Anda di halaman 1dari 4

Pendahuluan:

Piagam Madinah ialah perlembagaan yang ditulis dan dipersetujui bersama oleh semua golongan yang terdiri daripada orang islam dan yahudi yang menjadi warga Madinatulmukarramah di bawah pimpinan Rasulullah . Piagam ini juga disebut Sahifatul Madinah yang diiktiraf sebagai Perlembagaan bertulis perrtama di dunia. Rasulullah menjadikan sahifah ini sebagai asa perbentukkan sebuah negara Islam

PERISTIWA SEBELUM PERGUBALAN PIAGAM MADINAH


Perjanjian Aqibah pertama Apabila berita penyebaran islam sampai di Yathrib, Madinah, 12 orang deligasi dari Yasrib mengambil kesempatan bertemu Rasullah pada musim haji. Mereka berjanji untuk meninggalkan perkara syirik, mencuri, zina, membunuh anak, tidak melakukan penipuan dan mentaati perintah rasul. Mereka membaiah Rasulullah

Penerimaan Masyarakat Yathrib terhadap agama Islam Rasulullah mengutuskan Musab bin Umair untuk mengajar Al-Quran di Yathrib. Musab membaca Alquran dan member penerangan yang jelas mengenai ajaran Islam dengan penuh amanah dengan hikmah. Penduduk Yathrib yang terdiri daripada kabilah Aus dan Hasraj menerima ajaran yang diberikan dengan baik. Faktor lain yang medorong mereka menerima dakwah tersebut ialah kerana keiinginan mereka yang memerlukan pemimpin untuk menyatukan mereka yang bersengketa selama 200 tahun.

Perjanjian Aqabah Ke-2 Pada tahun berikut, Musab membawa 73 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Madinah Mereka membaiah Rasulullah untuk memilihara dan mempertahankan Rasulullah Berikrar taat setia pada setiap masa, susah atau senang, genting atau tenang, tidak akan berpecah dan bercakap benar di mana sahaja. ______________________________________________________________________________

Kandungan Piagam Madinah

Rasulullah S.A.W. adalah ketua negara. Perbalahan kaum yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam, hendaklah dirujuk kepada baginda.
Mengakui kewujudan Muhajirin & Ansar sebagai satu ummah yang bertanggungjawab kepada Allah, rasul dan umat Islam Mengakui kewujudan kaum Yahudi dan Musyrikin Madinah. Semua kaum bebas mengamalkan kepercayaan agama dan adat istiadat masing-masing. Orang Islam & Yahudi sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk Madinah. Mereka juga bertanggungjawab menangkis serangan dari luar Orang Yahudi boleh hidup dengan cara mereka sendiri, tetapi tidak boleh menganggu orang Islam. Mereka juga tidak boleh melindungi orang kafir Quraisy Setiap individu bertanggungjawab menjaga keselamatan & mewujudkan perpaduan di Madinah Setiap penduduk Madinah tidak boleh bermusuh-musuhan & dengki-mendengki.Mereka hendaklah saling tolong-menolong untuk pembangunan, ekonomi dan keselamatan masyarakat Mana-mana pihak di Madinah tidak dibenarkan mengadakan hubungan dengan pihak luar, terutama dengan pihak musyrikin Mekah dan sekutu mereka Piagam ini melindungi semua pihak yang memperakukannya, & berhak mengambil tindakan terhadap sesiapa yang melanggarnya

7 perkara asas piagam Madinah


Wahyu sebagai sumber perundangan negara Kebebasan beragama Nabi Muhammad sebagai ketua agama Menjaga hubungan baik sesama anggota Sahifatulmadinah Menegak keadilan Memberi perlindungan kepada bukan Islam

Kesan Piagam Madinah


Politik Terbentuk negara Islam pertama di dunia Orang bukan Islam mengakui menjadi warga negara sebuah negara Islam yang membawa kepada kestabilan politik.

Pentadbiran Sosial Perpaduan kaum dapat diwujudkan di madinatul-munauwarah dibawah satu pakatan. Wujud kesatuan umat yang menghapuskan semangat kesukuan jahiliah. Kemakmuran negara dapat dirasai bersama dalam suasana harmoni Rasulullah diiktiraf sebagai ketua negara islam pertama didunia Penempatan masyarakat yang tersusun memudahkan perhubungan mereka dengan Rasulullah Rasulullah member tumpuan mewujudkan hubungan dengan negara luar

Ekonomi Perdagangan berjalan dengan lebih pesat daripada hubungan kaum yang lebih baik. Kemenangan dalam peperangan menambahkan harta rampasan perang dan harta baitulmal bertambah meningkat. Bidang ternakan, pertanian dan perusahaan semakin meningkat

Hikmah di sebalik pembentukkan piagam Madinah. Wujud peruntukkan yang melindungi hak-hak individu. Perlaksanaan syariat Islam secara menyeluruh. Bukti Islam satu hidup yang lengkap. Dakwah Islam berkembang pesat. Keamanan dan keharmonian terjamin. ___________________________________________________________________ Kepentingan peraturan dalam kehidupan.
Memastikan wawasan kerajaan tercapai. Menyusun kehidupan social seperti penempatan penduduk dan perancangan bandar supaya wujud kesejahteraan. Melaksanakan setiap perancangan ekonomi Menjamin pembahagian kekayaan dengan saksama dan adil. Menjalankan program pendidikan yang berkesan.

Akibat tidak mematuhi peraturan dan undang-undang

Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri dan tidak berdisiplin. Masyarakat hidup dalam keadaan kucar- kacir Berlaku perbalahan dan pergaduhan Negara menjadi mundur Imej bangsa dan negara akan tercemar.

Anda mungkin juga menyukai