Anda di halaman 1dari 14

DRAF PROGRAM JARINGAN PEMENTORAN SEKOLAH KEBANGSAAN MINDEN HEIGHT GELUGOR, PULAU PINANG

Nama Program:

ASAH MINDA ANDA (AMAn)


PENGENALAN Kemahiran Berfikir merupakan elemen yang amat penting dalam pembelajaran murid. Modul Kemahiran Berfikir telah dikeluarkan oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (ketika itu Pusat Perkembangan Kurikulum)apabila Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) semakan tahun 2003 dilancarkan. Kelangsungan Kemahiran Berfikir sebagai elemen terpenting dalam pembelajaran telah diketengahkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai Elemen Merentas Kurikulum (EMK). Apatah lagi, taxonomi terkini yang diaplikasikan dalam pendidikan kebangsaan berdasarkan taxonomi Krathwohl dan Anderson yang menggariskan kreativiti sebagai aras tertinggi dalam penghasilan (outcomes) pembelajaran seperti dalam Rajah 1 yang berikut:

Rajah 1:

Pyramid from Krathwohl and Anderson (2001) adaptation of Bloom's taxonomy (1956). This version adapted by the University of Southern Indiana (www.usi.edu), Accessed November 2010

Selain itu, aspirasi negara juga mengharapkan negara kita akan menjadi negara maju melalui transformasi yang mensasarkan keusahawanan sebagai outcome pendidikan. Teras untuk melahirkan entrepreneurs bertaraf dunia ialah kita perlu melahirkan generasi yang berpemikiran creatif. Hasrat dan wawasan kita menjangkau texonomi dengan penambahan seperti yang berikut:

ENTREPRENEURSHIP CREATIVE INOVATIVE EVALUATING SYNTHESIZING ANALYSING APPLYING UNDERSTANDING REMEMBERING

Justeru, Asah Minda Anda atau AMAn dibina sebagai satu initiaf dan usaha untuk memastikan elemen kemahiran berfikir dilaksanakan dalam pembelajaran murid. Pelbagai alat, instrument, modul dan model berfikir yang sedia ada dapat diaplikasikan sebagai pengupaya untuk guru menjana kemahiran berfikir murid semasa pembelajaran. AMAn diharap dapat menjadi panduan kepada guru-guru supaya dapat mengenal pasti alat berfikir yang bersesuaian untuk facilitate (membantu) murid berfikir secara lebih tersusun, terancang dan sistematik.

OBJEKTIF Merangsang murid berfikir aras tinggi berbantukan alat berfikir sebagai pengupaya

LATAR BELAKANG PROGRAM Visi sekolah mensasarkan sekolah menjadi Sekolah Futuristik. Bagi tiga tahun pertama, sekolah memberi fokus kepada thinking dan mewujudkan persekitaran berfikir. Sehubungan itu, pihak sekolah berusaha meningkatkan kemahiran guru untuk melaksa pembelajaran berorientasikan ICT atau ICT oriented learning. Elemen utama yang dirancang untuk diterapkan dalam pembelajaran ialah HOTS (High Order Thinking Skills). Pada masa kini, pelbagai alat berfikir diaplikasikan dalam pembelajaran seperti i-think, Thinking Habits, Critical & Creative Thinking, dan CoRT Thinking. Namun, pengaplikasiannya amat bergantung kepada guru sekiranya pihak sekolah tidak menyediakan satu perancangan yang komrihensif supaya dapat dijadikan panduan. Selain itu, pemahaman dan kemahiran guru juga perlu dianalisis kerana gurulah yang akan membimbing murid. Dengan itu, pihak sekolah merangka program AMAn yang diharap dapat menjadi panduan kepada guru untuk merangsang murid menggunakan alat berfikir yang bersesuaian dalam menjalankan tugasan. Dari masa ke masa, murid mengasah minda melalui alat berfikir yang bersesuaian. Justeru, pihak sekolah berharap dapat melahirkan murid yang inovatif dan kreatif selaras dengan misi dan visi sekolah. KUMPULAN SASARAN Pihak sekolah merancang untuk melaksanakan program ini secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun iaitu mulai 2014 hingga 2016. Kumpulan sasaran ialah murid kohot pertama KSSR yang akan melangkah ke Tahap Dua pada tahun 2014. Sehingga tahun 2016, semua murid tahap dua akan terlibat dalam program ini seperti jadual di bawah:Kohot/Tahun 2014 2015 2016 Tahun 4 i-think &KB i-think & KB i-think & KB Tahun 5 + CoRT + CoRT Tahun 6

+ Thinking Habits

PERSENOLIA BERTANGGUNGJAWAB Pengerusi: Naib Pengerusi: Setiausaha: Ahli Jawatanjuasa: Guru Besar Penolong Kanan Pentadbiran/Kurikulum Setiausaha Kurikulum PK HEM PKKK Penolong Kanan Petang Ketua-ketua Panitia Ketua-ketua Aliran Semua Guru Mata Pelajaran Tahap Dua

Pelaksana:

PENGISIAN PROGRAM Pihak sekolah mengenal pasti empat alat berfikir yang perlu diterapkan kepada murid sebagai pengupaya dalam membantu murid berfikir. Empat model berfikir tersebut merupakan modul yang telah lama dipraktikkan dan establish dalam pendidikan. Modul-modul itu ialah:1. Modul Kemahiran Berfikir & Lembaran Pengurusan Grafik (LPG)

2.

Model i-think

3.

Model CoRT Thinking

4.

Thinking Habits

STRATEGI PROGRAM 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pembelajaran dilaksanakan secara dalam talian menggunakan Frogvle ataupun Edmodo atau mana-mana laman web percuma. Semua murid kumpulan sasaran didaftarkan ke laman yang digunakan Setiap panitia mengenal pasti alat yang dapat disesuaikan dengan tema pembelajaran. Alat berfikir digunakan sebagai pengupaya dalam menyelesaikan tugasan murid. Murid mencetak dan memfailkan hasil kerja mengikut subjek. Instrumen pemantauan digunakan untuk mengukur pelaksanaan program.

PELAKSANAAN PROGRAM Program AMAn akan bermula Januari 2014. Walau bagaimanapun, pelan tindakan mengambil kira latihan dalaman yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk meningkatkan kemahiran guru serta berbengkel untuk membina alat yang akan digunakan seperti lembaran pengurusan grafik - LPG (graphic organizer) dan thinking maps. Murid Tahun 4 kohot 2014 akan diperkenalkan dengan LPG dan thinking maps semasa pembelajaran melibatkan semua mata pelajaran mengikut kesesuaian. Sehubungan itu, panitia mata pelajaran perlu membuat pelan tindakan masing-masing dengan perpandukan program AMAn sekolah. Alat berfikir dirancang bersama-sama rancangan pengajaran tahunan dengan mengenal pasti dan menyesuaikan tema serta kemahiran dengan alat berfikir. Pada bulan Oktober setiap tahun, sekolah akan menjalankan postmortem bagi semua program yang dilaksankan dalam tahun semasa. Sekolah juga akan melaksanakan analisis jurang dan analisis SWOC untuk mengenal pasti keberksanan program tahun semasa serta program yang perlu digubal bagi pencapai perancangan strategic sekolah. Beberapa tindakan perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk memastikan AMAn dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pelan tindakan program AMAn adalah seperti yang berikut:-

PELAN TINDAKAN PROGRAM AMAn 2014 Bil 1. Aktiviti Post-mortem & Analisis Jurang program & pencapaian akademik Kursus Dalaman dan Bengkel pembinaan alat Membina Rancangan pengajaran Tahunan & pemadanan alat berfikir Pengenalan AMAn Pelaksanaan AMAn dalam Pembelajaran Murid Kem AMAn 1 Kumpulan murid aras maju Kem AMAn 2 Kumpulan murid aras sederhana Kem AMAn 3 Kumpulan murid aras rendah Pelaporan Okt 2014 Okt Nov Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep

2. 3.

4. 5. 6. 7.

8.

9.

10. Penilaian Program

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil 1. Aktiviti Bengkel Pembinaan LPG & Alat serta pelan tindakan panitia Anggaran Pakej: 72 X RM120 X 2 hari =RM 17,280.00 Bahan RM 200.00 Transport: RM 2,000.00 X 2 bus RM 4,000.00 Jumlah: RM21,480.00 Sumber SBT 2013

2.

Kem AMAn 1, 2 & 3 Cadangan tempat: Fishing Sport

Pakej Kem 1 Murid Aras Tinggi 80 murid X RM 50 X 2 hari = RM 8000.00 16 Guru X RM120 X 2 = RM 3840.00 Transport: RM 500 X 2 = RM1000 Bahan RM5 X 80 = RM400 Runcit: RM 1000.00 Jumlah: RM14,240.00 Pakej Kem 2 Aras Sederhana 60 murid X RM 50 X 2 hari = RM 6000.00 12 Guru X RM 120 X 2 hari = RM 2880.00 Transport: RM1000.00 Bahan: RM300 Runcit: RM 800.00 Jumlah: RM10,980.00

SBT 2014

Bil

Aktiviti

Anggaran Pakej Kem 3: Murid Aras Rendah 40 Murid X 50 X 2 hari = RM 4000.00 8 guru X RM 120 X 2 hari = RM 1920.00 Transport: RM 500.00 Bahan: RM 200.00 Runcit: RM 600.00 Jumlah: RM 7220.00

Sumber

3.

Bahan Bercetak

RM 15.00 X 180 murid = RM 2700

PCG 2014

4.

Fail Profil Murid

RM 10 X 180 murid = RM 1800

PIBG

5.

Bahan PdP Anggaran dibuat panitia masingmasing

PCG Panitia 2014

INSTRUMEN PEMANTAUAN Instrumen pemantauan bertujuan memantau dua perkara iaitu kekerapan pelaksanaan alat berfikir serta alat yang digunakan serta hasil pembelajaran berdasarkan catatan guru. Draf instrumen tersebut seperti yang berikut:-

INSTRUMEN PEMANTAUAN AMAn SK MINDEN HEIGHTS


Nama Guru: Mata Pelajaran: Tema: Topik: Elemen Berfikir: Tarikh: Kelas: Masa: Alat Berfikir:

Tugasan:

Impak/ Learning Outcomes:

Tandatangan Guru:

Disemak oleh: Tarikh:

IMPAK & REFLEKSI AMAn diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembelajaran berfikir di samping melahirkan generasi yang berupaya untuk berfikir dan berinovasi. Program ini juga diharap dapat melahirkan murid yang berani meneroka sesuatu yang baharu, mencuba sesuatu yang mustahil dan berani mengambil risiko. Impak dan refleksi program ini dapat dilaporkan pada penghujung tahun 2014.

PROGRAM JARINGAN PEMENTORAN SEKOLAH KEBANGSAAN MINDEN HEIGHT GELUGOR, PULAU PINANG

ASAH MINDA ANDA (AMAn)

Anda mungkin juga menyukai