Anda di halaman 1dari 13

UB

M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1.0 Pendahuluan 2-3
2.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kelahiran 3-9
Anak Kurang Upaya.
2.1 Faktor Pranatal 3-5
2.2 Faktor Perinatal 5-6
2.3 Faktor Posnatal 6-7
2.4 Faktor-faktor lain 7-9
a) Faktor Endogen 8
b) Faktor Eksogen 9
3.0 Langkah-langkah Mengatasi. 10-11
3.1 Individu 10
3.2 Kerajaan 11
3.3 Media Massa 11
4.0 Penutup 12
5.0 Bibliografi 13

1
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
1.0 PENDAHULUAN
Dunia kini semakin maju dalam semua bidang terutamanya dalam bidang sains
dan teknologi (ICT) yang banyak membawa perubahan kepada diri manusia mahupun
pembangunan sesebuah negara. Namun kita tidak dapat dinafikan bahawa perkembangan
sains dan teknologi bukan menjadi satu penyelesaian kepada semua masalah yang kita
hadapi. Keadaan atau masalah yang paling membimbangkan lagi adalah baru-baru ini
satu kajian yang menyatakan bahawa bilangan kelahiran anak kurang upaya dalam
kalangan masyarakat sedunia semakin meningkat pada setiap tahun. Masyarakat yang
kurang perhatian terhadap kesihatan terutamanya wanita yang mengandung adalah satu
penyebab utama peningkatan bilangan kelahiran anak kurang upaya.

Setiap insan istimewa tidak pernah meminta dilahirkan ke dunia sebagai anak
kurang upaya atau dalam keadaan serba kekurangan, apatah lagi dengan anak-anak yang
baru dilahirkan. Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat
anak yang sempurna serta berkembang dalam pelbagai aspek iaitu aspek fizikal, mental,
sosial dan juga rohani. Namun semuanya adalah takdir dan tiada sesiapa yang dapat
melawan kehendak Tuhan. Walaupun setiap ibu bapa mahukan zuriat yang normal tetapi
ada antara mereka terpaksa menerima hakikat kekuasaan sebenar Tuhan apabila
dikurniakan anak yang cacat.

Anak kurang upaya adalah gelaran yang diberi kepada anak-anak yang
memerlukan keperluan khas dan juga disebut sebagai anak-anak istimewa ataupun anak-
anak cacat. Istilah anak cacat jarang digunakan dan juga menghalang daripada digunakan
dalam kalangan masyarakat pada masa kini berbanding pada masa lampau atas faktor-
faktor sensitiviti. Anak kurang upaya didefinisikan sebagai anak-anak yang berbeza
daripada anak-anak normal yang lain dari segi aspek fizikal, mental, keupayaan sensori,
keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan sebagainya.

2
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), kira-kira 1.3 hingga 2.6 juta penduduk di Malaysia adalah dikategorikan sebagai
orang kurang upaya. Hal ini berlaku kerana disebabkan oleh beberapa faktor yang utama.
Antaranya ialah faktor pranatal, faktor prenatal, faktor posnatal dan juga faktor-faktor
sampingan yang lain. Sebagai ibu bapa mahupun bakal ibu bapa, kita seharusya perlu
mengetahui faktor-faktor pertumbuhan dan perkembangan anak bagi mengelakkan atau
mengurangkan kadar kelahiran anak kurang upaya. Ini bukan setakat tanggungjawab kita
terhadap diri sendiri mahupun keluarga tetapi ia lebih kepada tanggungjawab terhadap
masyarakat dan juga negara.

2.0 FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI


KELAHIRAN ANAK KURANG UPAYA.
Sebagai insan yang dilahirkan dengan sempurna dan normal kita perlulah
bersyukur terhadap apa yang kita memiliki. Kita juga perlu mengetahui bahawa
melahirkan seseorang anak bukan satu perkara yang mudah mahupun memandang ringan.
Hal ini kerana, melahirkan seseorang anak adalah merupakan sesuatu proses yang
mengambil jangka masa panjang serta diikuti dengan beberapa tahap yang penting.
Menurut pandangan orang tua dahulu, inilah dikatakan bahawa melahirkan anak adalah
satu proses kelahiran semula seseorang ibu tersebut. Tahap-tahap atau faktor-faktor yang
dinyatakan adalah akan menentukan sama ada anak yang bakal kita dilahirkan adalah
normal dan sempurna atau yang dikategorikan sebagai anak kurang upaya. Antara faktor-
faktor tersebut adalah faktor pranatal, faktor prenatal, faktor posnatal dan juga faktor-
faktor lain.

2.1 Faktor Pranatal (sebelum kelahiran)

Faktor pranatal adalah proses utama dan juga yang paling penting dalam
pertumbuhan dan perkembangan seseorang anak semasa dalam kandungan ibu iaitu
faktor yang akan dilalui sebelum kelahiran seseorang anak. Faktor pranatal atau jangka
waktu pranatal adalah selepas sahaja berlakunya pensenyawan antara sperma dengan

3
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
ovum sehinggalah bayi itu dilahirkan. Tempoh ini berlangsung selama 266 hari atau
bersamaan dengan 38 minggu. Proses ini melalui tiga peringkat utama iaitu geminan,
embrio dan fetus atau janin. Pada tahap ini proses pembahagian semasa pembentukan
organ-organ dalaman dan fizikal adalah amat aktif. Disinilah kelakuan dan amalan ibu
yang mengandung perlu dijaga kerana ia mempengaruhi pembentukan bayi dalam rahim.

Peringkat pertama yang dikatakan fasa geminan adalah peringkat pembentukan


zigot yang mengambil masa selama dua minggu. Pada masa ini, zigot akan melekat pada
dinding rahim ibu dengan mengambil masa selama tiga hingga empat hari per uterus.
Seterusnya, fasa embrio akan bermula pada minggu ketiga dan berakhir pada minggu
kelapan dalam kandungan. Fasa ini merupakam proses pembentukan awal bagi organ
utama seperti jantung dan paru-paru. Penyerapan zat-zat makanan akan berlaku semasa
pembentukan awal bagi otak dan organ utama. Seseorang ibu yang mengandung perlulah
mengambil makanan yang berkhasiat bagi membantu proses ini berlakunya dengan
lancar. Kebanyakan kelahiran anak kurang upaya adalah disebabkan oleh faktor makanan
yang kurang diberi perhatian kerana tumbesaran seseorang bayi dipengaruhi oleh
pemakanan ibu semasa mengandung.

Fasa embrio berikutan adalah pada minggu keempat iaitu bermula kefungsian
jantung bayi dalam kandungan. Manakala, fasa fetus pula bermula pada bulan ketiga
hingga anak dalam kandungan itu dilahirkan dan organ utama dan jari tangan dan kaki
juga akan terbentuk sepenuhnya. Pada bulan keempat janin mula bergerak dan pergerakan
menjadi semakin aktif pada bulan keenam. Pada masa ini, keselamatan dan tingkah laku
seseorang ibu yang mengandung perlulah dijaga bagi mengelakkan kelahiran anak yang
mempunyai kecacatan terutamanya dari segi fizikal.

Secara langsungnya, faktor pranatal ini mempengaruhi sebanyak lapan puluh


peratus dalam kelahiran anak yang cacat. Oleh itu, bayi dalam kandungan sekurang-
kurangnya memerlukan dua jenis perlidungan iaitu salah satunya adalah cecair Amniotik
yang membantu melindungi fetus daripada mengalami kecedaran fizikal. Manakala,

4
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
perlindungan kedua adalah sempadan plasenta yang dihasilkan oleh saluran darah yang
memisahkan sistem peredaran ibu dan janin. Ia juga melindungi bayi daripada dimasuki
bendasing-bendasing yang menyebabkan kecacatan pada bentuk janin mahupun tingkah
laku dan kecerdasan otak. Rubella Plasenta barrier tidak dapat melindungi janin
sepenuhnya semasa perkembangan bayi dalam kandungan kerana kajian mendapati
bahawa sebanyak 30 000 bayi yang lahir meninggal dunia dan 16 000 bayi lagi dilahirkan
sebagai pekak dan buta. Antara kesan yang dibawa oleh rubella ini adalah selesema tetapi
ramai dalam kalangan ibu yang memandang ringan pada keadaan ini. Rubella dapat
dicegah melalui imunisasi awal sebelum mengandung.

2.2 Faktor Perinatal (semasa kelahiran)

Faktor perinatal adalah dikatakan sebagai proses semasa kelahiran bayi iaitu pada
waktu bersalin. Proses ini berlaku pada minggu ke-38 dan pada masa ini bayi sudah
sempurna anggota tubuhnya serta bersedia ke alam baru iaitu dari rahim ibu ke dunia.
Apabila seseorang wanita disahkan mengandung, doktor yang memeriksanya akan
mengira 280 hari mulai dari hari terakhir kedatangan haid dan ini akan dijangkakan
sebagai hari kelahiran bayi. Namun, kadangkala tarikh ini tidak tepat kerana kebanyakan
kes kelahiran berlaku seminggu sebelum atau selepas tarikh itu. Proses kelahiran ini
dibahagikan kepada tiga tahap utama iaitu pembukaan serviks, kelahiran bayi dan
pengeluaran plasenta selepas kelahiran.

Tahap pertama proses kelahiran adalah pembukaan serviks. Tahap ini adalah
proses yang paling lama terutama bagi wanita yang kali pertama melahirkan anak iaitu
mengambil masa selama 10 hingga 16 jam berbanding wanita yang pernah melahirkan
anak hanya akan mengambil masa selama 6 hingga 11 jam. Kontraksi Braxton-Hicks
adalah kontraksi yang dirasai secara berhenti-henti atau kadang-kadang oleh wanita yang
mengandung terutamanya sepanjang dua bulan terakhir kehamilan. Bahagian terakhir
dalam tahap ini dipanggil transition dan ini adalah tahap yang paling sukar kerana
kontraksi ini adalah yang paling sakit sekali dan mereka terpaksa meneran sebelum bayi

5
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
keluar. Pada masa ini, mereka diberikan ubat penenang bagi mengurangkan kesakitan
tetapi ia sebenarnya memberi kesan kepada bayi terutama pada aspek kecerdasan otak.

Manakala, tahap kedua bermula apabila serviks sudah membuka sepenuhnya dan
berakhir dengan proses kelahiran bayi. Pada tahap ini, wanita perlu menggunakan tenaga
fizikal sepenuhnya bagi meneran bayi supaya keluar. Mereka juga perlu memberi
komitmen yang sebaik mungkin kepada doktor atau jururawat yang bertugas bagi
menggelakkan sebarang kecedaraan kepada diri sendiri mahupun bayinya semasa proses
kelahiran. Sekiranya, mereka gagal dalam memberi komitmen maka proses kelahiran
juga akan menjadi lambat. Kebanyakan kes sebeginilah yang menyebabkan kesan negatif
kepada bayi dari segi fizikal dan mental. Selain itu, pengeluaran darah yang banyak
semasa melahirkan anak juga akan memberi kesan kepada bayi.

Seterusnya, tahap ketiga pula adalah proses pengeluaran plasenta selepas


kelahiran. Proses ini perlu untuk memastikan bahawa ke semua bahagian plasenta
dikeluarkan sepenuhnya kerana jika tertinggal, ia boleh membahayakan ibu dan juga bayi
yang baru lahirnya. Sekiranya, bayi yang dilahirnya tidak cukup bulan maka langkah
yang sepatutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan sebarang kecacatan kepada bayi.
Hal ini kerana, kebanyakan kes anak yang menjadi cacat adalah disebabkan oleh salah
satu faktor kelahiran tidak cukup bulan kerana pertumbuhan dan perkembangan bayi
tersebut semakin lambat berbanding bayi yang lahir normal.

2.3 Faktor Posnatal (selepas kelahiran)

Faktor posnatal pula berlaku selepas kelahiran anak iaitu bermula pada saat
kehidupan selepas kelahiran ke dunia sampai pada dua tahun atau lima tahun kehidupan
seseorang anak. Proses ini banyak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti gizi
pemakanan, penyakit, keadaan sosial dan ekonami, musim dan lain-lain lagi.

6
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
Gizi pemakanan haruslah diamalkan pada masa ini, iaitu awal pertumbuhan dan
perkembangan anak seperti mengikuti cara makanan kualitatif dan juga kuantitatif. Hal
ini membantu serta memudahkan perkembangan anak yang sempurna dari segi fizikal
dan mental. Antara makanan yang dikatakan kualitatif adalah makanan yang
mengandungi protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Awal perkembangan anak
dari segi fizikal mahupun mental amat penting untuk mengelakkan sebarang kecacatan
dalam pertumbuhan mereka.

Manakala, penyakit seperti demam kuning selepas kelahiran yang semakin


menular juga salah satu faktor menyebabkan kecacatan pada diri kanak-kanak. Sekiranya
anak yang dilahirkan dikenalpasti mengalami penyakit ini, ibu bapa perlulah membawa
anaknya ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya diterima oleh
anak mereka serta mengikuti apa yang dinasihatkan oleh pakar kesihatan. Penyakit
sebegini tidak menunjukkan kesan pada masa tersebut tetapi akan memberi kesan pada
masa akan datang. Hal ini menyebabkan kebanyakan anak kurang upaya tidak dapat
dibantu kerana sudah terlambat untuk mendapatkan rawatan.

Secara keseluruhannya, tiga faktor utama iaitu faktor pranatal, perinatal dan
posnatal amatlah penting kerana ia mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak
sama ada dalam keadaan sempurna atau cacat. Seseorang wanita yang mengandung
haruslah memberi perhatian yang serius semasa melalui tiga faktor utama kelahiran anak
bagi mengurangkan bilangan kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat di
dunia.ini.

2.4 Faktor-faktor lain

Selain daripada tiga faktor utama faktor-faktor sampingan yang lain juga
mempengaruhi kelahiran anak kurang upaya. Faktor sampingan ini boleh dikategorikan
kepada dua bahagian iaitu faktor endogen dan faktor eksogen.

7
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
a) Faktor Endogen

Faktor endogen adalah faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan


perkembangan dalam diri individu atau dikatakan sebagai faktor baka. Kebanyakan
kelahiran anak kurang upaya dalam masyakarat sekarang adalah disebabkan oleh faktor
endogen seperti baka, pemakanan, kesihatan ibu, pengambilan dadah dan alkohol,
merokok, faktor Rh darah, kesan X-Ray, emosi ibu, umur ibu, kehadiran teratogen dan
sebagainya.

Secara langsungnya, faktor baka adalah amat mempengaruhi dalam kelahiran


anak cacat. Sekiranya, ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat mengalami kecacatan
dari segi fizikal mahupun mental, kemungkinan besar anak yang dilahirkan mengalami
kecacatan tersebut. Menurut Bluss dan Pidmin (1997), faktor baka atau genetik dari segi
fizikal akan diwarisi oleh anak yang dilahirkannya. Selain faktor baka, komlikasi-
komlikasi kehamilan pada usia lewat juga salah satu faktor endogen yang membawa
kecacatan kepada anak. Menurut Dr. Shah Reza Johar Noor ( Pakar Perbidanan dan Sakit
Puan, Hospital USM ), menyatakan bahawa ibu yang berusia 40 tahun ke atas adalah
berisiko tinggi kerana kebiasaanya bayi yang dilahirkan akan mengalami Sindrom Down.

Seterusnya, wanita hamil yang mengambil dadah, alkohol dan merokok akan
melahirkan anak yang cacat atau terencat akal. Pakar Kesihatan K.Bathmanathan juga
berpendapat bahawa sekiranya wanita yang mengandung merokok maka bayi yang
dilahirkan berkemungkinan mengalami masalah berat badan serta terdedah kepada risiko
penyakit paru-paru dan pertumbuhan fizikal yan lemah. Jika ibu merokok, janin akan
mengalami kekurangan bekalan oksigen kerana pembuluh darah mengecut dan ini boleh
menyebabkan kecacatan otak kepada anak. Kesan X-Ray semasa mengandung juga
menyebabkan kecacatan pada anak dalam kandungan. Kehadiran teratogen juga adalah
amat bahaya kepada janin dalam kandungan kerana ia boleh membantutkan pertumbuhan
organ utama.

8
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
b) Faktor Eksogen

Faktor eksogen pula adalah berkaitan dengan luar diri individu iaitu faktor
persekitaran. Menurut satu kajian , sebanyak tiga hingga lima peratus penyakit yang
menyebabkan kecacatan pada anak adalah daripada faktor persekitaran. Faktor ini
termasuklah yang merangkumi faktor pemakanan, keluarga, tempat tinggal dan
sebagainya.

Pemakanan yang berkhasiat amat penting dalam pertumbuhan dan perkembangan


seseorang anak sama ada dalam kendungan ibu mahupun selepas dilahirkan. Ibu yang
mengandung perlulah mengamalkan makanan seimbang dan sihat. Hal ini kerana
makanan yang tidak cukup atau kekurangan zat-zat makanan semasa awal perkembangan
anak akan berkesan dan boleh membawa kecacatan fizikal dan mental. Manakala faktor
pemberian susu ibu juga perlu dipertimbangakan serta mengamalkan dengan strategik.
Susu ibu secara semula jadi mengandungi zat-zat yang sesuai bagi seseorang bayi yang
baru dilahirkan.

Seterusya, menurut Baumrind (1995), berpendapat faktor keluarga juga amat


penting dalam kelahiran seseorang anak ke dunia ini. Pemerhatian dan kasih sayang ahli
keluarga semasa perkembangan anak perlu bagi mengelakkan sebarang gangguan sama
ada dalam pertumbuhan fizikal mahupun mental. Manakala, tempat tinggal juga harus
selesa serta dalam keadaan selamat. Sekiranya ada gangguaan seperti pencemaran udara,
air, bunyi dan sebagainya maka ia akan memberi kesan negatif serta menyebabkan
kecacatan pada pertumbuhan anak.

Secara umumnya, banyak faktor menyebabkan bilangan anak kelahiran cacat


semakin meningkat. Oleh itu, wanita yang mengandung serta masyarakat di sekeliling
harus memberi perhatian dan mengetahui faktor-faktor tersebut serta membuat persiapan
awal bagi mengelakkan atau mengurangkan kadar kelahiran anak cacat yang
membimbangkan semua pihak.

9
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
3.0 LANGKAH – LANGKAH MENGATASI
Setiap masalah dalam dunia ini mesti ada penyelesaian. Sekiranya kita berhasrat
untuk menyelesaikan masalah tersebut maka wujudlah satu penyelesaian kepada masalah
yang kita hadapi. Hal ini sama dengan isu kelahiran anak kurang upaya kerana pilihan
ada di tangan sendiri dalam mengatasi masalah tersebut. Sebagai manusia kita perlulah
prihatin terhadap isu kelahiran anak kurang upaya yang semakin meningkat dalam
kalangan masyarakat. Alternatif-alternatif atau langkah-langkah sepatutnya perlu diambil
oleh setiap pihak supaya mengurangkan kadar peningkatan kelahiran anak kurang upaya.

3.1 Individu

Pihak yang paling bertanggungjawab dalam hal ini ialah ibu yang mengandung.
Sebagai ibu atau bakal ibu yang akan melahirkan anak perlulah mempunyai pendidikan
asas tentang perkembangan anak iaitu faktor yang mempengaruhi sebelum, semasa dan
selepas kelahiran. Pendidikan ini amat penting untuk ibu yang mengandung bagi
mengetahui tahap-tahap perkembangan seseorang anak dalam kandunganya serta dapat
mengikuti perubahan semasa ke semasa. Ibu yang mengandung perlulah menjalankan
pemeriksaan kesihatan sepertimana yang ditentukan oleh pusat kesihatan. Hal ini dapat
membantu ibu mengandung untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya mengikut
tahap-tahap perkembangan anak dalam rahim.

Selain rawatan di pusat kesihatan, seseorang ibu mengandung juga perlu


mengambil makanan tambahan dengan nasihat pakar kesihatan. Kajian membuktikan
tubuh kita lebih mudah menyerap vitamin yang didapati daripada makanan tambahan dan
makanan kaya vitamin berbanding vitamin semula jadi pada sesetengah makanan.
Makanan tambahan seperti asid folik atau vitamin B9 adalah antara nutrisi yang
menghalang daripada berlakunya kecacatan pada bayi. Kajian juga turut menunjukkan
wanita mengandung yang mengambil asid folik semasa mengandung dapat
mengurangkan risiko kecacatan kelahiran anak.

10
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
3.2 Kerajaan

Pihak kerajaan juga harus bertanggungjawab dalam mengurangkan kadar


kelahiran anak kurang upaya kerana aset masa depan ialah anak-anak yang telah lahir dan
yang bakal dilahir. Oleh itu, penglibatan kerajaan dalam hal ini amat diperlukan supaya
menjamin kesejahteraan masyarakat. Sekiranya kadar anak kurang upaya semakin
meningkat maka tiadalah pemimpin dan penjuang bangsa dan negara yang sempurna dari
segi fizikal dan mental.

Kerajaan perlu meningkatkan kempen yang berunsur kepentingan gaya hidup


sihat yang membantu melahirkan generasi yang sempurna dari semua aspek. Garis
panduan tentang kempen sebegini sudah pun dibuat dalam kalangan masyakat. Namun,
kita tidak dapat memberi satu penilaian yang tetap mengenai kempen ini sama ada
mencapai objektifnya atau tidak. Oleh sebab, kerajaan adalah penggerak kepada sesebuah
negara maka ia perlulah mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk mengatasi
isu kelahiran anak kurang upaya.

3.3 Media Massa

Selain individu dan kerajaan, media massa sama ada media cetak mahupun media
elektronik perlu berperanan dalam mengatasi masalah ini kerana melalui media massa
sesuatu mesej mudah dan cepat disampaikan kepada masyarakat. Media massa juga harus
menambahkan dan menyiarkan rancangan-rancangan atau iklan-iklan yang berkaitan
dengan kelahiran anak kurang upaya. Langkah ini dapat menyebabkan masyarakat
berfikir dan secara langsungnya memberi kesedaran tentang isu ini.

Penulisan ilmiah tentang kelahiran anak kurang upaya juga harus digalakkan.
Pihak yang berkaitan dengan bidang ini perlulah menulis sebanyak mungkin tentang
faktor-faktor kelahiran anak yang mempunyai kecacatan serta kaedah atau langkah untuk
mengatasinya, dengan cara yang mudah difahami oleh masyarakat. Melalui ini satu
kesedaran pasti akan bertimbul dan psikologi perkembangan anak juga meningkat.

11
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
4.0PENUTUP
Secara keseluruhannya, kita dapat merumuskan bahawa melahirkan seseorang
anak adalah seseuatu masa yang paling indah dan bermakna dalam kehidupan setiap
pasangan suami isteri. Namun, kita tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat zaman ini
tidak sedar terhadap situasi sebegini kerana terlalu mementingkan faktor kerjaya. Dunia
yang semakin moden serta maju ke arah perkembangan sains dan teknologi (ICT)
menjadikan manusia sebagai pencari harta benda semata-mata. Maka, kebanyakan
golongan masyarakat ini tidak dapat menghayati masa yang paling indah dalam
kehidupannya iaitu mengandung atau pasagannya mengandung. Mereka ini juga tanpa
disedari kehilangan masa yang paling berharga dan bermakna dalam kehidupan mereka.

Golongan ini perlu sedar bahawa erti sebenar kehidupan dan harta yang paling
berharga adalah zuriat yang bakal dilahirkan berada dalam keadaan sempurna dan normal
dari segi fizikal, mental dan rohani. Sekiranya wanita yang mengandung bekerja, maka
perlu membahagikan masa untuk memberi perhatian yang sepenuhnya kepada anak
dalam kandungan bagi memastikan anaknya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan
normal. Begitu juga dengan suami yang mempunyai isteri yang mengandung kerana
kasih sayang dan pemerhatian suami pada masa ini amat diperlukan supaya emosi wanita
yang mengandung sentiasa dalam keadaan baik. Hal ini kerana, emosi juga amat
mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan anak dari segi mental mahupun fizikal.

Selain itu, tanggungjawab ibu bapa bukan setakat anak semasa dalam kandungan
tetapi juga selepas dilahirkan. Mereka perlu memberi kasih sayang serta memastikan
keperluan asas anak disempurnakan. Melalui ini kelahiran anak kurang upaya dapat
dikurangkan dalam kalangan masyarakat. Ibu bapa juga harus mempertimbangkan dan
ingat tentang faktor-faktor kelahiran iaitu faktor pranatal, perinatal, posnatal dan lain-lain
supaya pertumbuhan dan perkembangan fizikal anak dalam keadaan sihat dan normal
tanpa mengalami sebarang kecacatan. Oleh itu, kelahiran anak kurang upaya amat
bergantung pada tanggugjawab ibu bapa walaupun faktor lain turut dipengaruhi.

12
UB
M 1022
BAHASA MELAYU PROFESIONAL
________________________________________________________________
BIBLIOGRAFI

Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Psikologi Kanak-Kanak&Remaja. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Psikologi kanak-kanak (2007). Diperoleh pada Februari 25,2008 daripada http://www.pts.


com.my/ modules.php? name= News&file=article&sid=28.

Pertumbuhan dan perkembangan anak (2007). Diperoleh pada Februari 25,2008 daripada
http://www.medicastore.com/zamel/isi_zamel.php?isi_zamel=tumbuh_kembang.

K.Bathmanathan (2005, Disember 6). Implikasi ibu mengandung merokok. Utusan


Malaysia, 1 & 4.

Dr. Shah Reza Johar Noor (2005, Disember 11). Kehamilan pada usia lewat berisiko
tinggi untuk bersalin. Mingguan Malaysia, 1 & 5

Netty Ah Hiyer (2007, September 14). Asid folik halang kelahiran cacat. Mingguan
Wanita, 146, 72.

13