ini adalah untuk memastikan ciri peribadi seseorang individu itu selaras dengan keperluan bidang pengajian atau pekerjaan. Pilihan bidang akan menjadi lebih risiko jika kuantiti pilihan bidang terlalu banyak (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja Lyubomirsky, Katherine White & Darrin R. Lehman, 2002). Keselarasan antara ciri peribadi dengan ciri pekerjaan atau program pengajian adalah sangat penting kerana ia dikatakan boleh mempengaruhi motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam sesuatu pekerjaan.

Sehubungan itu Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan. Dalam sesi kaunseling, kaunselor boleh mengaitkan latar belakang kes dengan penggunaan teori Trait dan Faktor. Langkah pertama ialah menolong Ai Vee mengenal pasti potensi dirinya dengan menggunakan kaedah tertentu. Kaunselor menyediakan ujian psikologi yang sesuai seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian pencapaian. Dalam kes ini, ujian minat kerjaya Holland telah diberikan kepada Ai Vee. Menurut Nowak (1986), untuk mengenal pasti potensi diri individu, aspek yang berkaitan dengan personaliti, minat, nilai serta pencapaian perlulah diteroka secara objektif dan mendalam.

Situasi langkah pertama : Ai Vee: Saya tidak pasti dengan pilihan saya ini. Saya keliru sama ada saya perlu untuk meneruskan cita-cita saya atau hanya mengikut kehendak pilihan ibu bapa saya Kaunselor: Saya berminat hendak tahu penerangan dari anda (kaunselor cuba mengumpul maklumat untuk penilaian pengalaman Ai Vee mengenai ciri-ciri yang ada pada klien dan faktor yang mempengaruhi situasinya sekarang) Ai Vee: Saya kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang mahir untuk berdebat. Sedangkan saya tahu kerjaya seorang peguam perlu mempunyai kemahirankemahiran yang baik dalam penggunaan bahasa Inggeris dan mahir berhujah. Kaunselor: Memiliki kemahiran tersebut adalah sukar bagi anda (Kaunselor menyemak maklumat mengenai potensi diri Ai Vee yang diminta untuk disusuli dalam maklumat yang ingin diterokai bersama).

Ai Vee:

Saya sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa di sesi persekolahan dan semasa melibatkan diri dalam persatuan belia di luar sekolah. Sebenarnya saya memegang jawatan sebagai pengarah bagi mewakili remaja di bawah umur 21 tahun. Banyak pertandingan dan juga persembahan yang saya libatkan diri sepanjang saya menjadi ahli persatuan tersebut.

Kaunselor:

Nampaknya anda banyak terlibat dengan aktiviti sosial persatuan. Ini mengingatkan saya mengenai Ujian kerjaya Holland yang anda buat hari itu. (Kaunselor mengaitkan perkaitan perbincangan skor Ujian kerjaya Hollamd yang dibuat oleh Ai Vee pada sesi yang lepas yang mana memberi skor tertinggi adalah S iaitu Sosial).

Ai Vee:

Ya betul sangat tu. Saya akan merebut peluang untuk melibatkan aktiviti dalam semua acara.

Kaunselor:

Anda betul-betul suka untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara yang dianjurkan oleh persatuan

Ai Vee:

Ya. Saya suka sangat bersosial dan saya fikir kita semua akan melakukan terbaik dan mendapat nombor satu dalam setiap perkara.

Kaunselor:

Anda seperti mahu menggembirakan hati anda dengan kemenangan yang anda perolehi. (Kaunselor merujuk kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh jenis Sosial.)

Ai Vee:

Ya. Tapi saya tak tahu untuk memilih pilihan yang terbaik. Saya memerlukan sokongan daripada ibu dan bapa saya.

Kaunselor:

Adalah menjadi sukar bagi anda untuk membuat pilihan. (Kaunselor peka minat Ai Vee dan kecenderungannya dalam bersosial. Kaunselor juga peka

10

akan kelemahan Ai Vee yang mendatangkan masalah kepadanya untuk membuat keputusan)

Langkah kedua dalam strategi pemilihan kerjaya yang baik memerlukan individu mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin mengenai sesuatu pekerjaan atau bidang pengajian. Ai Vee diminta untuk mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin mengenai bidang pekerjaan yang diminatinya. Antaranya termasuklah penerangan tentang pekerjaan, keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan dan maklumat lain yang berkaitan. Strategi ini telah dibincangkan semasa sesi kaunseling yang seterusnya, dimana kaunselor memberikan kerja rumah kepada Ai Vee untuk mengumpul maklumat yang berkaitan. Sumber maklumat yang dicari adalah dibenarkan saluran sama ada melalui media elektronik, media cetak, pengalaman orang dan sebagainya. Kaunselor juga telah membuat penyediaan mencari sumber maklumat yang berkaitan. Kerja rumah yang diberikan adalah dengan meminta Ai Vee untuk membuat perbandingan maklumat kedua-dua pilihan.

Situasi langkah kedua: Ai Vee: Apabila saya fikirkan kembali, banyak orang mempengaruhi kerjaya yang saya minat sekarang iaitu peguam. Sebaliknya kerjaya yang saya kurang minat menjadi pilihan yang dibuat oleh ibu dan bapa saya. Saya boleh untuk membantu dan mewarisi warisan keluarga saya dalam bidang perniagaan tetapi ia bukanlah cita-cita saya. Kaunselor: Walaupun anda tidak meminati bidang perniagaan, tetapi anda masih ingin mengambil berat warisan keluarga anda.

11

Ai Vee:

Ya. Ibu bapa saya inginkan saya ada ekonomi yang kukuh dalam hasil kerjya saya. Warisan keluarga adalah impian mereka untuk saya. Mereka inginkan terbaik untuk saya.

Kaunselor:

Tetapi anda perlu untuk membahagikan sumber maklumat yang ada. Anda boleh bandingkan maklumat kedua-dua pilihan ini. (kaunselor menggalakkan klien untuk membuat perbandingan sumber maklumat mengenai kedua-dua pilihan)

Langkah ketiga, kaunselor membincangkan maklumat yang dikumpulkan untuk tujuan menjelaskan dan memberikan celik akal kepada Ai Vee mengenai bakat dan potensi yang dimiliki yang berseuaian atau sepadan dengan pemilihan kerjaya yang dinginkan. Pada peringkat ini memerlukan Ai Vee membuat keputusan dalam memilih kerjaya. Langkah terakhir ini sangat penting kerana ia akan menentukan masa depannya. Pada peringkat ini Ai Vee diminta untuk menentukan dengan tepat matlamat kerjayanya dengan memadankan maklumat berkaitan potensi diri dengan maklumat tentang kerjaya yang dipilih. Dalam proses pemadanan kedua aspek ini, unsur kompromi aspek berkenaan mungkin memainkan peranan yang sangat penting.

Situasi langkah ketiga Ai Vee: Saya rasa sangat bersemangat sekarang!. Saya dapat pelbagai pendedahan maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua pilihan yang perlu dibuat. Kaunselor: Bagus. Nampaknya anda telah melakukan banyak kerja rumah (Kaunselor memilih untuk memberi penguhan positif kepada Ai Vee berikutan penemuan pendedahan maklumat yang dijumpai. Tanpa maklumuat pekerjaan,

kaunseling kerjaya akan kurang berjaya).

12

Ai Vee:

Saya rasa akan pilih kursus Guaman. Saya tahu kursus guaman sangat tinggi jangkaan pembelajarannya. Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat

menerokai bidang tersebut melalui pendedahan maklumat yang berguna. Walaubagaimanapun, saya masih fikir adakah pilihan saya adalah betul dan bersesuaian dengan trait saya. Kaunselor: Bidang kursus guaman ini sangat tinggi ekspetasi secara keseluruhan aspek seperti yang dibincangkan sebelum ini. Ai Vee: Apabila saya melihat kepada pendedahan maklumat ini, ia telah membuatkan saya lihat bahawa boleh memilih kursus untuk guaman dan dalam masa yang sama saya juga boleh melibatkan diri dalam bidang perniagaan warisan keluarga saya dengan bekerjasama dengan syarikat hak milik keluarga saya. Bidang guaman boleh bekerjsama dengan syarikat lain atas urusan jaminan pekerja dan hak pekerja misalanya. Oleh itu saya akan meneruskan pilihan saya ini Kaunselor: Adalah bijak anda dapat melihat seperti ini. Anda boleh integrasi kan minat anda (Meneguhkan celik akal klien bagaimana untuk menggabungkannya).

Walaupun proses pemadanan ini amat mudah difahami iaitu seakan-akan memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau memadankan pasak empat segi ke dalam lubang empat segi, namun proses ini amatlah rumit dan memerlukan kepakaran khusus. Pada akhir langkah ketiga ini Ai Vee perlu memastikan beliau mempunyai matlamat kerjaya yang jelas. Matlamat kerjaya yang jelas ini perlu kerana ia dapat memberi arah serta hala tuju kepadanya di samping berperanan sebagai sumber motivasi dalaman yang penting dan utama.

13

Pengaplikasian Trait dan Faktor Dalam Kajian lapangan Teori ini telah merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang trait, menghasilkan rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi asas pembentukan dokumen seperti Dictionary of Occupational Titles (DOT) di samping memberikan asas kepada kebanyakan penyelidik berkaitan dengan pencapaian kerja. Di sini dibincangkan beberapa kajian dalam negara dan juga luar negara yang berkait rapat dengan penyelidikan trait seseorang individu. Fokus utama bagi contoh yang ditonjolkan di sini adalah trait dan personaliti guru bimbingan dan kaunseling ataupun dipanggil kaunselor bagi sesetengah pengkaji. Kajian dalam negara yang dijalankan oleh Alma dan Daniel (2005) mengenai personaliti pelajar terhadap trait dan personaliti guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di empat buah sekolah di Negeri Johor. Kajian ini mendapati bahawa trait dan personaliti guru bimbingan dan kaunseling yang bersifat kemesraan dan pandai mengambil hati sangat digemari oleh para pelajar, manakala trait seperti pemarah, garang dan suka mengarah tidak digemari oleh pelajar. Oleh yang demikian, trait yang positif dalam diri seseorang guru bimbingan dan kaunseling amat sesuai dengan kerjaya sedemikian dan keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mencapai objektif yang telah digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Rohana (2005) pula membuat satu tinjauan bagi melihat perhubungan kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor dengan faktor demografi dalam menjalankan sesi kaunseling. Kecekapan ini merangkumi enam langkah kemahiran dalam proses menjalankan sesi kaunseling iaitu, memulakan perhubungan menolong, memahami world view klien secara empati, mencari punca masalah klien, mengenal pasti pelan dan tindakan apa yang diharapkan oleh klien, memberi sokongan terhadap tindakan yang diambil dan menilai hasil sesi kaunseling. Faktor demografi dikenal pasti dan yang paling dominan adalah jantina, umur, dan pengalaman. Di sini dapat dilihat

14

bahawa trait guru bimbingan dan kaunseling yang cekap memainkan peranan penting dalam mencorak para pelajar di samping faktor demografi yang perlu di ambil kira. Azwani (2010) pula menjalankan kajian mengenai Profil Personaliti dan Prestasi Kaunselor Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi ke atas 45 orang kaunselor. Hasil kajian, mendapati domain Conscientiousness merupakan satu-satunya domain yang mencatat tahap min yang tinggi. Manakala empat lagi domain iaitu, Neuroticism, Extraversion, Agreeableness dan Openess to Experience berada pada tahap yang rendah. Dengan ini jelas menunjukkan bahawa trait conscientiousness seperti ini yang ada pada diri seseorang guru bimbingan dan kaunseling mampu mewujudkan satu perkhidmatan yang terulung dan bermanfaat kepada negara. Kajian luar negara yang dijalankan oleh Ritter et.al (2002) mengenai keberkesanan terapis atau kaunselor dalam membantu klien yang ketagih dengan alkohol. Kajian ini telah dijalankan terhadap klien dalam melihat persepsi mereka terhadap kaunselor atau terapis. Hasil kajian mendapati keberkesanan terapis bergantung kepada pengalaman dan teknik yang digunakan oleh terapis itu sendiri. Oleh itu, dapat dilihat di sini terapis mahupun kaunselor yang mempunyai trait yang bersifat ingin tahu ataupun sentiasa berusaha mendapatkan ilmu atau kaedah yang terkini dalam perkhidmatan mereka mampu membantu klien. Carolyn dan Mary (2001) juga telah menjalankan kajian berhubung dengan keberkesanan yang berkaitan dengan sikap personaliti dan ciri-ciri demografi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan dalam ciri-ciri personaliti seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling serta mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di sini hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan dalam dan luar negara yang dibincangkan di atas adalah trait dan personaliti seseorang individu amat penting dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Trait positif yang ada pada diri seseorang mampu menghasilkan

15

kepuasan kerja yang berterusan dan secara tidak langsung dapat menyumbangkan perkhidmatan yang terbaik dalam sesuatu pekerjaan yang mereka ceburi.

Impak dan Relevan Teori Trait dan Faktor Model berorientasikan teori Trait dan Faktor ini boleh diaplikasikan dengan baik kepada lelaki dan wanita, kumpulan minoriti dan juga bukan minoriti, dan dengan ciri-ciri ini, model teori Trait dan Faktor ialah satu model yang komprehensif (Brown dalam Brown & Brooks, 1984). Psikologi Vokasional mempunyai akarnya dalam Frank Parsons (1909) "padanan lelaki dan pekerjaan" pendekatan kepada keputusan kerjaya membuat keputusan. Teori dan penyelidik telah umumnya membuat kesimpulan bahawa walaupun wanita dan lelaki boleh berkongsi persamaan dengan perhatian kepada pembangunan kerjaya, kerjaya proses untuk wanita masih sememangnya lebih kompleks daripada lelaki (Betz & Fitzgerald, 1987; Fitzgerald & Crites, 1980). Pembolehubah hipotesis untuk menjadi unik untuk kerjaya wanita pembangunan termasuklah terhad pekerjaan dan pendapatan peluang, kebolehan wanita, dan memberi tumpuan kepada mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga. Untuk bertahun-tahun, pilihan wanita dikaji sebagai sama ada kerjaya berbanding berorientasikan keluarga atau tradisional berbanding bukan tradisional, perbezaan itu mungkin kurang relevan pada masa ini kerana banyak wanita mempunyai keluarga dan juga bekerja di luar rumah dalam pelbagai pekerjaan tradisional dan bukan tradisional (Baber & Monaghan, 1988; O'Connell, Betz, & Kurth, 1989). Walau bagaimanapun, kerana wanita masih menganggap kebanyakan tanggungjawab untuk membesarkan anak dan rumahtangga masyarakat di Amerika Syarikat (Russo & Denmark, 1984), proses kerjaya membuat keputusan untuk wanita termasuk komponen yang terus berada di luar pertimbangan ramai lelaki: bagaimana untuk memilih kerjaya yang akan membolehkan mereka untuk berfungsi dan berjaya dalam pelbagai peranan ibu bapa, rakan kongsi, dan pekerja.

16

Dalam bidang orientasi kerjaya dan pilihan kerjaya remaja wanita yang diramalkan oleh kebolehan, ciri-ciri agentic (pencapaian prestasi), sikap peranan jantina, dan hubungan dengan ibu.Wanita muda yang mempunyai sikap peranan jantina yang liberal, instrumental dan berkesan dengan mengambil kira matematik dan kerjaya, dan mempamerkan darjah sederhana perapatan dan kemerdekaan daripada ibu mereka cenderung untuk menghargai usaha-usaha kerjaya mereka. Tambahan pula, wanita remaja yang memilih bukan tradisional dan kerjaya berprestij telah didapati mempunyai keupayaan yang tinggi dan ciri-ciri agentic yang kukuh. Berikutan keperluan untuk menguji trait kadangkala mendiskriminasikan golongan minoriti dan wanita, adalah perlu untuk memastikan alat pengukuran yang sah dihasilkan terdahulu untuk tujuan mengukur mengikut teori Trait dan Faktor (Sidek Mohd. Noah, 2001).

Kelebihan Teori Trait dan Faktor Tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil. Teori Penyesuian Kerja juga secara terus menerus menyuarakan bahawa pertukaran kerja akan berlaku apabila kerja dilakukan secara tidak memuaskan atau keperluan-keperluan individu tidak dipenuhi. Oleh yang demikian, dengan penggunaan Teori Trait dan Faktor ini sedikit sebanyak dapat membantu individu dalam pemilihan kerjaya. Ini kerana kelebihan penggunaan Teori Trait dan Faktor adalah membawa manfaat kepada individu di mana teori ini mendapat skor dan pengiktirafan yang tinggi dalam aspek parsimony. Berkaitan dengan aspek ini, konsepkonsep utamanya dinyatakan dengan ringkas dan idea-idea diilustrasikan secara mudah dan jelas.

17

Kelebihan lain yang dapat dilihat daripada teori ini adalah skala yang yang diperlukan terhasil serta inventori dan ujian-ujian psikologikal yang banyak dan pelbagai digunakan oleh kebanyakan kaunselor kerjaya. Namun demikian, alat-alat ukuran yang digunakan untuk mengukur sesuatu trait kadangkala mendiskriminasi golongan minoriti dan wanita, maka kebolehgunaan alat-alat ukuran oleh ahli psikologi Trait dan Faktor adalah terhad kepada kumpulan tertentu sahaja. Oleh yang demikian, jika idea Trait dan Faktor ingin digunakan kepada kumpulan minoriti dan wanita, alat ukuran yang sah dan boleh dipercayai perlu dihasilkan. Selain itu, model Trait dan Faktor telah diintegrsikan ke dalam teori-teori lain seperti teori Super, Roe dan Holland ( Brown & Brook 1984). Sejajar dengan perkembangan kaunseling kerjaya yang begitu pesat sekarang ini, model Trait dan Faktor tidak dapat berdiri dengan sendiri sebagai satu sistem maklumat untuk membuat pemilihan kerjaya. Namun begitu, ratusan kajian yang menyokong idea hubungan antara trait-trait dan kejayaan serta pencapaian kerja tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Oleh itu, teori ini amat berguna dan bersesuaian oleh para pengkaji yang membuat kajian mengenai isu pemilihan kerjaya dan ini secara tidak langsung teori ini sebagai asas dan satu panduan yang berguna untuk mereka.

Limitasi Teori Trait dan Faktor Para pengamal dan pengikut pendekatan Trait dan Faktor telah membentuk dan mengemukakan definisi trait dan penjelasan tentang isu pemilihan kerjaya dan pertukaran kerja dengan begitu memuaskan. Namun kadangkala definisi dan penjelasan tersebut tidak dipersetujui sepenuhnya. Ini disebabkan mereka gagal mendefinisi pembolehubahpembolehubah yang memberi kesan kepada proses membuat pemilian kerjaya dan hubungan tentang sebab dan akibat di kalangan trait dan pembolehubah lain seperti gender, dan pendidikan dan status sosioekonomi.

18

Selain itu, kelemahan yang ketara adalah terhasil daripada pemerhatian ahli-ahli psikologi vokasional yang berpegang kepada teori ini mencadangkan agar sedikit kebebasan diberikan tentang pemilihan kerjaya dan menyarankan agar faktor-faktor biologi, geografi dan sosiologi memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya. Hubungan tentang faktorfaktor ini perlu dibuat dan dinyatakan secara lebih eksplisit supaya proses pemilihan kerjaya dapat difahami dengan lebih jelas. Sejajar dengan itu, ahli-ahli teori Trait dan faktor juga perlu membentuk usul-usul tentang korelasi antara trait yang wujud dengan pemilihan kerjaya. Contohnya apakah pertalian antara nilai-nilai, keperluan-keperluan, sikap dan minat apabila faktor-faktor ini beroperasi untuk mempengaruhi pemilihan kerjaya. Sehubungan itu juga,satu kelemahan yang ketara berkaitan teori Trait dan Faktor ini adalah kegagalannya untuk menangani proses membuat pemilihan itu sendiri. Teori ini menyangkakan bahawa kebolehan membuat keputusan adalah berkaitan dengan trait-trait tertentu contohnya adalah kecerdasan. Teori ini juga menjangkakan bahawa terdapat proses membuat keputusan yang sistematik yang boleh dipelajari. Kedua-dua perkara ini, iaitu pertalian antara trait-trait dengan kebolehan membuat keputusan kerjaya dan proses yang berlaku dalam membuat keputusan kerjaya memerluan kajian dan penjelasan selanjutnya daripada pengkaji dan pengikut teori ini.

Penutup Setiap individu mempunyai trait atau tingkah laku yang unik dan tertentu yang mana boleh di percayai setiap pekerjaan memerlukan seorang pekerja yang memiliki trait-trait tertentu untuk berjaya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan maka semakin besar kemungkinan seseorang

19

itu untuk berjaya dalam pekerjaan tersebut dan mencapai produktiviti dan kepuasan diri yang tinggi.

20

RUJUKAN

Alma Harris dan Daniel Muijs (2005). Improving Schools Through Teacher Leadership. United Kingdom : McGraw-Hill.

Amir Awang (1983). Memilih Pekerjaan. Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azwani binti Mat Nor (2010). Profil Personaliti dan Prestasi Kaunselor Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

Barry Schwartz and Andrew Ward, J. M. (2002). Maximizing Versus Satisficing: Happiness Is a Matter of Choice. Journal of Personality and Social Psychology , Vol. 83, No. 5, 11781197.

Brown, D. & Brooks, L (1990). Career Choice and Development. Second edition. San Francisco: Jossey Bass Inc.

Brown, R.D., dan Brooks, L., (ed.), 1996. Career Choice and Development. Edisi ke-3. San Francisco: Jossey-Bass.

Carolyn B. Stone and Mary Ann Clark (2001). School Counsellors and Principals : Partners in Support of Academic Achievement. Nassp Bulletin. Volume 85, No 624, 46-53.

21

Dictionary of Occupational Titles. Edisi ke-4, 1991. Washington, DC: U.S. Department of Labor, Employment and Training Administration

Fassinger, K. M. (1993). A Causal Model of the Career Orientation and career choice of Adolescent women. Journal of Counseling Psychology , Vol. 40. No. 4, 456-469.

Frederikson (1982). Vocational guidance; Information services; United States. New York: Prentice-Hall.

Harunnaja Najmudddin (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya. Pahang: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Hogan, R., DeSoto, C.B., & Solano, C. (1977). Traits, tests, and personality research. American Psychologist, 32, 255-264.

Khatizah Dahlan, Nota Edaran ,Pendekatan Dalam Proses Pemilihan Calon Guru Di Institusi Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia.

Klien, K.L & Y. Wiener (1977). Interest congruency as a moderator of the of the relationship between job tenure and job satisfaction and mental health. Journal of Vocational Behavior 10: 91-98.

Kuo-lin, M. K. (2006). Illusion of Career Development Theories For the Departure of

22

Developing a Demonstrative Career Development Theory. The Economic Journal of Takasaki City University of Economics , vol.49 No.2 pp.17-30

Miller, B.P., & Miller, A.J. (1985). Psychological correlates of success in elite sportswomen. International Journal of Sport Psychology, 16, 289-295.

Osipow, S. H. 1973. Theories of Career Development. London: Prantice-Hall Inc.

Parson, F (1909). Choosing a Vacation. Boston: Houghton Mifflin.

Puteri Hayati Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramesh A/I Sanasi , Nota Edaran, Personality Development,UUM , PHM Sandakan.

Ritter A., Bowden S., Murray T., Ross P., Greeley J. and Pead J. (2002). The Influence of Therapeutic Relationship in Treatment for Alchohol Depency. Drug and Alchohol Review. 21, 261-268.

Richard S Sharf, (1992). Applying career development theory to counselling. Pacific Grove ; California : Brooks/Cole Publishing Company

Rohana Binti Hj. Isa (2005). Hubungan Kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan Faktor Demografi dalam Menjalankan Sesi Kaunseling di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

23

Sidek Mohd. Noah. (2001). Perkembangan Kerjaya. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah, Abdul Malek Abdul Karim, W.Marzuki W.Jaafar, Nabilah Abdullah, Munirah Ghazali, Lihanna Borhan, Joharry Othman, Mohd Taib Harun, Sapon Ibrahim, Norlena Salamuddin, Abdul Malek Abdul Rahman, Jamaludin Ahmad, Tajularipin Sulaiman, Zulkifli Mohamed, Mohd Yusop Ab. Hadi & Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor (2012, November 15). Pendekatan P-P FIT dalam proses pemilihan calon guru di institusi pengajin tinggi awam di Malaysia. Retrieved from http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/8.%20PENDEKATAN%20PP%20FIT.pdf

Weinrach, S.G. (1979). Career Counseling: Theoritical and Practice and Practical Perspective. New York: McGraw Hill.

Yusof Boon & Siti Zafirah Mohd Ilias. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Technical, Vocational and Engineerng Education, 1, 22-40

24