Anda di halaman 1dari 1

HASIL PEMBELAJARAN ( LO ) Menumpukan jangkaan yang dapat dicapai oleh murid pada akhir sesuatu kursus atau bab

bab pembelajaran. Berfokuskan kepada segala yang diperoleh oleh murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap. Ciri ciri LO :. o Tindakan yang boleh diukur dan diperhatikan. o Tindakan harus dilakukan oleh murid berdasarkan 3 jenis taksonomi ( kata kerja yang sesuai ). o Menggunakan bahasa yang jelas supaya difahami oleh murid. Panduan menulis LO :. o Mengandungi empat perkara iaitu :: o Jangka masa : pada akhir pengajaran... o Memberi penumpuan kepada murid : ... murid haruslah dapat ... o Menunjukkan jenis tingkahlaku ( taksonomi ) : ... menerangkan ... o Mengandungi proses atau produk : ... konsep tamadun ... LO dibahagikan kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Tingkah laku yang kabur atau tidak dapat diperhatikan seperti mengetahui, memahami atau menghargai tidak digalakkan.

Jenis jadual ini membolehkan pembina ujian mendapat gambaran yang jelas tentang kekompleksan ujian dan penekanan cakupan domain kandungan yang hendak diukur...

ISU PENYEDIAN JADUAL SPESIFIKASI. Pendekatan berpusatkan guru : o Keputusan tentang kandungan pengajaran, perancangan pengajaran dan seterusnya kandungan pentaksiran yang diajar. o Pendekatan ini dikiritik kerana sukar mengenalpasti secara tepat tentang segala yang dapat dicapai oleh pelajar. Pendekatan berpusatkan murid : o Berfokuskan kepada jangkaan tentang segala yang dapat dilakukan oleh murid pada akhir pembelajaran. o LO lebih tertumpu kepada pencapaian murid daripada perancangan guru. o LO juga menunjukkan segala yang diperolehi oleh murid dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap apabila mereka berjaya mengikuti sesuatu pembelajaran.

JADUAL SPESIFIKASI Digunakan untuk mengukur pencapaian murid pada tahap pembelajaran mengikut taksonomi. Membantu guru mengenalpasti kandungan yang akan dirangkumi dalam ujian dan mudah dirujuk bagi memastikan LO pada setiap peringkat domain. Menurut Nitko, 4 elemen utama dalam jadual spesifikasi : m/s 26 o Domain kandungan. o Jenis kemahiran berfikir ( taksonomi bloom ). o Hasil pembelajaran yang ingin diukur. o Bilangan item bagi setiap LO.