Anda di halaman 1dari 13

Aktiviti 2 Mengkaji Sungai Pengawasan Sungai / Aliran Air

Pendahuluan
Mutakhir ini, isu pencemaran air acap kali menghiasi dan menguasai dada akhbarakhbar tempatan.Isu ini juga sering menjadi liputan media massa antarabangsa dan persidangan utama dunia. Oleh itu, pelbagai langkah yang efisien perlu diambil bagi mengelakkan alam sekitar kita daripada terus tercemar Punca utama pencemaran air di Malaysia ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Lokasi berair menjadi pilihan tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti dan sifat manusia yang rakus. di Pengawasan lokasi-lokasi berair terutamanya sungai harus diadakan kerana sungai merupakan nadi kehidupan manusia. Sisa toksik daripada kilang-kilang kerap dibuang dan dialirkan ke dalam sungai. Pengawasan sungai akan membantu mengurangkan kesan-kesan negative akibat aktiviti-aktiviti ini. Kajian pengawasan sungai kami diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong berdekatan dengan Kuala Lumpur.Aktiviti ini dijalankan oleh calon-calon Wira Alam serta ahli-ahli Kelab Pecinta Alam SMK Bukit Jelutong dengan bantuan daripada LembagaUrus Air Selangor (LUAS).Dengan manual Program Qua-Qua (Kualiti dan Kuantiti) yang diberioleh LUAS, kami berjaya memperolehi maklumatmaklumat yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini.

Objektif

Mengenali sifat-sifat fizikal lokasi yang dikaji. Menentukan kualiti air dari segi kekeruhan, suhu, oksigen terlarut, nitrat, fosfat dan pH air sungai. Mengetahui prosedur-prosedur ujian kimia untuk mengkaji kandungan nitrat, fosfat dan sebagainya. Memupuk nilai murni alamsekitar didalam setiap individu yang menjalankan kajian. Meningkatkan kesedaran tentang pencemaran air. Menyediakan peluang kepada para pelajar untuk melibatkan diri dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Mengenali habitat fauna-fauna yang berada dikawasan sungai.

Lokasi
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Tarikh
24 Mac 2013

Masa
11.55 pagi

Peta Lokasi

Peta Kampus FRIM

Radas / Perkakas yang diperlukan


Dulang Kit ujikaji Penangguk atau net Akuarium 3 Tabung Ujian atau test tube besar 2 Tabung Ujian atau test tube kecil Jangka suhu 2 biji tablet OksigenTerlarut atau Dissolved Oxigen (DO) 1 biji tablet Nitrat 1 biji tablet Fosforus 1 biji tablet pH Carta air tulen atau fresh water Kanta pembesar

Senarai Aktiviti BAHAGIAN 1 Pemerhatian Secara Fizikal dan Visual

Sifat Fizikal
Warna dan Persekitaran Bau Tumbuh-tumbuhan Haiwan Aktiviti Guna Tanah (aktiviti manusia seperti pembinaan, perindustrian, pelancongan dan lain-lain)

Keputusan
Hijau, Coklat dan Oren Nyaman Semak-samun, Pokok-pokok kecil, Pokok Nipah dan Pokok Palma Pacat, Kupu-Kupu dan Pepatung Semula Jadi

BAHAGIAN 2 Pemantauan Secara Ujian Kimia


1) KEKERUHAN (TURBIDITY) Pengukuran kekeruhan adalah ujian utama kualiti air. Kekeruhan ialah ukuran yang menggunakan kesan cahaya sebagai dasar untuk mengukur kualiti air dengan skala NTU (nephelometrix turbidity unit). Kekeruhan ini disebabkan oleh adanya benda asing yang tercampur atau benda koloid didalam air seperti tanah, pasir dan bahan organic yang biasanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

2) SUHU (TEMPERATURE) Penilaian fizikal kualiti air yang paling biasa adalah ukuran suhu. Suhu member kesan kepada kedua-dua ciri kimia dan biologi permukaan air. Ia mempengaruhi tahap oksigen yang terlarut di dalam air, proses fotositensis tumbuhan akuatik, kadar metabolik organism akuatik, dan sensitiviti organism ini kepada pencemaran, parasit dan penyakit.

3) OKSIGEN TERLARUT (DISSOLVED OKSIGEN) Oksigen terlarut adalah penting untuk ekosistem akuatik. Semua organisma memerlukan oksigen untuk hidup termasuklah haiwan akuatik. Sumber semula jadi yang mengandungi kandungan oksigen terlarut yang tinggi dapat menampung pelbagai jenis kehidupan akuatik di dalam air.

4) NITRAT (NITRATE) Nitrat sebahagian besar digunakan sebagai baja dalam pertanian kerana kelarutannya yang tinggi. Nitrat adalah nutrien tumbuhan yang penting, tetapi dalam jumlah yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kualiti air yang ketara. 5) FOSFAT (PHOSPHATE) Sama seperti Nitrat, Fosfat ialah nutrien yang penting bagi tumbuh- tumbuhan dan haiwan. Fosforus yang berlebihan di dalam air sungai boleh menyebabkan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan menjadi cepat dan kemudiannya akan menyebabkan kekurangan oksigen di dalam air cepat berlaku. Hasilnya, air sungai tidak dapat menampung hidupan akuatik kerana kekurangan oksigen terlarut.

6) pH Ujian ini untuk menentukan tahap keasidan atau kealkalian air sungai. Skala pH bermula dari 0 (sangat berasid) ke 14 (sangat beralkali) dimana skala 7 adalah neutral. pH air yang biasa adalah pada kadar 6.5 hingga 8.2. Hidupan akuatik dapat menyesuaikan diri pada Ph tertentu dan akan mati jika Ph sumber air tersebut berubah.

PROSEDUR UJIAN KIMIA 1) KEKERUHAN (TURBIDITY) i. ii. iii. iv. v. vi. Lekatkan pelekat didasar kit uji kaji Bilas kit ujikaji Isikan sampel air ke dalam bekas kit uji kaji Pegang carta kekeruhan dibahagian permukaan bekas tersebut Bandingkan warna yang kelihatan dengan carta Rekodkan keputusan sebagai NTU kekeruhan

2) SUHU (TEMPERATURE) i. ii. iii. iv. v. Letakkan jangka suhu ke dalam air sungai sedalam 4 inci Biarkan jangka suhu didalam air sehingga bacaan tetap diperolehi Keluarkan jangka suhu dari air sungai Dapatkan bacaan jangka suhu (petunjuk warna hijau) Rekodkan keputusan dalamC

3) OKSIGEN TERLARUT (DISSOLVED OKSIGEN) i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Bilas tabung uji kecil (Kod : 0125) Masukkan sampel air kedalam tabung uji Masukkan 2 biji tablet oksigen terlarut kedalam tabung uji Tutup tabung uji. Pastikan tiada gelombang udara dalam sampel Goncang sehingga larut dalam masa lebih kurang 4 minit Tunggu sehingga 5 minit Bandingkan warna sampel yang terhasil dengan warna di carta warna oksigen terlarut dan rekodkan keputusan dalam ppm

4) NITRAT (NITRATE) i. ii. iii. iv. v. Bilas tabung uji besar (Kod : 0106) Masukkan sampel air sehingga paras 5ml Masukkan 1 biji tablet Nitrat kedalam tabung uji Tutup tabung uji dan goncang sehingga larut Tambah 1 lagi biji tablet Nitrat ke dalam tabung uji. Tutup tabung uji dan goncang sehingga larut vi. vii. Tunggu sehingga 5 minit Bandingkan warna sampel yang terhasil dengan warna dicarta warna Nitrat dan rekodkan keputusan dalam ppm

5) FOSFAT (PHOSPHATE) i. ii. iii. iv. v. vi. Bilas tabung uji besar (Kod : 0106) Masukkan sampel air sehingga paras 5 ml Masukkan 1 biji tablet Fosfat ke dalam tabung uji Tutup tabung uji dan goncang sehingga larut Tunggu sehingga 5 minit Bandingkan warna sampel yang terhasil dengan warna dicarta warna Fosfat dan rekodkan dalam ppm

6) pH i. ii. iii. iv. v. Bilas tabung uji besar (Kod : 0106) Masukkan sampel air sehingga paras 10 ml Masukkan 1 biji tablet pH ke dalam tabung uji Tutup tabung uji dan goncang sehingga larut Bandingkan warna sampel yang terhasil dengan warna dicarta warna pH dan rekodkan keputusan

KEPUTUSAN

Bil Parameter / Kadar 1 2 3 4 5 6 Kekeruhan (Turbidity) Suhu (Temperature)

Keputusan 0 NTU 26 C

OksigenTerlarut (Dissolved Oxigen) 8 ppm Nitrat (Nitrate) Fosfat (Phosphate) pH Kurang daripada 5 ppm 2 ppm 7

Senarai Haiwan yang Dijumpai


Stonefly Nymphs Pepatung Kupu-kupu Pacat Flattened Mayfly Nymphs Udang Sungai Udang Air Tawar Ulat-ulat Air

Indeks Kualiti Air


7.4 (Air Bersih)

Pencemaran

Penggunaan baja kimia di kawasan kajian kami telah menyebabkan kimia yang terlarut bersama air sewaktu hujan atau semasa disiram masuk ke dalam sungai. Ini telah menyebabkan kandungan fosfat di dalam sungai tinggi iaitu sebanyak 2 ppm. Selain itu, kandungan oksigen terlarut, Ph dan suhu berada dalam tahap optimum.

Sungai yang dikaji tidaklah mempunyai ikan-ikan atau haiwan-haiwan yang besar tetapi terdapat binatang-binatang yang kecil terutamanya ulat air. Namun begitu, kawasan kajian kami tidak terdapat banyak organism. Ini berkemungkinan kerana kawasan kajian merupakan hutan simpanan dan menjadi tempat kunjungan manusia. Oleh itu, haiwan tidak berasa selesa atau selamat tinggal di situ.

Hasil penjagaan yang rapi oleh pihak FRIM serta kerjasama oleh pengunjung, tidak terdapat sampah sarap yang kelihatan di kawasan kajian. Oleh sebab itu, kawasan kajian sangatlah selesa dikunjungi dan menjadi pilihan pengunjung tempatan mahupun dari luar negara untuk beriada serta melihat keindahan hutan di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai