Anda di halaman 1dari 22

Ringkasan Eksekutif

Stres kerja yang tinggi di kalangan guru telah mengakibatkan permasalahan-

permasalahan yang serius yang berhubung kait dengan factor-faktor seperti

gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan “burn out” yang

menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan

lebih berkesan (Dunham, 1976; Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). Malah Murdock

dan Scott (1993) mendapati bahawa stres di tempat kerja berlaku sebagai satu

tindak balas terhadap kehendak persekitaran organisasi seseorang individu yang

tidak selaras ataupun ketidakupayaannya untuk mengawalnya. Dalam hal ini,

kecerdasan intelektual atau IQ semata-mata tidak memadai untuk menangani

stres. Sebaliknya kecerdasan emosi (EQ) yang akan menjadi penentu kejayaan

menangani stres.

1.0 PENGENALAN

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Kementerian Pendidikan Malaysia

menggariskan penggunaan budi bicara di kalangan pengurus sekolah ketika

mengambil tindakan seperti berikut :

 Pertimbangan dan perhatian diperlukan semasa membuat

keputusan;

 Bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan;

 Perundingan dengan hemah, berdiplomasi dalam suasana

harmonis

1
Kepentingan penggunaan budi bicara di atas adalah selaras dengan dimensi-

dimensi kecerdasan emosi yang merupakan formula penting kejayaan sesebuah

organisasi terutama sekolah.

Menurut Bar-On, (1997); Slaski dan Cartwright, (2002), stres berhubung rapat

dengan kecerdasan emosi yang tinggi seharusnya dapat menguruskan stres

dengan lebih baik. Slaski (2003) mendapati mereka yang mempunyai

kecerdasan emosi yang lebih tinggi, lebih memahami nilai dan kepercayaan diri,

mempunyai visi dan matlamat yang jelas, keyakinan diri dan mengetahui

kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta menggunakan kualiti ini untuk

mengurus emosi sendiri dan mengurus hubungan dengan orang lain. Akibatnya

mereka tidak mudah dipengaruhi oleh stres. Manakala Jolly (2001) dalam

kajiannya melalui satu projek meditasi telah berjaya membuktikan bahawa para

peserta yang tinggi pencapaian dalam aspek kesedaran kendiri dan empati

berjaya secara signifikan dalam mengurangkan stress.

Stres dalam pengajaran adalah fenomena yang merangkumi kesemua institusi

pendidikan seluruh dunia terutama di sekolah. Kajian-kajian yang dijalankan di

Australia (McCormick, 1997), Hong Kong (Hui dan Chan, 1996), Israel (Yagil,

2004), New Zealand (Manthei, Gilmore, Tuck & Adair, 1996), United Kingdom

(Griffith,Steptoe & Cropley, 1999) dan Amerika Syarikat (Abell & Sewell, 1999)

menunjukkan trend ini. Dalam beberapa kajian; (Chaplain, 1995; Kyriacou,

1980a; Manthei et al .., 1996) didapati bahawa dikalangan empat orang guru,

seorang guru akan menyatakan bahawa kerjaya guru adalah kerjaya yang

menimbulkan stres yang tinggi.

2
2.0 DEFINISI KONSEP

Laman web ‘www.athealth.com”, di bawah tajuk “mental health touches”, stres

kerja di definisikan sebagai “ Tindakbalas-tindakbalas secara fizikal atau emosi

yang berlaku apabila keperluan dan kepatuhan kerja tidak dapat dipenuhi kerana

tiada keserasian kebolehan, sumber dan kehendak pekerja.

Cox (1983) mendefinisikan stress kerja sebagai “ Kesan daripada perhubungan

yang khusus antara seseorang itu dengan persekitaran kerjanya” Cox

menyatakan stress timbul disebabkan harapan-harapan menggunung yang

dipinta dipenuhi oleh seseorang walaupun beliau tidak mampu.

3.0 PUNCA STRES

Kajian oleh Cooper dan Kelly (1993) di United Kingdom menyatakan terdapat

empat punca stress dikalangan guru.

1. Beban kerja

2. Perhubungan antara guru, staf dan pengurus

3. Pengurusan sumber

4. Memenuhi kehendak Jabatan Pelajaran

Kajian oleh Carr (1994) di Australia Selatan menunjukkan bahawa terdapat tiga

punca stress

1. Kekurangan sokongan dan tolak ansur dari Jabatan Pelajaran

2. Memenuhi beban kerja yang semakin bertambah

3. Harapan tinggi daripada pengurus sekolah

3
Laman web www.athealth.com di bawah tajuk “Stress at Work” menyatakan

bahawa kajian saintifik menunjukkan bahawa suasana atau persekitaran kerja

mempengaruhi stres di tempat kerja.

Dalam kajian oleh Ostell dan Oakland (1995) mereka mengkelaskan punca stres

kepada

1. Organisasi sekolah terutama pembahagian tugas-tugas

2. Rungutan daripada pihak luar terutama ibu bapa

3. Motivasi dan sokongan moral daripada pengurus sekolah

4. Hubungan interpersonal antara guru dengan pengurusan sekolah

4.0 PROFAIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan …………….mula beroperasi pada bulan

Januari 2001 degan hanya mengambil murid-murid tingkatan satu sebagai kohort

pertama. Sekolah ini berada bersebelahan ……… dan kemasukan murid-murid

ke sekolah ini ialah berdasarkan pencapaian cemerlang UPSR dan PMR.

Bilangan murid-murid sekolah ini (Penyata Bulanan ……..) ialah 984 dan peratus

murid Melayu ialah 70%, murid India 16% dan murid Cina 12% . Tenaga

pengajarnya ialah seramai ….. orang yang terdiri dari 62 siswazah dan 2 orang

bukan siswazah. Seramai 3 orang guru telah ditauliahkan sebagai guru

cemerlang Matematik, Kimia dan Sejarah pada tahun 2008 dan seramai 6 orang

guru lagi telah memohon guru cemerlang tahun 2009.

4
5.0 USAHA-USAHA YANG TELAH SAYA JALANKAN UNTUK MENGAWAL

‘STRES’ KERJA DALAM KALANGAN KAKITANGAN SEKOLAH SAYA

5.1 Kumpulan ‘Think Tank’ Sekolah

Mesyuarat ‘Think Tank’ sekolah yang melibatkan pengetua ,penolong-penolong

kanan (‘middle managers’) dan guru kanan (‘lower middle managers’) diadakan

sebulan sekali dan apabila difikirkan perlu. Pada peringkat awal, saya akan

mengulas kembali pernyataan misi dan visi sekolah supaya mereka faham,

dihayati, diuar-uarkan kepada semua warga sekolah dan disebar-luaskan.

Saya juga menyatakan harapan saya dan impian saya supaya dapat dikongsi

dan diimpi bersama supaya halatuju sekolah selari dengan hasrat misi, visi

sekolah. Apabila ini dipersetujui bersama, tidak akan timbul konflik yang boleh

membawa stres kepada pentadbir-pentadbir sekolah dan kemudian tiris pula

kepada guru dan staf sokongan.

5.2 Membincangkan Permasalahan Yang Ada

Mesyuarat ‘Think Tank’ akan juga membincangkan permasalahan yang masih

ada dan cara penyelesaian bersama kerana permasalahan-permasalahan ini

berkemungkinan menimbulkan stres kepada guru dan staf sokongan jika tidak

dapat diselesaikan.

5.3 Mesyuarat Guru

Setelah perbincangan selesai diperingkat ‘Think Tank’, saya akan membawa

perkara-perkara yang dibincangkan ke mesyuarat guru untuk mendapat

pandangan dan ulasan pihak mereka. Ini ialah perkara yang penting kerana

pentadbir dan guru akan berkerja dalam satu pasukan untuk merealisasikan

5
misi dan visi sekolah. Untuk memudahkan saya menzahirkan apa yang

dirancang, saya menggunakan kemudahan IT dalam bentuk persembahan

‘Microsoft Powerpoint’, Microsoft Excel dan kadang-kadang ‘Microsoft Movie

Maker’. Kaedah begini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan stres

kepada guru jika mesyuarat dijalankan terlalu lama. Perbincangan secara dua

hala dan bukan satu hala pasti dapat mengurangkan stres yang akan dihadapi

oleh guru-guru. Saya percaya idea-idea, pandangan, rungutan dan

ketidakpuasan hati guru-guru mesti didengar oleh pihak pentadbir supaya tidak

timbul konflik yang akan mencabar kewibawaan dan imej sekolah. Apabila ada

orang yang sudi mendengar keluhan atau pandangan orang lain, orang yang

meluahkan perasaannya merasakan dia dihargai.

5.4 Program Pembimbing Kakitangan (Sentuhan Rasa)

Satu jadual pertemuan secara bersemuka antara pengetua dengan guru atau

staf sokongan akan disediakan dimana guru dan staf sokongan diberi peluang

berjumpa dengan pengetua untuk berinteraksi. Secara begini, pengetua lebih

mengenali dengan dekat guru atau staf berkenaan dan timbul persefahaman

yang lebih baik. Guru dan staf sokongan lebih selesa dengan keadaan begini

dan pengetua dapat mengetahui harapan dan visi mereka terhadap sekolah

dan berkongsi bersama misi dan visi sekolah.

5.5 Naik Taraf Infrastruktur Sekolah

6
5.5.1 Naik Taraf Kemudahan dan Keselesaan Bilik Guru

Setelah meneliti dan mendapat maklumbalas daripada guru-guru semasa

mesyuarat guru dan juga melalui Program Sentuhan Rasa, saya telah berusaha

dengan jayanya untuk menaikkan taraf dan keselesaan bilik guru dengan

menambahkan lagi bilangan komputer ‘desktop’ di bilik guru dan memasang

sistem rangkaian kabel dan peranti wifi (menggunakan peruntukan yang

disalurkan oleh kilang Intel)dalam bilik guru. Guru-guru merasa lebih selesa

dengan ini kerana mereka tidak perlu lagi berebut-rebut menggunakan komputer

‘desktop’ dan bagi guru yang mempunyai komputer riba dengan peranti wifi,

mereka boleh terus mengakses rangkaian sekolah dan juga internet. Kalau

dahulu mereka berebut-rebut untuk dapatkan kemudahan komputer di bilik guru,

sekarang mereka begitu selesa. Ini ialah caranya mengurangkan stres.

5.5.2 Naik Taraf Kemudahan Bilik Makan Guru Di Kantin

Bilik makan guru telah dinaiktaraf dengan meletakkan set sofa dan ‘coffee table’

agar guru dan staf sokongan yang selesai menjalankan tugas dan menunggu

pesanan makanan dan minuman dapat menggunakan kemudahan ini. Walaupun

tidak sebaik suasana di hotel, kemudahan ini menambahkan lagi keselesaan

guru dan staf sokongan.

5.5.3 Naik Taraf Kemudahan Tandas Guru Dan Staf Sokongan

7
Peruntukan yang diperturunkan kepada pihak sekolah terutama peruntukan

penyelenggaraan telah digunakan dengan sebaik mungkin untuk menaik taraf

kemudahan tandas guru dengan memastikan segala kerosakan diperbaiki

dengan segera. Seorang Pembantu Am Pejabat ditugaskan untuk memantau

kerosakan yang terdapat pada tandas-tandas di sekolah termasuk tandas guru

dan staf. Kemudahan tandas yang berfungsi dengan baik dan dalam keadaan

selesa dapat mengurangkan stres guru dan staf sokongan

5.5.4 Naik Taraf Kemudahan ICT Dengan Sistem Rangkaian Kabel Dan Wifi

Setelah saya memulakan tugas sebagai pengetua di sekolah ini, saya dapati

bahawa sistem rangkaian LAN dan WAN yang ada di sekolah hanya terdapat di

pejabat sekolah sahaja. Oleh kerana saya sudah biasa dengan sistem rangkaian

LAN dan WAN di sekolah lama saya ia itu SMK …………………. (Sekolah Rintis

Bestari), saya telah memohon bantuan PIBG untuk menaiktaraf infrastruktur ICT

di sekolah. Saya juga bersyukur kerana Kilang Intel telah menyalurkan

RM16,800.00 ke sekolah ini hasil usahasama Intel dengan sekolah saya.

Sebelum ini guru-guru merungut kerana terpaksa berebut-rebut menggunakan

kemudahan komputer (yang mempunyai rangkaian) yang hanya terdapat di

pejabat (dua buah sahaja untuk kegunaan guru) dan di bilik pentaksiran.

Komputer yang ada di bilik guru pada waktu itu ialah komputer yang tidak

dirangkaikan. Guru-guru ini merungut kerana tarikh akhir memasukkan data atau

menyediakan laporan kadangkala tidak dapat dipenuhi dan menimbulkan

kegelisahan dan stres pada mereka. Sekarang, guru-guru sekolah saya berasa

lebih selesa dan masalah yang lalu dapat diselesaikan.

8
600226-07-5515

5.6 Perkembangan Staf

5.6.1 Program Pengurusan Stres Dan Mengenali Personaliti Kendiri

Satu program pengurusan stres (Sila rujuk lampiran)telah diadakan pada tahun

2009 khusus untuk guru dan staf sokongan dimana seorang penceramah telah

dijemput untuk mengendalikan program ini. Borang soal-selidik telah diedarkan

kepada semua yang hadir dimana peserta diminta menjawab soalan-soalan yang

ada kaitan dengan kehidupan seharian, perasaan mereka dalam sesuatu

suasana, respons kepada beberapa keadaan dan lain-lain lagi. Setiap jawapan

yang diberikan mempunyai angka nilai dan rumusan terakhir dibuat kepada

setiap peserta berdasarkan kebolehan peserta menguruskan stress. Rumusan

juga secara tidak langsung menyerlahkan personality sebenar seseorang.

Syukur Alhamdulillah, kebanyakan guru dan staf sokongan saya (80%) dapat

menguruskan stress di tempat kerja. Baki guru dan staf sokongan (20%) perlu

diberikan motivasi dan juga ‘coaching’. Saya pasti gunakan Program Sentuhan

Rasa bersama-sama penolong kanan saya untuk membantu guru dan staf

sokongan.

5.6.2 Program Rekreasi dan Bina Pasukan Di Jerejak Resort

Program rekreasi dan bina pasukan telah diadakan pada awal bulan Disember

2008 yang melibatkan staf sokongan sekolah saya (Sila rujuk lampiran). Program

ini menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Saya bersama-sama staf sokongan saya telah menjalani aktiviti-aktiviti yang

meliputi aktiviti meredah hutan, ‘flying fox’, berjalan merentasi titi besi dan aktiviti-

aktiviti sukaneka yang memerlukan semangat pasukan yang utuh dan

9
kerjasama yang erat. Pada akhir aktiviti-aktiviti, hadiah disampaikan kepada

mereka yang menang. Cabutan bertuah juga diadakan dimana salah satu hadiah

ialah bermalam 2 hari satu malam di Jerejak Resort. Staf sokongan berasa

gembira dengan aktiviti ini yang julung-julung kali diadakan dan telah

meningkatkan keakraban antara pihak pentadbiran dan staf sokongan.

5.7 Ganjaran , Penghargaan Dan Ingatan Kepada Guru Dan Staf

5.7.1 Pencalonan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Penghargaan ini diberikan kepada guru dan staf sokongan yang telah memberi

sumbangan disegi pencapaian bidang kurikulum, kokurikulum dan bidang-bidang

yang lain. Walaupun amat payah memilih calon-calon, pandangan daripada

penolong kanan-penolong kanan dan guru kanan-guru kanan diambilkira.

Seperkara lagi, guru dan staf sokongan diberi peluang untuk membuat penilaian

kendiri dengan mengisikan markah-markah pada salinan fotostat borang prestasi

(yang diperkecilkan). Kaedah ini mengurangkan ketidakpuasan hati dan juga

stres apabila guru dan staf berkenaan membandingkan markah yang mereka

berikan dengan makah yang diberikan pentadbir dan perbincangan antara staf

sokongan dan guru dijalankan untuk memperbaiki prestasi.

5.7.2 Pencalonan Guru Cemerlang

Seramai 6 orang guru telah dialonkan untuk guru cemerlang tahun 2009 setelah

3 orang guru ditauliahkan guru cemerlang tahun 2008. Ini ialah sebagai

penghargaan kepada pengorbanan guru-guru ini dalam meningkatkan prestasi

akademik sekolah. Pencalonan ini merangsang guru-guru lain untuk

meningkatkan lagi keupayaan mereka memberikan yang terbaik kepada murid-

10
murid sekolah ini. Pencalonan ini sebagai menghargai ‘stres’ yang positif yang

ditunjukkan oleh guru-guru ini.

5.7.3 Menziarah Guru Dan Kakitangan Yang Terlantar Sakit Di Rumah Atau

Di Hospital

Saya bersama-sama penolong kanan dan beberapa orang kakitangan

meluangkan masa menziarah guru dan staf sokongan yang terlantar sakit di

rumah atau di hospital. Secara begini, beban kesakitan dan penderitaan

dikurangkan dan mereka merasakan diri mereka dihargai. Saya juga

menasihatkan guru dan staf saya agar tidak terlalu memikirkan urusan sekolah

dan menyerahkan tugas yang mereka jalankan di sekolah kepada guru dan staf

sokongan yang sedia ada.

5.7.4 Kelulusan Pemberian Cuti Rehat Khas

Pemberian dan kelulusan cuti rehat khas adalah satu isu yang menghantui guru

dan staf sokongan sekolah saya. Walaupun cuti rehat khas bukan hak mereka

tetapi hanya satu keistimewaan, saya akan meluluskan cuti rehat khas terutama

jika ia melibatkan kes kecemasan dan juga kesihatan ahli keluarga. Saya

memaklumkan bahawa kebajikan dan kesihatan ahli keluarga perlu diberi

perhatian dan saya pasti guru dan staf saya tidak akan dapat menumpukan

perhatian kepada tugas jika permohonan cuti rehat khas ditolak. Kesan dari

ketidakbolehan menumpukan perhatian kepada tugas akan menimbulkan stres

yang tinggi.

5.7.5 Konsep Turun Padang Bersama Guru Dan Staf

11
Setiap kali berlangsungnya Sukan Sekolah atau Merentas Desa, saya akan turun

padang membantu guru dan staf saya mengendalikan acara-acara berkenaan.

Saya berasa rimas jika hanya duduk di bawah khemah dan memerhati sahaja.

Konsep turun padang ini dihargai oleh guru dan staf sokongan saya kerana ialah

adalah satu petanda bahawa saya bersama-sama dengan mereka dan bukan

sebagai pemerhati yang static dan hanya memberi arahan. Hasilnya, guru dan

staf sokongan saya bersungguh-sungguh menjayakan acara-acara berkenaan

dan menghargai pengorbanan saya.

5.8 Pakar Rujuk

5.8.1 Sistem Rangkaian LAN dan WAN

Setelah sistem rangkaian LAN dan WAN dibina serta kemudahan ICT

ditingkatkan, saya menjadi pakar rujuk kepada perkara-perkara berkaitan sistem

rangkaian dan ICT. Latar belakang saya sebagai peneraju sekolah bestari di

SMK ………………… dahulu, memudahkan saya memberikan panduan dan

maklumat yang diperlukan oleh guru dan staf sokongan. Saya juga merupakan

pengendali laman web sekolah (www……………..edu.my) ataupun dikenali

‘webmaster’ dan dengan kebolehan ini, guru-guru saya akan merujuk kepada

saya jika mereka ingin memuatnaik maklumat atau artikel di laman web sekolah.

Guru dan staf sokongan berasa selesa dengan keupayaan saya menyelesaikan

masalah berkaitan sistem rangkaian dan ICT dan telah membantu mereka dalam

menyelesaikan tugasan tanpa ada gangguan stres yang tinggi.

5.8.2 Kaedah Mengendalikan Sistem ‘sms sekolah’

12
Penggunaan ‘sms sekolah’ yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran telah

dipergiatkan penggunaannya sejak saya mula bertugas di sekolah saya sejak

bulan April 2008. Penghantaran memo dua hala secara percuma dan maya

(melalui telefon bimbit) antara pihak pengurusan dengan kakitangan

mempercepatkan pengurusan sesuatu tugas dan boleh dibuat dimana-mana

sahaja tanpa mengira masa. Ini memudahkan kakitangan saya untuk

memaklumkan sesuatu perkembangan terkini yang berlaku dan penting tanpa

perlu berjumpa saya. Mereka juga dengan segera dapat menerima keputusan

saya tanpa menunggu tempoh yang lama terutama jika ia melibatkan keputusan

segera. Secara begini stres dapat dikurangkan kerana kakitangan saya tidak

perlu memikirkan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan untuk menelefon (melalui

telefon bimbit mereka) atau menghantar sms biasa. Kakitangan saya juga

merasa selesa tanpa stres apabila saya memberikan keputusan saya atau

nasihat dengan kadar segera. Sistem ini juga memudahkan saya memaklumkan

kepada semua kakitangan saya perkembangan terkini yang berlaku terutama

yang melibatkan kepentingan perkhidmatan mereka (terutama peluang kenaikan

pangkat, tawaran guru cemerlang atau kursus-kursus yang wajib hadir) tanpa

memerlukan surat siaran dikeluarkan secara dalaman. Maklumbalas yang saya

terima daripada kakitangan saya ialah mereka berterima kasih di atas maklumat

atau berita yang dikirimkan walaupun pada ketika itu, saya tiada di sekolah.

13
5.8.3 Kaedah Mengoptimumkan Penggunaan E Mel Di Antara Guru Dan

Staf

Sebelum saya bertugas di sekolah sekarang, guru-guru yang menghadiri kursus

perlu menyediakan minit curai secara cetakan dan diserahkan kepada PK1 atau

kepada pengetua. Sekarang, guru dan kakitangan saya hanya perlu menghantar

minit curai kepada saya atau PK1 melalui e-mel tanpa perlu menyerahkan

cetakan minit curai bila berjumpa dengan saya atau PK1.

Kaedah e-mel ini juga memudahkan saya untuk membuat suntingan minit

mesyuarat atau surat rasmi yang perlu dihantar terutama jika saya sedang

berkursus atau bercuti di tempat lain. Guru dan kakitangan saya berasa selesa

dengan kaedah ini kerana mereka tidak berada dalam keadaan stres untuk

menunggu saya kembali dari kursus atau percutian terutam dalam keadaan

terdesak.

5.8.4 Kaedah Memuatkan Data Ke Dalam Pelayan (‘server’) Sekolah

Sistem rangkaian di sekolah saya adalah dalam bentuk kabel dan wifi

menggunakan Sistem Operasi Terbuka “Linux”. Pelayan komputer atau lebih

dikenali ‘server’ dimuatkan dengan folder-folder pentadbiran, folder guru yang

boleh dikongsi bersama-sama, folder staf sokongan dan folder individu yang

hanya boleh diakses oleh individu itu dan pentadbir sebagai ‘super

administrator’. Data-data dimuatnaik ke folder-folder berkenaan oleh pentadbir ,

guru atau staf sokongan. Data-data ini memudahkan pentadbir, guru atau staf

mengakses maklumat dengan segera tanpa perlu merujuk kepada guru-guru

yang berkenaan atau mencari fail-fail yang berkaitan. Saya juga memuatnaik

14
maklumat terkini ke dalam folder bertajuk “maklumat terkini” di dalam pelayan

yang boleh diakses oleh semua guru dan staf sokongan. Antara maklumat terkini

ialah surat pekeliling Kementerian Pelajaran, surat siaran JPN atau PPD yang

telah dimuat turun dari laman web. Secara begini, guru dan staf dapat

mengakses maklumat dan kemungkinan dicetak untuk rujukan. Maklumat begini

amat penting untuk mereka membuat persiapan awal dan tidak berada dalam

keadaan stres jika belum bersedia.

5.8.5 Kaedah Memuat Turun Bahan Dari Internet Khusus Untuk P&P

Guru-guru sering menghadapi masalah mencari pelbagai kaedah pengajaran

dan pembelajaran terutama di sekolah saya kerana murid-murid sekolah saya

adalah daripada kalangan prestasi tinggi. Ini telah menimbulkan keadaan stress

kepada guru-guru saya. Pengetahuan yang sedia ada pada saya dan pasukan IT

saya, kami telah memuat turun bahan IT dari internet yang boleh digunakan

untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dan dikongsi

bersama. Kami telah mewujudkan satu folder bertajuk ‘Bahan It Untuk P&P’

dalam pelayan komputer sekolah. Satu taklimat cara memuat turun bahan IT

untuk P&P dengan menggunakan perisian ‘YouTube Downloader’ telah diadakan

dan kami telah meminta panitia-panitia membina bahan-bahan IT untuk P&P

dalam panitia masing-masing. Sekarang, guru-guru tidak perlu risau untuk

mendapatkan bahan IT untuk P&P dan nyata, murid-murid saya amat gembira

dengan perkembangan ini.

15
5.8.6 Kaedah Menilai Pencapaian Murid Melalui ‘Headcount On Line’

Kaedah ‘Headcount’ yang telah saya perkenalkan pada bulan April 2008 dan

digunakan hingga kini telah memudahkan tugas guru untuk melihat pencapaian

prestasi murid yang terdahulu (TOV), sekarang (OTI) dan masa depan (ETR).

Pengisian markah secara dalam talian atau dikenali ’on-line’ melalui sistem

rangkaian sekolah secara kabel atau wifi memudahkan semua guru untuk

melihat prestasi murid-murid mereka dan membantu Jawatankuasa Kurikulum,

panitia matapelajaran dan juga pihak kaunseling untuk mengenalpasti subjek-

subjek prestasi rendah dan senarai murid-murid yang perlu diberi bimbingan.

Langkah-langkah yang perlu diambil boleh dibincangkan dan dirancangkan

dengan segera sebelum dibentangkan dalam Jawatankuasa Kurikulum.

Persiapan awal memudahkan guru-guru untuk bertindak dengan lebih berkesan

dan mengurangkan stres kerana persiapan awal telah pun dirancang dan

kemudian dibentangkan dan tidak perlu kekerapan mesyuarat.

5.8.7 Rumusan Sebagai Pakar Rujuk

Hasil daripada kepakaran saya, kakitangan terutama guru-guru saya amat

berterima kasih dan berasa yakin dengan stail pengurusan yang berasaskan ICT

yang telah saya perkenalkan. Hasilnya, saya telah dianugerahkan Tokoh

Kepimpinan IT Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2009 (Sila rujuk lampiran)

dan juga Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 (Sila rujuk lampiran)

16
5.9 Kaedah Pencerapan

5.9.1 Pencerapan Yang Dipersetujui Bersama

Setelah menghadiri kursus ‘Penilaian Prestasi Guru’ anjuran IAB Utara Di Hotel

Copthorne pada awal tahun ini (2009), saya telah memaklumkan kepada semua

guru dalam satu mesyuarat bahawa kaedah pencerapan akan diubah mengikut

proses-proses yang dicadangkan supaya guru-guru yang dicerap termasuk

pengetua tidak berasa stres apabila pengajaran mereka dicerap secara dalaman.

Kaedah yang digunakan ialah

 Sesi perjumpaan sebelum pencerapan antara pencerap dengan

guru yang akan dicerap. Perkara dibincangkan ialah aspek-aspek

yang akan dicerap dan dipersetujui bersama.

 Sesi perjumpaan selepas pencerapan dimana pencerap dan guru

yang dicerap akan membincangkan kembali aspek-aspek yang

telah dipersetujui bersama semasa pencerapan

Maklumbalas yang diterima daripada guru-guru ialah mereka berasa selesa

dengan perubahan kaedah pencerapan ini dan tidak lagi merasa stres yang

tinggi malah bersikap positif dengan kaedah ini.

5.9.3 Pencerapan Menggunakan Kaedah Rakaman Video

Pencerapan menggunakan kaedah ini baru diperkenalkan dan akan hanya

dilaksanakan sekiranya pihak yang dicerap bersetuju dengan kaedah ini. Guru

yang bersetuju dengan kaedah ini, dapat melihat dengan mata sendiri secara

visual apa yang berlaku semasa P&P dijalankan dan bagaimana respons yang

diberikan oleh murid-murid di dalam kelas mereka. Secara begini juga, guru

17
dapat melihat ‘body language’ yang ditonjolkan mereka dan juga murid-murid

yang diajar kerana ini dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran di

dalam kelas. Kaedah ini adalah paling berkesan untuk membimbing atau

‘coaching’ guru supaya P&P akan datang akan lebih menarik dan berkesan.

5.10 Pembahagian Tugas Di Sekolah

5.10.1 Memberi Peluang Kepada Guru Untuk Memilih Tugas Yang Sesuai

Supaya ‘Job Rotation’ Dapat Dijalankan

Pada setiap penghujung bulan Oktober, saya akan arahkan penolong kanan-

penolong kanan saya mengedarkan borang pemantauan kepada semua guru

untuk memberi peluang kepada guru-guru saya memilih tugas yang sesuai

dengan mereka di sekolah dan memberi penerangan ringkas kenapa mereka

memilih untuk menjalankan tugas berkenaan. Walaupun cara begini tidak dapat

menyelesaikan masalah ‘job rotation’ secara 100%, ia memberi peluang kepada

untuk memilih walaupun mereka tahu akhirnya pihak pentadbir yang akan

membuat keputusan setelah perbincangan terakhir dibuat dengan penolong

kanan-penolong kanan. Kaedah ini memberi peluang mereka melahirkan

keupayaan dan juga menanam sikap toleransi kepada keputusan pentadbiran.

6.0 PENUTUP

Stres yang dialami kakitangan sesebuah sekolah mempengaruhi kehidupan

orang lain dan guru-guru yang berada dalam keadaan stres yang tinggi akan

memberi kesan kepada prestasi guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Staf

sokongan yang berada pada keadaan stres akan menyebabkan mereka tidak

dapat menumpukan perhatian kepada urusan pejabat, urusan makmal, bengkel

18
dan layanan kepada orang awam yang datang ke sekolah. Keutamaan latihan

kepada kakitangan yang baru bertugas perlu diberi perhatian untuk menyediakan

mereka menghadapi realiti kerja. Kakitangan baru perlu mempunyai asas-asas

menangani stres di tempat kerja. Sokongan daripada pihak pentadbiran dengan

inisiatif-inisiatif yang diambil untuk mengurangkan stress di tempat kerja adalah

penting. Saya mengharapkan agar inisiatif-inisiatif yang telah saya jalankan

dapat dijadikan panduan kepada pentadbir-pentadbir dan mereka yang bakal

menjadi pentadbir sekolah.

19
7.0 LAMPIRAN-LAMPIRAN

ISTEM RANGKAIAN DAN WIFI (HUB DAN ROUTER)

“ACCESS POINT’

20
8.0 RUJUKAN-RUJUKAN

Chan, D.W. (2002). Stress, self-efficacy, social support and psychological


distress among prospective Chinese teachers in Hong Kong

Cherniss, C. (2004) Emotional intelligence: What it is and why it matters

Chaplin, R.P. (1995) Stress and job satisfaction: A study of English primary
school teachers

Cooper, C.L.& Kelly, M(1993) Occupational stress in head teachers: A national


UK study

Chaplin, R.P. (2001), Stress and job satisfaction among primary headteachers: A
question of balance?

Cox, T.(1983). Stress London : The Macmillan Press

Danial Zainal Abidin(2004). 7 Formula Individu Cemerlang

Kyriacou,C, (1987). Teacher stress and burnout : An international review

21
Kyriacou,C & Sutcliffe,J(1977). Teacher stress : A Review

Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1978). Teacher stress : Prevalence, sources, and


symptoms

Kyriacou,C., & Sutcliffe,J (1979). A note on teacher stress and locus of control

Nordien Sulaiman (2001). Kepintaran emosi di kalangan guru sekolah menengah


di daerah Kota Setar.

22

Anda mungkin juga menyukai