Anda di halaman 1dari 2

KATA NAMA

KATA NAMA KATA NAMA AM


Perkataan yang digunakan untuk menyebut benda, orang, tempat, binatang dan tumbuhan secara umum. Contoh: bangunan, sekolah, meja, katil, fail guru, ibu, bapa, rakan kucing, singa, kura-kura pulau, sungai, tasik

KATA NAMA KHAS


Perkataan yang digunakan untuk menyebut benda, orang, tempat, binatang dan tumbuhan secara khusus. Contoh: Menara Kuala Lumpur, Sekolah Kebangsaan Kuang Cikgu Fatimah, Raju, Syakir, Dr. Nazri Tompok, Yu-Ri, Si Belang Pulau Langkawi, Tasik Chini, Sungai Pahang

Setiap huruf pertama KATA NAMA KHAS perlu ditulis dengan HURUF BESAR. Kata Nama Am tidak perlu guna huruf besar. Contoh: Menara Kuala Lumpur (Betul) menara kuala lumpur (Salah)

PERINGATAN

Latihan: Kelaskan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas di bawah. Datuk Azlan Muzium Negara kereta Kuang Kampung Damai ikan Pak Belang pantai Jalan Ros matahari nelayan baju kobis ciku lalang Kuala Lumpur Ali rumah arnab Doktor Baha Pak Belang Sang Kancil Intrakota Tompok Wafi

KATA NAMA AM

KATA NAMA KHAS

Latihan: Garis kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan di bawah. Tepat pada pukul tiga petang, kereta Proton Preve yang membawa Menteri Besar Kelantan dan rombongannya masuk ke pekarangan Hotel Perdana. Halim dan Zahid melihat beberapa orang gadis cantik menjunjung bunga telur dan membawa bunga manggar mengiringi para tetamu menuju ke pentas khas. Dalam ucapan alu-aluannya, Menteri Besar mengingatkan orang ramai supaya menghijaukan bumi dengan menanam pokok-pokok di kawasan sekitar tempat tinggal mereka. Beliau juga menasihatkan agar penduduk Kota Bharu sentiasa menjaga kebersihan bandar. Segala kemudahan awam yang terdapat di Bagungan Mawar dan Bangunan Pantai Timur hendaklah digunakan degan baik. Latihan : Bina ayat menggunakan kata nama am yang diberikan di bawah. 1. pakaian 2. pantai 3. jalan raya 4. kereta 5. sekolah