Anda di halaman 1dari 4

1

Skrip Majlis Perasmian Pembukaan Sukan Tahunan 2009

Mengumumkan ketibaan tuan Pengetua Kanan dan barisan tetamu jemputan.

Assalamualaikum w.b.t , dan salam sejahtera diucapkan kepada,

Yang Berusaha Tuan Hj Abd Aziz bin Samshuddin, Pengetua Kanan SMTKK, Yang
Dihormati En Ismail b Hj Mat Isa, Pengerusi PIBG SMTKK, Penolong Kanan, Tn Hj
Adnan b Rejab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Jamal b Syed Ramly,
Penolong Kanan Kokurikulum, En Rosly b Ahmad Ramly guru-guru, ibu bapa dan
pelajar sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita dapat melaksanakan
penganjuran Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-19 pada tahun ini.

Hadirin dipersilakan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Negaraku.

Untuk tidak membuang masa majlis dengan penuh takzim menjemput al-fadhil
ustaz..................................................untuk mengetuai bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz.........................................atas bacaan doa


sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kini kita akan menyaksikan acara lintas hormat oleh kontinjen rumah sukan dan
unit beruniform SMTKK. (Lampiran)

Bagitulah tadi selesainya acara lintas langsung oleh kontinjen rumah sukan dan
unit beruniform SMTKK. Untuk makluman hadirin, sebanyak ................pasukan
telah menyertai acara lintas hormat sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kini kita akan menyaksikan perarakan masuk dan upacara menaikkan bendera
kejohanan oleh anggota Kadet Remaja Sekolah.

Begitulah tadi sempurnanya acara menaikkan bendera kejohanan sebagai simbol


kejohanan sukan pada tahun ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Pengetua Kanan SMTKK, Tn Hj Abd Aziz


bin hj Samshuddin untuk menyampaikan sepatah dua kanan. Majlis dengan
segala hormat mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tn pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kini, majlis menjemput Yang Dipertua PIBG SMTKK, En Ismail b Hj Mat Isa bagi
memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan
kali ke-19. Dengan penuh takzim dijemput.
2

Terima kasih diucapkan kepada En Ismail b Hj Mat Isa kerana sudi merasmikan
Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-19 SMTKK.

Hadirin sekalian,

Seterusnya majlis diteruskan dengan menjemput ........................................untuk


mengetuai majlis pembacaan ikrar kejohanan. Dengan segala hormat dijemput.

Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda


komitmen para atlet kepada kejohanan ini.

Hadirin sekalian,

Kini kita akan menyaksikan persembahan silat olahraga oleh pasukan silat
sekolah atas bimbingan Cikgu Al Hassan Eron dan Cik Hajar Marhamah bt
Miskandar.

Begitulah tangkas para pesilat sekolah berpencak, sebagai simbol ketahanan


fizikal pelajar di sekolah ini.

Hadirin sekalian,

Sekarang kita akan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada


kontinjen terbaik dalam acara lintas hormat sebentar tadi. Untuk itu majlis
mempersilakan .................................................. untuk menjemput dan
mengiringi ............................................bagi menyempurnakan majlis.
Dipersilakan.

Dipersilakan wakil kontinjen terbaik acara lintas hormat kejohanan Olahraga


Tahunan Kali ke-19 kontinjen............................................

Seterusnya, dipersilakan Tn Pengetua Kanan SMTKK menyampaikan cenderahati


kepada En Ismail Hj Mat Isa, YDP PIBG SMTKK, sebagai tanda terima kasih pihak
sekolah kepada beliau.

Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG dan Tn Pengetua Kanan kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian,

Seterusnya kita akan menyaksikan keberangkatan keluar kontinjen rumah sukan


dan unit beruniform dari padang.

Begitulah tadi, berakhirnya majlis perasmian pembukaan Kejohanan Olahraga


Tahunan kali ke -19. Maka marilah kita sama-sama menyaksikan acara sukan
yang seterusnya.
3

Skrip Perasmian Penutupan Sukan Tahunan 2009.

Assalamualaikum w.b.t , dan selamat petang diucapkan kepada,

Yang Berusaha Tuan Hj Abd Aziz bin Samshuddin, Pengetua Kanan SMTKK,
Penolong Kanan, Tn Hj Adnan b Rejab, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Jamal
b Syed Ramly, Penolong Kanan Kokurikulum, En Rosly b Ahmad Ramly guru-guru,
ibu bapa dan pelajar sekalian.

Para hadirin dipesilakan berdiri sebagai tanda menhormati lagu Negaraku.

Alhamdullillah, kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada


Kejohanan sukan tahun ini, kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan, yang
tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

Bagi memberkati majlis pada petang ini, kita mulai dengan bacaan doa yang
akan diketuai oleh...............................................dipersilakam.

Hadirin sekalian,

Bagi mengikhtiraf kejayaan para atlet yang telah berjaya pada hari ini majlis
dengan segala hormat menjemput...........................................untuk
menyampaikan hadiah.

Kini diumumkan pasukan perempuan terbaik.


Dipersilakan....................................................................

Seterusnya, diumumkan pasukan lelaki terbaik.


Dipersilakan.................................................................

Kini kita umumkan Olahragawati Sekolah.


Dipersilakan.......................................................................

Untuk makluman semua beliau telah memenangi acara


................................................................................................................................
................................

Sekarang kita umumkan Olahragawan Sekolah.


Dipersilakan................................................................

Beliau telah meraih


pingat......................................................................................................................
..

Kini tibalah saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi johan
keseluruhan Rumah Sukan. Johan Keseluruhan Rumah Sukan bagi Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ke-19 jatuh kepada

Rumah Sukan....................................................................Dipersilakan ketua guru


Rumah Sukan..................................................untuk menerima hadiah.
4

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua kerana sudi menyampaikan hadiah.

Semua hadiah telah kita sampaikan, kini majlis menjemput Yang Berusaha Tuan
Hj Abd Aziz bin Samshuddin, Pengetua Kanan SMTKK untuk menyampaikan
ucapan penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-19. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Kini kita akan menyaksikan upacara penurunan bendera kejohanan dan acara
penyerahan bendera kejohanan oleh En Md Radzi b Shamsudin, selaku Pengurus
Kejohanan kepada Tuan Pengetua Kanan.

Begitulah selesainya majlis penutupan kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-19.


Senagai penutup marilah sama-sama kita nyanyikan lagu sekolah. Sekian.

p/s: guru dijemput ke majlis jamuan di.........................................................